The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohaz, 2023-04-06 01:08:44

Mobiliti sosial dlm SS

PBGN MASY S2:BHG.B/KMK STPM

SEMESTER 2 MOBILITI DALAM TEKS SULALATUS SALATIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT:SOSIAL/KMK/STPM EDISI KEMAS KINI 8 RAMADAN 1444H/30 MARCH 2023 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ


1 KAJIAN MOBILITI SOSIAL DALAM TEKS SULALATUS SALATIN 2.2.Sosial 2.2.3.Mobiliti Isi kandungan pelajaran 1. Info Am- Pemahaman konsep stratafikasi sosial dan mobiliti sosial 2.konsep mobiliti 3.Bentuk mobiliti 4.Faktor mobiliti 5.Analisis mobiliti 6. Contoh soalan 7.Contoh jawapan 8.Soalan tugasan/Perbincangan INFO AM KONSEP STRATAFIKASI SOSIAL DAN MOBILITI SOSIAL Mobiliti sosial mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan stratifikasi sosial. Dengan wujudnya stratafikasi sosial, maka akan lahirlah mobiliti sosial. Oleh yang demikian untuk memahami konsep mobiliti sosial dalam konteks Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pelajar harus mengetahui dan memahami konsep stratafikasi sosial terlebih dahulu. Perbezaan individuatau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki yang terdiri dari lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya yang disebut sebagai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial melibatkan satu sistem nilai yang dikenakan ke atas sesuatu masyarakat dan menghasilkan satu hieraki sosial yang menegak sifatnya. Setiap hieraki membawa satu nilai yang berbeza antara satu sama lain. (Sohaimi Abdul aziz, 1992:12). Ali Syari’ati menyatakan manusia tidak dibezakan antara satu sama lain berdasarkan kelas sosial, dan menurut Alia Syari’ati lagi dalam sosiologi Islam masyarakat atau (al nas) adalah masyarakat tanpa kelas(1992:19)Ketiadaan kelas sosial dalam sosiologi Islam tidak bermakna bahawa sosiologi Islam tidak


2 Diraja Bangsawan Rakyat memperlihatkan masyarakat itu berstratifikasi. Sosioligi Islam masih memperlihatkan yang masyarakat Islam mempunyai stratifikasi sosial, tetapi dengan menggunakan nilai yang berbeza. Nilai yang digunakan dalam sosiologi Islam sebagai kayu ukur untuk menentukan stratifikasi sosial ialah ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat pada Allah. Ketaqwaan itu dilihat daripada tingkahlakunya. Individu yang bertaqwa diletakkan dalam lapisan atau strata yang tinggi tanpa mengira kelas sosialnya sama ada dia kaya, miskin, ataupun seorang hamba. Yang diambil kira ialah ketaqwaannya pada Allah.(1992:21). Dalam konteks mata pelajaran KMK, lihat stratifikasi sosial yang gambarkan oleh Haron Daud (1989:53) seperti rajah 1 di bawah sebagai contoh; Hamba Rajah 1: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu)


3 Berdasarkan konsep startafikasi yang dinyatakan di atas, maka di sini akan dinyatakan pula beberapa pandangan berkaitan mobiliti sosial. Ting Chew Peh menjelaskan mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. (Haron Daud, 1989: 62) Menurut Ting Chew Peh lagi, mobiliti sisial biasanya ditinjau dalam hubungan pekerjaan, kerana:- (i) pekerjaan berkait rapat dengan faktor-faktor penting yang menentukan kedudukan dan status sosial, seperti pendapatan, pola penggunaan, pekerjaan dan gaya hidup (ii) pekerjaan merupakan satu kategori penting untuk membahagikan dan menentukan kedudukan tinggi rendah anggota sesuatu masyarakat. (1992: 23) Menurut Haron Daud pula, dalam masyarakat Melayu Tradisional mobiliti sosial berlaku keatas seseorang individu sama ada melalui perkahwinan, tawanan perang, kekayaan atau bakti. (1989: 62) Konsep mobiliti sosial juga merujuk kepada proses seseorang watak/individu berubah atau bergerak posisi atau kedudukan mereka daripada satu tahap ke tahap yang lain sama ada secara menurun atau menaik dalam sesebuah masyarakat. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.


