SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA
JALAN DATO' SIAMANG GAGAP
70100 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
PAMERAN BERTEMA
MATEMATIK
SEPANJANG JULAI 2021
SPEALMAEMRAATNDBAETRATNEGMAKEMATEMATIK
SEJARAH
MATEMATIK
Perkataan “matematik” berasal daripada perkataan
Yunani, μάθημα (máthema), yang bermakna “sains,
ilmu, atau pembelajaran”; μαθηματικός
(mathematikós) bermaksud “suka belajar“. Istilah ini
kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu —
pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang,
dan tukaran.
SEJARAH NOMBOR
Sistem nombor yang kita pakai sekarang
dinamakan sistem numerik "Hindu-Arab-Barat". Sistem
tulisan ini diambil daripada tulisan Brahmi dan Sanskrit.
Masyarakat India pada zaman Vedic sekitar tahun
1500-1500 BC,menggunakan angka mereka sendiri untuk
melakukan perkiraan dalam sistem pembinaan mereka.
Sistem ini ditambahbaik dari semasa ke semasa sehingga
ditemui nombor 1,4 dan 6 sejak tahun 3BC. Satu abad
kemudian, nombor 2,4,6,7 dan 9 ditemui dalam tulisan di
dinding laluan Nanaghat.
PENAMBAHBAIKAN OLEH AHLI MATEMATIK INDIA
Aryabhata telah membuat Aryabhata
penambahbaikan pada sistem
nombor dan turutan nombor pada
tahun 499. Beliau memperkenalkan
konsep nilai "0" dan kedudukan nilai.
PENAMBAHBAIKAN
OLEH ILMUAN ISLAM
Tokoh Matematik ini mencantikkan
lagi tulisan Aryabhata. Pada tahun 825, buku beliau
'Kitab al Jabr wa'l-Muqabala' diterbitkan selepas
melihat hasil kerja Aryabhata sebagai rujukan dan
Tokoh Matematik Islam kajian. Karya-karya Al - Khawarizmi tersebar luas.
Al-Khawarizmi Teknik penulisan nombor, pengiraan dan sistem titik
perpuluhan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain
dalam tempoh beratus-ratus tahun kemudian. Sistem
pengiraan beliau turut mula digunakan dalam urusan
perniagaan seperti sukatan timbangan, jual beli dan
juga urusan pembahagian harta pusaka.
SISTEM NOMBOR MULA
BERKEMBANG DI EROPAH
Pada abad ke 13, seorang ahli Matematik dari Itali
bernama Leonardo of Pisa atau lebih dikenali sebagai
Fibonacci menemui sistem tersebut semasa melawat
Afrika Utara. Dia mempelajari sistem tersebut semasa
di sana dan mengumpulkan apa yang dipelajarinya
dalam satu jilid buku yang diterbitkan pada tahun
1202, berjudul ' Liber Abaci ' atau ' Buku Kira-Kira '.
Ketika ini, sistem nombor yang digunakan di seluruh
dunia adalah sistem "Hindu-Arab-Barat" dengan
nombor "0-9" digunakan dalam menyampaikan nilai.
TOKOH-TOKOH MATEMATIK
AL-KHAWARIZMI : Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.
TOKOH MATEMATIK Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin
Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-
TERULUNG Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa
cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman
kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220
dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal
pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,
Uzbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di
Baghdad.
Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan
pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan
astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah
al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik
dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah
seperti Khalifah al-Ma’mum dan Khalifah Harun
al-Rashid. Beliau telah dilantik sebagai pakar
matematik dan ahli akademik matematik di
Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid.
Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib
Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-
Ma’mum. Bertindak mengemaskinikan sistem
perpustakaan dengan menambah indeks buku-
buku di perpustakaan, mengetuai serta
mengawasi kerja penterjemahan buku-buku
matematik dalam bahasa Yunani.
SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas
di balai cerap di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum.
Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan
sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu
0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan
simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai
tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur
Arab. Al-Khwarizmi merupakan orang pertama
memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam
ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan
terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya,
ilmu matematik semakin berkembang meliputi
operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya.
SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar
setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan
penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai
(pembolehubah). Hasilnya banyak masalah pengiraan
yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.
Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan
ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-
universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M. Beliau
berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah
dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya
seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik.
Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²),
pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan
sehingga kini.
RENE' DESCARTES
René Descartes (31 Mac 1596 – 11 Februari 1650), juga dikenali
sebagai Cartesius, ialah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan
ahli sains yang terkenal. Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah
Moden" serta "Bapa Matematik Moden", beliau mendapat tempat
sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada
zaman moden.
Descartes adalah salah satu ahli fikir utama dalam Lahir 31 Mac 1596
Revolusi Saintifik di Dunia Barat. Beliau telah dihormati La Haye en Touraine, Kerajaan Perancis
Meninggal dunia 11 Februari 1650 (umur 53)
dengan mempunyai sistem koordinat Cartes yang
digunakan dalam geometri satah dan algebra dinamai Stockholm, Empayar Sweden
Warganegara Perancis
sempena namanya.
Pythagoras
Pythagoras merupakan seorang ahli matematik dan falsafah
dari Greece. Beliau paling terkenal untuk Teorem
Pythagoras, dan merupakan pengasas falsafah
Pythagoreanism, yang menyatakan bahawa semua berkait
dengan matematik, dan boleh diramal atau diukur dalam
sebuah corak atau ulangan.
Lahir: Samos, Greece
Meninggal dunia: Metapontum Village, Itali
Sekolah: Pythagoreanism
Anak: Arignote, Aesara, Mnesarchus, Myia, Damo, Telauges
Ibu bapa: Pythais, Mnesarchus
Beliau telah dilahirkan dengan nama Pólya György di GEORGE
Budapest, Hungary, dan telah mati di Palo Alto, POLYA
California, Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang George Pólya merupakan seorang ahli matematik
profesor matematik dari tahun 1914 hingga 1940 di ETH berbangsa Hungary.
Zürich, Switzerland dan dari tahun 1940 hingga 1953 di
Lahir: 13 Disember 1887, Budapest, Hungary
Stanford University membawa gelaran Professor Meninggal dunia: 7 September 1985, Palo Alto, California,
Emeritus sehingga akhir hayat dan kerjayanya. Beliau
Amerika Syarikat
telah menjalani kajian pada banyak pelbagai tajuk Pasangan: Stella Vera Weber (kahwin 1918)
matematik, termasuklah siri, teori nombor, analisis Pendidikan: Eötvös Loránd University (1905–1912)
matematik, geometri, aljabar, kombinatorik, dan Ibu bapa: Jakab Pólya, Anna Deutsch
kebarangkalian[1] Dalam hari-hari terkemudian beliau,
beliau telah menghabiskan usahanya cuba untuk
mencirikan kaedah-kaedah yang orang gunakan untuk
menyelesaikan masalah, dan untuk mengenalpasti
bagaimana penyelesaian masalah sepatutnya diajar dan
dipelajari. Beliau telah menulis empat buku mengenai
tajuk berkenaan: Bagaimana Untuk Menyelesaikannya,
Penemuan Matematik: Pada Pemahaman, Pembelajaran,
dan Pengajaran Terhadap Penyelesaian Masalah;
Matematik dan Penaakulan Jilid I: Induksi dan Analogi
dalam Matematik, dan Matematik dan Penaakulan Jilid II:
Corak Penaakulan.
ALAT-ALAT MATEMATIK MENGIRA
ABAKUS CALCULATOR
ALAT-ALAT MATEMATIK MENGUKUR
PEMBARIS
PITA UKUR
PENGUKUR TINGGI
ALAT-ALAT MATEMATIK MENIMBANG
PENIMBANG BERAT BADAN
PENIMBANG BARANG
ALAT-ALAT MATEMATIK masa
stop watch
JAM digital
JAM DINDING
JAM TANGAN
SILINDER PENYUKAT PICAGARI
BIKAR
ALAT-ALAT MATEMATIK mengukur ISIPADU
ALAT-ALAT MATEMATIK GEOMETRI
APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN
MATEMATIK DALAM KEJURUTERAAN
Kejuruteraan secara mudahnya ialah satu bidang bagaimana kita
menggunakan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah
praktikal dalam kehidupan seharian. Seorang jurutera perlu mempunyai kreativiti
yang tinggi bagaimana menggunakan ilmu sains dan matematik untuk kepentingan
masyarakat. Sebenarnya terdapat pelbagai cabang kejuruteraan. Antara empat
cabang kejuruteraan yang utama ialah sivil, mekanikal, elektrikal dan kimia.
Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Juruteralah yang
mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio,
komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita
gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang
tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan
pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang
sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik
merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh.
Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik.
Matematik yang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat
tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu. Contoh penggunaan matematik dalam
kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan
pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu juga untuk
mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesuatu alatan elektrik.
Selain itu, penggunaan bentuk geometri dalam pembinaan. Sebagai contohnya, dalam pembinaan moden
Wigwam Inggeris terdapat beberapa struktur asas geometri. Berdasarkan gambar di bawah kita dapat
melihat beberapa bentuk geometri seperti bentuk segi empat tepat, silinder dan segi empat sama.
Melalui ini, kita dapati bahawa pengaplikasian konteks geometri matematik dalam proses pembentukan
dan pembinaan.
MATEMATIK DALAM
PERNIAGAAN
Aplikasi peratus dalam kehidupan seharian kita. Salah
satu topik yang luas dalam matematik adalah peratus.
Antara kegunaan peratus dalam perniagaan adalah
sewaktu membeli-belah kita akan melihat tanda
peratus yang mewakili potongan harga barangan
tersebut. Kebanyakan jualan murah akan berlaku pada
musim perayaan. Pada ketika itu, kita boleh melihat
tanda peratus di mana-mana jua kedai.
MATEMATIK DALAM
KESENIAN
Seterusnya, tokoh seni lukis yang popular ialah Leonardo da
Vinci. Beliau merupakan seorang yang tidak asing dalam
dunia seni lukisan. Walaupun nama Leonardo da Vinci
membuatkan semua orang mengingati keindahan lukisan
beliau semata-mata, atau lebih spesifik lagi, potret Monalisa,
namun di sebalik itu beliau adalah seorang yang amat tertarik
dan terpesona dengan matematik. Seni lukis merupakan salah
satu kepakaran beliau dan mempelajari teori-teori dan
prinsip-prinsip di sebaliknya. Beliau mempunyai pelbagai
kebolehan dan minat. Beliau merupakan penasihat kepada
‘The Duke of Milan’ dalam bidang seni lukis. Kemudiannya,
beliau telah dinobatkan sebagai ‘pelukis, arkitek dan mekanik
pertama raja’ oleh Raja Francis I.
MATEMATIK DALAM MUZIK
Dalam muzik, setiap not mewakili frekuensi yang berbeza. Dalam aspek inilah
penggunaan matematik diaplikasikan Diketahui frekuensi ialah pengukuran
tempoh dalam sesaat. Maka setiap not yang digunakan akan menghasilkan bunyi
atau nada yang berbeza. Nada setiap lagu boleh menjadi rancak, lambat dan
sebagainya. Ini bermakna pemuzik mempunyai pengetahuan yang baik. Gabungan
not-not yang digubah menghasilkan lagu yang indah dan kadangkala membuai
perasaan. Berikut merupakan contoh not-not yang digunakan dalam menggubah
sesebuah lagu.
MATEMATIK Terdapat juga unsur matematik dalam
DALAM SUKAN permainan bola sepak. Padang bola sepak
mempunyai sembilan bentuk segi empat tepat
termasuk dua kawasan gol di luar padang.
Ukuran padang bola sepak adalah tidak tetap,
iaitu dalam lingkungan 90 hingga 120 meter
panjang dan 45 hingga 90 meter lebar. Mengikut
Liga Juara-juara Eropah, ukuran padang bola
sepak mestilah 105 meter panjang dan 68 meter
lebar yang mana luasnya ialah 7140 m2
perimeternya ialah 346 meter. Jejari bulatan
tengah padang bola sepak ialah 9.15 meter. Jarak
antara tanda penalti dengan pintu gol ialah 11
meter manakala jarak dari lengkok penalti atau
kawasan ‘D’ dengan tanda penalti pula ialah 9.15
meter .
