01
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA
MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2020
___________________________________________________________________
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
___________________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR AISYAH MUNIRAH BINTI MOHD KHUSAIRI
NO KAD PENGENALAN 011205110056
ANGKA GILIRAN 2020192340001
KUMPULAN/UNIT
PISMP F1
NAMA PENSYARAH SHARIZAN BINTI ABD HAMID
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
TARIKH PENYERAHAN 12 MEI 2022
TARIKH MENERIMA TARIKH:
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah ke atas hadrat Ilahi, saya Aisyah Munirah binti Mohd Khusairi,
ingin merafakkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing bagi kerja kursus Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073) ini
kerana telah banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan
seperjuangan yang lain dalam usaha menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Banyak sokongan dan bantuan yang telah beliau sumbangkan kepada kami agar
tugasan ini dapat disempurnakan dengan baik. Beliau juga telah banyak
menerangkan tentang cara pelaksanaan tugasan ini secara terperinci dan
memudahkan saya untuk memahami dan memenuhi kehendak sebenar soalan yang
dikemukakan. Segala ilmu yang diberikan oleh beliau amat bermanfaat malah tanpa
jasa dan pengorbanannnya, tugasan ini pasti kurang bermakna kerana ilmu yang telah
dicurahkan adalah amat berharga buat saya.
Selain itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah banyak membantu dan berkongsi ilmu terutamanya
ketika bersama-sama mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai sumber
rujukan bagi penyediaan kerja kursus ini. Semoga segala pertolongan mereka semua
akan mendapat balasan yang baik daripada Allah S.W.T.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang
pelaksaan tugasan kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan
harapan dapat bersama-sama menolong ke arah mencapai kecemerlangan dalam
apa jua jenis bidang yang diceburi.
(i)
ISI KANDUNGAN Halaman
(i)
Bil. Perkara (ii)
1 Penghargaan 1
1-2
2 Isi Kandungan 2-6
3 Pengenalan 6-7
8
4 Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
5 Langkah-Langkah Pengurusan Persekitaran
Bilik Darjah Mesra Budaya
- Aspek Fizikal
- Aspek Emosi
- Aspek Sosial
- Aspek Sosiolinguistik
6 Kesimpulan
7 Rujukan
(ii)
1.0. PENGENALAN
Suasana kelas mesra budaya merupakan nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman terutama bagi masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama. Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya
pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi pekerjaan, status sosial,
ekonomi dan sebagainya Menurut Noriati A. Rashid et. al (2012), persekitaran bilik
darjah mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fiikal yang dapat dilihat
dengan pancaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di
dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah adalah turut melibatkan unsur-unsur
emosi dan hubungan kemanusiaan (Fauziah Jamaluddin, 2013). Oleh itu, guru-guru
di sekolah perlu memastikan elemen mesra budaya disemai di dalam kelas semasa
berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mewujudkan suasana
yang kondusif dan positif dalam kalangan murid-murid.
Penerapan nilai-nilai sivik seperti hormat-menghormati dan baik hati melalui
kelas mesra budaya akan diwujudkan dalam diri setiap individu (Choong Lean Keow,
2008). Hal ini adalah sangat penting untuk mewujudkan sosio budaya yang seimbang
dari segi jasmani, intelek, rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar kemanan dan keharmonian negara kita terjaga. Maka, guru memainkan peranan
yang penting khususnya di dalam bilik darjah untuk memastikan tiada jurang
perkauman di dalam kelas. Aktiviti yang bersifat mesra budaya haruslah dilakukan
supaya dapat mengeratkan perpaduan antara kaum sesama murid-murid.
2.0. PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Pengurusan bilik darjah merujuk kepada peranan seorang guru untuk mengekalkan
persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah. Bosch (2006) menyatakan bahawa
pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah bagaimana guru dan pelajar saling
bekerjasama dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran itu berlaku.
Kegagalan seorang guru dalam mengurus bilik darjah semestinya memberi impak
yang besar dalam membentuk modal insan yang seimbang pada masa akan datang
(James Ang Jit Eng, 2014). Syed Ismail Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2010)
menyatakan bahawa pengalaman pembelajaran mesra budaya akan menjadi nadi
bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.
Antara contoh aktiviti mesra budaya yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah bagi
1
mengatasi jurang perkauman dan mengeratkan perpaduan murid pelbagai kaum ialah
aktiviti berkumpulan dan aktiviti main peranan.
