The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arif79imran, 2020-04-25 01:08:18

Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM KSSM Tingkatan 4

Teknik


Rentas



dan

Pantas







Aspek

Tatabahasa

(Morfologi)






Aspek

Seni

Bahasa



Disusun oleh:
Nota
dan Cikgu Ahmad Azan bin Ab. Latif
Panduan Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
Mudah
Kuala Nerus, Terengganu


1 | [email protected]

KANDUNGAN


Perkara Halaman

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 3

• Modul : 1
Kemahiran Tatabahasa – Kata Tunggal dan Kata Majmuk 4

• Modul : 2
Kemahiran Tatabahasa – Kata Terbitan 7

• Modul : 3
Kemahiran Tatabahasa – Kata Ganda 11

• Modul : 4
Kemahiran Tatabahasa – Kata Akronim 15

• Modul : 5
Kemahiran Tatabahasa – Kata Adjektif 18

• Modul : 6
Kemahiran Tatabahasa – Kata Nama 23

• Modul : 7
Kemahiran Tatabahasa – Kata Kerja 26

• Modul : 8
Kemahiran Tatabahasa – Kata Tugas 31

• Modul 9:
Aspek Seni Bahasa - Peribahasa 54


• Jawapan 57













2 | [email protected]

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN



ASPEK SENI BAHASA

Standard Kandungan:
4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.

Standard Pembelajaran:
4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut
konteks.


ASPEK TATABAHASA

Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

Standard Pembelajaran:
5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan
betul mengikut konteks.
5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut
konteks.
5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul
mengikut konteks.
5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut
konteks.
5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut
konteks.
5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut
konteks.
5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut
konteks.








3 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 1 : Kata Tunggal dan Kata Majmuk


Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.

Standard Pembelajaran:
5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk
dengan betul mengikut konteks.

.

Buku Teks : Halaman 4-5

Tema 1 : Merealisasikan Impian
Tajuk : Menawan Samudera
Aktiviti (2) : Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian, gunakannya dengan
betulnya mengikut konteks.
Jawapan : Halaman 233
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nota
Tatabahasa

Kata Tunggal

• Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
pemajmukan atau penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu:
(i) kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata, dan
(ii) kata tunggal yang mengandungi dua suku kata tau lebih


Kata Tunggal


Kata tunggal Kata tunggal
satu suku kata dua suku kata atau lebih

a. Kata tunggal satu suku kata
Terdapat tujuh pola gabungan konsonan (K)-vokal (V) dalam kata tunggal satu suku kata, seperti
yang berikut:
(i) KV - yu ru ya
(ii) VK - am
(iii) KVK - cat roh tin sen lap wang
(iv) KKVK - draf stor gred skor krim trak
(v) KVKK - golf teks bank zink
(vi) KKKV - skru
(vii) KKKVK - skrip strow spring


4 | [email protected]

b. Kata tunggal dua suku kata

Contoh:
(i) V + KV - aku { a + ku } ubi { u + bi } aur { a + ur }
(ii) KVK + KV - syahdu { syah + du} lampu { lam + pu }
(iii) V + KVK - adik {a + dik } ikan { i + kan }
(iv) KV + KVK - bulat{ bu + lat } kapal { ka + pal }
(v) KV + VK - buih { bu + ih} liar { li + ar }
(vi) KVK +KVK - bengkok{ beng + kok} sunting { sun + ting }


c. Kata tunggal tiga suku kata

Contoh:
(i) KV+KV+KV - bahaya{ ba+ha+ya }
(ii) KVK+KV+V - mentua{ men+tu+a }
(iii) V+KV+KVK - isyarat { i+sya+rat }
(iv) KVK+KV+KV - gembira { gem+bi+ra }
(v) KVK+KV+KVK - matlamat { mat+la+mat }


d. Kata tunggal empat suku kata atau lebih

Contoh:
(i) V+KV+KV+KVK - anugerah { a+nu+ge+rah }
(ii) KV+KV+KV+KVK - masyarakat { ma+sya+ra+kat }
(iii) KV+KV+ KV+KV - selesema { se+le+se+ma }
(iv) V+KV+KVK+KV+KV - universiti { u+ni+ver+si+ti }
(v) KKV+KV+KV+KV+KV - klasifikasi { kla+si+fi+ka+si }
(vi) KVK+KV+KV+KV+KV+KV - personifikasi { per+so+ni+fi+ka+si }



















5 | [email protected]

Nota
Tatabahasa

Kata Majmuk

• Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan menggabungkan dua kata dasar atau lebih.
Perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu.
• Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
• Kata majmuk lazimnya yang dieja terpisah tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Contoh:
kerusi yang malas (Salah)
kerusi malas (Betul)

a. Jenis kata majmuk
.

