The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1072-16-nazirah, 2023-05-18 01:17:54

Kaedah dan Bahan Bantu Mengajar

Kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis

Pembelajaran Bermakna2 Kumpulan 4


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


1. Kaedah komunikatif KAEDAH PENGAJARAN Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.


2. Kaedah Audio-lingual Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar serta ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.


3. Kaedah Terus Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui oleh muridmurid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana muridmurid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.


4. Kaedah Fonetik/Linguistik Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbolsimbol fonetik misalnya [Əma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid –murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca


5. Kaedah Eklektik Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.


BAHAN AUTENTIK BAHAN TEKS Bahan yang sebenar (bahan maujud) Bahan bercetak, audio, video Melibatkan kemahiran berfikir tarik perhatian murid Pembelajaran konkrit Kukuh konsep pengetahuan murid Bahan bertulis seperti teks, dialog, cerita, novel, cerpen, drama, puisi Buku teks sebagai bahan teks paling sesuai Sesuai mengikut tahap murid Tingkatkan kosa kata murid dapat kuasai aspek tatabahasa seni bahasa BAHAN BANTU BELAJAR


BAHAN GRAFIK BAHAN MULTIMEDIA Dikenali sebagai bahan pengurusan grafik (peta minda/peta i-Think) Gambar, simbol, angka Digunakan untuk soal jawab Galakan untuk berfikir KBAT Terdiri daripada bahan elektronik 5 elemen iaitu; Teks (elemen utama) Grafik/visual ( paparan tidak bergerak) Animasi (gambaran bergerak) Audio (suara latar) Video (multimedia yang dinamik dan realistik) BAHAN BANTU BELAJAR


BAHAN INTERAKTIF Murid menggunakan elektronik dengan guru Penggunaan TMK (padlet/google sites/jamboard) Murid menjawab secara bergilir-gilir mengikut kumpulan (quizizz/wordwall/kahoot) Suasana menjadi lebih menarik Objektif pembelajaran tercapai dan berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran BAHAN BANTU BELAJAR


KEMAHIRAN MEMBACA


Dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (memperkenalkan perkataan bukan huruf/suku kata) Aktiviti pandang gambar/perkataan dahulu kemudian aktiviti sebut KAEDAH PENGAJARAN Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad Fokus kepada asas kemahiran membaca (penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja)


Dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (memperkenalkan perkataan bukan huruf/suku kata) Aktiviti pandang gambar/perkataan dahulu kemudian aktiviti sebut KAEDAH PENGAJARAN Kaedah Bunyi Kata Kaedah Fonik Kaedah yang menekankan penguasaan bunyi huruf Murid perlu ingat bentuk dan bunyi huruf


Menggunakan pendekatan sintesis ( unsur kecil kepada besar) Huruf > Suku kata > Perkataan > Ayat Murid faham apa yang diajar secara menyeluruh KAEDAH PENGAJARAN Kaedah Binaan Kaedah Cerakinan Menggunakan pendekatan analisis (unsur besar kepada kecil) Perkataan > Suku kata > Huruf


Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Bimbingan Menjangka Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing pelajar: (i) Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...: ” (ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: “Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...” (iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka. Drta


Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3r Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. kwlH


Tatacerita merupakan aturan cerita. Aturan cerita dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran membaca. Tatacerita Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid- murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak ba;as yang sewajarnya. Penyoalan


Teater pembaca (TP) ialah satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita daripada karya prosa naratif atau puisi dalam bentuk skrip dengan intonasi yang betul dan penghayatan yang tinggi. TP mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan yang agak terbatas, dan mimik muka bagi membantu pelajar memahami, menghayati, dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mereka. TeaterPembaca


KEMAHIRAN MENULIS


Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diber pendedahan kepada murid-murid sejak dari awal lagi. Peringkat Kemahiran Menulis Pramenulis


Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya. Mekanis Peringkat Kemahiran Menulis


Kemahiran menulis untuk pelahiran selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti-aktiviti yang patut dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran adalah seperti berikut : a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat. b) Latihan pernyataan perasaan. c) Latihan pernyataan kehendak. d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli lahir dari pemikiran sendiri. Mentalis Peringkat Kemahiran Menulis


Pendekatan Kemahiran Menulis


Pada peringkat permulaan, murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Pengumpulan bahan tersebut boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio. Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka. Penggunaan sumber bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah digalakkan. Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk kegunaan bagi tajuk karangan yang lain. Setelah itu, murid menyusun isi karangan yang diperoleh daripada bahan tersebut. PendekatanProses


Menurut pendekatan LEA, guru meransang perbincangan berkaitan tajuk yang dipilih. Murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita. Perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru. Murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan. Setelah itu, guru membimbing murid memberi tajuk cerita. Guru menulis ayat untuk membina cerita bertulis. Setelah cerita selesai ditulis, guru membaca cerita tersebut membaca secara nyaring untuk didengar oleh murid. Murid menyalin teks cerita yang ditulis oleh guru. Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu. Kemudian, guru meminta murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi yang sesuai. PendekatanLEA


Sekian, Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version