The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM1-0620 Stacey Olivia Anak John Brooklyn, 2023-10-09 10:24:41

BMMB3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

TUTORIAL MINGGU 9

BMMB3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


STACEY OLIVIA NURUL AIN SYAFIQAH BRINEYSA BANGIE NAMA AHLI KUMPULAN


Pelajar menulis kronologi perbandingan budaya Melayu sebelum dan selepas menerima pengaruh asing sehingga membentuk budaya masyarakat Malaysia dengan menghasilkan buku skrap (dan dalam bentuk buku Flip). SOALAN


PENGARUH ASING YANG DIPILIH PENGARUH ISLAM


Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 oleh Marco Polo mengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh. Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam. PENGENALAN


Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).


Dari sudut sejarahnya, selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang- undang dimulai dengan undangundang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adabadab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.


FOKUS Budaya Melayu sebelum dan selepas menerima pengaruh Islam sehingga membentuk budaya masyarakat Malaysia


Sebelum kedatangan Islam, sistem pemerintahan adalah berteraskan ajaran Hindu. Hal ini kerana Parameswara asalnya beragama Hindu. Pengaruh dewa-raja berlaku dalam pentadbiran. Di dalam ajaran Hindu, raja dianggap sebagai dewa iaitu raja dianggap memiliki kuasa ghaib dan wajib disembah sebagai Tuhan. Di samping itu, Hindu mengamalkan sistem kasta yang telah membezakan antara golongan atasan dan golongan bawahan. Kesan daripada sistem ini, berlaku ketidakadilan dari segi cara hidup masayarakat iaitu insan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin kekal dengan kemiskinan mereka. SISTEM PEMERINTAHAN SEBELUM SELEPAS Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja telah bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan yang merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah Subhanahu wa ta’ala di bumi. Dalam konteks sosial, Islam telah mengajar supaya tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh HinduBuddha, sebaliknya masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskin semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003: 54).


Sebelum kedatangan Islam, sIstem pendidikan tidak teratur dan terdapat banyak golongan buta huruf dikalangan masyarakat Melayu. Terdapat dua sistem pendidikan yang telah diwujudkan sebelum kedatangan Islam iaitu sistem formal dan tidak formal. Sistem formal ialah pendidikan yang dipelajari oleh guru dan kitab-kitab. Sistem pendidikan tidak formal pula merupakan sistem pendidikan yang memerlukan individu untuk mempelajari budaya dan nilai-nilai masyarakat luar. PENDIDIKAN SEBELUM SELEPAS Selepas kedatangan Islam, Islam telah membawa perubahan dalam sistem pendidikan masyarakat Melayu. Antaranya, golongan bawahan dapat menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang telah ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun dan teratur. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca alQuran dan kitab-¬kitab suci. Aktiviti pendidikan telah berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan penterjemahan. Di samping itu tempat-¬tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan juga surau.


Sebelum kedatangan Islam, terdapat dua kepercayaan iaitu Animisme yang berkaitan dengan jiwa dan roh. Dalam kepercayaan ini mereka telah menganggap benda-benda ghaib mempunyai semangat dan kuasa. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokokpokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26). KEPERCAYAAN SEBELUM SELEPAS Selepas kedatangan Islam, Islam telah mengubah pemikiran dan kepercayaan masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci. Mereka telah mempelajari dan mengamalkan ilmu fadhu ain dan fardhu kifayah diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan juga Nuzul al-Quran. Agama Islam di Melaka telah dihayati oleh masyarakat Melayu ketika itu sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Menerusi penerimaan ini, mereka berusaha pula untuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya.


Melalui penyebaran agama Islam ini, agama Islam telah dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam telah menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan syariat Islam. Mereka telah menekankan usaha dalam memupuk nilainilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang telah mereka bina. RUMUSAN


SEKIAN, TERIMA KASIH WWW.REALLYGREATSITE.COM +123-456-7890 [email protected]


Click to View FlipBook Version