Kata Majmuk




Rangkai kata bebas Istilah Kiasan

Contoh: Contoh: Contoh:
• tengah hari • lut sinar • kaki ayam
• air hujan • atur cara • hati batu
• jalan raya • susu pekat manis • buah hati
• nasi minyak • kertas kerja • anak buah




b. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:

(i) kata nama majmuk
Contoh : air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

(ii) kata bilangan majmuk
Contoh : tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh

(iii) kata adjektif majmuk
Contoh : aman damai, buta huruf, cantik jelita, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

(iv) kata kerja majmuk
Contoh : angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, gulung tikar, mengadu domba,
mengambil alih, mengambil berat, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang,
mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, dan menembak mati


6 | [email protected]

(v) kata sendi majmuk
Contoh : darihal, daripada, kepada, dan sedari

(vi) kata keterangan majmuk;
Contoh : acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu,
dan sekali sekala.

(vii) kata hubung majmuk
Contoh : apabila, manakala, dan meskipun.

c. Kata majmuk yang telah mantap

antarabangsa kerjasama sukarela
beritahu olahraga suruhanjaya
bumiputera matahari tandatangan

jawatankuasa pesuruhjaya tanggungjawab
kakitangan setiausaha warganegara



d. Pengimbuhan kata majmuk

(i) Ejaannya kata majmuk tetap terpisah apabila menerima imbuhan yang merupakan awalan
atau akhiran sahaja.
Contoh :

campur aduk → bercampur aduk

litar selari → berlitar selari

ambil alih → mengambil alih



(ii) Ejaan kata majmuk menjadi bercantum apabila menerima imbuhan yang merupakan apitan.
Contoh:

campur aduk → mencampuradukkan

garis pusat → mengarispusatkan

satu padu → menyatupadukan








7 | [email protected]

8 | [email protected]

9 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 2 : Kata Terbitan


Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai

bidang.

Standard Pembelajaran:
5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul
mengikut konteks.


Buku Teks : Halaman 24 - 25
Tema 2 : Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Tajuk : Membawa Dunia ke Bilik Darjah
Aktiviti (2) : Kenal pasti lima kata terbitan bagi setiap kategori bentuk yang terdapat dalam petikan.
Kemudian bina ayat dengan kata terbitan tersebut.
Jawapan : Halaman 234
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nota
Tatabahasa

Kata Terbitan

• Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang
menggabungkan imbuhan pada kata dasar.


Bentuk Kata Terbitan



awalan akhiran sisipan apitan




a. Kata terbitan berawalan

(i) Awalan kata nama

Contoh:
pe- - pelari ( pe + lari ) juru- - juruterbang
pem- - pembaca maha- - mahasiswa
pen- - pendaki tata- - tatacara
peng- - pengikut pra- - prasyarat
penge- - pengecat sub - subkategori



10 | [email protected]

(ii) Awalan kata kerja
Contoh:
me- - merayau, mengaji be- - berasa, berenang
mem- - membuka, memfitnah bel- - belajar
men- - mencari, mendayung ter- - tertidur, terjatuh
meng- - mengaku, menggubah di- - ditegur, dibelai
menge- - mengecat, mengetin diper- - diperlebar, diperoleh
ber- bersara, bergantung

(iii) Awalan kata adjektif
Contoh:
ter- - terpandai, terbaik
te- - terendah, teringin
se- - senipis, sebesar

b. Kata terbitan berakhiran

(i) Akhiran kata nama
Contoh:
-an - pasangan, bulatan -isme - nasionalisme, komunisme
-wan - karyawan, usahawan -in - hadirin, muslimin
-man - seniman, budiman -at - hadirat, muslimat
-wati - seniwati, olahragawati -ah - ustazah

