UNIT 2 Corak Corak yang harmoni mempunyai ciri-ciri gabungan unsur seni seperti rupa dan warna. Grafik Karya grafik yang harmoni mempunyai ciri-ciri imbangan muka taip dan reka letak objek. Catan Karya-karya catan yang harmoni mempunyai ciri-ciri yang terhasil daripada gabungan warna, bentuk, susunan, ruang dan imbangan. 2.1.2 Guru mengenalkan ciri-ciri harmoni dalam corak, catan dan grafik. NOTA GURU Ciri-ciri Harmoni (Sumber: Facebook Tourism Malaysia) 43
UNIT 2 Warnakan perkataan pada template yang disediakan. 1 Warnakan keseluruhan kertas lukisan dengan warna yang dipilih. 2 2.1.3 Guru membimbing murid menghasilkan poster mudah kombinasi warna yang harmoni. • Guru meminta murid agar menyimpan hasil karya untuk didokumentasikan. NOTA GURU Poster Teknik Kolaj 1. Kertas lukisan 2. Template 3. Palet 4. Majalah terpakai Alat dan Bahan 5. Berus 6. Cat poster 7. Gunting 8. Pen penanda 9. Cawan air 10. Gam PVA Aplikasi Seni 44
UNIT 2 Pilih mana-mana gambar dalam majalah terpakai yang bertepatan dengan tema yang dibuat. 3 Susun gambar-gambar yang dipilih mengikut kreativiti dan gamkan. 5 7 Tampal dengan kemas. Gunting mengikut bentuk yang akan ditampal. 4 Koyak template yang sudah diwarnakan dengan menggunakan tangan. 6 45
UNIT 2 Gunakan pen penanda untuk melakarkan kembali tulisan di atas poster untuk lebih kelihatan jelas dan menarik. 8 Hasil Karya INGAT Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 46
UNIT 2 Ciri harmoni grafik Ciri harmoni catan Ciri harmoni corak Padankan. LATIHAN 1 LATIHAN Harmoni merupakan prinsip rekaan yang penting untuk menimbulkan situasi yang menyenangkan, keseimbangan dan kesatuan dalam sesebuah karya seni. Pengulangan unsur-unsur seni yang sama dan tiada bertentangan akan mewujudkan suasana yang harmonis. RUMUSAN 2.2.3 Guru membimbing murid menghasilkan lukisan/catan bebas yang menimbulkan kontra dengan menggunakan kombinasi unsur-unsur seni. NOTA GURU (Sumber: Facebook Tourism Malaysia) KBAT Kenal pasti ciri-ciri harmoni di dalam karya yang dihasilkan. 47
UNIT 2 Alam semula jadi Kontra dari segi warna. Buatan manusia Kontra dari segi bentuk. Karya seni Kontra dari segi garisan dan warna. 2.2.1 Guru menerangkan fungsi kontra. 2.2.2 Guru megenalkan ciri-ciri kontra pada alam sekeliling, objek buatan manusia dan karya seni halus. NOTA GURU Kontra berfungsi untuk mewujudkan kelainan, membangkitkan suasana dan menimbulkan kesan yang berbeza. Fungsi Kontra Ciri-ciri Kontra Kontra akan terhasil apabila unsur-unsur seni digunakan secara bertentangan antara satu sama lain. Kontra memberi kesan dan impak yang lebih jelas dalam menghasilkan karya seni. 2.2 KONTRA Info Pereka grafik sering menggunakan prinsip kontra dalam menghasilkan iklan, logo dan poster untuk menarik perhatian. KBAT Nyatakan kontra yang terdapat pada alam semula jadi, buatan manusia, dan karya seni. 48
UNIT 2 2.2.3 Guru membimbing murid menghasilkan lukisan/catan bebas yang menimbulkan kontra dengan menggunakan kombinasi unsur-unsur seni. NOTA GURU 1. Kertas lukisan 2. Kertas tebal 3. Palet 4. Tuala kecil 5. Dulang 6. Guli 7. Syiling 50 sen 8. Gunting 9. Span 10. Cat poster 11. Pensel Pembalut Buku Alat dan Bahan Lipat kertas lukisan kepada dua bahagian secara memanjang (landskap). Letakkan ke dalam dulang. Aplikasi Seni 1 2 49
UNIT 2 Masukkan guli yang telah dicelupkan warna ke dalam dulang. Gunting bentuk bulat tersebut. Goyangkan dulang. Selepas itu keringkan kertas lukisan. Lakarkan bentuk bulat menggunakan syiling 50 sen pada kertas tebal yang sudah dipotong. Lipat kertas tebal kepada dua bahagian. Kemudian gunting. INGAT Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 3 5 7 4 6 50
