The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farizizwan02, 2022-06-12 09:04:18

FLIPBOOK PASKAL

FLIPBOOK PASKAL

MPU21032 JABATAN
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PERDAGANGAN

SESI 2 2021/2022

TAJUK PROJEK

3. MENGULAS SESUATU PLOT CERITA DARI
FILEM PASKAL YANG BERKAITAN DENGAN

PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL

PENSYARAH : PN. NUR SOBRIAH BINTI ABU BAKAR

BIODATA PELAJAR

Nama: Nama: Muhamad Nama : Williams Nama : Fariz
Muhammad Khuzairi Adli Bin Kerk Xiang Chen Izwan Bin
Hayqal Qhaliq bin Umur : 19 Tahun Mastuki
Sahabuddin
Umar No Matrik: No Matrik : Umur : 19 tahun
No matrik : 03DAT21F2999 03DAT2013 No Matrik :
03DAT21F2033 Umur : 20 Tahun Hobi : Camping
Hobi: Membaca Cita-cita : 03DAT21F2004
Umur:19 Akauntan Hobi :
Hobi: Sukan buku
badminton Cita-cita: Mengumpul
Akauntan Setem
Cita-
cita:Akauntan Cita-cita :
Menteri

Kewangan

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya,
dapat saya dan rakan-rakan menyelesaikan tugasan kerja kursus ini
dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan

kepada;
Puan Nur Sobriah Binti Abu Bakar
Pensyarah Etika dan Peradaban, di atas kepercayaan beliau memberi
tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya. Dimana
beliau banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini

disiapkan
Dan saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada
rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea

kami sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan.
Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah kami pelajari
sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan lanya memberi saya

senbu satu makna dalam menimba ilmu in
Syukur Alhamdulillah.

3

SENARAI KANDUNGAN Muka Surat

Bil. Kandungan 6
7-8
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan Kebudayaan Penggerak Kesepaduan Nasional 9
1.2 Kepentingan Kesepaduan Nasional 10 - 11

2.0 Carta Gantt Pelaksanaan 12
3.0 Pengenalan Filem Paskal The Movie 13 - 14

3.1 Objektif 15
3.2 Ulasan / Perbincangan 16 - 18
3.3 Cadangan
3.4 Tema : Patriotisme, Kasih Sayang, Persahabatan, Semangat
Berpasukan, Nasionalisme

4

Bil. Kandungan Muka Surat

3.5 Nilai dan Pengajaran 19 - 20
3.6 Penutup 21
4.0 Kritikan Filem Paskal
4.1 Kritikan Filem Oleh Pengarah Filem Paskal 22
4.2 Kritikan Filem Oleh 23 - 24
5.0 Refleksi 25 - 26
6.0 Kesimpulan
7.0 Rujukan 27
8.0 Lampiran 28
8.1 Lampiran / gambar : Filem Paskal
8.2 Gerak Kerja Projek 29
30

5

1.1 PENGENALAN KEBUDAYAAN PENGGERAK KESEPADUAN
NASIONAL

Terhasil daripada kerjasama rakyat dan kerajaan Malaysia untuk menangani rusuhan kaum
yang menyebabkan perpecahan kaum dan boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi.

Kesepaduan nasional dapat dilakukan kerana mempunyai undang-undang yang telah ditetapkan
oleh Mahkamah terhadap orang yang menyebabkan pergaduhan antara pelbagai kaum

Dapat dilaksanakan sekiranya rakyat di Malaysia mempunyai keinginan dalam meneroka
budaya kaum yang lain.

Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat berbilang bangsa dengan majoriti
masyarakat Melayu, Cina dan India. Terdapat pelbagai kaum etnik berbeza di Malaysia dengan

identiti budaya mereka yang unik dan istimewa, dengan beberapa persamaan di antaranya

Masyarakat di Malaysia sepatutnya mengamalkan lebih tentang budaya cara pemakaian,
pemakanan dan lain-lain dengan lebih kerap kerana la adalah salah satu tradisi turun temurun

dari nenek moyang, dari segi pengenalan kita dapat mengenali tentang budaya masyarakat
yang ada di Malaysia dan kita tahu lebih lanjut mengenai budaya yang ada.Contohnya,kaum

india ada adat tersendiri begitu juga kaum-kaum yang lain.