(ii) Akhiran kata kerja
Contoh:
-kan - ambilkan, bulatkan
-i - sudahi, ikuti

c. Kata terbitan bersisipan

(i) Sisipan kata nama
Contoh:
-el- - telunjuk,kelengkeng
-er- - serabut, seruling

(ii) Sisipan kata kerja
Contoh:
-el- - gelegak, jelajah

(iii) Sisipan kata adjektif
Contoh:
-el- - gelembung -em- - gemilang
-er- - gerodah -in- - sinambung


11 | [email protected]

d. Kata terbitan berapitan

(i) Apitan kata nama
Contoh:
pe-…-an - perasaan. pelaksanaan penge-…-an - pengesahan
pem-…-an - pembesaran, pembayaran per-…-an - pertanyaan
pen-…-an - pendakian pel-…-an - pelajaran
peng-…-an - pengislaman, pengairan ke-…-an - kesihatan, keindahan

(ii) Apitan kata kerja
Contoh:
mem-…-kan - membahayakan me-…-i - memasuki
ber-…-an - bergayutan diper-…-kan - diperdengarkan
di-…-kan - didermakan ke-…-an - kecurian

(iii) Apitan kata adjektif
Contoh:
ke-…-an - kemerahan, kemelayuan, keinggerisan




























12 | [email protected]

13 | [email protected]

14 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 3 : Kata Ganda


Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunak bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang



Standard Pembelajaran:
5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dengan betul mengikut
konteks.



Buku Teks : Halaman 164 - 165
Tema 12 : Asli dan Kontemporari
Tajuk : Jari-jemari Ajaib
Aktiviti : Kenal pasti golongan kata ganda yang terdapat dalam petikan
Jawapan : Tiada latihan khusus untuk kata ganda dalam buku teks ini. Baca petikan ’Jari-jemari
Ajaib’ dengan teliti, kemudian cuba kenal pasti kata ganda dalam petikan tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota
Tatabahasa


Kata Ganda
• Kata ganda ialah ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengulangan atau penggandaan kata
dasar.
• Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam
perkataan tersebut.
• Terdapat empat jenis kata gandaan iaitu gandaan seluruh kata, gandaan separa / separuh, gandaan
berentak dan gandaan menyaling.


Jenis Penggandaan



Penggandaan Penggandaan Penggandaan Penggandaan
Seluruh Kata Separa Berentak Menyaling


a. Gandaan Seluruh Kata
• Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
• Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ( - ).
• Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.


15 | [email protected]

Contoh :

Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /Sifat
buku-buku baring-baring manis-manis
lembu-lembu pandang-pandang besar-besar
murid-murid jalan-jalan awal-awal
gajah-gajah makan-makan lembut-lembut

b. Gandaan Separa
• Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
• Penggandaan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contoh :

Gandaan Kata Nama Gandaan Kata Kerja Gandaan Adjektif /Sifat
lelangit berlari-lari besar-besaran
sesiku bermain-main gila-gilaan
kekuda sepandai-pandai takut-takutan
lelaki berjalan-jalan kecil-kecilan

c. Gandaan Berentak
• Kata ganda berentak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian
bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:

Persamaan Bunyi Persamaan Bunyi Penyesuaian bunyi
di Pangkal di Hujung Seluruhnya
batu-batan anak-pinak bolak-balik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-desus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

d. Gandaan Menyalin
• Gandaan menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata
berimbuhan.
• Perkataan keduanya ditambah meN-

Contoh :

tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit
sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas
tarik-menarik kejar-mengejar sebelah-menyebelah
sepak-menyepak karang-mengarang tumbuk-menumbuk


16 | [email protected]

17 | [email protected]

18 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 4 : Kata Akronim


Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai

bidang.

Standard Pembelajaran:
5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan akronim dengan betul mengikut konteks.



