The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & AKTA AUDIT 1957

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rash27111983, 2021-03-25 03:02:08

Perlembagaan Persekutuan & Akta Audit 1957

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & AKTA AUDIT 1957

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 106: Kuasa dan Tugas Ketua Audit Negara
(1)Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat

laporan mengenainya oleh Ketua Audit Negara.
(2)Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan

menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-
undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan akaun
bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa
awam lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat
oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 107: Laporan Ketua Audit Negara
(1)Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada

Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu
dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(2)Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi
sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana
pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-
undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan
di hadapan Dewan Undangan.

1

AKTA AUDIT 1957

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 62

Seksyen 9: Laporan Audit

Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, mengikut
(1) mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebaik sahaja penyata yang

dikehendaki di bawah seksyen 16 Akta Tatacara Kewangan 1957
disediakan, menghantar penyata itu kepada Ketua Audit Negara yang
hendaklah dengan serta-merta menyebabkan penyata itu diperiksa dan
diaudit dan menyediakan laporannya mengenai penyata itu.

(2) Sekiranya mana-mana penyata sedemikian tidak diterima dalam tempoh
tujuh bulan selepas berakhirnya tahun kewangan yang berhubungan
dengan penyata itu, Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan
suatu laporan mengenai hal itu kepada Yang di-Pertuan Agong yang
hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan
Rakyat dalam mesyuaratnya yang berikutnya, dan dalam hal laporan
yang berhubungan dengan penyata yang kena dihantar oleh Menteri
Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, Ketua Audit Negara
hendaklah, sebelum mengemukakan laporan itu kepada Yang di-Pertuan
Agong, mengemukakan satu salinan laporan itu kepada Raja atau Yang
di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkannya
dibentangkan di hadapan Dewan Undangan dalam mesyuaratnya yang
berikutnya.

(3) Satu salinan tiap-tiap laporan yang berhubungan dengan akaun
Persekutuan yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah
dihantar oleh Ketua Audit Negara kepada Menteri yang, jika Dewan
Rakyat tidak bersidang pada masa itu, hendaklah menyebabkan penyata
dan laporan itu disiarkan.

2

(4) Jika pada bila-bila masa didapati oleh Ketua Audit Negara bahawa apa-
apa ketakteraturan yang serius telah berlaku dalam pengakaunan atau
penjagaan wang awam atau simpanan awam di bawah pengauditannya,
dia hendaklah dengan serta-merta membawa perkara itu kepada
pengetahuan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan, dalam hal wang
atau simpanan sesuatu Negeri atau pihak berkuasa awam, juga kepada
pengetahuan pihak berkuasa kewangan Negeri atau kepada ketua pihak
berkuasa awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Ketua Audit Negara boleh, dalam apa-apa laporan yang dikemukakan
mengikut Perkara 107(1) Perlembagan Persekutuan atau selainnya,
membuat syor dan boleh secara umum memberikan ulasan tentang
semua perkara yang berhubungan dengan akaun, wang dan simpanan
awam.

(6) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan perakuan dan
pandangan mengenai akaun mana-mana kumpulan wang berasingan
yang ditubuhkan di Wilayah Persekutuan atau sesuatu Negeri di bawah
Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan kepada Yang di-Pertuan
Agong dalam hal Wilayah Persekutuan atau Raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi Negeri itu atau kepada mana-mana pihak berkuasa lain yang
diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.

(7) Melainkan jika dikehendaki selainnya oleh undang-undang atau arahan
Menteri, jika Ketua Audit Negara mengaudit akaun mana-mana pihak
berkuasa atau badan lain, dia hendaklah menyampaikan perakuan dan
pandangannya mengenai akaun itu kepada ketua pihak berkuasa atau
badan itu dan satu salinan perakuan dan pandangan itu kepada Menteri
atau Menteri Besar atau Ketua Menteri yang bertanggungjawab bagi
pihak berkuasa atau badan itu, dan Ketua Audit Negara boleh, pada bila-
bila masa sebelum menyampaikan perakuan dan pandangan itu,
membawa kepada pengetahuan ketua pihak berkuasa atau badan itu
atau Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri yang
bertanggungjawab bagi pihak berkuasa atau badan itu apa-apa perkara
yang pada pendapatnya memerlukan perhatian serta-merta.

3

(8) Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Ketua Audit Negara boleh pada
bila-bila masa mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong
mengenai apa-apa perkara yang berbangkit daripada pelaksanaan
mana-mana tugasnya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah
Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan boleh
mengemukakan satu salinan mana-mana laporan sedemikian kepada
Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri atau kepada seseorang
Menteri.

4


Click to View FlipBook Version