6

1.2 KEPENTINGAN KESEPADUAN NASIONAL

Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di
mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke

arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang

bersifat keMalaysiaan.

Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik,
mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

7

Buat pengetahuan semua pembaca: Dasar kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan pada
tahun 1971 di Malaysia.

Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, Dasar ini ditubuhkan sebagai
garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara.Penggubalan
dasar mestilah mempertimbangkan fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan
negara.

Contohnya seperti pusat pertemuan.pusat perdagangan dan pusat tamadun,Negara kita
menjadi pusat pusat tersebut sejak dua ribu tahun lampau.

Peranannya adalah sebagai pusat pertemuan.Ia telah melahirkan beberapa proses seperti
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur yang sesuai kepada
kebudayaan asas.

8

2.0 CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK

Penerangan Bulan Mei 2022 Minggu Jun 2022
Minggu Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 12 Minggu 13 Minggu 14
Membuat perancangan ProjekMenetapkan matlamat dan
objektifMembentuk draf aktiviti bersama ahli kumpulanMerangka draf
tentatif projek
Menghasilkan kertas projek dan membentangkan

Membentuk struktur organisasi, menyediakan senarai semak tugasan

MUHAMMAD HAYQAL QHALIQ BIN UMAR (Ketua Projek)
MUHAMAD KHUZAIRI ADLI BIN SAHABUDDIN (Timbalan Ketua
Projek)
WILLIAM KERK XIANG CHEN (Pengumpul Maklumat Projek)
FARIS IZWAN BIN MASTUKI (Penyelaras Bahan ICT dan Multimedia)
Menetapkan butiran penting projek seperti tarikh, masa, bahan dan
seumpamanya.

Melaksanakan projek seperti yang dirancang dan mengedarkan
borang maklum balas penilaian projek kepada ahli kumpulan serta
mungumpulkan bahan seperti dalam perbincangan.

Menyediakan laporan bertulis serta mempunyai gambarMengadakan
post mortem aktivit dan membuat refleksi dengan merujuk kepada
borang penilaian peserta.

9

3.0 PENGENALAN FILEM PASKAL

Filem Paskal merupakan sebuah filem aksi ketenteraan
malaysia pada tahun 2018 yang diarahkan oleh adrian teh.
Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley
Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan
G, Jasmine Suraya Chin. Filem ini berdasarkan dari kisah
benar, ia mengisahkan tentang kepayahan pasukan elit
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut
atau Paskal dalam misi merampas kembali Kapal Dagang My
Bunga Laurel daripada Lanun Somalia di Teluk Aden pada
2011.

Komander Leftenan Arman Rahmat ialah Pegawai Pasukan
Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan
sejarah perkhidmatan yang terkenal. Dia mengetuai pasukan
yang membebaskan Mv Bunga Laurel iaitu kapal tangki kimia
malaysia yang telah dirampas oleh Lanun Somalia di Pantai
Afrika. Dia juga dipaji sebagai wim kebangsaan untuk
eksploitasinya di bawah bendera pengaman pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu di Angola.

10

Tetapi seolah-olah Arman cuba untuk lari dari sejarah silamnya,
semakin cepat ia merayap untuk mengejarnya. Dalam tugas terakhirnya
sebagai pengendali lapangan, Arman melintasi jalan dengan Jeb;
Seorang bekas anggota PASKAL yang telah disingkirkan. Pada malam itu
Jeb menjangkau Arman dengan memberinya lawatan mengancam. Jeb
merungut tentang bagaimana sistem itu pecah dan bagaimana dia kini
menjadi senjata untuk disewa selepas apa yang ditugaskan oleh TLDM.
Jeb mengancam Arman untuk keluar, memberikan ancaman terhadap
Lily dan anaknya jika Arman memilih untuk tidak. Namun, Arman tidak
dapat berdiri dengan tenang kerana Jeb meneruskan dengan muslihatnya
yang tidak menyenangkan. Arman tahu ia akan menjadi lebih parah dan
menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

Elemen drama, persahabatan dan kekeluargaan yang diwujudkan di
dalam filem ini pasti dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada
rakyat malaysia khususnya anak-anak muda. Sebagai contoh, babak
diantara Arman dan ibunya serta hubungan kasih sayang dan
persahabatan yang dibina oleh anggota paskal yang telah menunjukkan
nilai setia kawan mereka begitu tinggi dan menjadikan nilai nilaimurni ini
wajib dilihat dan diambil iktibar.