Buku Teks : Halaman 36 - 37
Tema 3 : Harapan Setinggi Gunung
Tajuk : Membawa Dunia ke Bilik Darjah
Aktiviti (2) : Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalam petikan.
Jawapan : Halaman 235
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nota
Tatabahasa

Kata Akronim
• Kata akronim ialah perkataan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata sehingga terbentuk perkataan
baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.
• Kata akronim tergolong sebagai kata tunggal.

a. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan huruf awal perkataan dalam rangkai kata. Kata akronim
jenis ini lazimnya merupakan kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.

Contoh:
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia JAS - Jabatan Alam Sekitar
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

b. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau kata
akronim yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar.

Contoh:
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial
tadika - taman didikan kanak-kanak
pawagam - panggung wayang gambar
kugiran - kumpulan gitar rancak
cerpen - cerita pendek


19 | [email protected]

c. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata akronim
jenis ini membentuk kata nama khas dan ejaannya bermula dengan huruf besar.

Contoh:
Mara (Majlis Amanah Rakyat)
Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

d. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan huruf awal perkataan pertama dengan bahagian lain
perkataan yang mengikutinya.

Contoh:
asbut - asap kabut
jentolak - jentera tolak
debunga - debu bunga
jantina - jantan betina
purata - pukul rata
jenama - jenis nama
jalurah - jalur lurah
sukaneka - sukan aneka










































20 | [email protected]

21 | [email protected]

22 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 5 : Kata Adjektif


Standard Kandungan:
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai

bidang.

Standard Pembelajaran:
5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul
mengikut konteks.



Buku Teks : Halaman 88 - 89
Tema 7 : Demi Kedamaian
Tajuk : Jebak Digital
Aktiviti (2) : Kenal pasti kata adjektif dalam bahan. Kemudian gunakan semula dengan betulnya
mengikut konteks.
Jawapan : Halaman 236

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nota

Tatabahasa

Kata Adjektif ( Kata Sifat )

• Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan.
• Jenis kata adjektif:
a. Kata Sifat Keadaan : memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang
jahat, budak pintar
b. Kata Sifat Warna : membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit
biru, bibir merah.
c. Kata Sifat Ukuran : menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek,
rumah kecil
d. Kata Sifat Bentuk : menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata
bulat, pinggan bujur
e. Kata Sifat Jarak : menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.
f. Kata Sifat Waktu : memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh :
makanan segera, rumah baru, terlalu awal
g. Kata Sifat Cara : membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata
nama. Contoh : air deras, hujan lebat
h. Kata Sifat Perasaan : memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam
sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu





23 | [email protected]

i. Kata Sifat Pancaindera : terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan
sentuh. Contoh : makanan lazat (konsep rasa), lelaki tampan (konsep pandang), suara merdu
(konsep dengar), minyak wangi (konsep bau), kulit licin (konsep sentuh)

• Kata adjektif boleh disertai kata penerangan amat, paling, sangat, amat, dan sebagainya yang
bertugas sebagai penguat.
a. Penguat depan : agak besar, begitu jelas, demikian mudah, lebih terang, paling tinggi, dan
terlalu yakin.
b. Penguat belakang : bodoh benar, mahal betul, indah nian, dan jauh sekali
c. Penguat bebas : amat kurus atau kurus amat, sangat merah atau merah benar, sungguh cerah
atau cerah merah
d. Catatan : Penguat bebas amat / sungguh / sangat + kata adjektif + sekali
Contoh : Budak itu amat pandai sekali.

















































24 | [email protected]

25 | [email protected]

26 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 6 : Kata Nama


Standard Kandungan:
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang



Standard Pembelajaran:
5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut
konteks.



Buku Teks : Halaman 48 - 49
Tema 4 : Menjulang Harapan Di Bumi Bertuah
Tajuk : Realisasikan Impian
Aktiviti (2) : Kenal pasti golongan kata nama yang terdapat dalam petikan
Jawapan : Halaman 235

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota
Tatabahasa

Kata Nama
• Kata nama merujuk kepada sesuatu sama ada yang bernyawa atau yang tidak bernyawa.
• Kata nama terbahagi kepada Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama.

a. Kata Nama Am
• Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti
orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan
sebagainya.
• Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
• Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup.
• Kata nama am tidak hidup dibahagikan kepada tak hidup abstrak dan tak hidup konkrit.
Konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
Abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

manusia, orang guru, ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar
Hidup binatang harimau, ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh-tumbuhan paku pakis, pokok, betik, rumput, lalang
angin, haba, kepayahan, iklim, bahagia
Absrak
Tak gangguan, senyuman, bayangan,
hidup lampu, pasir, kayak, radio, rumah, motokar, pen, buku (benda)
Konkrit
rumah, pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar (tempat)

• Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.



