The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arif79imran, 2020-04-17 00:56:44

Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)

ULASAN IMPRESIF







EDISI MURID






















































Aplikasi

i-THiNK dan KBAT



Ahmad Azan Ab. Latif
GCBM KV Wakaf Tembesu






1 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

KANDUNGAN



Perkara Halaman


Istilah Aspek-aspek Sastera 1

Biodata Pengarang 5

Sinopsis 5

Sinipsis Mengikut Bab 6

Tema 8

Persoalan 9

Plot 11

• Teknik Plot 12

Watak dan Perwatakan 14

Gaya Bahasa 17

Latar 18

• Latar Tempat 18
• Latar Masa 19
• Latar Masyarakat 20

Nilai 22

Pengajaran 24

Soalan KBAT Mengikut Aras 27

Kertas Tugasan 29

Soalan Pemahaman Mengikut Aras 42

Soalan dan Jawapan Klon SPM 43

Analisis Soalan Novel SPM 46




Edisi Murid
Hak Cipta Terpelihara ©Ahmad Azan Ab Latif
Unit Subjek Bahasa Melayu, KV Wakaf Tembesu





2 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

ISTILAH ASPEK-ASPEK SASTERA


1. SINOPSIS

Ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
Melalui sinopsis, pembaca dapat melihat persoalan, tema, mesej, nilai dan latar masyarakat dalam sesebuah
karya.

2. TEMA

Persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Tema berdasarkan
pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.

3. PERSOALAN

Perkara atau hal-hal sampingan yang dikemukakan dalam sesebuah karya bagi memantapkan tema.

4. PLOT

Susunan atau rentetan peristiwa berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa mungkin disusun mengikut
urutan (kronologi) atau songsang bergantung kepada daya kreativiti pengarang. Terdapat lima jalinan peristiwa
dalam sesebuah plot, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.

a. Permulaan
Pengarang memperkenalkan perkara-perkara utama yang akan diceritakan dalam novelnya seperti watak
atau latar sesuatu peristiwa yang berlaku.

b. Perkembangan
Cerita mula dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik.

c. Perumitan
Pengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dengan menggunakan pelbagai teknik
plot bagi menarik pembaca agar terus membaca cerita tersebut.

d. Puncak
Merupakan saat ketegangan bagi bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi tanda
tanya kepada pembaca akan terjawab.

e. Peleraian
Bahagian pengarang menyudahkan cerita. Segala kekusutan akan terlerai.


TEKNIK PLOT

Cara pengarang menyampaikan cerita dalam karyanya. Pengarang menyusun atur peristiwa -peristiwa yang
dialami oleh watak-watak dengan mengaitkan latar masa, tempat, pemikiran dan aksi watak-watak.
Kepelbagaian teknik plot dapat memancing minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya.

a. Imbas kembali
Cara watak mengingati kisah yang pernah dilalui secara langsung. Disampaikan kepada pembaca melalui
lamunan watak atau watak bercerita kepada watak lain.

b. Imbas muka
Bayangan, gambaran atau ramalan peristiwa yang akan berlaku. Teknik ini digunakan untuk memberi
gambaran awal kepada pembaca.

c. Dialog
Perbualan atau percakapan antara dua atau lebih watak tentang sesuatu perkara.

d. Saspens
Ketegangan yang diwujudkan oleh pengarang untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap
sesuatu peristiwa yang akan berlaku seterusnya. Pembaca akan tertanya-tanya dan akan terus membaca
karya tersebut.




3 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

e. Kejutan
Perubahan atau keadaan tingkah laku dan pemikiran watak yang dilakukan oleh pengarang bertentangan
dengan jangkaan pembaca. Pembaca terkejut akan peristiwa yang di luar jangkaan mereka.

f. Monolog
Monolog dalaman - Kata-kata yang diucapkan dalam hati watak, tanpa didengar oleh sesiapa pun. Monolog
luaran - Pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri.
Watak yang bermonolog selalunya berdepan dengan konflik pemikirannya sendiri.

g. Pemerian
Pemerian ialah pengarang menceritakan watak-watak, latar dan aksi watak serta pemikiran mereka secara
langsung. Teknik ini membantu pembaca memahami sesuatu keadaan.


5. WATAK DAN PERWATAKAN

Watak :
Tokoh yang mendukung dan menggerakkan sesebuah cereka. Watak boleh terdiri daripada manusia dan bukan
manusia.

Jenis Watak :
Watak boleh dibahagikan kepada watak utama, watak sampingan, watak hitam, watak putih, watak bulat atau
bundar, watak pipih, watak dinamis dan watak statis.

Perwatakan :
Perwatakan bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak dengan
melihat sifat luaran dan dalaman watak.

Perwatakan luaran merujuk kepada sifat fizikal seperti tinggi, bermisai tebal, cantik dan lain-lain. Perwatakan
dalaman merujuk kepada sikap atau sifat kejiwaan seperti rajin, baik, cinta akan negara, amanah, pemarah,
tegas dan sebagainya.


6. LATAR

Semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam karya
cereka.

Latar Tempat
Merujuk kepada tempat dan persekitaran sesuatu peristiwa itu berlaku dalam sesebuah cerita.

Latar Masa
Menerangkan waktu atau masa kejadian itu berlaku dan jangka masa peristiwa itu terjadi serta zamannya.

Latar Masyarakat
Menjelaskan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya. Latar masyarakat yang menyentuh tentang
pekerjaan, agama, kepercayaan, amalan, sikap dan sebagainya



7. GAYA BAHASA

Cara pengarang mengolah cerita menggunakan bahasa yang dikuasainya. Selalunya pengarang menggunakan
pelbagai variasi bahasa untuk menyampaikan perasaan dan pemikirannya.

Gaya Bahasa Perbandingan
(a) Hiperbola – Gambaran sesuatu keadaan secara berlebih-lebihan atau melampau.
Contoh : Sanggup kurenang lautan api. Harapan ayah menggunung tinggi.
(b) Sinis – Mencemuh atau mengejek seseorang.
Contoh : Anak haram kau. Jijik aku melihat telatahnya.
(c) Sarkasme – Gaya bahasa kiasan yang lebih kasar daripada gaya bahasa sinis.
Contoh : Hai anjing, keluar kau dari sini!
(d) Imejan – Memberi gambaran jelas tentang sesuatu.
Contoh : Perempuan cantik. Lelaki tinggi lampai.




4 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

(e) Simbolik / Perlambangan – Mempunyai kaitan dengan lambang-lambang (objek atau perkara)
tertentu.
Contoh: Warna putih lambang kesucian. Warna hitam lambang kedukaan dan dosa.
Contohnya : Bunga melambangkan wanita cantik. Merah melambangkan keberanian.
(f) Simile – Perbandingan langsung dengan sesuatu perkara. Melibatkan penggunaan perkataan seperti,
laksana, bak, bagai, macam, dan umpama.
Contoh: Seperti kolek terdampar di pasir.
(g) Metafora – Perbandingan yang dibuat secara tidak langsung dengan menggunakan dua patah
perkataan yang terdiri daripada perkataan abstrak dan konkrit.
Contoh : Langit kehidupan. Inilah pokok kemajuan.
(h) Personifikasi – Perbandingan yang memberi sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa.
Contoh : Kampung halaman memanggil-manggil aku pulang.

Gaya Bahasa Penegasan
(a) Inversi – Menggunakan pembalikan susunan kata dalam kalimat untuk menjadikannya lebih menarik.
Contoh : Telah kusoal diri ini berkali-kali. Di atas bukit itu rumah saya.
(b) Repetisi – Menggunakan pengulangan kata untuk tujuan penegasan. Contoh : Sudah beberapa kali
ayah memarahinya. Sudah beberapa kali ibu memarahinya. Sudah beberapa kali imam menegurnya.
“Kau tahu tak, anakku! Kau pergi… Bagaimana dengan mak dan adik-adikmu?”
(c) Sinkope - Menggunakan perkataan yang diringkaskan. Contoh : tak, dah, tapi dan lain-lain.

Pengulangan
(a) Anafora – Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contoh: Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.
(b) Simplok - pengulangan pada awal dan akhir beberapa baris yang berturut-turut.
Contoh: “Itulah anak kita. Itulah cucu kita dan itulah menantu kita,” bisik Besah.
(c) Responsi - pengulangan kata atau frasa di tengah-tengah baris secara berturutan.
Contoh : Sahihlah kereta itu kereta Fikri. Sahihlah Fikri balik. Sahihlah kejadian itu.
(d) Epifora – Pengulangan kata pada baris akhir.
Contoh: keli masuk haruan keluar, matahari masuk bulan keluar.
(e) Repitasi – Pengulangan kata sama ada pada awal, tengah atau akhir ayat.
Contoh: Ini khazanah bapak, ini khazanah bapa.

Bunyi
(a) Rima - keselarasan bunyi atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam
sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi. Rima akhir merujuk kepada bunyi pada suku kata dalam
setiap baris puisi.
(b) Asonasi – pengulangan bunyi vocal (a, e, i, o, u) yang sama dalam baris-baris sajak.
Contoh: Anak-anak yang sedang lena.
(c) Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.
Contoh: Burung-burung berterbangan di udara,

Nada
Perasaan atau emosi pengarang atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya tekanan
suara.
(a) melankolik (sedih, sayu, mendayu-dayu)
(b) romantik (tenang, gembira)
(c) patriotik (penuh semangat perjuangan),
(d) sinis (tidak senang)
(e) protes (marah, kecewa, dendam)

Gaya Bahasa Lain
(a) Diksi iaitu pemilihan kata yang sesuai dengan latar tempat dan masyarakat.
(b) Penggunaan bahasa seharian (dialek) dan bahasa asing.
(c) Penggunaan peribahasa, ayat pendek dan ayat panjang.


8. NILAI

Nilai merujuk kepada sifat positif yang ditunjukkan melalui sifat-sifat watak, seperti berani, setia, jujur, kasih-
sayang dan sebagainya.
Contoh nilai kemanusiaan (semua nilai murni) : baik hati, kejujuran, kebijaksanaan, yakin diri, keberanian,
bertanggungjawab, ketegasan, ketabahan, kesabaran, dan kesopanan.




5 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

Contoh nilai kemasyarakatan : tolong-menolong / kerjasama, ketaatan / kesetiaan, keadianl, simpati, hormat-
menghormati, patriotik, tanggungjawab, unsur kekeluargaan, unsur cinta dan kasih sayang. Dalam KBSM,
terdapat 16 nilai murni yang perlu diketahui dan difahami oleh murid.


9. PENGAJARAN

Pengajaran merupakan mesej atau amanat pengarang yang diharap akan menjadi teladan kepada pembaca
melalui peristiwa yang berlaku dalam novel. Pengajaran biasanya menyuruh kepada perkara baik ( haruslah )
dan melarang pembaca melakukan perkara yang merugikan ( janganlah ).


10.SUDUT PANDANGAN

a. Sudut pandanan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dengan menjadi watak utama atau watak sampingan dengan
gaya Aku. Jalan cerita dibawa sendiri oleh watak Aku.

b. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)
Pengarang bersikap serba tahu dengan mengisahkan cerita melalui watak lain menggunakan kata ganti
nama diri orang ketiga, iaitu dia dan mereka atau nama sebenar watak.

c. Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang hanya memilih watak tertentu sahaja dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak lain
diceritakan sedikit sahaja.

d. Sudut pandangan objektif
Pengarang tidak terlibat dalam cerita dan menyerahkan kepada pembaca membuat penilaian sendiri
terhadap cerita tersebut.








































6 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

BIODATA PENGARANG


Azmah binti Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada tahun 1958 dan mendapat
pendidikan awal di Petaling Jaya, Selangor, tetapi beliau menetap di Sabah sejak
berusia 15 tahun.

Mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27 tahun. Novel pertama beliau 'Si Bidul'
diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis 50 buah novel.

Azmah menerima pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel berunsur Islam
dan SEA Write Award. Novel 'Timulak Kapal Perang' terbitan tahun 1988 dan terpilih
sebagai teks komsas menengah rendah. Novel 'Pantai Kasih' ini terbitan tahun 1994.





SINOPSIS

Novel Pantai Kasih mengesahkan Doktor Raiha mengalami konflik setelah mengesan sesuatu yang tidak
kena apabila dia melihat filem sinar-X terbaharu milik pesakit bernama Unong Siron yang mengalami komplikasi
berulang kali walaupun sudah menjalani pembedahan tulang pinggul sebanyak enam kali, sedangkan lima
pembedahan sebelumnya itu dijalankan oleh pakar otopedik yang terkenal, iaitu Doktor Uwang. Pada masa yang
sama, Doktor Raiha gelisah kerana memikirkan peristiwa hitam yang dialami bersama bekas suaminya, Doktor
Sadiz. Kenangan pahit itu telah menghantui hidup Doktor Raiha.

Doktor Uwang yang juga pemilik Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) tegas dengan prinsipnya yang
hanya mementingkan keuntungan daripada bayaran rawatan di PRPK berbanding kebajikan pesakitnya. Felicia
pula berasa resah disebabkan peristiwa hitam yang sering kali menghantui perasaannya sehingga mendorongnya
mengambil ubat batuk untuk menghilangkan keresahannya. Sementara itu, Doktor Uwang berjaya membangunkan
PRPK tetapi belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, Datu Ontong. Doktor Raiha pula seolah-olah
mempertikaikan kewibawaan Doktor Uwang yang sebelum ini merawat Unong Siron.

Doktor Uwang berasa tercabar dan terpukul apabila Doktor Raiha mempertikaikan kewibawaannya
sebagai seorang pakar bedah. Felicia Landosi melayan seorang pesakit bergelar datin dengan mesra tetapi
bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Uwang dan Felicia secara tidak langsung terlibat dengan
perancangan Doktor Sadiz sehingga menyebabkan Rohayu terkorban. Semasa perbicaraan kes antara Doktor
Raiha dengan Doktor Sadiz, kes tersebut memihak kepada Doktor Sadiz menyebabkan Doktor Raiha berasa amat
kecewa.

Untuk menghilangkan keresahannya, Felicia Landosi sering memasuki ruang farmasi di PRPK untuk
mengambil ubat batuk bagi menenangkan fikirannya, manakala Doktor Uwang mengunjungi kelab malam eksklusif
bagi menghilangkan keresahannya daripada terdengar suara dan gambaran kanak-kanak mirip wajah anak Doktor
Raiha yang rentung dan meminta diselamatkan. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu
sebelum dia mengalami kemalangan.

Ariana Abdullah secara tiba-tiba datang meminta pertolongan Doktor Raiha kerana Felicia Landosi ditahan
oleh seorang penceroboh yang menyamar sebagai doktor palsu. Doktor Raiha tidak bersetuju dengan cadagan
agar pintu bilik bedah dirempuh oleh pengawal keselamatan kerana dia khuatir akan nyawa Felicia Landosi.
Keadaan yang mencemaskan itu dapat ditenangkan apabila pemuda tersebut berjaya dipujuk oleh ibu Unong Siron
dan dibawa ke hospital sakit jiwa.