11

3.1 OBJEKTIF

• “Filem ini sendiri memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk menghargai
jasa dan pengorbanan para pejuang negara,” katanya di Majlis Penghargaan PASKAL The
Movie, baru-baru ini.

• Majlis Penghargaan PASKAL The Movie diadakan pada hari Rabu, 28 November 2018 sebagai
penghargaan kepada para pelakon dan kru filem tersebut atas kejayaan mereka dalam
meraih RM 30 juta sepanjang tayangan tersebut disamping membuka minda masyarakat
mengenai jasa dan pengorbanan prajurit negara terhadap tanah air.

12

3.2 ULASAN/PERBINCANGAN

Menariknya filem Paskal ini kerana ia berjaya mengangkat kisah benar yang membuatkan anda
bakal teruja bermula pada pengenalan awal filem ini lagi iaitu kisah Ops Fajar berkenaan
pasukan Paskal yang terlibat di dalam merampas semula kapal dagang MT Bunga Laurel
daripada serangan lanun Somalia yang berlaku di Teluk Aden pada tahun 2011.

Selain itu juga paparan terhadap misi hebat anggota Paskal yang terlibat di dalam Misi
Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998 pasti bakal
membuatkan jiwa anda tersentuh dan silap-silap boleh membuatkan air mata anda bercucuran
gugur melihatkan babak-babak yang menyedihkan itu.

13

Filem ini juga secara tidak langsung pasti akan membangkitkan rasa bangga dan kagum anda
terhadap kehebatan tentera kita serta aset-aset ketenteraan yang dimiliki oleh Malaysia. Sangat
menarik melihat kegagahan dan kelincahan helikopter Super Lynx, kapal selam Scorpene, frigat
KD Lekiu, pesawat C-130 serta banyak lagi yang dipertontonkan di layar perak melalui filem
Paskal ini.

Menarik untuk diliihat bagaimana babak melibatkan Arman dan ibunya yang pasti membuat
anda berasa resah dan mati akal jika berada di kedudukannya. Juga menarik untuk dilihat
bagaimana hubungan persahabatan dan kasih sayang yang dibina oleh anggota Paskal ini dimana
nilai setiakawan mereka begitu hebat dan menjadikan nilai-nilai ini wajar dilihat dan diambil
sebagai faktor tambah di dalam diri anda selepas ini.

14

3.3 CADANGAN

1. Filem ini mesti ditayangkan di sekolah-sekolah, kolej serta universiti, untuk memberi impak
patriotik kepada jiwa anak-anak muda.
2. Mohon kerajaan perbanyakkan lagi filem berkualiti sebegini dengan peruntukan bajet yg
bagus, berdasarkan kisah-kisah sebenar dalam tentera.
3. Saya cadang filem PASKAL ini dicalonkan mewakili Malaysia dalam mana-mana festival filem
level asia dan dunia.

15

3.4 TEMA

Aspek tema merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam elemen naratif, elemen ini juga
merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah karya bertulis mahupun tidak bertulis.
Dalam sesuatu hal yang kita ciptakan akan mempunyai tema yang telah dikhususkan untuk
menjadikan sebuat produk mahupun karya yang terhasil mempunyai tujuan mahupun tema yang
telah dikhususkan.

Setelah meneliti melalui tontonan filem Paskal ini, kami telah menganalisis akan bahawa
tema utama filem ini adalah patriotisme yang telah dikhususkan cerita ini sebuah cerita unit
beruniform dalam Negara Malaysia iaitu anggota Paskal.Sebagai contoh,watak di dalam cerita
ini yang bernama Leftenan Komander Arman Anwar ataupun digelar "Jerung" masih setia dan
taat kepada tugasnya sebagai tentera untuk melindungi negara meskipun mendapat tawaran
untuk belot kepada negara dan bidang tentera jugalah telah mengorbankan ayah serta
rakannya tetapi beliau masih tetap dengan tanggungjawab yang diberi kepada beliau serta
berpegang teguh kepada cogan kata "SENTIASA TERBAIK" yang di mana merupakan cogan
kata untuk Pasukan Khas Laut Malaysia (PASKAL).

