KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING & FINANCE
TUGASAN BERTULIS
NAMA KURSUS:
FIQH MUAMALAT 2 (ECO 2513)
TAJUK:
BAY’ AL-SALAM
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NOMBOR ID
NURUL NASUHA BINTI ROSLAN BMF20-11-024
NUR AISYAH BINTI AZRI BMF20-11-013
BMF20-11-020
NUR ATHIRAH NABILLA BINTI MOHD
HAFIZ BMF20-11-008
MUHAMMAD ADRI HANZALAH BIN BMF20-07-091
RASHDI
MUHAMMAD HAZIQ HAKIMI BIN
NORAIZAM
KELAS:
DBF4A & DBF5A
NAMA PENSYARAH:
PUAN SITI AENSAH BINTI YUSOF
TARIKH HANTAR:
27 JANUARI 2022
1
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Penghargaan 3
2 Pengenalan Tugasan 4
3 Pengenalan Watak-watak 5
4 Komik berkenaan Bay’ Al-Salam 6 - 15
5 Isu Semasa berkaitan dengan Bay’ Al-Salam 16
6 Cadangan Penyelesaian Bay’ As-Salam 17
7 Aktiviti Berkenaan Bay’ Al-Salam 18
8 Refleksi setiap individu 19 – 21
9 Rujukan 22
2
PENGHARGAAN
Pertama sekali kami ingin mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur kepada
Allah S.W.T dengan limpahan rahmat dan kurnianya, kami dapat juga menyiapkan
tugasan subjek Fiqh Muamalat 2 (ECO 2513) dengan jayanya.
Pada kesempatan yang ada ini, kami berbesar hati untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Siti Aensah binti Yusof kerana telah
mengajar dan memberi bimbingan yang sepenuhnya terhadap kami tanpa pernah
mengira penat dan lelah serta telah membantu kami untuk melunaskan tugasan yang
telah diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ahli kumpulan kami iaitu Nur Aisyah, Nasuha, Athirah, Hanzalah dan Haziq kerana
sama-sama membantu menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun mempunyai
kekangan masa untuk bersua muka bersama. Semangat dan kerjasama yang
dihulurkan daripada ahli kumpulan kami memberi kesan yang positif bagi
menyempurnakan tugasan ini sehingga selesai.
Akhir kata, terima kasih juga kepada pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam memberikan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan
ini. Harapan kami semoga komik dan tugasan kami ini dapat digunakan sebagai
medium pengetahuan yang berguna dan bermanfaat untuk generasi akan datang.
3
PENGENALAN TUGASAN
Terdapat beberapa urus niaga yang terlibat di dalam
setiap transaksi yang telah dilakukan adalah dibenarkan
dalam syarak, antaranya Bay’ Al-Salam atau lebih dikenali
sebagai jual beli tempahan. Bay’ Al- Salam ialah salah satu
transaksi jual beli yang telah dibenarkan oleh syarak. Hampir
setiap orang dalam kalangan kita yang kerap mempraktikkan
kontrak ini dalam kehidupan seharian mereka tanpa mereka
menyedarinya.
Di dalam komik ini, akan diterangkan mengenai kontrak
Bay’ Al-Salam melalui dalil pensyariatan, syarat-syarat dan
penerangan tentang rukun yang terlibat di dalam plot
penceritaan ini, semoga dapatlah membantu sedikit sebanyak
kepada pembaca dalam memahami konsep Bay’ Al-Salam.
4
PENGENALAN WATAK -WATAK
ALI
-Bapa kepada
Umar
ABU
-Anak Saudara
kepada Osman
-Orang yang
membuat tempahan
OSMAN
-Bapa Saudara Abu
-Pemilik sawah padi
-Orang yang
menerima
tempahan
UMAR
-Anak kepada
Ali
5
KOMIK BERKENAAN BAY’ AL-SALAM
Perbualan antara Ali dan Abu di kedai makan.
6
7
*Abu terpinga sekali lagi, pak ciknya bercerita seakan akan seorang ustaz,
maka dia terus melayari laman sesawang untuk mengetahui pendapat
ulama tentang bay’ al-salam.
Betul ke Ulama empat Mazhab telah sepakat bahawa Bay’ al-
Salam ini sah dengan enam syarat, iaitu:
1- Hendaklah ia diketahui jenisnya. 2- Hendaklah diketahui
sifatnya 3- Hendaklah diketahui jumlahnya. 4- Tempoh
penyerahan ditentukan. 5- Mengetahui kadar nilai harganya.
6- Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa
barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan?
8
*Abu terkejut kerana pakciknya boleh menerangkan dengan jelas tentang
fiqh muamalat walaupun hanya bekerja sebagai seorang pengusaha padi
dan bukannya seorang ustaz.
9
10
11
12
13
14
15
ISU SEMASA BERKAITAN BAY’ AL-SALAM
Kita telah mengetahui bahawa manusia memerlukan keperluan asas bagi menjalankan
kehidupan seharian. Bagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan,tempat tinggal dan
pakaian manusia harus mengalami proses transaksi dan muamalat seharian. Dan proses
transaksi yang dijalankan haruslah selari dan selaras dengan kehendak syarak bagi menjamin
keadilan dan keharmonian dalam masyarakat. Antara proses muamalat yang dibenarkan
dalam Islam ialah proses jual beli dan menjauhi transaksi riba’ yang berasaskan penipuan dan
penindasan. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT:
“Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.”