Doktor Uwang mengalami kemalangan kerana kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tembok
garaj di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Tanpa kerelaannya, Doktor Uwang dibedah menggunakan peralatan palsu
dan bermutu rendah yang dibelinya khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan.

Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan. Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Doktor Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
Meskipun Doktor Raiha kecewa kerana Felicia Landosi tidak bererus terang tentang hal tersebut terlebih awal tetapi
dia tetap memaafkan Felicia. Doktor Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah
mangsa keadaan.






7 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

SINOPSIS MENGIKUT BAB


Bab 1
Doktor Raiha berasa resah apabila mengesan sesuatu yang tidak kena apabila melihat filem sinar-X
terbaharu milik Unong Siron yang mengalami komplikasi berulang kali walaupun setelah lima kali pembedahan
sendi tulang pinggul yang dijalankan oleh Doktor Uwang. Pembedahan kali keenam ke atas Unong Siron pada
petang itu sepatutnya dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi diserahkan kepadanya kerana pakar bedah itu
mempunyai urusan lain. Ketika bersendirian di pejabatnya, Doktor Raiha teringat akan Doktor Uwang yang telah
dikenalinya semasa belajar di universiti dahulu. Doktor Raiha pernah menaruh hati kepada Doktor Uwang tetapi
Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia memilh Doktor Sadiz meskipun pilihannya itu ditentang oleh ayahnya.
Sepuluh tahun kemudian, dia menerima pelawaan Doktor Uwang untuk bekerja bersama-sama di Pusat rawatan
pantai Kasih (PRPK). Doktor Raiha juga teringat akan bantahan ayahnya apabila dia menyatakan hasratnya untuk
menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Baginya, kaum
wanita harus menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rumah tangga, bukan bekerja seperti ibu Raiha yang
menjadi jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Doktor Raiha juga teringat akan kematian anak
perempuan tunggalnya.
Sementara itu, Sister Felicia Londosi terkenang akan kematian seorang kanak-kanak perempuan dalam
kebakaran. Hal itu menyebabkan dia resah dan cemas lalu meminum ubat batuk yang diambilnya di bahagian
farmasi. Oleh sebab kerap minum ubat batuk secara berlebihan, Sister Felicia akhirnya ketagihan. Dia sebenarnya
menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Doktor Raiha dan Doktor Uwang yang kerap memarahinya. Oleh
sebab itu, dia meminta jadual tugasannya ditukar ke sebelah malam supaya dia tidak lagi bekerja bersama-sama
dengan Doktor Raiha pada sebelah pagi.


Bab 2
Pada suatu malam, Doktor Uwang diburu rasa resah apabila ternampak seorang kanak-kanak perempuan
berdiri tegak, kemudian berkeliaran di halaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu
pembantu rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah tanpa
persetujuannya. Malahan, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin memperoleh hanya seorang
anak.
Doktor Uwang mentadbir PRPK sepenuhnya setelah tanggungjawab itu diserahkan oleh ayahnya, Datu
Ontong. Semasa berada di bawah pengurusan Datu Ontong, PRPK hanya mempunyai tiga orang doktor iaitu Datu
Ontong, Doktor Alex Ng dan Doktor Uwang sendiri. Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah
menambahkan serta memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu, peralatan canggih juga dibawa masuk. Hal
itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran yang mahal kepada para pesakit yang datang untuk
mendapatkan rawatan di situ. Doktor Uwang lebih mementingkan wang ringgit daripada tugas murni seorang
doktor, iaitu memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.
Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai
doktor menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana telah
melarikan diri. Namun begitu, sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK semula.
Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha seakan-akan ternampak seorang
wanita yang merupakan dirinya sendiri bersama-sama seorang kanak-kanak kurang upaya. Kanak-kanak itu
terkorban dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz sebelum sempat Doktor Raiha mencapai tangannya.
Selepas itu, dia terbayang akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.



Bab 3
Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera berusaha untuk terus memberi
tumpuan terhadap pekerjaanya ketika itu. Dia merawat seorang pesakit bergelar Datin. Datin tersebut menegur
Felicia yang dilihatnya seperti sakit, namun dinafikan oleh Felicia dengan mengatakan kulit wajahnya pucat
disebabkan cuaca panas musim kemarau pada ketika itu. Selepas itu, dia ke ruang dapur hospital dan berbual-
bual dengan Kartini Borhan, jururawat muda tentang kebimbangan mereka sekiranya pemuda yang menyamar
sebagai doktor itu akan datang semula ke PRPK. Penyamaran pemuda itu berjaya dikesan ketika dia cuba
memberikan rawatan terhadap Unong Siron.
Ketika keluar dari mahkamah syariah setelah mengikuti perbicaraan kes antara Raiha dengan Doktor
Sadiz, isteri Doktor Uwang mengagak ada kerosakan pada kereta mewah tersebut sehingga terjadinya kebakaran.
Sebelum itu, dalam perbicaraan, Doktor Sadiz memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha menuduh kereta mewah itu
sengaja dibakar oleh Doktor Sadiz sehingga menyebabkan anak perempuan mereka terkorban.
Di dalam kereta BMW miliknya, Doktor Raiha teringat akan layanan kasar Felicia terhadap beberapa orang
pesakit daripada masyarakat kelas menengah bawah. Angkara perbuatanya berkasar terhadap ibu Unong Siron,
Doktor Raiha mengarahkan Felicia ke pejabatnya. Namun begitu, Felicia yang dikenalinya sejak sekolah rendah
lagi itu segera keluar dari pejabat Doktor Raiha beberapa minit kemudian dengan menutup pintu pejabat secara
kasar. Doktor Raiha juga terkenang akan latar belakang Felicia. Sebelum pulang ke rumahnya, Doktor Raiha juga


8 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

teringat akan tuduhan Doktor Sadiz bahawa dia melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor Sadiz untuknya,
Doktor Raiha menafikan tuduhan itu. Doktor Sadiz tidak akan menceraikan Doktor Raiha sebagai balasan kerana
tergamak memalukannya di hadapan masyarakat elit. Pada masa yang sama, Doktor Uwang juga teringat akan
kereta Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang terbakar dahulu.


Bab 4
Doktor Raiha tiba di apartmen mewahnya setelah menjalani operasi penggantian sendi pinggul Unong
Siron pada petang itu. Ketika di dalam lif, Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Doktor Sadiz.
Sebenarnya Doktor Sadiz tidak mahu Doktor Raiha melahirkan anak mereka. Melalui gambaran ultrasound, anak
mereka yang bakal lahir itu tidak normal. Oleh itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha menggugurkan
kandungannya kerana menjangkakan anak tersebut akan menyusahkan mereka tetapi Doktor Raiha enggan.
Akhirnya, Doktor Raiha melahirkan seorang anak perempuan yang dinamai Ayu (Rohayu binti Sadiz).
Doktor Uwang kian gembira apabila mengenangkan keuntungan yang diperolehnya di PRPK. Dia kini
memiliki saham pusat rawatan itu melebihi lima puluh peratus . Namun demikian, dia tersentak apabila melihat
gambaran wajah anak Raiha di kaca televisyen. Kekacauan jiwa yang dialami oleh Felicia masih berterusan. Dalam
khayalannya, dia berdialog dengan seorang pesakit lelaki yang pernah menerima rawatan di PRPK. Lelaki itu
marah kerana dia telah menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan rawatan dan hanya mahu dirawat oleh
Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada khayalannya, Felicia mendapati dirinya berada di stor PRPK lalu menangis
teresak-esak.


Bab 5
Ketika Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan, gambaran wajah Doktor
Raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-kata ayahnya, Datu Ontong bahawa banyak perkara palsu,
murah,dan tidak bermutu dalam dunia ini kerap menganggu fikirannya. Selain itu, setiap kali dia dibayangi oleh
wajah Unong Siron dan anak Raiha, pergelangan dan lututnya berasa sakit.
Di PRPK, Doktor Mohammad datang tergesa-gesa setelah menerima panggilan telefon untuk memintanya
menangani kes kelahiran bayi perempuan pramatang walaupun pada masa itu dia tidak bertugas. Rupa-rupanya
panggilan telefon yang diterimanya itu palsu. Sungguhpun begitu, Doktor Mohammad tidak marah kerana dia dapat
berjumpa dengan Felicia yang diminatinya. Seperti biasa, Felicia tidak mengendahkannya.


Bab 6
Semasa mundar-mandir di hadapan banglo miliknya, Doktor Uwang teringat kembali majlis bersempena
sambutan ketibaan tahun baharu di rumahnya. Setelah selesai majlis tersebut, Datu Ontong meminta Doktor
Uwang menghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke rumah masing-masing kerana hari sudah lewat. Apabila tiba di
kondominiumnya, Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah lari bersama-sama Ayu dengan kereta Porsche milik
Doktor Sadiz.
Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Felicia di dalam pejabatnya setelah Felicia memarahi
ibu Unong Siorn. Menurut Felicia, mereka ialah jirannya. Apabila dia melihat Unong Siron berjalan terincut-incut
setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya, dia mencadangkan Unong Siron mendapatkan rawatan PRPK.
Sebenarnya, Felicia mendapat wang ganjaran daripada Doktor Uwang setiap kali dia membawa pesakit baharu
mendapatkan rawatan PRPK. Perkara itu mengejutkan Doktor Raiha kerana dia tidak mengetahui perkara tersebut.
Namun demikian, hal itu tidak menjadi perhatian Doktor Raiha, sebaliknya dia lebih mementingkan kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga mereka. Tindakan Felicia mengasari ibu Unong Siron itu dianggapnya kejam lalu
mengingatkan Felicia agar tidak mengulangi perbuatan itu.
Doktor Raiha dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Doktor Uwang. Doktor Raiha diminta datang
ke PRPK dengan segera untuk melihat keadaan Unong Siron.


Bab 7
Felicia Landosi tidak pasti sudah berapa kali dia mengungjungi ruang farmasi di PRPK untuk mengambil
ubat batuk. Dia mula minum ubat batuk sejak remaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai anak yang tidak
berbapa. Ibunya membesarkannya dengan disiplin yang ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi
jururawat. Perkara itu sering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia meminum ubat batuk untuk
menghilangkan tekanan perasaannya. Dia juga teringat akan keterlibatannya dalam peristiwa kebakaran kereta
mewah Doktor Sadiz beberapa tahun lalu. Felicia terserempak dengan seorang pemuda yang mengaku dirinya
Doktor Mohammad. Pada ketika itu, Felicia sudah tidak dapat berfikir dan melihat dengan jelas lagi akibat meminum
ubat batuk.
Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang bernama Ariana Abdullah bahawa
tiada sesiapa yang membuat panggilan kepadanya. Menurut Doktor Alex Ng, mungkin Doktor Raiha menerima
panggilan palsu daripada budak-budak nakal kerana beberapa orang doktor lain di PRPK pernah menerima
panggilan palsu. Gambaran Doktor Sadiz terus menguasai fikiran Doktor Raiha.




9 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

Bab 8
Di wad kelas biasa, Doktor Raiha melawat Unong Siron. Kelihatan ibu Unong Siron tidur dalam
kebimbangan di atas lantai beralaskan tikar mengkuang usang selepas pembedahan pada petang itu. Doktor Raiha
berharap agar operasi itu merupakan yang terakhir ke atas Unong Siron. Doktor Raiha tiba-tiba terkejut apabila
mendapati bahawa Felicia telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda yang dahulu pernah menyamar
sebagai doktor di PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal dan jururawat serta petugas lain berada di luar
bilik bedah itu. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka juga
bersepakat untuk tidak memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang kerana dia tidak sihat.
Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk memujuk pemuda itu kerana dia mengenalinya. Dia meminta
pemuda itu merawat anaknya yang parah. Ketika pemuda itu cuba merawat Unong Siron, dia berjaya ditahan dan
di bawa ke hospital sakit jiwa. Pemuda itu sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah universiti tempatan.
Setelah gagal dalam peperiksaan semester terakhir, dia menjadi kurang siuman akibat mendengar kata negatif
jiran tetangga dan tekanan daripada keluarga serta teman wanitanya.


Bab 9
Doktor Uwang memandu kereta mewahnya memasuki PRPK. Ketika mamandu kereta mewahnya, Doktor
Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada malam dia menghantar Doktor Sadiz pulang ke rumahnya. Doktor
Sadiz mendapati Doktor Raiha telah melarikan diri dengan Ayu menggunakan keretanya. Doktor Sadiz amat marah
dan membakar keretannya yang diparkir di tepi rumah tumpangan tanpa menyedari Ayu berada berhampiran
dengan kereta tersebut. Doktor Uwang juga teringat akan perbualannya dengan ibu Unong Siron. Wanita itu
menempelak Doktor Uwang kerana memberikan alasan lima pembedahan yang dijalankan sebelum itu tidak
berjaya kerana sendi tulang yang dipasang pada pinggul Unong Siron tidak sesuai dan badan Unong Siron tidak
mampu melawan infeksi, padahal Doktor Uwang ingin mengaut wang ringgit pesakitnya. Sebenarnya, Doktor
Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada bidang muzik.
Namun, demi menjaga hati dan membuktikan kepada bapanya, dituruti juga kehendak bapanya itu.
Doktor Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas memenangi kes
mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori tangki
minyak yang berhenti secara tiba-tiba di kawasan lampu isyarat lalu terperosok di bawah lori tangki itu. Kereta itu
terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung.
Sewaktu kereta mewah yang dipandu oleh Doktor Uwang melewati pintu PRPK, Doktor Uwang tersentak
nafas sekali lagi menyebabkan dia gagal mengawal kereta lalu melanggar tembok garaj PRPK. Pergelangan tangan
dan lututnya hancur. Doktor Uwang seperti melontarkan kata-kata bahawa dia tidak mahu dibedah dan dirawat di
pusat rawatannya kerana peralatan di PRPK berkualiti rendah dan murah harganya. Selama ini Doktor Uwang
hanya mementingkan wang daripada kesihatan dan kebajikan pesakitnya. Dengan persetujuan isteri Doktor
Uwang, Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pada pergelangan
tangan dan lutut Doktor Uwang.
Ketika Doktor Raiha melangkah ke garaj kereta PRPK menjelang dinihari, Felicia berjumpa dengan Doktor
Raiha dan memohon maaf daripadanya atas keterlibatannya dalam kematian Ayu sehari sebelum sempat Doktor
Sadiz menghantar Ayu ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down. Atas arahan Doktor Sadiz,
Felicia membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar kereta Porschenya itu. Meskipun Doktor
Raiha mempersoalkan tindakan Felicia yang tidak berani tampil sebagai saksi sewaktu perbicaraan kes kematian
Ayu di mahkamah keluarga suatu masa dahulu, dia memaafkan kesalahan Felicia. Doktor Raiha menerima
ketentuan takdir itu dengan hati yang terbuka. Doktor Raiha berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepadanya
untuk membuka pintu dunianya semula setelah lama tertutup akibat pelbagai peristiwa malang dalam hidupnya.
Dia juga menasihati Felicia supaya membuka pintu dunianya kembali. Mereka berdua sebenarnya sama-sama
menjadi mangsa keadaan.





