TERHAD 1 PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA D/A : Jabatan Logistik (Pengangkutan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Jalan Padang Tembak 3000 Ipoh, Perak No. Tel. : 05-5060143 No. Rujukan : 11/1/7/1 Tarikh : 08 Sept. 2023 MINIT MESYUARAT EXCO PPRPD BERSAMA PENGERUSI A DAN PENGERUSI B KONTINJEN BRIGED DAN FORMASI PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BIL 2/2023 TARIKH : 23 - 25 OGOS 2023 TEMPAT : HOTEL UTM & RESIDENT, KUALA LUMPUR HADIR 1. S/Insp. 115624 Suhaimi bin Mohd Yusoff - Pengerusi Presiden PPRPD Malaysia 2. S/Insp. 116215 Abd Rashid bin Ali Timbalan Presiden PPRPD Malaysia 3. S/Insp. 120984 Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah Naib Presiden 4. S/Insp. 110264 Kamaridzman bin Khanafee Naib Presiden / Exco Kebajikan 5. Kpl. 162930 Abdul Hadi bin Shaari Naib Presiden 6. SM 152070 Mohd Arzuhar bin Abd Razak Setiausaha 7. S/Insp. 118583 Mustafa Kamal bin Mohamed Hashim Bendahari 8. L/Kpl 197814 Abdul Fattah bin Idris Penolong Setiausaha 9. Kpl. 163313 Muhammad Faiz bin Mohd Niza Penolong Bendahari
TERHAD 2 10. S/Insp. 110035 Abdul Rahim bin Ibrahim Exco Latihan / Kerjaya 11. SM 144769 Rozman bin Abd Latif Exco Hal Ehwal Sabah 12. S/Insp. 120345 Adrian ak Francis Exco Hal Ehwal Sarawak 13. SM 130409 Azizan bin Abdul Fattah Exco Briged Sabah PGA 14. S/Insp. 110794 Joseph Ting Pi Leong Exco Briged Sarawak PGA 15. S/Insp. 119126 Syed Sulaiman bin Syed Mohamed Pengerusi Kuala Lumpur 16. S/Insp. 126958 Alpenzy bin Abdul Latiff Pengerusi Selangor 17. SM 123519 Md Fuazi bin Abu Bakar Pengerusi Perlis 18. Sjn. 144814 Mohd Zawawi bin Ayob Pengerusi Terengganu 19. S/Insp. 112658 Azhar bin Abd Rahman Pengerusi Kelantan 20. S/Insp. 128696 Yusuf bin Ramji Pengerusi Johor 21. S/Insp. 117195 Rahmat bin Din Pengerusi Pulau Pinang 22. S/Insp. 125533 Sawal bin Hj Ab Ghani Pengerusi Negeri Sembilan 23. S/Insp. 117556 Mohd Sahak bin Idris Pengerusi Briged Tenggara 24. S/Insp. 111539 Abdul Aziz bin Buniran Pengerusi Pasukan Simpanan Persekutuan
TERHAD 3 25. S/Insp. 119912 Haji Othman bin Haji Borhan Pengerusi Pasukan Polis Marin 26. Sjn. 157190 Azri bin Hamzah Pengerusi Institut Latihan 27. S/Insp. 129745 Rozita binti Wahid Wakil Pengerusi Pahang 28. SM 147244 Mohd Fariz Ezzal bin Abdul Ghafar Juruaudit Dalaman 29. Kpl. 163656 Kamal Fitri bin Ramly Pengerusi B Institut Latihan 30. Kpl 173625 Amir Akmal bin Ahmad Razali Pengerusi B Sabah 31. Kpl 179882 Abdullah bin Yusup Pengerusi B Perlis 32. Kpl 162896 Muhammad Rizal bin Ismail Pengerusi B Johor 33. Kpl 164155 Muhammad Yusuf bin Yaacob Pengerusi B Perak 34. L/Kpl 202062 Mohd Saad bin Majid Pengerusi B Pulau Pinang 35. Kpl 142468 Mazlan bin Mazhar Pengerusi B Selangor 36. Kpl/D 167352 Norsyahida binti Md Zaidon Pengerusi B Bukit Aman 37. Kpl 186436 Mohd Hazuan Azari bin Zakaria Pengerusi B Negeri Sembilan 38. Kpl 171056 Wan Sanusi bin Wan Ibrahim Pengerusi B Terengganu 39. L/Kpl 200631 Mohd Rezuan bin Mohamad @ Ali Pengerusi B Kelantan
