The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ebook badminton SHPP2882

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Syuhaidah, 2023-05-31 02:40:44

EBOOK BADMINTON

ebook badminton SHPP2882

Badminton SUKAN TERBITAN KUMPULAN 4 PENULIS BERSAMA: SITI SYUHAIDAH,ELLY RAZNIN,ARIFF MUMTAZ,AZAMUDIN,IZZUAN JADILAH JUARA!


KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN SUKAN & PERMAINAN 1 2 PENGENALAN BADMINTON 2-4 3 SEJARAH BADMINTON 5-6 4 ALATAN SUKAN BADMINTON 7-8 5 GELANGGANG BADMINTON 9 6 TEKNIK DAN CARA BERMAIN 10-12 7 PERATURAN BERMAIN 13-14 8 TOKOH BADMINTON 15-16 9 KELEBIHAN SUKAN BADMINTON 17-18 10 KESIMPULAN 19 ISI


PENGENALAN SUKAN & PERMAINAN 1 APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SUKAN DAN PERMAINAN? Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lainlain. . Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan.


APA ITU BADMINTON? BADMINTON ADALAH PERMAINAN RAKET YANG DIMAINKAN SECARA PERSEORANGAN (SATU LAWAN SATU) ATAUPUN SECARA BEREGU (DUA LAWAN DUA). PEMAIN AKAN MEMUNGUT MATA JIKA BULU TANGKIS YANG DIPUKUL MELEPASI JARING DAN JATUH KAWASAN PIHAK LAWAN. SUKAN BADMINTON 2


APA ITU BADMINTON? POSISI PEMAIN IALAH BERTENTANGAN DI DALAM SEBUAH GELANGGANG EMPAT SEGI YANG DIBAHAGIKAN OLEH JARING. PEMAIN DAPAT MEMUNGUT MATA MELALUI PUKULAN BULU TANGKIS MENGGUNAKAN RAKET MEREKA JADI IA DAPAT MELEPASI ATAS JARING DAN JATUH DI KAWASAN PIHAK LAWAN. PUKULAN RALI BERHENTI SELEPAS BULU TANGKIS JATUH DI ATAS LANTAI, DAN BULU TANGKIS HANYA BOLEH DIPUKUL SEKALI BAGI SETIAP SISI SEBELUM IA MELEPASI ATAS JARING. SUKAN BADMINTON 3


APA ITU BADMINTON? BADMINTON JUGA IALAH ACARA SUKAN OLIMPIK DENGAN LIMA DISIPLIN YANG KOMPETITIF PERSEORANGAN LELAKI DAN WANITA, BEREGU LELAKI DAN WANITA, DAN BEREGU CAMPURAN, YANG MANA SETIAP PASANGANNYA IALAH LELAKI DAN PEREMPUAN. BAGI TAHAP TINGGI PERMAINAN, SUKAN INI MEMERLUKAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG CEMERLANG: PEMAIN MEMERLUKAN STAMINA AEROBIK, KETANGKASAN, KEKUATAN, KELAJUAN, DAN KETELITIAN. IA JUGA MERUPAKAN SEBUAH SUKAN TEKNIKAL, YANG MEMERLUKAN KOORDINASI BADAN YANG BAIK, KEMAHIRAN TEKNIKAL, DAN KECANGGIHAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN RAKET. SUKAN BADMINTON 4


SEJARAHBADMINTON Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. 5


Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini. 6


BADMINTON TICKET A L A T A N - A L A T A N A L A T A N - A L A T A N RAKET KASUT BADMINTON NET JARING BAJU SUKAN BULU TANGKIS 7


BADMINTON TICKET t A L A T A N - A L A T A N A L A T A N - A L A T A N WRIST GUARD GELANGGANG BADMINTON BEG RAKET PENGIKAT KEPALA GETAH PEMEGANG RAKET 8


GELANGGANG BADMINTON 9


CARA-CARA BERMAIN BADMINTON 1. Cara memegang raket 10


CARA-CARA BERMAIN BADMINTON 2. Teknik Servis 11


12


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1. Undang-Undang Asas Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara sukasuka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. 3. Sistem Pengiraan Mata a. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three games’). b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali. c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang. d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya. e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya. 2. Memulakan Permainan a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian. b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang. c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya. 6. Servis Batal a. Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring. b. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis. c. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket. d. Bulu tangkis dipukul dua kali berturutturut e. Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis. 4. Masa Rehat a. Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan. b. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat. 7. Servis Semula ( Let ) Diberikan sekiranya:- a. Penerima belum bersedia dan tidak mencuba. b. Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak c. Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring. d. Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut e. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan f. Pengadil tidak dapat membuat keputusan. 5. Servis a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang. b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang. c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap. d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis. e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis. f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia. 13


