51 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
52 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
53 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
Aspek Seni Bahasa
Modul 9: Peribahasa
Standard Kandungan:
4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.
Standard Pembelajaran:
4.2.2 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul
mengikut konteks.
TEMA 1 : MEREALISASIKAN IMPIAN
• Belayar sambil memapan. (hal. 7)
Maksud: Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus.
• Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga. (hal.10)
Maksud : Belum cukup umur sudah hendak beristeri.
• Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai. (hal.9)
Maksud: Sekiranya hendak mengetahui atau menguasai sesuatu perkara, belajarlah daripada
orang yang ahli ataupun pakar dalam bidang tersebut.
• Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (hal.10)
Maksud: Jika mempunyai cita-cita seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk mencapainya.
• Orang mengantuk disorongkan bantal. (hal.12)
Maksud:Memperoleh apa yang benar-benar diingini.
TEMA 2 : INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA
• Zaman Tuk Nadur berkajang kain. (hal.21)
Maksud: Suatu masa atau zaman yang telah lalu; Suatu masa atau zaman yang telah lama sekali
berlalu.
TEMA 3 : MEMETIK BINTANG
• Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. (hal.37)
Maksud: Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
54 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
TEMA 4 : MENJULANG HARAPAN DIBUMI BERTUAH
• Bertangguh itu pencuri masa. (hal.49)
Maksud:Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
• Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. (hal.49)
Maksud:Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah.
TEMA 5 : MEMACU PRODUKTIVITI
• Titik peluh. (hal.68)
Maksud:Hasil usaha sendiri.
TEMA 6 : DUNIA PELANCONGAN
• Hujan halau mentua (hal.74)
Maksud : Hujan sebentar sahaja
• Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. (hal.74)
Maksud: Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja.
• Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. (hal.74)
Maksud: Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya.
• Takkan lari gunung dikejar. (hal.75)
Maksud: Tidak perlu bergopoh-gapah mengerjakan sesuatu yang sudah tentu.
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. (hal.77)
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.
• Jauhari sahaja yang mengenal manikam. (hal.77)
Maksud: Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.
• Indah khabar daripada rupa. (hal.77)
Maksud: Perkhabaran sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
• Bapa borek, anak rintik. (hal.82)
Maksud: Anak itu mengikut kelakuan dan lain-lain orang tuanya. / Anak menurut baka, kelakuan
dan lain-lain dari bapanya.
• Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. (hal.82)
Maksud: Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.
• Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. (hal.82)
Maksud: Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa.
• Kera mendapat bunga. (hal.82)
Maksud: Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.
55 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
• Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. (hal.82)
Maksud: Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.
• Sambil menyelam minum air. (hal.83)
Maksud: Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai.
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. (hal.84)
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.
TEMA 7 : DEMI KEDAMAIAN
• Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga. (hal.88)
Maksud: Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya.
• Bagai itik mendapat air. (hal.90)
Maksud: Kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai.
• Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah. (hal.90)
Maksud: Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.
• Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. (hal.90)
Maksud: Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal.
• Air tenang jangan disangka tiada buaya (hal.90)
Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
• Anak buah. (hal.98)
Maksud: Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu
pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita.
• Seperti telur di hujung tanduk. (hal.99)
Maksud: Dalam keadaan bahaya, serba sulit.
• Sambil menyelam minum air. (hal.99)
Maksud: Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
TEMA 8 : DALAM LIPATAN KENANGAN
• Pisang tidak berbuah dua kali. (hal.106)
Maksud: Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati.
• Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. (hal.106 dan 107)
Maksud: Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang buruk.
• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. (hal.106)
Maksud: Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera.
56 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
• Mata air. (hal.112)
Maksud: Orang kesayangan, kekasih.
• Jalan tengah. (hal.113)
Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
TEMA 9 : SAYANGI MALAYSIAKU
• Tanah air. (hal.117)
Maksud: Negeri tempat seseorang dilahirkan.
• Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. (hal.121)
Maksud: Sama-sama bertanggungjawab.
• Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. (hal.121)
Maksud: Bersatu padu dalam segala hal.
• Mulut biar manis, hati biar baik. (hal.121)
Maksud: Orang yang mulutnya manis mestilah baik juga hatinya.
• Adat pulau limburan pasang. (hal.121)
Maksud: Kehidupan manusia hendaklah bantu membantu, yang kaya membantu yang miskin dan
yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.
