5 T E M A Menulis pelbagai ayat yang gramatis. 91 3.3.2 5 T E M A Bermain gasing Hari 3 Mencanting batik Hari 4 91 Andaikan anda ialah James, tulis diari tentang pengalaman anda sebagai anak angkat Pak Selamat.
5 T E M A 92 Penilaian 14 Suaikan gambar dengan rangkai kata yang betul, kemudian bina ayat. 5 T E M A bertukar kebudayaan mengenali adat budaya berkenalan dengan komuniti
5 T E M A 93 Cikgu Halim telah membawa murid-murid Tingkatan Tiga Ceria mengadakan Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) di sawah padi. Program ini memberikan peluang kepada murid untuk merasai sendiri kehidupan sebagai seorang petani. Pengalaman dalam Kenangan UNIT 15 Pengalaman di Sawah Padi 1 2 3 4 5 5 T E M A LAWATAN SAMBIL BELAJAR Ceritakan pengalaman anda dalam program lain yang pernah anda terlibat. Mendengar dan menyatakan semula maklumat yang diterima dalam pelbagai ujaran harian. 1.1.2 93
5 T E M A 94 Program lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Harmoni. Banyak tempat telah mereka lawati. Mereka juga menimba pelbagai pengalaman menarik, seperti melawat ke Kuching, Sarawak. Kuching Waterfront, Sarawak Kuching Waterfront ialah kawasan rekreasi menarik yang terletak di tepi Sungai Sarawak. Mereka berasa seronok dapat menaiki bot menyusuri Sungai Sarawak sambil menikmati keindahan pemandangan di sepanjang sungai. Pada waktu malam, suasana di tempat ini cukup meriah dengan pelbagai aktiviti. Di sini, terdapat banyak gerai menjual cenderamata, pakaian dan makanan. Mereka singgah di sebuah gerai makanan untuk menikmati laksa Sarawak dan mi kolok. Mereka juga membeli cenderamata dan kek lapis Sarawak sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kampung Budaya Sarawak Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak membolehkan mereka melihat replika rumah dan bangunan pelbagai etnik di Sarawak. Antaranya termasuklah rumah panjang Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. Dalam setiap rumah yang dikunjungi, mereka dapat melihat aktiviti yang dijalankan seperti membuat kraf tangan daripada manik, demonstrasi masakan dan tarian tradisional. Selepas itu, mereka menonton persembahan kebudayaan di Panggung Budaya. 5 T E M A Luas Pemandangan Jauh Perjalanan, 94
5 T E M A 95 Jika anda seorang pemandu pelancong, perihalkan tempat-tempat menarik di Sarawak. Muzium Kucing Mereka berasa sangat teruja kerana dapat melawat satu-satunya Muzium Kucing di Malaysia yang terletak di Bandar Raya Kuching. Muzium ini mempamerkan berbagai-bagai aksesori berkaitan kucing seperti patung, lukisan, setem dan poskad. Selepas itu, mereka memasuki gua kucing yang menarik. Kemudian, mereka bergambar bersama-sama dengan beraneka patung kucing. Sebelum pulang, mereka membeli cenderamata patung kucing sebagai kenang-kenangan. Taman Buaya Jong Mereka melawat Taman Buaya Jong, iaitu tempat pembiakan buaya yang terbesar di Malaysia. Pelbagai maklumat tentang buaya dipamerkan di sini. Kepala Bujang Senang, iaitu buaya terbesar yang ditangkap di Sarawak turut dipamerkan. Selain buaya, terdapat juga haiwan lain seperti burung merak, monyet dan rusa. Mereka terpegun melihat ikan arapaima bersaiz 10 kaki dengan berat melebihi 180 kilogram. Medan Niaga Satok Sebelum pulang, mereka singgah di Medan Niaga Satok. Mereka membeli ikan terubuk masin. Selain ikan terubuk masin, pelbagai produk industri desa, seperti buah-buahan serta sayur-sayuran hasil tanaman penduduk kampung terdapat di sini. Mereka juga membeli lada hitam dan pes laksa Sarawak sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang. Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama. 2.2.2 5 T E M A 95
5 T E M A 96 Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa telah mengadakan lawatan ke Pulau Pangkor pada 16 Mac 20 . Santhi selaku setiausaha persatuan telah diminta untuk menyediakan laporan lawatan tersebut. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dilakukan. 1 2 3 4 5 6 5 T E M A Pengalaman Manis 96
