1 HALA TUJU DAN TRANSFORMASI PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA
2 PENDAHULUAN Dalam Sekyen 92 Akta Polis 1967, Pegawai Polis tidak boleh menjadi anggota Kesatuan Sekerja yang mana jelas, walau apa pun terkandung dalam mana-mana undangundang lain, seseorang pegawai polis yang, tertakluk kepada Akta ini, menjadi atau selepas tamat satu bulan dari mula berkuatkuasanya Akta ini menjadi, seorang anggota mana-mana kesatuan sekerja, atau mana-mana persatuan yang mempunyai tujuan-tujuan politik, atau mana-mana parti politik adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini. Bagi maksud seksyen ini juga, apa-apa soalan sama ada mana-mana badan adalah kesatuan sekerja atau persatuan yang dimaksudkan oleh seksyen ini hendaklah diputuskan oleh Menteri. Dalam sekseyn ini juga, ungkapan “pegawai polis” meliputi pegawai polis tambahan dan mana-mana anggota pasukan polis dari suatu wilayah lain yang ada di dalam Malaysia di bawah Akta ini. Walaupun begitu, telah diperuntukkan kepada pegawai polis dalam Seksyen 93 Akta Polis 1967 iaitu Persatuan-Persatuan Polis. Bagi maksud ini adalah, untuk membolehkan pegawai-pegawai polis menimbangkan dan membawa kepada perhatian Kerajaan semua perkara yang melibatkan kebajikan dan kecekapan mereka, termasuk gaji, pencen dan syaratsyarat perkhidmatan, lain daripada soalan-soalan yang melibatkan kenaikan pangkat individu dan disiplin, suatu persatuan atau lebih boleh ditubuhkan dan persatuan itu hendaklah dikendalikan serta ditadbir menurut kaedah-kaedah. Mana-mana persatuan sedemikian dan cawangannya hendaklah pada keseluruhannya bebas daripada dan tidak bersekutu dengan mana-mana badan atau orang di luar Pasukan, dan hendaklah dikecualikan daripada manamana undang-undang yang berhubung dengan pendaftaran pertubuhan. Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia merupakan salah satu persatuan polis yang diletakkan dibawah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia
3 PROGRAM PELAN TRANFORMASI PPRPD – #pimpinangenerasibaru 1. Dasar Pengurusan Organisasi Memperkasakan dan mengukuhkan tadbir urus serta fungsi organisasi dengan pembudayaan nilai-nilai murni kearah kecemerlangan organisasi PPRPD disemua peringkat. Meningkatkan pematuhan kepada peraturan-peraturan tertentu memelihara kepentingan dan kebajikan anggota serta keperluan bagi mengadakan pandangan dan mesyuarat dan kelancaran perjalanan persidangan dan mesyuarat berkenaan. 2. Dasar Pengurusan Kewangan dan Aset Pengawalan dan pemantauan urusan kewangan yang sistematik dan perbelanjaan berhemah bagi mengelakan sebarang ketirisan berlaku. Ia juga termasuk pengurusan kewangan di peringkat Kontinjen , Briged dan Formasi, 3. Sistem Penyampaian Perkhidmatan Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan keberkesanan dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang efektif. Ini untuk memenuhi ekspektasi yang tinggi dari stakeholder. 4. Pengurusan Persidangan dan Mesyuarat Menentukan sistem pengurusan persidangan dan mesyuarat yang sistematik, efektif dan pematuhan terhadap peraturan-peraturan mencapai piawaan yang ditetapkan serta maklumbalas dan tindakan yang dilaksanakan. 5. Pembangunan Modal Insan Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan modal insan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sebagai aset utama dan melahirkan kepimpinan bertunjangkan kualiti yang unggul dan berintegriti. 6. Pembangunan Teknologi Maklumat Memandangkan fasilitasi teknologi maklumat (ICT) sebagai elemen perhubungan dan penyampaian maklumat yang cepat, tepat dan berkesan. Membangunkan dan meningkatkan penggunaan aplikasi-aplikasi baru agar PPRPD mampu berdaya saing dalam penggunaan ICT. 7. Pemimpin Generasi Baru Melaksanakan agenda Transformasi dan pembangunan sumber manusia dengan moto ‘Pemimpin Generasi Baru’ melantik Exco dikalangan Generasi Ý dalam pentadbiran tertinggi persatuan
4 PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA BAHAGIAN 1I PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Peraturan ini sebagai garis panduan terhadap semua perkara berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran serta menetapkan tugas dan tanggungjawab kepada penyandang jawatan-jawatan disemua peringkat. 3.1 Struktur Organisasi PPRPD Pusat Pengurusan PPRPD Pusat di bawah kawalan Jawatan Kuasa Bersama Wakil Pusat yang dianggotai oleh mereka yang dipilih dan dilantik untuk memegang jawatan-jawatan yang diperuntukan seperti berikut:- 3.1.1 Presiden 3.1.2 Timbalan Presiden 3.1.2 Naib Presiden 3.1.4 Setiausaha 3.1.5 Penolong Setiausaha 3.1.6 Bendahari 3.1.7 Penolong Bendahari 3.1.8 Ahli-Ahli Exco 3.1.9 Juruaudit Dalaman BAHAGIAN 1II PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4. KAEDAH PELANTIKAN DAN TANGGUNGJAWAB Pada dasarnya kaedah pemilihan jawatan di semua peringkat adalah mengikut KaedahKaedah Persatuan Polis 1973. Persidangan Perwakilan Pusat Tahunan ke 84 telah memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik ahli-ahli untuk menganggotai Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat bagi mengikut budibicara.
