The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizkabatrisyia2, 2022-12-04 23:47:01

EFOLIO BRACES

EFOLIO BRACES

MPU 23052

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
ISLAM

E FOLIO PENDAKAP GIGI

KELAS: DLH 2A
NAMA PENSYARAH: DR MAHNESSA A.A KADIR

BIL NAMA NO MATRIK
1 NUR ZULAIKHA BINTI ZAMRI 23DLH21F2057
2 RIZKA BATRISYIA BINTI MOHAMED KAMALRUZAMAN 23DLH21F2034

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN M/S

1 PENGENALAN 3-4

2 HUKUM 5

3 HUBUNGAN TAJUK DENGAN 6-8
PRINSIP SYARIAH BESERTA
HURAIAN
4 HUBUNGAN TAJUK DENGAN 9-11
KAEDAH FIQH BESERTA HURAIAN

5 KESIMPULAN 12

6 LAMPIRAN 13

PENGENALAN

Gigi yang tidak teratur dan gigitan yang tidak sempurna adalah penyebab utama pesakit
mendapatkan rawatan ortodontik dan pemakaian pendakap gigi. Pendakap gigi adalah alat yang
digunakan di dalam bidak ortodontik untuk menyusun atur gigi ke posisi gigitan yang lebih baik
dan juga menambah baik kesihatan pergigian secara keseluruhannya. Terdapat 2 jenis pendakap
gigi iaitu aplians boleh tanggal dan aplians tetap.

Penjajaran tidak normal gigi dan rahang adalah biasa, hampir 30% daripada populasi mempunyai
maloklusi yang cukup teruk untuk mendapat manfaat daripada rawatan ortodonik. Rawatan
boleh mengambil masa sehingga beberapa bulan hingga beberapa tahun, melibatkan
penggunaan pendakap pergigian dan peralatan lain untuk perlahan-lahan memindahkan gigi dan
rahang sekitar. Sekiranya maloklusi sangat teruk, pembedahan rahang boleh digunakan. Rawatan
biasanya dimulakan sebelum seseorang mencapai usia dewasa kerana tulang lebih mudah
dipindahkan ketika usia kanak-kanak.

Ini membuatkan seseorang mengalami kesukaran ketika mengigit dan akan menyebabkan
masalah pada jangka masa panjang antaranya:

I. Masalah gigi berlubang

II. Penyakit gusi

III. Masalah mengunyah atau pertuturan

IV. Masalah rahang

V. Permukaan gigi cepat haus

APLIANS

Komponen-komponen aplians tetap adalah:

1.Braket – braket adalah besi kecil bersegi empat yang dilekatkan pada permukaan gigi. Ia
mempunyai satu alur kecil yang merintangi di tengahnya untuk pemasangan wayar arkus.
Sesetengah braket mempunyai eksesori tertentu seperti bebola cangkuk yang berfungsi untuk
memegang getah dan sebagainya. Braket boleh diperbuat dari Titanium Nikel, keluli nirkarat,
akrilik, seramik atau emas.
2.Wayar arkus – wayar ini dipasang pada braket untuk memandu gigi bergerak ke dalam satu
barisan. Kebiasaannya wayar ini diperbuat dari keluli nirkarat dan Titanium Nikel. Wayar arkus
diikat pada braket menggunakan getah atau dawai besi yang halus.
3.Getah pengikat – Ia adalah getah bulat yang kecil, kebiasaannya berwarna dan digunakan
untuk mengikat wayar arkus pada setiap braket.
4.Dawai besi pengikat - dawai halus yang digunakan untuk mengikat wayar arkus pada braket
ortodontik.
5.Gegelang molar – ia adalah gelungan besi yang diletakkan pada gigi geraham menggunakan
ejen pengikat khas.

Komponen Aplians boleh tanggal (ABT):
1. Tapak akrilik (menyokong komponen dawai dan menyediakan penahanan)
2. Komponen dawai keluli nirkarat (untuk pembikinan komponen pemegang bagi membantu

perlekatan)
3. Komponen dawai keluli nirkarat (untuk komponen aktif)

2.0 HUKUM

Zaman dah jadi semakin maju, bermacam-macam teknologi dah wujud. Setakat nak jadi cantik,
sekejap sahaja, malah lebih cantik dari rupa asal pun dah boleh buat sekarang. Yang penting, ada
duit, sekelip mata sahaja dah boleh dapat apa yang kita nak.

Tapi dari segi hukum islam, sememangnya agama menggalakkan umatnya menjaga kecantikan
dan kebersihan dengan syarat tidak mengubah ciptaan Allah. Amalan mencantikkan gigi ini sudah
lama berlaku bahkan sejak di zaman Nabi lagi. Waktu itu, wanita jahiliyah suka menjarangkan gigi
mereka untuk kelihatan cantik namun amalan itu dilarang sama sekali oleh Nabi Muhammad
S.A.W dengan laknat oleh baginda.

“Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah
ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika seseorang itu giginya dikategorikan cacat maka ia dibenarkan ( HARUS ) menggunakan
pendakap gigi atau apa-apa sahaja alat atau ubat yang digunakan bagi membaiki kecacatan
giginya. Membaiki gigi yang cacat tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.

Adapun jika seseorang yang memakai pendakap gigi sedangkan giginya elok tidak ada cacat
celanya, dipakai pendakap gigi supaya giginya menjadi lebih cantik lagi maka hukumnya adalah
HARAM tapi jika perubahan itu tidak bersifat kekal ia tidaklah haram.

(Kata al imam Yusuf al Qaradhawi):

“Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya
terdapat daging tambahan yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa
untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh
mengancam hidupnya. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh
kesukaran”

(Al-Halal wal Haram Fil Islam).

3.0 HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN PRINSIP SYARIAH BESERTA HURAIAN
Nabi s.a.w bersabda:
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita
yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang
meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa
yang Allah telah ciptakan”
- (Shahih Muslim #3966)

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang
itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan
bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka
tidak ada salah melakukan, Dan Allah yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat
gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan
sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Mutallib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang
membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata:

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’,
bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online: “As long as the bracing is done to fix a problem,
then it is allowed and there is nothing wrong with it.” , iaitu selama mana pendakap itu
membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Prinsip Syariah

1.RABBANIAH (KETUHANAN)
 Syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT segala kandungannya yang
meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan
manusia alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh
terokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT. Contohnya, Salwa memakai
pendakap gigi kerana giginya sudah tidak teratur bukanlah untuk kecantikkan.

2.WASATIAH (KESEDERHANAAN)
 Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya
adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan
kerana boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum
mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya, agama islam memberi kelonggaran
bagi penganutnya untuk menggunakan pendakap gigi dengan alasan yang
munasabah seperti untuk kesihatan diri.

3.TAWAZUN & MIZAN (KESEIMBANGAN & KESETARAAN)
 Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi
antara keperluan manusia di dunia dan akhirat. Contohnya, memakai pendakap gigi
untuk megurangkan risiko kecederaan terutama pada gigi kacip dan mengurangkan
risiko penyakit gusi. Kerosakan gigi bukan kerana untuk kecantikkan sehingga dapat
menjadikan pemakaian pendakap gigi menjadi haram.

4.TETAP & ANJAL (MUTLAK & MURUNAH)
 Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Antara perkara yang termasuk dalam
konsep thabat adalah aspek aqidah dan hukum hakam amaliyyah yang dinyatakan
secara tetap atau qat’ I (pasti) dalam al-quran dan al-sunnah yang tidak boleh
dipindah dan diubah dasar dan prinsipnya. Contohnya hukum pendakap gigi adalah
harus bagi tujuan membaiki gigi yang cacat tetapi jika memakai pendakap gigi bagi
tujuan kecantikkan hukumnya adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT.

PELAKSANAAN SYARIAH:
1)Matlamat tidak menhalalkan cara
- Pemakaian pendakap gigi ini dibenarkan untuk mereka yang hendak merawat gigi dan

menaikkan keyakinan diri.

- Tetapi jika matlamat mereka memakai pendakap gigi bertujuan kecantikkan semata-
mata maka hukumnya adalah haram.

2) Mencegah lebih baik dari mengubati
- Pakai pendakap gigi kerana gigi sudah teruk sehingga boleh menurunkan keyakinan
diri, dihina oleh orang sekeliling sehingga boleh menimbulkan fitnah. Jadi hukum
harus oleh mereka untuk mencegah perkara tersebut.

4.0 HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN KAEDAH FIQH BESERTA HURAIAN

Hubungkait pemasangan pendakap gigi ini salah satunya ialah:

Setiap sesuatu bergantung kepada tujuannya

Kaedah ini adalah salah satu daripada lima kaedah feqah yang utama yang menjadi tunjang
kepada banyak kaedah-kaedah feqah yang lain. Kaedah-kaedah itu dikenali sebagai ‘Al-
Qawaed Al-Fiqhiyyah Al-Kubra’. Lima kaedah tersebut ialah:

I. Segala perkara bergantung kepada tujuannya.
II. Suatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak (sangkaan).
III. Kemudaratan mesti dihapuskan.
IV. Adat dirujuk dalam menentukan hukum.
V. Kesusahan mendatangkan kemudahan.

2. Kaedah ‘Segala perkara bergantung kepada tujuannya’ bersumberkan kepada banyak dalil
daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.