TEMA

Novel Pantai Kasih bertemakan ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dan konflik dalam
kehidupannya.


• Tabah menghadapi kematian anak kesayangan
Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuan tunggalnya, Rohayu yang menghidapi sindrom
Down dalam satu kebakaran yang berpunca daripada kekejaman suaminya sendiri, Doktor Sadiz.

• Tabah menghadapi bantahan ayahnya untuk menjadi pakar bedah
Doktor Raiha tabah menghadapi bantahan ayahnya yang tidak bersetuju dengan cita-citanya ingin menjadi
pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas tersebut hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental.


10 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

• Tabah dalam menerima tugas dan tanggungjawab
Doktor Raiha tabah dalam menerima tugas dan tanggungjawab membedah Unong Siron walaupun
pembedahan tersebut selayaknya dilakukan oleh Doktor Uwang. Dia melakukan pembedahan kali keenam ke
atas Unong Siron dengan sebaik mungkin agar remaja tersebut dapat mengakhiri penderitaan.

• Tabah menerima berita punca kematian anak kasayangan
Doktor Raiha tabah menghadapi berita punca kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menjelaskankan
perkara sebenar sebab kematian Ayu. Doktor Raiha memaafkan Felicia yang turut terlibat dalam tragedi
tersebut dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.

• Tabah menghadapi keretakan rumah tangga
Doktor Raiha tabah menghadapi pergolakan rumah tangga apabila suaminya, Doktor Sadiz berlaku kejam
kepadanya. Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungan dan bertegas tidak mahu
menceraikannya supaya Doktor Raiha terus terseksa.

Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Doktor Raiha, dia menjadikan seorang wanita yang tabah
dalam menghadapi rintangan dan konflik dalam hidupnya.



PERSOALAN


1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
• Doktor Raiha begitu sayang akan anak tunggalnya, Rohayu binti Sadiz atau Ayu walaupun anaknya itu
menghidap sindron Down dan tidak sanggup Ayu dihantar ke Pusat Rawatan Khas bagi kanak-kanak
sindrom Down oleh suaminya. Doktor. Raiha juga berasa amat sedih atas kematian tragis anaknya yang
disambar api dalam kebakaran kereta mewah milik suaminya.
• Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK untuk mendapat rawatan terbaik dan sentiasa bimbang
akan status kesihatan anaknya.

2. Persoalan kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat
• Doktor Uwang lebih mengutamakan keuntungan daripada perniagaan perubatan yang diceburinya
berbanding dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga pesakit untuk membiayai kos rawatan.
Sebagai contoh, Doktor Uwang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong Siron asalkan
berkemampuan mendapatkan rawatan.
• Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama
seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.
• Felicia Landosi juga sanggup membawa pesakit yang kurang berkemampuan untuk menerima rawatan di
PRPK kerana dia akan memperoleh lima peratus keuntungan daripada Doktor Uwang.

3. Persoalan sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga
• Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa
dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau
tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya
berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia
seorang yang pemilih.

4. Persoalan tanggungjawab yang harus dipikul
• Doktor Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa
Doktor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut.
• Doktor Raiha juga bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan merempuh tembuk garaj di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya
demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

5. Persoalan ketegasan dalam mengambil keputusan
• Doktor Raiha tegas untuk tidak menggugurkan janin dalam kandungannya walaupun didesak oleh
suaminya, Doktor Sadiz.
• Doktor Raiha juga tegas dengan pendiriannya menjadi seorang doktor dan berkahwin dengan Doktor
Sadiz walaupun dibantah oleh ayahnya.

6. Persoalan sikap berani mengaku kesalahan
• Felicia Landosi mengakui kesalahannya walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah
dengan emak Unong Siron yang menuduhnya bersubahat mengambil kesempatan daripada kesusahan
dan kesakitan Unong Siron.



11 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

• Felicia Landosi juga mengakui kesalahannya yang terlibat dalam tragedi yang meragut nyawa anak
perempuan Doktor Raiha. Dia meminta maaf kerana terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan
Doktor Raiha.

7. Persoalan keredaan dengan ketentuan Tuhan
• Walaupun Doktor Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas
suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ,
namun Doktor Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai
ketentuan Tuhan.

8. Persoalan keruntuhan rumah tangga akibat tiada persefahaman
• Rumah tangga Doktor Raiha dengan Doktor Sadiz akhirnya tidak dapat diselamatkan kerana perbezaan
sikap dan pandangan. Doktor Sadiz bersikap keterlaluan kerana mendesak Doktor Raiha menggugurkan
kandungannya dan menggantung Doktor Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan di
mahkamah.

9. Persoalan pandangan negatif seorang ayah terhadap anak yang cacat
• Doktor Sadiz tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya cacat. Dia mendesak Doktor Raiha
menggugurkan kandungannya. Setelah anaknya dilahirkan, Doktor Sadiz tidak bersedia memelihara anak
tersebut dan cuba memisahkannya daripada Doktor Raiha.

10. Persoalan manusia yang mementingkan status dan maruah diri
• Doktor Sadiz yang mementingkan status dan maruah dirinya sebagai pakar perunding pembedahan yang
hebat dan terkemuka telah memaksa Doktor Raiha menggugurkan kandungannya kerana anak yang bakal
dilahirkan itu menghidap sindrom Down. Pada pendapat Doktor Sadiz, anak itu akan menyusahkan
mereka kelak. Doktor Sadiz membuat keputusan untuk tidak memelihara anak itu, sebaliknya akan
menghantar anaknnya itu ke Pusat Rawatan Khas bagi kanak-kanak sindrom Down.

11. Persoalan tekanan perasaan yang dialami demi mengejar cita-cita
• Pemuda yang menyamar sebagai doktor di PRPK mengalami tekanan perasaan kerana tidak berjaya
mencapai cita-citanya setelah gagal dalam peperiksaan semester akhir.

12. Persoalan masa lalu yang menghantui kehidupan yang sedang dilalui
• Kematian tragis anak tunggal kesayangan Doktor Raiha dalam satu kebakaran, keruntuhan rumah tangga
dan keputusan mahkamah keluarga terhadap kes kematian Ayu yang tidak memihak kepadanya
menyebabkan Doktor Raiha mengalami konflik dan tekanan hidup.
• Felicia sering teringat peristiwa kebakaran kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang menyebabkan
kematian anak Ayu, anak tunggal Doktor Raiha.

13. Persoalan dendam yang merosakkan kehidupan masyarakat
• Doktor Sadiz bertindak membakar kereta mewah miliknya akibat rasa dendam terhadap Doktor Raiha
yang disangkakannya sengaja membawa lari Rohayu. Doktor Sadiz juga bersumpah tidak akan
menceraikan Doktor Raiha dan akan membiarkannya merana kerana menganggap Doktor Raiha
tergamak memalukannya dalam kes kematian Rohayu di mata golongan masyarakat elit.

14. Persoalan jodoh pertemuan dan ajal di tangan Tuhan
• Walaupun Doktor Raiha dan Doktor Sadiz berkahwin atas dasar cinta, rumah tangga yang mereka bina
akhirnya berantakan. Doktor Sadiz akhirnya terkorban dalam satu kemalangan jalan raya.

15. Persoalan keprihatinan seorang doktor terhadap pesakitnya
• Doktor Raiha berdoa agar pembedahan ke atas Unong Siron untuk kali keenam di tempat yang sama
berjaya kerana memahami kesakitan pesakitnya itu.

16. Persoalan tentang harapan seorang ayah
• Ayah Doktor Raiha mahu dia menjadi suri rumah sepenuh masa dan membantah Doktor Raiha menjadi
pakar bedah kerana kerjaya tersebut akan menyebabkan dia tidak mempunyai masa bersama-sama
dengan keluarga.
• Ayah Doktor Raiha membantah hasrat Raiha ingin berkahwin dengan Doktor Sadiz kerana doktor tesebut
terlalu tua dan tidak dapat membahagiakan dirinya.
• Doktor Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung
kepada bidang muzik.

17. Persoalan pegangan agama menjadi pedoman hidup manusia
• Doktor Raiha memohon kepada Allah semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupannya dan
pekerjaannya untuk membantu insan lain yang memerlukan pertolongan.



12 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

PLOT


Permulaan

Doktor Raiha mengalami konflik setelah mengesan sesuatu yang tidak kena apabila dia melihat filem
sinar-X terbaharu milik pesakit bernama Unong Siron yang mengalami komplikasi berulang kali walaupun sudah
menjalani pembedahan tulang pinggul sebanyak enam kali, sedangkan lima pembedahan sebelumnya itu
dijalankan oleh pakar otopedik yang terkenal, iaitu Doktor Uwang. Pada masa yang sama, Doktor Raiha gelisah
kerana memikirkan peristiwa hitam yang dialaminya bersama bekas suaminya, Doktor Sadiz. Kenangan pahit itu
telah menghantui hidup Doktor Raiha.


Perkembangan

Cerita dalam novel ini berkembang apabila muncul watak-watak lain yang menghadapi masalah dalaman
masing-masing. Doktor Uwang dengan prinsipnya yang hanya mementingkan keuntungan daripada bayaran
rawatan di PRPK. Felicia berasa resah disebabkan peristiwa hitam yang sering kali menghantui perasaannya
sehingga mendorongnya mengambil ubat batuk secara curi-curi untuk menghilangkan keresahannya. Doktor
Uwang juga berjaya membangunkan PRPK tetapi belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, Datu
Ontong. Doktor Raiha pula seolah-olah mempertikaikan kewibawaan Doktor Uwang yang sebelum ini merawat
Unong Siron.


Perumitan / Konflik

Doktor Uwang berasa tercabar dan terpukul apabila Doktor Raiha mempertikaikan kewibawaannya
sebagai seorang pakar bedah. Felicia Landosi melayan seorang pesakit bergelar datin dengan mesra tetapi
bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Uwang dan Felicia secara tidak langsung terlibat dengan
perancangan Doktor Sadiz sehingga menyebabkan Rohayu terkorban. Semasa perbicaraan kes antara Doktor
Raiha dengan Doktor Sadiz, kes tersebut memihak kepada Doktor Sadiz menyebabkan Doktor Raiha berasa amat
kecewa.

Untuk menghilangkan keresahannya, Felicia Landosi sering memasuki ruang farmasi di PRPK untuk
mengambil ubat bagi menenangkan fikirannya, manakala Doktor Uwang mengunjungi kelab malam eksklusif bagi
menghilangkan keresahannya daripada terdengar suara dan gambaran kanak-kanak mirip wajah anak Doktor
Raiha yang rentung dan meminta diselamatkan. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu
sebelum dia mengalami kemalangan.


Klimaks / Puncak

Ariana Abdullah secara tiba-tiba datang meminta pertolongan Doktor Raiha kerana Felicia Landosi ditahan
oleh seorang penceroboh yang menyamar sebagai doktor palsu. Doktor Raiha tidak bersetuju dengan cadagan
agar pintu bilik bedah dirempuh oleh pengawal keselamatan kerana dia khuatir akan nyawa Felicia Landosi.
Keadaan yang mencemaskan itu dapat ditenangkan apabila pemuda tersebut berjaya dipujuk oleh ibu Unong Siron
dan dibawa ke hospital sakit jiwa.

Doktor Uwang mengalami kemalangan kerana kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tembok
garaj di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pergelangan tangan dan lututnya hancur menyebabkan pembedahan
penggantian sendi perlu dilakukan segera. Sebelum dirawat oleh Doktor Raiha, dia mengalami ilusi yang amat
mengerikan apabila dia dirawat oleh pesakit yang pernah ditipunya sebelum ini. Tanpa kerelaannya, Doktor Uwang
dibedah menggunakan peralatan palsu dan bermutu rendah yang dibelinya khusus untuk pesakit golongan
menengah bawah dan pertengahan.


Peleraian

Doktor Raiha melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan. Akhirnya
Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Doktor Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan
membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu. Meskipun Doktor Raiha
kecewa kerana Felicia Landosi tidak bererus terang tentang hal tersebut terlebih awal tetapi dia tetap memaafkan
Felicia. Doktor Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.




13 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

TEKNIK PLOT

Teknik Plot

1. Teknik Pemerian
Contoh:
• Pengarang memerihalkan keadaan Doktor Raiha yang terpukul apabila cuba mempertikaikan
kewibawaan Doktor Uwang.
Buat seketika, Raiha terpukul bisu. Terasa seperti perasaannya membuak-buak ganas. Dadanya
sakit membonggol. Dia menegangkan rahangnya. Ditatap wajah tenang Doktor Uwang, merangkap
bosnya itu.(hal.3)
• Pengarang menggambarkan suasana ketika Felicia ingin bertemu Doktor Raiha untuk memohon maaf
daripada Doktor Raiha.
Menjelang dinihari itu, buat kali keduanya pada malam itu, Raiha yang melangkah ke garaj untuk
memandu keretanya pulang, terhenti. Dihentikan oleh suara Felicia Landosi yang amat lemah tetapi
kurang dipengaruhi khayalannya.(hal.157)


2. Teknik dialog

Contoh:

• Dialog antara Doktor Raiha dengan Doktor Sadiz ketika berada di dalam lif dan Doktor Sadiz mendesak
Doktor Raiha mengugurkan kandungannya.
“Berapa kali aku harus beritahu kau, hah? Anak dalam kandunganmu itu hanya akan
menyusahkan kita nanti!” herdik Doktor Sadiz kepada Raiha, sambil menegangkan tulang
rahangnya.
“Kenapa?” cabar Raiha.
“Kehadiran anak itu kelak tidak akan kurestui.” pintas Doktor Sadiz. (hal.57)

• Dialog antara Doktor Raiha dengan Felicia apabila Felicia menceritakan punca kematian Ayu dan
meminta maaf daripada Doktor Raiha.
“Doktor Raiha,” ucap Felicia Landosi, dalam nafas yang tersedu-sedu. “Maafkan saya, doktor.
Maafkan saya. Saya tidak pernah berniat untuk mencerakan anak perempuan doktor itu. Tidak
sengaja.”
“Apa maksudmu?” tanya Raiha, tersentak. (hal.157)


3. Imbas Muka

Contoh:

• Doktor Sadiz membayangkan anak dalam kandungan Doktor Raiha yang tidak sempurna hanya akan
menyusahkan mereka nanti. ( hal. 57 )

• Bapa Doktor Raiha membayangkan perkahwinannya dengan Doktor Sadiz tidak akan bahagia kerana
Doktor Sadiz terlalu tua untuk Raiha dan akan melayan Raiha sebagai seorang anak. (hal.5)

• Bapa Doktor Raiha membayangkan kerjaya sebagai seorang pakar bedah tidak akan memberikan
faedah kepada Raiha dalam jangka masa panjang. (hal.7)

• Gadis remaja itu mempunyai masa depan yang cerah, jauh di hadapannya. Gadis yang baru sahaja
meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan daripada pusat itu dijangka melanjutkan
pelajaran ke luar negara... (hal.9 )

• Doktor Raiha membayangkan jika dia mempunyai kuasa, dia akan memecat pengawal-pengawal
keselamatan yang cuai menjalankan tugas sehingga ada yang menceroboh masuk ke PRPK itu.