16

Dalam filem ini bukan sahaja mengetengahkan tema patriotisme, ia juga terdapat tema-tema
kecilnya seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, hal ini dapat kita lihat akan watak
ibu Arman yang sangat tidak bersetuju apabila anaknya iaitu watak yang bintangi oleh Hairul
Azreen sebagai pasukan Paskal kerana tidak ingin berjauhan dan risau akan keselamatan anak
tunggalnya.

Tema kecil lain yang dapat kita dalam filem Paskal ini adalah tema persahabatan. Watak ini
yang ada pada perwatakan Armandan juga Joshua serta rakan-rakan Arman yang lain. Namun
yang paling ketara dalam filem ini apabila Arman meraung akan kepergian rakan seperjuangan
Paskalnya iaitu Joshua yang terkorban dalam misi keamanan Angola 2011 akibat dari sebuah
letupan bom.

Setelah ketiadaan rakan baiknya itu, Arman sehingga sekarang tidak memutusakan hubungan
dengan isteri Joshua, malah Arman juga sering melawat Lily dan anak lelaki mereka. Lily juga
telah menganggap Arman an ibu sebagainya keluarga mereka. Dalam erti kata lain, Arman
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan isteri dan anak sahabatnya yang terkorban.

17

Seterusnya, tema yang terdapat dalam filem paskal yang dapat kita ambil ialah semangat
berpasukan. Perwatakan semngat berpasukan dapat dilihat sewaktu tentera laut ingin
menumpaskan lanun yang menyerang plantar minyak serta terdapat juga adegan yang lain
sewaktu Joshua membantu melepaskan baju Arman sewaktu latihan walaupun dia tahu perkara
tersebut akan membahayakan nyawanya sendiri.

Akhir sekali, tema yang terdapat dalam filem ini iala nasionalisme.Semangat nasionalisme
perlu diterapkan pada setiap orang agar negara kekal aman dan sejahtera. Antara adegan
semangat nasionalisme dapat dilihat di dalam filem paskal ketika Arman dan rakan - rakannya
rela mengorbakan masa,tenaga dan nyawa demi melindungi negara luar daripada anasir - anasir
luar.

scan QR untuk menonton video projek

18

3.5 NILAI DAN PENGAJARAN

Antara nilai yang terdapat didalam filem paskal ialah patriotisme. Contohnya, Arman
menunjukkan semangat patriotisme apabila bertekad untuk membebaskan pelantar minyak
yang diserang oleh lanun walaupun terpaksa menentang rakannya sendiri.

Selain itu terdapat juga nilai kasih sayang Contohya, Arman sangat menyayangi ibunya dan
dia memfailkan perletakan jawatannya sebagai pembantu lapangan untuk tugas kerja yang
lebih stabil di dalam TLDM supaya dapat menjaga ibunya yang sakit.

Disamping itu, terdapat nilai persahabatan. Contohnya Arman menyayangi anak sahabat yang
terkorban ketika misi di Angola dan sentiasa melawat anak sahabatnya dan membantu janda
sahabatnya membesarkan anaknya.

19

Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita jadikan ikhtibar dari filem ini.Antaranya ialah
kita hendaklah Amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan
Contohnya, Arman yang sentiasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang pegawai Pasukan
Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia dengan penuh dedikasi walaupun dirinya masih rasa
bersalah atas kematian sahabatnya Joshua

Seterusnya, kita mestilah berani mempertahankan tanah air.Contohnya, Arman, Joshua dan
Jeb berani menentang pengganas Ketika misi mereka di Angola walaupun Ketika itu mereka
tidak mempunyai sebarang senjata.Arman juga berani menentang lanun lanun yang menyerang
pelantar minyak untuk menyelamatkan tahanan yang ditahan oleh lanun lanun.