5 T E M A 97 1. Tarikh lawatan: ___________________ 2. Hari: ___________________ 3. Tempoh lawatan: ___________________ 4. Atur cara lawatan: ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ 5. Pengetahuan yang diperoleh: ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ 6. Refleksi: ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ Disediakan oleh, …………………………..... …………………………..... ( ) Tarikh Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu. Laporan Lawatan ke Pulau Pangkor 5 T E M A Lengkapkan maklumat dengan menggunakan ayat yang betul. Menulis dengan melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam pelbagai bahan 3.1.3 dengan betul dan tepat. 97
5 T E M A 98 Penilaian 15 Lengkapkan perkataan. Soalan: 1. Muzium Kucing terletak di ___________________, Sarawak. 2. Pelancong berpeluang menyusuri ___________________ dengan menaiki bot. 3. Makanan laut yang popular di Medan Niaga Satok. 4. Ikan besar yang terdapat di Taman Buaya Jong. 5. Aktiviti menyelam dan berenang menggunakan alat pernafasan dinamakan ___________________. 6. Perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan untuk ke Pulau Pangkor. 7. Sawah padi juga dikenali dengan nama ___________________. Petak jawapan: P R 5 T E M A Roda Fantasi Permainan 6 1 2 3 4 5 8 7 1. Guru menyediakan roda putar, set soalan dan kad petak jawapan. 2. Guru meminta murid memutar roda fantasi. 3. Setelah roda berhenti berputar, guru akan memberikan sampul surat berisi kad soalan dan kad petak jawapan kepada murid. 4. Guru membaca soalan yang terdapat di dalam sampul surat. Contoh: Pulau Pangkor terletak di negeri ____________. Peraturan permainan 98
5 T E M A 99 A. Berikan pendapat anda tentang lawatan sambil belajar berpandukan bahan grafik di bawah. 5 T E M A Lawatan Sambil Belajar Jauh perjalanan, luas pemandangan Pengalaman manis Tempat menarik Program Anak Angkat Aktiviti kemasyarakatan Aktiviti kebudayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Produk makanan Produk kraf tangan 3 4 99
5 T E M A 100 B. Lakukan aktiviti seperti yang berikut. 1. Murid dibahagikan secara berpasangan. 2. Sediakan empat stesen di sepanjang trek perlumbaan. 3. Setiap stesen menyediakan tugasan yang berlainan: Stesen A – meneka nama tempat menarik Stesen B – menamakan produk PKS Stesen C – menghasilkan kraf tangan Stesen D – demonstrasi permainan/ tarian tradisional 4. Kumpulan yang berjaya menjalankan setiap tugasan, akan diberikan kad berwarna. 5. Markah akan diberikan berdasarkan warna kad yang dikumpulkan. • Kad warna merah: 10 markah • Kad warna biru: lima markah • Kad warna hijau: tiga markah Peraturan Permainan Jejak Warisan 5 T E M A Stesen B Stesen D Stesen A Stesen C
101 TEMA 6 BARANGAN BUATAN MALAYSIA “Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu.” Tan Sri Shahrir Abdul Samad Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 6 Januari 2009 101
102 Mendengar, membina dan menyebut ujaran mengikut konteks. 1.1.3 Produk Tempatan BARANGAN UNIT 16 BUATAN MALAYSIA Ujarkan ayat mudah dengan berpandukan gambar. 6 T E M A Barangan Buatan Malaysia IMBAS SAYA 102
Membaca dengan lancar untuk meluaskan perbendaharaan kata. 103 2.2.1 Barangan tempatan ialah hasil produk rakyat negara kita sendiri. Antara barangan tersebut termasuklah makanan, pakaian, kenderaan dan hasil kraf tangan. Harga produk tempatan juga berpatutan. Produk tempatan tidak dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya, harga beg tangan buatan Malaysia lebih murah daripada beg tangan import. Produk tempatan juga berkualiti tinggi. Pengguna tidak perlu ragu-ragu apabila membeli barangan buatan Malaysia. Produk makanan keluaran negara kita dijamin bersih, suci dan halal. Produk tersebut menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Produk tempatan dihasilkan mengikut ciri-ciri tempatan yang bersesuaian dengan cita rasa pengguna. Misalnya, produk kraf tangan seperti batik, tembikar dan hasil tenunan mempunyai nilai seni yang sangat tinggi berbanding dengan barangan import. Rakyat Malaysia sewajarnya menyokong hasil keluaran tempatan dengan membeli barangan buatan Malaysia. 6 T E M A Sokonglah Barangan Buatan Malaysia Mengapakah kita digalakkan membeli barangan buatan Malaysia?
