The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Islam Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasuriyana Daud, 2023-02-11 03:03:47

Pendidikan Islam Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

Pendidikan Islam Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

Keywords: BUKU TEKS TINGKATAN 3

Baca dan hayati. Kepentingan Beriman kepada Rasul Mengukuhkan keimanan kepada Allah SWT. Mengamalkan segala yang disampaikan oleh para rasul. Mentaati semua perintah rasul dan meninggalkan segala larangannya. Mencontohi teladan dan akhlak para rasul dalam kehidupan manusia. Mendapat rahmat Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW. 1 2 3 4 5 5.2.3 • Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan beriman kepada rasul. AKIDAH 45


AKIDAH AKIDAH Baca dan hayati. 1. Terbatal akidah kerana beriman kepada rasul ialah rukun iman yang keempat. 2. Syariat Islam tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 3. Seseorang itu tidak mendapat syafaat Rasulullah SAW pada hari akhirat. 4. Kehidupan menjadi kucar-kacir kerana hilang panduan daripada ajaran rasul. Apakah akibat tidak beriman kepada rasul? Akibat Tidak Beriman kepada Rasul • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. 5.2.3 • Lakukan sumbang saran dengan murid akibat lain tidak beriman kepada rasul. 46


AKIDAH AKIDAH Minda Aktif 1. Senaraikan persamaan antara nabi dengan rasul. 2. Senaraikan perbezaan antara nabi dengan rasul. • Perbanyak helaian ini untuk diberikan kepada murid. • Minta murid mengisi tempat kosong dan bincangkannya. Nabi Nabi Rasul Rasul Persamaan Perbezaan Pengertian Tugas Bilangan i ii 47


AKIDAH AKIDAH PETA POHON Cara Bermain 1. Guru menyediakan kad warna yang mengandungi nama rasul dan nama-nama selain rasul. 2. Guru meminta murid untuk memilih nama rasul dan melekatkannya pada peta pohon. 3. Guru memeriksa susunan yang dibuat oleh murid. 4. Murid membaca nama rasul sambil bernasyid. Bahan 1. Kad keras saiz A5. 2. Pena penanda. 3. Ranting pokok. 4. Pasu dan pasir. 5. Tali. 6. Penebuk lubang. • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Bimbing murid melakukan aktiviti di atas. Laman Kreatif 48


IBADAH Perhatikan dan fikirkan. • Lakukan sumbang saran dengan murid tentang gambar di atas. 49


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. Pengertian Puasa 6.1.1 Baca dan fahami. Rukun puasa: 1) Niat puasa. 2) Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. MEI 2019 05 AHAD 30 SYAABAN 1440H MEI 2019 06 ISNIN 1 RAMADAN 1440H Bahasa Istilah Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, disertai dengan niat. Menahan diri daripada melakukan sesuatu. IBADAH • Lakukan sumbang saran dengan murid tentang suasana berpuasa pada bulan Ramadan. 50


6.1.1 6.1.2 Baca dan hayati. Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi hidayah bagi seluruh manusia dan menjadi bukti-bukti yang nyata menjelaskan hidayah dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Maka sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... (Surah al-Baqarah 2:185) Dalil Hadis Dalil Al-Quran Daripada Talhah bin Ubaidillah r.a., telah mengisahkan seorang Badwi yang bertanya kepada Rasulullah SAW: Maksudnya: “...Beritahulah aku, apakah puasa yang Allah wajibkan ke atasku? Baginda menjawab, puasa Ramadan...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Dalil Puasa • Bincang dengan murid tentang kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan. Hukum Puasa Ramadan Berdasarkan dalil di atas, hukum berpuasa pada bulan Ramadan adalah wajib. IBADAH 51


Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Baca dan fahami. • Berikan penerangan tambahan tentang mumaiyiz, haid dan nifas. • Rujuk glosari untuk mendapatkanmaklumat. • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Berikan penerangan tambahan tentang mumaiyiz, haid 6.1.2 dan nifas. • Rujuk glosari untuk mendapatkan maklumat. Islam. Berakal dan mumaiyiz. Suci daripada hadas besar. Niat pada waktu malam bagi puasa fardu. Islam Mampu untuk berpuasa Mukalaf Bermukim IBADAH Tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh. Tidak wajib terhadap orang kafir. Seseorang yang menetap di sesuatu tempat melebihi tiga hari. Muslim yang baligh dan berakal. Syarat Wajib Puasa Baligh Seseorang yang sudah cukup umur atau dewasa. Syarat Sah Puasa 52


Baca dan fahami. IBADAH Perkara yang Membatalkan Puasa 6.1.3 • Bincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perkara yang membatalkan puasa. 1 5 3 7 2 6 4 8 9 Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit. Muntah dengan sengaja. Pengsan sepanjang hari. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Haid, wiladah atau nifas. Bersetubuh. Mengeluarkan air mani dengan sengaja. Gila. Murtad. 53


Baca dan hayati. Hikmah Berpuasa Melatih diri dengan sifat sabar dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Mewujudkan sifat kasih sayang antara orang kaya dengan orang miskin. Menyihatkan tubuh badan. Melatih diri untuk mendidik jiwa dan mengawal nafsu syahwat. Bukti kita mensyukuri nikmat Allah SWT. Tanda ketakwaan dan penghambaan kita kepada Allah SWT. 1 2 3 4 5 6 • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. 6.1.4 • Minta murid menceritakan pengalaman mereka berpuasa dan mengaitkannya dengan hikmah berpuasa. IBADAH 54


Minda Aktif Cari jawapan yang betul dan tulis pada ruang yang disediakan. s u h a i d n i m a n i h m e n a h a n i m i w a g i l a d f b s i f a b a l i g h s a l i a j t f u n a f u u a u s i m k a f i r u l m w i b Mencari perkataan tersembunyi 1 Puasa dari segi bahasa ialah_______________ diri daripada melakukan sesuatu. 2 _______________ adalah antara syarat wajib puasa. 3 Puasa tidak diwajibkan terhadap orang _______________. 4 Suci daripada _______________ dan _______________ adalah satu daripada syarat sah puasa. 5 Puasa mendidik kita mengawal _______________ syahwat. • Perbanyak helaian ini untuk diberikan kepada murid. • Bimbing murid mencari jawapan yang betul. IBADAH 55


Cara Bermain PENULISAN PANTAS Arahan: Setiap murid akan membuat dua tugasan: 1. Menulis jawapan pada kad A yang bergerak secara pusingan dari murid ke murid lain. 2. Memilih, membahagi dan mencatat jawapan yang betul pada kad B. • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Bincang dengan murid tentang jawapan yang telah diberikan. Laman Kreatif Sediakan sekeping kad A untuk menulis jawapan. Murid diminta menulis satu jawapan mengikut soalan yang diberikan pada kad A dan menyerahkan kad A kepada murid kedua. Kad A diberikan kepada murid berikutnya untuk meneruskan permainan sehingga mendapat semua jawapan. Murid kedua menulis satu jawapan pada kad A dan menyalin jawapan yang betul pada kad B. Murid membentangkan hasil dapatan pada kad B masing-masing dan guru menyemak serta memberikan jawapan yang betul. Setiap murid diberi sekeping kad B. Soalan: 1. Syarat wajib puasa. 2. Syarat sah puasa. 3. Perkara yang membatalkan puasa. Tulis satu jawapan sahaja untuk satu pusingan 1. 2. 3. 4. 5. KAD A Syarat wajib Puasa Syarat Sah Puasa Perkara yang membatalkan puasa KAD B 3 1 5 4 2 6 IBADAH 56


• Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan beriman kepada rasul. • Lakukan sumbang saran dengan murid tentang gambar di atas. Perhatikan dan fahami. IBADAH 57


Baca dan fahami. Pengertian Zakat Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Fardu ain atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat wajib. Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah 2:43) Subur, suci, berkat dan berkembang. Istilah Bahasa Hukum Zakat Dalil Wajib Zakat • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. 6.2.1 • Bimbing murid untuk memahami pengertian dan hukum zakat. IBADAH 58 Mereka yang mengingkari kefarduan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala mereka yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah fasiq.