Tambahan pula, kita haruslah gigih dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Contohnya Arman,
Joshua dan Jeb yang gigih menjalani latihan mereka untuk menyertai Paskal sehingga akhirnya
mereka lulus dan dinobatkan sebagai tiga perserta terbaik

20

3.6 PENUTUP

Paskal mungkin merupakan sebuah filem yang lain daripada yang lain. Ianya pertama kali
dalam sejarah, kita diperlihatkan dengan aset ketenteraan yang sebenar dalam sebuah filem
yang padat dengan aksi. Sebelum bercerita lanjut mengenai Paskal, Filem ini mempunyai plot
penceritaan Paskal dibina dengan mencantumkan dia tragedi kisah benar. Dua kisah benar ini
diselitkan dengan setting yang fiksyen dan kemudiannya diselitkan supaya sesuai dengan
watak dan juga twist. Menonton Paskal ibarat menonton tiga episod siri tv mega yang berbayar.
Episod pertama, lanun Somalia, episod kedua, konflik Hairul Azreen, dan episod tiga lanun
Filipina.Paskal memang filem yang cukup memuaskan. Namun, Paskal bukanlah sebuah filem
yang cukup sempurna untuk menjadikan ianya sebuah filem aksi ketenteraan yang
mengagumkan.

Selepas ini kemungkinan besar filem Paskal akan turut mengisi slot di saluran televisyen 21
tempatan pada tahun-tahun akan datang tambah-tambah sewaktu tibanya Hari Merdeka atau
Hari Malaysia selepas sering sering kali kita disogokkan dengan filem filem bergenre patriotik
yang lain seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan saban tahun. Filem-filem
yang disebutkan tadi sering kali diulang tayang apabila tibanya hari-hari bersejarah negara dan
ramai dari kalangan anda sendiri juga sering bersungut inginkan filem-filem tempatan bersifat
patriotik dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan. Pengarah filem ini, Adrian Teh yang
sebelum ini pernah menerbitkan filem Ice Kacang Puppy Love pada tahun 2010 yang merupakan
sebuah filem bahasa Mandarin tempatan pertama yang berjaya menembusi pasaran luar negara
seperti China sekali lagi berjaya membuktikan magisnya di dalam menghasilkan filem Paskal
The Movie dan sekaligus menghilangkan kehausan para peminat filem tempatan yang
mendambakan filem aksi berjiwa patriotik seperti Paskal ini.

4.0 KRITIKAN FILEM PASKAL

4.1 Kritikan Fillem Paskal oleh Pengarah Filem

• Pengarah & Penerbit PASKAL THE MOVIE, Adrian Teh menjelaskan idea menerbitkan filem ini
timbul apabila beliau melakukan penyelidikan tentang PASKAL dan rasa kagum dengan pasukan
elit ini.

• "Mungkin ada segelintir masyarakat di luar sana tidak didedahkan dengan kewujudan PASKAL.
Saya harap dengan kehadiran filem ini, ia mampu membuat penonton sedar bahawa negara kita
memiliki pasukan elit seperti PASKAL yang hebat, sekaligus mampu menerapkan semangat
cintakan negara. Filem ini juga sesuai ditonton oleh semua lapisan usia dan latar belakang."

• "Sebagai pengarah, saya tidak terkecuali dari berdepan dengan cabaran di mana saya perlu
menghidupkan semula momen dan detik-detik yang diinspirasikan daripada kejayaan PASKAL
supaya dapat difahami oleh penonton. Malah, saya telah menambah elemen drama.
persahabatan dan kekeluargaan supaya setiap watak dan babak mampu meninggalkan kesan
kepada penonton. Selain itu, saya rasa bertuah kerana sepanjang tempoh awal produksi
sehingga pasca produksi, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa memberi sokongan
penuh," tambah Adrian Teh lagi.

22

4.2 Kritikan Filem Paskal Oleh Pakar Bahasa

Bentuk Kata Pinjaman

“putuih legamen aku ni”

“Dia kuat genetik pak dia legend “

Dialog di atas menunjukkan bentuk kata pinjaman yang terdapat dalam filem Paskal The Movie.
Hasil pemerhatian didapati kebanyakan kata pinjaman yang terdapat dalam percampuran kod
filem ini ialah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Dialog dia atas menunjukkan contoh
percampuran kod kata pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu bagi perkataan legamen,
genetik, dan kru. Menurut Campbell (2004), perlakuan pinjaman perkataan daripada bahasa
asing (donor language) dan disesuaikan kepada bahasa penerima (recipient language)
seterusnya, leksikal yang dipinjam tersebut menjadi sebahagian daripada kamus bahasa
peminjam merupakan proses berlakunya kata pinjaman. Jika dilihat perkataan-perkataan
seperti legamen dan genetik ini merupakan perkataan yang mempunyai laras bahasanya
tersendiri seperti laras bahasa sains yang tiada istilahnya dalam bahasa Melayu. Bagi
perkataan kru pula, pinjaman daripada perkataan bahasa Inggeris 'crew'. Perkataan ini berlaku
perubahan ejaan bersesuaian dengan leksikal bahasa Melayu.