104 Menulis menggunakan golongan kata bagi membina ayat. 3.2.2 Rozel atau Hibiscus sabdariffa, merupakan tumbuhan herba semula jadi yang kaya dengan Vitamin C, serat dan mineral. Produk berasaskan buah rozel seperti jus, jem dan halwa kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 6 T E M A 1 3 2 Jus Rozel Asingkan buah daripada tangkainya. Potong kelopak dan buang bijinya. Masukkan kelopak yang sudah dibersihkan ke dalam periuk. 104
105 6 T E M A 4 6 5 Rebus sehingga air rebusan bertukar warna merah. Masukkan gula. Tapis air rebusan. 105 Tulis cara-cara membuat jus rozel.
106 Tulis ayat dengan menggunakan kata nama. Produk Kesihatan dan Kosmetik Jeli gamat Bedak sejuk Teh misai kucing Losen halia Syampu rambut 6 T E M A Kenal pasti dan nyatakan produk kesihatan dan kosmetik mengikut kegunaannya. 106 Penilaian 16
6 T E M A 107 Barangan Berkualiti UNIT 17 Pengguna bijak akan memilih barangan yang berkualiti. Pelbagai promosi dijalankan sehingga pengguna tidak dapat membuat pilihan barangan yang hendak dibeli. Barangan di bawah berkualiti tetapi mempunyai harga yang berbeza. BARANGAN BUATAN MALAYSIA Produk tempatan Produk import 6 T E M A Antara barangan tempatan dan import, yang mana satu menjadi pilihan anda? Bincangkan. Memberi maklum balas terhadap maklumat yang diterima mengikut konteks. 1.1.4 107
108 Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama. 2.2.2 6 T E M A Produk Tempatan Indah Buatan ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ Malaysia bumi bertuah negara tercinta sungguh bermaruah pelbagai produk jenama Malaysia sudah terkenal seantero dunia. Makanan, pakaian dan kenderaan tidak ketinggalan hasil kraf tangan barangan elektrik kegunaan harian jenama Malaysia tiada tandingan. Produk tempatan mudah didapati harganya berpatutan setanding kualiti tahan lama sudahlah pasti untung berganda, tidak akan rugi. Gunalah produk jenama Malaysia identiti bangsa kebanggaan semua sumber rezeki rakyat jelata meningkatkan ekonomi negara kita. Marilah bersama kita menyokong produk tempatan wajar disanjung faedahnya banyak tidak terhitung jimat wang kita yang untung. Nukilan, Asmah Abdul Hamid 108
109 6 T E M A Berdasarkan puisi, senaraikan isi penting dalam bentuk peta pemikiran. 109 Produk Tempatan Indah Buatan
110 Pada pendapat anda, apakah persepsi Encik Zakaria sekeluarga terhadap produk tempatan? Menulis pelbagai ayat yang gramatis. 3.3.2 6 T E M A Bijak Membeli Bersempena dengan sambutan hari raya yang akan tiba, Encik Zakaria membawa keluarganya membeli-belah di sebuah pasar raya yang menjual pelbagai produk tempatan. Puan Zarina, isteri Encik Zakaria membantu memilih pakaian yang sesuai untuk mereka seisi keluarga. Mereka mempunyai cita rasa yang berbeza. Walau bagaimanapun, untuk hari raya pertama, mereka akan memakai pakaian sedondon. Encik Zakaria dan anak lelakinya membeli songkok dan baju Melayu yang berwarna hijau. Puan Zarina dan anak perempuannya, Zaida pula memilih baju kurung dan tudung berwarna hijau. Selain pakaian tradisional, Encik Zakaria juga membeli beberapa helai kemeja dan seluar. Dia bijak memilih warna baju yang sepadan dengan warna seluar. Mereka juga membeli kasut buatan tempatan. Encik Zakaria berasa sangat gembira kerana dapat membeli produk tempatan dengan harga berpatutan dan berkualiti. Beliau telah mendidik keluarganya agar menghargai bekas tangan rakyat Malaysia. bekas tangan hasil kerja tangan seseorang.