5 5. PPPRPD PUSAT Pemilihan Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat hendaklah diadakan di dalam persidangan tahunan perwakilan pusat mengikut Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973 seperti beikut; 5.1 Presiden 5.2 Timbalan Presdien 5.3 Naib Presiden 5.4 Setiausaha 5.5 Penolong Setiausaha 5.6 Bendahari 5.7 Penolong Bendahari 5.8 Ahli Exco 5.8.1 Ahli Jawatankuasa dari Cawangan A dan B yang dipilih dalam Persidangan Perwakilan Pusat mengikut Kaedah 26(1) KaedahKaedah Persatuan Polis 1973 dengan sendirinya adalah menjadi Ahli Jawatankuasa Bersam Wakil Pusat dan; 5.8.2 Presiden boleh melantik tidak lebih dari dua belas (12) orang dari kalangan perwakilan untuk menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Bersama Wakil Pusat jika perlu mengikut budibicara bagi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.
6 BARISAN EXCO PPRPD PUSAT SESI 2023/2025 BEBERAPA KERTAS CADANGAN DAN KURSUS-KURSUS JUGA TELAH DIANGKAT KEPADA PUCUK PIMPINAN TERTINGGI PASUKAN ANTARANYA :- 1. PENAMBAHBAIKAN KURSUS PENYELIAAN DAN KEPIMPINAN PRP PDRM (TELAH DIANGKAT KEPADA PT PERSATUAN UNTUK DI DOKUMENKAN) 2. TAMBAH BAIK KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN METODOLOGI PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR YA 13 PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) (DIANGKAT KEPADA TAN SRI IGP MELALUI PT PERSATUAN) 3. MENGADAKAN KURSUS KEPIMPINAN / PENULISAN DAN PENGURUSAN FAIL / BENDAHARI KEPADA SETIAUSAHA DAN AJK PPRPD BRIGED, KONTINJEN SERTA FORMASI 4. BENGKEL PEMERKASAAN WANITA 5. BENGKEL PEMANTAPAN PENYELIAAN (KETUA POLIS BALAI 6. PENYELIAAN /KENAIKAN PKT 7. KESELAMATAN PEKERJA – SENJATAPI / TEMPAT TUGAS / PEMAKANAN
7 TOTAL ENFORCEMENT KE ATAS PERATURAN 3C PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN & TETATERTIB)1993 INTEGRITI MERUPAKAN ASAS KEPADA KEBERKESANAN DAN KEWIBAWAAN INSTITUSI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEAMANAN DAN KETENTERAMAN AWAM. BERTERASKAN FOKUS UTAMA KETUA POLIS NEGARA, ARAHAN-ARAHAN TERKINI TELAH DIGARISKAN DAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPADA SELURUH WARGA PDRM BAGI TUJUAN PEMANTAPAN INTEGRITI DAN IMEJ PDRM ANTARANYA SEPERTI BERIKUT:- 1 KETUA POLIS DAERAH (PEGAWAI PENJAGA LOKAP) DAN KETUA POLIS BALAI (TIMBALAN PEGAWAI PENJAGA LOKAP) PERLU MELAWAT LOKAP SEKURANGKURANGNYA 4 KALI SEHARI 2 PEGAWAI PENYIASAT YANG MEMPUNYAI OKT JUGA PERLU MELAWAT 3 KETUA POLIS DAERAH JUGA PERLU MEMERIKSA KONDISI MAKANAN YANG DISEDIAKAN UNTUK OKT DALAM LOKAP 4 PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN PERLU DIPERKETATKAN AGAR SALAH GUNA KUASA DAN RASUAH TIDAK BERLAKU 5 MEMPERKASAKAN SISTEM PENYELIAAN E-SKDD DI SEMUA PERINGKAT 6 MELAKSANAKAN BUDAYA ”PANGGIL NAMA”ATAU ”ROLL CALL” SEBAGAI SALAH SATU ELEMEN PENYELIAAN ”BACK TO BASICS” 7 MELAKSANAKAN TAKLIMAT PENUGASAN DAN PENYELIAAN SECARA KOMPREHENSIF 8 SEMAKAN SUMBER PERUNTUKAN KEWANGAN OLEH PIHAK JIPS DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM DAN MAJLIS PDRM 9 MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993. PENYELIA BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB SEKIRANYA GAGAL MENYELIA (KEBERTANGGUNGJAWABAN) 10 PEGAWAI KANAN POLIS DAN PEGAWAI RENDAH POLIS YANG TERLIBAT DALAM SEBARANG SIASATAN TANGKAPAN, SERTA MEMPUNYAI MERIT KESALAHAN YANG JELAS AKAN DITAHAN KERJA 11 PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN PIHAK JIPS SAMADA DIPERINGKAT BUKIT AMAN, KONTINJEN DAN DAERAH PERLU DIPERKETATKAN AGAR INTEGRITI PASUKAN BERADA DITAHAP TERTINGGI 12 PEGAWAI KANAN POLIS DAN PEGAWAI RENDAH POLIS PERLU MEMPAMERKAN IMEJ DAN PERWATAKAN KEMAS SEMASA MELAKSANAKAN TUGAS AGAR DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP PDRM 13 PEGAWAI KANAN POLIS DAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIMINTA MEMELIHARA IMEJ PDRM MELALUI SIFAT EHSAN DAN PEKERTI MULIA DALAM APA JUA SITUASI PENUGASAN DAN 14 SEGALA ARAHAN YANG DIKELUARKAN ADALAH BERSIFAT BERTERUSAN DAN BUKANYA BERMUSIM