UNIT 2 Hasil pembalut buku yang sudah siap boleh dijual. TIP KEUSAHAWANAN Hasil Pembalut Buku Capkan span yang sudah diletakkan warna pada bulatan yang telah ditebuk. 8 9 Keringkan hasil yang telah siap. 51
UNIT 2 Warnakan corak dengan warna kontra. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjayakan aktiviti di atas. • Guru meminta murid agar menyimpan hasil kerja untuk didokumentasikan. NOTA GURU LATIHAN 1 LATIHAN Prinsip kontra akan wujud dalam sesuatu gubahan kerja seni apabila terdapat elemen-elemen yang bertentangan dan berbeza. Penggunaan kontra biasanya akan diaplikasikan dalam penghasilan poster, arca, dan catan untuk lebih menarik perhatian. RUMUSAN 52
UNIT 2 Menjadi daya tarikan utama. Menjadi fokus dan mengelakkan kebosanan dalam hasil karya seni. Menarik perhatian. 2.3.1 Guru menerangkan fungsi penegasan. 2.3.2 Guru menerangkan ciri-ciri penegasan. NOTA GURU Penegasan ialah fokus atau penumpuan sesuatu imej agar lebih ketara daripada objek lain. 2.3 PENEGASAN Penegasan berfungsi untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu hasil karya seni. Fungsi Penegasan Info Penegasan ialah prinsip seni yang berkait rapat dengan prinsip kontra. Ciri-ciri Penegasan Alam semula jadi Karya seni Buatan manusia 53
UNIT 2 2.3.3 Guru membimbing murid menghasilkan catan yang menggunakan prinsip penegasan. NOTA GURU Capan Bunga 1. Papan alas kek 2. Berus 3. Gunting Alat dan Bahan 4. Putik kapas 5. Surat khabar lama 6. Cat akrilik 7. Span 8. Palet 9. Tuala kecil Tanggalkan kertas alas papan kek, kemudian warnakan dengan warna putih. Warnakan latar belakang dengan warna-warna harmoni menggunakan span. Kemudian keringkan. Aplikasi Seni INGAT Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 1 2 54
UNIT 2 Capkan span menjadi bentuk daun dan bunga, kemudian keringkan. 5 7 6 8 Bentukkan span menjadi bujur menggunakan gunting. 3 Campurkan warna-warna harmoni untuk menghasilkan bunga dan daun. 4 55
UNIT 2 Kemaskan lukisan dengan teknik garisan dan ton warna untuk menunjukkan elemen penegasan pada karya. 9 10 Hasil Capan Hasil yang sudah siap boleh dijual untuk dijadikan hiasan dinding atau meja. TIP KEUSAHAWANAN 56
UNIT 2 Penegasan dalam Alam Sekeliling Penegasan Objek Ciptaan Manusia Penegasan dalam Karya Seni Tandakan (✔) pada gambar yang betul. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. NOTA GURU LATIHAN 1 LATIHAN KBAT Nyatakan penegasan yang terdapat pada gambar. 57
UNIT 2 Aplikasikan prinsip penegasan melalui warna dalam lukisan corak di bawah. LATIHAN 2 LATIHAN Pemilihan unsur-unsur seni yang sesuai dalam karya yang ingin ditonjolkan akan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan prinsip penegasan. Oleh itu karya seni yang dihasilkan menjadi pusat tumpuan. RUMUSAN • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas. NOTA GURU 58
Kepelbagaian ialah penggunaan unsur, prinsip, dan idea yang pelbagai dalam sesuatu karya seni. Banyak elemen seni digunakan untuk menghasilkan kepelbagaian. 2.4 KEPELBAGAIAN UNIT 2 2.4.1 Guru menyatakan fungsi kepelbagaian. 2.4.2 Guru menerangkan ciri-ciri kepelbagaian. NOTA GURU Kepelbagaian berfungsi untuk mengelakkan sesuatu hasil karya seni itu kelihatan bosan. Kepelbagaian mempunyai nilai estetik dan menimbulkan kesan kesinambungan serta kesatuan. Fungsi Kepelbagaian Ciri-ciri Kepelbagaian KBAT Bandingkan kepelbagaian unsur seni pada dua gambar di bawah. Info Kepelbagaian ialah hasil penggunaan pelbagai idea dan nilai yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Gabungan kepelbagaian unsur seni dan prinsip rekaan. Gabungan kepelbagaian saiz, bentuk dan corak. Buatan manusia Karya seni Gabungan pelbagai unsur jalinan dan warna. Alam semula jadi 59