TERHAD 4 40. Kpl 156642 Mohamad Ismail bin Kamis Pengerusi B Sarawak 41. Kpl 146811 Padrolson Kana Anak Jiku Pengerusi B Briged Sarawak 42. Kpl 157657 Pansus Jangor Pengerusi B Briged Sabah 43. Kpl 164074 Mohd Iszwan bin Yusof Pengerusi B Briged Tengah 44. Kpl 144872 Affizan @ Pijan bin Jakarta Pengerusi B Briged Tenggara 45. Kpl 157336 Ammar Fikry bin Ahmad Pengerusi B Pasukan Simpanan Persekutuan 46. Kpl 143160 Mohd Kamal bin Othman Pengerusi B Pasukan Polis Marin 47. Kpl 158021 Mohd Saiful bin Abd Samat Pengerusi B Sabah 48. Kpl 187973 Nadia binti Mohd Faizal Wakil Pengerusi B Kedah 49. Kpl/S 12126 Fadli Yusuf bin Tajudin Wakil Sokongan URUS SETIA 1. S/Insp. 118394 Abdullahtip bin Abdullah - Ketua Urus Setia 2. Sjn 138080 Maria Lasia Anak Kepa 3. Sjn 140080 Salwa binti Mohd Noor 4. Sjn 149023 Masli bin Ali 5. Sjn 153159 Mohd Najwan Shah bin Jaafar Shah 6. Sjn 159563 Norjan binti Sheer Mohamed
TERHAD 5 TIDAK HADIR 1. S/Insp. 115201 K. Vijayan S/O Kullan - Tugas Rasmi Exco Logistik Dan Aset 2. Sjn 137124 Dayang Rokiah binti Awang Tamin - Tugas Rasmi Exco Hal Ehwal Wanita 3. S/Insp. 117782 Abd Halim bin Shafai - Tugas Rasmi Juruaudit Dalaman 4. Kpl 162521 Mohd Asri bin Abdul Ghafar - Tugas Rasmi Pengerusi B Kedah 5. Kpl 147050 Nack Andre bin Menawar - Tugas Rasmi Pengerusi B Pahang
TERHAD 6 BIL PERKARA TINDAKAN 1. PENDAHULUAN Bacaan doa oleh S/Insp. Kamaridzman Bin Khanafee - Exco Kebajikan & Sosial. Makluman 2. AGENDA 1 UCAPAN ALUAN OLEH PENGERUSI PPRPD PUSAT S/Insp. Suhaimi bin Mohd Yusoff - Presiden PPRPD Pusat sepertimana di Lampiran `A’. Makluman 3. AGENDA 2 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT EXCO PPRPD BERSAMA PENGERUSI DAN SETIAUSAHA PPRPD KONTINJEN, BRIGED & FORMASI BIL 1/2023 3.1. Pembetulan 3.1.1. Kpl Abdul Hadi bin Shaari - Naib Presiden memaklumkan supaya membuat pembetulan pada senarai nama S/Insp. 120345 Adrian Francis - Exco Hal Ehwal Sarawak kerana berada pada senarai hadir dan tidak hadir. 3.1.2. SM Azizan bin Abdul Fattah - Exco Briged Sabah PGA memaklumkan supaya membuat pembetulan pada para 8.20 kenaikan gaji bersara muka surat 10 - SM Azizan bin Abdul Fattah - Exco Briged Sabah mencadangkan agar semua pesara diberikan kenaikan bayaran pencen tahunan sebanyak 2% - 5%. 3.1.3. SM Azizan bin Abdul Fattah - Exco Briged Sabah PGA memaklumkan supaya membuat pembetulan pada para 8.22 penerbangan ehsan muka surat 10 - SM Azizan bin Abdul Fattah - Exco Briged Sabah memaklumkan tiket penerbangan ehsan bagi anggota Sabah dan Sarwak yang bertugas di luar wilayah asal bagi mengunjungi keluarga yang sakit dan kes-kes kecemasan mengikut Arahan Pentadbiran Bil 5/98 dan Bil. 22/2008 hanya untuk ibu bapa dan ibu bapa mertua dan perlu ditambah baik untuk anak. Setiausaha / Urus Setia Setiausaha / Urus Setia Setiausaha / Urus Setia
