The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah Al-Jazari yang diterbitkan oleh PDTJ PTSB. Ianya menghimpunkan tulisan-tulisan ilmiah yang berbentuk santai. Biar santai, asalkan sampai. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by majalahaljazari, 2021-11-09 00:03:33

AL-JAZARI VOL.1

E-Majalah Al-Jazari yang diterbitkan oleh PDTJ PTSB. Ianya menghimpunkan tulisan-tulisan ilmiah yang berbentuk santai. Biar santai, asalkan sampai. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Keywords: Al-Jazari,PDTJ,PTSB

Isu No

1

Al-jazari

PENYULUH JALAN MENUJU ILAHI

Lensa Jiwa
Bahagia - ms 09

Sejenak
Menyingkap
Hikmah - ms
13
Cermin Diri -
ms 23

PUSAT DAKWAH & TARBIYAH AL-JAZARI

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Sidang Redaksi

Penaung 1

Dr. Hj. Abd Latif bin Ahmad

Penaung 2

Samsul bin Abd Rashid

Penasihat

Muhammad Amin bin Hasan

Nurul Asma binti Effendi Ketua Editor Liza Suhana binti Ramli
Iruwan bin Idris Ruzlinda binti Mustaffa
Izzat Amin bin Mohd Nasir

Editor

Dr. Mazita binti Ahmad

Asmah Binti Mohd Subari @ Sarman

AL-JAZARI
Penyuluh Jalan Menuju Ilahi
eISSN 2811-4000

Terbitan Edisi 2021

Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau
dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar dan
rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak
penerbit.

AL-JAZARI 2021 | VOL 01Perpustakaan Negara Malaysia

01 Ilustrasi : Sumber Internet

Diterbitkan oleh:
Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim Hi-Tech Park
09090 Kulim
Kedah

Isi Kandungan

Sidang Redaksi.................................................................................................... 01 02
Pena Editor............................................................................................................ 03
Aluan Pengarah.................................................................................................. 04 AL-JAZARI 2021 | VOL 01
Tinta Pengerusi................................................................................................... 05
Kenali PDTJ........................................................................................................... 07
Lensa Jiwa Bahagia - ...................................................................................... 09
Menegur Jangan Sampai Menghina,
Mendidik Jangan Sampai Mengherdik 13
Sejenak Menyingkap Hikmah -.................................................................
Sebenar Cinta 16
Bicara Hadis -.......................................................................................................
Kitab-kitab Hadis 19
Sketsa Ibu Anak -...............................................................................................
Siri 1 Seiko 23
Cermin Diri -.........................................................................................................
Belajar Secara Online 27
Something to Ponder - .................................................................................
For He is Muhammad SAW, The Rasulullah 28
Pesan Nabi -..........................................................................................................
Khutbah Akhir Nabi 30
Galeri PDTJ............................................................................................................

PENA
EDITOR

IZZAT AMIN BIN MOHD NASIR
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

BERUNTUNG MENJADI UMAT NABI

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW pembawa hidayah menuju
Allah, penerang cahaya daripada kesesatan.

Umat Nabi Muhammad adalah umat yang
mempunyai kedudukan teristimewa.
Sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran
yang maksudnya: "Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)..." (QS Ali 'Imran, ayat 110).

Maka dengan nada yang sama, Al-Jazari tampil
buat julung kalinya membuka lembaran risalah ini
dengan mengetengahkan artikel-artikel berkaitan
junjungan besar Nabi Muhammad SAW Mudah-
03 mudahan Allah menitipkan rasa kecintaan kita
yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW.

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 Barokallahu fikum wa ahlikum.

Selamat membaca dan berkongsi manfaat ilmu.

Aluan Pengarah 04

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh AL-JAZARI 2021 | VOL 01

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah dan kurniaanNya e-Majalah Al-Jazari PDTJ edisi pertama
ini berjaya diterbitkan. Lahirnya e-Majalah ini juga sempena kita
menyambut bulan kelahiran baginda Rasulullah SAW yang
membawa rahmat kepada makhluk sekalian alam. Ia
datang membawa makna yang besar khususnya
dalam kehidupan Muslim yang mencintai manusia
agung yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ini
jelas melalui firman ALLAH SWT:
“Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan
untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.”
(al-Anbiya’, 107).

Penerbitan ini sangat sesuai dijadikan
rujukan dan panduan oleh semua
warga PTSB khususnya ke arah
melahirkan generasi Rabbani dan
ummah berkualiti.

Akhir kalam, di kesempatan ini
setinggi-tinggi tahniah serta syabas
saya ucapkan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung khususnya
Jawatankuasa Pusat Dakwah dan
Tarbiah Al-Jazari atas inisiatif
menerbitkan e-Majalah ini.

Terima kasih.

Dr Hj. Abd Latif bin Ahmad
Pengarah
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

AL-JAZARI 2021 | VOL 01Tinta Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan

keluarga serta para sahabat baginda. Syukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan

kurniaanNya e-Majalah Al-Jazari PDTJ edisi pertama
ini berjaya diterbitkan.



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
menguntumkan ucapan tahniah dan syabas kepada

semua yang terlibat dalam penghasilan e-Majalah
Al-Jazari ini sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung khususnya Jawatankuasa
Dakwah dan Tarbiah Sesi 2020-2023,
Pusat Dakwah dan Tabiah Al-Jazari
(PDTJ) yang diketuai oleh Ustaz Izzat Amin
bin Mohd Nasir dan Ustazah Nurul Asma
binti Effendi. Kata pujangga ‘Perjalanan
Seribu Langkah Bermula Dengan Langkah
Pertama’. Saya yakin dengan lahirnya
e-Majalah ini akan menyemarakkan
lagi budaya ilmu khususnya penulisan
ilmiah dan santai seumpama ini dalam
kalangan warga Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah. Lebih menggembirakan e-Majalah
edisi pertama ini lahir di saat umat Islam
sibuk meraikan dan memperingati bulan

05 kelahiran baginda Rasulullah SAW yang
membawa rahmat kepada makhluk sekalian
alam. Bagi menzahirkan kesyukuran atas

pengutusan Nabi Muhammad SAW, umat Islam

bertanggungjawab mempertahankan syiar agama, memelihara akidah 06
dan iman, mempamerkan serta mengamalkan akhlak terpuji seperti yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepanjang hayat baginda dalam AL-JAZARI 2021 | VOL 01
kehidupan seharian.
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

Penghayatan sifat Rasulullah SAW perlu dibudayakan di setiap peringkat
sama ada dalam keluarga mahupun melalui institusi pendidikan bagi
melahirkan sebuah ummah yang rabbani dan berkualiti. Justeru,
sempena tibanya Maulidur Rasul pada kali ini, marilah kita mengisinya
dengan amalan selawat, menghidupkan sunnah dan menghayati sifat
baginda agar dapat menyuburkan dan meningkatkan kecintaan kepada
junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sirah Nabi Muhammad SAW
mesti dijadikan sumber rujukan dan panduan terpenting dalam pelbagai
aspek kehidupan, menjadi inspirasi serta pemangkin semangat bagi
umat Islam terutama ketika negara sedang berperang melawan wabak
Covid-19.