• Felicia Landosi membayangkan bahaya yang bakal dihadapinya jika dia kerap ke farmasi dan meneguk
ubat batuk. Dia bimbang disyaki yang bukan-bukan oleh orang lain jika mereka mengetahuinya. (hal. 17
)





14 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

4. Imbas Kembali

Contoh:

• Doktor Raiha terbayang kembali ketika dia menjadi siswi tahun pertama, Doktor Uwang pernah menjadi
guru demonstrator dalam bidang atonominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgery.(hal.4)

• Doktor Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas memenangi kes
mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori
tangki minyak yang berhenti secara tiba-tiba di kawasan lampu isyarat lalu terperosok di bawah lori
tangki itu. Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung.(hal.146)

• Doktor Raiha teringat kembali arwah ibunya yang meninggal dunia semasa melahirkannya, manakala
arwah bapanya membantah hasrat Doktor Raiha ingin menjadi seorang pakar bedah dan berkawin
dengan Doktor Sadiz.(hal.7)

• Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai
doktor menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana
telah melarikan diri. Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK semula.
(hal.33)


5. Saspens

Contoh:

• Pembaca tertanya-tanya tentang punca kematian sebenar anak Doktor Raiha, iaitu Rohayu binti Sadiz.
Pembaca ingin tahu orang yang menjadi punca utama dalam kejadian yang mengorbankan anak
kesayangan Doktor Raiha.

• Pembaca tertanya-tanya perbuatan yang telah Doktor Sadiz lakukan terhadap Doktor Raiha apabila
Doktor Raiha akhirnya mengerti sebab bapanya menghalang perkahwinannya dengan Doktor Sadiz
dahulu. (hal.5)
Sayang, sungguh sayang. Hanya setelah beberapa tahun kemudian, barulah Raiha mengerti
mengapa bapanya amat anti terhadap Doktor Sadiz.

• Pembaca tertanya-tanya tentang dosa silam dan kejadian pada malam yang dimaksudkan oleh Felicia
sehingga dia berusaha untuk melupakannya (hal.11)
“Alangkah baiknya jika aku benar-benar boleh melupakan segala peristiwa hitam pada malam
yang menggemparkan itu,” bisik Felicia dalam hatinya yang dilanda kekecewaan ...

• Pembaca ingin tahu rahsia dan sebab sebenar Doktor Raiha sering mendengar suara-suara aneh yang
sering menghantuinya siang dalam malam. (hal. 29-30)


6. Kejutan

Contoh:

• Pembaca terkejut apabila digambarkan bahawa Felicia merupakan anak luar nikah yang lahir daripada
perbuatan sumbang ibunya sehingga dia membesar dalam suasana yang penuh tekanan.(hal107-108)

• Pembaca tidak menyangka bahawa Doktor Sadiz tergamak mendesak isterinya, Doktor Raiha agar
menggugurkan janin dalam kandungan isterinya kerana janin tersebut tidak normal. (hal.57)

• Pembaca terkejut apabila mengetahui Felicia turut terlibat dalam kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz
sehingga menyebabkan kematian Ayu. (hal.157)


7. Monolog

Contoh:
• “Kegiluan amat terasa,” bisik Raiha kepada dirinya sendiri... (hal.31)

• “Tetapi semua itu bukan salahku. Bukan,” rintih Sister Felicia perlahan tanpa sedar. (hal.108)


15 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

8. Monolog Dalaman

Contoh:
• “ Bagaimanakah persoalan ini boleh terlepas daripada pemerhatianku sebelum ini?” tanya hati Raiha.
(hal.10)

• “ Mana ada perniagaan yang murni? Kalau semuanya mahu pakai yang murni-murni, sehingga bila
perniagaan baru hendak maju? Mengarut sahaja bapaku kini,” Uwang berkata-kata dalam hatinya.
(hal.23)

• “ Gila aku jika masih tercegak di dalam bilik ...” bentak hatinya. (hal.82)

• “Alangkah baiknya jika aku benar-benar boleh melupakan segala peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu,” bisik Sister Felicia dalam hatinya... (hal.11)


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Doktor Raiha / Raiha
• Seorang doktor pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan
• Isteri kepada Doktor Sadiz dan ibu kepada Rohayu binti Sadiz.
• Berusia pertengahan 30-an, bertubuh tinggi lampai dan berambut ikal paras bahu.
• Anak kepada seorang doktor pakar bedah manakala ibu seorang jururawat. Ibunya meninggal dunia sewaktu
melahirkannya.
• Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Suaminya merupakah Pakar Perunding
Pembedahan.
• Seorang yang berpendidikan tinggi dan profesional. Dia penuntut bidang perubatan, spesifikasi ortopedik
sewaktu melanjutkan pelajarannya di salah sebuah institusi pengajaian tinggi tempatan yang terkemuka.
• Seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor
Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun tindakannya
itu ditentang oleh suaminya.
• Seorang yang amanah. Doktor Raiha tetap melakukan pembedahan penggantian tulang pinggul terhadap
Unong Siron atas arahan Doktor Uwang walaupun berpendapat bahawa hanya Doktor Uwang yang layak
melakukan pembedahan itu.
• Seorang yang berani. Doktor Raiha berani melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya
dengan melakukan pembedahan kali keenam penggantian tulang pinggul terhadap Unong Siron walaupun
berpendapat bahawa hanya Doktor Uwang yang layak melakukan pembedahan itu. Doktor Raiha juga berani
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang yang lebih mementingkan keuntungan dan sikap Felicia Landosi
yang tidak mesra pelanggan.
• Seorang yang bertanggungjawab. Doktor Raiha menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan
dedikasi. Doktor Raiha melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang kritikal setelah
terlibat dalam kemalangan.
• Seorang yang gigih. Doktor Raiha gigih berusaha menjadi seorang pakar bedah dan berjuang
mempertahankan maruah diri daripada kekejaman suaminya, Doktor Sadiz.
• Seorang yang penyayang. Doktor Raiha amat menyayangi anaknya walaupun anak itu tidak normal. Dia
sanggup melarikan anaknya daripada suaminya kerana tidak rela anaknya itu di hantar ke pusat rawatan khas
bagi kanak-kanak sindrom Down.
• Seorang yang prihatin / simpati / belas kasihan terhadap orang lain. Doktor Raiha prihatin akan nasib Unong
Siron yang terpaksa menjalani pembedahan sebanyak enam kali pada bahagian badannya yang sama. Dia
juga prihatin akan ibu Unong Siron yang bersedih atas nasib yang menimpa anaknya itu. Selain itu, Doktor
Raiha pernah menghantar Felicia pulang ke rumah kerana pada masa itu Felicia belum mampu memiliki kereta
sendiri.
• Seorang yang bijaksana. Doktor Raiha bijak menangani peristiwa seorang pemuda kurang siuman yang telah
menahan Felicia di bilik bedah dengan melarang pengawal merempuh bilik bedah demi keselamatan nyawa
Felicia.
• Seorang yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Doktor Raiha tabah menghadapi pelbagai
cabaran dalam usaha untuk melupakan kenangan pahit yang mengorbankan anak kesayangannya dan
peristiwa hitam yang membawa kehancuran rumah tangganya bersama-sama Doktor Sadiz.


16 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

• Seorang yang reda dengan ketentuan Tuhan. Doktor Raiha reda menerima kematian Ayu sebagai satu
ketentuan takdir dan berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepadanya.
• Seorang yang pemaaf. Doktor Raiha memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat secara tidak langsung dalam
tragedi yang menjadi punca kematian Ayu apabila Felicia telah sedar dan insaf akan kesilapan yang
dilakukannya.


Watak Sampingan
Doktor Uwang

• Seorang doktor pakar bedah berusia 40-an dan pemilik Pusat Rawatan Pantai Kasih
• Dia merupakan anak Datu Ontong dan anak saudara Doktor Sadiz.
• Dia berkahwin dengan seorang wanita yang jelita dan dikenali sebagai Puan Uwang serta mempunyai seorang
anak.
• Dia seorang yang berwajah kacak, memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh, dan mulutnya lebar. Tubuhnya
tegap sasa dan berotot-otot.
• Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang anatomi dan mengajar Doktor Raiha dalam bidang
pembedahan.
• Dia digelar sebagai ‘ahli bongkar pasang’ dalam kalangan pesakitnya kerana kerjayanya sebagai pakar
pembedahan.
• Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu sebelum mengambil keputusan membuka pusat
rawatan sendiri.
• Seorang yang bijak dan berbakat dalam menguruskan perniagaan. Selepas mengambil alih pengurusan PRPK
daripada ayahnya, Doktor Uwang menambah bilangan doktor dan wad. Bangunan diperbesar dan diperindah.
• Seorang yang gigih. Dia gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula daripada pusat rawatan kecil
sehingga menjadi sebuah pusat rawatan eksklusif yang terkemuka.
• Seorang yang tegas. Dia bertegas tidak mahu mempunyai anak lagi sehingga terpaksa dituruti kehendaknya
itu oleh isterinya. Dia juga tegas dengan tindakannya menghantar anak tunggalnya ke asrama penuh sejak
berusia tujuh tahun.
• Seorang yang tidak jujur dalam kehidupannya. Doktor Uwang membelikan peralatan tiruan dan bermutu
rendah khas untuk pesakit golongan menengah bawah dan golongan pertengahan sehingga pesakitnya
mengalami infleksi yang berterusan. Dia juga gemar perfoya-foya dan bertukar-tukar teman wanita di pusat
hiburan sedangkan dia telah berumah tangga. Doktor Uwang juga tidak memberitahu perkara yang sebenar
tentang punca kematian Ayu kepada Doktor Raiha.
• Seorang yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kesusahan pesakitnya. Doktor
Uwang lebih mengutamakan keuntungan daripada perniagaan perubatan yang diceburinya berbanding dengan
kesusahan yang dihadapi oleh keluarga pesakit untuk membiayai kos rawatan. Sebagai contoh Doktor Uwang
tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong Siron asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan.


Sister Felicia Landosi
• Jururawat yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
• Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Doktor Raiha dan Doktor Sadiz.
• Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya. Tinggal bersama-sama ibu dan
neneknya di muara sungai.
• Dia bermata merah dan bersifat pendiam.
• Dia mengalami tekanan perasaan yang kritikal sejak pada zaman kanak-kanak lagi.
• Seorang yang tidak bertanggungjawab. Felicia memasuki ruang farmasi PRPK untuk mengambil ubat batuk
secara diam-diam bagi mengurangkan tekanan yang dihadapinya.
• Seorang yang tidak rasional dalam mengambil tindakan. Dia mengambil ubat batuk untuk mengatasi tekanan
perasaan yang dihadapinya.
• Seorang yang bersikap kasar dan cepat marah. Felicia telah menengking ibu Unong Siron ketika dia bertugas
di wad yang menempatkan Unong Siron.
• Seorang yang keras hati. Felicia tidak menerima nasihat Doktor Raiha yang menegur tindakannya melayan
ibu Unong Siron dengan kasar.
• Seorang yang cemburu. Felicia berasa cemburu apabila melihat kemesraan Doktor Mohammad dengan Ariana
Abdullah.


17 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

• Seorang yang tidak jujur. Dia merahsiakan punca kematian anak Doktor Raiha meskipun mengetahui perkara
itu dan terlibat secara tidak langsung.
• Sedia mengakui kesalahan diri. Felicia akhirnya insaf akan kesalahannya dan meminta maaf daripada Doktor
Raiha serta berterus terang kepadanya.

Doktor Sadiz

• Suami Doktor Raiha dan ayah kepada Ayu (Rohayu binti Sadiz)
• Adik bongsu kepada Datu Ontong iaitu bapa saudara kepada Doktor Uwang
• Doktor Sadiz berusia lebih lanjut berbanding bapa Doktor Raiha.
• Sebelum berkahwin dengan Doktor Raiha, Doktor Sadiz duda beranak dua.
• Seorang pakar perunding pembedahan dan pakar bedah otak.
• Seorang yang kelihatan budiman tetapi dilabelkan sebagai seorang lelaki yang angkuh oleh ayah Raiha.
• Seorang yang tidak menerima takdir. Dia menyuruh Doktor Raiha menggugurkan kandungannya apabila
mengetahui bayi yang bakal dilahirkan itu tidak normal.
• Seorang yang mementingkan status diri dan tidak mempunyai perasaan kasih sayang. Dia bercadang
menghantar Ayu ke pusat rawatan khas kanak-kanak Sindrom Down kerana tidak dapat menerima anak yang
cacat.
• Seorang pemarah dan panas baran. Doktor Sadiz bertindak membakar kereta Porsche miliknya di
perkarangan rumah tumpangan akibat perasaan marahnya terhadap Doktor Raiha yang melarikan diri
bersama-sama anak mereka sehari sebelum dia menghantar anaknya itu ke pusat rawatan khas bagi kanak-
kanak sindrom Down.
• Seorang yang pendendam. Dia mendendami Doktor Raiha yang tidak mahu menggugurkan kandungannya
dan bertekad tidak akan menceraikan Doktor Raiha sampai bila-bila.
• Doktor Sadiz meninggal dunia akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.


Unong Siron
• Seorang pesakit yang menghidap penyakit sendi tulang pinggul dan sedang dirawat di PRPK.
• Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk berusaha
menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
• Seorang gadis remaja yang masih bujang, beramput panjang, kurus cengkung dan sepucat mayat.
• Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu tetapi kini menjadi seorang yang pendiam.
• Seorang yang penyabar. Unong Siron sabar menerima rawatan penggantian sendi pinggulnya walaupun
terpaksa menjalani pembedahan sebanyak enam kali.
• Seorang yang bijak. Dia seorang yang bijak dalam pelajaran dan mempunyai lulusan sarjana dengan bantuan
biasiswa kerajaan pusat dan bakal melanjutkan pelajaran pengajian luar negara.

Ayah Raiha

• Seorang doktor pakar bedah di hospital kerajaan.
• Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
• Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
• Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama
sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
• Menentang keputusan Doktor Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh dan lebih
berusia daripadanya.
• Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
• Sudah meninggal dunia.


Rohayu ( Ayu )
• Nama sebenarnya Rohayu binti Sadiz.
• Menghidap penyakit sindron Down.

18 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

• Anak perempuan tunggal Doktor Raiha dan Doktor Sadiz.
• Berusia dalam lingkungan lima tahun.
• Ayu terbunuh apabila disambar api yang marak dalam peristiwa kebakaran kereta Porshe mewah Doktor Sadiz
di rumah tumpangan.
Antara watak sampingan lain ialah Datu Ontong, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng, Ariana Abdullah, Lisa Chung,
Emma Yong, isteri jelita Doktor Uwang (Puan Uwang), Kartini Borhan, Emi (isteri jelita Datu Ontong), Utiah, Alai,
dan doktor palsu.

GAYA BAHASA


1. Istilah perubatan
Contoh, sinar-X, infeksi, clinical year, surgery, annesthetic,diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra
sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, dan hemodialisis.

