PENDIDIKAN MORAL 3 (PENDIDIKAN KHAS) TINGKATAN Penulis Norani binti Abd Rahim Umah a/p Mugundan Editor Mohd Hadi bin Roslan Nurul Shaheza binti Zamri Pereka Bentuk Amiza bin Abd Hadi Ilustrator Amiza bin Abd Hadi Jurufoto Amiza bin Abd Hadi Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2018
KK 370-221-0102011-49-2092-20101 ISBN 978-983-49-2092-0 Cetakan Pertama 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: Attin Press (M) Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Percetakan Selaseh Sdn. Bhd., No. 30 & 32, Jalan Selaseh Indah, Taman Selaseh Fasa 1, 68100 Batu Caves, Selangor. No. Siri Buku: 0120 PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Jabatan Alam Sekitar (JAS). • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). • Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao. • Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). • Polis Diraja Malaysia (PDRM). • Pusat Penjagaan Orang Tua House of Megaways, Seremban. • Astro Arena. • IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. • SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban. • SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur. • SMK Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.
Tema 1: Diri, Keluarga dan Persahabatan Tema 2: Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat Tema 3: Moral, Peraturan dan Undang-undang Unit 1 Unit 2 Unit 3 Unit 4 Kepekaan Diri terhadap Amalan Pelbagai Agama Potensi Diri Membentuk Kecemerlangan Diri, Keluarga dan Persahabatan Keharmonian Hidup Bersama dalam Keluarga Menghargai Persahabatan Unit 5 Unit 6 Unit 7 Unit 8 Hidup Bermasyarakat Kemudahan Awam untuk Semua Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Diri dalam Kegiatan Sosial Unit 9 Unit 10 Unit 11 Unit 12 Adab dalam Majlis Hindari Jenayah Kanak-kanak Kebebasan Bersuara Perlindungan Hak Orang Kurang Upaya, Hak Pengguna dan Hak Pekerja demi Kesejahteraan Bersama Senarai Cadangan Jawapan Duga Ilmu Senarai Rujukan Salinan Halaman Duga Ilmu Indeks Pendahuluan Penerangan Ikon Buku Teks Panduan Penggunaan Buku Teks 2 12 24 34 46 56 68 78 90 100 112 122 134 136 137 138 iv v vi KANDUNGAN iii
Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral Pendidikan Khas yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Buku ini berteraskan matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral untuk membentuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) supaya berakhlak mulia, berintegriti dan berpegang teguh pada nilai universal. Semua hasrat ini berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global. Penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral merupakan tiga domain moral yang membentuk MBK berakhlak mulia dan membolehkan mereka membuat pertimbangan yang sesuai, tepat dan konsisten berasaskan peraturan atau nilai universal. Domain-domain ini diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan latihan yang disediakan dalam buku teks ini. Guru boleh mengubah suai aktiviti dan latihan mengikut tahap kecerdasan, kebolehan dan persekitaran murid. Antara aktiviti yang dijayakan dalam buku teks ini termasuklah nyanyian, projek, lakonan dan permainan. Semua aktiviti ini memberikan peluang kepada murid untuk berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dalam pasukan, bermaklumat dan memupuk sikap penyayang serta semangat patriotik dalam diri. Buku teks ini dibahagikan kepada 12 unit yang merangkumi tiga tema, iaitu Tema 1: Diri, Keluarga dan Persahabatan; Tema 2: Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat dan Tema 3: Moral, Peraturan dan Undang-undang. Setiap unit pula mempunyai tujuh bahagian, iaitu Cetus Minda, Tahukah Anda?, Mari Fahami, Mari Selami, Mari Hayati, Rumusan dan Duga Ilmu. QR Code juga disertakan untuk memberikan panduan rujukan yang lebih meluas bersesuaian dengan Pembelajaran Abad Ke-21. Elemen intervensi pula antara ciri keunikan buku ini yang mengutamakan cara kerja langkah demi langkah bersesuaian dengan keperluan golongan sasaran. Diharapkan dengan penghasilan buku ini, MBK dapat mempraktikkan pengetahuan dan meningkatkan keupayaan kendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Nilai-nilai murni dalam buku ini merangkumi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan pula dapat dipupuk secara berterusan dan diharapkan menjadi amalan MBK. Pada akhirnya, konsep moral dapat difahami serta dihayati sekali gus memperkukuh perpaduan dalam diri untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Norani binti Abd Rahim Umah a/p Mugundan PENDAHULUAN iv v