111 6 T E M A Penilaian 17 A. Padankan dan bincangkan produk keluaran Malaysia. Kelapa sawit Perabot Buah koko Tayar Kayu balak Coklat Susu getah Minyak masak 1. 2. 3. 4. 111
6 T E M A 112 B. Jawab soalan di bawah. Banyak faedah yang diperoleh apabila kita membeli produk tempatan. Harga produk tempatan seperti pakaian, makanan dan kenderaan lebih berpatutan berbanding dengan jenama luar negara. Kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Pembelian produk tempatan dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Kempen Sokonglah Jenama Malaysia, dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia. Seterusnya, kempen ini dapat memupuk perasaan cinta akan negara. Selain itu, kita dapat memajukan industri tempatan. Terdapat pelbagai produk industri desa yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Industri ini membantu rakyat menambah pendapatan. Pembelian produk tempatan juga dapat meningkatkan imej negara. Pelancong yang datang ke negara kita akan membeli produk tempatan yang berkualiti tinggi sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke negara mereka. Sokonglah Barangan Malaysia 1. Nyatakan empat faedah membeli barangan tempatan. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 2. Berikan maksud peribahasa seperti cendawan tumbuh selepas hujan. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 6 T E M A 112
6 T E M A 113 Pilihan Bijak BARANGAN UNIT 18 BUATAN MALAYSIA Jadilah Pengguna Bijak Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjadi seorang pengguna yang bijak. Sebagai pengguna, kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baiknya. Pengguna yang bijak perlu mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan atau teraniaya. Antara hak-hak pengguna termasuklah hak untuk memulangkan barang yang dibeli jika rosak dan mendapatkan ganti rugi. Amalan menabung sejak kecil lagi dapat mendidik kita menjadi pengguna yang bijak. Dengan adanya sikap sedemikian, pengguna lebih berjimat-cermat ketika berbelanja. Lebihan wang yang dibelanjakan boleh disimpan untuk kegunaan pada waktu kecemasan. Pengguna yang bijak akan membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang. Kita perlu tahu anggaran harga barang yang hendak dibeli. Sebelum membeli barang tersebut, buatlah perbandingan harga di beberapa buah kedai. Belilah barang di kedai yang menawarkan harga yang berpatutan. Pengguna yang bijak juga perlu menyediakan senarai barang yang hendak dibeli. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran. Kita juga dapat mendisiplinkan diri daripada membeli barang yang tidak sepatutnya dibeli. Setiap pengguna juga perlu berfikir dahulu sebelum membeli sesuatu barang. Pepatah mengukur baju di badan sendiri eloklah dijadikan pegangan untuk memastikan kita tidak mengalami kesempitan kewangan akibat tidak merancang perbelanjaan. 6 T E M A mengukur baju di badan sendiri bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri. Dengar penyampaian guru tentang ciri-ciri pengguna bijak, kemudian bincangkan. 113
114 Bina peta pemikiran tentang ciri-ciri pengguna bijak. Kemudian, bincangkan bersama-sama dengan rakan anda. Ciri-ciri Pengguna Bijak 6 T E M A 114
115 Jadilah pengguna bijak dengan memilih produk tempatan. Belilah barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Bak kata pepatah Melayu, alah membeli, menang memakai. Sebagai pengguna, kita hendaklah berjimat-cermat dalam berbelanja. Ungkapan biar papa asal bergaya tidak harus diamalkan. Sebelum mengakhiri forum kita pada hari ini, apakah nasihat panel kepada para pengguna? Daniel dan keluarganya menonton rancangan forum bertajuk “Bijak Berbelanja” di televisyen. Dia telah berkongsi beberapa maklumat tentang ciri-ciri pengguna bijak dengan rakan-rakannya. 6 T E M A alah membeli, menang memakai barang yang baik ataupun berkualiti memang mahal, tetapi dapat bertahan lama. biar papa asal bergaya sanggup berhabis wang untuk berlagak. Anda ialah pengerusi forum, manakala tiga rakan anda sebagai panel. Bincangkan ciri-ciri pengguna bijak dalam kumpulan. Berbincang dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai. 1.3.1 115