2. Penggunaan bahasa asing
Contoh, bahasa Inggeris – Super VIP (hal.41) gentleman (hal.5), No money no talk. (hal.153)
bahasa Arab – Ya Rabbi (hal.9), Astaghfirullah (hal.147)

3. Simile
Contoh, Terasa seperti perasaannya membuak-buak ganas. (hal.3), ...yang besar bak istana... (hal.21),
... wad-wad VIP yang bak kamar hotel lima bintang itu. (hal.15), ..bau macam daging dipanggang,(hal.138)

4. Sinkope
Contoh, IQ seorang lelaki tidak sama dengan kaum wanita seperti kau dan ibumu! (hal.7)
“ Kenapa tidak, pak? (hal.7) ... kandunganku (hal.57)
“Awak terhudu tak bau itu?” (hal.125)

5. Peribahasa
Contoh, isi hati (hal.3) air muka (hal.16), perah otak (hal.70),
buah mulut (hal.23), mata duitan (hal.42)

6. Personifikasi
Contoh, ... apabila lidah api yang berwarna merah unggu, kuning dan kebiru-biruan menjilat tubuh kecil
kanak-kanak malang yang tidak ... (hal.13)
Begitu juga sebarang kegagalan yang mungkin mampu membunuh semangatnya yang rapuh itu.
(hal.6)

7. Perlambangan
Contoh, cuba membina jambatan kemesraan yang tidak pernah wujud.. (hal.44)
Negeri di Bawah Bayu. (hal.116)

8. Metafora
Contoh, Mata fikirnya bagaikan telah merayap... (hal.34-35)
Jauh di lubuk hatinya (hal.34), pintu dunia (hal.158)

9. Hiperbola
Contoh, Deru angin menggemparkan ... (hal.2) ... suatu peristiwa peribadi yang amat hitam .. (hal.5)

10. Perkataan masyarakat setempat
Contoh, kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

11. Kata ganda
Contoh, terpinga-pinga, terkedip-kedip, enak-enak (hal.21), riuh-rendah (hal..61), huru-hara (hal.154)

12. Akronim
Contoh: PRPK ( Pusat Rawatan Pantai Kasih) (hal.2)

13. Penggunaan ayat pendek
Contoh, Kacau. (hal.17), Mustahil. (hal.21), “Cuai!” (hal.16), Tidak mungkin! (hal.21)





19 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

LATAR

Latar Tempat

1. Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang.
o Tempat Doktor Uwang, Doktor Rahia, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng, dan Felicia Landosi bertugas.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali
pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki lalu terlibat dengan kemalangan sehingga
terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.

2. Bilik Rehat PRPK
o Doktor Mohammad berehat dan tidur di bilik itu pada malam dia bertugas on call kerana dia malas balik
ke rumah.

3. Tembok Garaj PRPK
o Doktor Uwang ditimpa kemalangan apabila kereta yang dipandunya terlanggar tembok garaj tersebut.
Doktor Uwang cedera parah. Pada masa yang sama isteri jelita Dokror Uwang tiba di situ dengan menaiki
teksi.

4. Bilik Rawatan Kecemasan
o Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng melakukan pembedahan penggantian sendi tulang pergelangan tangan
dan lutut Doktor Uwang setelah kedua-dua bahagian tersebut hancur akibat kemalangan.

5. Bilik pembedahan
o Tempat Felicia ditahan dan dijadikan tebusan oleh seorang pemuda yang menyamar sebagai doktor
palsu.

6. Di ruang farmasi di PRPK
o Tempat ini sering dikunjungi oleh Falicia Londisi tanpa pengetahuan sesiapa untuk mengambil ubat batuk
bagi menghilangkan tekanan emosi yang dialaminya. Di tempat ini juga Felicia bertemu dengan seseorang
yang disangkanya Doktor Muhammad.

7. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-
gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam
yang dialami beberapa tahun lalu.

8. Di Tepi Rumah Tumpangan
o Doktor Sadiz mencurah minyak petrol, kemudian membakar kereta Porshe miliknya yang dibawa lari oleh
Doktor Raiha bersama-sama anaknya. Secara kebetulan anak Doktor Raiha berada di situ turut terbakar.
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik
Doktor Sadiz

9. Rumah Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya’
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar
Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang atas permintaan Datu Ontong.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

10. Mahkamah Keluarga
o Perbicaraan kes perceraian Doktor Raiha dan juga Doktor Sadiz berlangsung di mahkamah keluarga ini
dan kemenangan berpihak kepada Doktor Sadiz.
o Di luar mahkamah tersebut, Doktor Raiha menjerit seperti diserang hysteria sambil menuduh Doktor
Sadizlah yang membakar kereta mewahnya sehingga menyebabkan kematian anak mereka.

11. Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang.
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin.
o Seorang datin sedang mendapatkan rawatan D&C di pusat rawatan itu.




20 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

12. Bilik Pejabat Doktor Raiha
o Doktor Raiha memanggil Felicia Landosi di pejabatnya bagi membincangkan peristiwa Felicia memarahi
ibu Unong Siron di wad yang dihuni oleh Unong Siron.

13. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah di daerah tersebut.
o Felicia, ibu dan neneknya tinggal di muara sungai di daerah tersebut.

14. Hospital Kinabalu
o Setelah tamat belajar dalam bidang perubatan, Doktor Raiha bertugas di Hospital Kinabalu. Di situ juga
dia bertemu dengan Doktor Sadiz dan mereka berkahwin.

15. Di Rumah Bapa Doktor Raiha
o Bapa Doktor Raiha tidak bersetuju dia memilih bidang perubatan kerana akan kehilangan masa untuk
bersama-sama keluarga. Bapanya juga membantah Doktor Raiha yang ingin berkahwin dengan Doktor
Sadiz.

16. Lif Kondominium Doktor Raiha
o Doktor Raiha bergelut dengan Doktor Sadiz yang cuba mencekik lehernya akibat keengganannya
mengugurkan janin dalam kandungannya.

17. Kelab Malam Eksekutif
o Doktor Uwang sering pergi ke kelab tersebut uutuk berfoya-foya dan menenangkan fikirannya.

18. Persimpangan lampu isyarat
o Kereta mewah Doktor Sadiz melanggar belakang lori tangki minyak hingga mengorbankan nyawanya.

19. Hospital Kinabalu
o Tempat Doktor Raiha dan Doktor Sadiz sama-sama berkhidmat sebelum Doktor Raiha berhujrah ke
PRPK.
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat



Latar Masa

1. Hampir sepuluh tahun
• Doktor Raiha berkahwin dengan Doktor Sadiz hampir sepuluh tahun.
• Doktor Mohammad menyertai PRPK dan menarik perhatian Felicia. (hal. 12)

2. Musim kemarau panjang
• Hampir semua peristiwa dalam novel ini berlaku pada musim kemarau panjang yang sesuai dengan
paparan konflik yang dialami oleh watak yang terlibat.
• Felicia memberikan alasan cuaca panas pada musim kemarau menyebabkan kulit wajahnya kuning pucat
sewaktu ditegur oleh seorang datin yang menjalani rawatan D&C di PRPK.

3. Tahun Pertama di universiti
• Doktor Uwang menjadi guru demonstrator kepada Raiha dalam bidang anatomi semasa raiha menjadi
siswi tahun pertama. (hal. 4)

4. Enam bulan
• Doktor Raiha baru enam bulan bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)

5. Pada waktu petang
• Doktor Uwang berhalangan untuk ke PRPK untuk membedah Unong Siron. (hal. 3)
• Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan
itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.

6. Pada Waktu Malam
• Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak di bawah cahaya lampu di
halaman banglonya pada waktu malam.
• Doktor Uwang kelab malam eksekutif bagi menenangkan fikirannya yang ditujah dengan suara dan
gambaran kanak-kanak mirip wajah anak perempuan Doktor Raiha.
• Doktor Raiha teringat akan Doktor Sadiz yang menyuruhnya menguggurkan kandungannya sewaktu
berada di dalam lif kondominiumnya.
• Kereta Porshe milik Doktor Sadiz terbakar di tepi rumah tumpangan dan turut menyebabkan kematian
anaknya, Rohayu. (hal. 136)


21 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

• Pada waktu tengah malam, kereta yang dipandu oleh Doktor Uwang melanggar tembok garaj PRPK
menyebabkan Doktor Uwang mengalami kecederaan parah.
• Doktor Uwang menerima panggilan kecemasan daripada Doktor Raiha pada pukul 11.45 malam. (hal.
136)


7. 7.30 malam
• Felicia melihat jam antik di ruang tamu. Sebelum itu, dia teringat kejadian Doktor Raiha ingin
menyelamatkan anaknya yang berada di dalam kereta yang sedang terbakar.

8. Menjelang dinihari
• Felicia berjumpa dengan Doktor Raiha dan memohon maaf daripadanya atas keterlibatannya dalam
kematian Ayu sehari sebelum sempat Doktor Sadiz menghantar Ayu ke pusat rawatan kanak-kanak yang
mengalami sindrom down. Atas arahan Doktor Sadiz, Felicia membeli petrol yang digunakan oleh Doktor
Sadiz untuk membakar kereta Porschenya itu.

9. Waktu Siang
• Doktor Sadiz melangkah dengan angkuhnya keluar dari mahkamah keluarga menuju ke arah kereta
baharunya yang dibeli sebelum dia terlibat dalam kemalangan maut dengan lori tangki minyak yang
berhenti secara tiba-tiba di kawasan lampu isyarat.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang bekerja dalam bidang perubatan
• Golongan ini diwakili oleh sebahagian besar watak dalam novel ini. Antaranya ialah Doktor Raiha, Doktor
Uwang, Doktor Sadiz, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng serta beberapa orang jururawat seperti Felicia
Londosi, Ariana Abdullah, Lisa Chung, Emmma Yong dan Kartini Borhan.

2. Masyarakat berpendidikan tinggi
• Masyarakat ini diwakili oleh Doktor Uwang, Doktor Raiha, Doktor Sadiz, Doktor Mohammad, dan Doktor
Alex Ng. Mereka merupakan pakar perubatan dan pembedahan yang bertugas di PRPK..

3. Masyarakat yang kaya dan hidup mewah
• Masyarakat ini diwakili oleh keluarga Datu Ontong termasuk anaknya, Doktor Uwang dan adiknya, Doktor
Sadiz serta keluarga Doktor Raiha. Mereka tinggal di rumah mewah dan memiliki kereta mewah seperti
Porsche dan Volvo 960. Selain itu, terdapat juga segelintir pesakit di PRPK yang terdiri daripada golongan
kaya seperti Datin yang dirawat di wad Super VIP.

4. Masyarakat kelas menengah bawah dan pertengahan
• Golongan ini diwakili oleh keluarga Unong Siron mendapat rawatan di PRPK menggunakan wang
pampasan insurans yang diterima setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

5. Masyarakat yang angkuh dan mementingkan kerjaya
• Doktor Sadiz tidak mahu memelihara anaknya, Rohayu dan ingin menghantar anaknya itu ke pusat
rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down kerana malu akan pandangan masyarakat terhadapnya
yang merupakan pakar bedah. Doktor Sadiz juga berasa angkuh apabila memenangi perbicaraan kes
penceraian dengan Doktor Raiha di mahkamah keluarga.

6. Masyarakat yang memandang negatif terhadap anak yang cacat
• Doktor Sadiz mahukan anaknya dihantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down, malahan
pernah mendesak isterinya, Doktor Raiha menggugurkan kandungannya kerana keadaan anak mereka
yang tidak sempurna itu. (hal.88)

7. Masyarakat yang tidak mengenang budi
• Felicia tidak membenarkan Doktor Raiha menyentuhnya walaupun sebelum itu Doktor Raiha telah
menyelamatkannya daripada tahanan penceroboh di PRPK. (hal.134)

8. Masyarakat mementingkan keuntungan daripada nilai kemanusiaan
• Doktor Uwang merawat pesakitnya dengan motif mengaut keuntungan yang banyak. Dia membeli
peralatan yang murah dan berkualiti rendah untuk digunakan dalam pembedahan terhadap pesakit kelas
menengah bawah dan kelas pertengahan. Doktor Uwang juga sengaja melakukan pembedahan secara
berulang terhadap pesakitnya dengan tujuan memperoleh keuntungan. (hal.140)

22 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

9. Masyarakat yang takut berterus terang
• Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Doktor Raiha tentang kemalangan yang berlaku
sehingga meragut nyawa anak perempuan Doktor Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz
yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah terhadap Doktor
Raiha.

10. Masyarakat yang mempunyai prinsip hidup
• Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor
pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang
wanita, namun berkat usaha dan prinsip yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan
yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

11. Masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
• Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas
sewaktu mudanya.

12. Masyarakat yang mengamalkan prinsip muafakat dalam kehidupan
• Doktor Raiha, ibu Unong Siron, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng dan lain-lain berusaha membebaskan
Felicia daripada ditahan oleh doktor palsu. (hal.132-134)

13. Masyarakat yang bertindak negatif untuk mengatasi tekanan perasaan
• Felicia Londosi kerap minum ubat batuk untuk melupakan masakah keluarga dan tekanan yang dihadapi
sehingga lama-kelamaan dia menjadi ketagih. Begitu juga dengan seorang pemuda yang menyamar
sebagai doktor di PRPK yang mengalami tekanan perasaan setelah gagal dalam peperiksaan dan
ditinggalkan oleh kekasihnya.

14. Masyarakat yang bertindak kejam terhadap orang lain
• Doktor Sadiz bertindak kejam terhadap isterinya, Doktor Raiha dengan mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai suami. Doktor Sadiz juga telah membakar keretanya sehingga menyebabkan kematian anaknya.
(hal.157)

16. Masyarakat yang rajin berusaha untuk mencapai impian
• Doktor Raiha rajin belajar unsur-unsur perbedahan daripada mentornya, Doktor Uwang sewaktu menuntut
sebagai siswi tahun pertama perubatan dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh
mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
• Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia
berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

17. Masyarakat yang berani mempertahankan pendirian
• Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan
oleh Doktor Sadiz.
• Ibu Unong Siron berani mempertikaikan rawatan yang diberikan oleh Doktor Uwang kepada anaknya.
• Felicia berani menyatakan kebenaran dengan memberitahu penglibatannya atas kematian Rohayu
kepada Doktor Raiha.

18. Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
• Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan
memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
• Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan
gadis itu memuaskan.

19. Masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain
• Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam
kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
pakar yang bukan calang-calang. (hal.121)
• Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana
bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah
Doktor Uwang.




23 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

20. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup
• Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan
kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
• Unong Siron tabah menjalani pembedahan penggantian sendi pada pinggulnya untuk kali yang keenam.

21. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
• Doktor Uwang gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang terkemuka.

22. Masyarakat yang reda dengan ketentuan Tuhan
• Doktor Raiha reda dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api
dalam kebakaran kereta suaminya.

23. Masyarakat yang jujur dalm mengambil tindakan
• Felicia jujur menceritakan punca kematian anak Doktor Raiha kepadanya setelah menginsafi
kesalahannya merahsiakan perkara itu.