Baca dan fahami. Jenis-jenis Zakat IBADAH Syarat Wajib Zakat Fitrah Islam – tidak wajib bagi orang bukan Islam. Hidup dalam bulan Ramadan dan Syawal. Pengertian Zakat Fitrah Mengeluarkan harta tertentu bagi setiap mukalaf dan orang yang di bawah tanggungannya dengan syarat-syarat dan tempoh masa yang telah ditetapkan syarak. Mempunyaihartamelebihi keperluanmakan dan minum bagi diri dan tanggungan pada malam dan siang hari raya. Zakat Fitrah Zakat Harta • Lakukan sumbang saran dengan murid tentang jenis-jenis zakat. 6.2.2 6.2.3 59 1 1 2 3 3


Baca dan fahami. Syarat Wajib Zakat Harta Cukup haul Islam Cukup nisab Pemilikan sempurna Zakat difardukan terhadap pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Pemilikan harta tertentu yang cukup tempoh setahun hijriah. Berkuasa penuh atas harta itu. Cukup sukatan. IBADAH Zakat emas dan perak Zakat hasil pertanian Zakat pendapatan dan zakat wang simpanan juga dikategorikan sebagai sebahagian harta yang perlu dizakatkan. Zakat Harta 60 1 4 2 3


Harta yang berkembang: Harta yang dimiliki berpotensi untuk memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. • Bimbing murid menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat berkaitan zakat. IBADAH Zakat haiwan ternakan Zakat harta perniagaan Zakat harta galian 6.2.2 6.2.3 1. Niat – Mesti berniat untuk mengeluarkan zakat. 2. Tamlik – Memindahkan hak pemilikan harta kepada penerimanya. Syarat Sah Zakat Harta 61


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Bincang dengan murid tentang hikmah berzakat. 6.2.4 • Minta murid mencari hikmah berzakat daripada pelbagai sumber. Membina ukhuwah antara orang kaya dengan orang miskin. Membersihkan harta daripada bercampur dengan harta milik asnaf. Menyelamatkan orang miskin daripada terjebak dengan perkara-perkara keji. Mengukuhkan ekonomi umat Islam. Hikmah Berzakat Baca dan hayati. IBADAH 1 2 4 3 62


• Lakukan sumbang saran dengan murid tentang jawapan di atas. Minda Aktif 1 i ii iii iv 1 2 3 IBADAH Nyatakan maksud zakat dari segi bahasa. Nyatakan maksud zakat dari segi istilah. Jawab soalan-soalan di bawah. Antara jenis harta yang diwajibkan zakat termasuklah galian. Senaraikan empat jenis harta lain yang diwajibkan zakat. 63


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Perbanyak helaian ini sebagai lembaran kerja. • Bincang dengan murid setiap soalan di atas. Tandakan untuk pernyataan yang betul dan pada pernyataan yang salah. Pernyataan Jawapan 1. Kita hendaklah menunaikan zakat harta perniagaan setiap tahun. 2. Zakat haiwan ternakan perlu dikeluarkan apabila cukup haul. 3. Zakat emas dan perak hanya dikenakan apabila tidak dipakai dalam tempoh setahun. 4. Zakat juga dikenakan terhadap orang bukan Islam. 5. Zakat fitrah boleh dikeluarkan pada bulan Syaaban. 6. Haul ialah pemilikan sesuatu harta yang cukup tempoh setahun hijriah. 7. Fahmi mengeluarkan zakat fitrahnya pada akhir bulan Ramadan. 8. Pendapatan dan gaji bulanan juga dikategorikan sebagai sebahagian harta yang perlu dizakatkan. Minda Aktif 2 IBADAH 64


• Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan beriman kepada rasul. • Bersoal jawab dengan murid tentang gambar di atas. Perhatikan dan fahami. IBADAH 65


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. 6.3.1 • Bincang dengan murid tentang perbezaan antara haji dengan umrah. Baca dengan telitinya. “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT.” (Surah al-Baqarah 2:196) Pengertian Haji dan Umrah IBADAH Hukum Haji dan umrah wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam yang memenuhi syarat. 66 Haji Bahasa Mengunjungi tempat yang mulia. Istilah Mengunjungi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Umrah Bahasa Ziarah. Istilah Menziarahi Baitullah al-Haram pada luar waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.