4 Tawanan perang Seperti yang disarankan oleh al-Quran bahawa individu yang paling mulia di sisi Allah ialah individu yang bertaqwa. Oleh itu, sosiologi Islam yang bertolak daripada konsep yang sama dalam menentukan kedudukan sosial seseorang. Ketaqwaan menjadi satu kriteria penting untuk meletakkanindividu itu pada kedudukan sosial yang tinggi. Pendidikan keagamaan adalah sesuatu yang mempunyai prestij dan usaha untuk mencapainya akan dapat mempertingkatkan status social mereka. Oleh itu golongan yang arif tentang agama Islam seperti para ulama, ahli sufi, tuk guru dan imam mendapat kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat Islam kerana mereka dipercayai mempunyai tahap ketaqwaan yang tinggi. (1992:24) Rumusannya mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu atau kelompok masyarakat antaranya melalui: Kemahiran Pengaruh Kekuatan fizikal Pendidikan / Ilmu Keturunan Bakti/jasa Perkahwinan Kekayaan MOBILITI SOSIAL Jawatan Rajah 2: Mobiliti sosial ke atas individu atau kelompok masyarakat


5 Mobiliti mendatar berlaku ke atas watak-watak di bawah: Tun Perak Hang Tuah Tun Mutahir Tun Perak (perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka) Mobiliti menegak berlaku ke atas watak-watak di bawah: Badang Tun Fatimah Tun Teja Raja Mandeliar Maulana Yusof Kadi Munawar Khoja Baba Bendahara Tun Ahmad (Pahang) dan lain-lain Badang (perubahan kedudukan melalui kekuatan dan baktinya terhadap Singapura) HULUBALANG SANDIM SANI HAMBA Penghulu Kelang Bentara Perdana Menteri Bendahara


6 2.Konsep mobiliti Proses perubahan individu atau kelompok masyarakat daripada satu lapisan sosial kepada satu lapisan sosial lain ATAU perubahan kedudukan kepada satu kedudukan kepada satu kedudukan lain dalam lapisan yang sama. 3.Bentuk mobiliti 4.Faktor mobiliti 1)perkahwinan 2)keturunan 3)kekuatan fizikal 4)bakti/jasa 5) pendidikan/ilmu 6)tawanan perang 7)pengaruh 8)jawatan 9) berdakwah 10) kemahiran (rujuk rajah 2 di atas) 5.Analisis mobiliti MOBILITI MENEGAK KE ATAS A.i) Badang ( hamba - rakyat) Faktor mobiliti kekuatan fizikal Contoh Badang yang merupakan hamba di Sayung memperoleh kekuatan setelah memakan muntah hantu.Badang dibebaskan oleh tuannya setelah berjaya membersihkan seluruh huma tuannya. A.ii)Badang (rakyat- bangsawan) Faktor mobiliti kekuatan fizikal BENTUK MOBILITI MOBILITI MENEGAK MENEGAK KE ATAS MENEGAK KE BAWAH MOBILITI MENDATAR


7 Contoh Badang Berjaya menolak sebuah pilang panjang lima belas yang terletak di hadapan istana hingga ke seberang laut Singapura setelah dititahkan oleh Seri Rakna Wikrama .Badang dijadikan hulubalang Singapura. B)Tun Kudu ( pembesar-Diraja) Faktor mobiliti perkahwinan Contoh Tun Kudu yang merupakan anak kepada bendahara Seri Wak Raja akhirnya menjadi golongan diraja setelah berkahwin dengan Sultan Muzaffar Syah dan menjadi permaisuri Melaka. C)Tun Fatimah (pembesar-Diraja) Faktor mobiliti perkahwinan Contoh Tun Fatimah yang merupakan anak kepada Bendahara Seri Maharaja akhirnya menjadi golongan diraja setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah dan menjadi permaisuri Melaka. D)MAHARAJA DEWA SURA (Hamba- Orang Merdeka) Faktor mobiliti Jasa/bakti Contoh Maharaja Dewa Sura yang merupakan tawanan perang Melaka akhirnya dibebaskan setelah berjasa menangkap gajah Sultan Mansur Syah, iaitu Kemanci yang lari ke hutan E) RAJA MENDELIAR ( Rakyat-Bangsawan) Faktor mobiliti kekayaan Contoh Raja Mendeliar seorang saudagar Keling yang sangat kaya di Melaka.Raja Mendeliar dijadikan syahbandar oleh Sultan Mansur Syah