24. Masyarakat yang sayang akan keluarga
• Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
kanak-kanak sindrom Down.
• Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat rawatan yang terbaik dan sentiasa
berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ.

25. Masyarakat yang berkerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
• Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor
Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.

26. Masyarakat yang taat apabila menerima arahan
• Doktor Uwang mentaati arahan bapanya yang memintanya menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan
Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan
tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
• Isteri Doktor Uwang taat dengan keputusan suaminya yang menghantar anak tunggal mereka berusia
tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga tidak mahu mempunyai anak lagi.

27. Masyarakat yang mengakui kesalahan diri
• Felicia akhirnya insaf akan kesalahannya yang terlibat secara tidak langsung dalam peristiwa yang
menyebabkan kematian Ayu dan meminta maaf daripada Doktor Raiha serta berterus terang kepadanya.

28. Masyarakat yang tegas dalam mengambil keputusan
• Doktor Raiha tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan
Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun
tindakannya itu ditentang oleh suaminya.



NILAI

1. Nilai Kerajinan
• Doktor Raiha rajin belajar unsur-unsur perbedahan daripada mentornya, Doktor Uwang sewaktu menuntut
sebagai siswi tahun pertama perubatan dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh
mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
• Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia
berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

2. Nilai Ketabahan
• Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan
kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
• Unong Siron tabah menjalani pembedahan penggantian sendi pada pinggulnya untuk kali yang keenam.



24 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

3. Nilai Keberanian
• Doktor Raiha berani mempetahankan pendiriannya dengan mengatakan bahawa kematian anak
perempuannya adalah disebabkan oleh suaminya, Doktor Sadiz meskipun keputusan mahkamah
mengatakan sebaliknya. (Sub Nilai - Keberanian mempertahankan pendirian)
• Ibu Unong Siron berani mempertikaikan rawatan yang diberikan oleh Doktor Uwang kepada anaknya,
Unong Siron dengan mengatakan Doktor Uwang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas mereka
dan tidak memperdulikan kebajikan dan keselamatan anaknya. (Sub Nilai - Keberanian
mempertahankan hak)
• Felicia berani memberitahu penglibatannya atas kematian Rohayu kepada Doktor Raiha setelah sekian
lama menyimpan rahsia itu. (Sub Nilai - Keberanian menyatakan kebenaran)
• Doktor Raiha berani melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan melakukan
pembedahan kali keenam penggantian tulang pinggul Unong Siron walaupun Raiha berpendapat hanya
Doktor Uwang yang layak melakukan pembedahan itu. (Sub Nilai - Keberanian dalam mengambil
tanggungjawab)

4. Nilai Tanggungjawab
• Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan
memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
• Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan
gadis itu memuaskan.
• Ayah Doktor Raiha membantah hasratnya ingin berkahwin dengan Doktor Sadiz kerana tidak mahu Doktor
Raiha menghadapi masalah pada kemudian hari.

5. Nilai Keprihatinan
• Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam
kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
pakar yang bukan calang-calang.
• Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana
bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah
Doktor Uwang.

6. Nilai Kegigihan
• Doktor Uwang gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang terkemuka.
• Doktor Raiha gigih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pakar bedah yang mengutamakan
kebajikan pesakitnya. Doktor Raiha juga gigih mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang yang lebih
mementingkan keuntungan dan sikap Felicia Landosi yang tidak mesra pelanggan.
* Maksud gigih – patuh kepada pendirian (pendapat dsb) sendiri

7. Nilai keredaan
• Doktor Raiha reda dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api
dalam kebakaran kereta suaminya.

8. Nilai kejujuran
• Felicia jujur menceritakan punca kematian anak Doktor Raiha kepadanya setelah menginsafi
kesalahannya merahsiakan perkara itu.

9. Nilai kasih sayang
• Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
kanak-kanak sindrom Down. Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat
rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ. (Sub
Nilai - Kasih sayang ibu terhadap anak)
• Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan
sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu. (Sub Nilai - Kasih sayang
rakan terhadap rakan)
• Ayah Doktor Raiha menasihatinya agar tidak beerkahwin dengan Doktor Sadiz yang sombong dan lebih
tua daripadanya kerana yakin perkahwinan tersebut tidak akan membawa kebahagian. (Sub Nilai - Kasih
sayang ayah terhadap anak)

10. Nilai kerjasama
• Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor
Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.


25 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

• Doktor Raiha, Ibu Unong Siron dan staf lain di PRPK bekerjasama menyelamatkan Felicia Landosi
daripada terus ditawan oleh doktor palsu.

11. Nilai Ketaatan
• Doktor Uwang mentaati arahan bapanya yang memintanya menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan
Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan
tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
• Isteri Doktor Uwang mematuhi apa-apa sahaja kata dan taat dengan keputusan suaminya yang
menghantar anak tunggal mereka berusia tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Dia juga akur apabila
suaminya juga tidak mahu mempunyai anak lagi.

12. Nilai mengakui kesalahan diri
• Felicia akhirnya insaf akan kesalahannya yang terlibat secara tidak langsung dalam peristiwa yang
menyebabkan kematian Ayu dan meminta maaf daripada Doktor Raiha serta berterus terang kepadanya.

13. Nilai ketegasan
• Doktor Raiha tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan
Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun
tindakannya itu ditentang oleh suaminya.
• Doktor Uwang bertegas dengan isterinya yang dia tidak mahu mempunyai anak lagi. Dia juga tegas
dengan tindakannya menghantar anak tunggalnya ke asrama penuh sejak berusia tujuh tahun.



PENGAJARAN

1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai impian
• Doktor Raiha rajin belajar unsur-unsur perbedahan daripada mentornya, Doktor Uwang sewaktu menuntut
sebagai siswi tahun pertama perubatan dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh
mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
• Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia
berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

2. Kita hendaklah berani mempertahankan pendirian
• Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan
oleh Doktor Sadiz.
• Ibu Unong Siron berani mempertikaikan rawatan yang diberikan oleh Doktor Uwang kepada anaknya.
• Felicia berani menyatakan kebenaran dengan memberitahu penglibatannya atas kematian Rohayu
kepada Doktor Raiha.

3. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
• Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan
memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
• Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan
gadis itu memuaskan.

4. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain
• Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam
kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
pakar yang bukan calang-calang. (hal.121)
• Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana
bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah
Doktor Uwang.

5. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup
• Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan
kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
• Unong Siron tabah menjalani pembedahan penggantian sendi pada pinggulnya untuk kali yang keenam.




26 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

6. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
• Doktor Uwang gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang terkemuka.

7. Kita hendaklah reda dengan ketentuan Tuhan
• Doktor Raiha reda dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api
dalam kebakaran kereta suaminya.

8. Kita hendaklah jujur dalam mengambil tindakan
• Felicia jujur menceritakan punca kematian anak Doktor Raiha kepadanya setelah menginsafi
kesalahannya merahsiakan perkara itu.

9. Kita hendaklah sayang akan keluarga
• Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
kanak-kanak sindrom Down.
• Isteri Doktor Uwang mematuhi apa-apa sahaja kata dan taat dengan keputusan suaminya yang
menghantar anak tunggal mereka berusia tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga tidak
mahu mempunyai anak lagi.

10. Kita hendaklah berkerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
• Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor
Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.

11. Kita hendaklah taat kepada ibu bapa / suami
• Doktor Uwang mentaati arahan bapanya yang memintanya menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan
Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan
tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
• Isteri Doktor Uwang taat dengan keputusan suaminya yang menghantar anak tunggal mereka berusia
tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga tidak mahu mempunyai anak lagi.

12. Kita hendaklah mengakui kesalahan diri
• Felicia akhirnya insaf akan kesalahannya yang terlibat secara tidak langsung dalam peristiwa yang
menyebabkan kematian Ayu dan meminta maaf daripada Doktor Raiha serta berterus terang kepadanya.

13. Kita hendaklah tegas dalam mengambil keputusan
• Doktor Raiha tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan
Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun
tindakannya itu ditentang oleh suaminya.

14. Kita janganlah memandang negatif terhadap anak yang cacat
• Doktor Sadiz mahukan anaknya dihantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down,
malahan pernah mendesak isterinya, Doktor Raiha menggugurkan kandungannya kerana keadaan anak
mereka yang tidak sempurna itu. (hal.88)

15. Kita hendaklah mengenang budi apabila diberikan pertolongan
• Felicia tidak membenarkan Doktor Raiha menyentuhnya walaupun sebelum itu Doktor Raiha telah
menyelamatkannya daripada tahanan penceroboh. (hal.134)

16. Kita hendaklah mempunyai prinsip hidup
• Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor
pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang
wanita, namun berkat usaha dan prinsip yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan
yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

17. Kita hendaklah mengamalkan prinsip muafakat dalam kehidupan
• Doktor Raiha, ibu Unong Siron, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng dan lain-lain berusaha membebaskan
Felicia daripada terus ditahan oleh doktor palsu. (hal.132-134)




27 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

18. Kita hendaklah bertindak negatif untuk mengatasi tekanan perasaan
• Felicia Londosi kerap minum ubat batuk untuk melupakan masakah keluarga dan tekanan yang dihadapi
sehingga lama-kelamaan dia menjadi ketagih. Begitu juga dengan seorang pemuda yang menyamar
sebagai doktor di PRPK yang mengalami tekanan perasaan setelah gagal dalam peperiksaan dan
ditinggalkan oleh kekasihnya.

19. Janganlah kita bertindak kejam terhadap orang lain
• Doktor Sadiz bertindak kejam terhadap isterinya, Doktor Raiha dengan memaksanya menggugurkan
kandungan dan membiarkan Doktor Raiha hidup tanpa sokongan daripada suami. Doktor Sadiz juga telah
membakar keretanya sehingga menyebabkan kematian anaknya. (hal.157)

20. Janganlah kita mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
• Doktor Uwang merawat pesakitnya dengan motif mengaut keuntungan yang banyak. Dia membeli
peralatan yang murah dan berkualiti rendah untuk digunakan dalam pembedahan terhadap pesakit kelas
menengah bawah dan kelas pertengahan. Doktor Uwang juga sengaja melakukan pembedahan secara
berulang terhadap pesakitnya dengan tujuan memperoleh keuntungan. (hal.140)

21. Janganlah kita hidup dengan pergaulan bebas
• Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas
sewaktu mudanya

22. Janganlah kita bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri
• Doktor Sadiz tidak mahu memelihara anaknya, Rohayu dan ingin menghantar anaknya itu ke pusat
rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down kerana malu akan pandangan masyarakat terhadapnya
yang merupakan pakar bedah. Doktor Sadiz juga berasa angkuh apabila memenangi perbicaraan kes
penceraian dengan Doktor Raiha di mahkamah keluarga.



































28 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

SOALAN KBAT MENGIKUT ARAS


ARAS MENGINGAT

• Nyatakan watak utama dan watak-watak sampingan dalam novel Pantai Kasih.
• Nyatakan tema novel Pantai Kasih.
• Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam novel Pantai Kasih.
• Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam novel Pantai Kasih.
• Nyatakan dua latar masa dan dua latar tempat yang terdapat dalam novel Pantai Kasih..
• Nyatakan latar masyarakat yang terdapat yang berlaku pada masa tersebut.

ARAS MEMAHAMI

▪ Jelaskan tema yang ingin disampaikan oleh pengarang
▪ Jelaskan dua persoalan dalam novel.
▪ Jelaskan tentang tema novel yang anda pelajari.
▪ Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel?
▪ Mengapakah watak utama dalam novel yang anda pelajari menghadapi cabaran dan konflik?
▪ Mengapakah Unong Siron menjalani pembedahan sebanyak enam kali pada bahagian tubuh yang sama?
▪ Mengapakah Doktor Sadiz sangat membenci Doktor Raiha?
▪ Mengapakah Doktor Uwang menggunakan peralatan murah dan berkualiti rendah di PRPK?

ARAS APLIKASI

▪ Sekiranya anda watak utama dalam novel tersebut, bagaimanakah tindakan yang sewajarnya anda
ambil agar kehidupan anda lebih baik dan bermakna?
▪ Sekiranya anda salah seorang watak dalam novel tersebut, jelaskan tindakan anda dalam membantu
watak lain dalam novel tersebut.
▪ Sekiranya anda watak utama dalam novel tersebut, apakah tindakan yang perlu adakan lakukan terhadap
mereka yang pernah menyakiti hati anda?
▪ Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua faedah yang anda boleh teladani setelah
membaca novel tersebut.
▪ Sekiranya anda ayah Doktor Raiha, apakah nasihat yang akan anda berikan demi kebahagian Doktor
Raiha.

ARAS ANALISIS

• Mengapakah anda mengatakan peristiwa-peristiwa yang terdapat pada permulaan / perkembangan /
perumitan / puncak / peleraian dalam novel Pantai Kasih menarik?
• Nyatakan dua peristiwa menyentuh perasaan anda. Mengapakah anda berperasaan sedemikian?
• Jelaskan cara watak ( watak utama dan watak sampingan ) menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.
• Nyatakan persamaan dan perbezaan perwatakan antara watak utama dengan satu watak sampingan
yang terdapat dalam novel Pantai Kasih.
• Nyatakan satu peristiwa yang mempunyai kaitan dengan peristiwa lain dalam novel yang anda pelajari.
• Jelaskan dua nilai keberanian yang terdapat dalam novel Pantai Kasih.
• Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan persoalan maruah.
• Jelaskan dua nilai pengorbanan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
• Jelaskan dua pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
• Jelaskan dua latar tempat yang dapat dikaitkan dengan persoalan pengorbanan dalam novel Pantai Kasih.
• Jelaskan titik perubahan dalam novel Pantai Kasih.
• Jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak tersebut menyelesaikannya.
• Jelaskan satu konflik yang dihadapi oleh mana-mana dua watak dan cara mereka menyelesaikannya
• Jelaskan dua peristiwa yang dapat menyokong tema novel yang anda pelajari.




29 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

ARAS MENILAI

• Bersetujukah anda dengan cara pengarang memulakan cerita dalam novel Pantai Kasih?
• Bersetujukah anda dengan cara pengarang mengakhiri cerita dalam novel Pantai Kasih?
• Bersetujukah anda dengan judul novel yang anda kaji?
• Mengapakah anda mengatakan permulaan novel yang anda pelajari menarik minat anda?
• Nyatakan peristiwa-peristiwa yang menarik minat anda. Mengapa anda berkata demikian?
• Wajarkah watak utama memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang pernah menyakiti hati
anda?
• Jelaskan sebab anda tidak bersetuju dengan tindakan watak utama atau watak sampingan dalam novel
Pantai Kasih.
• Anda kurang bersetuju dengan pemilihan watak utama dalam novel yang anda telah pelajari
Jelaskan watak yang anda akan angkat sebagai watak utama sekiranya anda pengarang novel tersebut.
▪ Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menyentuh perasaan anda.
▪ Klimaks atau puncak cerita merupakan unsur penting dalam plot sesebuah cerita.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

ARAS REKA CIPTA

• Anda diberi peluang menentukan peleraian novel Pantai Kasih. Bagaimanakah anda mengakhiri cerita
tersebut?
• Bagaimanakah anda dapat menjadikan novel Pantai Kasih menjadi lebih menarik?