Akhir kata, saya mewakili Jawatankuasa PDTJ Sesi 2020-2023 ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung menyumbang idea
dan pengalaman dalam penghasilan e-Majalah ini khasnya serta
menyokong setiap aktiviti anjuran PDTJ amnya. Kami juga bersedia
menerima teguran, komen dan saranan ke arah penambahbaikan pada
masa hadapan demi kebaikan dan kemaslahatan kita bersama. Semoga
segala usaha dan sumbangan kita diberkati Allah Tuhan Yang Maha Esa.

Terima kasih.

Muhammad Amin Bin Hasan
Pengerusi
Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

AL-JAZARI 2021 | VOL 01Sejarah

Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari atau singkatannya PDTJ
dahulunya dikenali sebagai Pusat Islam Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah. PDTJ mula beroperasi seiring penubuhan kampus PTSB pada
tahun 2003. Bangunan PDTJ terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-
tengah arus perdana ilmu kampus PTSB yang sentiasa menghijau. Ini
menjadikan PDTJ dekat di hati pelajar, warga PTSB dan komuniti
sekitar khususnya sebagai pusat ibadah, pusat perkembangan ilmu,
pusat interaksi dan kegiatan kemasyarakatan.

Visi :

Menjadi Pusat Islam Yang Unggul Ke Arah Melahirkan Ummah Yang
Bertakwa Dan Sejahtera

Misi :
Melaksanakan Sistem Pengurusan Berkualiti
Memperkasa Program Pengimarahan
Menyediakan Prasarana Kondusif dan Mesra Jemaah

Kemudahan & Prasarana

07 Pejabat Pengurusan
Dewan Solat Utama (Aras 1 dan Aras 2)
Ruang Solat Tambahan
Mini Perpustakaan
Bilik Serbaguna
Ruang Wuduk Lelaki & Perempuan
Tandas Lelaki & Perempuan
Stor
WiFi percuma, LCD Projector, TV Interaktif

Strategi

PENGURUSAN PENGIMARAHAN

BERKUALITI ONE STOP CENTRE
Pentadbiran Pusat Ibadah
Kewangan Program Keilmuan
Khidmat Komuniti
Aktiviti Tahunan

PRASARANA

MESRA JEMAAH
Pembangunan
Penyelenggaraan
Kebersihan
Keceriaan

Pengurusan dan Pentadbiran

08

INFO TERKINI PDTJ PDTJ PTSB PDTJ PTSB AL-JAZARI 2021 | VOL 01

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 Lensa Jiwa Bahagia

MENEGUR JANGAN SAMPAI

MENGHINA

MENDIDIK JANGAN SAMPAI

MENGHERDIK

Dr. Mazita binti Ahmad
Ketua Unit Pengurusan Psikologi
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah




Sepasang kaki yang melangkah menghampiriku kelihatan lemah dan longlai.
Bahunya jatuh. Kelihatan tidak bersemangat. Wajahnya sugul. Tidak ceria.
Senyumannya disembunyikan. Wajahnya tampak ketat dan tertekan. Kecewa. Rasa
tidak dihargai! Berjuraian air mata di pipi.
09 “Dr, saya kawan dengan dia ikhlas. Saya percayakan dia tapi dia tikam saya dari
belakang! Dia ceritakan keburukan saya. Dia langsung tak hargai kebaikan saya. Bila
dia duduk dengan geng dia, dia ejek dan tertawakan saya. Apa dosa saya pada dia?
Kenapa dia buat begini pada saya?
Bertubi-tubi persoalan yang dilontarkannya.

Bicaranya dalam sedu sedan. Luahan Sahabat yang baik umpama pohon
ceritanya membuatkan jiwa saya
bergelora. Airmata dan esakannya yang rendang, berada di bawah
sungguh menjentik rasa. Allahu…
beratnya bebanan emosi yang teduhannya dapat melindungi diri
ditanggungnya.
kita daripada teriknya mentari. Sifat

setiakawan yang ditunjukkan ketika

kita dalam kesusahan, mampu

meredakan kesedihan,

Ujian dalam persahabatan datang menghilangkan kebimbangan dan

dalam pelbagai bentuk. Ada orang sentiasa berpegang kepada amanah

berkawan dengan penuh keikhlasan dalam menyimpan rahsia dan

dan ada juga yang berkawan atas keaiban.

keperluan peribadi. Lebih malang lagi

ada yang berkawan semata-mata atas Iya…dilema juga dalam mencari
sahabat sebegini. Hati! Sungguh
sesuatu kepentingan. Maka, diduga ketika emosi terperangkap
dalam persahabatan yang tidak ikhlas
beruntunglah orang yang mendapat dan bertalam dua muka. Ingin engkau
laungkan agar seluruh dunia
sahabat yang baik, yang selalu mendengar luahan hatimu. Dalam
hatimu menjerit sekuat-kuatnya!
menyokong dan selalu berada di sisinya Jeritan yang tidak pernah siapapun
dengari. Jiwamu berteriak, bertempik
ketika dia dalam kesusahan. Ahh! Lalu, bagaimana engkau
mengharungi konflik ini?
Sahabat merupakan insan yang paling
rapat dengan kita selepas keluarga.
Namun, bagi sesetengah orang
terutamanya di usia remaja, sahabat
boleh menjadi insan yang lebih rapat
dengannya berbanding keluarga.

10

AL-JAZARI 2021 | VOL 01

Sahabat yang baik, kehadirannya amat yang menghidupkan hatinya untuk

disenangi, ketiadaannya akan dirindui, berubah bukanlah teguran kita tetapi

kehilangannya pasti ditangisi. Justeru, hidayah yang datangnya dari Allah

semua orang berpotensi menjadi SWT.

sahabat yang baik!

3. Tutup aib sahabatmu

1. Sahabat yang disenangi

Atas dasar kepercayaan yang tinggi

Kita merasa senang bersahabat dengan dalam persahabatan, tanpa disedari

orang yang memahami dan sering segala kisah yang kita alami dalam

memberi sokongan tidak mengira hidup diceritakan kepada sahabat

waktu sama ada ketika kita berada di karib. Di dalam cerita tersebut kadang

puncak jaya mahupun ketika rebah di kala mengandungi aib dan maruah

bumi. Kedudukannya sangat rapat dan diri kita sendiri. Namun, kepercayaan

menjadikan kawan-kawan merasa tersebut telah dikhianati kerana ada

selesa dan bahagia berteman di antara mereka yang sanggup

dengannya. Ketiadaan dirinya membuka keaiban sahabatnya itu

membuatkan kita merasa kehilangan tanpa memikirkan hubungan mereka

dan sering memikirkan tentangnya. yang telah lama terjalin. Sabda

Baginda Rasulullah: Barang siapa

2. Menegur tanda kasih menutupi (aib) saudaranya sesama

muslim di dunia, Allah menutupi (aib)

Sahabat yang baik saling nasihat nya pada hari kiamat. - [HR Ahmad

menasihati di antara satu sama lain. 22101]. Maka, simpanlah dengan

Tegurlah sahabat kita kalau kita kemas cerita sahabat kita sebagai

melihat dia telah menyimpang. barang amanah yang perlu dipelihara

Nasihati dia dengan cara yang baik dan dijaga dengan baik.

tanpa menjatuhkan harga dirinya. Para

ilmuwan berpesan, menegur jangan 4. Ikhlas dalam persahabatan

sampai menghina, mendidik jangan

sampai mengherdik. Kita yang ‘Benchmark’ dalam sebuah

menasihati juga jangan sampai persahabatan yang baik dapat dinilai

merasakan diri lebih mulia daripada dengan keikhlasan. Namun, sukar

orang yang kita nasihatkan. Teguran untuk mengukur keikhlasan

yang kasar sehingga melukakan hati seseorang kerana ikhlas tidak dapat

11 teman kita boleh menyebabkan diukur melalui ungkapan kata-kata.