Soalan dalam pelbagai bentuk untuk mengukur kefahaman dan penguasaan murid tentang perkara yang telah dipelajari. Konsep yang mencungkil pengetahuan sedia ada murid melalui set induksi yang disediakan dalam unit berkenaan. Secara keseluruhannya, buku ini disusun mengikut aras kesukaran yang diwakili oleh ikon-ikon yang bermakna. Tujuannya supaya buku ini bersifat mesra murid dan sentiasa menarik perhatian semasa digunakan. Yang berikut ialah penerangan tentang maksud ikon-ikon, iaitu: PENERANGAN IKON BUKU TEKS Memberikan pengetahuan awal kepada murid tentang sesuatu topik yang dipelajari dalam unit berkenaan. Mengukuhkan pemahaman dan penguasaan murid tentang topik-topik yang dipelajari dalam unit berkenaan. Menambah maklumat lain untuk pengayaan, pemahaman dan penguasaan murid tentang topik dalam unit berkenaan. Membantu murid memahami perkara yang dipelajari dengan lebih mudah. Halaman ini menerapkan elemen intervensi. Ringkasan keseluruhan topik yang dipelajari untuk menjelaskan isi-isi penting dalam unit berkenaan kepada murid. iv v
PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS Soalan beraras tinggi yang sesuai dengan tahap MBK bagi menguji keupayaan berfikir. Panduan kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Soalan mudah yang merangsang minda murid pada setiap permulaan unit. Maklumat tambahan dalam bentuk QR Code. Maklumat ini boleh diakses melalui gajet semasa. Menjelaskan maksud perkataan yang sukar difahami dan tercatat dalam teks pada buku ini. Aktiviti pentaksiran dalam pelbagai cara untuk menguji kefahaman murid dalam setiap unit. Maklumat berkaitan dengan sesuatu perkara yang dipelajari untuk memberikan pengetahuan kepada murid. 1.1.1 1.1.2 1.1.3 Aktiviti hands on untuk merangsang domain kognitif, komunikasi, emosi, tingkah laku, motor kasar dan halus. Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 yang sesuai dengan generasi abad ini bagi mencerna pemikiran murid. PAK-21 vi 1
TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN vi 1
TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN 1 unit KEPEKAAN DIRI TERHADAP AMALAN PELBAGAI AGAMA Pada unit ini saya akan: Menyenaraikan amalan pelbagai agama. Mengenal pasti amalan mengikut pelbagai agama. Melaksanakan amalan seharian mengikut kepercayaan agama masing-masing. 1.1.1 1.1.2 1.1.3 Teliti dan fahami situasi dalam gambar yang diberikan. UNIT 1 2 3
Kepercayaan kepada Tuhan Hormat Bertoleransi Rasional Hemah Tinggi Bertanggungjawab Amalan: Perbuatan yang biasa dilakukan. (Sumber: PRPM) Nyatakan amalan agama anda. (Sumber rujukan: Persatuan Buddhist Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia) UNIT 1 2 3
Nama: Muhammad Nasir bin Sulaiman Agama: Islam Contoh amalan agama: • menunaikan solat fardu lima waktu sehari • berpuasa pada bulan Ramadan • mengerjakan solat Jumaat secara berjemaah di masjid AGAMA ASAS KESEJAHTERAAN MANUSIA Fahami butiran maklumat di bawah. Nama: Chan Li Qi Agama: Buddha Contoh amalan agama: • menyalakan lilin memohon keberkatan di tokong • mempersembah bunga teratai yang melambangkan kesucian kepada Buddha • melakukan meditasi berdasarkan ajaran Buddha Nama: Ashmitha a/p Balan Agama: Hindu Contoh amalan agama: • bersembahyang di kuil sekali dalam seminggu dan pada hari-hari perayaan Hindu dengan membawa bunga malai • memakai vibuthi selepas bersembahyang • duduk dan bertapa seketika selepas bersembahyang UNIT 1 4 5
Nama: Manjit Singh Agama: Sikh Contoh amalan agama: • menunaikan sembahyang 3 waktu dalam sehari (pagi, petang, malam) • memakai serban dan gelang besi • membaca kitab suci Guru Granth Sahib Ji Nama: Gerald Charles Agama: Kristian Contoh amalan agama: • membaca kitab suci Kristian (Al-Kitab) • melawat gereja setiap hari minggu untuk upacara sembahyang mass atau service • menyembah Tuhan di gereja dengan iringan muzik dan nyanyian Bagaimanakah cara anda menghormati amalan agama rakan-rakan? Definisi (PDF) 1.1.1 1.1.2 1.1.3 • Bimbing murid memahami kepentingan mengenali amalan agama orang lain. • Bimbing murid menghormati amalan agama pelbagai kaum di Malaysia. • Bimbing murid mengetahui kitab yang digunakan oleh agama lain. Nilai: Hormat, Bertoleransi, Kepercayaan kepada Tuhan 1. Wujudkan kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid. 2. Ahli dalam kumpulan saling bersoal jawab tentang amalan agama masing-masing. 3. Setelah masa tamat, setiap murid berkongsi hasil soal jawab di hadapan kelas secara bergilir-gilir. Aktiviti Berkumpulan PAK-21 (Sumber rujukan: Persatuan Buddhist Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia) UNIT 1 4 5
