MINGGU
SUAI KENAL
2021/2022
ILMU, BUDI DAN BAKTI
KANDUNGAN
1 TAHUKAH SIAPA KITA? 13 berita semasa
2 LAGU BIRU WARNA? 14 Minggu Suai Kenal Universiti
Utara Malaysia (UUM)
3 VISI, MISI DAN MOTTO
15 COVID-19: UUM tangguh
4 artikel utama 16 pendaftaran kemasukan pelajar
5 Pengenalan Kepada Minggu Ijazah Sarjana Muda
Suai Kenal 1,399 pelajar UUM beraya
di kampus
6 artikel sampingan
7 SLOT UJILARI KOD QR Oleh: Tamil Chelvaan
8 SLOT BERSAMA PUSAT
17 ruangan iklan
PENGAJIAN
9 SLOT MORAL & SLOT
SALAM DHUHA
Oleh: Wong Zhi Kang
10 ruangan kreatif
11 SAJAK
12 PUISI
Oleh: Akilah
lagu biru
warna
Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari
ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yang tercinta
Kami doa lanjut usia bahagia
Kami janji hormati pesanmu
Ilmu budi dan bakti
Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari
ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yang tercinta
kami doa lanjut usia bahagia
kami janji hormati pesanmu
ilmu budi dan bakti
ilmu budi dan bakti
VISI/VISION
Menjadi pusat kecemerlangan dalam
latihan pembelajaran dan pengajaran
pendidikan tinggi.
MISI/MISION
Melahirkan tenaga akademik yang profesional, berketerampilan
serta cekap dalam penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi
pengajaran yang berkesan
Motto
Ilmu, Budi, Bakti
Knowledge, Virtue, Service
SIDANG EDITOR
KETUA EDITOR PENOLONG EDITOR
TAMIL CHELVAAN A/L WONG ZHI KANG
GANESAN
KETUA ARTIKEL
LEONG XIAO YOONG
KETUA KREATIF KETUA GRAFIK
NUR ATIQAH AKILAH NURUL SHAHIRA BINTI
BINTI ISMAIL ISMAIL
SIDANG TINTA EDITOR
EDITOR
Salam sejahtera.
PENAUNG:
DR. MOHAMAD ZAKUAN Ucapan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi kerana
BIN TUAN IBRAHIM sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam e-majalah Minggu Suai Kenal bagi
KETUA EDITOR: tahun 2021/2022.
TAMIL CHELVAAN A/L
GANESAN Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas juga buat
warga universiti khususnya ahli majlis perwakilan pelajar
PENOLONG EDITOR: yang telah berjaya melancarkan aktiviti Minggu Suai Kenal
WONG ZHI KANG 2021/2022. Semoga e-majalah ini mampu meningkatkan
semangat cinta akan universiti serta menyemai budaya
KETUA ARTIKEL: penyayang dalam kalangan warga universiti.
LEONG XIAO YOONG
E-majalah ini diterbitkan sebagai satu platform
KETUA KREATIF: kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai
NUR ATIQAH AKILAH aktiviti Minggu Suai Kenal 2021/2022. Selain itu, e-majalah
BINTI ISMAIL ini juga memperkenalkan kolej serta pusat pengajian di
Universiti Utara Malaysia. Seterusnya, e-majalah ini juga
KETUA GRAFIK: mengandungi ruangan kreatif, berita semasa dan ruangan
NURUL SHAHIRA BINTI iklan mengenai aktiviti Minggu Suai Kenal 2021/2022.
ISMAIL
Akhir kata, saya mewakili sidang redaksi e-majalah
ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga
yang terlibat dalam pelaksanaan e-majalah ini.
Sekian terima kasih.
WONG ZHI KANG
Penolong Editor E-majalah
WELCOME
STUDENTS!
RUANGAN
ARTIKEL
UTAMA
Minggu Suai Kenal (MSK) merupakan program utama universiti yang
dilaksanakan saban tahun bagi meraikan pelajar baharu. Universiti Utara
Malaysia (UUM) menganjurkan program MSK pelajar baharu untuk
semester 2021/2022 bermula 5 Oktober 2021 hingga 7 Oktober 2021.
UUM telah menawarkan tempat kepada 5082 pelajar baharu
untuk mengikuti 47 program pengajian bagi sesi akademik pertama
2021/2022. Pelajar-pelajar yang menerima tawaran kemasukan terdiri
daripada calon lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),
Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) serta pelajar antarabangsa dari Indonesia, China,
Yaman, Somalia dan lain-lain.