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 hubungan persahabatan tercalar dan Ikhlas tersembunyi jauh di dasar hati

mungkin memusnahkan persahabatan yang menjadi rahsia Sang Khaliq.

tersebut. Maka, nasihat yang Sesungguhnya dasar dan teras

bagaimana? Nasihatlah dengan cara kepada persahabatan ialah keimanan

yang lembut dan berhemah. Tegurlah kepada Allah SWT yang akan

dengan nada yang sopan. Kerana

melahirkan sesuatu yang indah dalam mempunyai sifat kasih sayang dan
perhubungan. Persahabatan adalah
nikmat yang Allah SWT limpahkan keikhlasan yang sempurna. Sikap ini
kepada hati yang ikhlas membina
hubungan semata-mata kerana Allah Baginda tunjukkan bukan kerana
SWT. Kesan daripada itu, maka
timbullah perasaan kasih sayang, adanya paksaan tetapi semata-mata
hormat menghormati dan saling
percaya mempercayai antara satu sama untuk mendapatkan keredhaan Allah.
lain.
Nah! Begitulah antara enam perkara

penting yang boleh dilakukan untuk

kita menjadi seorang sahabat yang

baik. Dalam memilih sahabat, pilihlah

sahabat yang baik dalam kalangan

rakan-rakan di sekeliling anda kerana

5. Empati dalam persahabatan Rasulullah S.A.W berpesan dalam

hadisnya yang bermaksud

Empati adalah kemampuan kita untuk “Perumpamaan teman yang baik dan

memahami apa yang dirasakan oleh teman yang buruk adalah seperti

orang lain, melihat dari sudut pandang seorang penjual minyak wangi dan

orang tersebut, dan juga seorang tukang besi. Adapun, penjual

membayangkan diri kita sendiri berada minyak wangi akan memberi kamu

pada posisi orang tersebut. Empati (minyak wangi tersebut), atau kamu

memainkan peranan penting dalam membeli daripadanya, atau kamu

membangun dan menjaga mendapat bau yang harum

perhubungan dalam sebuah daripadanya. Sedangkan tukang besi

persahabatan. Sifat empati yang ada pula, akan membakar bajumu dan

pada diri akan menjadikan kita seorang juga kamu mendapatkan bau yang

sahabat yang sentiasa memahami dan busuk”

merasai apa yang sedang dialami oleh [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim

sahabat kita. (2628)].

6. Memberi maaf

Memberi kemaafan bukanlah sesuatu “Perumpamaan teman
yang baik dan teman yang
yang mudah untuk dilakukan
buruk adalah seperti
terutamanya ketika kita merasakan diri seorang penjual minyak
wangi dan seorang tukang
kita dianiaya atau dizalimi oleh orang
besi..."
lain. Namun, dalam hal ini kita

seharusnya mencontohi akhlak 12

Baginda Rasulullah SAW yang penuh

berhemah dan kelembutan. Rasulullah AL-JAZARI 2021 | VOL 01

sering memaafkan bukan kerana

terpaksa atau kerana tidak mampu

membalas. Sebaliknya kerana Baginda

Sejenak Menyingkap Hikmah

Tercungap-cungap kami berlari menuju Panjang saya meratib doa memohon

ke Raudhah. keampunan atas dosa-dosa selama

hidup ini. Doa untuk anak-anak,

Saya dan sahabat jemaah umrah, Kak suami, ibu ayah, adik-beradik dan

Zaiton terpaksa mengikut para jemaah mereka yang hampir turut diselitkan.

wanita lain yang mahu bergegas untuk Detik berada di tempat mustajab

segera sampai ke kawasan taman syurga doa ini dirasakan begitu panjang

itu. Semuanya nekad untuk berada di saf walaupun pada hakikatnya

paling hadapan. tempoh untuk berada di sini singkat

sahaja. Walau bersesak dengan

Kami memperlahankan langkah sebaik- jemaah lain, saya seperti tenggelam

baik sahaja kaki memijak permaidani dalam dunia sendiri berbicara

hijau yang menandakan itu adalah dengan Al-Khaliq.

kawasan Raudhah. Segera kami mencari

kedudukan paling sesuai untuk mula Puas berdoa, saya mendongakkan

13 bersolat sunat. Rezeki kami mendapat saf kepala. Kelihatan di sebalik papan

ketiga tidak disia-siakan. pengadang, bentuk seperti kubah

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 mimbar Baginda Nabi SAW. Serta-

merta perasaan sebak mencengkam

dada. Terbayang seolah-olah sosok

Liza Suhana Ramli Baginda berjalan menuju ke mimbar.
Pensyarah Ya Allah, rindunya pada kekasih
Jabatan Kejuruteraan Awam PTSB Allah.

Teringat kisah-kisah perjuangan kepada Allah. Subhanallah! Betapa
Rasulullah SAW dalam menyampaikan sabar dan kasihnya Baginda kepada
dakwah. Kagum dengan akhlak umatnya. Ini hanyalah secebis
Baginda yang terpuji walau dalam apa daripada kisah-kisah perjuangan
jua situasi. Terkenang betapa kasihnya Baginda yang penuh onak berliku.
Baginda kepada kita umatnya
walaupun tidak berada sezaman Sedang ralit menatap kubah mimbar,
dengannya. Ya, saya sedang berada di mulut saya juga tidak henti-henti
dalam Masjid Nabawi yang sarat berselawat. Selawat menghadirkan
dengan cerita sejarah kegemilangan perasaan sayu, kasih dan rindu yang
Islam yang dipimpin Rasulullah SAW sukar untuk diungkapkan. Perasaan
yang jasadnya turut bersemadi di sini. yang begitu istimewa saya rasakan
Terasa dekatnya jarak baginda dengan saat itu.
saya waktu itu.
Seorang ulama’ pernah menceritakan
Manusia agung ini banyak
menanggung sengsara demi untuk tentang kelebihan berselawat ke atas
menyampaikan Islam kepada umat
pada zamannya. Kerana usaha dan Baginda Rasulullah SAW. Beliau
pengorbanan Baginda dan para
sahabatlah yang menjadi asbab kita mengisahkan tentang seorang guru
dapat mengecapi nikmat Islam pada
hari ini. Tiada nikmat yang lebih utama yang alim yang punya ramai anak
berbanding nikmat hidup dan mati
dalam agama suci ini. murid sedang bertawaf. Guru alim

Menelusuri kisah perjuangan Nabi SAW tersebut mendengar seorang pemuda
memang mengundang terbitnya air
mata. Sedih rasa hati apabila yang bertawaf berhampiran
membayangkan kisah dakwah Baginda
kepada penduduk-penduduk di Thaif. dengannya mengucapkan selawat
Mereka menolak ajaran yang dibawa
lalu membaling batu-batu sehingga sepanjang masa sehinggalah selesai
berdarah-darah tubuh Baginda yang
mulia. Datang Malaikat mahu ibadah tawaf itu. Lalu guru alim
menimpakan gunung-ganang ke atas
penduduk Thaif lalu apa reaksi tersebut bertanyakan sebab mengapa
baginda?
pemuda itu berselawat tidak henti-
Baginda menolak tawaran Malaikat
bahkan mendoakan zuriat keturunan henti sedangkan boleh saja dia
penduduk Thaif kelak akan beriman
membaca zikir lain.