Ramalkan kesan sekiranya anda menghormati amalan agama rakan-rakan. • Menziarahi ahli keluarga dan saling bermaafan • Mendapatkan restu ibu bapa untuk kesejahteraan hidup • Memandikan patung Buddha semasa perayaan Hari Wesak • Bertukar-tukar hadiah pada Hari Natal • Menghidangkan makanan secara percuma kepada orang ramai di gurdwara AMALAN DIIKUTI, HIDUP DIBERKATI Baca dan fahami amalan agama. 1 3 2 5 4 1.1.1 1.1.2 1.1.3 • Bimbing murid mengenali amalan pelbagai agama semasa sambutan hari perayaan. Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Kasih Sayang (Sumber rujukan: Persatuan Buddhist Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia) UNIT 1 6 7
RAM RAM RIP Mari bermain permainan Ram Ram Rip. 1 . Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. 2. Ketua meluruskan tangan dengan tapak tangan menghadap ke atas. 3. Pemain lain meletakkan hujung jari telunjuk di tengah tapak tangan ketua. 4. Ketua akan menyebut “Ram Ram Rip” berulang kali. 5. Ketua akan cuba menggenggam jari pemain selepas menyebut “Rip”. 6. Semua pemain perlu mengelakkan jari ditangkap oleh ketua. 7. Pemain yang tertangkap jarinya akan menjawab soalan pada kad situasi. Panduan Permainan 1.1.1 1.1.2 1.1.3 • Guru mempelbagaikan soalan pada kad situasi. • Guru membimbing murid menjawab soalan. Nilai: Hemah Tinggi, Hormat, Kasih Sayang, Bertanggungjawab, Bertoleransi Kad Situasi A Rakan-rakan beragama Islam membaca al-Quran pada setiap pagi Jumaat. Bagaimanakah anda boleh menghormati amalan tersebut? Kad Situasi C Penganut agama Buddha beratur untuk memandikan patung Buddha sempena sambutan Hari Wesak. Bagaimanakah anda boleh menghormati amalan tersebut? Kad Situasi D Jiran anda meninggal dunia. Keluarganya mengadakan upacara kematian mengikut agama mereka. Bagaimanakah anda boleh menghormati amalannya? Kad Situasi B Anda dan rakan-rakan sedang menyaksikan perarakan kavadi semasa Thaipusam. Bagaimanakah anda boleh menghormati amalan tersebut? UNIT 1 6 7
Mengapakah anda menghadiahkan hiasan kreatif kepada rakan? • mounting board • gam • beras • pewarna • mangkuk kecil • penebuk lubang • tali • kertas lukis Sediakan bahan dan peralatan: HIASAN KREATIF Mari hasilkan hiasan kreatif dan berikannya kepada rakan anda. Ramas beras dengan pewarna dan keringkan. Tulis ucapan dan lakarkan lukisan. Tebuk lubang dan ikat tali pada mounting board. Hiasan kreatif yang telah siap. Sapu gam pada lakaran lukisan. Tabur butiran beras sehingga siap. Kemudian, tampalkan lukisan pada mounting board. 1 2 3 4 5 1.1.2 • Bimbing murid menyediakan bahan dan melakukan aktiviti. Nilai: Bertanggungjawab, Kasih Sayang 6 UNIT 1 8 9
KEPEKAAN DIRI TERHADAP AMALAN PELBAGAI AGAMA Bersembahyang Menyambut upacara keagamaan Membaca kitab Menghormati agama lain Bersyukur Menghormati tempat ibadat Melakukan kebaikan Antara Amalan Agama UNIT 1 8 9
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. *Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137. serban colok malai gurdwara kavadi gereja solat mengaji 1. Gibert membaca kitab suci Kristian (Al-Kitab) di ___________. 2. Azmir menunaikan ___________ lima kali sehari. 3. Ai Peng membakar ___________ ketika bersembahyang. 4. Baljit Singh memakai ___________ sebagai amalan agamanya. 5. Joseph anak Janting senyap ketika rakan-rakannya sedang ___________ al-Quran. 6. Rina Kaur menyertai perarakan Hari Vaisakhi di ___________ . 7. Thilaga membawa bunga ___________ ke kuil untuk dikalungkan kepada patung dewa dan dewi. 8. William dan rakan-rakannya menghormati amalan perarakan ___________ semasa Thaipusam. UNIT 1 10 11
B. Tandakan [ ] bagi pernyataan yang betul dan [ X ] bagi pernyataan yang salah. *Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137. Bil. Pernyataan Jawapan 1. Naveen senyap apabila berada di kuil. 2. Saya menghormati amalan agama rakan-rakan. 3. Ming Chin berpakaian mencolok mata ketika menghadiri majlis berbuka puasa. 4. Saya tidak menghidangkan daging lembu kepada rakan yang beragama Hindu. 5. Rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni apabila saling menghormati amalan agama lain. 6. Vinod tidak mentertawakan tindakan Ong yang membakar colok semasa bersembahyang. 7. Saya berasa marah apabila azan dilaungkan di kawasan kejiranan. 8. Vincent bertukar-tukar hadiah sesama ahli keluarga semasa perayaan Krismas. 9. Alena anak Randi menziarahi jiran yang baru kematian ahli keluarga. 10. Pegangan dan amalan agama menjadikan kehidupan lebih sejahtera. UNIT 1 10 11
TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN POTENSI DIRI MEMBENTUK KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN Muhammad Haziq bin Samrat • Penerima Anugerah Tokoh OKU, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah (2009). • Penerima Anugerah Inspirasi, Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa (IIC) kali kesepuluh. Lee Thiam Wah • Pengasas dan Pengarah Urusan 99 Speedmart Sdn. Bhd. • Beliau mula berniaga secara serius pada usia 23 tahun. Pada unit ini saya akan: Mengenal pasti potensi diri. Menghurai potensi diri untuk mencapai kecemerlangan. Mengaplikasikan potensi diri untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan seharian. Berusaha meningkatkan potensi diri untuk kecemerlangan. 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 2 unit Baca dan fahami maklumat berikut. (Sumber: Laman web Asia Pacific Entrepreneurship https://enterpriseasia.org/apea/malaysia/awards/ my-2014/lee-thiam-wah/) (Sumber: Bernama, 21 Januari 2017) UNIT 2 UNIT 2 12 13
Elwin Raj a/l P. Raj Vethamuthu • Pemenang ketiga Pertandingan International Brain Bee Championship (IBBC) 2017 di Washington D.C., Amerika Syarikat. • Pelajar di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Bertanggungjawab Berdikari Kerajinan Keberanian Patriotisme Potensi: Kemampuan untuk mencapai kejayaan, menghasilkan atau melakukan sesuatu. (Sumber: PRPM) Ayu Malina binti Zainuddin • Pengadil hoki wanita peringkat antarabangsa pada usia 22 tahun. • Berpendidikan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. (Sumber: Laman web http://www.kk.usm.my/index.php/ ms/arkib-berita/724-wakil-tunggal-malaysia-brain-beechallenge-lakar-kemenangan-di-washington) (Sumber: International Hockey Federation) Adakah anda ingin berjaya seperti mereka? Nyatakan kelebihan diri anda. UNIT 2 UNIT 2 12 13
Ahli keluarga terutama ibu, jurulatih, guru dan rakan sepasukan sering memberikan dorongan kepada saya. Siapakah saya? Latar belakang diri saya Mengapakah saya memilih sukan bola jaring? Pendorong penglibatan saya Saya An Najwa binti Azizan. Saya berperanan sebagai penjaring utama dalam pasukan bola jaring negara. Saya dilahirkan pada 9 Ogos 1997. Saya anak keempat daripada lima orang adik-beradik. Ketinggian 179cm menyebabkan saya memilih sukan ini. Kelebihan yang dimiliki memudahkan saya menjaringkan gol dari pelbagai sudut. LONJAKAN POTENSI DIRI Baca dan fahami maklumat yang diberikan. 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 • Bimbing murid mengenali potensi diri An Najwa melalui teks dan daripada pelbagai sumber lain. • Bimbing murid memberikan peneguhan pada jawapan yang dinyatakan. Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian, Patriotisme 1. Apakah perasaan anda setelah membaca kisah An Najwa binti Azizan? 2. Bagaimanakah anda dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri? UNIT 2 UNIT 2 14 15
Faktor kejayaan saya Harapan saya pada masa hadapan (Sumber: Harian Metro, 3 Disember 2016) Bola Jaring (Video) Minat yang mendalam menjadi faktor kejayaan saya. Sebagai persediaan Sukan Sea KL 2017, saya giat berlatih selama 18 bulan. Selain itu, disiplin yang tinggi dan fokus ketika menjaringkan gol juga merupakan faktor kejayaan saya. Pencapaian saya Saya telah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dalam Kejohanan Bola Jaring Asia pada tahun 2016. Kini, saya bermain dengan kelab antarabangsa di luar negara. Saya mahu mengharumkan nama negara dalam Kejohanan Bola Jaring Dunia. Saya juga berharap agar dapat menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk berjaya dalam kehidupan. (Ihsan: Astro Arena) UNIT 2 UNIT 2 14 15
“Saya suka mencipta sesuatu yang baharu. Inilah bakat dan kekuatan saya yang diasah melalui pendidikan dan latihan berterusan.” Inovasi pertama saya dihasilkan pada tahun 2014, iaitu Book Holder yang mendapat Anugerah Perak. Pada tahun 2015, saya mencipta Finger Book Holder dan mendapat Anugerah Emas di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia dan di peringkat kebangsaan. Pada tahun 2016, saya membantu rakan OKU, Muhammad Ammar Ibrahim bin Istar mencipta Tenpin Bowling Marker yang memenangi Anugerah Emas dalam Malaysia Technology Expo. INSPIRASI BUAT RAKAN Baca dan fahami buletin berikut. Asyraf Hilmi bin Khairil 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 • Bimbing murid memahami maksud inovasi. • Bimbing murid menyatakan impian yang ingin dicapai oleh mereka. Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian UNIT 2 UNIT 2 16 17