27 | [email protected]

b. Kata Nama Khas
• Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada
benda yang hidup atau tidak hidup secara khusus.
• Benda-benda yang hidup ialah nama manusia dan nama binatang.

• Benda-benda yang tidak hidup ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Manusia Orang : Haji Zabidi, Ismail, Zailawati, Dr. Hasani
Hidup Bukan Binatang : Tompok, Pak Belang, Sang Kancil
manusia Malaikat : Jibrail
Benda Proton Exora (kereta), Pilot (pen), Omega (jam)
Tempat Marang (daerah), Kuala Terengganu (bandar), Jepun (negara)
Tak hidup Bahasa Arab, Melayu
Gelaran Datuk Seri, Datin Paduka
Judul buku Keluarga (majalah), Renyah (novel), Kamus Dewan ( buku)

• Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


c. Kata Ganti Nama
• Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggambil tempat kata nama sebagai pengganti.
• Kata ganti nama terdiri daripada kata ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti tempat, kata ganti
tunjuk dan kata ganti tak tentu

Kata Ganti Nama Diri:

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama aku, saya, kami
( Orang yang bercakap ) patik, hamba kita
awak, kamu, awak semua
engkau, encik, kamu semua
Diri Kedua cik, saudara , saudara sekalian
( Orang yang dilawan bercakap ) saudari, saudari sekalian
tuan, puan, encik-encik , cik-cik
anda, tuanku tuan-tuan, anda semua, kalian
Diri Ketiga dia, ia, nya,
( Orang yang diceritakan halnya ) beliau, baginda mereka


Kata Ganti Tanya:
• Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan
dan hal dengan maksud pertanyaan.
• Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
bagaimanakah, kenapakah,
apakah siapakah manakah bilakah berapakah
mengapakah




28 | [email protected]

Kata Ganti Tempat:
• Kata ganti tempat digunakan untuk menunujukkan kedudukan sesuatu tempat.

Kata Ganti Tempat Penggunaannya
sana untuk tempat yang dianggap jauh
sini untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap
situ untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana

Kata Ganti Tunjuk:
• Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan pada sesuatu atau seseotang.

Kata Ganti Tunjuk Penggunaannya
ini digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
itu digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh

Kata Ganti Tak Tentu
• Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.
• Kata ganti umum / tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa,
dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
• Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.

Kata Ganti Tak Tentu Penggunaannya
apa-apa menunjukkan sesuatu atau benda yang tidak tentu
siapa-siapa / sesiapa menunjukkan orang yang tidak tentu
mana-mana menggantikan nama benda atau nama tempat yang tidak tentu
bila-bila menunjukkan masa yang tidak tentu

Kata Nama



Kata Nama Kata Nama Kata
Khas Am Ganti Nama



Tak Tak Kata Ganti Kata Ganti
Hidup Hidup Hidup Hidup Tunjuk Diri



Bukan Kata Ganti
Manusia Manusia Absrak Konkrit Nama Diri Kata Ganti
Nama
Tanya Diri


Manusia Bukan
Manusia
Pertama Kedua Ketiga



29 | [email protected]

30 | [email protected]

31 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 7 : Kata Kerja


Standard Kandungan:
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang



Standard Pembelajaran:
5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut
konteks.


Buku Teks : Halaman 60 - 61
Tema 5 : Memacu Produktiviti
Tajuk : Khazanah Hutan Bakau
Aktiviti (2) : Kategorikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina perenggan
dengan kata kerja tak transitif tersebut.
Jawapan : Halaman 236

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota
Tatabahasa

Kata Kerja
• Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.
• Kata kerja terbahagi kepada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.

a. Kata Kerja Transitif
• Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek ).
• Kata kerja transitif mesti disertai oleh objek atau penyambutnya, iaitu kata nama untuk
melengkapkan maksudnya.

• Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘meN-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian
daripada imbuhan: contohnya, mengambil, mendermakan, membacakan, mempersilakan.

Subjek ( Pembuat ) Kata kerja transitif Penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku.
Jamilah memukul seekor ular.
Abidin menjual kuih-muih.
Ramli menendang bola.
Kereta itu melanggar seekor lembu.



32 | [email protected]

b. Kata Kerja Tak Transitif
• Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada
diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu kata kerja ini tidak
mempunyai penyambut.
• Kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

Subjek ( Pembuat ) Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Kami mandi di tasik itu.
Pelajar itu pulang ke rumah.
Dia senyum semasa berjalan.
Saya menyanyi dengan kuat.
Hassan berjalan ke sekolah


c. Kata Kerja Pasif
• Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak
berawalan meN-.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
• Ada tiga jenis kata kerja pasif, iaitu kata kerja pasif diri pertama, kata kerja pasif diri kedua, kata
kerja pasif diri ketiga
• Contoh kata kerja pasif diri pertama: kuangkat, beta atasi, kami berikan, kupercepat, saya
pelajari, dan kupersilakan.
• Contoh kata kerja pasif diri kedua: kauangkat, awak atasi, awak berikan, kaupercepat,
kaupelajari, dan kaupersilakan.
• Contoh kata kerja pasif diri ketiga: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan
dipersilakan

























33 | [email protected]

34 | [email protected]

35 | [email protected]

36 | [email protected]

37 | [email protected]

Kemahiran Bahasa
Modul 8: Kata Tugas


Standard Kandungan:
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang


Standard Pembelajaran:
5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul
mengikut konteks.



Buku Teks : Halaman 104 - 105
Tema 8 : Dalam Lipatan Kenangan
Tajuk : Darah Sateria
Aktiviti (2) : Kategori golongn kata tugas praklausa dan pascakata yang terdapat dalam bahan.
Kemudian, bina perenggan dengan kata-kata tersebut.
Jawapan : Halaman 237 - 238

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku Teks : Halaman 118 - 119
Tema 9 : Sayangi Malaysiaku
Tajuk : Identitiku
Aktiviti (2) : Kategori golongn kata hubung yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis dialog
dengan kata-kata tersebut.
Jawapan : Halaman 237 - 238

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Teks : Halaman 138 - 139
Tema 10 : Bahasa Bugar, Sastera Kekar
Tajuk : Pencinta Bahasa
Aktiviti (2) : Kategori kata tugas prafrasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan
pendek dengan kata-kata tersebut.
Jawapan : Halaman 237 – 238



Nota
Tatabahasa

Kata Tugas


1. Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang mendukung
sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak
berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.

38 | [email protected]

Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, kata tugas dapat dijeniskan kepada 16 jenis berikut:

kata hubung kata pangkal ayat kata nafi kata arah
kata seru kata bantu kata pemeri kata bilangan
kata tanya kata penguat kata sendi nama kata penekan
kata perintah kata penegas kata pembenar kata pembenda

2. Kelompok Dasar Kata Tugas
Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, enam belas kata tugas yang
disenaraikan di atas dapat dikelompokkan dalam empat kategori, iaitu:
a. kata penyambung ayat
b. kata praklausa
c. kata prafrasa
d. kata pascakata


2.1 Kata Penyambung Ayat
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan
dua binaan ayat atau lebih atau ayat majmuk. Selaras dengan jenis ayat majmuk, maka terdapat dua
jenis kata hubung, iaitu:
a. kata hubung gabungan
b. kata hubung pancangan


2.1.1 Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menghubungkan ayat-ayat dalam ayat majmuk
gabungan. Contohnya:

dan lalu tetapi sambil
atau malahan serta kemudian


Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Siti Kalsom dan Ruminah pergi ke bandar.
(ii) Mereka mungkin pergi ke Pahang atau ke Terengganu.