Pelajar baharu tempatan dan antarabangsa akan mengikuti
program MSK yang diadakan secara dalam talian berikutan pandemik
COVID-19. Pelajar tempatan akan menghadiri MSK melalui Facebook
Live (UUM Official FB), manakala pelajar antarabangsa akan melalui
pautan Webex.
Jadual Program Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Semester 2021/2022
5 Oktober 2021 (Selasa)
9:15 pagi—9:50 pagi Selamat Datang ke UUM (FB Live)
9:55 pagi—10:45 pagi
10:40 pagi—11:20 pagi Bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
(FB Live)
Serlahkan Potensi, KoK Menanti! (FB Live)
11:30 pagi—12:00 tengah hari Kita Jaga Kita (FB Live)
12:05 petang—12:35 petang Anda Sihat Ke? (FB Live)
1:00 petang —2:00 petang Rehat/ Makan/ Solat
2:15 petang —3:00 petang
3:05 petang—3:35 petang UUM Connected Campus (FB Live/ Webex)
3:45 petang—4:45 petang Library briefing: Navigate Library Resources and Information
Literacy (FB Live/ Webex)
Kesedaran Keusahawanan & Entrepreneur Talk (FB Live)
6 Oktober 2021 (Rabu) Bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
(FB Live/ Webex)
9:15 pagi—9:55 pagi Slot Bersama Pusat Pengajian dan Alumni (FB Live/ Webex)
Rehat/ Makan/ Solat
10:00 pagi—1:00 petang PBS AR-TS 2021 (FB Live)
1:00 petang—2:00 petang We Help, We Share, We Care (FB Live)
2:00 petang—2:45 petang Tell Me More… Sharing Moments with Counselor (FB Live)
2:50 petang—3:20 petang Unfold your Future Career with CDC (FB Live)
3:30 petang—4:00 petang Sembang santai Alumni UUM (FB Live)
4:05 petang—4:25 petang
4:30 petang—5:10 petang
7 Oktober 2021 (Khamis)
9:15 pagi—9:55 pagi Slot Moral dan Salam Dhuha (FB Live)
10:00 pagi—11:15 pagi Majlis Ikrar Pelajar Baharu (FB Live)
11:25 pagi—12:45 pagi Bersama INASIS (FB Live/ Webex)
1:00 petang—2:00 petang Taklimat Waris (FB Live)
1:55 petang—2:50 petang Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (FB Live)
3:00 petang—4:00 petang Majlis Penutup (FB Live)
Antara pengisian program sepanjang MSK bagi
pelajar tempatan dan antarabangsa ialah slot
Serlahkan Potensi, KoK Menanti!, UUM Connected
Campus, Kesedaran Keusahawanan dan
Entrepreneur Talk, Slot Bersama Pusat Pengajian
dan Alumni, Upfold Your Future Career with CDC,
Sembang Santai Alumni UUM, Majlis Ikrar Pelajar
Baharu dan With International Student Society.
Welcome
back to
Artikel
Sampingan
SLOT UJILARI KOD QR
Disediakan oleh : Wong Zhi Kang
Slot ujilari kod QR telah dirasmikan pada 28 September
2021. Slot ujilari kod QR ini dijalankan melalui Facebook
Live. Slot ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar
UUM.
Slot ini dilancarkan sebelum Minggu Suai Kenal
(MSK) iaitu berlangsung pada 5 hingga 7 Oktober.
Penganjuran slot ini adalah untuk memberi pendedahan
awal kepada pelajar baharu semester 1 sesi Oktober
21/22 berkaitan pengimbasan kod QR bagi mengisi
kehadiran mereka sepanjang MSK. Semua pelajar baharu
semester 1 sesi Oktober 21/22 diwajibkan hadir ke slot
ini.
Dua aplikasi perlu dimuat turun untuk Slot Ujilari
Kod QR ini. Antaranya ialah UUM STUDENT dan UUM
ATTENDANCE. Dua aplikasi ini dapat dimuat turun pada
Playstore atau App Store. Dua aplikasi ini dapat
menunjukkan rekod kehadiran pelajar sepanjang MSK
yang telah dirasmikan nanti.