TERHAD 7 3.1.4. SM Mohd Arzuhar bin Abd Razak - Setiausaha memaklumkan supaya membuat pembetulan pada para 9.18 Pengerusi Kontinjen Terengganu muka surat 10 - pembetulan ejaan PACSU. 3.1.5. Sjn Mohd Zawawi bin Ayob - Pengerusi Terengganu memaklumkan supaya membuat pembetulan pada para 9.18 Pengerusi Kontinjen Terengganu muka surat 10 - pembetulan ejaan nama Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi bin Md. Isa. 3.2. Diterima dan disahkan S/Insp. Syed Sulaiman bin Syed Mohamed - Pengerusi Kuala Lumpur mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan diterima dengan pembetulan dan disokong dengan pembetulan oleh S/Insp. Adrian Francis - Exco Hal Ehwal Sarawak. Urus Setia Setiausaha / Urus Setia Makluman 4. AGENDA 3 PERKARA KELUAR MINIT Perkara keluar minit di para 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6, 7.1, 7.2, 7.3, 7.4, 7.5, 7.6, 7.7, 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6, 8.7, 8.8, 8.9, 8.10, 8.11, 8.12, 8.13, 8.14, 8.15, 8.16, 8.17, 8.18, 8.19, 8.20, 8.21, 8.22, 8.23, 8.24, 8.25, 8.26, 8.27, 9.1, 9.2, 9.3, 9.4, 9.5, 9.6, 9.7, 9.8, 9.9, 9.10, 9.11, 9.12, 9.13, 9.14, 9.15, 9.16, 9.17, 9.18, 9.19, 9.20, 9.21, 11, 12.1, 12.2, 12.3, 13. Makluman 5. AGENDA 4 MENERIMA DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PPRPD PUSAT BAGI BULAN JANUARI 2023 HINGGA JUN 2023 5.1. Agihan kewangan 5.1.1. S/Insp. Mustafa Kamal bin Mohamed Hashim – Bendahari membentangkan agihan yuran ahli bagi tahun 2023 yang telah disalurkan kepada Kontinjen, Briged dan Formasi seperti di Para 6 - Minit Tercerai Kertas Agihan Yuran Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Bagi Tahun 2023. Makluman
TERHAD 8 5.1.2. S/Insp. Alpenzy bin Abdul Latiff - Pengerusi Selangor mohon penjelasan berkaitan dengan agihan yuran ahli yang telah di terima oleh semua Kontinjen, Briged dan Formasi sama ada bersifat tetap atau akan berubah setiap tahun. Maklumbalas : S/Insp. Mustafa Kamal bin Mohamed Hashim – Bendahari memaklumkan pembayaran tersebut tidak bersifat tetap dan akan berubah mengikut keperluaan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa. 5.2. Lencana Integriti 5.2.1. S/Insp. Syed Sulaiman bin Syed Mohamed - Pengerusi Kuala Lumpur mohon penjelasan berkaitan pembayaran 50% untuk lencana integriti yang perlu ditanggung oleh kontinjen sedangkan status kelulusan penggunaan lencana tersebut masih belum diluluskan oleh Penyelidik dan Pembangunan (R&D) PDRM. Maklumbalas : S/Insp. Abd Rashid bin Ali - Timbalan Presiden memaklumkan pihak persatuan telah menghantar (2) permohonan kepada R&D dan telah mendapat kelulusan bagi penggunaan lencana integriti dan baju korporat PPRPD. Surat tersebut akan diedarkan kepada untuk makluman semua Kontinjen, Briged dan Formasi. 5.2.2. SM Rozman bin Abd Latif - Exco Hal Ehwal Sabah Memaklumkan masih belum menerima lencana integriti. Arahan Pengerusi : Pengerusi memaklumkan supaya Exco Hal Ehwal Sabah menyemak semula dengan pengerusi lama berkaitan lencana integriti kerana edaran telah dibuat kepada semua wakil Kontinjen, Briged dan Formasi pada mesyuarat yang lepas. Bendahari Makluman Bendahari Makluman Makluman Exco Hal Ehwal Sabah