UNIT 2 2.4.3 Guru membimbing murid menghasilkan corak geometri yang menggunakan prinsip kepelbagaian. NOTA GURU Pasu Hiasan Bercorak Geometri 1. Pemati warna (clear spray) 2. Pasu seramik 3. Gunting Alat dan Bahan 4. Palet 5. Berus 6. Masking tape Lekatkan masking tape pada pasu dan buat corak mengikut kreativiti. Warnakan pasu dengan warna akrilik dan biarkan kering. Aplikasi Seni 7. Cat akrilik 8. Sarung tangan 1 2 60
UNIT 2 Apabila sudah kering, buka masking tape perlahan-lahan. Gunakan pemati warna untuk kemasan. (Pastikan anda menggunakan sarung tangan ketika melakukan aktiviti ini). Hias pasu mengikut kreativiti. Pasu yang telah siap boleh dijual untuk dijadikan hiasan meja. TIP KEUSAHAWANAN Hasil Karya Info Selain pasu, teknik ini juga boleh digunakan untuk botol kaca, kotak, kanvas, hiasan dinding, dan mural. INGAT Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 3 4 5 61
UNIT 2 Lakarkan corak kepelbagaian bertemakan flora dan fauna pada gambar di bawah. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. NOTA GURU LATIHAN 1 LATIHAN Prinsip kepelbagaian dalam sesebuah karya yang dihasilkan ialah gabungan unsur seni dan prinsip rekaan. Penggunaan unsur seni dalam karya seperti gabungan garisan, rupa dan warna akan mewujudkan prinsip kepelbagaian. RUMUSAN 62
Jenis-jenis Imbangan Simetri Bahagian kanan, kiri, atau atas, dan bawah adalah sama. Gambar dan rekaan simetri kelihatan lebih stabil dan seimbang. Tidak Simetri Kedua-dua bahagian sesuatu karya adalah tidak sama bentuk, corak atau kelihatan tidak serupa. UNIT 2 2.5.1 Guru menyatakan fungsi imbangan. 2.5.2 Guru mengenalkan jenis-jenis imbangan simetri dan tidak simetri. NOTA GURU Imbangan merujuk kepada sesuatu keadaan yang seimbang dalam susunan karya daripada segi tumpuan, berat, tarikan, dan gubahan. 2.5 IMBANGAN Imbangan berfungsi untuk mewujudkan kesatuan, kestabilan serta menjadikan sesuatu rekaan tampak menarik. Fungsi Imbangan Info Wau tradisional mempunyai beberapa nama seperti wau bulan, wau kucing, wau puyuh, wau merak, dan sebagainya. 63
Ciri-ciri Imbangan UNIT 2 Alam semula jadi Buatan manusia Karya seni Keseimbangan unsur jalinan dan warna. Keseimbangan saiz, bentuk, dan corak. Keseimbangan unsur seni dan prinsip rekaan dalam hasil karya. KBAT Melalui pemerhatian, apakah jenis imbangan yang banyak di sekeliling anda? Senaraikan. 64
UNIT 2 2.5.3 Guru membimbing murid menghasilkan satu bentuk wau tradisional yang berimbangan simetri. NOTA GURU Wau Bulan 1. Kain perca 2. Masking tape 3. Gam Alat dan Bahan Menghasilkan Wau Bulan berimbangan simetri. 4. Gunting 5. Dawai bunga 6. Benang bulu 7. Barang hiasan 8. Bilah buluh Aplikasi Seni 2 Letakkan gam pada rangka wau. Bentukkan wau bulan dengan menggunakan bilah buluh dan dawai bunga. 1 Layari laman sesawang http://arasmega.com/ qr-link/rangka-wau-bulan/ untuk menonton video cara-cara membuat rangka wau. (Dicapai pada 29 Mei 2018) QR CODE SILA IMBAS 65
UNIT 2 Hiaskan wau. Tekapkan kain perca ke atas rangka wau dan kemaskan. Hasil wau boleh dijual untuk dijadikan cenderahati atau hiasan dinding. TIP KEUSAHAWANAN Hasil Wau Bulan INGAT Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 4 3 66
UNIT 2 Lengkap dan warnakan gambar supaya nampak seimbang. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. NOTA GURU LATIHAN 1 LATIHAN Imbangan terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan simetri ialah imbangan yang sepadan dan dapat memberi kesan yang stabil. Imbangan tidak simetri pula ialah imbangan yang tidak sama padan dan memberi variasi. RUMUSAN 67