Muhammad Ammar Ibrahim bin Istar mendapat Anugerah Perak dalam Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva pada tahun 2016. Pencapaian inovasi Asyraf Hilmi bin Khairil dan Muhammad Ammar Ibrahim bin Istar mendapat perhatian pelbagai akhbar di dalam dan di luar negara. (Sumber: Le Dauphiné libéré, Geneva, 26 April 2016) (Sumber: Berita Harian, 12 April 2016) Tenpin Bowling Marker (Facebook) Ceritakan potensi diri anda dalam membantu rakan. Inovasi: Sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baharu. (Sumber: PRPM) UNIT 2 UNIT 2 16 17
MINAT MEMBAWA REZEKI Baca dan hayati cerita di bawah. Kek cawan yang dibuat oleh Flora mula mendapat perhatian keluarga. Untuk menjadi lebih mahir, Flora mengikuti kelas masakan membuat kek cawan pada hujung minggu. Hasil daripada minat, akhirnya bertukar menjadi kerjaya. Keuntungan jualan yang diperoleh telah membantu ekonomi keluarganya. Kini, adiknya juga mengikuti jejak langkah Flora. Flora ialah anak muda yang berbakat dalam pembuatan kek cawan. Dia selalu menghasilkan pelbagai resipi kek cawan yang baharu. Setelah itu, timbul minat dalam dirinya untuk berniaga. Flora mula membuka tempahan melalui laman sosialnya. Tidak disangka, kek cawannya mendapat sambutan orang ramai. 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 • Bimbing murid memahami cerita potensi diri Flora. • Bimbing murid meramalkan impian yang ingin dicapai dalam borang di sebelah. Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian 1 3 4 2 UNIT 2 UNIT 2 18 19
LAKARAN KEJAYAAN SAYA Setelah membaca kisah Flora, kenal pasti potensi diri dan lakarkan kejayaan anda. Potensi Diri Saya Contoh; Membuat kek cawan Contoh; Melukis Bersukan ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ 3 Tahun akan Datang Saya belajar teknik membuat kek cawan daripada pakar. Saya belajar melukis daripada pakar. Impian Akhir Saya boleh menjual kek cawan secara dalam talian. Saya boleh menjual lukisan karya sendiri. Kesan kepada Keluarga Saya boleh membantu ekonomi keluarga. Keluarga percaya saya boleh berdikari. 1 3 2 4 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 • Bimbing murid mengenal pasti potensi diri. • Bimbing murid meramalkan impian yang ingin dicapai dalam borang di atas. Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian UNIT 2 UNIT 2 18 19
MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI Cari perkataan yang menunjukkan potensi diri dalam gambar. Tulis jawapan pada ruang yang disediakan di bawah. 1 2 3 4 5 6 1.2.2 1.2.3 1.2.4 • Bimbing murid mencari perkataan yang menunjukkan potensi diri dalam gambar. Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian UNIT 2 UNIT 2 20 21
POTENSI DIRI MEMBENTUK KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN • Menyanyi • Memasak • Melukis • Bersukan • Memupuk minat dalam diri • Meningkatkan keazaman • Berusaha dengan bersungguh-sungguh • Minat yang mendalam • Sokongan keluarga dan rakan-rakan • Pujian orang ramai • Menyertai pertandingan • Mempamerkan bakat • Mencipta sesuatu yang menarik Contoh Potensi Diri Cara Meningkatkan Potensi Diri Cara Mengenal Potensi Diri Aplikasikan Potensi Diri UNIT 2 UNIT 2 20 21
5. Saya mengetahui dan mengenali minat serta potensi diri sendiri. 1. Saya membaca buku-buku yang berkaitan dengan minat. 4. Saya membantu rakan-rakan yang lemah mencipta kejayaan. 6. Saya berdoa kepada Tuhan untuk mencapai kecemerlangan diri. 8. Saya berazam mencapai perkara yang diingini pada masa hadapan. 3. Saya bersedia menerima pandangan daripada rakan-rakan. 2. Saya memupuk potensi diri, ahli keluarga serta rakan-rakan. 7. Saya berbincang dengan ibu bapa untuk meningkatkan potensi diri. Panduan Penilaian Skor Diri Anda • Anda perlulah berusaha meningkatkan potensi diri. Usah berputus asa untuk berjaya. 0 - 2 • Anda sedang berusaha meningkatkan potensi diri. Teruskan berusaha untuk berjaya. 3 - 5 • Syabas! Anda individu yang sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri untuk berjaya. 6 - 8 REFLEKSI DIRI A. Tandakan [ ] jika anda melakukan perkara berikut. Jumlah skor *Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137. UNIT 2 UNIT 2 22 23
B. Tulis perlakuan POSITIF atau NEGATIF pada ruang jawapan. Saya serik menyertai ujian kelayakan pemilihan wakil sekolah lagi kerana selalu gagal. Cikgu, saya suka melukis potret. Ibu, lihatlah! Saya sudah pandai menyarungkan cadar pada tilam. Kemaskah katil ini? Kita yang fasih berbahasa Inggeris boleh membantu kawan-kawan yang lemah. 1 2 3 4 *Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137. UNIT 2 UNIT 2 22 23
TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN KEHARMONIAN HIDUP BERSAMA DALAM KELUARGA Teliti situasi dalam gambar di bawah. Pada unit ini saya akan: Menghuraikan tanggungjawab ahli keluarga. Membanding beza dan merumus tanggungjawab ahli keluarga. Memberi cadangan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga. 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 3 unit UNIT 3 24 25
Baik Hati Hemah Tinggi Hormat Harga Diri Kasih Sayang Berterima Kasih Bertanggungjawab Harmoni: Keadaan mesra dan bahagia. (Sumber: PRPM) Apakah perasaan anda apabila melihat keharmonian keluarga dalam gambar? UNIT 3 24 25
Ini keluarga saya. Nama ayah saya David anak Saimin. Ayah saya mencari nafkah untuk menjaga kami. Nama ibu saya Jasmine anak James. Ayah dan ibu sentiasa memberikan kasih sayang dan didikan yang sempurna kepada kami dua beradik. Adik saya bernama Adrian. Saya selalu membantunya dalam pelajaran. Saya suka bermain dengannya. Kami sekeluarga hormat-menghormati antara satu sama lain. Kami juga sering berkongsi suka dan duka. Saya menyayangi ayah, ibu dan adik saya. Saya sentiasa menjaga dan mengambil berat tentang mereka. Di samping itu, saya juga sering mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka. 1. Ceritakan cara kamu melaksanakan tanggungjawab terhadap ahli keluarga. 2.Apakah perasaan kamu setelah melakukan tanggungjawab terhadap ahli keluarga? TANGGUNGJAWAB DIJAGA, KELUARGA SEMPURNA Baca dan fahami cerita berikut. Tanggungjawab: Sesuatu kerja, tugas yang mesti dilakukan. (Sumber: PRPM) 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 • Bimbing murid memahami kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap ahli keluarga. Nilai: Kasih Sayang, Hormat, Hemah Tinggi, Baik Hati, Bertanggungjawab UNIT 3 26 27
KELUARGA MUAFAKAT, HUBUNGAN ERAT Fahami situasi dalam gambar di bawah. Apakah kesan sekiranya ahli keluarga hidup dalam suasana harmoni? 1 3 2 4 Terima kasih atas tunjuk ajar, ayah. Masakan ibu sentiasa sedap. Terima kasih, cucu. Abang sedang membaca buku. Saya patut memperlahankan bunyi televisyen. 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 • Bimbing murid memahami tanggungjawab dalam mewujudkan dan mengekalkan keluarga bahagia. Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Harga Diri, Berterima Kasih, Baik Hati, Kasih Sayang UNIT 3 26 27
KELUARGA HARMONI Fahami situasi dalam gambar berikut. 1. Apakah kebaikan bekerjasama antara ahli keluarga? 2. Ceritakan cara anda menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga. 1.3.3 1.3.4 • Bimbing murid memahami kepentingan bekerjasama antara ahli keluarga. Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Harga Diri, Berterima Kasih, Baik Hati, Kasih Sayang Ibu, banyaknya kerja Zana, sekiranya kita bekerjasama, yang perlu dibuat! kerja akan cepat selesai. 1 2 1. Guru menyoal murid contoh aktiviti harian bersama-sama ahli keluarga. 2. Setiap murid diberi masa untuk berfikir dan berbincang tentang jawapan dengan pasangan. 3. Murid berkongsi hasil jawapan dengan murid yang lain di hadapan kelas. Fikir dan Kongsi PAK-21 UNIT 3 28 29
HARGAILAH KELUARGA KITA Teliti situasi dan nyatakan cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. Memberikan hadiah kepada ibu Cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan ____________________ ____________________ ____________________ ____________________ 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 • Bimbing murid membincangkan tanggungjawab mereka dalam keluarga. Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Harga Diri, Baik Hati, Kasih Sayang UNIT 3 28 29
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali. Kemudian, panaskan kuali. Sediakan bahan dan peralatan: • roti • telur • garam • dua sudu minyak masak • serbuk lada sulah • sarung tangan plastik • sudu Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Kacau bahan sehingga sebati. Potong roti mengikut kreativiti. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 4 ROTI TELUR HARMONI Gayatri amat menyayangi ahli keluarganya. Dia telah menyediakan roti telur untuk minum petang sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Mari kita ikuti caranya membuat Roti Telur Harmoni untuk ahli keluarga. Langkah 3 UNIT 3 30 31