3.0. LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, antaranya aspek fizikal, emosi, sosial
dan sosiolinguistik.
3.1. ASPEK FIZIKAL
Pengurusan persekitaran fizikal berupaya mempengaruhi murid dan suasana
pembelajaran mereka. Bagi mewujudkan bilik darjah mesra budaya, perkara
yang perlu dititikberatkan oleh guru adalah susun atur di dalam bilik darjah.
Schneider (2002) menyatakan susun atur yang kemas memberi kesan
terhadap nilai, sikap dan pencapaian murid yang positif. Apabila menyusun
meja secara berkumpulan, susunan yang baik adalah dengan menggabungkan
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza dikumpulkan dalam
satu kumpulan. Sebagai contoh, jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat
murid Melayu, Cina dan etnik Iban maka murid-murid sewajarnya digabungkan
dalam kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan
menyatukan murid, dapatlah mereka berkomunikasi dan berinteraksi selain
menukar maklumat keperluan dan kepakaran sesama mereka. Hal ini adalah
bertujuan untuk membentuk kesepaduan antara mereka dan membentuk
budaya satu Malaysia di mana proses penerimaan akan berlaku antara
pelbagai budaya (Wan Ramli Wan Mohamad, 2006).
Selain itu, Kronowitz (2004) mencadangkan guru membina satu sudut
bacaan atau pameran yang boleh membantu murid meluangkan masa mereka
dalam suasana yang berbeza. Hiasan atau dekorasi sudut tersebut boleh
dilaksanakan berdasarkan hasil perbincangan idea dari murid-murid dan guru
bersama-sama. Bagi penyediaan sudut bacaan, guru boleh memberi
kebebasan kepada murid untuk membawa koleksi bacaan seperti buku atau
majalah yang berkaitan budaya dan etnik masing-masing. Perkara ini dapat
memberi pendedahan kepada murid terhadap ilmu kepelbagaian kaum di
Malaysia seterusnya secara tidak langsung mampu membentuk generasi yang
berilmu pengetahuan tinggi terhadap sosiobudaya negara pada masa akan
datang. Demikian itu, para guru haruslah jelas bahawa bilik darjah ialah satu
2
ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mempunyai perkaitan
dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan guru dan murid sehingga
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan mesra budaya.
3.2. ASPEK EMOSI
Emosi bermaksud tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai
rangsangan kepada perasaan. Antara langkah yang perlu dilakukan oleh guru
dalam memastikan persekitaran emosi yang baik adalah guru seharunya
memberi layanan yang adil pada setiap murid tanpa melibatkan sebarang
unsur diskriminasi terhadap pencapaian atau kelas sosial murid. Seseorang
guru seharusnya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan mendiskriminasikan
murid-murid yang bukan sama agama, kaum dan sebagainya (Haliza Hamzah
& Joy Nesamalar Samuel, 2016). Sekiranya guru bersikap sedemikian, maka
persekitaran pembelajaran menjadi pasif seterusnya objektif pembelajaran
tidak dapat tercapai dengan baik. Oleh itu, guru yang menjalankan tugasnya
dengan adil dapat mewujudkan persekitaran emosi yang positif.
Justeru, guru mempunyai peranan untuk menggunakan pelbagai
kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran dalam mengurukan kelas
mesra budaya (Noriati A. Rashid et al. (2014). Seorang guru seharusnya
bersikap professional dengan mempunyai sifat keterbukaan dalam
melaksanakan aktiviti agar peluang untuk murid berinteraksi sesama mereka
akan lebih terbuka luas. Hal ini membuktikan bahawa seseorang guru
menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza dari segi budaya,
etnik, bahasa dan kelas sosial secara positif. Contohnya, seseorang guru
berusaha menghakis sikap prejudis khususnya kepelbagaian sosio budaya
murid. Guru boleh mengelompokkan murid mengikut latar sosiobudaya yang
berbeza ketika menjalankan aktiviti PdP yang menggunakan kaedah kumpulan
kecil atau susunan meja murid yang terdiri daripada pelbagai kaum secara
berkumpulan. Hal ini dilihat secara langsung boleh mewujudkan sebuah
bangsa yang sesuai bergaul sesama sendiri walaupun berbeza latar belakang
yang terdiri daripada ras, agama dan kepercayaan. Jelaslah, guru seharusnya
bersikap professional dan mempunyai sikap keterbukaan agar kerjasama yang
baik antara murid pelbagai bangsa sepanjang proses PdP terwujud. Hal ini
berupaya mengajar murid untuk hidup bermasyarakat dan menghormati
sekeliling sekali gus membetulkan sikap prejudis dan etnosentrik yang ada
3
dalam diri murid terhadap bangsa atau kaum yang lain sehingga perpaduan
terwujud.