TERHAD 9 5.3. Anggaran Perbelanjaan Mengurus (ABM) PPRPD Pusat 2023 S/Insp. Syed Sulaiman bin Syed Mohamed - Pengerusi Kuala Lumpur mohon penjelasan berkaitan baki keseluruhan wang yang tinggal sebanyak RM44,458.90 seperti di Para 7.5 - Minit Tercerai Kertas Agihan Yuran Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Bagi Tahun 2023. Baki wang tersebut terlalu sikit sekiranya berlaku kecemasan untuk digunakan diwaktu memerlukan. Maklumbalas : S/Insp. Abd Rashid bin Ali - Timbalan Presiden mencadangkan supaya ABM PPRPD Pusat 2023 ditambah baik dengan memperuntukkan sejumlah kewangan untuk disimpan dan digunakan semasa kecemasan. 5.4. Diterima dan disahkan S/Insp. 110794 Joseph Ting Pi Leong - Exco Briged Sarawak PGA mencadangkan laporan kewangan disahkan dan diterima dan disokong oleh S/Insp. Abdul Rahim bin Ibrahim - Exco Latihan / Kerjaya. Bendahari Bendahari Makluman 6. AGENDA 5 MINIT MESYUARAT KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA KE ATAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA 6.1. S/Insp. 116215 Abd Rashid bin Ali - Timbalan Presiden memberi ulasan berkaitan kunjungan hormat seperti di Minit Mesyuarat Kunjungan Hormat Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia ke atas Timbalan Ketua Polis Negara :- 6.1.1. Skim Perkhidmatan PRP Dan Kostabel. 6.1.2. Skim Perkhidmatan PRP Sokongan & Orang Asli. 6.1.3. Prasarana Perumahan / Elaun Sewa Rumah. 6.1.4. Kemajuan Kerjaya - Kenaikan Pangkat Secara PSL Dan ‘Time Based’. 6.1.5. Pemakaian Eksesais Temuduga Kenaikan Pangkat Pegawai Rendah Polis. 6.1.6. ‘Structure Defect’ Perjawatan Dengan Lambakan Sarjan ‘Time Based’. Makluman Makluman
TERHAD 10 6.1.7. Pemantapan Integriti Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel. 6.1.8. Kes Bunuh Diri. 6.1.9. Kebajikan Keluarga PKP Dan PRP Yang Terkorban Dalam Menjalankan Tugas Rasmi. 6.1.10. Persediaan Menghadapi Bencana Banjir. 7. AGENDA 6 ASET PPRPD 7.1 Tongkat kuasa dan komputer riba SM Mohd Arzuhar bin Abd Razak - Setiausaha memaklumkan masih terdapat beberapa kontinjen yang tidak menerima tongkat kuasa dan komputer riba dari pengerusi yang lama. Arahan Pengerusi: Pengerusi mengarahkan supaya aset PPRPD dipulangkan semula setelah penyerahan kuasa dilaksanakan. Barang tersebut milik persatuan dan bukan diberikan kepada individu untuk kegunaan persendirian. Pengerusi Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah Makluman 8. AGENDA 7 USUL DAN ISU-ISU DARI PENGERUSI KONTINJEN, BRIGED DAN FORMASI 8.1. Pengerusi Terengganu Sjn Mohd Zawawi bin Ayob memaklumkan isu butang baju telah dibawa dalam MBJ Kontinjen Terengganu. Butang baju yang dibekalkan oleh PDRM tidak diterima dan cadangan supaya butang ini dibekalkan setiap 2 tahun sekali kepada semua PRP. Pembekalan baju t-shirt dalam kepada petugas eskot (JSPT) yang memakai jaket bagi tujuan penyeragaman. 8.2. Pengerusi Johor S/Insp. Yusuf bin Ramji memaklumkan pembayaran upah jahit baju bagi kain yang dibekalkan untuk pangkat SM dan SI tidak sama. Makluman Makluman Makluman