Alam semula jadi Buatan manusia Karya seni Ciri-ciri Kesatuan UNIT 2 Kesatuan akan mewujudkan rupa dan corak yang harmoni. Unsur seni dan prinsip seni yang bersatu dalam karya akan menimbulkan nilai estetik. Kesatuan yang mempunyai tema yang sama akan mewujudkan rupa dan bentuk yang seimbang. 2.6.1 Guru menerangkan fungsi kesatuan. 2.6.2 Guru menerangkan ciri-ciri kesatuan. NOTA GURU Kesatuan melibatkan prinsip dan unsur seni yang disatukan menjadi sebuah karya yang sempurna. Selain itu, kesatuan mempunyai tema dan idea yang sama. 2.6 KESATUAN Kesatuan berfungsi untuk menyempurnakan gubahan atau karya seni dan saling melengkapi. Fungsi Kesatuan Info Tema boleh ditentukan mengikut kreativiti seperti tema alam, tema angkasa, tema flora, dan sebagainya. 68
2.6.3 Guru membimbing murid menghasilkan cermin berhias yang mengaplikasi ciri-ciri kesatuan. UNIT 2 NOTA GURU Cermin Berhias 1. Cermin muka 2. Ranting kayu 3. Hot Glue Gun 4. Daun Alat dan Bahan 5. Tali 6. Batu 7. Barang hiasan Tampal dan hiaskan cermin muka anda menggunakan batu dan ranting kayu. Kemaskan. Aplikasi Seni 1 2 69
• Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut tema-tema tertentu seperti tema alam, tema galaksi dan tema sukan. NOTA GURU UNIT 2 Gunakan hot glue gun untuk menampal barang hiasan. 3 4 Hasil Cermin Hiasan KBAT Nyatakan dua ciri kesatuan. INGAT Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 70
NOTA GURU UNIT 2 Tandakan (✔) pada gambar yang mempunyai kesatuan yang betul. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas. LATIHAN 1 LATIHAN Kesatuan ialah prinsip seni yang menggabungkan unsur seni yang berlainan untuk mewujudkan kesan tampak yang lebih sempurna. Kesatuan memberi kesan visual yang teratur, lengkap serta kemas dan menimbulkan suasana dan perasaan yang tenang. RUMUSAN 71
Menggambarkan pergerakan air. 2.7.1 Guru menyatakan fungsi irama dan pergerakan. NOTA GURU Fungsi irama adalah untuk memberi kesan pergerakan yang lebih dramatik dan memberi kesan estetik pada karya seni. Memberikan kesan pergerakan atau pusaran. Menjadikan karya itu dinamik. Fungsi Irama dan Pergerakan Irama dan pergerakan menunjukkan sesuatu objek atau motif kelihatan bergerak, berayun, bergetar, bergegar dan bersinar. Pergerakan dalam sesebuah karya seni dapat diwujudkan dengan perulangan dalam sesebuah imej. 2.7 IRAMA DAN PERGERAKAN UNIT 2 72
Jenis-jenis Irama dan Pergerakan UNIT 2 Irama berselang-seli Kedudukan motif yang berselang-seli. Irama rawak Susunan ruang yang tidak sama. Irama Biasa Bentuk dan ruang yang sama. Irama Aliran Kesan garisan yang berulang. Irama Dinamik Perubahan saiz atau warna berlaku kepada objek. 73
Ciri-ciri Irama dan Pergerakan 2.7.2 Guru menerangkan ciri-ciri irama dan pergerakan. NOTA GURU UNIT 2 Alam semula jadi Buatan manusia Karya seni Kebiasaannya terdapat pada unsur alam seperti kilat yang memancar dan ombak yang bergulung. Irama dan pergerakan boleh dilihat apabila kipas mainan berpusing. Irama dan pergerakan boleh dilihat jelas seperti pada pergerakan air terjun. Info Irama dan pergerakan berfungsi untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik dalam sesuatu karya. 74
NOTA GURU UNIT 2 2.7.3 Guru membimbing murid menghasilkan origami bergantung dengan susunan bentuk tertentu untuk menghasilkan pergerakan. Origami Burung Merpati 1. Kertas warna 2. Ranting kayu 3. Benang Alat dan Bahan Aplikasi Seni 4. Cat sembur 5. Sarung tangan 6. Gunting 7. Gam 8. Pen penanda Warnakan ranting dengan cat sembur. (Pastikan anda memakai sarung tangan ketika proses menyembur). Lipat kertas warna dan gunting menjadi segi empat sama. 1 2 75
