The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.2 2019-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junesham7677, 2019-07-03 10:33:15

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.2 2019-converted

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.2 2019-converted

TARIKH SMK PAYA BESAR, KUANTAN
MASA MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 2/2019
TEMPAT DIALOG PRESTASI SPM 2018 DAN UP1 SPM 2019
PENGERUSI
: 8 APRIL 2019 ( ISNIN)
: 3.00 PETANG
: BILIK KULIAH
: ZULAFFANDI BIN AHMAD, SAP

KEHADIRAN : PENGETUA
GPK PENTADBIRAN
1. ZULAFFANDI BIN AHMAD, ASP GPK HEM
2. FADZILAH BIN MOHAMED TAHIR, PKT GPK KOKURIKULUM
3. HASHIM BIN BAKAR GPK PENDIDIKAN KHAS
4. ROSMAN BIN ABDUL RAZAK GKMP SAINS & MATEMATIK
5. CHE ZAINI BIN YUSOF GKMP KEMANUSIAAN
6. DATIN HAJAH ZUREIDAH BT NADZERI GKMP BAHASA
7. NORMAH BT OMAR GKMP VOKASIONAL
8. MASTURA BT MOHAMED KAUNSELOR
9. NITA NOR AZRINA BT WAN ISMAIL KP BAHASA MELAYU (MA)
10. MIZAM BIN ABDUL RASID KP BAHASA INGGERIS (MA)
11. KAMRIAH BT JUSOH KP SEJARAH (MA)
12. WAN NORIHAN BT WAN ISMAIL KP SEJARAH (MR)
13. NORIZAH BT AMZAH KP PENDIDIKAN ISLAM (MA)
14. ZURINA BT ISMAIL KP MATEMATIK (MR)
15. ROSMARIA BT OMAR KP SAINS (MA)
16. SITI ROHAYU BT MOHD NASAHA PENYELARAS PERAKAUNAN
17. CHE HANISAH BT ABDUL RAHMAN PENYELARAS SAINS SUKAN
18. ROSAINI BT JUSOH PENYELARAS BIOLOGI
19. HARYATEE BT MOHAMAD PENYELARAS KIMIA
20. MARIANI BT MUDA PENYELARAS FIZIK/SU SPM
21. NUZHINIZA BT NAJIB PENYELARAS PERNIAGAAN
22. WAN NOR FADILAH BT WAN JAAFAR
23. RIZA ASWANI BT ABDUL RAHIM PENYELARAS GRAFIK BERKOMPUTER
24. NURHUDA BT YUSOP
25. NOR SHAMSI BT MAHUSSIN PENYELARAS TASAWWUR ISLAM
26. SITI MUFARIDIAH BT AHMAD ZABIDI
27. SURIATI BT ABDULLAH PENYELARAS MATE TAMBAHAN
28. NOORIZAM BT MAT DAUD
29. NORLINA BT ABDUL RAHIM SU JADUAL WAKTU
30. RAMLAH BT ABD HAMID SU KURIKULUM
31. JULINA BT BAHARUDDIN
32. ZETTY AZIKIN BT ISMAIL

33. SITI ZALIHA BT MAMAT

*TURUT HADIR BERSAMA : ENCIK MOHD SUHAIDI BIN MOHD NORDIN (PPD KUANTAN)
TIDAK HADIR :

1. SALMEZAH BT SALIM -
2. JALILAH BT KARIM -
3. NOOR ADILAH BT ABD WAHAB - CRK
4. ANEZAH BT OTHMAN - CRK
5. NOR AZEAN BT BOHARI - KEJOHANAN SILAT
6. SITI WAHIDA BT MOHD KHIR - CRK
7. MELATI BT ABDUL WAHAB - CRK
8. MOHD SABUDIN BIN MOHD NOOR - KEJOHANAN SILAT
9. DAEME BIN ABU BAKAR -
10. MOHAMAD BIN ABDULLAH - CRK
11. NURUL SHIELA BT RAMLI -
12. SITI HAJAR MAISARAH BT MUHD HASHIM -
13. MIMIE SHAZLINDA BT MOHD RAZALI - CUTI BERSALIN
14. HASMIRA BT NOR - CUTI BERSALIN