TERHAD 11 Ulasan Pengerusi : Pengerusi mencadangkan untuk diadakan satu bengkel khusus bagi bayaran upah jahit. 8.3. Pengerusi Selangor 8.3.1. S/Insp. Alpenzy bin Abdul Latiff memaklumkan aset PPRPD yang tidak diserahkan atau hilang perlu tukar ganti atau tidak dan sekiranya penggantian dibuat, prosedur yang perlu dilakukan kerana aset tersebut mempunyai nombor siri. 8.3.2. Selangor mempunyai (2) unit rumah transit PPRPD dan memerlukan pembaikan. Permohonan untuk perbelanjaan dari PPRPD Pusat bagi tujuan tersebut. Arahan Pengerusi : Pengerusi mengarahkan supaya menghantar kertas kerja kepada PPRPD Pusat untuk dipertimbangkan dan diluluskan. 8.4. Wakil Pengerusi Pahang S/Insp. Rozita binti Wahid memaklumkan penubuhan Mes PRP IPD Bera. Kertas kerja telah diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Bera dan telah dimaklumkan kepada Ketua Jabatan Logistik Pahang. Tempat yang dicadangkan ialah bangunan lama IPD Bera. 8.5. Pengerusi Pasukan Simpanan Persekutuan S/Insp. Abdul Aziz bin Buniran memaklumkan songkok dan butang baju besar yang sepatutnya dibekalkan oleh PDRM masih belum diterima dan hanya butang baju PDRM yang kecil sahaja dibekalkan. 8.6. Pengerusi Kelantan S/Insp. Azhar bin Abd Rahman memaklumkan Ketua Polis Balai berpangkat Pegawai Rendah Polis tidak menerima elaun telefon seperti mana yang diperolehi Ketua Polis Balai berpangkat Pegawai Kanan Polis. Exco Logistik Makluman Pengerusi Selangor Makluman Makluman Makluman
TERHAD 12 8.7. Pengerusi Briged Tenggara S/Insp. Mohd Sahak bin Idris memaklumkan bantuan sumbangan banjir perlu dikaji semula kerana pembahagian tidak secara menyeluruh. Arahan Pengerusi : Semak Kaedah Pengurusan Kewangan Persatuan Para 10. Kelulusan bantuan dan sumbangan bagi ahli yang mendapat bencana / malapetaka hendaklah mendapat kelulusan dari jawatan kuasa kewangan serta bergantung kepada kewangan persatuan. 8.8. Exco Hal Ehwal Sabah 8.8.1. SM Rozman bin Abd Latif memaklumkan isu kebajikan berkaitan PRP Kpl Nor dari daerah Tawau yang mohon pengecualian memakai uniform untuk menghadiri eksesais kenaikan pangkat. Beliau telah menjalani pembedahan usus sebanyak (3) kali dan memakai tiub yang menyukarkan beliau untuk memakai uniform. Permohonan secara bertulis akan dibuat kepada daerah dan kontinjen untuk mendapatkan kelulusan tersebut. 8.8.2. Sabah mempunyai unit rumah transit PPRPD yang telah terbengkalai dan memerlukan pembaikan. Sehubungan itu, Kontinjen Sabah mohon peruntukan dari PPRPD Pusat bagi tujuan tersebut. Arahan Pengerusi : Pengerusi mengarahkan supaya menghantar kertas kerja kepada PPRPD Pusat untuk dipertimbangkan dan diluluskan. 8.9. Exco Hal Ehwal Sarawak 8.9.1. S/Insp. Adrian ak Francis mohon pertimbangan dari PPRPD Pusat untuk menambah baik kewangan yang telah diperuntukkan kepada Kontinjen Sarawak bagi melaksanakan program yang dirancang. Makluman Makluman Makluman Makluman Exco Hal Ehwal Sabah Makluman