(Al-Baqarah,2: 275)
Sehubungan dengan itu,transaksi ataupun akad jual beli juga terbahagi kepada beberapa jenis
transaksi yang diharuskan syarak untuk memperaktikkannya. Contohnya, Bay’ al-salam atau
lebih dikenali sebagai jual tempahan. Bay’ al-salam merupakan salah satu jenis transaksi yang
dibenarkan syarak berdasarkan kepada kemaslahatan manusia. Ramai dalam kalangan kita
yang telah mempraktikkan Bay’ as-salam dalam kehidupan namun kita sahaja yang tidak
menyedarinya. Sebagai contoh, jual beli tempahan kuih raya semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, tempahan baju raya, tempahan langsir dan lain-lain lagi. Transaksi Bay’ al-salam
berjalan tetapi ramai dalam kalangan kita yang jarang atau tidak tahu tentang konsep yang
dinamakan jual beli al-salam.
Di dalam urusan perbankan umpamanya, aplikasi Bay’ as-salam digunakan dengan
meluas sekali lebih-lebih lagi hari ini masyarakat antarabangsa semakin menerima sistem
ekonomi Islam. Selain itu, transaksi yang diamalkan oleh islam bertujuan untuk memudahkan
urusan sesama manusia. Setiap kontrak yang dibuat termasuk Bay’ al-salam dilarang berlaku
penindasan di dalamnya. Ini menunjukkan Islam adalah agama yang adil dan mementingkan
keharmonian sesama manusia walaupun berbeza agama dan bangsa
Oleh itu, kita perlulah memahami konsep Bai’ al-salam ini dengan lebih baik supaya kita
dapat menjalankan ekonomi kehidupan seharian mengikut syariat Islam seterusnya menjadi
seorang hamba yang taat serta mengharapkan keredhaan Allah.
16
CADANGAN PENYELESAIAN BAY’ AL-SALAM
Dalam komik yang kumpulan kami siapkan, transaksi Bay’ al-salam berjalan dengan
lancar dan tiada masalah. Penjual dapat menyerahkan barang pada masa yang
dipersetujui bersama. Tiada berlaku unsur gharar dan ketidak jelasan dalam apa-apa
perkara. Semua telah diketahui semasa aqad dilakukan.
Sekiranya penjual tidak dapat menepati masa untuk memberikan barang kepada
pembeli seperti yang telah dipersetujui ketika aqad dilakukan, mungkin akan
menimbulkan ketidakpuasan hati si pembeli dan menyebabkan pergaduhan serta
perkara yang tidak diingini berlaku. Dalam situasi ini, pembeli boleh meminta wang
bayaran balik daripada penjual lalu mencari penjual yang boleh menyiapkan tempahan
pada masa yang ditetapkan. Selain itu pembeli juga boleh memberi sedikit masa
lebihan sekiranya ia tidak dalam keadaan tidak terdesak. Dalam masa yang sama
dapat saling memudahkan urusan sesama manusia seterusnya memupuk akhlak
terpuji yang dituntut oleh agama Islam.
Dalam konteks penjual pula, bagi memastikan tempahan tersebut dapat
disiapkan pada masa yang ditetapkan ialah dengan cara meningkatkan tenaga kerja
selain membuat pemantauan yang rapi supaya setiap tempahan dapat disiapkan
seperti yang telah dipersetujui bersama ketika aqad dibuat. Dengan ini kedua-dua
pihak akan gembira dan tidak timbul sebarang permasalahan. Hubungan sesama
manusia juga dapat dijaga.
Walaubagaimanapun, dalam apa-apa kontrak, perkara utama ialah kontrak
tersebut dilakukan dalam kerelaan kedua dua belah pihak. Saling redha-meredhai
antara satu sama lain dan tiada sebarang paksaan atau ugutan yang berlaku. Semoga
kita dipermudahkan untuk menurut segala hukum islam yang telah ditetapkan.
17
AKTIVITI BERKENAAN BAY’ AL-SALAM
-KUIZ-
1. Apakah tajuk yang sesuai untuk komik di atas selain yang dinyatakan oleh
penulis?