3.3. ASPEK SOSIAL
Guru perlu bijak dalam membina hubungan erat antara murid semasa sesi
pembelajaran berlangsung. Abdullah Sani (2006) menyatakan bahawa
perhubungan yang mesra menggalakkan komunikasi antara pelajar dan guru.
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah mengadakan majlis sambutan
hari lahir bersama ahli kelas. Sambutan hari jadi semestinya disukai oleh setiap
murid kerana mereka akan disambut 4 dengan hadiah-hadiah serta makanan
untuk dikongsi bersama rakan sekelas. Sambutan ini dapat memupuk sikap
bertolak ansur serta saling menghormati berkenaan latar belakang dan
kepercayaan masing-masing. Sebagai contoh, murid cina akan membawa
makanan yang tidak mengandungi daging bagi menghormati kepercayaan
rakan mereka yang berbangsa India. Hal ini secara tidak menjadikan
seseorang guru itu sebagai agen sosialisasi dalam menjalinkan hubungan erat
antara rakan sekelas meskipun berlainan budaya.
Pada masa yang sama, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum
mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang sempurna dan berkesan justeru guru sebagai pemudahcaraan dalam
pemupukan budaya mesra budaya ini. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2014),
komuniti pembelajaran dalam dibina melalui pendekatan pembelajaran secara
koperatif yang mana murid diberi peluang untuk bekerjasama dalam mencapai
matlamat dan hasil pembelajaran. Effandi (1998) menyatakan pembelajaran
secara koperatif adalah suatu strategi di mana murid-murid saling membantu
antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Sebagai contoh, murid-murid
akan saling bertukar idea dan pendapat untuk menyiapakan tugasan Bahasa
Melayu yang diberikan oleh guru. Menerusi kerjasama yang dilaksanakan,
murid tersebut dapat membina persefahaman sesama mereka dan saling
menerima pendapat antara satu dengan lain secara terbuka meskipun berbeza
latar belakang. Hal ini dapat mewujudkan budaya mesra dalam kalangan murid
yang juga berperanan sebagai komuniti pembelajaran di dalam sesebuah bilik
darjah. Murid yang berbeza kaum akan berinteraksi sesama mereka sehingga
wujudnya nilai-nilai seperti harmoni, empati dan pemahaman insan yang
berbeza latar belakang di sekolah. Kesannya, pembelajaran kebudayaan
4
masyarakat pelbagai kaum boleh memupuk sifat hormat-menghormati antara
satu sama lain sehingga membentuk perpaduan. Intihanya, komuniti
pembelajaran merupakan satu konsep yang perlu dilaksanakan oleh guru
untuk mewujudkan bilik darjah mesra budaya selain relevan dengan
pembelajaran abad ke-21 yang menfokuskan pembelajaran secara koperatif.
Kesannya, mereka akan saling berinteraksi antara satu sama lain sekaligus
mewujudkan komunikasi dua hala.
3.4. ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik didefinisikan sebagai ilmu berkenaan perhubungan
masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam kehidupan harian. Kaedah
yang sesuai dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya dari aspek
sosiolinguistik adalah penggunaan laras bahasa yang boleh difahami oleh
murid pelbagai kaum. Seperti yang sedia maklum, negara kita mempunyai
penduduk yang mempunyai variasi bahasa, dialek dan cara hidup yang
menjadikan Malaysia kaya dengan warisan bangsa dan budaya penduduknya.
Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi dua hala antara guru
dengan murid dan murid dengan murid. Hal ini kerana pertembungan dialek
boleh memberi impak sehingga menyukarkan proses PdP tersebut.