TERHAD 13 8.9.2. PPRPD Kontinjen Sarawak merancang beberapa siri kursus yang mensasarkan PRP berpangkat Sjn ke atas. Bagi merealisasikan hasrat tersebut peruntukkan tambahan diperlukan dari PPRPD Pusat. 8.9.3. Kemudahan logistik di Kontinjen Sarawak agak ketinggalan dari segi perisian dan perkakasan IT serta kemudahan yang disediakan di kaunter aduan untuk pengadu telah uzur. Mohon PPRPD mengangkat perkara ini ke atas untuk mendapat perhatian yang sewajarnya. 8.10. Exco Briged Sarawak PGA 8.10.1. S/Insp. Joseph Ting Pi Leong memaklumkan untuk mengekalkan dengan usul lama di mana permohonan elaun baju istiadat dikaji semula bagi PRP PGA yang ditugaskan untuk kawalan istana. 8.10.2. Peralatan PGA tidak lagi dibekalkan (hammock dan ponco) dan PRP terpaksa membeli sendiri. Peralatan yang dibeli juga mempunyai variasi warna yang berbeza di pasaran menyebabkan penggunaannya tidak selaras semasa operasi. Arahan Pengerusi : Pengerusi mengarahkan supaya menghantar kertas kerja kepada PPRPD Pusat untuk dipertimbangkan dan diangkat ke MBJ KDNKA / Pusat. . 8.11. Penolong Bendahari Kpl 163313 Muhammad Faiz bin Mohd Niza mohon pengesahan semua ahli mesyuarat untuk undian bagi persetujuan simpanan tetap PPRPD Pusat sebanyak RM 100,000.00 diterima atau ditolak. Maklumbalas : Simpanan tetap PPRPD Pusat sebanyak RM 100,000.00 diterima oleh semua ahli mesyuarat sebulat suara. Makluman Makluman Makluman Makluman Exco KDNKA / Exco Briged Sarawak PGA Makluman Makluman
TERHAD 14 8.12. Naib Presiden 8.12.1 Kpl Abdul Hadi bin Shaari mohon supaya syarat kelayakan untuk temuduga bagi PRP dikaji semula (tempoh kelayakan). Tempoh yang terlalu lama menyebabkan PRP terpaksa menunggu lama untuk menghadiri temuduga dan PRP yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi tetapi tidak layak untuk memohon jawatan Pegawai Kanan kerana faktor umur diberisatu KGT Khas. 8.12.2 Kaji semula Peperiksaan Undang-undang Rendah Polis (UURP) supaya peperiksaan yang dijalankan di peringkat Pusat Latihan semasa tempoh latihan diiktiraf. 8.12.3 Pasangan yang tinggal dan kerja berasingan di berikan keutamaan untuk proses pertukaran. 8.12.4 Permohonan waran kebajikan bagi kes kecemasan diberi juga kepada keluarga PRP untuk memudahkan urusan dan tidak terhad kepada yang PRP itu sahaja. Arahan Pengerusi : Para 8.12.1, 8.12.2 dan 8.12.3 diangkat bersama cadangan dan justifikasi kepada PPRPD Pusat. 8.13. Wakil Sokongan 8.13.1 Kpl/S 12126 Fadli Yusuf bin Tajudin mohon untuk Kaji semula berkaitan skim PDRM Sokongan dari segi pergerakkan gaji, gred & kelayakan pendidikan. 8.13.2 Jawatan Biro Sokongan diisi semula bagi memudahkan maklumat disampaikan dan permasalahan PRP Sokongan dapat disalurkan di peringkat lebih tinggi. Pengerusi : Para 8.13.1 dan 8.13.2 telah diambil tindakan oleh pihak pengurusan perkhidmatan (R&D) dan PPRPD Pusat. Makluman Makluman Makluman Makluman Naib Presiden III Makluman Makluman Makluman