Rukun Haji dan Umrah TAWAF Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dan berakhir di Hajar Aswad. WUKUF DI ARAFAH Semua jemaah haji berkumpul pada hari kesembilan Zulhijah. NIAT Berniat untuk memulakan haji atau umrah dan memakai ihram. Haji Umrah Baca dan hayati. 6.3.2 • Bincang dengan murid tentang rukun haji dan umrah. SAIE Berjalan atau berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. TERTIB Pada semua rukun. TAHALUL Mencukur atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. IBADAH 67 MULA TAMAT


Baca dan fahami. Perkara Wajib Haji 1. Berniat ihram di Miqat. 2. Meninggalkan perkara larangan semasa dalam ihram. Perkara Wajib Umrah Qornul Manzil 75 km Dzatu Erq 94 km Dzul Hulaifah 450 km Al-Juhfah 183 km Syarat Wajib Haji dan Umrah DILARANG MEMBURU DAN MENANGKAP BINATANG Berniat ihram di Miqat. Bermalam di Muzdalifah. 1 3 Meninggalkan perkara larangan semasa ihram. 2 IBADAH 68


• Sihat tubuh badan. • Cukup perbelanjaan, mempunyai kenderaan dan terjamin keselamatan pergi dan balik. • Mempunyai nafkah yang cukup untuk tanggungan yang ditinggalkan. Islam Berakal Baligh Merdeka Berkemampuan 1 3 5 2 4 6.3.3 • Bincang dengan murid tentang syarat wajib haji dan umrah. Melontar anak batu di Jamratul Aqabah. Bermalam di Mina. Melontar anak batu 4 di tiga jamrah. 5 6 Syarat Wajib Haji dan Umrah IBADAH 69


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Bimbing murid memahami isi kandungan. Baca dan hayati. Menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Mengambil pengajaran daripada semua amalan ibadah haji. Perhimpunan umat Islam sedunia untuk mengeratkan ukhuwah. Mewujudkan persamaan darjat dalam kalangan umat Islam. 1 2 3 4 HAJI TAMATUK • Mengerjakan haji terlebih dahulu. • Mengerjakan umrah setelah selesai ibadah haji. • Mengerjakan haji dan umrah serentak dalam musim haji. • Umrah dikira selesai sebaik-baik sahaja selesai menunaikan haji. • Mengerjakan umrah dahulu dalam musim haji. • Mengerjakan haji pada tahun yang sama. HAJI QIRAN HAJI IFRAD Jenis dan Cara Mengerjakan Ibadah Haji Baca dan hayati. Kepentingan Menunaikan Haji • Haji ifrad ialah ibadah haji yang paling afdal. • Kesemua haji tidak dikenakan dam kecuali haji tamatuk. 6.3.4 6.3.5 IBADAH 70


SIMULASI TAWAF 1 Guru menyediakan replika Kaabah. 3 Guru menunjukkan simulasi tentang cara mengerjakan tawaf bersama-sama dengan murid mengelilingi replika Kaabah. 2 Murid diberi penerangan cara melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. 4 Bersoal jawab tentang tawaf haji dan umrah. 5 Guru membuat rumusan tentang simulasi tawaf. • Bimbing murid untuk mengerjakan tawaf. IBADAH Laman Kreatif 1 71