Pemuda itu kemudiannya 14
menceritakan tentang ayahnya yang
meninggal dunia di atas ribaannya. AL-JAZARI 2021 | VOL 01
Dia amat terkejut apabila melihat
wajah ayahnya serta-merta bertukar
menjadi hitam legam. Segera dia
menutupnya dengan kain dan
menangis mengenangkan nasib si
ayah yang gemar berbuat maksiat
semasa hayatnya. Tidak lama
kemudian dia terlelap dan bermimpi
didatangi seorang pemuda tampan

berpakaian bersih serba putih. Selepas ditanggung oleh kamu, yang sangat

membacakan doa dan menyapu muka tamak (inginkan) kebaikan bagi

si ayah dengan tangannya, pemuda kamu, (dan) ia pula menumpahkan

tampan itu ingin beredar tetapi dia perasaan belas serta kasih

segera menahannya kerana ingin tahu sayangnya kepada orang-orang yang

tentang perbuatan pemuda tampan itu beriman.” (At-Taubah :

sebentar tadi. Pemuda tampan itu 128)

tersenyum dan menyatakan bahawa

beliaulah Rasulullah SAW dan Baginda Justeru, apa pula peranan kita?

datang untuk memberikan syafaat buat Malulah jika seorang kekasih Allah

si ayah yang sentiasa berselawat menyayangi kita, mendoakan kita

kepadanya walaupun hidup malah menjamin syafaatnya tapi kita

bergelumang dengan dosa. Sebaik-baik sebagai umat Baginda tiada rasa

sahaja terjaga, pemuda itu menyingkap kasih dan tidak mahu berusaha untuk

kain yang menutupi wajah ayahnya dan mengenali sosok paling dicintai Allah

kelihatan putih berseri wajah ayah ini. Umat yang bagaimanakah kita ini?

kesayangannya itu.

Sedangkan Allah dan para Malaikat

Masya-Allah! Begitu sekali kelebihan turut berselawat kepada Nabi

yang diperolehi sesiapa yang banyak Muhammad SAW, siapalah kita

berselawat kepada Nabi SAW. Sejak hamba yang hina ini untuk tidak

peristiwa itu, si pemuda ini sentiasa melazimi selawat ke atas Baginda.

membasahi lidah dengan berselawat

termasuklah ketika dia sedang Saya dan Kak Zaiton meninggalkan

bertawaf. Raudhah dengan hati yang berat,

dada yang masih sebak dan mata

Rasulullah SAW insan yang paling yang bengkak kerana tangisan.

mulia pernah mengungkapkan Namun kami puas dan bersyukur.

kerinduan dan kecintaannya terhadap Allah izinkan kami berada di dalam

umatnya yang tidak berpeluang tempat yang mulia ini untuk kami

menatap wajahnya. Ya, kitalah umat bermuhasabah diri dan menyuburkan

akhir zaman yang disayangi Nabi SAW. kecintaan kepada kekasih-Nya.

Baginda jugalah yang akan

memberikan syafaat kepada kita di Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk

akhirat nanti. istiqamah dalam mengamalkan

15 suruhan-Mu dan sunnah Nabi

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 “Sesungguhnya telah datang kepada Muhammad SAW. Kurniakan

kamu seorang Rasul dari golongan kecintaan kami kepada-Mu dan

kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Baginda Rasulullah SAW kekasih-Mu.

s.a.w.), yang menjadi sangat berat

kepadanya sebarang kesusahan yang

BICARA HADIS

KITAB-KITAB
HADIS

TAHUKAH ANDA?
SIRI 1

Tahukah anda bagaimana dan 1. Al-Masanid (‫)المسانيد‬
kenapa pentingnya mengetahui
jenis-jenis kitab hadis? Pengetahuan Al-Masanid ialah sesebuah kitab
mengenai jenis-jenis kitab hadis dan
pembahagiannya amat penting hadis yang mengumpulkan hadis
untuk membolehkan pembaca
mengetahui manhaj penyusunan yang diriwayatkan oleh para sahabat
sesebuah kitab. Seterusnya memilih
jenis kitab yang sesuai dengan r.a dan kebiasaannya disusun
tujuan pembacaan. Ada 10 jenis
kitab hadis yang utama, iaitu : mengikut turutan abjad nama para

Iruwan bin Idris sahabat, tahun mereka masuk Islam, 16
Pensyarah Jabatan Pengajian Am
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah nama kabilah mereka, nama negeri

mereka dan sebagainya. Kekadang AL-JAZARI 2021 | VOL 01

ia disusun mengikut turutan

keutamaan seorang sahabat

contohnya dimulai oleh Musnad Abu

Bakar As-Siddiq, Musnad Umar dan

seterusnya. Ia juga kekadang

disusun mengikut jenis sahabat banyaknya hadith yang terkandung

contohnya dimulai oleh Musnad Abu di dalamnya.