SLOT BERSAMA PUSAT
PENGAJIAN
Disediakan oleh: Wong Zhi Kang
Pada 6 Oktober 2021 yang lalu, telah berlangsungnya
Slot Bersama Pusat Pengajian. Slot ini merupakan salah
satu program di bawah Minggu Suai Kenal (MSK). Slot
ini dilancarkan oleh koordinator pusat pengajian
masing-masing melalui aplikasi Webex.
Slot ini dijalankan dari 10:00 pagi hingga 1:00
petang selama 3 jam. Tujuan penganjuran slot bersama
pusat pengajian ini adalah untuk membantu pelajar
baharu semester 1 sesi Oktober 21/22 untuk mengenali
semua pensyarah dan barisan pengurusan pusat
pengajian masing-masing. Selain itu, alumni juga
menghadiri untuk menjalankan sesi perkongsian kepada
pelajar baharu. Semua pelajar baharu semester 1 sesi
Oktober 21/22 diwajibkan hadir ke slot ini.
Persekitaran pusat pengajian juga ditayangkan
kepada pelajar baharu pada slot ini. UUM mempunyai 3
kolej iaitu Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian
Antarabangsa, Kolej Sastera & Sains dan Kolej
Perniagaan. Terdapat 15 pusat pengajian di bawah 3
kolej.
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan
Pusat Pengajian Perniagaan Islam
Kolej Perniagaan Pusat Pengajian Perakaunan
Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan
Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik
Pusat Pengajian Pengkomputeran
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi
Kolej Sastera dan Sains
Pusat Pengajian Sains Kuantitatif
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
Pusat Pengajian Kerajaan
Pusat Pengajian Antarabangsa
Pusat Pengajian Undang-Undang
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan
Pengajian Antarabangsa
Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan
Acara
Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni
Persembahan
SLOT MORAL &
SLOT SALAM DHUHA
Disediakan oleh : Wong Zhi Kang
Slot moral dan slot salam Dhuha telah dirasmikan pada 7
Oktober 2021. Slot moral disediakan untuk pelajar bukan
Muslim manakala slot salam Dhuha disediakan untuk
pelajar Muslim. Slot moral dan kerohanian ini dijalankan
melalui Facebook Live. Slot ini dijalankan dari 9:15 pagi
hingga 9:55 pagi selama 40 minit.
Slot ini bertujuan untuk menyampaikan peranan
seseorang pelajar di universiti. Slot moral telah
dirasmikan oleh Dr Mugi Sahadevan iaitu penolong
pengetua inasis Bank Rakyat, UUM. Beliau telah memberi
penerangan bagi peranan, tanggungjawab, nilai, disiplin
dan aktiviti seseorang pelajar. Manakala slot salam
Dhuha telah dirasmikan oleh Mohammad Firdaus Bin
Ahmat selaku penolong pegawai hal ehwal Islam, UUM.
PERANAN &
TANGGUNGJAWAB
PELAJAR
Disediakan oleh : Wong Zhi Kang
Ibu Bapa Tidak mengira umur, peranan pertama dan utama seseorang pelajar adalah kepada ibu
Universiti dan bapa. Pelajar perlu memberikan keutamaan kepada ibu bapa kalau membuat
Komuniti suatu keputusan. Hal ini kerana ibu bapa telah memberikan terbaik antara yang terbaik
Negara kepada anak mereka. Oleh itu, pelajar perlu menjaga dan membanggakan nama baik
ibu bapa dan keluarga.
Universiti juga merupakan salah satu peranan seseorang pelajar. Hal ini demikian
kerana pelajar merupakan duta universiti dan melambangkan imej sebuah universiti.
Oleh itu, pelajar bertanggungjawab untuk menghormati dan mematuhi peraturan
universiti yang terdiri untuk menjaga keselamatan pelajar. Dengan berbuat demikian,
pelajar dapat mengharumkan dan membanggakan nama universiti.
Peranan seseorang pelajar juga adalah untuk komuniti iaitu kalangan masyarakat di
sekeliling pelajar. Apabila pelajar mengambil kursus tertentu di universiti, pelajar
mengetahui hala tuju dalam kursus tersebut. Dengan berbuat demikian, pelajar dapat
berkongsi pendapat dan ilmu tentang kursus tersebut kepada komuniti seperti saudara
mara dan generasi yang akan datang.
