SOALAN LAZIM (FAQ) PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG -ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 A. PELAKSANAAN 1. Bilakah tempoh gotong-royong perlu dilaksanakan? Dalam tempoh Julai hingga September 2023. 2. Bilakah hari dan masa program gotong-royong boleh dilaksanakan? Pada hari Sabtu yang dibenarkan bekerja berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016: Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu. Atau, hari persekolahan mengikut budi bicara pengetua/guru besar dengan mendapat persetujuan pegawai pendidikan daerah masingmasing serta mengikut kesesuaian berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023: Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas. 3. Adakah sekolah boleh menjemput YB ADUN atau YB Ahli Parlimen untuk turut serta dalam program ini? Boleh. Pihak sekolah perlu merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2023: Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 1
4. Apakah skop kerja yang terlibat dalam program gotong-royong ini? Gotong-royong ini berfokuskan kepada aktiviti kebersihan, keceriaan dan pembaikan kecil di sekolah. 5. Adakah pihak luar boleh dilibatkan dalam aktiviti gotong-royong ini? Ya. Sekurang-kurangnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). B. PERBELANJAAN PERUNTUKAN KPM 6. Apakah perbelanjaan yang boleh dibuat? Peruntukan boleh dibelanjakan untuk tujuan berikut: i. peralatan dan bahan pembersihan; ii. peralatan dan bahan pembaikan kecil; iii. peralatan dan bahan mengecat; iv. makan dan minum peserta (20 peratus sahaja); dan v. keperluan lain yang berkaitan. 7. Adakah peruntukan boleh digunakan untuk membeli barang hiasan? Boleh. Peratus perbelanjaan bagi tujuan ini kecil dan bersifat sampingan sahaja. 8. Adakah peruntukan boleh digunakan untuk membeli hadiah dan memberi saguhati? Tidak boleh. Walau bagaimanapun, saguhati dibolehkan dalam bentuk sijil sahaja. 9. Adakah peruntukan boleh digunakan untuk menyediakan bahan hebahan/promosi program? Tidak boleh. Peruntukan yang diterima perlu digunakan semaksima mungkin untuk program gotong-royong. 2
10. Bagaimanakah peruntukan diturunkan ke sekolah? Melalui jabatan pendidikan negeri (JPN) atau pejabat pendidikan daerah (PPD) masing-masing. 11. Adakah pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan? Tidak boleh. C. SUMBER LAIN 12. Bolehkah pihak sekolah mendapatkan sumbangan atau tajaan bawah tanggungjawab sosial korporat dari aspek kepakaran, kemudahan, peralatan dan makanan yang diperlukan untuk menjayakan program ini daripada pihak luar? Boleh. D. PELAPORAN 13. Bilakah sekolah perlu menghantar laporan program gotongroyong kepada PPD/JPN? Tujuh (7) hari selepas pelaksanaan program menggunakan templat yang disediakan. 3