116 Arahan Penyimpanan Ikut arahan penyimpanan yang disarankan. Maklumat Pengeluaran Nama dan alamat pengilang/ejen (termasuk produk import). Logo Buatan Malaysia Dibuat di Malaysia dengan menggunakan bahan mentah tempatan. Maklumat pelabelan makanan sangat penting kepada pengguna. Berdasarkan Peruntukan Pelabelan Makanan di bawah Peraturan Makanan 1985, peniaga perlu memberikan maklumat tepat kepada pengguna tentang produk keluaran mereka. Oleh itu, sebagai pengguna bijak, perhatikan dan baca maklumat yang terdapat pada bungkusan makanan, sebelum membeli. Senarai Ramuan Ramuan yang digunakan dalam produk yang disusun mengikut berat dalam susunan menurun. Nama Sebutan Sebenar Makanan Nama yang jelas, tepat dan tidak mengelirukan. 6 T E M A Panduan Memilih Produk Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bacaan. 2.2.3 Apakah kepentingan penandaan tarikh luput pada produk makanan, kosmetik, ubat-ubatan dan minuman? 116
6 T E M A 117 Roti Ramuan: tepung gandum, susu tepung tanpa lemak, lemak sayur, mentega, gula pasir, garam, ragi Mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan. Berat bersih: 450 g Arahan penyimpanan: Simpan di tempat sejuk dan kering. GUNA SEBELUM: 09/12/20 Dikilangkan oleh: ABC Sdn. Bhd., No.1, Jalan 123, Taman Perindustrian EFG, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia. Maklumat Pemakanan Saiz Hidangan: 60 g Hidangan bagi setiap bungkusan: 7 Tenaga Karbohidrat Protein Lemak Kalsium 252 kcal 48.5 g 8.3 g 2.4 g 250 mg 151 kcal 29.1 g 5.0 g 1.4 g 150 mg TINGGI KALSIUM Penyataan Aditif Makanan Perlu nyatakan semua aditif makanan yang dibenarkan. Contohnya, bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambahan perisa, antioksidan atau kondisioner makanan. Logo Halal Pastikan produk mendapat logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Penandaan Tarikh Pastikan makanan yang dipilih tidak melepasi tarikh luput. Penyataan Mengenai Kuantiti/Berat/ Isi Padu Penyataan mengenai berat bersih atau isi padu atau bilangan minimum isi bungkusan makanan tersebut. Pelabelan Makanan Maklumat mengenai kandungan pemakanan sesuatu produk. Akuan Pemakanan Menunjukkan kualiti pemakanan produk tersebut. 6 T E M A 117 (Sumber: www.myhealth.gov.my)
118 Peserta hendaklah membentangkan hasil rekaan masing-masing kepada panel penilai. Pemenang yang berjaya dipilih berdasarkan ketepatan maklumat pada pembungkus serta reka bentuk yang menarik dan kreatif. Peserta perlu memasukkan maklumat berikut pada pembungkus piza mini: 1. Nama produk. 2. Ramuan produk. 3. Tarikh luput. 4. Pengeluar. Penyertaan terbuka kepada: • Warganegara Malaysia • Berumur 12 – 25 tahun 6 T E M A Puan Wahidah seorang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berjaya. Beliau telah melancarkan produk baharu, iaitu piza mini. Oleh itu, Puan Wahidah bercadang untuk mempromosikan produk tersebut melalui pembungkusan produk yang menarik dan kreatif. Puan Wahidah telah mengadakan pertandingan mereka bentuk pembungkus piza mini. Hasilkan pembungkus piza mini, kemudian bentangkan hasil rekaan anda. Menulis perkataan yang terdiri daripada golongan kata. 3.2.1 118