Pelajar juga perlu memberikan sumbangan kepada negara. Seseorang pelajar berilmu,
berbudi dan berbakti di universiti untuk memajukan negara kita. Oleh itu, pelajar
mendapatkan ilmu dan pengetahuan untuk melibatkan diri dalam perkembangan dan
pembangunan negara. Apabila negara berkembang dan membangun, negara akan
menjadi maju dan makmur.
5 NILAI & AKTIVITI
DISIPLIN PELAJAR PELAJAR
Disediakan oleh : Wong Zhi Kang Disediakan oleh : Wong Zhi Kang
Berpakaian sewajarnya. Menyertai aktiviti kokurikulum
Bercakap dan bertindak dengan seperti kelab dan persatuan.
sopan. Melibatkan diri supaya tidak
Menghargai dan menghormati menjadi ahli yang tidak aktif.
budaya dan amalan orang lain. KEBAIKAN
Menjaga kebebasan dan
Membina kemahiran insaniah
keselamatan dengan peka dan dan keupayaan teamwork.
bertanggungjawab.
Ketidakupayaan untuk menjaga Menubuhkan rangkaian dengan
kebebasan akan menimbulkan rakan-rakan yang berpotensi
masalah sosial. untuk menjadi kapten industri
atau VIPs pada masa depan.
Ruangan
Kreatif
ASING
Akilah Ismail
Jejak asing yang menapak
Jelas terpapar langkah yang asing
Langkah asing dan terpinga-pinga
Bagai rusa masuk kampung
Entah mahu menghala ke mana
Semuanya terlihat asing dan baru
Permulaan kepada kehidupan yang
baru
Segalanya bermula di sini
Menara gading kebanggaan negara
Menyemai harapan menggapai
impian
Memikul amanat keluarga tercinta
Bersengkang mata memerah otak
Memulakan liku kehidupan baru
Bergelar seorang mahasiswa
sarjana
Bismillah Allah memulakan niat
Menuntut ilmu menjulang adab
Tempat asing bukanlah halangan
tatapi cabaran untuk masa hadapan
Doa keluarga yang iringi kehidupan
Bersama rahmat Allah di sisi
Mengejar ilmu di bumi baru
Pertemuan yang menyatukan impian
Mencetuskan persahabatan yang ikhlas
Langkah asing bertambah erat
Bumi asing menjadi terbiasa
Kehidupan asing yang sudah berubah
Dihiasi pandangan indah yang meluas
Perkara asing yang menyatu dalam diri
Asing yang membawa kepada kebanggaan.
KEDATANGAN WARISAN BANGSA
Kala payung bangsa sedang mengembang
Oktober 2021 bumi Kedah menadah tangan
Menerima jejakan para penuntut ilmu
Menyambut manusia yang dahagakan ilmu
Mengalukan kedatangan mahasiawa mahasiswi
Susuk tubuh kepada warisan bangsa
Bakal menjadi warga kebanggaan negara
Dalam pelukan dan ciuman sayang
Diiringi harapan dan doa keluarga
Lambaian kasih yang dilontarkan
Mengocak sekaan air mata
Ditingalkan jauh beratus batu
Memikul harapan membawa amanat
Demi segulung ijazah sarjana
Demi kebahagiaan keluarga di desa
Dari jejak pertama melangkah
Terpapar jelas wajah keterujaan
Langkah kosong yang penuh debaran
Mata berkaca yang bersinar
Denyutan jantung yang berdebar kencang
Seumpama pukulan ombak kencang
Dikelilingi wajah baru dyang asing
Bermulanya langkah baru dalam kehidupan
Permulaan kepada kehidupan baru
Kehidupan sepenuhnya diatur sendiri
Dipanjatkan doa diluruskan jalan
Tepuk dada perbetulkan niat
Jauh kedua mata memandang
Andai lalai habislan musnah
Musnah harapan musnah impian
Selamat Datang ke
ruangan:
Berita Semasa
Harap kalian terhibur
MINGGU SUAI KENAL
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(UUM)
SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang
mengadakan Minggu Pengenalan digital Laman Web
utama UUM melibatkan pelajar baharu pada semester
pertama 2020/2021, selepas kemunculan pandemik
koronavirus (Covid-19). Canselor, Profesor Datuk Dr
Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, UUM mencipta
sejarah apabila mengendalikan program itu secara
elektronik untuk julung kali diadakan.