TEMA 10 : BANGSA BUGAR, SASTERA KEKAR
• Harga diri. (hal.133)
Maksud: Maruah.
• Membuang muka. (hal.141)
Maksud: Berpaling ke arah lain untuk mengelakkan orang lain yang tidak disukai.
TEMA 11: EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA
• Ke mana perginya layang-layang, talinya ada pada kita. (hal. 150)
Maksud : Orang yang berhutang itu tidaklah dapat melarikan diri.
• Di mana ada gula, di situ ada semut. (hal.157)
Maksud: Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah
ramai orang berkumpul.
• Cermat masa banyak, jimat masa sedikit. (hal.157)
Maksud: Selalu berhati-hati dalam membelanjakan atau menggunakan sesuatu.
• Besar periuk, besarlah keraknya. (hal.157)
Maksud: Kalau pendapatan besar, perbelanjaan pun besar.
57 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
• Condong ditumpil, lemah dianduh. (hal.157)
Maksud: Orang yang dalam kesusahan wang (akal dan lain-lain) diberi pertolongan.
TEMA 12 : ASLI DAN KONTEMPORARI
• Air tangan. (hal.166)
Maksud: Masakan seseorang.
TEMA 13: SEGALANYA BERMULA DISINI
• Membuka mata / Buka mata. (hal.180)
Maksud: (i) Melihat dan meluaskan pandangan. (ii) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.
TEMA 14 : SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU
• Panas baran (hal. 198) .
Maksud: Cepat marah.
• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. (hal.199)
Maksud: Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.
TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI
• Ambil kira. (hal.207)
Maksud: Mempertimbangkan.
TEMA 16 : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
• Malang tidak berbau. (hal.220)
Maksud: Keadaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya.
• Anak buah. (hal.224)
Maksud: Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu
pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita.
• Anak bongsu. (hal.224)
Maksud: Anak yang paling muda dalam keluarga.
• Alah membeli, menang memakai. (hal.232)
Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu
bermutu dan tahan lama.
• Membaca jambatan ilmu. (hal.232)
Maksud: Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan.
58 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
• Biar putih tulang jangan putih mata. (hal.232)
Maksud: Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan.
• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa / Berkata pelihara lidah. (hal.232)
Maksud: Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.
• Yang lama dikelek, yang baharu didukung. (hal.232)
Maksud: Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
• Belakang parang kalua diasah lagikan tajam. (hal.232)
Maksud: Biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga. / Orang yang bodoh kalau
diajar betul-betul, pandai juga sudahnya.
SKRIP PENDENGARAN
• Duit saku / Wang saku. (hal.252)
Maksud: Wang perbelanjaan peribadi.
• Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. (hal.252)
Maksud: Mendapat apa yang diingini.
• Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (hal.254)
Maksud: Sekali melakukan kerja, dua kali maksud tercapai.
• Air tangan. (hal.257)
Maksud: Masakan seseorang.
59 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
CONTOH PERIBAHASA BERDASARKAN TEMA
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
• Sudah terhantuk baru tengadah ( Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat )
• Ingat sebelum kena, beringat sebelum habis ( Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan
harta )
• Mencegah lebih baik daripada mengubati ( Menghalang penyakit lebih baik daripada mengubati
penyakit )
• Sediakan payung sebelum hujan ( Berwaspada dahulu sebelum mendapat sesuatu bencana )
• Kebersihan sebahagian daripada iman ( Kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman kepada
Allah ialah menjaga kebersihan )
• Badan sihat minda cerdas ( Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang
bernas )
• Nasi sudah menjadi bubur ( Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi )
• Batu penghalang ( Rintangan atau halangan )
• Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ( Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan
menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya )
Contoh Penggunaan Peribahasa Mengikut Konteks:
a. Peribahasa: Sudah terhantuk baru tengadah
Maksud: Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat
Perkaitan dengan tema atau isu: Setelah seseorang menghidap pelbagai penyakit akibat
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, barulah mereka mula mengamalkan gaya hidup yang sihat
untuk mengatasi masalah tersebut.
b. Peribahasa: Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Maksud: Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya sedaya upaya kita dan
demikian juga sebaliknya.