2. Nyatakan 2 pengajaran dari komik di atas
3. Pada pendapat anda, adakah Osman seorang ustaz? Jelaskan
4. Apakah maksud Bay’ al-salam?
5. Berapa syarat sah Bay’ al-salam menurut ulama 4 mazhab?
6. Nyatakan rukun-rukun Bay’ al-salam
7. Mengapakah bay’ al-salam dibenarkan dalam syariat?
8. Apakah dalil yang membenarkan Bay’ al-salam?
18
REFLEKSI SETIAP INDIVIDU
HANZALAH – Banyak perkara yang saya perolehi sepanjang perjalanan proses
meyiapkan tugasan ini Bersama ahli kumpulan. Saya dapat kenalpasti kontrak bai’
salam dan bagaimana kontrak ini berlaku. Bai’ salam sudah menjadi satu kebiasaan
masyarakat Malaysia samada mereka sedar ataupun tidak. Seterusnya, saya gembira
dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan saya iaitu Nurul Nasuha, Athirah Nabilla,
Nur Aisyah dan Haziq Hakimi kerana mereka banyak memberi tunjuk ajar semasa
menyiapkan tugasan ini. Walaupun ada sedikit salah faham tetapi dengan komunikasi
yang baik, kami dapat mengatasi masalah tersebut. Akhirnya, sebagai seorang
Muslim, kita seharusnya mempelajari fiqh muamalat kerana ia sangat hampir dengan
kehidupan seharian kita. Kita dapat mengetahui rukun, syarat, pantang larang yang
ditetapkan dalam agama. Justeru dapat memperbaiki diri sendiri dan menjadi hamba
yang bersyukur kepada Allah tuhan sekalian alam. Sekian terima kasih.
NASUHA – Dalam proses menyiapkan tugasan yang diberikan ini saya dapat
mengenali kontrak bai’salam dengan lebih mendalam dan Sebelum ini, saya kurang
faham tentang kontrak Bai’ salam tapi setelah saya menyiapkan tugasan ini Bersama
ahli kumpulan saya, saya lebih memahami bagaimana kontrak itu berfungsi setelah
menyiapkan tugasan ini Bersama ahli kumpulan saya. Saya dapat menambah ilmu
dalam mencipta komik yang menarik serta cara-cara penggunaan aplikasi yang ada
untuk penghasilan kontrak ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ahli kumpulan saya yang telah bertungkus lumus dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan ini bersama-sama.
19
AISYAH – Alhamdulillah syukur atas Ilahi kerana dikurniakan rakan setugas yang
memberi kerjasama dan akhirnya kami sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan E-
Komik ini, walaupun agak mencabar dan memerlukan kesabaran yang kuat ketika
membuat komik seperti banyaknya pilihan kartun yang menarik untuk kami pilih tetapi
Alhamdulillah berkat rakan sekumpulan kami sama-sama dapat membuat pilihan
kartun kami. Pada pendangan saya, tugasan yang diberikan ini amat menarik dan
memberi pengetahuan baru kepada saya dalam penggunaan aplikasi ‘Pixton’ kerana
ini adalah pertama kali saya menggunakan aplikasi tersebut. Saya berharap agar
masyarakat dapat menggambarkan dan memahami sedikit sebanyak mengenai
tugasan E-komik yang kami sampaikan kepada semua. Terima kasih.
ATHIRAH – Tugasan kali ini banyak memberi saya pengajaran dan meningkatkan
keyakinan diri saya. Sokongan dan kerjasama ahli kumpulan sedikit sebanyak
membuat saya terharu. Kini saya lebih bersemangat untuk terus belajar kerana
disekelilingi oleh kawan kawan yang positif dan banyak membantu. Berkenaan tajuk
kami iaitu Bai’ Salam, saya mendapati bahawa kontrak ini sudah menjadi kebiasaan
masyarakat Malaysia. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka mungkin tidak
mengetahui apakah itu Bai’ Salam kerana kurangnya pendedahan tentang Bai’ Salam
di kalangan kita. Mereka yang ingin belajar sahaja bakal mengetahui hal ehwal Fiqh
Muamalat ini. Akhir kata, saya berharap agar ahli kumpulan saya iaitu Nur Aisyah, Adri
Hanzalah, Nurul Nasuha, Athirah Nabilla(saya) dan Haziq Hakimi dapat mengeratkan
hubungan sesame sendiri supaya lebih mudah untuk bekerjasama bagi menyiapkan
tugasan di masa hadapan dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih.
20
HAZIQ – Ilmu usul fiqh dapat saya pelajari sepanjang perjalanan proses meyiapkan
tugasan ini bersama ahli kumpulan. Saya dapat mengenalpasti kontrak bai’ salam. Bai’
salam sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat Malaysia namun tidak dipraktikkan
dalam kalangan masyarakat. tambahan lagi, saya berbesar hati kerana dapat
bekerjasama dengan ahli kumplan saya kerana mereka memberi kerjasama ketika
menyiapkan tugasan fiqh muamalat ini. Walaupun banyak rintangan untuk
menyiapkan tugasan. Kesimpulannya sebagai seorang Muslim yang bertaqwa, kita
mestilah mempelajari ilmu fiqh muamalat kerana ia dapat menambahkan ilmu kita
menceburi bidang muamalat yang patuh syariat. Akhir sekali, bersama-samalah kita
mempelajari ilmu fiqh untuk menjadi insan yang diredhai oleh allah , sekian terima
kasih.
21
RUJUKAN
1. Buku Modul Fiqh Muamalat 2
2. http://bin-sahak.blogspot.com/2009/06/bai-al-salam.html?m=1
3. https://www.harlindahalim.com/bai-al-salam-konsep-akad-dalam-
muamalah-islam/
4. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-
umum/4270-irsyad-al-fatwa-siri-ke-440-hukum-perniagaan-meja-
penceramah-melalui-tempahan
22