TERHAD 15 9. PENUTUP DAN PENANGGUHAN MESYUARAT Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua barisan Exco, Pengerusi A, Pengerusi B serta semua yang terlibat kerana memberi kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung. Seterusnya Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada 25 Ogos 2023 jam 1.00 pagi. Makluman Disediakan Oleh : Disemak Oleh : …………………………………………………………………….. ……..…………………………………… (M. NAJWAN SHAH B. JAAFAR SHAH) SJN 153159 (MOHD ARZUHAR B. ABD RAZAK) SM 152070 PENCATIT MINIT SETIAUSAHA Disahkan Oleh : …………………………………………………………………… (SUHAIMI BIN MOHD YUSOFF) S/INSP. 115624 PRESIDEN Edaran : Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran PT Persatuan Presiden Timbalan Presiden Fail / Perpustakaan
TERHAD 16 LAMPIRAN `A’ TEKS UCAPAN SI SUHAIMI BIN MOHD YUSOFF PRESIDEN PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BAGI MESYUARAT EXCO PPRPD BERSAMA PENGERUSI A DAN PENGERUSI B KONTINJEN, BRIGED DAN FORMASI PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BIL 2-2023 BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.. YANG BERUSAHA SI 116215 ABD RASHID BIN ALI TIMBALAN PRESIDEN PPRPD PUSAT YANG BERUSAHA SI MEGAT NIZAR BIN MEGAT UDA ABDULLAH NAIB PRESIDEN I YANG BERUSAHA SI KAMARIDZMAN BIN KHANAFEE NAIB PRESIDEN II YANG BERUSAHA KPL ABDUL HADI BIN SHAARI NAIB PRESIDEN III YANG BERUSAHA SM MOHD ARZUHAR BIN ABDUL RAZAK SETIAUSAHA PPRPD PUSAT YANG BERUSAHA BARISAN EXCO, PENGERUSI A DAN PENGERUSI B KONTINJEN / BRIGED DAN FORMASI SERTA BARISAN URUS SETIA YANG HADIR ASSALAMUALAIKUM W.M.T SALAM SEJAHTERA SALAM MALAYSIA MADANI ALHAMDULLILLAH BERSYUKUR KITA KEHADRAT ALLAH S.W.T ATAS LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA PADA MALAM INI BAGI MENGHADIRI MESYUARAT EXCO PPRPD BERSAMA PENGERUSI A DAN PENGERUSI B KONTINJEN, BRIGED DAN FORMASI PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA (PPRPD) MALAYSIA BIL 2-2023 DI HOTEL UTM & RESIDENT, KUALA LUMPUR. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA KASIHI SEKALIAN PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA EXCO, PENGERUSI A DAN PENGERUSI B PPRPD KONTINJEN / BRIGED DAN FORMASI SERTA URUS SETIA YANG DAPAT MELUANGKAN MASA HADIR PADA MESYUARAT KALI INI WALAUPUN SIBUK DENGAN TUGAS-TUGAS HAKIKI. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA KASIHI SEKALIAN
TERHAD 17 MESYUARAT KALI INI DIADAKAN BAGI MEMBINCANGKAN USUL-USUL DAN ISU-ISU YANG DIHADAPI DI PERINGKAT KONTINJEN / BRIGED DAN FORMASI UNTUK DIBINCANGKAN DAN MENCARI JALAN PENYELESAIAN. SELAIN ITU, MESYUARAT JUGA BAGI MEMBINCANGKAN BERKAITAN ASET-ASET PPRPD YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA KONTINJEN UNTUK DIKAWAL SELIA DENGAN BAIK. ADALAH DIINGATKAN BAHAWA SEMUA ASET PPRPD YANG DIBERIKAN ADALAH MILIK PERSATUAN. ASET INI PERLU DISERAHKAN SEMULA KEPADA PENGERUSI BAHARU SELEPAS PERALIHAN KUASA. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA KASIHI SEKALIAN SAYA TIDAK MAHU BERUCAP PANJANG KERANA PERJALANAN MESYUARAT MASIH PANJANG. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN SAYA INI, SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT PADA MESYUARAT KALI INI. AKHIR KATA, HARAPAN SAYA, AGAR MESYUARAT KALI INI BERJALAN DENGAN LANCAR AGAR PERSATUAN DAPAT TERUS KEKAL RELEVAN DENGAN ARUS SEMASA DAN DAPAT TERUS BERBAKTI KEPADA AHLI-AHLI DI BAWAH. SEKIAN. TERIMA KASIH.