The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM HARI GURURAYA 2022 - SKB7

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Aishah, 2022-05-19 20:34:44

BUKU PROGRAM HARI GURURAYA 2022

BUKU PROGRAM HARI GURURAYA 2022 - SKB7

Majlis Sambutan

Hari Raya Aidilfitri &
Hari Guru SK Batu

Tujuh

27 MEI 2022 ( JUMAAT ) / 25 SYAWAL 1443H
7.30- PAGI-12.00 TENGAHARI
DATARAN PERHIMPUNAN / PADANG SKB7

“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi
mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia
dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang
tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya
dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara
Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru
pada tahun ini iaitu “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.
Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada
tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua
sekali pun. Di dalam agama Islam sendiri seorang guru itu
adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama
selepas kedua ibu bapa .

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1syawal didalam bulan Islam
setiap tahun. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi
seluruh umat Islam setelah hampir sebulan berpuasa di bulan
Ramadhan melawan hawa nafsu makan dan minum dan
perkara-perkara yang membatalkan puasa.

m/s 1

PENGERUSI :
En. Ma’arof bin Mohd Buldan (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1 :
Pn. Noridah binti Muhamad (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2 :
Pn. Norhashimah binti Aziz (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 3 :
En. Amar a/l Apa (PK Kokurikulum)

PENYELARAS :
En. Ahmad Aizat bin Khairi

SETIAUSAHA :
Pn. Faridatul Farhah binti Khushairi

Pengacara Majlis Persembahan Murid Dokumentasi
• Pn. Salimah (K) • En. Mohd Shahril (K) • Cik Shavathri (K)
• Pn. Faridatul Farhah • Semua Guru Kelas • Cik Aqilah

Buku Program Mini Game Hari Guru Hadiah
• Pn. Siti Aishah • En. Ahmad Solehin (K) • Cik Zaitul Azima (K)
• En. Mohd Lukhman • Cik Noorni
Persiapan Tempat • En. Nik Mohamad Rosdi • Cik Nurul Asikin
• En. Aizat (K) • En. Mohamed Fuad • Cik Juliana Zaskira
• En. Mohd Feradus • En. Devandran • Pn. Salmi
• En. Muhammad Syafiq • Pn. Ajyah Louisiana
• En. Mohd Hisan Kawalan Murid
• Cik Shalina (K) Booth Raya
Jamuan Guru • En. Bah Goli • Pn. Nurdiana Elina (K)
• Pn. Saraswathy (K) • Pn. Nur Asmadia • Pn. Shafarina
• Pn. Syafiqah • Pn. Rahayu Wastee • En. Mohd Lukhman
• Pn. Hafawati Salwa • Pn. Marwiyah • Cik Nur Silmi
• Pn. Nurul Afifah Rasyada • Pn. Nurul Nasyifa
Jamuan Murid
• En. Mohd Halim (K) Siaraya
• Pn. Sayu Nara • En. Raja Kumar
• Pn. Yuslinda

m/s 2

Jumaat (27 Mei 2022)
7:30 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di dataran perhimpunan.

: Guru kelas/ guru pembantu mengambil kehadiran murid
7:40 pagi : Sambutan Hari Guru (formal)

: Perutusan Hari Guru
: Ikrar Guru Malaysia
: Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
: Penyampaian Anugerah Hari Guru
: Penyampaian Hadiah Hari Guru KGS / PIBG / Tukar Hadiah
8:30 pagi : Mini Game Hari Guru (padang)
9:30 pagi : Persembahan Murid
: Penyampaian Hadiah Murid
10:45 pagi : Rehat Murid (murid rehat serentak. Makan dalam kelas)
11.30 pagi : Murid pulang
: Jamuan Hari Raya SK Batu Tujuh (kantin)

m/s 3

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

m/s 4

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

m/s 5

HURAIAN KATA KUNCI
TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2022 – Guru Tunjang

Sekolah SEJAHTERA

1.Guru : Merupakan individu penting serta berperanan sebagai
pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk

kemenjadian murid

1.Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk
mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan
berperibadian unggul.

2.Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan

persekitaran pembelajaran yang penuh dengan nilai-nilai, dan

merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid

menimba ilmu dalam situasi pembelajaran yang

menyeronokkan.

3.SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-
nilai murni.
•S - Selamat, seronok dan sihat
•E - Etika dan empati
•J - Jati diri

•A - Adab sopan
•H - Harmoni
•T - Tekun, teliti dan terampil
•E - Eskplorasi
•R - Rasional

•A - Artikulasi

m/s 6

m/s 7

m/s 8

Kelantan Selangor dan K.Lumpur
Make ikke cicoh budu Wa cakap lu wa tak tau
Jange lupo tamboh satar Tapi wa tipu sama lu
Kelik rayo taksir laju Raya jangan buat tak tau
Nanti rayo dale sepita Angpau ada bagi gua dulu

Terengganu Perak
Makang ubi jamang jepong Gulei tempoyak ikan mayong
Makang kepok cicah cuke Doroyan busok tebok dek tupei
Bulang pose mung bengong Pandu hemat ingat kampong
Bulang raye mung gile Asal teman selamat sampei

Pahang Kedah
Sepadan Pahang ada kasino Aloq Staq terketaq-ketaq
Nasi dagang ikan patin Lapaq perut makan pau
Jange mu masam muko Macam mana tak ketaq
Raya makan rendang sadin Kena paksa bagi angpau

Johor Penang
Cegitu cegini awak suke ek Nasi kandaq kedai mamak
Awak suke kite tak suke ek Anak mami juai pesemboq
Esok luse hari raye ek Lepas raya usah dok triak
Sama-sama bersuke rie ek Kalu ceti mai ikut dapoq

Melaka Perlis
Hawau kau berak merate Padang besaq kecik aja
Kaki bengkak ulau patok Tempat siam lalu lalang
Kalu balik naik kerete Hari raya kita berbelanja
Jangan pandu kalau ngantok Jangan sampai menambah utang

Negeri Sembilan Sabah
Masak lomak cili api Gunong kinabalu tinggi bah,
Campo dongan ! daun turi Org sabah bawah bayu..
Hari rayo kolumpo sopi Hari raya jgn lupa bah,
Tinggal penyamun dongan pencuri Ok bah kalau kau...

Sarawak
Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
rilek lah pok.....

Jawa
Nyimpan jenong nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin

Salah silap njlok dingopuro.

m/s 9

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang
bekerjasama untuk menjayakan

Majlis Sambutan Hari Raya & Hari Guru Tahun 2022

Terutama Tuan Guru Besar,
•Barisan pentadbir,

•Jawatankuasa Pelaksana Program,
•Para guru, staff, dan warga SKB7

yang telah menjayakan
•Majlis Sambutan Hari Raya &
Hari Guru Peringkat SK Batu Tujuh.

m/s 10


Click to View FlipBook Version