Bakar As-Siddiq, Musnad Umar dan

seterusnya. Ia juga kekadang disusun 3. Al-Atraf (‫)الاطراف‬

mengikut jenis sahabat seperti

Musnad sepuluh sahabat yang Al-Atraf ialah kitab hadis yang

dijamin syurga dll. al-Masanid sesuai disusun sama ada daripada sebuah

digunakan untuk mencari hadis kitab atau daripada banyak kitab

berdasarkan siapakah perawinya dan hadis yang lain dengan

juga untuk mengetahui berapakah meringkaskan atau menyebut

bilangan hadis untuk setiap sebahagian lafaz awal atau

perawinya . Namun, ia sukar potongan matan hadis sahaja. Ia

digunakan untuk mencari hadis disusun menurut nama sahabat

berkaitan fiqh kerana ia tidak disusun mengikut urutan huruf mu'jam (alif,

mengikut susunan perbahasan fiqh ba, ta dll). Di bawah setiap nama

seperti mana kitab al-Sunan. Karya sahabat itu akan dinyatakan

terbaik jenis ini ialah Musnad Imam potongan hadis yang

Ahmad bin Hanbal (wafat 241 Hijrah). diriwayatkannya sama ada daripada

satu kitab hadis yang utama atau

2. Al-Ma'aajim (‫)المعاجم‬ beberapa buah kitab hadis.

Kelebihan kitab jenis ini ialah

Al-Ma'aajim ialah sebuah kitab hadis memudahkan pembaca untuk

yang disusun mengikut musnad mengetahui pelbagai sanad hadis di

sahabat r.a. atau guru-guru atau dalam satu himpunan, mengetahui

negeri dan seterusnya disusun perawi dan penulis hadis, juga bab

mengikut turutan huruf dan kelihatan dimana hadis itu dikeluarkan dan

seperti ensiklopedia. Fungsi al- bilangan hadis bagi setiap sahabat

Ma'aajim adalah sama seperti al- yang dinyatakan dalam al-Atraf

Masanid yang sesuai digunakan tersebut. Antara kitab terbaik

untuk mencari hadis berdasarkan kategori ini ialah pertama, Atraf al-

siapa tokoh atau perawi kalangan Kutub al-Sittah oleh Abu Fadl

sahabat yang terlibat dengan hadis Muhammad bin Tahir al-Maqdisi

berkenaan. Antara kitab al-Ma'aajim (wafat 507 Hijrah) yang melibatkan

yang utama ialah Al-Mu'jam Al-Kabir enam buat kitab iaitu Sahih Al-

17 oleh al-Imam l-Thabarani (wafat 360 Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi
Hijrah). Kitab ini disusun mengikut Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 nama-nama sahabat radhiallahu Nasa’i dan Sunan Ibn Majah. Kedua,

'anhum. Ia mengandungi hampir Ithaf al-Maharah bi Atraf al-'Asyarah

60,000 hadith. Menurut Syaikh oleh Ahmad bin Ali bin Hajar al-

Mahmud Tahhan, kitab ini merupakan Asqalani (wafat 852 Hijrah) yang

kitab Mu'jam yang paling besar dan ia melibatkan 10 buah kitab hadis

paling layak disebut sebagai Mu'jam selain kutub al-Sittah iaitu Sunan al-

berdasarkan

Darimi, Sahih Ibn Khuzaimah, karya Imam al-Bukhari (wafat 256
Hijrah) dan al-Jami' al-Sahih karya
Muntaqa Ibn Jarud, Musnad Abi Imam Muslim (wafat 261 Hijrah)

'Awanah, Sahih Ibn Hibban, 5.As-Sunan (‫)السنن‬

Mustadrak al-Hakim, Sunan al- As-Sunan ialah kitab hadis yang
disusun mengikut bab perbahasan
Daraqutni, Syarh Ma'aani al-Athar al- fiqh atau al-Ahkam seperti taharah,
zakat, puasa, haji, perkahwinan dan
Tahawi, Muwatta' Imam Malik, sebagainya. Perbezaannya dengan
kitab jenis Jawaami' ialah kitab
Musnad al-Syafie dan Musnad Ahmad. Sunan lebih memfokuskan hadis-
hadis hukum dan kebiasaanya tidak
4. Al-Jawami' (‫)الجوامع‬ memuatkan hadis-hadis seperti sirah,
manaqib, tafsir dan sebagainya.
Al-Jawami' ialah kitab yang disusun di Fungsi as-Sunan adalah sama
dengan al-Jawami’ kecuali as-Sunan
mana kandungan hadisnya hanya mengandungi hadis berkaitan
hukum sahaja. Antara kitab as-Sunan
mencakupi pelbagai atau semua bab yang masyhur ialah Sunan Abu Daud
(wafat 275 Hijrah), Sunan Ibn Majah
penting dalam agama seperti Aqidah, (wafat 275 Hijrah), Sunan An-Nasai
(wafat 303 Hijrah), Sunan Ad-
Taharah, Muamalat, Sirah, Manaqib, Daraquthni (wafat 385 Hijrah) dan
Sunan al-Baihaqi (458 Hijrah).
Tafsir al-Quran, al-Raqaiq, al-Fitan dan

sebagainya. Ia biasanya mencakupi

hadis berkaitan al-Ahkam seperti kitab

sunan namun ianya lebih luas

mencakupi bab-bab selain daripada

fiqh. Fungsi kitab al-Jawami’ ialah

untuk memudahkan pengguna

mendapatkan hadis mengikut bab

khas samada berkaitan hukum dan

sebagainya. Antara karya terbaik

kategori ini ialah al-Jami' As-Sahih

18

AL-JAZARI 2021 | VOL 01

Sketsa Ibu Anak

Siri 1 :
Seiko

L ama-kelamaan, Suaka akan tewas bangun menuju ke ruang tamu
mencari ibunya yang sedang leka

jugak, Liau Gantua. Dan kau akan melipat kain.

ditinggalkan keseorangan. Cepatlah

bertaubat. Lekaslah memegang tali Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu

Allah sebelum keadaanmu menjadi benar-benar membuatkan si ibu tidak

sukar mencari penawar, Liau Gantua,” sedar akan kehadiran si anak teruna

pujuk Mansur. Liau Gantua masih keras yang sudah bersila disebelahnya.

hatinya. Tampak termenung Panjang,

bergalau perasaan. “Ibu, cantik tak jam Along?” tanya

along seraya menunjukkan jam

Tupp! Novel berjudul Kasyaf Ain hasil berjenama Seiko di tangannya.

19 karya Ramlee Awang Murshid itu “Uish, cantiknya! Siapa bagi tu?”.

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 ditutup. Sebelum ditutup, Along “Kawan Along. ibu. Abang dia dah tak

meletakkan penanda buku pada muka nak pakai. Jadi, abang dia bagi dekat

surat 190 bab 21 sebagai sambungan dia tapi kawan along ni tak suka jam

tajuk novel yang baru sahaja selesai di macam ni.

bacanya. Along bingkas Nurul Asma binti Effendi
Pensyarah, Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Jadi, dia bagi la dekat Along. Free “Berkat didikan Rasulullah saw dan
ibu.” Terpancar riak gembira di wajah ilmu alam yang Allah berikan pada
anak yang baru mencecah 19 tahun zaman tu, mereka tidak perlu kepada
itu. jam tetapi hanya melihat kepada
“Alhamdulillah rezeki...” bahasa alam sudah tahu masuk
waktu solat. Bahkan tepat pada
“Itu lah ibu…mana nak dapat orang waktu dan sentiasa berdisiplin
bagi jam free, berjemana plak tu. dengan tuntutan fardhu ain yang
Jimat la duit Along. Baru je cadang satu tu. Berbeza dengan kita manusia
nak beli, tengok-tengok rezeki akhir zaman. Sekalipun kita tahu
datang bergolek. Hehe”. masa dengan tepat namun belum
“Ya, rezeki Allah bagi tapi ada tentu kaki akan melangkah
maksud tersirat juga tu Allah bagi… mendirikan solat fardhu di awal
bukan saja-saja…” Jawab si ibu waktu.”
berkias.
“Maksud tersirat? Along tak faham,
maksud ibu apa?” Tanya si anak
sambil menggarukan kepalanya yang
tidak gatal. Tanya Along yang
kelihatan agak bingung.

