PENDIDIKAN ISLAM
BIDANG AKIDAH
TAHUN 6
سمْعَِيّاتBERIMAN DENGAN SAM’IYYAT
{( )
DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH ZAHIRAH BT HJ AHMAD
PENGERTIAN SAM’IYYAT
SAM’IYYAT IALAH:
Perkara-perkara yang tidak dapat
digambarkan dengan akal dan panca
indera manusia.
Ia hanya dapat diketahui melalui Al Quran
dan Hadis.
HUKUM BERIMAN DENGAN PERKARA
SAM’IYYAT
HUKUM BERIMAN IALAH
Kita wajib meyakini perkara - perkara sam’iyyat
dengan menjadikan keimanan kepadanya sebagai
asas membentuk diri menjadi seorang muslim yang
dikasihi dan diredhai Allah.
DALIL NAQLI KEWAJIPAN BERIMAN
DENGAN PERKARA SAM’IYYAT
ي ِبAَۡغLلLۡ ٱAِبHَنBوERُنFِمIؤRۡ Mُ يAَنNي:ٱَلّ ِذ
Surah Al Baqarah ayat 3
Maksudnya:
Iaitu orang-orang yang beriman
kepada perkara-perkara yang ghaib
PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT
PADAرNشGمحMغAدHاS فYAR MIZAN
ميزان
TITIAN SIRAT SYضUرRشGA NEكRاAرK نA
SOرAوLبA قNنKألUسوBUR
تيتين صراط
MAكةLAائIلKمAT
ALAM BARZAKH
IALAH:
Alam kubur yang dihadapi oleh semua manusia
sebelum dibngkitkan kelak pada hari kiamat. Dalam
alam ini, semua manusia akan didatangi oleh
malaikat munkar dan nakir serta menghadapi soalan-
soalan kubur. Allah menjanjikan nikmat atau azab
bergantung pada amalan semasa di dunia.
PADANG MAHSYAR
IALAH:
Tempat perkumpulan semua makhluk Allah setelah dibangkitkan
daripada kubur. Semua makhluk Allah akan dihidupkan semula
dan berkumpul di sini untuk menerima pengadilan atas perbuatan
mereka di dunia sama ada yang baik atau yang buruk. Keadaan
di padang mahsyar sangat dahsyat sehingga menimbulkan rasa
sangat takut dan cemas . Dalam sebuah hadis ada menceritakan
keadaan matahari yang sangat terik dan berada hampir di kepala
sehingga manusia ditenggalami peluh mereka sendiri. Para nabi,
rasul dan orang soleh sahaja yang berada dalam keadaan aman
dan tenang.
MIZAN
IALAH:
Timbangan amalan yang akan dilalui oleh semua manusia. Sesiapa
yang berat timbangan amalannya maka beruntunglah mereka.
Tetapi jika timbangan amalan mereka ringan, mereka tergolong
dalam golongan ahli neraka. Timbangan seseorang itu menjadi
berat kerana amalan kebaikan yang dilakukan semasa hidup di
dunia.
SIRATH
IALAH:
Titian yang merentangi neraka jahanam yang akan dilalui oleh
semua manusia. Hanya orang beriman dan bertakwa sahaja akan
berjaya melintasi titian ini dengan selamat untuk menuju ke syurga.
Hadis nabi menggambarkan kepantasan melintasinya bergantung
pada amal soleh semasa hidup di dunia. Ada yang melintasinya
sepantas kilat, dan ada juga yang tidak berjaya melintasinya lalu
terjatuh ke dalam neraka. Mereka ialah orang-orang yang
mengingkari perintah-perintah Allah.
SYURGA
IALAH:
Disediakan kepada mereka yang beriman dan beramal soleh.
Keadaan syurga itu sangat indah, nyaman dan dipenuhi dengan
kenikmatan. Terdapat taman-taman syurga yang indah dan
mempersonakan dengan pancaran mata air dan sungai-sungai
yang mengalir. Dalam syurga ini, para penghuninya akan menikmati
rehat dengan sepuas-puasnya, sambil menikmati pemandangan
yang sangat indah dan ditemani oleh bidadari. Penghuninya
dipakaikan pakaian yang cantik daripada sutera serta dihiasi
perhiasan daripada emas dan mutiara. Mereka dijamu dengan
makanan dan minuman yang lazat serta mereka kekal di dalamnya.
NERAKA
IALAH:
Disediakan kepada mereka yang tidak mentaati perintah Allah.
Keadaan neraka banyak digambarkan dalam Al Quran dan hadis
seperti keadaannya yang sangat panas dengan api yang marak
menyala. Hal ini menyebabkan penghuninya berasa amat tersiksa
dan terlalu dahaga. Selepas itu, mereka diberi minuman seperti
tembaga cair yang sangat panas. Kepanasan air ini menyebabkan
muka-muka mereka hangus terbakar dan ususnya terpotong-
potong.
RINGKASAN
ALAM BARZAKH
Alam kubur
PADANG MAHSYAR:
Tempat perkumpulan semua makhluk setelah
Dibangkitkan dari kubur
TITIAN SIRAT MIZAAN:
Titian merentangi neraka Timbangan amalan manusia
SYURGA
Tempat orang beriman dan beramal soleh
NERAKA
Tempat orang yang tidak beriman
KESAN BERIMAN DENGAN PERKARA
SAM’IYYAT
1. Menjadi manusia yang bertakwa
Yakin dengan keadilan Allah dan kekuasaanNya.
Menginsafi azab di akhirat.
2. Mentaati perintah Allah dan menjauhi perbuatan dosa
Istiqamah melakukan ibadah fardu dan sunat.
Hindari maksiat dan sifat yang keji.
3. Menjadikan redha Allah sebagai matlamat hidup
Menjadikan Al Quran dan As Sunnah panduan hidup
Mengisi masa dengan perkara berfaedah.
KESAN BERIMAN DENGAN PERKARA
SAM’IYYAT
4. Mendorong seseorang melakukan kebaikan
sebanyak mungkin
Membantu mereka yang memerlukan.
Bersikap pemurah dan dermawan.
5.Melahirkan masyarakat yang sukakan kebaikan dan
menghindari kemungkaran
Tolong menolong dalam perkara kebaikan.
Bersama-sama mencegah kemungkaran.
Baiklah murid-murid..
Semoga nota yang diberikan ini dapat
membantu kamu memahami apa itu
perkara-perkara sam’iyyat .
Jangan lupa siapkan tugasan yang
diberikan.
Jumpa lagi…
selamat belajar…