Celup roti ke dalam telur. Goreng roti sehingga kuning keemasan. Langkah 5 Langkah 6 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 • Bimbing murid menyediakan bahan dan melaksanakan aktiviti. • Bimbing murid dari aspek keselamatan dan kebersihan. Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Berterima Kasih, Baik Hati, Kasih Sayang Ibu dan ayah, makanlah roti telur sebagai tanda terima kasih kerana mendidik dan membesarkan saya dengan penuh kasih sayang. Wah, sedapnya! Rajinnya adik menyediakan roti telur. Terima kasih. Cadangkan cara lain yang boleh anda lakukan untuk membalas jasa ibu bapa. UNIT 3 30 31
Memberikan pendidikan dan didikan agama yang secukupnya Memberikan perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga Patuh, taat dan hormat terhadap ahli keluarga Saling menyayangi dan membantu dalam keluarga Menjaga maruah diri Mendoakan kesejahteraan keluarga KEHARMONIAN HIDUP BERSAMA DALAM KELUARGA Memberikan nafkah untuk keluarga Tanggungjawab Ibu Bapa terhadap Keluarga Tanggungjawab Anak-anak terhadap Keluarga Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak UNIT 3 32 33
Berikan jawapan berdasarkan situasi. Situasi Soalan Jawapan Senaraikan tugas yang harus dilakukan bersama-sama ahli keluarga. • Menyapu sampah • ____________________ • ____________________ Berikan cara lain untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. • Bercakap sopan dengan ahli keluarga • ____________________ • ____________________ Apakah tanggungjawab mereka sebagai ahli keluarga? • Memberikan kasih sayang • ____________________ • Menghormati ahli keluarga • ______________________ Ibu: Anak: Apakah yang harus anda lakukan? • Menjaga adik • ____________________ • ____________________ 1 2 3 4 *Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137. UNIT 3 32 33
TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN MENGHARGAI PERSAHABATAN Teliti situasi dalam gambar berikut. 4 unit Pada unit ini saya akan: Menyatakan adab dalam persahabatan. Membanding beza perlakuan beradab dan tidak beradab dalam persahabatan. Menilai batas-batas dalam persahabatan. Menerangkan kepentingan perlakuan beradab dalam persahabatan. Mengamalkan perlakuan beradab dalam hubungan dengan rakan. 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 UNIT 4 34 35
Berterima Kasih Bertanggungjawab Kasih Sayang Berdikari Hemah Tinggi Kerajinan Kejujuran Siapakah sahabat baik anda? Ceritakan perihal tentang sahabat baik anda. Menghargai: Memuliakan, menghormati, atau menganggap penting. Persahabatan: Hal atau perbuatan bersahabat. (Sumber: PRPM) UNIT 4 34 35
Yung Sen, terima kasih kerana memberikan gambar persahabatan kita. Saya sangat terharu. Sama-sama Hong Ping. Saya bangga mempunyai sahabat yang berbudi bahasa seperti awak. Awak tidak pernah menyinggung perasaan saya. Tidak mungkin saya biadab kepada rakan yang selalu membantu saya. Awak tidak pernah mengabaikan saya sewaktu di sekolah dahulu. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang sahabat. SAHABAT SUKA DAN DUKA Hayati kisah benar persahabatan antara Lee Yung Sen dengan Low Hong Ping melalui perbualan dalam aplikasi mesej. 1997 1995 Type a message... Active now UNIT 4 36 37
(Gambar ihsan: Lee Yung Sen dan Low Hong Ping) Ceritakan perasaan anda apabila membaca kisah persahabatan Lee Yung Sen dan Low Hong Ping. Berikan alasan anda. 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 • Bimbing murid menghayati kisah persahabatan Lee Yung Sen dan Low Hong Ping. • Bimbing murid menyatakan adab persahabatan yang boleh dicontohi. Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Hemah Tinggi, Kejujuran, Kasih Sayang Saya tidak boleh berterusan menyusahkan awak, Yung Sen. Awak juga perlu berkawan dengan orang lain. Jangan risau Hong Ping. Saya gembira membantu awak. Kini, kita telah bekerja. Saya harap kita akan terus bersahabat baik. Ya, saya sangat menghargai persahabatan kita yang jujur dan ikhlas ini. Saya memerlukan sahabat seperti awak yang boleh menceriakan hidup saya. Cadangkan cara lain untuk mengeratkan sesebuah persahabatan. Type a message... Active now UNIT 4 36 37
Situasi Persahabatan A Berdasarkan situasi dalam gambar A dan B, kenal pasti perlakuan beradab dan tidak beradab dalam persahabatan. WARNA-WARNI SAHABAT Baca dan fahami dialog. Kemudian, lengkapkan dialog tersebut dengan tindakan yang beradab. Vimala, ini majalah Tunas Cipta yang awak minta saya carikan. Sama-sama. Maafkan saya kerana lewat mencarikannya untuk awak. 1 3 Terima kasih Yanika kerana berusaha mencarikannya untuk saya. ______ 2 4 ? UNIT 4 38 39