“Apalah gunanya kalau ada jam
mahal tapi waktu solat tak dapat nak
ditepati. Lebih baik jam murah
sepuluh ringgit tapi tepat waktu dah
bersiap siaga untuk bertemu Sang
Khaliq.” Terang si ibu sambil
menyelitkan nasihat kepada anaknya,
mengharapkan agar si anak dapat
menerima dan mengikuti nasihat
yang disampaikannya agar menjadi
anak yang soleh dan taat kepada
perintah Allah.

“Emmm…hehe insya-Allah ibu… 20
doakan Along tau ibu. Tapikan bu,
orang dulu-dulu tak da jam pun tapi AL-JAZARI 2021 | VOL 01
solat depa tepat pada waktu…
ajaibkan!”

“Uish insaf dengar ibu ceramah Oleh yang demikian, jangan biarkan

hahaha…” Usik si anak sambil ia mencantas setiap pergerakan

memicit kaki si ibu yang telah uzur kosong dalam kehidupan kita tanpa

dimamah usia senja. “Bu, didikan sedar. Jangan biarkan juga masa lalu

Rasulullah saw hebatkan? Baginda menghantui masa sekarang. Jika itu

mampu melahirkan generasi sahabat berlaku maka rugilah kehidupan

yang sangat mantap jiwa dalaman masa sekarang kerana dibayangi

dan luaran. Alangkah indahnya hidup masa lalu. Hargailah kehidupan di

ini jika Rasulullah saw masih masa sekarang kerana kehidupan

adakan?” kata along sambil masa sekarang adalah masa untuk

merenung jauh… menjadi manusia yang lebih baik dan

menjadi makhluk Tuhan yang lebih

“Kalaulah Rasulullah saw masih ada, taat. Jangan juga ‘masa hadapan’

mesti Baginda sedih tengok akhlak rekaan imaginasi negatif itu

umat akhir zaman. Leka dan lalai mengongkong dan menjerut

dengan tipu daya dunia. Hermmm…” kehidupan masa sekarang kerana ia

Kata si ibu sambil memperbetulkan suatu yang belum pasti. Namun jika

duduknya. masa hadapan itu sesuatu yang telah

termaktub di dalam nas qatie’ maka

“…….” Si anak terdiam sambil jadikan ia sebagai langkah untuk

memandang wajah si ibu. Di dalam dirimu menambah bekalan amal di

hatinya terlintas sebutan kalimah masa sekarang.

“Allahumma Solli A’la Saiyidina

Muhammad……” Tiba masa untuk menjadikan masa

Perbualan dua beranak itu terdiam sekarang ini sebuah perjalanan masa

sepi. Masing-masing melayan yang ‘berkat’. Saat melalui masa

perasaan sambil bermuhasabah diri. tersebut terasa panjang dan terasa

Tatkala itulah, renungan mata seperti banyaknya amal kebaikan

mereka mula hilang disebalik tirai yang dapat kita dilakukan. Salah satu

jendela yang sedikit terbuka. kaedah dalam menjadikan relung

masa itu terasa panjang adalah

Imam Syafi'i berpesan : Waktu itu dengan tidak melengah-lengahkan

bagaikan pedang jikalau kamu tidak waktu solatmu. Solatlah di awal

menggunakan pedang itu maka waktu, maka kau akan rasai nikmat
21 pedang itu sendiri yang akan keberkatan masa itu sendiri.

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 menghunusmu. Pesanan ini jelas -Jom beramal-

menunjukkan bahawa kelalaian

dalam menggunakan masa dengan

betul akan menyebabkan masa itu

sendiri yang akan memintas si

pengguna masa.

WAKTU ITU
BAGAIKAN PEDANG,
JIKALAU KAMU TIDAK
MENGGUNAKAN
PEDANG ITU MAKA
PEDANG ITU SENDIRI
YANG AKAN
MENGHUNUSMU

IMAM AS-SYAFIE

CERMIN DIRI

“Tak payah lah jaga sangat belajar waktu “Tak payah lah jaga
ni, bukan cikgu nampak pun”. “Aku buka sangat belajar waktu ni,

ja handphone, kemudian aku tinggal ja bukan cikgu nampak
pensyarah cakap sorang-sorang. Dia pun”.
bukan tahu pun”. Ini adalah sebahagian

dari kata-kata yang biasa dibualkan di Islam adalah satu cara hidup lengkap

antara sesama rakan pelajar. yang mengatur semua aspek

“Assalamualaikum, salam sejahtera! kehidupan. manusia. Islam telah

Senyap…Ahmad Munir ada tak? Senyap... mengajarkan ilmu, akhlak dan adab

Ini adalah realiti yang biasa berlaku melalui junjungan mulia Nabi

23 apabila guru memulakan pengajaran. Muhammad SAW. Islam adalah
Persoalannya adakah benar kita tidak agama yang kaya dengan sopan

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 perlu menjaga adab ketika belajar santun dan adab susila sesuai pada

secara atas talian? Jom kita bincangkan! semua zaman dan tempat.

Asmah Binti Mohd Subari @ Sarman
Pensyarah

Jabatan Pengajian Am, PTSB

Rasulullah SAW adalah contoh Menuntut ilmu memerlukan
kesungguhan, tidak malas dan tidak
terbaik dari dahulu sehingga hari lalai, kerana sikap pemalas berakhir
dengan penyesalan. Seorang guru itu
kiamat. Baginda diutuskan bagi ucapannya mengandungi hikmah.
Justeru layak bagi guru mempunyai
menyempurnakan akhlak manusia. kemuliaan ini.

Dalam menuntut ilmu, seorang

pelajar sewajarnya mengetahui adab-

adab yang perlu dijaga. Adab dan

menuntut ilmu begitu dekat sekali.

Imam Malik sangat menjaga adab Apabila pandemik Covid-19 melanda

dalam menuntut ilmu. Pada beliau dunia termasuk Malaysia, proses

mempelajari adab menjadi pengajaran dan pembelajaran turut

keutamaan sebelum mempelajari berubah wajah. Walau

ilmu. Adab secara umumnya adalah bagaimanapun pengajaran dan

didikan jiwa. Jiwa yang baik akan pembelajaran tetap diteruskan di

melahirkan adab yang mulia. semua peringkat pengajian dari pra

sekolah sehingga peringkat

Kecantikan sebenar bagi seorang universiti. Semua pihak perlu
manusia bukan terletak kepada rupa
paras. Namun kecantikan sebenar beradaptasi dengan cara terkini
terletak kepada ilmu dan adab. Dr.
Hamka mengibaratkan kecantikan berbanding sistem konvensional.
yang abadi terletak pada keelokan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, Perkembangan teknologi khasnya
bukan pada wajah dan pakaiannya.
Seorang pujangga Islam, Syauqi Beik gajet kian meningkat dalam semua
pernah menyatakan dalam bait
syairnya, “sesungguhnya tegaknya urusan kehidupan. Namun peranan
sesuatu ummat kerana akhlak yang
dimiliki oleh umat itu, jika akhlak guru tidak dapat dinafikan. Segala
mereka telah hancur, maka bangsa
itu akan hancur pula”. alatan gajet tidak dapat menandingi

sentuhan seorang guru yang

mendidik dengan sepenuh hati dan

kasih sayang. Pengajaran dan

pembelajaran boleh berjalan tanpa

adanya kelas fizikal namun tidak

boleh berlaku tanpa adanya seorang

guru. Adab menuntut ilmu secara

atas talian tidak jauh bezanya dari

Ulama Islam terdahulu tidak hanya adab menuntut ilmu secara
menjadikan majlis ilmu atau kitab
karangan mereka sebagai medan bersemuka. Penulisan ini telah
untuk menyampaikan ilmu tetapi
turut menjadikannya sebagai wadah menyenarai pendek beberapa adab 24
untuk membentuk adab setiap
pelajar yang hadir ke majlis ilmu. dalam menuntut ilmu secara atas

talian. AL-JAZARI 2021 | VOL 01

Adab merupakan jalan untuk Di antara adab yang perlu ditekankan
memahami tujuan menuntut ilmu apabila belajar secara “online” ialah
pelajar perlu masuk awal ke kelas.