30 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

KERTAS TUGASAN

BIODATA PENGARANG

Latihan 1

Lengkapkan peta biodata pengarang novel Pantai Kasih di bawah.


Nama, tarikh lahir,

tempat lahir








Pendidikan







Kerjaya






Karya








Pengiktirafan











31 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

SINOPSIS NOVEL

Latihan 2

Lengkapkan peta alir sinopsis novel Pantai Kasih di bawah.


Doktor Raiha mengalami konflik setelah
mengesan sesuatu yang tidak kena dengan
pesakit bernama Unong Siron yang mengalami
komplikasi berulang kali walaupun sudah
menjalani pembedahan tulang pinggul sebanyak
enam kali. Pada masa yang sama, Doktor Raiha

gelisah kerana memikirkan peristiwa hitam yang
dialaminya bersama bekas suaminya, Doktor
Sadiz. Kenangan pahit itu telah menghantui
hidup Doktor Raiha.





Doktor Uwang berasa tercabar apabila Doktor Felicia Landosi sering memasuki ruang farmasi di
Raiha mempertikaikan. Doktor Uwang dan PRPK untuk mengambil ubat bagi menenangkan
Felicia secara tidak langsung terlibat dengan fikirannya, manakala Doktor Uwang mengunjungi
perancangan Doktor Sadiz sehingga kelab malam eksklusif bagi menghilangkan
menyebabkan Rohayu terkorban. Semasa keresahannya daripada terdengar suara dan
perbicaraan kes antara Doktor Raiha dengan gambaran kanak-kanak mirip wajah anak Doktor
Doktor Sadiz, kes tersebut memihak kepada Raiha yang rentung dan meminta diselamatkan.
Doktor Sadiz menyebabkan Doktor Raiha berasa
amat kecewa.






Doktor Uwang kemalangan kerana keretanya
melanggar tembok garaj di Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Tanpa kerelaannya, Doktor Uwang
dibedah menggunakan peralatan palsu dan
bermutu rendah yang dibelinya khusus untuk
pesakit golongan menengah bawah dan
pertengahan. Doktor Raiha melakukan
pembedahan terhadap Doktor Uwang yang
cedera akibat kemalangan







Untuk menyelamatkan Doktor Uwang, Doktor
Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan
pembedahan penggantian sendi tulang pada
pergelangan tangan dan lutut Doktor Uwang.










32 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

TEMA NOVEL

Latihan 3

Huraikan tema novel Pantai Kasih dengan melengkapkan peta minda di bawah.


Tabah menghadapi kematian anak

kesayangannya
Tema novel
1
Pantai Kasih
ialah ketabahan
hati seorang 2
wanita
menghadapi
3
pelbagai
rintangan dan
konflik dalam
4
hidupnya.







Tulis semula maklumat di atad dalam bentuk ayat huraian dengan menggunakan peananda wacana yang sesuai.



TEMA DAN HURAIAN



Tema novel Pantai Kasih ialah ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan
dan konflik dalam hidupnya.


Contohnya,

















33 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

PERSOALAN NOVEL

Latihan 4

Huraikan lima persoalan dengan melengkapkan peta minda berikut.




PERSOALAN




1. Persoalan kasih sayang 5. Persoalan --------------
seorang ibu terhadap -------------------------------
anaknya
-------------------------------
-------------------------------
-------------------------------

3. Persoalan ketegasan dalam -------------------------------
mengambil keputusan ----------------------------
Doktor Raiha tegas untuk tidak Doktor Raiha berdoa agar
menggugurkan janin dalam pembedahan ke atas
kandungannya walaupun didesak Unong Siron untuk kali
oleh suaminya, Doktor Sadiz. keenam di tempat yang
Doktor Raiha juga tegas dengan sama berjaya dijalankan
pendiriannya menjadi seorang dia kerana memahami
doktor dan berkahwin dengan kesakitan pesakitnya itu.
Doktor Sadiz walaupun dibantah
oleh ayahnya.



2. Persoalan tentang sikap berani mengaku
kesalahan 4.

























34 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

PLOT NOVEL

Latihan 5

Berdasarkan Novel Renyah , lengkapkan jadual di bawah


HURAIAN PLOT

Cerita dalam novel ini berkembang apabila muncul watak-watak lain yang menghadapi masalah
dalaman masing-masing. Doktor Uwang dengan prinsipnya yang hanya mementingkan
keuntungan daripada bayaran rawatan di PRPK. Felicia berasa resah disebabkan peristiwa
hitam yang sering kali menghantui perasaannya sehingga mendorongnya mengambil ubat
batuk secara curi-curi untuk menghilangkan keresahannya. Doktor Uwang juga berjaya
membangunkan PRPK tetapi belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, Datu
Ontong. Doktor Raiha pula seolah-olah mempertikaikan kewibawaan Doktor Uwang yang
sebelum ini merawat Unong Siron _______________

Novel ini dimulakan dengan persoalan yang bermain di fikiran Doktor Raiha tentang sebab
pesakit bernama Unong Siron perlu menjalani pembedahan tulang pinggul sebanyak enam kali 1
sedangkan lima pembedahan sebelumnya itu dijalankan oleh pakar otopedik yang terkenal, iaitu
Doktor Uwang. Pada masa yang sama, Doktor Raiha gelisah kerana memikirkan peristiwa hitam
yang dialaminya bersama bekas suaminya, Doktor Sadiz Permulaan

Doktor Raiha melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan. Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Doktor Raiha atas
penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada
malam kematian anak perempuannya itu. Doktor Raiha menerima semua takdir itu dengan
menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan. _______________


Doktor Uwang berasa tercabar apabila Doktor Raiha mempertikaikan kewibawaannya sebagai
seorang pakar bedah. Doktor Uwang dan Felicia secara tidak langsung terlibat dengan
perancangan Doktor Sadiz sehingga menyebabkan Rohayu terkorban. Semasa perbicaraan
kes antara Doktor Raiha dengan Doktor Sadiz, kes tersebut memihak kepada Doktor Sadiz
menyebabkan Doktor Raiha berasa amat kecewa. Doktor Uwang terbayang-bayangkan anak
Pak Usunya, Doktor Sadiz yang rentung dan meminta diselamatkan. Bayangan tersebut datang
pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan. _______________

Novel ini mencapai puncak apabila Doktor Uwang mengalami kemalangan kerana melanggar
tembok garaj di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pergelangan tangan dan lututnya hancur
menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Tanpa kerelaannya,
pembedahan dijalankan dengan menggunakan peralatan palsu dan bermutu rendah yang
dibelinya khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan.
_______________



















35 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

WATAK DAN PERWATAKAN

Latihan 6

Lengkapkan Peta Buih Berganda dengan menyatakan perwatakan Doktor Raiha dengan Doktor Uwang



tegas tidak
amanah
jujur





Doktor Doktor
Raiha Uwang





berbakat





doktor pakar
bedah



Huraikan dua perwatakan bagi setiap watak di bawah.

Watak Perwatakan

Doktor Raiha 1






2




Doktor Uwang 1





2





36 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

GAYA BAHASA

Latihan 7

Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat yang sesuai.


GAYA BAHASA CONTOH

Contoh,
Simile Terasa seperti perasaannya membuak-buak ganas. (hal.3),
... yang besar bak istana... (hal.21), ... wad-wad VIP
yang bak kamar hutel lima bintang itu. (hal.15)

Contoh,
... apabila lidah api yang berwarna merah unggu, kuning dan
kebiru-biruan menjilat tubuh kecil kanak-kanak malang yang tidak
... (hal.13)
Begitu juga sebarang kegagalan yang mungkin mampu
membunuh semangatnya yang rapuh itu. (hal.6)


Metafora







Sinkope Contoh,
IQ seorang lelaki tidak sama dengan kaum wanita seperti kau dan
ibumu! (hal.7)
... kandunganku (hal.57)
“Awak terhudu tak bau itu?” (hal.125)


Hiperbola Contoh,
Deru angin menggemparkan ... (hal.2)
... suatu peristiwa peribadi yang amat hitam .. (hal.5)



Istilah perubatan





















37 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

LATAR MASA, TEMPAT DAN MASYARAKAT
Latihan 8

Lengkapkan jadual di bawah dengan perkaitan latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang sesuai.





PRPK



Latar Masa Latar Tempat Latar Masyarakat


Pada waktu Masyarakat yang amanah dalam menjalankan
petang tanggungjawab.


Bukti :
Doktor Raiha melakukan pembedahan penggantian tulang pinggul ke atas Unong Siron
sebagaimana yang diamanahkan oleh Doktor Uwang.


Pada waktu Mahkamah Keluarga
siang


Bukti:
Setelah memenangi kes Raiha vs Sadiz, Doktor Sadiz melangkah dengan angkuhnya keluar dari
mahkamah keluarga menuju ke arah kereta baharunya sebelum dia terlibat dalam kemalangan maut
dengan lori tangki minyak yang berhenti secara tiba-tiba di kawasan lampu isyarat.


Di Tepi Rumah Tumpangan



Bukti:
Sebagai akibat perasaan dendam dan marahnya terhadap Doktor Raiha, Doktor Sadiz bertindak
membakar kereta Porsche miliknya di perkarangan rumah tumpangan tersebut sehingga
menyebabakan kematian anak tunggal mereka, Ayu.


















38 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

NILAI KEMANUSIAAN
Latihan 9

Berdasarkan novel Pantai Kasih, huraikan dua contoh yang sesuai bagi setiap nilai yang diberikan.



Nilai dan huraian
Novel Pantai Kasih



NILAI CONTOH


1. Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian
Nilai Keberanian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Doktor Sadiz.

2.









Nilai Keprihatinan 1.





2.







1.
Nilai Tanggungjawab




2.













39 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

PENGAJARAN NOVEL PANTAI KASIH
Latihan 10

Lengkapkan ruangan kosong bagi setiap pengajaran novel Pantai Kasih di bawah dengan perkataan atau frasa
yang sesuai.


Pengajaran dan Huraian






Kita hendaklah __________________berusaha untuk mencapai impian
• Doktor Raiha rajin belajar unsur-unsur ________________ daripada mentornya, Doktor Uwang
sewaktu menuntut sebagai siswi tahun pertama perubatan dan sanggup melakukan apa-apa sahaja
yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demontrasi.
• Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu
dia berjaya belajar hingga menjadi seorang ________________di Hospital Kinabalu.


Kita hendaklah _______________ akan keluarga
• Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup ____________ dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat
Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down
• Isteri Doktor Uwang ____________ apa-apa sahaja kata dan taat dengan keputusan suaminya yang
menghantar anak tunggal mereka berusia tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga
tidak mahu _____________ anak lagi.


Kita janganlah ___________________ negatif terhadap anak yang cacat
• Doktor Sadiz mahukan anaknya dihantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down,
malahan pernah _______________ isterinya, Doktor Raiha menggugurkan kandungannya kerana
keadaan anak mereka yang tidak sempurna itu. (hal.88)


Janganlah kita mementingkan __________________ daripada nilai kemanusiaan
• Doktor Uwang merawat pesakitnya dengan motif mengaut _______________ yang banyak. Dia
membeli peralatan yang murah dan berkualiti rendah untuk digunakan dalam pembedahan terhadap
pesakit kelas menengah bawah dan kelas pertengahan. Doktor Uwang juga sengaja melakukan
pembedahan secara ______________ terhadap pesakitnya dengan tujuan memperoleh keuntungan.
(hal.140)


Kita hendaklah ______________ apabila menerima arahan
• Doktor Uwang mentaati arahan _____________yang memintanya menghantar Pak Usunya, Doktor
Sadiz dan Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis
sambutan tahun baharu di rumah Doktor Uwang
• Isteri Doktor Uwang taat dengan _____________ suaminya yang menghantar anak tunggal mereka
berusia tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga tidak mahu mempunyai anak lagi.









40 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

TEKNIK PLOT
Latihan 11

Padankan teknik plot di bawah dengan huraian contoh yang berkaitan



Teknik Plot Contoh Teknik Plot


Pembaca tidak menyangka bahawa Doktor Sadiz tergamak
Teknik Pemerian mendesak isterinya, Raiha agar menggugurkan janin dalam
kandungan isterinya kerana janin tersebut tidak normal.

Dialog antara Doktor Raiha dengan Felicia apabila Felicia
menceritakan punca kematian Ayu dan meminta maaf daripada
Teknik dialog Doktor Raiha.

“Doktor Raiha,” ucap Felicia Landosi, dalam nafas yang tersedu-
sedu. “Maafkan saya, doktor. Maafkan saya. Saya tidak
pernah berniat untuk mencerakan anak perempuan doktor itu.
Tidak sengaja.” “Apa maksudmu?” tanya Raiha, tersentak.

Imbas Muka
Pembaca ingin tahu rahsia dan sebab sebenar Doktor Raiha sering
mendengar suara-suara aneh yang sering menghantuinya siang
dalam malam.


Doktor Sadiz membayangkan anak dalam kandungan Doktor Raiha
Saspens yang tidak sempurna hanya akan menyusahkan mereka nanti.


Pengarang memerihalkan keadaan Doktor Raiha yang terpukul
apabila cuba mempertikaikan kewibawaan Doktor Uwang.
Buat seketika, Raiha terpukul bisu. Terasa seperti perasaannya
Kejutan membuak-buak ganas. Dadanya sakit membonggol. Dia
menegangkan rahangnya. Ditatap wajah tenang Doktor Uwang,
merangkap bosnya itu.(hal.3)





















41 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

LATIHAN 12

Berdasarkan novel Pantai Kasih, jelaskan empat sifat positif yang dimiliki oleh watak utama.


LATIHAN 13

Nyatakan dua peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali dalam novel Pantai Kasih.




LATIHAN 14

Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.




LATIHAN 15

Dengan menggunakan Peta Dakap, kenal pasti konflik yang dihadapi oleh watak
• Watak Utama – Doktor Raiha


o __________________________________________
__________________________________________
o __________________________________________

Kerjaya______ __________________________________________
o Kecewa dengan sikap kasar Felicia terhadap pesakit

Konflik yang di PRPK
dihadapi oleh
Doktor Raiha
o Perkahwinan tidak direstui oleh ayah

_______________ o Dizalimi oleh suami, Doktor Sadiz
o Kematian anak kesayangan
o Gagal dalam perkahwinan





LATIHAN 16

Jelaskan tiga konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak menyelesaikannya dalam novel yang telah
anda kaji.










42 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

LATIHAN 17
Dengan menggunakan Peta Pelbagai Alir di bawah, kenal pasti dan lengkapkan punca-punca yang membawa
kepada kematian Ayu dan kesan-kesan daripada peristiwa tersebut.