119 6 T E M A 119 • Diperbuat daripada material yang fleksibel pada bahagian hadapan dan belakang. • Dilengkapi teknologi yang mampu menyerap impak dan hentakan. • Menampilkan gaya yang menarik. • Mempunyai ciri pengudaraan yang direka untuk mengurangkan kaki berbau. • Mudah dipakai dan mengikut bentuk kaki. • Bahagian tapak luar menggunakan tapak getah untuk mengurangkan risiko tergelincir. • Tekstur luaran yang menyokong saiz kaki. • Tapak getah karbon berprofil rendah yang ringan. • Fabrik antipeluh yang membuatkan kaki pemakai sentiasa kering. A. Anda ingin membeli sepasang kasut untuk bersukan. Terdapat tiga pasang kasut yang menarik perhatian anda. Sebagai pengguna yang bijak, nyatakan pilihan anda dan sebab anda memilih kasut tersebut. RM119 RM129 RM109
6 T E M A 120 B. Ganesh dan ibunya ingin membeli barang keperluan sekolah. Bapanya, Encik Raja telah memberikan wang sebanyak RM200.00. Berdasarkan senarai barang yang berikut, tandakan ( ) pada barang keperluan yang anda fikir akan dibeli oleh Ganesh dan ibunya. 6 T E M A Bil. Nama Barang Tandakan ( ) Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Baju kemeja putih lengan pendek 2 helai RM22.90 2. Baju kemeja putih lengan panjang 2 helai RM29.90 3. Seluar panjang warna hijau 2 helai RM32.00 4. Kasut kanvas warna putih 1 pasang RM39.90 5. Kapur kasut 2 botol RM3.50 6. Singlet 1 helai RM4.90 7. Beg sekolah 1 buah RM39.90 8. Tali pinggang 1 helai RM8.90 9. Stoking 2 pasang RM4.50 10. Bekas minuman 1 buah RM9.90 11. Alat tulis: 1 keping 2 batang 1 kotak 2 biji 1 buah 1 kotak 1 paket 1 buah 1 batang RM7.20 RM1.30 RM4.50 RM1.80 RM12.00 RM8.90 RM12.50 RM12.00 RM2.50 Jumlah keseluruhan Senarai Barang Keperluan i. Fail ii. Pen iii. Pensel iv. Pemadam v. Kotak pensel vi. Pensel warna vii. Pembalut buku viii. Pengasah pensel ix. Pembaris panjang Nyatakan: 1. Sebab-sebab Ganesh memilih barangan tersebut. 2. Jumlah harga barang yang telah dibeli oleh Ganesh dan ibunya. 120
121 TEMA 7 WARISAN BANGSA Sirih junjung buat pinangan, Dihiasi pinang cantik dipandang; Tradisinya disanjung dilupa jangan, Adat dikenang budaya dijulang. 121
7 T E M A 122 Permainan Tradisional WARISAN UNIT 19 BANGSA 1. Halus tenunan kain tanjak, Diikat erat orang lelaki; Tekalah permainan dengan bijak, Melompat mendarat sebelah kaki. 2. Cincin pusaka cantik berseni, Batu kecubung pilihan dara; Mari meneka permainan ini, Batu dilambung lima saudara. 3. Terbang rerama sangatlah rendah, Hinggap di kudup bunga melati; Permainan ternama sungguh mudah, Dilepaskan hidup dipegang mati. 4. Pohon nangka pohon kelapa, Ditanam abang di tepi kali; Cubalah teka permainan apa, Badan berlubang diisi guli. 7 T E M A Dengar pantun yang disampaikan, kemudian berikan jawapan yang betul. 122
Mendengar dan menyatakan semula maklumat yang diterima dalam pelbagai 123 ujaran harian. 1.1.2 Sepak bulu ayam dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki di luar rumah. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan daripada bulu ayam yang dibentuk seperti sejambak bunga. Pemain perlu menimbang bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah. Permainan Tradisional Malaysia Congkak ialah permainan yang memerlukan pemain mengisi buah ke dalam deretan lubang pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah daripada pihak lawan. Congkak Permainan batu seremban ini melibatkan sekurang-kurangnya dua orang pemain. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah lima biji batu dan biasanya dimainkan di dalam rumah. Batu-batu kecil ini akan dilambung dan disambut kembali. Batu Seremban Sepak Bulu Ayam 7 T E M A
124 Pertandingan Permainan Tradisional Persatuan Permainan Dalaman Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sejuta akan mengadakan pertandingan permainan tradisional. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini, sila hubungi Puan Farah binti Farid di talian 06-870622877 Pertandingan Permainan Tradisional Syarat pertandingan: Satu penyertaan untuk satu permainan. Tarikh: 12 Jun 20 Masa: 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari Tempat: Dewan Sanggar Anjuran: Persatuan Permainan Dalaman, Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sejuta. Dam • Batu Seremban • Congkak Dam • Batu Seremban • Congkak IMBAS SAYA Membaca secara mekanis/berisyarat dengan betul. 2.1.1 1. Dengar dan nyatakan semula maklumat yang diberikan. 2. Pilih satu permainan, kemudian bincangkan. 124 7 T E M A
