The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Brosur prasekolah (Booklet (210 x 297 mm)) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iedanoor79, 2024-02-02 10:56:25

Brosur prasekolah (Booklet (210 x 297 mm)) (1)

Brosur prasekolah (Booklet (210 x 297 mm)) (1)

PRASEKOLAH SK RAHANG " The Best Place For Your Children "


MATLAMAT PRASEKOLAH Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ dan 5+ tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu. KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut: •Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan; •Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam; •Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. •Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia. •Menyayangi dan menghargai alam sekitar; •Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri. •Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri. •Mengembangkan daya kreatif dan estetika. dan Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian OBJEKTIF PRASEKOLAH


KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) Apa yang murid PRASEKOLAH belajar? 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik Awal 4. Sains Awal 5. Pendidikan Islam 6. Aktiviti Luar: • Aktiviti fizikal • Main bebas • Pendidikan Sivik 7. Pembelajaran Bersepadu • Kemanusiaan • Ketrampilan Diri • Perkembangan Fizikal dan Estetika PKJR 3R 8. Fokus Pdpc: • Melahirkan murid prasekolah berprofil tinggi dalam akademik dan sahsiah • Berupaya bersaing di peringkat global


Takwim Prasekolah SK Rahang q Program membaca q Lawatan Sambil Belajar q Program Olahraga dan Sukaneka q Sambutan Hari Guru q Sambutan Hari Lahir q Jamuan Hari Raya Aidilfitri q Jamuan Akhir Tahun q Hari Anugerah Cemerlang Prasekolah q Taklimat waris PERATURAN •MINUM PAGI & SARAPAN PAGI dan disediakan. Kehadiran 7.45 untuk minum pagi. Sarapan pagi 10.10 pagi hingga 10.40 pagi Perlu bawa bekal air putih Rambut murid mestikah kemas dan tidak berfesyen. MAKLUM kepada guru kelas jika anak anda sakit atau ada alahan Segala peraturan WAJIB dipatuhi


RUTIN PRASEKOLAH •Susunan aktiviti dan masa adalah fleksibel •Waktu belajar tidak kurang dari 4 jam •Waktu belajar 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari PERATURAN KEHADIRAN •Kehadiran murid WAJIB setiap hari (kecuali cuti umum) •Waktu murid datang 7.45 pagi •Ketidakhadiran murid perludi maklum beserta surat dan sijil sakit •Murid-murid perlu berpakaian seperti yang ditetapkan • Berkasut HITAM stoking hitam •Waris WAJIB mengambil anak pulang pada jam12.00 tengah hari •Tiada khidmat penjagaan anak selepas waktu kelas •Maklumat ibubapa/penjaga perlu lengkap dan benar (Perubahan nombor telefon perlu dimaklum segera)


Click to View FlipBook Version