10. Perlawanan Beregu a. Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan. b. Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masingmasing. c. Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan. d. Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis. e. Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya 8. Larangan Untuk Pemain a. Jangan sengaja melambatlambatkan permainan b. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan. c. Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan. d. Tidak berkelakuan kasar. e. Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil. 9. Berlaku Batal Sekiranya a. Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian b. Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan c. Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan. 11. Perlawanan Perseorangan a. Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil. b. Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan. c. Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya. PERATURAN DAN UNDANGUNDANG PERMAINAN 14


Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola bagi setiap peminat sukan tanah air. Selain memenangi beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau juga pernah berjaya menduduki tempat pertama di tahap antarabangsa selama 349 minggu. Antara pencapaian beliau yang paling membanggakan di persada dunia termasuk memenangi pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018 serta memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. Beliau telah mengumumkan persaraan dari sukan itu badminton/tersebut pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan dan kini dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei serta tahap komitmen yang luar biasa beliau perlu dijadikan iktibar buat generasi muda yang ingin mengikut jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang ingin diceburi TOKOH PEMAIN BADMINTON Dato' Lee Chong Wei 15


Misbun telah mendapat pendedahan awal dengan sukan badminton ini sejak berumur 7 tahun lagi. Beliau telah dilatih secara serius oleh bapanya Allahyarham Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar yang ingin melihat anak – anaknya berjaya di dalam sukan badminton. Misbun Sidek pernah mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong pada usia 16 tahun. Ia berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Beliau juga pernah terpilih ke pertandingan Terbuka Australia atau turut dikenali dengan nama Silver Bowl. Misbun telah berjaya menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Pada usianya 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara bersama pemain senior lain seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong dan Phua Ah Hua Moo Foot Lian. Antara lain yang turut sama adalah Ho Khim Soon, Ong Teong Boon dan Kwek Chiew Peng. Dato' Misbun Sidek 16


1 MENINGKATKAN KECERGASAN DAN MENURUNKAN BERAT BADAN There are many ways to practice self-care for your mental health MENGUATKAN OTOT DAN SENDI BADAN 2 MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF OTAK 3 5 KELEBIHAN SUKAN BADMINTON Sudah tentu faedah badminton tidak perlu diragui. Badminton adalah sejenis senaman kardio. Latihan cardio sendiri adalah satu jenis latihan untuk menguatkan otot jantung. Jika otot jantung kuat, saluran darah dapat mengalirkan darah lebih dan lebih cepat. Saluran darah yang kuat boleh mengalirkan lebih banyak oksigen ke dalam sel-sel otot. Kesan ini membolehkan metabolisme badan anda berfungsi dengan lebih berkesan untuk mengekalkan kecergasan badan. Metabolisme yang berfungsi dengan baik juga membantu setiap sel dalam badan untuk membakar lebih banyak lemak semasa senaman dan sebagainya semasa berehat. Itulah sebabnya latihan kardo yang paling biasa dipilih untuk membantu menurunkan berat badan, kerana aktiviti ini sangat berkesan untuk membakar lemak. Badminton dilaporkan dapat membakar kalori yang paling banyak daripada berlari, menyelam dan bermain bola sepak - sehingga 450 kalori sejam. Menariknya, manfaat kecergasan ini juga boleh dirasakan oleh orang tua. Melaporkan dari Yayasan Jantung Inggeris, seorang lelaki berusia 50 tahun dengan berat 70 kilogram boleh membakar 350 kalori dengan hanya satu jam bermain badminton. Badminton boleh dikatakan satu jenis latihan otak. Jumlah aliran darah akan meningkat dengan cepat dari jantung ke otak semasa anda bergerak aktif. Ini boleh meningkatkan kerja saraf dan meningkatkan massa otak. Satu kajian menunjukkan bahawa keupayaan pemikiran meningkat secara dramatik pada orang yang rata-rata melakukan senaman kardio 30 minit sehari selama sekurang-kurangnya lima kali seminggu. Keupayaan kognitif ini semestinya diperlukan apabila anda berjalan di sekitar lapangan untuk mengingati dan mengubah strategi, dan meramalkan serangan lawan anda. Selain itu, banyak kajian telah membuktikan bahawa latihan kardio dapat mengurangkan risiko demensia pada orang dewasa yang sihat. Bermain badminton melibatkan banyak pergerakan badan. Cukup menyebutkan otot betis, paha, punggung, pelvis dan pinggul yang digunakan ketika melompat juga berjalan, hingga lengan atas dan otot belakang untuk memukul bola. Selain itu, sukan ini juga boleh membentuk dan menguatkan otot-otot teras. Otot dan sendi yang kuat dan fleksibel akan menghalang anda dari pelbagai risiko kecederaan semasa bersenam atau semasa aktiviti harian anda. Otot dan sendi fleksibel juga boleh mengembangkan pelbagai gerak isyarat, supaya anda mengelakkan artritis yang melemahkan pergerakan. 17