Menurutnya, dalam sesi sejam itu, beliau bercakap
mengenai sejarah UUM termasuk pengurusan, pekerja,
kemudahan yang dibekalkan, pencapaian kolej dan
universiti untuk kesedaran bakal pelajar. “Wabak Covid-
19 belum berakhir, saya ingin menggesa pelajar supaya
mengambil berat tentang diri mereka dan sentiasa
mematuhi saranan kerajaan, ia bukan sahaja untuk
pelajar dalam negara tetapi juga pelajar luar negara,
seperti Uganda, Pakistan, Jakarta, Qatar dan Oman.
HIKMAT CANSELOR
MINGGU SUAI KENAL SEMOGA KITA DAPAT MEMUTUSKAN
PENULARAN WABAK INI,” KATANYA
Minggu bertemu dan bersalaman secara PADA PERSIDANGAN MERIAH NAIB
umumnya dilihat dari aspek negatif yang CANSELOR BERSAMA MAHASISWA
berkaitan dengan aktiviti agresif pelajar BAHARU SEPANJANG TAHUN PERTAMA
baru yang datang oleh pelajar yang lebih 2020/2021 DARI BILIK MESYUARAT NAIB
CANSELOR, HARI INI. "SAYA HARAP
tua. Istilah orientasi menunjukkan KEADAAN AKAN MELANTUN DAN
tindakan atau program yang bertujuan PELAJAR AKAN DATANG SECARA FIZIKAL,
untuk membantu seseorang memahami SAYA YAKIN PELAJAR PASTI TIDAK SABAR
UNTUK MENIKMATI MAJLIS DI SINI DI
segala-galanya KAMPUS SINTOK," KATANYA. PADA SESI
ITU, DR AHMAD BASHAWIR TURUT
MELUANGKAN MASA BERBUAL DENGAN
PELAJAR YANG MENGETENGAHKAN
PELBAGAI KEBIMBANGAN BERKAITAN
UUM.
TAMBAHAN CANSELOR
SEMASA PENULISAN, UUM
MENERIMA 4,477 PELAJAR BAHARU
MELALUI PENDAFTARAN DALAM
TALIAN. DARIPADA JUMLAH ITU,
SERAMAI 1,169 PELAJAR LELAKI
DAN 3,258 PELAJAR PEREMPUAN
MANAKALA 50 PELAJAR LUAR
NEGARA DARI PELBAGAI NEGARA.
COVID-19: UUM tangguh “Selain itu, prosedur permohonan
pendaftaran kemasukan kemasukan fizikal graduan warga
pelajar Ijazah Sarjana Muda emas penggal 2020/2021
ditangguhkan kepada 31 Oktober
berbanding tarikh awal yang
dijadualkan pada 11 Oktober.”
Universiti Utara Malaysia (UUM) Namun begitu, Pembelajaran dan
sengaja menjadualkan semula Pengajaran ( Sesi PnP) yang akan
Enrolmen Pelajar Masuk ke Pasca bermula pada 11 Oktober lagi untuk
Siswazah Sesi 2020/2021 yang sesi akan dijalankan secara dalam
dirancang pada 5 dan 6 Okt hingga 23 talian," katanya di sini pada Selasa.
dan 24 Oktober kerana kepada
senario COVID-19 sekarang di Kedah.
Pemangku Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Akademik) UUM, Profesor
Madya Dr Hendrik Lamsali,
bagaimanapun menyatakan, program
Minggu Suai Kenal akan berlangsung
seperti biasa dari 7 Oktober hingga 8
Oktober secara dalam talian.
September
15, 2020
Menurutnya, semua pilihan yang diambil
oleh pentadbiran UUM telah diubah suai
sebelum mendapatkan pendapat Majlis
Keselamatan (MKN) di bawah Warta
Kerajaan Persekutuan mengenai Ordinan
Pencegahan Penyakit Kronik (Inisiatif
dalam Zon Jangkitan Tempatan) 2020.
Tambahnya, pentadbiran institusi itu juga
melihat perkembangan terkini senario
penularan COVID-19 di Kedah dan sentiasa
mengambil berat tentang keselamatan
warga UUM.
Pada 21 Ogos, UUM mengisytiharkan
kesediaannya untuk bekerjasama dengan
sebarang arahan yang akan diberikan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),
terutamanya mengenai penangguhan
pendaftaran pelajar baharu yang
mendaftar pada Oktober depan berikutan
senario jangkitan COVID-19 sekarang.