UNIT 2 3. Lipat kertas warna mengikut langkah-langkah origami burung merpati. 3 4. Lukiskan titik hitam untuk mata burung merpati, kemudian gamkan benang pada burung merpati. 4 Selain membuat origami burung dengan menggunakan kertas, anda juga boleh menghasilkan tanglung dalam bentuk tiga dimensi supaya dapat dijual. TIP KEUSAHAWANAN Hasil Origami KBAT Terangkan ciri-ciri irama dan pergerakan yang dihasilkan dalam karya anda. • Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti di atas. NOTA GURU INGAT Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Layari laman sesawang http://arasmega.com/ qr-link/pembuatan-origami-merpati/ untuk menonton video cara-cara membuat origami. (Dicapai pada 2 Ogos 2018) QR CODE SILA IMBAS 76
UNIT 2 Irama selang-seli Irama aliran Irama biasa Irama dinamik Namakan irama dan pergerakan berdasarkan gambar yang diberi. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas. NOTA GURU LATIHAN 1 LATIHAN Irama dan pergerakan ialah prinsip seni yang akan menimbulkan kesan yang lebih sempurna, menarik, tidak kaku, atau seolah-olah karya itu hidup. Malah, ia juga akan meningkatkan lagi nilai estetika sesuatu karya seni itu. RUMUSAN 77
STANDARD KANDUNGAN 3.1 Lukisan SENI HALUS 3 (LUKISAN) UNIT 78
STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 3.1.1 Menyatakan maksud lukisan. 3.1.2 Menyenaraikan alat dan bahan dalam aktiviti melukis. 3.1.3 Menghuraikan proses dan teknik dalam aktiviti melukis. 3.1.4 Melukis menggunakan: (i)Media kering - arang, pensel, pen, kapur, pensel warna, oil pastel, atau soft pastel. (ii) Teknik: (a) Silang (b) Gosokan 3.1.5 Mengaplikasikan bahasa seni visual dalam penghasilan lukisan. 3.1.6 Mempamerkan hasil karya. Murid boleh: 79
3.1.1 Guru menyatakan maksud lukisan. 3.1.2 Guru menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti melukis. Lukisan ialah proses dan teknik yang menggambarkan objek daripada garisan. Hasil karya seni yang dihasilkan berbentuk dua dimensi (2D) dengan menggunakan media kering seperti pensel, kapur, pen, krayon, pensel warna, arang dan sebagainya di atas sesuatu permukaan. 3.1 LUKISAN NOTA GURU Pensel Soft Pastel Arang Pen Krayon Pensel warna Media Lukisan Oil Pastel Peta i-Think: Peta buih 80 UNIT 3
Pilih objek yang sesuai untuk 1dilukis. 2 3 4 5 6 Lukis lakaran kasar pada garisan luar objek. Tentukan sudut pandangan, perspektif, bentuk, ton, ruang, dan bayangan. Guna teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk, ruang dan bayangan objek. Bahagikan ruang seperti ruang belakang, ruang tengah, dan ruang hadapan objek yang hendak dilukis. Perincikan garisan kepada bahagian yang hendak difokuskan supaya membentuk jalinan dan ton yang berkesan. Proses Melukis Info Lukisan ialah proses awal untuk menyampaikan idea, atau emosi, dari segi visual. 3.1.3 Guru menghuraikan proses dan teknik dalam aktiviti melukis. NOTA GURU 81 UNIT 3
Teknik Melukis Teknik Lukisan Garisan selari Garisan conteng Titik Campuran Lorekan Peta i-Think: Peta buih Gosokan Garisan silang Layari laman sesawang http://arasmega.com/ qr-link/lakaran-guna-pensel/ untuk menonton teknik-teknik lukisan. (Dicapai pada 11 Mei 2018) QR CODE SILA IMBAS 82 UNIT 3
3.1.4 Guru membimbing murid melukis menggunakan media kering menggunakan teknik silang dan gosokan. 3.1.5 Guru membimbing murid mengaplikasikan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. NOTA GURU 1. Contoh gambar 2. Kertas lukisan 3. Mounting board A3 4. Gam 5. Tuala kecil 6. Pensel 2B 7. Pensel arang 8. Pemadam Lukisan Bulu Pelepah Alat dan Bahan Lukis lakaran kasar bulu pelepah pada garisan luar. Gambar objek yang hendak dilukis. Guna teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk, ruang dan bayangan bulu pelepah. Aplikasi Seni 1 2 3 83 UNIT 3