2.1.2 Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa utama dalam ayat majmuk
pancangan dengan klausa-klausa kecil lain. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk
pancangan. Oleh itu, terdapat tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu:


a. Kata hubung pancangan relatif
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu kata hubung pancangan relatif, iaitu yang.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Budak yang sedang membaca itu adik saya.

39 | [email protected]

(ii) Safiyyah menangis mendengar cerita yang sedih itu.

b. Kata hubung pancangan komplemen
Jumlah kata hubung komplemen dalam bahasa Melayu juga kecil. Dua contoh
ialah bahawa dan untuk.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Ibu memberitahu bahawa abang akan pulang esok.
(ii) Sungguh mustahil untuk lembu itu keluar dari kendang.

c. Kata hubung pancangan keterangan
Dalam bahasa Melayu jumlah kata hubung pancangan keterangan agak besar. Antaranya ialah:
kerana agar meskipun
sekiranya semoga supaya
kalau andai kata kendatipun
hingga jikalau semasa
sementara setelah sewaktu
ketika tatkala untuk
walaupun sungguhpun apabila

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Pelajar itu akan berjaya kerana dia rajin berusaha.
(ii) Sementara menanti padi masak petani itu menanam jagung.


2.2 Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri
daripada:
a. kata seru d. kata pembenar
b. kata tanya e. kata pangkal ayat
c. kata perintah

2.2.1 Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam
ayat seruan. Contohnya:
aduh amboi aduhai
cis oh wahai

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Aduh, sakitnya gigiku!
(ii) Wah, cantiknya baju dia!



40 | [email protected]

2.2.2 Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan unutk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Contohnya:
mengapa bagaimana kenapa
berapa bila

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana.
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai
partikel –kah.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Apakah yang di dalam kotak itu?
(ii) Yang di dalam kotak itu apa?


2.2.3 Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contohnya:
Larangan Silaan Permintaan
jangan sila minta
usah jemput tolong
tak usah

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Jangan pijak rumput itu.
(ii) Sila tuan-tuan menjamu selera.

2.2.4 Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan
Contohnya:
ya benar betul
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Ya, itulah rumah Dato’ Bakar.
(ii) Benar, dialah yang menolong saya.

2.2.5 Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana, dan disebut juga sebagai penanda wacana.
Contohnya:
hatta kalakian
maka sebermula


41 | [email protected]

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Hatta istana itu pun siaplah.
(ii) Adapun rumah besar itu dipunyai oleh Tan Sri Hamdan.


2.3 Kata Prafrasa
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata prafrasa ini mendukung tugas-tugas maksud
yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan,
memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas ini, terdapat
lapan jenis kata prafrasa, iaitu:
a. kata bantu d. kata nafi g. kata arah
b. kata penguat e. kata pemeri h. kata bilangan

c. kata penegas f. kata sendi nama i. Kata adverba

2.3.1 Kata Bantu
Kata Bantu ialah jenis kata tugas yang fungsinya membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan daripada aspek waktu atau ragam. Kata
bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
a. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa.
Contohnya:
telah baru pernah sedang masih
akan belum sudah

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Pekerja kilang itu telah pulang.
(ii) Kami pernah ke Pulau Redang.

b. Kata bantu ragam menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan
perbuatan yang dilakukan.
Contohnya:
hendak mahu harus mesti boleh dapat

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Murid itu hendak masuk ke bilik guru.
(ii) Pelajar aliran vokasional mahu bekerja sendiri.

2.3.2 Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata
penguat hadapan, kata penguat belakang, dan kata penguat bebas.


42 | [email protected]

a. Kata penguat hadapan terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, dan agak.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Masakan ibunya paling sedap.
(ii) Perigi itu agak dalam.

b. Kata penguat belakang terletak di belakang kata adjektif. Contohnya, sekali, nian, dan benar.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Sahsiah pelajar itu baik sekali.
(ii) Cantik benar rumah di atas bukit itu.

c. Kata penguat bebas terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Contohnya, amat, sangat, dan sungguh.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Permandangan di tepi tasik itu sungguh indah.
Permandangan di tepi tasik itu indah sungguh.
(ii) Perigi itu sangat dalam.
Perigi itu dalam sangat.