AGENDA MESYUARAT
1. Perutusan Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 1/2019
3. Perkara-Perkara Berbangkit
4. Perbentangan Dialog Prestasi Spm 2019 Dan Up1 2019
5. Hal-Hal Lain
6. Penangguhan Mesyuarat

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah semoga mendapat keberkatan.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru yang hadir pada petang ini.
1.3 Pengerusi memaklumkan tentang kehadiran pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan
iaitu Encik Mohd Suhaidi bin Mohd Nordin yang akan hadir pada jam 3.30 petang.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2019
2.1 Minit mesyuarat Kurikulum Bil.1/2019 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
Cadangan oleh En. Mizam bin Ab Rasid
Sokongan oleh Hajah Kamriah bt Jusoh

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara( 4.3) Penetapan Target Gred Purata Individu (GPI)
Setiausaha Kurikulum Puan Norizam memaklumkan bahawa penetapan GPI untuk semua
murid tingkatan 1 hingga 4 telah selesai dilaksanakan oleh guru matapelajaran dan guru kelas.

3.2 Perkara (4.4.1) Menjaga Masa Instruksional.
Semua guru diingatkan agar mengurangkan penggunaan telefon bimbit sewaktu pdpc didalam
kelas kecuali untuk panggilan penting sahaja.

3.3 Perkara (4.4.2) Pelaksanaan PAK21
Semua Ketua Panitia perlu memaklumkan kepada ahli panitia masing-masing supaya
melaksanakan PAK21 di dalam kelas sewaktu pdpc.

3.4 Perkara (4.4.4) e-RPH
Pengerusi mengingatkan semua guru tentang kewajipan menghantar e-RPH pada setiap
minggu. Memo akan dihantar kepada guru jika tidak menghantar lebih daripada tiga kali
sebagai peringatan.

3.5 Perkara (4.6) Penilaian dan Peperiksaan
Pengerusikan memaklumkan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dilaksanakan sepanjang
bulan Ramadhan.
Pengerusi juga mencadangkan supaya peperiksaan tingkatan menengah rendah diadakan satu
subjek sahaja untuk satu hari supaya setiap hari ada peperiksaan untuk mengelakkan murid
ponteng di sepanjang persekolahan pada bulan Ramadhan.

TINDAKAN : SEMUA GURU

4.0 DIALOG PRESTASI UP1 SPM 2019
4.1 Enrolmen murid – Hashim bin Bakar (GPK Hem)
4.1.1 Memaklumkan jumlah terkini murid ialah murid lelaki seramai 456 dan
perempuan 447 dan jumlah keseluruhannya seramai 993 orang.
4.1.2 Perbandingan kehadiran murid tingkatan 5 pada tahun 2017-2019, data kehadiran
pada bulan November sangat ketara rendah kerana murid tidak hadir sekiranya
tiada peperiksaan pada hari tersebut. Enrolmen murid mempengaruhi keputusan
peperiksaan murid.

4.2 Penetapan target dan GPS sekolah tahun 2019
• ETR 2018 : 4.54
• ETR 2019 : 4.50
• GPS 2019 : 4.50

4.3 Pembentangan Dan Pencapaian Mata Pelajaran.
4.3.1. Bahasa Melayu (Puan Kamriah)
4.3.1.1 Analisis pencapaian Bahasa Melayu pada SPM tahun 2018 ialah seramai 2 orang
murid telah gagal iaitu dari kelas 5 Cemerlang.

4.3.1.2 Bagi tahun 2019, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti menjadi punca
kegagalan iaitu dari kelas 5 Cemerlang. Antaranya ialah masalah ketidakhadiran
murid ke sekolah amat membimbangkan terutamanya murid PIMA.