Perkahwinan DR dgn
DS tidak direstui oleh
ayah DR



RS maut dalam kemalangan
selepas memenangi kes
Raiha vs Sadiz
DS desak DR gugur
kandungan


Kematian

Ayu

(Rohayu binti Sadiz)


DS ingin menghantar Felicia menyesal dan
Ayu ke pusat jagaan menceritakan hal sebenar
kanak-kanak
istimewa






DS membakar kereta
Porschenya



















43 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

SOALAN PEMAHAMAN MENGIKUT ARAS

Aras Rendah:

i) Mengingat
Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Novel Pantai Kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ii) Memahami
Mengapakah Doktor Uwang menggunakan peralatan murah dan berkualiti rendah di PRPK?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aras Tinggi:

iii) Mengaplikasi
Sekiranya anda watak utama dalam novel tersebut, apakah tindakan yang perlu anda lakukan terhadap
mereka yang pernah menyakiti hati anda?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iv) Menganalisis
Nyatakan persamaaan dan perbezaan perwatakan watak-watak dalam novel Pantai Kasih?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

v) Menilai
Wajarkah watak utama memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang pernah menyakiti hati
anda?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

vi) Mencipta
Bagaimanakah anda dapat menjadikan novel Pantai Kasih menjadi lebih menarik?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



44 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL KLON SPM / SVM


Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.

a. Jelaskan tema yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema novel Pantai Kasih
ialah ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dan konflik dalam kehidupannya. Hal
ini terbukti apabila Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuan tunggalnya, Rohayu yang
menghidapi sindrom Down.
Selain itu, Doktor Raiha tabah menghadapi bantahan ayahnya yang tidak bersetuju dengan cita-
citanya ingin menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar
bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan
oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental.
Seterusnya Doktor Raiha tabah menghadapi pergolakan rumah tangga apabila suaminya, Doktor
Sadiz memaksa menggugurkan kandungan dan tidak mahu menceraikannya supaya Doktor Raiha terus
terseksa.

b. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak
persoalan yang ingin disampaikan dalam novel tersebut. Antaranya ialah persoalan kasih sayang seorang
ibu terhadap anaknya. Contohnya, Doktor Raiha begitu sayang akan anak tunggalnya, Rohayu atau Ayu
walaupun anaknya itu menghidap sindron Down dan tidak sanggup Ayu dihantar ke Pusat Rawatan Khas bagi
kanak-kanak sindrom Down oleh suaminya. Doktor. Raiha juga berasa amat sedih atas kematian tragis
anaknya yang disambar api dalam kebakaran kereta mewah milik suaminya.
Selain itu terdapat juga persoalan kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Hal ini
terbukti apabila Doktor Uwang lebih mengutamakan keuntungan daripada perniagaan perubatan yang
diceburinya berbanding dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga pesakit untuk membiayai kos
rawatan. Sebagai contoh, Doktor Uwang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong Siron asalkan
berkemampuan mendapatkan rawatan.
Seterusnya, persoalan sikap berani mengaku kesalahan. Sebagai contoh, Felicia Landosi
mengakui kesalahannya yang terlibat dalam tragedi malang sehingga meragut nyawa anak perempuan Doktor
Raiha. Dia meminta maaf kerana terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan Doktor Raiha.

c. Jelaskan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara persoalan kasih
sayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah persoalan kasih sayang ibu terhadap anak. Contohnya,
Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
kanak-kanak sindrom Down.
Persoalan kasih sayang yang seterusnya ialah persoalan kasih sayang rakan terhadap rakan.
Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan
sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.

d. Jelaskan dua persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara persoalan
tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut ialah persoalan tanggungjawab ibu terhadap anak.
Contohnya, Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama
anaknya, Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan
untuk kanak-kanak sindrom Down.
Persoalan tanggungjawab yang seterusnya ialah persoalan tanggungjawab rakan terhadap
rakan. Doktor Raiha menumpangkan Felisia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri
dan sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.

e. Jelaskan tiga perwatakan watak utama yang digambarkan dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama dalam novel
tersebut ialah Doktor Raiha. Doktor Raha seorang yang penyayang. Doktor Raiha amat menyayangi



45 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

anaknya walaupun anak itu tidak normal. Dia sanggup melarikan anaknya daripada suaminya kerana tidak
rela anaknya itu di hantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom Down.
Selain itu, Doktor Raiha juga seorang yang tegas. Doktor Raiha tegas dan tetap menjadi pakar
bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan
kandungannya walaupun tindakannya itu ditentang oleh suaminya.
Seterusnya, Doktor Raiha seorang yang tabah. Doktor Raiha tabah menghadapi pelbagai
cabaran dalam usaha untuk melupakan kenangan pahit yang mengorbankan anak kesayangannya dan
peristiwa hitam yang membawa kehancuran rumah tangganya bersama-sama Doktor Sadiz.

f. Jelaskan tiga perwatakan satu watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Salah seorang watak
sampingan dalam novel tersebut ialah Doktor Uwang. Doktor Uwang seorang yang gigih. Doktor Uwang
gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula daripada pusat rawatan kecil sehingga menjadi sebuah
pusat rawatan eksklusif yang terkemuka.
Selain itu, Doktor Uwang seorang yang tegas. Dia bertegas tidak mahu mempunyai anak lagi
sehingga terpaksa dituruti kehendaknya itu oleh isterinya. Dia juga tegas dengan tindakannya menghantar
anak tunggalnya ke asrama penuh sejak berusia tujuh tahun.
Perwatakan lain Doktor Uwang ialah seorang yang tidak jujur. Doktor Uwang membelikan
peralatan tiruan dan bermutu rendah khas untuk pesakit golongan menengah bawah dan golongan
pertengahan sehingga pesakitnya mengalami infleksi yang berterusan. Dia juga gemar perfoya-foya dan
bertukar-tukar teman wanita di pusat hiburan sedangkan dia telah berumah tangga. Doktor Uwang juga tidak
memberitahu perkara yang sebenar tentang punca kematian Ayu kepada Doktor Raiha.



g. Jelaskan tiga latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara latar masa yang
terdapat dalam novel tersebut ialah pada waktu petang. Pada waktu ini Doktor Uwang berhalangan ke PRPK
untuk membedah Unong Siron. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh
Doktor Uwang.
Selain itu terdapat juga latar pada waktu malam. Pada waktu ini Doktor Uwang ternampak
seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak di bawah cahaya lampu di halaman banglonya pada waktu
malam. Doktor Raiha teringat akan Doktor Sadiz yang menyuruhnya menguggurkan kandungannya sewaktu
berada di dalam lif kondominiumnya.
Latar masa seterusnya ialah menjelang dinihari. Menjelang dinihari Felicia berjumpa dengan
Doktor Raiha dan memohon maaf daripadanya atas keterlibatannya dalam kematian Ayu sehari sebelum
sempat Doktor Sadiz menghantar Ayu ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down.
Atas arahan Doktor Sadiz, Felicia membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar kereta
Porschenya itu.

h. Jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara latar tempat dalam
novel tersebut ialah Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Di pusat rawatan ini Doktor Uwang, Doktor Rahia,
Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng, dan Felicia Landosi bertugas. Di sini jugalah tempat Unong Siron
mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali.
Selain itu, di tepi rumah tumpangan. Di tempat ini Doktor Sadiz mencurah minyak petrol,
kemudian membakar kereta Porshe miliknya yang dibawa lari oleh Doktor Raiha bersama-sama anaknya.
Secara kebetulan anak Doktor Raiha berada di situ turut terbakar.
Latar tempat seterusnya ialah rumah Doktor Uwang. Rumah ini menjadi tempat tinggal Doktor
Uwang dan keluarganya. Di sini juga berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa
Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang atas permintaan Datu Ontong.

i. Hurai tiga nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.. Terdapat banyak nilai
murni dalam novel Pantai Kasih.
Nilai pertama ialah nilai ketabahan. Contohnya, Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan
konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan kematian anak tunggal kesayangannya dan
keruntuhan rumah tangganya.
Niali kedua ialah nilai kegigihan. Contohnya, Doktor Uwang gigih membangunkan empayar
PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang
terkemuka.


46 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

Nilai seterusnya ialah nilai keredaan. Contohnya, Doktor Raiha reda dengan kehilangan anak
tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api dalam kebakaran kereta suaminya.

j. Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.. Terdapat banyak latar
masyarakat yang digambarkan dalam novel Pantai Kasih.
Antara latar masyarakat tersebut ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran dan
dugaan hidup. Contohnya, Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor
Raiha tabah dengan kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
Selain itu, terdapat juga latar masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya, Doktor Uwang gigih
membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat
rawatan ekslusif yang terkemuka.
Seterusnya, latar masyarakat yang reda dengan ketentuan Tuhan. Contohnya, Doktor Raiha
reda dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api dalam kebakaran
kereta suaminya.

k. Huraikan tiga nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara nilai
tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut ialah nilai tanggungjawab ibu terhadap anak.
Contohnya, Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama
anaknya, Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan
untuk kanak-kanak sindrom Down.
Selain itu, terdapat juga nilai tanggungjawab pekerja terhadap profesion. Hal in terbukti
apabila Doktor Raiha mempertikaikan sikap Doktor Uwang yang lebih mementingkan keuntungan daripada
kebajikan pesakit dan terkilan dengan sikap Felicia Landosi yang bersikap kasar terhadap pelanggan di PRPK
kerana perbuatan tersebut akan menjejaskan kerjaya murni pegawai perubatan.
Nilai kasih sayang yang seterusnya ialah nilai tanggungjawab rakan terhadap rakan. Doktor
Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan sedia
memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.

l. Huraikan dua nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara nilai kasih sayang
yang terdapat dalam novel tersebut ialah nilai kasih sayang ibu terhadap anak. Contohnya, Doktor Raiha
membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya, Rohayu kerana
tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak
sindrom Down.
Nilai kasih sayang yang lain ialah nilai kasih sayang rakan terhadap rakan. Doktor Raiha
menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan sedia memaafkan
kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.

m. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak yang
pengajaran yang kita peroleh daripada novel Pantai Kasih.
Antaranya ialah kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya,
Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan
kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
Selain itu, kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya. Contohnya, Doktor Uwang gigih
membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat
rawatan ekslusif yang terkemuka.
Seterusnya, kita hendaklah reda dengan ketentuan Tuhan. Contohnya, Doktor Raiha reda
dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api dalam kebakaran kereta
suaminya.

n. Jelaskan dua pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat beberapa
pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan kerjasama. Antaranya ialah kita hendaklah
bekerjasama untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama
melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.





47 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

Pengajaran kerjasama yang lain ialah kita hendaklah bekerjasama menentang penceroboh.
Doktor Raiha, Ibu Unong Siron dan staf lain di PRPK bekerjasama menyelamatkan Felicia Landosi daripada
terus ditawan oleh doktor palsu di Pusat Rawatan Pantai Kasih.


o. Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik
minat anda.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak sebab
bahagia permulaan novel tersebut menarik. Antaranya adalah kerana menggambarkan sifat amanah dan
tanggungjawab seorang pekerja terhadap majikannya. Doktor Raiha melakukan pembedahan kali
keenam ke atas Unong Siron. Pemedahan tersebut sepatutnya dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi
diserahkan kepada Doktor Raiha kerana pakar bedah itu mempunyai urusan lain.
Selain itu, bahagian permulaan novel ini juga menarik kerana menunjukkan keberanian orang
bawahan menegur ketua yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab. Pada bahagian
permulaan novel ini, Doktor Raiha mempertikaikan kewibawaan mentornya yang juga pemilik PRPK, Doktor
Uwang kerana melakukan pembedahan ke atas Unong Siron sebanyak lima kali di tempat yang sama tetapi
masih tidak sembuh.
Seterusnya, bahagian ini menarik kerana menggambarkan sikap tanggungjawab seorang
ayah yang ingin anaknya hidup bahagia. Doktor Raiha teringat akan bantahan ayahnya apabila dia
menyatakan hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi suri rumah
tangga sepenuh masa. Baginya, kaum wanita harus menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rumah
tangga, bukan bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
Jangkaan ayah Doktor Raiha ternyata benar.





ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 HINGGA 2019




TAHUN 2001 (N)
4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang
anda pelajari ?
4b Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

TAHUN 2002 (J)
4a Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.
4b Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

TAHUN 2002 (N)
4a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.
4b Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari.

TAHUN 2003 (J)
4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda
pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada
kesudahan cerita.
4b Huraikan empat latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.

TAHUN 2003 (N)
4a Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.
Buktikan pernyataan tersebut.
4b Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari.

TAHUN 2004 (J)
4a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang telah
anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.
4b Huraikan empat pengajaran daripada novel yang telah anda pelajari.

48 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

TAHUN 2004 (N)
4a Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
4b Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda
baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.

TAHUN 2005 (J)
4a Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang
telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.
4b Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang
dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel
yang anda pelajari.

TAHUN 2005 (N)
4a Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua
peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat
demikian?
4b Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.

TAHUN 2006 (J)
4a Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang
menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada
setiap novel tersebut.

TAHUN 2006 (N)
4a Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel
tersebut.

TAHUN 2007 (J)
4a Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.

TAHUN 2007 (N)
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
persoalan maruah.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel
menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

TAHUN 2008 (J)
4a Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
4b Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap
novel.

TAHUN 2008 (N)
4a Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk
meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu
menarik minat anda.
4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel
yang anda pelajari.

TAHUN 2009 (J)
4a Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan
terhadap perasaan anda.
4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masa dalam setiap novel.



49 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

TAHUN 2009 (N)
4a Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan
pernyataan di atas.
4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang
terdapat dalam setiap novel.

TAHUN 2010 (J)
4a Jelaskan dua peristiwa kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
4b Huraikan satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

TAHUN 2010 (N)
4a Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, jelaskan sebab-sebab novel yang anda pelajari
menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai
keberanian dalam setiap novel.

TAHUN 2011 (J)
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, ceritakan kandungan novel itu secara ringkas.
4b Huraikan dua pengajaran yang anda peroleh melalui sebuah novel yang anda telah kaji.

TAHUN 2011 (N)
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama dalam novel
tersebut.
4b Jelaskan dua persoalan yang dapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

TAHUN 2012 (J)
4a Huraikan tema sebuah novel yang telah anda pelajari.
4b Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga pengajaran daripada novel tersebut.

TAHUN 2012 (N)
4a Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
4b Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam novel tersebut.

TAHUN 2013 (J)
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan pertentangan pendapat antara watak
utama dengan satu watak lain dalam nevel-novel tersebut.

TAHUN 2013 (N)
4a Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari.
4b Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan
teladan.

TAHUN 2014 (J)
4a Dalam sesebuah novel, di samping watak utama, terdapat banyak watak sampingan. Berdasarkan
sebuah daripada novel di bawah, huraikan watak dan perwatakan watak sampingan yang telah
ditetapkan bagi novel tersebut.

NOVEL WATAK SAMPINGAN
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin Doktor Uwang
(ii) Bimasakti Menari karya Rohayu Mohd Yusop Muhammad Taufik

Catatan : Diubah suai kepada novel semasa.

4b Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang yang terdapat
dalam novel tersebut.

TAHUN 2015 (J)
4a Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab
peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.


50 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0


Click to View FlipBook Version