Perkaitan dengan tema atau isu: Sekiranya kita ingin hidup sihat dan tidak menghidap apa-apa
penyakit, maka kita akan mengambil pelbagai langkah agar sentiasa sihat. Sekiranya kita tidak mahu
hidup sihat, kita tidak akan berusaha menjaga kesihatan dan akan memberikan pelbagai alasan.
60 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
Antara Kaedah Pengajaran Peribahasa
1. Kaedah konteks, iaitu berdasarkan konteks dalam ayat dan dilanjutkan penggunaannya dalam ayat
yang bebas.
2. Kaedah latih tubi berdasarkan situasi, simulasi, main peranan, sumbang saran atau boneka. Bukan
teknik menghafal.
3. Pengamatan tentang pertalian antara benda-benda yang dibandingkan dalam peribahasa.
4. Guru menggunakan buku nota tatabahasa sebagai alat mencatatkan peribahasa terpilih dan
membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
5. Pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa dan guru menanya peribahasa dan
berbincang mengenainya.
6. Kaedah lakaran, yakni guru menggunakan lakaran tertentu di atas kad, papan tulis dan model.
7. Kaedah meramal, iaitu murid dilatih berfikir untuk mencari simpulan bahasa berdasarkan objek
seperti kaki, tangan, ( Cth. kaki > bangku, kaki > ayam ).
8. Kaedah mengisi tempat kosong, iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang sesuai bagi
membentuk peribahasa. Murid digalakkan berbincang untuk tujuan tersebut.
9. Kaedah teka silang kata.
10. Berdasarkan lagu atau imej ( Cth. lagu Ayam, lagu Batu ).
11. Penilaian tentang ketepatan perumpamaan dalam konteks.
61 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
62 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
63 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
64 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
65 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
66 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
67 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
Latihan
Pengukuhan 1
(a) Nyatakan pola konsonan (K) - vokal (V) bagi setiap perkataan berikut.
Contoh
Soalan : kapal
Jawapan : KV+KVK
(i) bank
(ii) adik
(iii) seluar
(iv) berjalan
(v) lampu
(vi) sementara
(b) Kenal pasti semua perkataan yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua rangkap gurindam
berikut.
Contoh
Soalan : Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Jawapan : perut, penuh, fiil
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
(c) Nyatakan kata dasar dan imbuhan perkataan berikut.
Contoh
Soalan : mengekhaskan
Jawapan : kata dasar khas, imbuhan menge-…-kan
(i) dipercepatkan (ii) memastikan (iii) pelukis
(iv) berbantalkan (v) membohongi (vi) diperingati
68 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
(d) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, senaraikan tiga kata ganda dan tiga kata majmuk yang
terdapat dalam petikan tersebut.
Aku terbayang-bayang wajah pekedai jaket kulit yang pandai berpura-pura itu.
Terngiang-ngiang kata-katanya yang amat menghiris rasa itu. Hajah Zalehon tidak menyedari
kejadian yang berlaku tengah hari itu. Dia sedang asyik membelek-belek kasut dan beg tangan
kulit di kedai sebelah. Cita rasa Hajah Zaleha memang tinggi. Kak Chah dan Shahmeem pula
sedang tawar-menawar harga pewangi daripada seorang peniaga wanita.
Aku mencuit bahu Kak Chah lalu mengisyaratkan jari ke arah sebuah kedai menjual
seramik. Kak Chah mengangguk.
Latihan
Pengukuhan 2
(a) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif yang terdapat dalam petikan
tersebut.
Buah delima sememangnya terkenal sebagai buah yang kaya dengan zat dan khasiat.
Buah delima sangat enak dimakan begitu saja atau diminum sebagai jus. Rupa buah delima
yang bulat dan kemerah-merahan mengandungi banyak nutrisi yang bagus untuk badan kita.
Jus delima membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurukan
kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit
berbahaya.
(b) Baca petikan berikut dengan teliti. Kenal pasti kata nama bagi perkataan yang ditebalkan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
syarikat tuan yang telah sudi menyumbangkan beberapa buah komputer untuk digunakan oleh
belia di daerah Semarak pada tahun ini.
(c) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian bina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
syarikat tuan yang telah sudi menyumbangkan beberapa buah komputer dan mesin pencetak untuk
digunakan oleh belia di daerah Semarak pada tahun ini.