Situasi Persahabatan B Keutamaan Nilai Murni 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 • Bimbing murid mengenal pasti situasi perlakuan persahabatan. • Bimbing murid menjawab dialog tindakan yang beradab. Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Kasih Sayang Tidak baik awak berkata begitu. Kita perlu ______ 2 Lina, saya tahu banyak kelemahan Julia. Saya boleh beritahu segala-galanya. Maafkan saya Lina. Saya berjanji tidak akan bersangka buruk terhadap kawan kita lagi. 1. Senaraikan nilai murni yang perlu diamalkan berdasarkan situasi dalam gambar. 2. Pilih nilai murni tersebut mengikut keutamaan. 3. Bentangkan nilai murni tersebut di depan kelas. 1 3 ? PAK-21 UNIT 4 38 39
GURINDAM ADAB Lafazkan gurindam di bawah. Gurindam Azimat buat Sahabat Jika kita santun beradab, Akhlak terpuji tidak biadab. Jika kita berhati murni, Suasana nan keruh pasti harmoni. Jika kita menghargai sahabat, Hubungan pasti bertambah erat. Jika kita sabar dan tenang, Rakan taulan berasa senang. Bila bergurau jaga batasan, Takut sahabat rasa terkilan. Dengar pesanku duhai sahabat, Nasihat tulus jadikan azimat. Ciptaan: Norani Abd Rahim 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 • Bimbing murid mengenal pasti nilai yang terkandung dalam gurindam. • Bimbing murid melengkapkan gurindam dengan betul. Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Kerajinan, Hemah Tinggi, Kejujuran, Kasih Sayang Lengkapkan gurindam dengan maksud yang betul. a. Jika kita sering membantu, ––––––––––––––––––––––––––––––– b. Jika kita rela berkorban, ––––––––––––––––––––––––––––––– c. Jika kita mengadu domba, ––––––––––––––––––––––––––––––– d. Jika peradaban bukanlah angan, ––––––––––––––––––––––––––––––– Sahabat tidak terasa beban. Alamat hubungan penuh pancaroba. Kelak sahabat terus bersatu. Prinsip persahabatan jadi pegangan. Gurindam (Audio) Gurindam: Sajak dua baris yang berisi nasihat atau pengajaran. (Sumber: PRPM) UNIT 4 40 41
Sediakan bahan dan peralatan: SEJAMBAK BUNGA UNTUK SAHABAT Mari menggubah sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada sahabat baik anda. Nyatakan kepentingan menghargai sahabat. 1 2 3 4 5 • gunting • bunga • reben • gelang getah Susun dan gubah bunga mengikut kreativiti. Potong reben mengikut panjang yang sesuai. Sejambak bunga untuk diberikan kepada sahabat. Ikat reben pada batang bunga sehingga ketat. Ikat gelang getah pada batang bunga. 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 • Bimbing murid menggunakan gunting dengan cara yang selamat. • Bimbing murid menghasilkan sejambak bunga yang cantik dan kreatif. Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Kasih Sayang UNIT 4 40 41
MENGHARGAI PERSAHABATAN CONTOH ADAB DALAM PERSAHABATAN KEPENTINGAN BERADAB DALAM PERSAHABATAN BATAS DALAM PERSAHABATAN • Menghargai budi baik sahabat • Menjaga rahsia peribadi sahabat • Menjaga tutur kata dan perlakuan yang sopan • Mengekalkan hubungan persahabatan • Mewujudkan suasana harmoni • Memupuk perasaan menghormati sahabat • Tidak mengambil kesempatan terhadap kebaikan sahabat • Tidak bergurau berlebih-lebihan • Menghormati hak sahabat 1. 2. 3. UNIT 4 42 43
Bil.. Perlakuan beradab Perlakuan tidak beradab 1 Bersahabat dengan seseorang pada waktu susah dan senang Bersahabat dengan seseorang pada waktu senang sahaja 2 Memperkenalkan sahabat kepada ahli keluarga 3 Menyokong minat sahabat 3. ____________________ 1. ____________________ 2. ____________________ A. Tulis tiga adab yang sering anda amalkan terhadap rakan berdasarkan pilihan jawapan. B. Lengkapkan perbezaan perlakuan beradab dan tidak beradab dalam persahabatan di bawah. Berterima kasih kerana selalu membantu Meninggalkan sahabat sewaktu susah Bertutur dengan cara yang sopan Menggembirakan hati sahabat *Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137. UNIT 4 42 43
C. Tandakan [ ] pada tindakan yang betul dan [ X ] pada tindakan yang tidak betul. D. Warnakan buku yang menunjukkan kepentingan perlakuan beradab dalam persahabatan. 4. Jagjeet Kaur menjaga tutur kata ketika bergurau dengan Adilah walaupun mereka sahabat karib. 3. Hui Chun melupakan budi baik Rajesh yang pernah meminjamkan wang semasa dia memerlukannya. 2. Rosmidah menghormati keputusan Darina untuk tidak mengikuti lawatan sekolah bersama-sama. 1. Amir selalu mengambil kesempatan terhadap kebaikan sahabatnya, Bernard. 1 2 3 4 Mewujudkan suasana harmoni Persahabatan berpanjangan Berpeluang membuka aib rakan Memupuk perasaan menghormati rakan *Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137. UNIT 4 44 PB