Sehubungan dengan itu, guru bertanggungjawab untuk mengamalkan
penggunaan bahasa yang sesuai semasa PdP di bilik darjah iaitu penggunaan
bahasa ibunda. Hal ini kerana laras bahasa yang boleh difahami oleh murid
pelbagai kaum perlulah bersesuaian sekali gus berupaya memupuk semangat
cintakan negara dalam diri murid. Penggunaan bahasa Melayu standard
sememangnya mesra budaya serta memenuhi salah satu tujuan pendidikan
kebangsaan iaitu perpaduan.
Oleh yang demikian, sebagai seorang pendidik, guru haruslah
menggunakan laras bahasa yang sesuai agar komunikasi di dalam kelas
berjalan dengan lancar. Penggunaan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu yang
tidak bercampur dengan dialek seharusnya diaplikasikan ketika mengajar
murid-murid yang terdiri dari latar belakang yang berbeza (Pertubuhan
Pendidikan Pelbagai Kaum, 2007). Guru boleh menjalankan kepelbagaian
aktiviti bahasa yang menyeronokkan seperti sastera, pantun atau syair bahasa
dalam kalangan murid. Hal ini bagi melatih penggunaan bahasa dalam diri
5
setiap murid. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat
terpendam yang dimiliki oleh murid-murid.
Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa dialek di dalam kelas
seharusnya dikawal oleh guru bagi memastikan proses PdP berjalan lancar.
Murid juga dapat memahami input pengajaran yang disampaikan kerana
penggunaan bahasa Melayu standard akan memberi peluang yang sama rata
kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran sekali
gus menyatukan murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah melalui bahasa
(Anthony Candia, 1989). Kesannya, murid yang berlainan bahasa tidak akan
berasa terasing dan mampu memupuk kesefahaman dalam kalangan murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jelaslah, sekiranya guru berjaya
meneruskan penggunaan bahasa yang standard, setiap bangsa tidak berasa
tersisih sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan
budaya.
4.0. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlulah memahami keadaan dan
cara yang terbaik untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang boleh memupuk semangat
murid untuk melibatkan diri secara aktif sepanjang proses PdP. Guru bukan sahaja
berperanan sebagai pendidik, malah kita juga berperanan sebagai pemudahcara,
pembimbing dan perancang untuk memastikan murid mampu mencapai
kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang terutama dalam mewujudkan bilik
darjah mesra budaya. Gabungan elemen-elemen fizikal dan sosio-emosi dapat
mewujudkan suasana yang lebih harmoni yang membantu ke arah pencapaian objektif
pembelajaran (Wan Ramli Wan Mohamad, 2006). Suasana bilik darjah yang mesra
budaya juga sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu
disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan
semasa PdP.
Aktiviti berkumpulan dan aktiviti main peranan merupakan antara aktiviti mesra
budaya yang boleh mengatasi jurang perkauman dan meningkatkan semangat
perpaduan murid di dalam bilik darjah. Namun, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
sudah tentu memerlukan guru yang berperanan penting sebagai agen sosialisasi
dalam menjayakan aktivtiti tersebut sekali gus membentuk perpaduan kaum di dalam
bilik darjah. Tambahan pula, guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
khususnya ilmu kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat disampaikan kepada
murid dengan berkesan. Jelaslah bahawa bilik darjah mesra budaya merupakan
56
medium utama yang perlu disediakan oleh setiap guru. Oleh itu, persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya amat penting untuk diaplikasikan agar dapat meningkatkan
nilai sivik dalam kehidupan masyarakat secara harmonis dan aman pada peringkat
nasional mahupun global (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2012).
7
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
Anthony Candia. (1989). Pengurusan Bilik Darjah dalam Konteks Kelas Bercantum. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Choong Lean Keow. (2008). Budaya dan Pembelajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Enizahura Abdul Aziz. (2020). Harmonikan hubungan masyarakat pelbagai kaum. BH
Online: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-
hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik
Darjah dan TIngkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. (2011). Uruf Majmuk: Konsep dan
Amalannya dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia. Jurnal Fiqh, 8, 45-64.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Siri Pendidikan Guru: Budaya dan Pembelajaran (Edisi Kedua). Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Schneider, M. . (2002). Linking School Facility Conditions to Teacher sSatisfaction. National
Clearinghouse for Educational Facilities.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2012). Budaya dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Tan Yao Sua. (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Wan Ramli Wan Mohamad. (2006). Adat Resam Masyarakat di Malaysia. Jabatan
Kebudayaan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
8