❖ ASAS PENGURUSAN ISLAM [MMT 3113] NAMA PENSYARAH : USTAZAH SHAHNUN BINTI HAJI MUSA NURUL IBTISAM BINTI MAT YANI (22440026) TUAN NOR IZZATI BINTI TUAN ABDULLAH (22440025) NUR ADIBAH BINTI MOHD SABRI(22440040) NUR SALIHAH BINTI RUDZUAN (22440044) PROSES PENGAWALAN DAN PEMANTAUAN DALAM PENGURUSAN ISLAM
PENGENALAN PENGURUSAN ISLAM Pengurusan merupakan satu medium dalam organisasi untuk mengurus manusia secara sistematik bagi membolehkan matlamat organisasi tersebut berkesan dan tercapai. Selain itu, pengurusan islam juga berfungsi sebagai satu mekanisme untuk beribadah kepada Allah untuk memenuhi fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah. Untuk menghasilkan sesuatu organisasi yang berkualiti, Kita perlulah mengatur proses pengurusan dengan teratur, mengikut syariat dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. -Asas pengurusan Islam : perancangan, pengendalian, pengarahan, pengurusan staf, pengawalan dan pemantauan.
DEFINISI PENGAWALAN Pengawalan ialah sebahagian daripada kaedah-kaedah pengurusan yang diambil oleh organisasi dalam mencapai prestasi yang baik sepertasi apa yang dirancang. PEMANTAUAN Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat bagi memastikan pengurusan kurikulum dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat). _Surah Qaf [18] رقيب لديه إال قول من يلفظ ما "عتيد DALIL
Menetapkan piawai/standard Membandingkan pencapaian prestasi dengan piawaian Mengukur prestasi sebenar Memperbetulkan kesilapan ❑ Merupakan tahap ukuran bagi sesuatu perkara yang ingin dikawal. Disini kita tahu apakah standard yang perlu ditetapkan. ❑ Membuat pengukuran ke atas prestasi pekerja secara berterusan bagi memastikan tiada kesilapan yang dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan. ❑ Pengurus membuat analisis faktor kegagalan dan meneruskan tindakan pembetulan. 1 2 3 4 ❑ Langkah dimana prestasi atau hasil aktiviti akan dibandingkan dengan piawai yang telah ditetapkan. PROSES PENGAWALAN DAN PEMANTAUAN
Jenis pengawalan dalam pengurusan islam Kendiri - Asas pengawasan terbit daripada penghayatan terhadap konsep tanggungjawab, kejujuran, keadilan individu dan amanah - Pekerja perlu menjaga amanah kerana semuanya akan dipersoalkan Allah SWT - Penghayatan konsep insan - Penghayatan konsep muhasabah diri - Namun, secara tabi'e manusia melakukan kesilapan. Oleh itu, pengawasan dijadikan tugas kolektif Dalaman - Melalui jabatanjabatan dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab membuat pemerhatian terhadap pekerja atau peranan seseorang ketua mengawasi para pekerjanya. Luaran - Pengawasan yang dilakukan terhadap sesebuah organisasi bagi menjaga kesinambungan keluhuran pekerja dan organisasi dalam mencapai matlamat masing-masing.
KEPENTINGAN PENGAWALAN DALAM ORGANISASI PENGURUSAN ISLAM 1)Perubahan Dalaman Dan Luaran Organisasi Organisasi sentiasa berubah disebabkan oleh perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran luaran.Sebagai contoh: kos pembuatan dan buruh sentiasa berubah, pasaran kerap berubah, citarasa pengguna berubah. 2)Kekusutan Semakin berkembang sesebuah organisasi , semakin ramai kakitangan atau staf dan kerja-kerja akan bertambah. Maka, di sini perlunya mengawal setiap tugas. 3)Kesilapan Semua manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Maka, kesilapan tersebut perlulah diperbaiki supaya masalah yang sama tidak akan berulang. 4)Delegasi (menurunkan hak) Meskipun pengurus mengagihkan kuasa kepada pekerja, tetapi mereka tidak boleh lepas tangan kerana mereka masih lagi bertanggungjawab atas setiap tugas yang dilakukan oleh pekerja. Pengurus perlu mengawal dengan tahap kawalan yang sesuai agar tidak menimbulkan kesan negatif.
KESAN KAWALAN KAWALAN KETAT KAWALAN LONGGAR Pekerja tertekan Disiplin pekerja merosot Pekerja yang memberontak Pekerja bekerja sambil lewa Berlaku gangguan emosi Kerugian atau pembaziran sumber Produktiviti rendah Produktiviti kerja merosot Hubungan antara pekerja dengan pengurus rendah [tiada komunikasi berlaku] Prestasi kerja merosot Prestasi kerja merosot Masalah-masalah sosial
KESIMPULAN ➢ Pengawalan dan pemantauan merupakan sebahagian daripada asas pengurusan. ➢ Usaha bagi memastikan objektif dan rancangan organisasi dapat dicapai. ➢ Tanpa pengawalan dan pemantauan, proses atau hasil sesebuah tugasan tersebut berkemungkinan gagal dan tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan.
SEKIAN TERIMA KASIH