8 F) HANG NADIM ( Bangsawan –Diraja) Faktor mobiliti Sumbangan/Jasa Contoh Hang Nadim melarikan Tun Teja dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Syah dan hal ini menyebabkan baginda telah menganugerahkan Puteri Cau Pauk ( Puteri Kelantan) kepada Hang Nadim dan digelar Sang Naya. MOBILITI MENEGAK KE BAWAH A) SULTAN MUHAMMAD SYAH (Diraja-Rakyat) Faktor Mobiliti Berdakwah Contoh Sultan Muhammad Syah raja di Mutabari telah turun daripada takhta dan mengenakan pakaian fakir lalu menyertai Sharif di Mekah dan Sheikh Ismail untuk berdakwah ke Semundera B)Sultan Abdul Jamal( Diraja-Rakyat) Faktor mobiliti Malu/terhina Contoh Sultan Abdul Jamal Syah raja di Pahang turun dari takhta dan merajakan puteranya Raja Mansur setelah dipermalukan oleh Melaka yang melarikan tunangnya Tun Teja, dan gajahnya Ai Kening lalu bersyaikh diri ke Lubok Pelang C)SULTAN MAHMUD SYAH (Diraja-Rakyat) Faktor Mobiliti Insaf Contoh Sultan Mahmud Syah yang insaf akan kesalahannya membunuh Bendahara Seri Maharaja tanpa usul periksa telah turun dari takhta dan merajakan puteranya, Raja Ahmad lalu tinggal di Kayu Ara bersama Sang Sura


9 D)SULTAN MALIKUT TAHIR ( Di raja-Hamba) Faktor mobiliti Tawanan perang Contoh Sultan Malikut Tahir,raja di Pasai telah menjadi tawanan perang Siam dan dijadikan sebagai gembala ayam di Siam E)MAHARAJA DEWA SURA (Diraja-Hamba) Faktor Mobiliti Tawanan perang Contoh Maharaja Dewa Sura yang merupakan raja Inderapura telah menjadi tawanan perang Melaka setelah Inderapura kalah dalam peperangan dengan Melaka. F)TUN KUDU (diraja- Pembesar) Faktor mobiliti Penceraian Contoh Tun Kudu yang merupakan permaisuri Sultan Muzaffar Syah diceraikan oleh suaminya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja Tun Ali bagi menamatkan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak. MOBILITI MENDATAR A)TUN PERAK (Penghulu-Menteri-Perdana Menteri-Bendahara Melaka) Faktor mobiliti Jasa/Bakti Contoh Tun Perak anak Bendahara Seri Wak Raja yang menjadi penghulu di Kelang telah dilantik sebagai Bentara,Perdana Menteri dan Bendahara Melaka kerana jasanya dalam mematahkan serangan Siam ke atas Melaka.


10 B)TUN MUTAHIR (Temenggung- Bendahara) Faktor Mobiliti Pengaruh Contoh Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara Melaka menggantikan Bendahara Paduka Raja kerana pengaruh saudaranya Tun senaja iaitu bonda kepada Sultan Mahmud Syah yang mencadangkan agar Tun Mutahir dijadikan bendahara. C)HANG TUAH ( Hulubalang-Laksamana) Faktor mobiliti Jasa/Bakti Contoh Hang Tuah yang merupakan hulubalang Melaka telah dijadikan laksamana oleh Sultan Mansur Syah setelah kebaktiannya membunuh Hang Jebat yang menderhaka. 6. CONTOH SOALAN Jelaskan mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan teks Sulalatus Salatin (25m) KATA TUGASAN-JELASKAN PANDUAN MENJAWAB PENGENALAN AYAT 1-Konsep mobiliti Ayat 2 –Bentuk Mobiliti Ayat 3 – Faktor Mobiliti


11 SENARAI ISI Menegak ke atas 1)Hamba-Rakyat(Badang) 2) Bangsawan-Diraja (Tun Fatimah) Menegak ke bawah 3)Diraja-Bangsawan ( Tun Kudu) 4) Diraja- Rakyat (Sultan Mahmud Syah) Mendatar 5) Penghulu-Bendahara (Tun Perak) Apa yang perlu ada dalam setiap perenggan isi? *Peringatan semasa menulis/mengemukan isi jawapan berdasarkan kata tugasan JELASKAN para pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan penulisan seperti berikut:- FAKTA/IF Mengemukakan fakta mobiliti sama ada menegak ke atas,ke bawah atau mendatar. HURAIAN+KTP Mengemukakan faktor atau sebab musabab mobiliti itu berlaku HURAIAN CONTOH Contoh peristiwa yang bersesuaian dan mesti berkaitan dengan faktor mobiliti yang dinyatakan. KK Penegasan idea berkaitan fakta yang diberikan dan dikaitkan dengan pembangunan masyarakat. PENUTUP Ayat 1-Rumusan Isi Ayat 2- Cadangan& Harapan yang dikaitkan dengan pembangunan masyarakat Cadangan pembahagian nisbah isi 2:2:1 (*jangan tulis 1 mobiliti sahaja sebab tidak menjawab tugasan soalan)