1. Senaraikan alat dan media yang digunakan untuk aktiviti melukis. (a) ____________________________________________________________ (b) ____________________________________________________________ (c) ____________________________________________________________ 2. Senaraikan tiga teknik melukis. (a) ____________________________________________________________ (b) ____________________________________________________________ (c) ____________________________________________________________ LATIHAN 1 LATIHAN Hasil Lukisan 3.1.6 Guru mempamerkan hasil lukisan murid. • Guru perlu membuat salinan Latihan 1 ini sebelum menjalankan aktiviti. NOTA GURU 5 Lekatkan gam di atas mounting board dan pamerkan. Perincikan kepada bahagian yang hendak difokuskan supaya membentuk jalinan dan ton yang berkesan. 4 84 UNIT 3
Lengkapkan lukisan yang diberi dengan pelbagai teknik lukisan. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. NOTA GURU LATIHAN 2 LATIHAN Lukisan ialah proses peringkat awal untuk menghasilkan sesebuah karya seperti catan, cetakan, arca, seni grafik, dan hasil kraf. Kemahiran melukis memerlukan latihan yang berulang-ulang agar dapat memahirkan anggota tangan untuk melukis. Kemahiran individu menggunakan pelbagai media membantu menghasilkan karya seni yang lebih berkualiti. RUMUSAN KBAT Nyatakan teknik yang digunakan dalam lukisan dibawah. 85 UNIT 3
STANDARD KANDUNGAN 4.1 Catan SENI HALUS 4 (CATAN) UNIT 86
STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Murid boleh: 4.1.1 Menyatakan maksud catan. 4.1.2 Menyenaraikan alat dan bahan dalam aktiviti catan. 4.1.3 Menghuraikan proses dan teknik dalam aktiviti catan. 4.1.4 Menghasilkan catan bertemakan objek benda dengan menekankan kesan jalinan, ton pencahayaan, dan nilai warna. 4.1.5 Mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan catan. 4.1.6 Mempamerkan hasil karya. 87
Alatan Bahan Berus pelbagai jenis Palet Cat air Cat tempera Cat minyak Cat poster Cat akrilik Tuala Bekas air Kanvas 4.1.1 Guru menyatakan maksud catan. 4.1.2 Guru menyenaraikan alat dan bahan dalam aktiviti mencatan. NOTA GURU Catan ialah karya seni yang dihasilkan menggunakan media basah seperti cat air, cat akrilik, cat tempera dan cat minyak pada pelbagai permukaan. 4.1 CATAN Alatan dan Bahan Catan Kertas lukisan KBAT Apakah perbezaan antara lukisan dan catan? 88 UNIT 4
1. Lukiskan lakaran menggunakan pensel. 2. Warnakan lakaran dengan sapuan first layer (lapisan pertama) 3. Menyempurnakan karya dengan lapisan warna dan ton warna. 4.1.3 Guru menghuraikan proses dan teknik dalam aktiviti catan. NOTA GURU Proses Catan 89 UNIT 4
(a) Basah atas basah Sapuan warna cair di atas permukaan kertas yang basah. (b) Basah atas kering Sapuan warna basah di atas permukaan kertas kering untuk menghasilkan kesan separa legap. 1. Teknik cat air Teknik Catan Info Kelebihan teknik cat air lebih menjimatkan penggunaan warna. 90 UNIT 4
(c) Kering atas basah Sapuan warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas yang dibasahkan. (d) Kering atas kering Sapuan warna yang pekat ke atas lapisan permukaan yang kering untuk menimbulkan kesan jalinan. 91 UNIT 4
(a) Teknik titik Menggunakan berus untuk membentuk tindihan titik-titik warna. (b) Teknik glazing Sapuan warna lapisan demi lapisan untuk menimbulkan kesan lembut, licin, lutsinar, dan berkilau. 2. Teknik cat minyak 92 UNIT 4