4.3.2. Sejarah (Puan Norizah)
4.3.2.1 Pencapaian bagi mata pelajaran Sejarah pada SPM 2018 juga berlaku peningkatan.
4.3.2.2 Bagi tahun 2019, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti boleh memberi
kesan kepada pencapaian iaitu daripada kelas 5 Cemerlang. Antara masalah-
masalah tersebut ialah:
• Masalah ketidakhadiran ke sekolah
• Ponteng kelas / Masuk lewat
• Murid tidak bermotivasi untuk belajar
• Murid tidak berminat untuk belajar.

4.3.2.3 Beliau berharap agar pihak pentadbir dapat memberi perhatian dan mengambil
tindakan kepada murid-murid yang bermasalah ini agar ianya tidak berterusan.

4.3.2.4 Mata pelajaran Sejarah boleh ditingkatan lagi peratus kelulusan dan kecemerlangan
dengan syarat semua murid mesti mengikut dan patuh pada arahan guru dan
mengubah sikap buruk mereka.

4.3.2.5 Respon : Pengerusi memaklumkan bahawa pihak pentadbir akan membuat ‘
Roadshow’ ke kelas-kelas tingkatan 5.

4.3.3. Bahasa Inggeris (Puan Wan Norihan)
4.3.3.1 Untuk Keputusan UP1 2019, terdapat beberapa isu telah dikenalpasti yang
menyebabkan kegagalan murid. Antaranya ialah masalah ketidakhadiran ke
sekolah dan tidak ada usaha murid untuk cuba menjawab soalan peperiksaan.
4.3.3.2 16 orang murid target A bagi kumpulan Excell dan seramai 4 orang telah berjaya
mencapai target dalam UP1.
4.3.3.3 Puan Julina memaklumkan murid bernama Mohd Nabil dari kelas 5 Syumul adalah
antara murid yang menyumbang kepada kegagalan dalam mata pelajaran bahasa
Inggeris kerana murid tersebut tidak berminat untuk belajar Bahasa Inggeris.
Beliau berharap pihak pentadbir akan mengambil perhatian terhadap masalah
tersebut.
Respon : GPK1 akan mengadakan perjumpaan dengan murid tersebut.

4.4 Isu dan Intervensi (Pengerusi)
4.4.1 Melihat kepada analisis UP1 2019, pengerusi berharap ada perubahan dan
peningkatan pada keputusan peperiksaan pertengahaan tahun nanti.

4.4.2 Antara isu yang dikenalpasti menimbulkan masalah dan memberi kesan dalam
4.4.3 keputusan peperiksaan adalah daripada murid PIMA.
4.4.4 Setiap Panitia dan guru kelas perlu mengenalpasti murid target cemerlang dan
membantu meningkatkan prestasi mereka dari masa ke semasa.
Guru-guru perlu mengadakan perbincangan semula bersama Ketua Panitia untuk
penetapan murid Excell.

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Panitia yang berjaya meningkatkan GPS dalam
mata pelajaran masing-masing.
5.2 Bagi mata pelajaran yang gagal meningkatkan GPS, diharap dapat berusaha dengan lebih
lagi untuk SPM tahun 2019.

6.0 PENANGGUHAN
Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Encik Mohd Suhaidi bin Mohd

Nordin pegawai dari PPD Kuantan atas kehadiran beliau pada petang ini dan berharap dapat sama-
sama membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi murid SMK Paya Besar.

Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam memastikan
mesyuarat dapat berjalan dengan lancar. Kerjasam semua guru amat diharapkan dalam
meningkatkan prestasi murid dan kecemerlangan sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
4.45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………….. …………………………….
(NOR SHAMSI BT MAHUSSIN) (FADZILAH B. MOHAMED TAHIR, PKT)
Penolong Setiausaha Kurikulum Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Paya Besar Kuantan SMK Paya Besar Kuantan


Click to View FlipBook Version