1,399 PELAJAR UUM SEMENTARA ITU RAKANNYA, MUHAMMAD
BERAYA DI KAMPUS BAZLI BAHRUDDIN, 26, BERKATA, DIA KALI
KEDUA PADA TAHUN INI TIDAK BERAYA
KUBANG PASU: SERAMAI 1,399 BERSAMA KELUARGA DI KAMPUNGNYA DI
PELAJAR DI UNIVERSITI UTARA BANGI, SELANGOR BAGI MELAKSANAKAN
MALAYSIA (UUM) DI SINTOK TANGGUNGJAWAB SEBAGAI TIMBALAN
DEKAT INI MEMILIH TIDAK PRESIDEN DI KOLEJ KEDIAMANNYA.
PULANG KE KAMPUNG
SEBALIKNYA INGIN MENYAMBUT “KEPUTUSAN ITU DIAMBIL MEMANDANGKAN
AIDILFITRI BERSAMA RAKAN- SAYA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG
RAKAN DI KAMPUS ITU PADA PERLU DILAKSANAKAN ANTARANYA
TAHUN INI. MENJAGA KEBAJIKAN PELAJAR YANG TIDAK
PULANG KE KAMPUNG.
WALAUPUN PELAJAR TERLIBAT
MENGAKUI AGAK SEDIH KERANA “BAGI MENGUBATI KERINDUAN, KELUARGA
TIDAK DAPAT BERSAMA KELUARGA SAYA HANTARKAN KUIH RAYA KIRA-KIRA
DI PAGI RAYA, NAMUN MEREKA ENAM BALANG. SEKURANG-KURANGNYA,
MENGANGGAP PERKARA TERSEBUT DAPATLAH JUGA SAYA KONGSIKAN BERSAMA
SEBAGAI PENGALAMAN BAHARU RAKAN-RAKAN DI SINI,” KATANYA.
DALAM HIDUP MASING-MASING.
SEMENTARA ITU, PENGETUA INAPAN SISWA
SEORANG PELAJAR, ZULFAQAR (INASIS) PROTON DAN TRADEWINDS UUM,
HIZAMI YAZID, 22, BERKATA, DIA DR. ROHAFIZ SABAR BERKATA, KIRA-KIRA 320
MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK PELAJAR DI INASIS INI TIDAK PULANG KE
TIDAK PULANG KE KAMPUNG DI KAMPUNG TERMASUK PELAJAR ASING.
BUTTERWORTH, PULAU PINANG
BAGI MEMASTIKAN KESIHATAN “DI PAGI RAYA KAMI AKAN EDARKAN
AHLI KELUARGA TERUTAMANYA MAKANAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR
SALAH SEORANG ADIKNYA YANG ANTARANYA NASI BERIANI, KETUPAT DAN
MEMPUNYAI PENYAKIT ASMA LEMANG YANG DISEDIAKAN KATERER.
TIDAK TERGANGGU.
“SEKURANG-KURANGNYA DAPAT
“SEJUJURNYA SAYA RASA RISAU MENGHIDUPKAN SUASANA PERAYAAN DI
HENDAK MERENTAS NEGERI DALAM KAMPUS WALAUPUN MEREKA
KERANA SALAH SEORANG ADIK BERJAUHAN DARIPADA KELUARGA,”
SAYA MEMPUNYAI MASALAH KATANYA. – UTUSAN ONLINE
KESIHATAN. RISAU JUGA
SEKIRANYA KEPULANGAN SAYA
NANTI MENJEJASKAN KESIHATAN
ADIK SAYA ITU.
“LAGI PUN CUTI SEMPENA
AIDILFITRI TIDAK LAMA DAN KAMI
AKAN MENERUSKAN PENGAJIAN
SECARA DALAM TALIAN SELEPAS
INI. DALAM KEADAAN TALIAN
INTERNET DI KAMPUNG SAYA
TIDAK TERLALU BAIK, ELOKLAH
SAYA TERUS KEKAL DI KAMPUS
SAJA,” KATANYA.
RUANG IKLAN
MINGGU SUAI
KENAL 2021/2022
UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA
06010 SINTOK
KEDAH DARUL AMAN,
MALAYSIA
Minggu Suai Kenal UUM
21/22