7 T E M A 125 Farah dan Adam mengambil borang penyertaan pertandingan permainan tradisional daripada Cikgu Razif. Bil. Nama peserta (individu atau kumpulan) Tingkatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini, sila berhubung dengan guru kelas masing-masing. Borang Penyertaan Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Sekolah Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan. ( ) galah panjang - lima orang (kumpulan) ( ) tuju selipar - lima orang (kumpulan) ( ) congkak - (individu) ( ) batu seremban - (individu) Menyalin semula maklumat diri ke dalam pelbagai bahan. 3.1.1 7 T E M A 125
7 T E M A 126 KOD RAHSIA 1 a 2 d 3 c 4 y 5 j 6 b 7 e 8 g 9 m 10 n 11 w 12 l 13 i 14 o 15 t 16 k 17 p 18 r 19 s 20 u 7 T E M A Penilaian 19 Susun huruf menjadi perkataan yang betul berdasarkan kod rahsia di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11 1 20 4 14 4 14 8 20 12 13 2 1 9 3 14 10 8 16 1 16 8 1 19 13 10 8 15 13 10 8 15 13 10 8 3 1 15 20 18 16 14 10 2 1 16 14 10 2 13 6 1 15 20 19 7 18 7 9 6 1 10
7 T E M A 127 Makanan Warisan Swee Ling dan rakan-rakannya hendak menyiapkan buku skrap. Mereka berbincang untuk mendapatkan maklumat tentang makanan warisan. Berikan pandangan anda tentang makanan kegemaran masyarakat berbilang bangsa di Malaysia dengan mengimbas QR Code yang disediakan. Apakah yang awak tahu tentang makanan warisan? Pada pandangan saya, makanan warisan ialah rendang, dodol, cucur udang, kuih bulan, dim sum, roti canai, dan tose. Pada pandangan saya, makanan warisan melambangkan identiti masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara kita. Mengemukakan maklumat dengan betul dan jelas. 1.4.1 Makanan dan Pakaian WARISAN UNIT 20 BANGSA IMBAS SAYA
7 T E M A 128 1. Apakah jenis kuih tradisional yang dijual oleh Puan Hafizah? 2. Berapakah jumlah kuih yang dibuat oleh Puan Hafizah dalam masa sehari? 3. Bagaimanakah Puan Hafizah mempromosikan jualannya? Puan Hafizah pandai membuat kuih-muih tradisional Sabah. Beliau memiliki kedai yang menjual kuih-muih tradisional. Pelanggan Puan Hafizah terdiri daripada pelbagai kaum. Puan Hafizah membuat kuih sebanyak 2000 biji sehari. Kuih-muihnya sedap. Hasil jualannya sangat laris. Selain berniaga di kedai, Puan Hafizah juga berniaga di karnival hari keusahawanan. Beliau menerima tempahan untuk majlis rasmi dan perkahwinan. Kini, Puan Hafizah telah mempelbagaikan kaedah jualan kuihnya. Oleh itu, beliau telah membina laman web untuk mempromosikan jualan kuih secara dalam talian. Kelupis Buras Bintanok Dalai Kuih Lenggang Kuih-muih Tradisional Sabah Tradisional Sabah 7 T E M A
7 T E M A Membaca secara mekanis/berisyarat dengan betul. 129 2.1.1 Puan Hafizah menyediakan borang tempahan dalam laman sesawang untuk pelanggan yang mahu membeli kuih secara dalam talian. Borang Tempahan Kuih www.kuihtradisionalhafizah.com Kuih Tradisional Hafizah Nama: No. telefon: Tempahan melalui: Tarikh ambil: / / Bil. Kuih Jumlah 1. Kuih Lenggang 2. Bintanok Dalai 3. Kelupis 4. Buras 7 T E M A 129
7 T E M A 130 7 T E M A Pakaian Tradisional Wanita Iban Wanita Iban Sugu tinggi Tali mulung Rawai Buah pauh Sementing buchai Sementing ringgit Selampai Tangu Gelang kaki atau gerunchung Tumpa bentuk
7 T E M A 131 Tulis ayat berkaitan dengan pakaian di atas dalam bentuk perenggan. Menulis ayat dalam bentuk perenggan. 3.4.3 (Sumber foto: http://imagegallery.tourism.gov.my) Pakaian Tradisional Lelaki Iban Lelaki Iban Bulu burung ruai Tumpa jari Sirat Baju burung Ketapu Lampit IMBAS SAYA 7 T E M A