3. Hadis ini membawa pengertian yang sangat besar dalam syariat islam. Imam Bukhari
berkata, “Tidak terdapat dalam khabar-khabar (hadis) Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam satu
hadis yang lebih mencukupi, dan lebih banyak faedah, daripada hadis ini”. Ramai imam salaf
menjulang kedudukan hadis ini dan membuat rumusan bahawa ia adalah satu pertiga
daripada ilmu. Antara yang mengatakan demikian ialah Syafie, Ahmad, Ibn Mahdiy, Ibn Al-
Madiniy, Abu Daud, dan Al-Daraqutniy.

4. Ketinggian taraf hadis ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan kaedah: “Segala
perkara bergantung kepada tujuannya”. Ia juga mencakupi kebanyakan bab dan fasal dalam
ilmu feqah.

5. Maksud umum kaedah ini ialah: Segala perkara yang lahir dari seorang mukallaf samada
dalam bentuk perubatan atau pertuturan, maka hukum hakamnya ditentukan berdasarkan
maksud dan tujuan dia melakukan atau memutarkannya. Jadi, niat dan maksud seseorang
berperanan penting dalam menentukan suatu hukum.

6. Daripada kaedah ini, kita dapat bezakan antara perbuatan yang dilakukan dengan niat, dan
perbuatan yang berlaku secara tidak sengaja atau tanpa niat. Hukumnya pun berbeza.
Sebagai contoh, dua orang lelaki, A dan B telah melakukan perbuatan membunuh. A sengaja
melakukan pembunuhan terhadap orang yang tidak bersalah, manakala B tidak ada niat
langsung untuk membunuh, tetapi tersilap sehingga menyebabkan kematian orang lain.
Dalam perundangan islam, hukuman terhadap kedua-duanya A dan B adalah berbeza.
Kerana A membunuh dengan niat, manakala B membunuh secara tidak sengaja.

7. Satu perbuatan yang sama tetapi dilakukan dengan tujuan yang berbeza, natijah yang
terhasil juga akan berbeza bergantung kepada apa yang diniatkan. Contohnya orang yang
berperang dalam barisan tentera Islam, jika bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah,
maka dia akan mendapat balasan yang baik. Manakala orang yang berperang kerana mahu
menunjuk-nunjuk bahawa dia seorang yang berani dan pahlawan, akan mendapat balasan
yang buruk. Berbeza balasan disebabkan berbeza tujuan.

8. Niat terbahagi kepada dua jenis:

i. Niat dalam amalan.

Niat dalam amalan berperanan untuk membezakan antara ibadah dengan perlakuan
bukan ibadah. Contohnya, seseorang yang tidak makan dan minum pada waktu siang.
Mungkin dia Manahan lapar kerana melakukan diet, atau disebabkan tiada makanan,
atau kerana berpuasa. Jadi dengan berniat puasa, dapat dipastikan bahawa perbuatan
itu adalah ibadah.

Selain itu, niat juga berperanan membezakan antara ibadah-ibadah. Contohnya, seorang
yang berpuasa mungkin tujuannya puasa sunat, atau puasa qadha, atau puasa kaffarah.
Jenis puasanya dapat ditentukan melalui niat.

ii. Niat untuk apakah dilakukan amalan.

Maksud niat jenis ini ialah satu-satu perkara ibadah adakah dilakukan ikhlas kerana
Allah Taala, ataupun dilakukan kerana tujuan lain? Niat inilah yang membezakan antara
ikhlas, riyak, sum’ah, dan lain-lain.

9. Niat wadahnya ialah di dalam hati. Demikian menurut sekalian ulama islam. Oleh itu,
seseorang yang meniatkan di dalam hati, tanpa melafazkan dengan lidahnya, maka ia sudah
memadai di sisi sekalian ulama.

10. Pengetahuan tentang niat dalam ibadah mesti dipelajari dan difahami secara betul.
Kerana kefahaman yang silap tentang konsep niat kadang-kadang menyebabkan kepayahan
dalam ibadah. Natijahnya, timbul penyakit waswas yang akan merosakkan ibadah. Benarlah
kata-kata sesetengah ulama bahawa punca penyakit waswas ialah kejahilan dalam agama.

Jadi daripada fakta ini saya dapat menyimpulkan bahawa kaedah pemasangan pendakap gigi
tidak akan diharamkan jika niat pemasangan tersebut ini tidak atas tujuan kecantikan
semata-mata.

5.0 KESIMPULAN

Konklusi daripada perbincangan ini, terdapat dua hukum daripada pemakaian pendakap gigi.
Haram bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa masalah pada gigi dan memakainya
hanya tujuan kecantikkan dan trend. Namun, jika terdapat sebab tertentu seperti cacat sejak
lahir atau mengalami kecederaan akibat kemalangan, kedudukan gigi yang tidak stabil dan
memudaratkan maka diharuskan untuk mendapatkan rawatan ortodontik dan braces.
Rawatan pergigian yang dapat memperbaiki maloklusi pergigian, mengembalikan keyakinan
diri.

6.0 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version