PERMAINAN SIMULASI SAIE Bahan 1. Span. 2. Baldi. 3. Botol. 4. Kon. 5. Label Bukit Safa dan Bukit Marwah. 1 Setiap murid diberi satu span dan baldi air. Letakkan baldi air di kawasan yang bertanda Bukit Safa. 2 Letakkan botol di kawasan yang bertanda Bukit Marwah. 3 Jarakkan kedudukan baldi air dengan botol sejauh lebih kurang 50 meter. 5 Murid yang paling banyak mengisi air di dalam botol dikira sebagai pemenang. 4 Murid diminta mengisi air ke dalam botol menggunakan span secara berulang-alik sebanyak tujuh kali. • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. Laman Kreatif 2 • Bincang dengan murid tentang cara melaksanakan ibadah saie. IBADAH 72


• Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan beriman • Minta murid menyampaikan maklumat awal tentang Sayidina kepada rasul. Uthman bin Affan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid. Baca dan fikirkan. Ambillah sumbangan ini dan gunakanlah untuk keperluan keluargamu. Terima kasih tuan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati tuan. SIRAH Sayidina Uthman bin Affan terkenal dengan sifat dermawan dan banyak memberikan sumbangan kepada umat Islam pada zamannya. Seperti lelaki di bawah ini, anda juga boleh mencontohi keperibadian Sayidina Uthman. 73


Baca dan fahami. • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. 7.1.1 • Minta murid mencari maklumat tambahan mengenai latar belakang tokoh di atas. SIRAH 74 Latar Belakang Sayidina Uthman bin Affan Nama penuh: Uthman bin Affan bin Abu al-As bin Umayyah Nama panggilan: Abu Abdullah Tarikh lahir: 576 Masihi Tempat lahir: Mekah Keturunan: Bani Umayyah Jawatan: Khalifah al-Rasyidin ketiga Tahun lantikan: 23 Hijrah/644 Masihi Tempoh pemerintahan: 12 Tahun (644-656 Masihi) Gelaran: Zu al-Nurain kerana mengahwini dua puteri Rasulullah SAW Tahun kewafatan: 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah/656 Masihi Sebab kewafatan: Dibunuh oleh pemberontak


7.1.2 • Minta murid menyatakan sifat peribadi Sayidina Uthman bin Affan yang lain. SIRAH 75 Baca dan hayati. Lemah-lembut Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik. Rajin Beribadah Sentiasa membaca al-Quran, berpuasa dan melakukan ibadah pada waktu malam. Takwa kepada Allah SWT Mengutamakan Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi kepentingan dirinya sendiri. Pemalu Sentiasa menjaga kesucian diri daripada akhlak yang buruk. Pemaaf Memaafkan orang yang ingin membunuhnya. Sifat Peribadi Sayidina Uthman bin Affan


Membeli sebuah telaga 'Rumah' daripada seorang Yahudi dengan harga 30,000 dirham dan mewakafkannya untuk kegunaan seluruh kaum Muslimin. Mendermakan wang tunai sebanyak 1000 dinar, 940 ekor unta dan 60 ekor kuda untuk kegunaan tentera Islam dalam peperangan Tabuk. Membeli sebidang tanah dan mewakafkannya untuk meluaskan Masjid Nabawi. peperangan Membeli Menyediakan 1000 ekor unta yang sarat dengan muatan makanan dan gandum serta memberikannya secara percuma kepada fakir miskin yang memerlukan semasa berlaku musim kemarau. Memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat. Mendermakan dinar, Baca dan fahami. • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. Sifat Dermawan Sayidina Uthman bin Affan 7.1.2 • Galakkan murid untuk mengamalkan sifat dermawan dalam kehidupan. SIRAH 76