7 T E M A 132 Penilaian 20 Lengkapkan carta di bawah. Makanan Tradisional Makanan tradisional kaum Melayu _______________ _______________ _______________ _______________ Makanan tradisional kaum Cina _______________ _______________ _______________ _______________ Makanan tradisional kaum India _______________ _______________ _______________ _______________ 7 T E M A 2 4 6 7 9 12 3 11 132 5 1 8 10
7 T E M A 133 Galeri Hani Jualan kraf tangan Malaysia akan diadakan di Galeri Hani. Pelbagai produk kraf tangan akan dijual dengan harga yang berpatutan. 1. Sampaikan pengumuman di atas dengan intonasi yang sesuai. 2. Bincangkan cara lain untuk mempromosikan produk di Galeri Hani. Salam sejahtera, tuan-tuan dan puan-puan, Selamat datang ke Galeri Hani. Galeri Hani mempamerkan dan menjual pelbagai jenis kraf tangan warisan Malaysia. Bersempena dengan pembukaan Galeri Hani ini, kami akan memberikan potongan harga untuk semua barang di premis kami. Datanglah beramai-ramai. Sekian, terima kasih. Pengumuman Menyampaikan maklumat dalam bentuk ucapan dan pengumuman dengan betul, jelas dan intonasi yang sesuai. 1.4.3 Tekat Kain pua Manik Batik Labu sayong Tepak sirih Ukiran kayu Songket Kraf Tangan Warisan WARISAN UNIT 21 BANGSA
7 T E M A 134 Motif hiasan Badan Tapak/Kaki Leher Kepala Motif hiasan Muncung Labu sayong ialah bekas tembikar hasil kraf tangan dari Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Di sinilah tanah liat khas diperoleh. Perusahaan membuat labu sayong telah dijalankan sejak turun-temurun. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan begitu teliti. Motif ukirannya banyak berunsurkan seni tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Labu sayong kini mengalami transformasi dengan diberikan sentuhan moden pada bentuk dan warnanya. 7 T E M A Keistimewaan Labu Sayong 1. Apakah motif seni labu sayong? 2. Jelaskan inovasi dalam penghasilan labu sayong. Membaca dengan lancar untuk meluaskan perbendaharaan kata. 2.2.1 134
7 T E M A 135 Labu Belalai Gajah Labu Gelugor Labu Gombol/Air Labu Lepap Labu Panai Labu Bocong/ Leper Kini, hasil tanah liat ini mula meneroka segmen baharu, iaitu dalam bidang seni hiasan. Permintaan produk kraf seramik makin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. Banyak rekaan baharu dihasilkan sesuai dengan gaya hidup masa kini. Dalam kerancakan permintaan produk hiasan lain, kraf seramik tidak ketinggalan turut bersaing sebagai pelengkap untuk kegunaan harian dan perhiasan. Jenis-jenis Labu Jenis-jenis Labu 7 T E M A 135
7 T E M A 136 Menulis perkataan yang terdiri daripada golongan kata. 3.2.1 7 T E M A membakar menjemur menghitamkan menghias melicin labu sayong menapis mengisar tanah liat Pembuatan Labu Sayong Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan. 136 acuan 3 4 1 2
7 T E M A 137 9 10 7 T E M A 137 (Sumber: Encik Ridzuan bin Hamli – pengusaha labu sayong di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak.) 7 6 8 5
7 T E M A 138 Penilaian 21 Hasilkan satu anyaman kelarai. Ceritakan langkah-langkah untuk menghasilkan anyaman tersebut. 7 T E M A
7 T E M A 139 Bahan-bahan yang diperlukan ialah: • perca kain • benang • gunting • jarum • butang 7 T E M A Lipat perca di bahagian kiri dan kanan ke tengah. 1 Kemaskan lipatan. 2 Lipat ke dalam. 3 Masukkan jarum di bahagian hujung perca. 4 Jahit dan tarik benang. 5 Cantumkan semua agar menjadi bentuk bunga. 6 Akhir sekali, jahit butang di tengah-tengah supaya cantuman perca kain yang dijahit berbentuk bunga. 7 A. Mari hasilkan bunga perca kain. Berdasarkan gambar, beritahu rakan anda, cara-cara menghasilkan bunga perca kain. Bunga Perca Kain 139
7 T E M A 140 B. Lakukan simulasi dan ceritakan. 1/4 cawan garam 1 cawan tepung gandum 1 cawan air suam 2 sudu minyak masak 2 sudu krim tartar sedikit pewarna Bahan yang digunakan: doh. Cara membuatnya: teknik lingkaran. 1 2 3 4 7 T E M A Labu Mini 140