69 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
Latihan
Pengukuhan 3
(a) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga kata hubung yang terdapat dalam
petikan tersebut.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
syarikat tuan kerana sudi menyumbangkan beberapa buah komputer dan mesin pencetak untuk
digunakan oleh belia di daerah Semarak pada tahun ini.
(b) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata sendi nama yang terdapat dalam petikan
tersebut.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
syarikat tuan yang telah sudi menyumbangkan beberapa buah komputer dan mesin pencetak
untuk digunakan oleh belia di daerah Semarak ini.
(c) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti kata nama akronim dan kata nama yang
penuh.
Antara sukan yang diberikan perhatian oleh Majlis Sukan Negara (MSN) ialah jimnastik.
Sebenarnya, sukan jimnastik mendatangkan banyak kebaikan kepada badan dan minda. Individu
yang mengikuti kelas gimnastik secara teratur mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan
masalah, meningkatkan koordinasi, kelenturan dan kekuatan serta mengurangkan tekanan.
Kini, jimrama yang menjadi satu kategori dalam acara jimnastik semakin diminati oleh
kanak-kanak dan remaja perempuan. Purata usia mereka yang mula meminati sukan gimrama
adalah antara lima hingga sembilan tahun. Menyedari manfaat gimrama kepada kanak-kanak,
Tadika Cahaya Impian telah mengadakan satu seminar bagi memberikan pendedahan tentang
kebaikan sukan ini kepada ibu bapa pelajarnya. Seminar yang berlangsung di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa.
Contoh:
Kata nama akronim - pawagam
Kata nama yang penuh - panggung wayang gambar
70 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
Latihan
Pengukuhan 4
(a) Isi tempat kosong dengan kata tugas yang sesuai.
adalah pelbagai ialah akan jangan perlu
sedang kedua-dua Wah amat telah Eh
(i) Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ ibu saya.
(ii) _____________, bukan main marah lagi tuan pengarah kita hari ini!
(iii) Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Azizah _____________ rangup.
(iv) Zailawati gemar mengumpulkan _____________ jenis setem luar negara.
(v) Wahai murid-muridku, _____________ sesekali kamu ingkar perintah cikgu!
(vi) Kami _____________ merancang langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
(vii) _____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
(viii) Orang yang memfitnah pasti _____________ menerima kesan buruk daripada perbuatannya.
(ix) _____________, kamu juga mendapat jemputan kahwin daripada Datuk Seri Jamil!
(x) Sumbangan itu _____________ daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para pekerja sekolah.
(xi) Setelah seharian mendaki Gunung Tahan, para peserta keletihan dan mereka _____________
berehat secukupnya sebelum meneruskan pendakian.
(xii) Cikgu Saad telah memberi tempoh selama dua minggu untuk menyiapkan Folio Keratan Akhbar
tetapi malangnya tiada sesiapa pun yang _____________ menyiapkannya.
(b) Baca petikan berikut dengan teliti. Kenal pasti jenis kata tugas bagi perkataan yang ditebalkan.
Menurut kajian, dianggarkan hampir lapan ribu bahasa yang wujud di muka bumi pada masa
ini. Daripada jumlah tersebut, lebih 6900 bahasa berjaya disenaraikan dan hanya enam
peritus sahaja yang mempunyai bilangan penuturnya yang melebihi satu juta manusia. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa bahasa mempunyai ‘kuasa’ untuk mewujudkan persamaan
antara kaum, sama ada pada peringkat tempatan atau pun global.
Dipetik daripada Bahasa Menyemarakkan Perpaduan Bangsa,
Oleh Lutfi Zahid, Dewan Siswa Bil. 11 Tahun 2019
71 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
PANEL PENYUSUN MODUL
Tn. Hj. Ahmad Azan bin Ab Latif
En. Ismail bin Abdul Ghafar
Pn. Hjh. Hasani binti Mat Rosidi
Pn. Zailawati binti Che Lah
Pn. Wan Noraniza binti Wan Yusof
Pn. Rahana binti Seman
Pn. Azizah binti Ismail
Anak muda pulang ke desa,
Ingin merasa lemang ketupat;
Selamat belajar wahai semua,
Moga modul memberi manfaat.
72 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020
SIRI 1
ASPEK TATABAHASA (MORFOLOGI)
SIRI 2
ASPEK TATABAHASA (SINTAKSIS)
73 | Unit BM KV Wakaf Tembesu 26042020