Baca dan fahami. Mushaf Uthmani atau Mushaf al-Imam terhasil semasa zaman pemerintahan Sayidina Uthman bin Affan. 7.1.3 • Minta murid mendapatkan maklumat tentang sumbangan Sayidina Uthman bin Affan daripada pelbagai sumber. Baca dan fahami. Mushaf Uthmani Mushaf terhasil semasa zaman Sayidina Uthman al-Imam SOSIAL POLITIK PENTADBIRAN KETENTERAAN • Meningkatkan pendapatan hidup rakyat. • Mewujudkan peluang pekerjaan. • Menubuhkan angkatan tentera laut. • Menyediakan markas tentera dan gudang senjata. • Menjadi Khalifah al-Rasyidin yang ketiga selama 12 tahun. • Mengukuhkan peranan baitulmal. • Membentuk jawatankuasa pembukuan al-Quran. • Menambah azan kedua pada solat Jumaat. SIRAH Sumbangan Sayidina Uthman bin Affan dalam Perkembangan Islam 77


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Minta murid berbincang jawapan dengan rakan. • Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja. Minda Aktif 1 Lengkapkan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan. Sayidina Uthman bin Affan dilahirkan di _______________ pada tahun 576 Masihi. Beliau terkenal dengan gelaran _______________. Sayidina Uthman ialah khalifah _______________ yang memerintah negara Islam selama _______________ dari tahun 644 Masihi hingga tahun 656 Masihi. Beliau seorang yang amat disegani kerana sangat _______________ dan telah banyak _______________ hartanya di jalan Allah SWT. Beliau juga telah membeli sebuah telaga _______________ daripada seorang Yahudi dan _______________ kepada seluruh kaum Muslimin. Sebagai seorang pemimpin, Sayidina Uthman bin Affan telah banyak memberikan sumbangan kepada umat Islam seperti menubuhkan angkatan _______________. Selain itu, beliau juga telah membentuk satu jawatankuasa pembukuan _______________. SIRAH 78 menyumbangkan ketiga al-Quran Zu al-Nurain pemurah mewakafkannya 12 tahun Mekah tentera laut Rumah


Minda Aktif 2 • Galakkan murid mencontohi sifat dermawan yang ada pada Sayidina Uthman bin Affan. Anda memiliki sejumlah wang tunai. Apakah yang akan anda lakukan untuk mencontohi sifat dermawan Sayidina Uthman bin Affan? Berikan pandangan anda. 1 2 3 4 SIRAH 79


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Perbanyak halaman ini untuk aktiviti memotong dan menampal jawapan. Cara Bermain 1. Setiap kumpulan dikehendaki memotong petak di bawah. 2. Mulakan permainan dengan petak “Mula di sini” dan diikuti dengan petak seterusnya berdasarkan petunjuk yang diberikan. 3. Guru akan menilai jawapan dan memberikan empat markah pada setiap petak yang disusun dengan betul. “PUZZLE” Laman Kreatif SIRAH Mekah KETURUNAN BELIAN DARIPADA YAHUDI SIFAT TERPUJI TEMPAT KELAHIRAN Mula di sini 80 576 Masihi Abu Abdullah 656 Masihi JAWATAN TAHUN WAFAT TAHUN KELAHIRAN NAMA PANGGILAN NAMA PENUH Telaga Rumah Uthman bin Affan bin Abu al-As Bani Umayyah SUMBANGAN KEPADA AGAMA ISLAM Dibunuh pemberontak Khalifah al-Rasyidin ketiga Pembukuan al-Quran Zu al-Nurain Dermawan GELARAN SEBAB KEWAFATAN


• Bimbing murid untuk mengenal salasilah Sayidina Ali bin Abu Talib dengan Rasulullah SAW. Baca dan fahami. SIRAH 81