23

Fungsi Eksperisif

DATA CONTOH DIALOG
FE 1 wahh.. Thank you

FE 2 Good job semua!

Percampuran kod berdasarkan jadual di atas merupakan percampuran kod yang mempunyai
fungsi ekspresif. Fungsi ini menggambarkan emosi watak-watak yang terdapat dalam filem
Paskal The Movie. Emosi yang ditunjukkan menyebabkan berlakunya percampuran bahasa
asing. Hal ini juga sering berlaku dalam perbualan harian masyarakat pada hari ini untuk
menyampaikan emosi sama ada emosi gembira, marah ataupun sedih. Data FE 1 dan FE 2
masing-masing memberikan penegasan emosi yang gembira apabila menerima khabar gembira
atau menerima sesuatu daripada orang lain. Ucapan 'Thank you' dalam bahasa Inggeris lebih
menunjukkan keterujaan berbanding dalam bahasa Melayu terima kasih' yang diucap dengan
penuh kelembutan bersesuaian dengan adab orang Melayu. Selain itu, bagi ayat 'good job
semua', perkataan ini sering digunakan untuk memberikan pujian atas usaha orang lain
menjayakan sesuatu perkara. Ayat dalam bahasa Inggeris sangat ringkas dan mudah diucapkan
berbanding dalam bahasa Melayunya 'usaha yang baik semua'. Data FE 3 iaitu penggunaan
perkataan 'give up' dalam ayat tersebut menunjukkan ekspresi kemarahan oleh Tuan Maznan
yang merupakan pelatih kem ketenteraan.

24

5.0 REFLEKSI

• Muhammad Hayqal Qhaliq Bin Umar • Muhamad Khuzairi Adli Bin Sahabuddin
(03DAT21F2033) (03DAT21F2999)

• Saya berterima kasih kepada semua rakan • Sepanjang saya menjalankan kajian tentang filem
sekumpulan kerana berjaya menyiapkan projek ini PASKAL , Saya mendapati bahawa banyak nilai dan
tepat pada masanya. Melalui kerjasam dalam pengajaran yang boleh kita ambik iktibar sambil
kumpulan saya mempelajari kepentingan bertolak kita menikmati alur cerita dan aksi yang menarik.
ansur sesama rakan. Melalui filem ini saya Filem ini juga dapat meningkat semangat cinta
mendapati kepentingan semangat cintai negara, akan negara dalam kalangan generasi muda.
nasionalisme dan nikmat keamanan yang dikecapi Sebagai contohnya dalam kalangan generasi muda
merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. akan lebih bersemangat untuk menyertai unit
Terima Kasih! paskal di malaysia. Selain itu, saya berharap akan
lebih banyak filem yang berkualiti yang
mementingkan kesepaduan nasional seperti
adegan Arman dan Joshua berkawan baik
walaupun berlainan kaum dan juga terdapat adegan
lain iaitu di mana Joshua membantu melepaskan
baju Arman sewaktu latihan walaupun dia tahu
perkara tersebut akan membahayakan nyawanya
sendiri. Oleh itu, saya berharap kepada sesiapa
yang menonton filem Paskal akan mempunyai
semangat patriotisme dalam diri serta mesej yang
ingin disampaikan dalam filem dapat disampaikan
dengan jayanya.