Persediaan awal seorang pelajar Dengan berdoa pelajar memohon

menunjukkan komitmen tinggi petunjuk dan hidayah agar

terhadap pelajaran. Jangan dibukakan kefahaman dalam

membiarkan guru menunggu mempelajari sesuatu. Pelajar perlu

kehadiran pelajar dan memanggil fokus dan mencatat apa yang

nama pelajar berulang kali namun dipelajari sekalipun guru tidak

tiada jawapan. Apabila guru nampak kelakuan pelajar.

memanggil nama pelajar, adab yang

sepatutnya adalah pelajar menyahut Pelajar perlu memberi maklum balas

panggilan gurunya. Pelajar perlu sekiranya ada soalan dikemukakan

mendaftar atas nama sebenar dan guru. Pelajar perlu bersama-sama

memasukkan profil gambar diri menghidupkan suasana

sendiri bagi memudahkan guru pembelajaran seperti di dalam kelas.

mengenal pasti pelajar. Pelajar perlu Untuk pembelajaran lebih berkesan

bersifat tawaddu’ terhadap gurunya. pelajar perlu membuka peranti

kamera sekiranya diminta guru.

Pelajar perlu masuk ke kelas Dalam masa yang sama apabila guru

sekalipun lewat atas sebab-sebab memulakan pengajaran pelajar perlu

yang munasabah. Pelajar perlu “mute” kan aplikasi mikrofon.

membiasakan norma baharu dengan Gunakan mikrofon sekiranya pelajar

belajar secara atas talian. Pelajar ingin mengajukan soalan atau

perlu menjelaskan kepada guru memberi maklum balas terhadap

sebab-sebab kelewatan. Jangan guru.

membiarkan guru tertanya-tanya apa

yang berlaku kepada mereka. Pelajar Pelajar perlu berpakaian kemas dan

boleh menerangkan selepas waktu sopan sebagai menunjukkan

kelas dengan menghantar pesanan kesediaan untuk belajar. Keadaan

secara personal kepada guru. pelajar yang tenang juga memberi

kelebihan untuk lebih fokus ketika

Pelajar perlu menyediakan tempat belajar. Pelajar perlu lebih

belajar yang sesuai. Bukan memaklumkan kepada guru

semestinya tempat yang mempunyai sekiranya ingin keluar sebentar.

kelengkapan mahal tetapi memadai Pelajar tidak sepatutnya keluar

tempat tersebut sesuai untuk secara sembunyi atau terus left dari

25 dijadikan tempat belajar. Tempat kelas atas talian.

belajar yang selesa dapat

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 menyumbang kepada keberhasilan Di akhir pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar perlu pembelajaran murid perlu

memulakan kelas dengan berdoa mengucapkan terima kasih kepada

agar ilmu yang diperolehi diberkati guru atas daya usaha guru

Allah SWT. meluangkan masa dan tenaga

mendidik dan mengajar mereka.

Ucapan terima kasih menunjukkan rasa syukur kepada tuhan yang
memberikan mereka ruang dan peluang untuk belajar sekalipun terpaksa
melalui ujian dan cabaran. Ucapan terima kasih juga dapat mengeratkan
hubungan di antara guru dan murid.

Jelasnya adab menuntut ilmu perlu dijaga dan dititikberatkan. Walaupun
zaman berubah dengan pantas, teknologi moden digunakan dalam segala
urusan termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun adab
tidak boleh dikesampingkan. Adab perlu dijaga demi kesinambungan
mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu. Jom beradab dan berilmu!

Adab menuntut ilmu secara dalam talian

Masuk awal ke Menyahut Menggunakan Tawadu'
kelas panggilan gurunya identiti sebenar

Sediakan tempat Masuk ke kelas
belajar yang sesuai walaupun lambat

26

Mengucapkan Berpakaian kemas Membuka kamera Memberi maklum AL-JAZARI 2021 | VOL 01
terima kasih dan sopan sekiranya diminta balas dan mutekan
kepada guru jika tidak bercakap

'Something to ponder...'

For He is Muhammad saw, the Rasulullah

12 Rabiulawal Help us and guide us oh Allah
On that special day To have the akhlak similar to Rasulullah
The sky was bright The most patient, the most pious, the most
The news was spread generous
Here comes the rahmat from Allah And yet, the humblest amongst all
Here comes the light for the entire world For he is Muhammad saw, the Rasulullah
Someone special has been born!
He who will be spreading the words from Ya Rasulullah
Allah To know him is to love him
Come what may, nothing can stop his To love him is to follow his Sunnah
dakwah The sunnah that will lead us to the right
For he is protected, guided, and blessed by path
the Rabb The right path so that we will be united
For he is Muhammad saw, the Rasulullah with him in Jannah
For to be with him is the dream of all
Ya Rasulullah ummah
How blessed he is For he is Muhammad saw, the Rasulullah
The person that Allah loves the most
The prophet that was tested the most
The Rasul that is being followed the most
The opponent that was envied the most
But still he was humble, the most!
For he is Muhammad saw, the Rasulullah

27

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 Ruzlinda Binti Mustaffa
Pensyarah Jabatan Pengajian Am
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PESAN NABI

KHUTBAH
AKHIR NABI

Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi
Muhammad kepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang
hidup pada zaman Nabi Muhammad. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida'
Nabi yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah,
baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di
antara isi dari khutbah terakhir Nabi Muhammad itu adalah:

"Wahai manusia, dengarlah baik- sebagai suci, anggaplah jiwa dan 28
baik apa yang hendak kukatakan, harta setiap orang Muslim sebagai
Aku tidak mengetahui apakah aku amanah suci. Kembalikan harta yang AL-JAZARI 2021 | VOL 01
dapat bertemu lagi dengan kamu diamanahkan kepada kamu kepada
semua selepas tahun ini. Oleh itu, pemiliknya yang berhak. Janganlah
dengarlah dengan teliti kata-kataku kamu sakiti sesiapapun agar orang
ini dan sampaikanlah ia kepada lain tidak menyakiti kamu lagi.
orang-orang yang tidak dapat hadir Ingatlah bahawa sesungguhya kamu
di sini pada hari ini. akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti membuat perhitungan di atas
"Wahai manusia, sepertimana kamu segala amalan kamu. Allah telah
menganggap bulan ini dan kota ini mengharamkan riba, oleh itu, segala
urusan yang melibatkan riba
Izzat Amin bin Mohd Nasir dibatalkan mulai sekarang.
Pensyarah Jabatan Pengajian Am
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