Baca dengan telitinya. INDIVIDU Nama penuh: ALI BIN ABU TALIB BIN ABDUL MUTALIB Tahun Kelahiran: 599 MASIHI Tempat Kelahiran: MEKAH Penjaga: NABI MUHAMMAD SAW DAN KHADIJAH BINTI KHUWAILID KETIKA UMUR 6 TAHUN ( ANAK ANGKAT ) Keturunan: BANI HASYIM Jantina: LELAKI NAMA BAPA NAMA IBU ABU TALIB BIN ABDUL MUTALIB FATIMAH BINTI ASAD KEHIDUPAN Nama Isteri: FATIMAH AL-ZAHRA BINTI MUHAMMAD Nama Panggilan: ABU AL-HASAN Gelaran: KARRAMALLAHU WAJHAH Kelebihan : KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM Tarikh Wafat: 17 RAMADAN TAHUN 40 HIJRAH /661 MASIHI Wafat: DIBUNUH OLEH ABDUL RAHMAN BIN MULJAM Jawatan: KHALIFAH AL-RASYIDIN KEEMPAT Tempoh Pemerintahan: EMPAT TAHUN BIODATA SAYIDINA ALI BIN ABU TALIB Panggilan lain bagi Sayidina Ali bin Abu Talib ialah Abu Turab yang diberikan oleh Rasulullah SAW, dan beliau sangat senang dengan panggilan tersebut. • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. 7.2.1 • Bersoal jawab dengan murid mengenai biodata Sayidina Ali bin Abu Talib. SIRAH 82


7.2.2 Baca dan amalkan. • Minta murid menceritakan latar belakang kehidupan Sayidina Ali bin Abu Talib. Mencontohi Keperibadian Sayidina Ali bin Abu Talib Sayidina Ali bin Abu Talib Pemimpin terunggul dalam sejarah Islam Harian Islam Isnin 17 Jun 2019 SIRAH Umat Islam hari ini dinasihati agar mencontohi keperibadian Sayidina Ali bin Abu Talib untuk membentuk diri menjadi Muslim yang sejati. Berani Menyertai hampir semua peperangan menentang Musyrikin. Amanah Tetap mengembalikan barang kepunyaan golongan Musyrikin yang telah dijaga oleh Rasulullah SAW. Sabar Hidup serba kekurangan ketika awal perkahwinannya. Bijak Menguasai pelbagai bidang ilmu dan mahir berpidato. Zuhud Mengamalkan cara hidup sederhana sebelum dan selepas dilantik menjadi Khalifah al-Rasyidin. SIFAT PERIBADI SAYIDINA ALI BIN ABU TALIB SIRAH 83


Baca dan hayati. Sumbangan Sayidina Ali bin Abu Talib KEILMUAN PENTADBIRAN Menguasai bidang ilmu al-Quran, tafsir, nahu dan balaghah. Mahir dalam bidang faraid dan hukum syarak. Menjadi rujukan dalam menentukan sesuatu hukum selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Sanggup menerima jawatan khalifah ketika negara tidak stabil. Berusaha menyatupadukan umat Islam yang berpecah-belah ketika itu. Merupakan seorang penulis wahyu. 2 2 3 3 1 1 SIRAH 84


7.2.3 Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria. Menubuhkan pasukan polis yang dikenali sebagai al-Syurtah, tentera yang berjalan kaki, badan perisik dan angkatan tentera berkuda. Meneruskan kutipan jizyah terhadap golongan zimmi. Sering memantau kegiatan muamalah di pasar harian. KETENTERAAN EKONOMI tentera BULGARIA LAUT HITAM ARMENIA SYRIA PARSI MESIR SEPANYOL ARAB SAUDI LAUT ARAB LAUT MERAH LAUT MEDITERRANEAN LAUT CASPIAN 2 2 1 1 SIRAH Empayar Islam pada zaman Rasulullah SAW Empayar Islam pada zaman Khalifah al-Rasyidin • Minta murid membincangkan sumbangan Sayidina Ali bin Abu Talib terhadap perkembangan Islam. 85


• Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Bimbing murid menyatakan sifat peribadi yang sesuai dalam pernyataan di atas. • Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja. Minda Aktif 1 Nyatakan sifat peribadi Sayidina Ali bin Abu Talib yang sesuai dengan pernyataan di bawah. Bil. Pernyataan Sifat Peribadi 1. Mengamalkan cara hidup sederhana selepas dilantik menjadi Khalifah al-Rasyidin. 2. Tetap mengembalikan barang kepunyaan orang Musyrikin yang telah dijaga oleh Rasulullah SAW. 3. Menguasai pelbagai bidang ilmu. 4. Hidup serba kekurangan ketika awal perkahwinannya. 5. Menyertai hampir semua peperangan. SIRAH 86