12 7.CONTOH JAWAPAN Mobiliti merupakan proses perubahan individu atau kelompok masyarakat daripada satu lapisan sosial kepada satu lapisan sosial lain ATAU perubahan kedudukan kepada satu kedudukan kepada satu kedudukan lain dalam lapisan yang sama.Bentuk mobiliti ialah mobiliti menegak ke atas,mobiliti menegak ke bawah dan mobiliti mendatar. Antara faktor mobiliti ialah perkahwinan,penceraian,jasa dan lain-lain. Pertama ialah mobiliti (isu)menegak ke atas,iaitu daripada hamba kepada rakyat.(Fakta) Faktor mobiliti ialah kekuatan fizikal.(Huraian sebab musabab mobiliti itu berlaku) Kekuatan fizikal merupakan kekuatan tenaga yang diperoleh dengan cara memakan muntah.(K&T).Apabila kekuatan fizikal diperoleh maka akan melahirkan masyarakat yang dipandang tinggi.(Pembangunan Masyarakat)Contoh Badang yang merupakan hamba di Sayung memperoleh kekuatan setelah memakan muntah hantu.Badang dibebaskan oleh tuannya setelah berjaya membersihkan seluruh huma tuannya.Jelaslah,kekuatan fizikal penting dalam melahirkan masyarakat yang dipandang tinggi. Kedua ialah mobiliti menegak ke atas,iaitu daripada bangsawan kepada diraja.Faktor mobiliti ialah perkahwinan. (K&T..sila buat sendiri) Justeru,perkahwinan anatara golongan bangsawan/anak pembesar dengan keturunan raja meningkatkan status sosial masyarakat.(Pembangunan Masyarakat) Contoh Tun Fatimah yang merupakan anak kepada Bendahara Seri Maharaja akhirnya menjadi golongan diraja setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah dan menjadi permaisuri Melaka.Jelaslah,perkahwinan penting dalam meningkatkan status sosial masyarakat. Ketiga ialah mobiliti menegak ke bawah,iaitu daripada golongan raja kepada golongan rakyat.Faktor mobiliti ialah keinsafan.( sila buat sendiri K,T&P ) Contoh Sultan Mahmud Syah yang insaf akan kesalahannya membunuh Bendahara Seri Maharaja tanpa usul periksa telah turun dari takhta dan merajakan puteranya, Raja Ahmad lalu tinggal di Kayu Ara bersama Sang Sura.Jelaslah, keinsafan penting agar melahirkan masyarakat yang menginsafi kesilapan diri dan disenangi ramai.


13 Keempat ialah mobiliti menegak ke bawah,iaitu daripada golongan diraja kepada golongan pembesar. Faktor mobiliti ialah penceraian. ( sila buat sendiri K,T&P ) Contoh Tun Kudu yang merupakan permaisuri Sultan Muzaffar Syah diceraikan oleh suaminya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja Tun Ali bagi menamatkan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak.Jelaslah, perceraian berperanan dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kelima ialah mobiliti mendatar,iaitu dari seorang penghulu kepada bendahara Melaka,iaitu masih dalam golongan bangsawan.Faktor mobiliti ialah jasa. ( sila buat sendiri K,T&P ) Contoh Tun Perak anak Bendahara Seri Wak Raja yang menjadi penghulu di Kelang telah dilantik sebagai Bentara,Perdana Menteri dan Bendahara Melaka kerana jasanya dalam mematahkan serangan Siam ke atas Melaka. Jelaslah, jasa kepada pemimpin dan negara penting agar melahirkan masyarakat yang dipandang tinggi. Kesimpulannya, terdapat pelbagai bentuk dan faktor berlakunya mobiliti dalam Sulalatus Salatin,iaitu perkahwinan,jasa,penceraian,keinsafan dan sebagainya yang akan menyebabkan berlakunya pergerakan mobiliti dalam masyarakat sama ada menegak ke atas atau ke bawah dan mendatar. Mobiliti penting dalam menentukan dan meningkatkan status sosial masyarakat. 8.SOALAN TUGASAN/PERBINCANGAN Dalam SS tergambar elemen mobiliti sosial atau perubahan status kehidupan masyarakatnya yang berlaku berdasarkan beberapa faktor.Dengan memberikan contoh yang sesuai,huraikan pernyataan di atas.(25m) Cadangan Isi 1.Pendidikan 2.Ekonomi 3.Perkahwinan 4.Keagamaan 5. Peperangan


Click to View FlipBook Version