"Berwaspadalah terhadap syaitan Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-

demi keselamatan agama kamu. Dia kali kamu terkeluar dari landasan

telah berputus asa untuk kebenaran selepas ketiadaanku.

menyesatkan kamu dalam perkara-

perkara besar, maka berjaga-jagalah "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi

supaya kamu tidak mengikutinya atau Rasul yang akan datang

dalam perkara-perkara kecil. selepasku dan tidak akan lahir agama

baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah

"Wahai manusia sebagaimana kamu dengan betul dan fahamilah kata-

mempunyai hak atas isteri kamu, kataku yang telah aku sampaikan

mereka juga mempunyai hak ke atas kepada kamu. Sesungguhnya aku

kamu. Sekiranya mereka tinggalkan kepada kamu dua

menyempurnakan hak mereka ke perkara, yang sekiranya kamu

atas kamu, maka mereka juga berpegang teguh dan mengikuti

berhak diberikan makan dan kedua-duanya, nescaya kamu tidak

pakaian, dalam suasana kasih akan tersesat selama-lamanya. Itulah

sayang. Layanilah wanita-wanita Al-Qur'an dan Sunnahku.

kamu dengan baik dan berlemah-

lembutlah terhadap mereka kerana "Hendaklah orang-orang yang

sesungguhnya mereka adalah mendengar ucapanku,

teman dan pembantu kamu yang menyampaikan pula kepada orang

setia. Dan hak kamu atas mereka lain. Semoga yang terakhir lebih

ialah mereka sama sekali tidak boleh memahami kata-kataku dari mereka

memasukkan orang yang kamu yang terus mendengar dariku.

tidak sukai ke dalam rumah kamu Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya

dan dilarang melakukan zina. telah aku sampaikan risalah-Mu

kepada hamba-hamba-Mu."

"Wahai manusia, dengarlah

bersungguh-sungguh kata-kataku

ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat

lima waktu, berpuasalah di bulan

Ramadhan, dan tunaikanlah zakat

dari harta kekayaan kamu.

Kerjakanlah ibadah haji sekiranya
29 kamu mampu. Ketahuilah bahawa

AL-JAZARI 2021 | VOL 01 setiap Muslim adalah saudara

kepada Muslim yang lain. Kamu

GPaDlTeJri

AL-JAZARI 2021 | VOL 0131

PROGRAM DIALOG BERSAMA KOMUNITI
Tarikh : 19 Julai 2020
Tempat : Dewan Kuliah ULPL

CSR SINARI PUSAT ISLAMKU 32

Hari : Rabu AL-JAZARI 2021 | VOL 01
Tarikh : 22 Julai 2020

CSR pada kali ini dilaksanakan di Pusat Islam PTSB untuk kerja-kerja
pendawaian elektrik, pasang lampu & kipas angin regulator serta suis di 5
pondok wakaf di Pusat Islam.

AL-JAZARI 2021 | VOL 01UCAPAN ALUAN PENGERUSI PUSAT ISLAM
33 PTSB & TAKLIMAT SOP PELAJAR BAHARU

Tarikh : 4 & 5 Ogos 2020
Tempat : Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari

KULIAH DHUHA KULIAH MAGHRIB 34
KITAB AL-AZKAR FIQH WANITA
AL-JAZARI 2021 | VOL 01
Hari : Setiap hari Khamis Hari : Setiap hari Isnin
Tempat : Bilik Mesyuarat JPA Tempat : Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi Masa : Selepas solat Maghrib

AL-JAZARI 2021 | VOL 0135

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT
DAKWAH & TARBIAH AL-JAZARI BIL 1/2021

Tarikh : 11 Januari 2021
Tempat : Bilik Persidangan PTSB

WEBINAR : MUSIBAH ANTARA RAHMAT 36
ATAU BALA
AL-JAZARI 2021 | VOL 01
Tarikh : 22 Februari 2021
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Medium : Youtube Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

: Facebook Rasmi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

AL-JAZARI 2021 | VOL 01PROGRAM PRIHATIN COVID-19 PDTJ

37

BERSAMA KOMUNITI KULIM UTAMA

Tarikh : 28 Februari 2021
Anjuran : Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari dengan kerjasama Surau Al-Raudhah,
Surau Al-Syakirin Taman Kulim Utama dan Surau Al-Mukmin Taman Kulim Utama 2

WEBINAR P.U.B.G : _POINT UNTUK 38
BERJAYA GUYS!!!
AL-JAZARI 2021 | VOL 01
Tarikh : 13 Mac 2021 & 18 Mac 2021
Hari : Sabtu & Khamis
Unit Pendidikan Islam & Moral JPA dengan kerjasama Pusat Dakwah &
Tarbiah AL-JAZARI PTSB

AL-JAZARI 2021 | VOL 0139

CERAMAH AMBANG RAMADHAN

Tarikh : 06 April 2021
Hari : Selasa
Tempat : Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari

40

CSR MAAHAD IBNU SINA AL-JAZARI 2021 | VOL 01

TARIKH: 7 APRIL 2021
TEMPAT: MAKMAL LATIHAN STAF
ANJURAN : JPA, PDTJ DAN UTMK PTSB

AL-JAZARI 2021 | VOL 0141

SINGGAHAN KASIH SAYANG

Tarikh : 22 dan 23 April 2021
Anjuran : MPP DAN PDTJ PTSB

CERAMAH NURUL AL-QURAN DAN 42
SUMBANGAN AIDIL FITRI
AL-JAZARI 2021 | VOL 01
Tarikh : 29 April 2021
Tempat : Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari

AL-JAZARI 2021 | VOL 0143

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 05 Mei 2021
Masa : 6.00 petang
Platform : Googe Meet

44AL-JAZARI 2021 | VOL 01

JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Puan Yusma Binti Yusof atas perlantikan
sebagai Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK.
Tarikh : 17 Jun 2021

WEBINAR PDTJ 2021

45 AL-JAZARI 2021 | VOL 01

"Nabi Musa memperkenalkan kewujudan
Tuhan kepada umatnya. Nabi Isa berbuat
demikian kepada dunia Romawi dan Nabi
Muhammad kepada dunia seluruhnya. Saya
berharap masanya tidak lama apabila saya
berupaya menyatukan seluruh cendiakawan

seluruh dunia dan menyusun satu
pentadbiran berasaskan prinsip al-Quran,
satu panduan yang membawa kebahagiaan

kepada umat manusia"

Nepolean Bonaparte
(1769 - 1821) : Maharaja Perancis

(Petikan daripada Christian Cherlis, Bonaparte at Islam Pedone d.Paris,
France 1914. Muka surat 105, 125 rujukan asal Corespondence d Nepoleon

Ier Tome V piece n 4287 du 17/07/1799)


Click to View FlipBook Version