• Bimbing murid untuk mengaitkan gambar di atas dengan sifat peribadi Sayidina Ali bin Abu Talib. Minda Aktif 2 Kaitkan gambar dengan merujuk kepada sumbangan Sayidina Ali bin Abu Talib dalam perkembangan Islam. SIRAH 87


FOLIO TOKOH Arahan Aktiviti 1. Aktiviti dilaksanakan secara berpasangan atau berkumpulan. 2. Folio ini mengandungi: Senarai kandungan Biodata Sifat peribadi Sumbangan Sejarah peninggalan Rumusan Lampiran • Bantu murid menghafal nama nabi dengan bernasyid. • Bimbing murid melakukan aktiviti di atas. Laman Kreatif SIRAH 88


Perhatikan dan fikirkan. • Lakukan sumbang saran dengan murid tentang sifat mahabbah dalam gambar di atas. Tiada Yang Lebih Berharga Selain Kasih Sayang Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Sesiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak disayangi.” (Riwayat al-Bukhari) AKHLAK 89


Baca dan fahami. • Minta murid memberikan contoh sifat mahabbah yang lain. 8.1.1 Mahabbah ialah perasaan kasih dan sayang yang timbul dari hati seseorang. AKHLAK 90


Ciri–ciri insan yang bersifat mahabbah Ikhlas dalam menjalinkan hubungan. Menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sentiasa bertolak ansur dalam semua keadaan. Menghargai orang yang menyayanginya. Prihatin terhadap mereka yang disayangi. Baca dan amalkan. • Bimbing murid untuk menerapkan sifat mahabbah dalam diri. 8.1.2 AKHLAK 91


Mari berpantun. Buah berangan buah nona, Rantingnya rapuh buahnya luruh; Lakukan ibadah dengan sempurna, Iman teguh agama kukuh. Batu Kikir cuaca redup, Itu alamat hari nak hujan; Banyak berzikir amalan hidup, Nabi Muhammad jadikan teladan. Pokok kedondong di tepi telaga, Tempat melompat si anak tupai; Tolong-menolong sesama keluarga, Hubungan erat ukhuwah tercapai. Bunga di laman ditanam bapa, Kembang segar harum mewangi; Sayangi jiran bertegur sapa, Susah senang sama harungi. Mahabbah sesama manusia Mahabbah kepada Allah SWT dan rasul Cara-cara Bermahabbah Batu Kikir cuaca redup, Bunga di laman ditanam bapa, Pokok kedondong di tepi telaga, AKHLAK 92


8.1.3 • Minta murid menjalankan aktiviti pantun di atas. • Minta murid menyenaraikan sifat mahabbah daripada pantun di atas. Pergi ke pasar membeli tenggiri, Dibeli bersama umbut kelapa; Ubahlah sikap pentingkan diri, Sampah tidak dibuang merata. Buah jambu buah mangga, Dimakan enak tinggal sisa; Bumi hijau mesti dijaga, Indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Tampak sayup si Gunung Daik, Puncaknya tinggi mencapai awan; Diberi selalu makanan yang baik, Tanda ihsan kepada haiwan. Bermain di taman si anak rusa, Singgah pula si burung merbah; Sayangi haiwan dibelai sentiasa, Melatih jiwa cara mahabbah. Mahabbah kepada haiwan Mahabbah kepada alam sekitar Buah jambu buah Tampak sayup si Gunung Daik Bermain di taman si anak AKHLAK 93


• Bimbing murid menyatakan jawapan berdasarkan gambar di atas. Kenal pasti perbuatan dan cara bermahabbah berdasarkan gambar di bawah. Bil. Perbuatan Cara Bermahabbah 1. Membuang sampah Mahabbah kepada alam sekitar Minda Aktif 1 AKHLAK 94


Click to View FlipBook Version