ANAK BANGAU MENYANGKA DIRINYA HODOH NAMA : KELAS : SEKOLAH : Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 1 Pada suatu hari, seekor anak bangau bersiar-siar di tepi sawah. Anak bangau melihat bayangnya di dalam air. Anak bangau terkejut melihat bayang dirinya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 2 “Wah, rupa-rupanya leherku ini sangat panjang! Kakiku juga sangat panjang,” kata anak bangau dalam hatinya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 3 Anak bangau berasa sangat sedih. Anak bangau berasa dirinya sangat hodoh. Anak bangau berasa malu kerana lehernya panjang dan kakinya juga panjang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 4 “Ibu, mengapakah rupa saya sangat hodoh?” anak bangau bertanya kepada ibunya. Ibunya terkejutnya mendengar kata-kata itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 5 Ibu bangau lalu berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, tidak baik berkata begitu! Janganlah menyangka dirimu sangat hodoh. Rupamu sangat cantik.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 6 Tetapi anak bangau tetap tidak percaya pada kata-kata ibunya. Anak bangau menyangka dirinya sangat hodoh. Lama-kelamaan, besarlah anak bangau.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 7 Dengan kaki panjangnya, anak bangau mudah mengharung air dan lumpur di dalam sawah. Dengan leher panjangnya, anak bangau mudah menangkap ikan.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 8 “Benarlah kata ibuku. Aku seekor bangau yang cantik. Dengan kaki panjang dan leher panjangku, aku mudah mencari makanan,” kata anak bangau dalam hatinya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 9 “Jikalau kakiku pendek, tentulah aku tidak dapat berjalan di dalam air dan lumpur. Jikalau leherku pula pendek, tentulah aku tidak dapat menangkap ikan,” fikir anak bangau lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 10 Pada suatu hari, anak bangau berehat di tepi kolam. Anak bangau dapat melihat bulunya putih, bersih, dan cantik.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 11 “Aku memang seekor bangau yang cantik,” katanya dalam hati dengan perasaan sangat gembira.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 12 Sesungguhnya, setiap kejadian yang diciptakan oleh Tuhan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.