4 MENGURANGKAN TEKANAN 5 MENCEGAH DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT Badminton bukan sahaja memberi faedah kecergasan fizikal, tetapi juga manfaat untuk kesihatan mental. Otak akan melepaskan sejumlah besar hormon mood gembira apabila kita bersenam, iaitu endorfin, dopamin, serotonin, dan tryptophan untuk menggantikan hormon cortisol dan epineprine, dua hormon tekanan. Semua hormon positif ini akan bekerja bersama-sama untuk mewujudkan perasaan keseronokan dan mengusir tekanan, sekali gus mewujudkan pemikiran positif dan meningkatkan kualiti tidur. Sebab itulah senaman sering disyorkan sebagai terapi tambahan untuk menguruskan gejala pelbagai penyakit mental. Kesan penurunan paras stres juga semakin meningkat kerana permainan badminton melibatkan interaksi sosial dengan ramai orang pada satu masa. Sembang, jenaka, dan bertukar idea dengan orang lain adalah satu cara mudah untuk melegakan tekanan. Manfaat badminton lain, yang anda tidak pernah menyedari, mengurangkan atau bahkan menghapuskan risiko beberapa masalah kesihatan, seperti tekanan darah tinggi, diabetes, dan obesiti. Latihan ini juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dengan mengurangkan tahap trigliserida, meningkatkan kolesterol yang baik, dan mengurangkan risiko arteri tersumbat. Kajian dari Program Pencegahan Diabetes mendapati bahawa senaman boleh mengurangkan risiko diabetes sebanyak 58 peratus berbanding dengan rawatan diabetes dari doktor sahaja. Bermain badminton kerap juga boleh membantu mengekalkan kepadatan tulang lebih awal dan mencegah perkembangan osteoporosis pada usia tua. 18


Sukan badminton adalah sukan yang sangat menarik dan sesuai kepada semua lapisan masyarakat serta banyak perkara yang kita dapat ambil tahu mengenai sukan badmintan ini seperti sejarah dan tokoh-tokoh serta pemain badminton Malaysia. Kita juga perlu mengetahui tentang persediaan yang perlu dilakukan sebelum memulakan atau bermain badminton bagi mengelakkan sebarang kecederaan daripda berlaku. Oleh demikian, terdapat juga peraturan dalam sukan badminton yang perlu diketahui kerana perlu di terapkan apabila bermain badminton. Setiap permainan yang sah adalah dengan mengikut peraturan yang ditetapkan agar permainan akan menjadi lebih mencabar dan menyeronokkan. KESIMPULAN 19


MUHAMAD ELLY RAZNIN BIN RUSLI SX210830HPIHS04 MUHAMAD AZAMUDIN BIN MOHD RAZALI SX210826HPIHS04 SITI SYUHAIDAH BINTI HAMSANI SX210818HPIHS04 MUHAMMAD NUR ARIFF MUMTAZ B.KAMRUL ZAMAN SX210819HPIHS04 MUHAMMAD IZZUAN IZZUDDIN BIN ZAHAR SX210849HPIHS04 AHLI KUMPULAN 1. 2. 3. 4. 5. NAMA PENSYARAH:DR MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL SHPP 2882 - PENGURUSAN KO KURIKULUM, SUKAN DAN PERMAINAN TUGASAN BERKUMPULAN " E-BOOK SUKAN BADMINTON" KUMPULAN 4


Click to View FlipBook Version