MATEMATIK Penggunaan bentuk geometri dalam
DALAM pembinaan. Sebagai contohnya, dalam
SENIBINA pembinaan moden Wigwam Inggeris
terdapat beberapa struktur asas
geometri. Berdasarkan gambar di bawah
kita dapat melihat beberapa bentuk
geometri seperti bentuk segi empat tepat,
silinder dan segi empat sama. Melalui ini,
kita dapati bahawa pengaplikasian
konteks geometri matematik dalam
proses pembentukan dan pembinaan.
MATEMATIK DALAM
PERUBATAN
Bidang perubatan juga memerlukan
matematik. Dalam bidang ini doktor dan
jururawat sering kali menggunakan konsep
nombor semasa menulis preskripsi ubat dan
sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit
dikira dengan teliti menggunakan formula
matematik. Sewaktu pembedahan ukuran
untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan
teliti dengan menggunakan matematik.
Seterusnya, untuk mengira nadi seseorang
pesakit juga doktor akan menggunakan
pengiraan nombor.
KONSEP GEOMETRI DARIPADA SARANG
LEBAH
"BENTUK HEKSAGON"
KONSEP
PECAHAN
DARIPADA
BUAH-BUAHAN
KANAK-KANAK PINTAR MATEMATIK
ADI PUTRA Adi Putra bin Abdul Ghani (lahir 27 Januari 1999). Beliau merupakan
seorang kanak-kanak prodigi Malaysia. Beliau terkenal dengan
kemahiran dan penyelesaiannya dalam pengajaran matematik
menerusi algebra dan trigonometri.
Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan mahir dalam bidang
matematik terutamanya algebra, trigonometri dan darab antara 5
hingga 6 digit. Anak kepada Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias
Pada tahun 2011, beliau melancarkan buku pertamanya yang bertajuk
Seni Matematik Islam sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011.
Beliau telah memulakan sebuah seminar matematik sendiri yang diberi
nama "Adimatik" di bawah kelolaan syarikatnya, Adimatik Genius
Solutions.
SUFIAH YUSOF
Sufiah Yusof (lahir 1984) ialah seorang genius Matematik dari
United Kingdom. Beliau pertama kali menjadi bahan berita
hangat pada tahun 1997 apabila melayakkan diri ke Kolej St.
Hilda, Universiti Oxford untuk mengkaji matematik pada usia 13
tahun.
Beliau merupakan anak kepada seorang lelaki kelahiran
Pakistan, Farooq Yusof dan isterinya, Halimaton Yusof,
kelahiran Muar, Johor.
YAASHWIN SARAWANAN
HUMAN CALCULATOR
Yaashwin Sarawanan dilahirkan di Kerala, India
dan berpindah ke Kuala Lumpur.Beliau sangat
berminat dengan Matematik sejak berusia 7 tahun.
Beliau telah memenangi banyak pertandingan
berkaitan mental aritmetik.
Nombor ini bukanlah masalah buat Yaashwin
Sarawanan.
Kejayaan yang paling mengujakan ialah apabila
"human calculator" yang berusia 15 tahun ini
menduduki tangga naib juara dalam pertandingan
Asia's Got Talent (AGT) musim ketiga.
PENUTUP
Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai.
Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh
menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam
memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini
memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana
matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor,
sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak,
tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai
sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kehidupan kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di
dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti
ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.
Kesedaran betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada
matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan, matematik juga merupakan satu senaman untuk
minda kita supaya kita tidak jemu dan beku untuk berfikir. Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda
manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan
berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti
Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi
pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
SEMOGA MEMBERI
INFORMASI YANG
BERMANFAAT
KEPADA ANDA
SEKIAN,TERIMA KASIH
DISEDIAKAN OLEH : PUAN ZURAIDA BT BAHARUDDIN
PUAN NUR RAIHAN BT HELMI