The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurraihanhelmi, 2021-05-19 20:42:46

PAMERAN BERTEMA SEMPENA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SEMPENA AIDILFITRI

PAMERAN
BERTEMA
SEMPENA
AIDILFITRI

PUSAT SUMBER
SK SERI KELANA

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI

JENIS BAJU RAYA

TRADISIONAL

MELAYU LELAKI

BAJU MELAYU
TELUK BELANGA

Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor
mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum
Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam

di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke
Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor
Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki
labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher
yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala
baju perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut

dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek.

JENIS BAJU RAYA

TRADISIONAL

MELAYU LELAKI

Pakaian tradisional
Johor (kategori Pakaian

Melayu)
hujungnya. Baju ini mula
dipakai di Johor ketika

pemerintahan Sultan
Ibrahim Ibni Sultan Abu
Bakar. Baju ini mula di

perkenalkan di Teluk
Belanga, Singapura

BAJU MELAYU
JOHOR

JENIS

BAJU

KURUNG

BAJU KURUNG Baju Kurung Kedah dipercayai
KEDAH berasal dari Selatan Thai,
kerana baju tersebut
menyerupai blaus pendek

dibuat singkat sampai ke paras
punggung di selatan Thai. Baju
Kurung Kedah terdiri daripada

baju yang longgar dan
diperbuat daripada kain cita
(kapas) yang berbunga kecil
ataupun kain kasa tebal atau

nipis yang jarang serta
potongan leher bujur sireh.
Baju Kurung Kedah dipakai
bersama kain sarung. Kain
sarung diikat ambak mengalur
dan di masuk sebelah kiri atau

kanan. Baju Kedah boleh
disifatkan sebagai pakaian

seharian atau pakaian
basahan.Baju kurung Kedah

dengan leher teluk belaga
diperindahkan dengan

perhiasan kalung papan di
dada.Baju dipadankan dengan
kain lipatan bertangkup atau

berselisih di hadapan.

JENIS

BAJU

KURUNG

Baju Kurung Pahang atau BAJU KURUNG
dikenali sabagai Baju Kurung PAHANG
Riau Pahang pula menyingkap
pertalian sejarah antara kedua

negeri Riau dan Pahang.
Walaupun Riau dan Pahang
adalah dua buah negeri yang
berjauhan, perhubungan politik
dan sosial budaya yang terjalin
sewaktu zaman kerajaan Melayu

Melaka terserlah dengan
terciptanya potongan pakaian
ini yang juga dikenali sebagai

Baju Belah atau Baju Kebaya
Turki. Berbeza dengan pesak

baju kurung, kedua-dua
bahagian tepi Baju Kurung Riau
Pahang berpesak kembang yang
disambungkan kekek gantung.

Baju berkolar tinggi ini amat
menarik sekali dipakai dengan

tujuh atau sembilan butir
butang.

BAJU KURUNG

TRADISIONAL

Baju kurung ialah pakaian
tradisional untuk wanita

Melayu.

Baju Kurung juga digunakan
untuk menghadiri majlis

perkahwinan, majlis agama,
perayaan dan majlis rasmi.

Selain terdapat perubahan pada
potongan dan bentuknya, untuk
menghasilkan rekaan yang lebih
moden dan kreatif, baju kurung

juga dihiasi dengan sulaman,
kerawang, manik mahupun labuci.
Material untuk menghasilkan baju

kurung juga turut berubah. Kini,
terdapat pelbagai pilihan material
antaranya satin, organza, chiffon,
sutera, batik, linen dan banyak lagi

MAKANAN

TRADISIONAL

RAYA

Ketupat nasi merupakan
ketupat yang diperbuat
daripada nasi. Ia juga

dikenali sebagai nasi
himpit.

KETUPAT NASI Ketupat nasi biasanya
dihidangkan bersama

sate dan menjadi hidagan

istimewa pada hari-hari

perayaan seperti hari

raya, dan semasa jamuan.

Lemang (Jawi: ‫ﻟﻤ‬, LEMANG
Bahasa Minangkabau:
lamang) adalah beras

pulut dimasak
bersama santan dan
garam dalam ruas-

ruas buluh dilapik
dengan daun pisang

NASI IMPIT &
KUAH KACANG

Nasi himpit (atau nasi impit)
atau nasi kapit merupakan
sejenis makanan tradisional
Malaysia dari beras yang

sering dimakan bersama
kuah kacang.

KUIH MUIH
RAYA

KUIH PENERAM

Kuih denderam atau juga dikenali
sebagai kuih peniaram,kuih genderam,
kuih derang, kuih benderang dan kuih

genderang di pantai timur
Semenanjung Malaysia,merupakan
sejenis kuih manis tradisional. Tepung
beras dan gula merah merupakan
bahan utama untuk membuatnya.

KUIH BANGKIT

Kuih bangkit merupakan sejenis kuih
tradisional yang diperbuat daripada
tepung gandum dan tepung sagu. Kuih

bangkit yang sedap akan larut di
dalam mulut dan mempunyai rasa yang

rangup sekiranya dikunyah. Rasanya
yang manis menarik minat kanak-kanak

Kuih bahulu atau baulu BAHULU
merupakan sejenis makanan

tradisional orang Melayu
yang biasanya sangat

terkenal terutamanya pada
hari raya dan hari-hari
keramaian. Walaupun
demikian, ketika ini kuih

bahulu boleh didapati di
pasaraya-pasaraya pada

bila-bila masa kerana
sambutan yang
menggalakkan.

WAJIK

Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan
santan dan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan

pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya.

Diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut
yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula adalah pulut
yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan
rasa berkerutup apabila dimakan. Bagaimanapun cara ini jarang dilakukan

kerana tidak ramai yang gemarkan rasa berkerutup ini kerana
menganggapnya agak keras.

Selain itu wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia
dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya mereka

yang dari pantai timur.

Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih meluas semasa musim
perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis, sesetengah

orang tidak menggemarinya.

KUIH KAPIT

Apit-apit atau juga dikenali sebagai kuih
semprong, kuih sapit, kuih sepit, kuih kapit,

kuih gulong, kuih Belanda, rokok Arab,
merupakan sejenis kuih tradisional Melayu

dan PERANAKAN.
Apit-apit telah lama dibuat dan terdapat

secara meluas banyak negara seperti
Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KUIH
INI IALAH TEPUNG,SANTAN,GULA DAN TELUR DAN

MENGGUNAKAN KAEDAH MENGGORENG.

DODOL

Dodol ialah sejenis makanan yang boleh
dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis
(atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di

Melaka dan di Muar, Johor. Membuat dodol boleh
dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba

untuk membuatnya tetapi tidak semua yang akan
menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya

mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri
daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali
generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan

yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri
daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir,

nisan/gula Melaka dan garam.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR
DAN BATIN


Click to View FlipBook Version