2.3.3 Kata Penegas
Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu
dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas.
a. Yang menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses
pendepanan
-kah, -lah -tah

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Pernahkah dia datang?
(ii) Itulah kereta idamanku.

b. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau frasa predikat
atau bahagian-bahagiannya.
juga sahaja jua lagi

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Mereka juga ingin membeli barang itu.
(ii) Rombongan pengantin lelaki belum sampai lagj.

2.3.4 Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua kata nafi, masing-masing dengan tugasnya, iaitu:


43 | [email protected]

a. bukan – yang menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
b. tidak – yang menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Hadiah itu bukan untuk kakak tetapi untuk adik.
(ii) Kenyataan itu tidak benar.

Walau bagaimanapun, bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua
frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

2.3.5 Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa
utama dalam predikat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu:
a. ialah – yang hadir di hadapan predikat frasa nama
b. adalah – yang hadir di hadapan predikat frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Guru subjek Bahasa Melayu kami ialah Encik Kamarul.
(ii) Arahan itu adalah daripada guru disiplin.

2.3.6 Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang
lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah:
di tentang hingga akan dalam demi
ke seperti antara oleh sampai
dari bagai untuk hingga sejak
daripada umpama dengan antara terhadap
kepada pada laksana untuk dengan

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Dia menunggu kami di perhentian bas.
(ii) Mereka akan ke Segamat esok.
(iii) Orang tua itu merantau dari Pahang hingga ke Perlis.
(iv) Sumbangan wang zakat daripada jutawan itu telah kami terima.

2.3.7 Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi
nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Contohnya:
atas antara bawah tepi
dalam segi penjuru sisi
belakang selatan samping dalam


44 | [email protected]

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Buku itu ada atas meja.
(ii) Tetamu itu masuk ke dalam dewan.


2.3.8 Kata Bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa nama. Terdapat lima
jenis kata bilangan, iaitu:
a. yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya. Contoh: tiga, sepuluh,
b. yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contoh: segala, seluruh
c. yang membawa maksud himpunan. Contoh: kelima-lima, berpuluh-puluh
d. yang membawa maksud pisahan. Contoh:masing-masing, setiap
e. yang membawa maksud pecahan. Contoh: setengah, separuh, dua pertiga

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Tiga hari lagi saya akan pulang ke kampung.
(ii) Seluruh rakyat diminta berhemat menggunakan air.
(iii) Kelima-lima orang pelajar itu akan menerima hadiah.
(iv) Setiap pelajar diminta mengikuti kursus jati diri dan kepimpinan.
(v) Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.

3.3.9 Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi
nama dari segi cara, masa, dan tempat.
Contoh:
jarang-jarang, sekali gus, (berjalan) mengiring, (terbang) meninggi, diam-diam, selama-lamanya,
sentiasa, begitu, (sakit) kuat, (hitam) berkilat, bermalam-malam, besar-besaran, kerap kali, agaknya,
sering (di pejabat), (putih) berseri, terburu-buru dan mati-matian.

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya.
(ii) Pahlawan itu akan dikenang selama-lamanya.
(iii) Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis tersebut.


2.4 Kata Pascakata
Kata Pascakata ialah bentuk kata yang hadir selepas perkataan yang berfungsi sebagai penekan dan
pembenda. Dalam Bahasa Melayu -nya hadir selepas perkataan dan membawa maksud tertentu, iaitu
sebagai:
a. kata penekan
b. kata pembenda



45 | [email protected]

2.4.1 Kata Penekan
Kata penekan ialah bentuk kata yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
Contohnya:
sesungguhnya bahawasanya nampaknya

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Penyakit ibu sesungguhnya semakin baik.
(ii) Pada pagi ini nampaknya hujan akan turun.

2.4.2 Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama
menjadi kata nama. Contohnya:
cekapnya lajunya datangnya
sakitnya lantangnya mudahnya

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Cekapnya pekerja itu menjahit.
(ii) Lajunya motosikal itu ialah 180 km sejam















































46 | [email protected]

47 | [email protected]

48 | [email protected]

49 | [email protected]

50 | [email protected]


Click to View FlipBook Version