RISALAH RAMADHAN SMK SERI BADONG Iktibar Kedatangan Ramadhan Kita hendaklah memperbanyakkan amalan soleh seperti membaca al-Quran dan bersedekah agar mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT. Kita hendaklah memperbanyakkan istighfar pada waktu siang dan malam agar diampunkan segala dosa yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Kita hendaklah memperbanyakkan doa kepada Allah SWT untuk memohon pelepasan daripada azab api neraka Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun untuk meningkatkan lagi keimanan kepada Allah SWT Istimewanya Ramadhan Maksudnya: “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari api neraka”. [al-Jami’ al-Saghir, 2815] Hadis ini menunjukkan kerahmatan diperolehi dengan tibanya bulan Ramadhan. Hal ini, dapat disaksikan dengan pelbagai bentuk limpahan rahmat dan rezeki yang diperolehi dan dirasai oleh umat Islam. Begitu juga apabila mereka memperbanyakkan pelbagai ibadat dengan bersungguh-sungguh sudah pasti mereka diberi keampunan Allah SWT yang akhirnya melayakkan seseorang itu terselamat dari api neraka. Edisi 3 - 28 Mac 2023 B U L A N R A H M A T , B U L A N B E R K A T Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat rahmat, pengampunan serta pembebasan dari api neraka... Amin Ya Rabbal 'Alamin PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & MAJLIS TINDAKAN DAKWAH SMKSB Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna... ...Agar dapat ku lalui dengan sempurna PERKARA SUNAT PUASA Segera berbuka puasa apabila yakin masuk waktu Memberi jamuan berbuka kepada orang berpuasa Berbuka puasa dengan sesuatu yang manis Membaca doa sebelum berbuka Memperbanyakkan berdoa 1. 2. 3. 4. 5. 6. Bersahur dan melewatkan sahur 7. Mandi junub sebelum fajar 8. Banyakkan bersedekah 9. Membaca al-Quran