25

• Williams Kerk Xiang Chen (03DAT21F2013) • Fariz Izwan Bin Mastuki (03DAT21F2004)

• Paskal melaksanakan cerita yang mudah dengan • PASKAL The Movie berjaya membuka mata anak
sangat baik. Walaupun ia mempunyai kesalahan muda untuk menceburi bidang pertahanan negara.
kecil tetapi ia mudah terlepas pandang dengan Demikian kata, Pengarah Filem Paskal The Movie,
sejauh mana cerita itu dilaksanakan dari awal Adrian Teh apabila diajukan soalan mengenai
hingga akhir seperti Pasukan Paskal sentiasa impak positif yang diterima melalui tayangan
bersemangat kerja perpasukan dalam menghadapi PASKAL pada September lalu. “Filem ini sendiri
masalah dan sentisa bersedia untuk berkorban memberi kesedaran kepada segenap lapisan
kepada negara pada medan parang walaupun masyarakat untuk menghargai jasa dan
berlainan kaum.Dalam filem PASKAL saya terdapat pengorbanan para pejuang negara,” katanya di
nilai dan semangat kerja perpasukan ,kita mestilah Majlis Penghargaan PASKAL The Movie, baru-baru
sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah ini. Majlis Penghargaan PASKAL The Movie
dengan berkejasama dalam satu kumpulan, diadakan pada hari Rabu, 28 November 2018
contohnya kita berkejasama untuk membuat kajian sebagai penghargaan kepada para pelakon dan
tentang filem PASKAL, kita membahagikan krew filem tersebut atas kejayaan mereka dalam
tugasan-tugasan kepada anggota Kumpulan untuk meraih RM 30 juta sepanjang tayangan tersebut
meyelesaikan kajian kerja kita. Oleh itu,saya disamping membuka minda masyarakat mengenai
berharap kepada sesiapa apabila kita membuat jasa dan pengorbanan prajurit negara terhadap
kerja dalam satu Kumpulan kita mestilah tanah air.
berkejasama dan bertanggungjawab untuk
menyelesaikan tugasan masing masing.

26

6.0 Kesimpulan

Projek ini menganalisis nilai patriotisme iaitu setia kepada negara dalam filem PASKAL The
Movie (2018). Analisis ini menggunakan pendekatan lima elemen model Lasswell (1948) iaitu
Who, Say What, In Which Channel, To Whom dan With What Effect. Struktur model Lasswell
(1948) ini dapat mengenalpasti proses penyampaian mesej yang disampaikan oleh pengirim
dalam konteks komunikasi yang memberi kesan kepada audiens terhadap mesej yang
diterimanya.

Projek ini mendapati elemen naratif yang disampaikan melalui pemaparan adegan filem
PASKAL The Movie (2018) telah memperkuatkan mesej setia pada negara, sekaligus
mengangkat tema dan nilai patriotisme. Melalui kaedah pemerhatian (tontonan filem), projek
mendapati bahawa dialog memainkan peranan penting sebagai pembawa mesej yang
melambangkan nilai murni dalam konteks patriotisme. Selain itu, bahasa filem menerusi adegan
filem PASKAL The Movie (2018) juga turut memberi gambaran jelas tentang representasi nilai
patriotisme terhadap keluarga, bangsa dan negara. Oleh itu, projek ini menterjemahkan impak
mesej melalui medium filem khususnya nilai patriotisme terhadap negara Malaysia.

27

7.0 RUJUKAN

• Munirah Mustaffa et.al.2020. Penghayatan Etika dan Peradaban. Kuching: Politeknik Kuching
• Siti Zaharah Setapa et.al. 2022. Penghayatan Etika dan Peradaban. Subang Jaya: Penerbit

Ehsan (M) Sdn.Bhd
• https://ms.wikipedia.org/wiki/PASKAL_(filem)
• https://anyflip.com/rcgzd/qpjx/basic
• https://www.sukafilem.net/2018/10/ulasan-filem-paskal-2018.html
• https://experimeblog1.blogspot.com/2018/09/review-filem-paskal-movie.html
• https://www.astroawani.com/berita-hiburan/paskal-movie-mampu-jadi-pemangkin-anak-muda-

sertai-bidang-ketenteraan-192319
• https://www.researchgate.net/publication/357791581_Analisis_Model_Lasswell_Terhadap_Nil

ai_Patriotisme_dalam_Filem_PASKAL_The_Movie_2018
• https://gempak.com/berita-terkini/wajib-tonton-ini-review-awal-netizen-mengenai-filem-

paskal-movie-12001
• Asyraf Roslan (2018). PASKAL The Movie: Murni sebuah pengorbanan. Akhbar Berita Awani

28

8.0 LAMPIRAN/GAMBAR : FILEM PASKAL

29

8.1 GERAK KERJA PROJEK

30


Click to View FlipBook Version