The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elina saleh, 2020-12-07 14:27:11

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM SEKOLAH BIL.3 TAHUN 2020

26 OGOS 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANA
JALAN TROPICANA SELATAN,

47410 PETALING JAYA, SELANGOR D.E.

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM SEKOLAH BIL.3 TAHUN 2020

TARIKH : 26 OGOS 2020 (RABU)

MASA : 1.45 – 3.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

PENGERUSI : PN ROSMANIAH BINTI AWANG IBRAHIM

KEHADIRAN :

1. PN HJH MAZNAH BINTI HJ OTHMAN (Guru Besar)

2. PN ROSMANIAH BINTI AWANG IBRAHIM (PK Pentadbiran)

3. PN NORZALIA BINTI OMAR (PK Hal Ehwal Murid)

4. EN ZAMRI BIN HASHIM (PK Kokurikulum)

5. CIK JAYA A/P DANDAPANI (KP PJK)

6. CIK LOGESWARI A/P KALIDASAN (Guru Perpustakaan & Media)

7. CIK NORSYAZWANI BINTI ANUAR (KP Pendidikan Muzik)

8. CIK PAVITRA A/P GUNENTHARAN (Guru B.Melayu)

9. CIK WAN NORHAFZAN BINTI WAN RAZALI (Guru Bimbingan & Kaunseling)

10. EN ABU HANAFI BIN ABU SAMAH (Guru Matematik)

11. EN MOHD HISHAM BIN SABTU (Guru B.Melayu)

12. EN MUHAMMAD FAKHRUDDIN MOHD ZAMANI (Guru Pendidikan Islam)

13. PN GOWRI AMBAL A/P VELAYUTHAM (KP Bahasa Inggeris)

14. EN MUHAMMAD KUSHAIRI B AZMI (Guru Sains)

15. EN SHAMSUDIN BIN YAAKOB (KP Matematik)

16. PN CHEE YIT YEANG (KP Pendidikan Moral)

17. PN MASNIRA BINTI MOHAMMAD (JK JQAF)

18. PN MEDILAN NYUTIM (Guru Pemulihan)

19. PN NOOR FAUZIATI BINTI MD NOR (Penyelaras PBD/KSSR)

20. PN NOORZAIREN BINTI AZIZAN (KP Sains)

21. PN NORIYATI OTHMAN (Guru Matematik)

22. PN NURSYUHADA BINTI SHAFFIE (Penyelaras Prasekolah)

23. PN NURUL IZYAN BINTI ABDUL JALIL (Guru Bahasa Arab)

24. PN RAAFAH AZKIA BT ABDULLAH RIPAIN (Guru B.Inggeris)

25. PN RAHIMAH BT.RAMIAN (KP Bahasa Arab)

26. PN RUSHMANI BINTI RASIDI (KP B.Melayu)

27. PN SHARIPAH BT. GHAZALI (KP Pendidikan Islam)

28. PN SITI ARFIFAH BT JAIS (KP Dunia Seni Visual)

29. PN SITI KHADIJAH BINTI ZAKARIA (SU UPSR/GROW)

30. PN ZAIMAH BT.ISMAIL (Guru Bahasa Arab)

TIDAK HADIR BERSEBAB: (Penolong Kanan HEM)
1. PN NORZALIA BINTI OMAR – CUTI SAKIT (Penyelaras DLP)
2. PN SITI ARFIFAH BINTI JAIS – CUTI SAKIT

TURUT HADIR :
-TIADA-

1

URUSETIA : (Setiausaha Kurikulum)
1. CIK ELINA BINTI MOHD SALEH

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Perbincangan
5. Pembentangan Kertas Kerja (jika ada)
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Bacaan doa.

1.2 Pn Rosmaniah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir pada hari ini.

1.3 Perutusan daripada Guru Besar, Pn Hjh Maznah ;

1.3.1 memaklumkan kepada semua guru tentang format penulisan minit mesyuarat

terbaharu.

Tindakan : Makluman

1.3.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah berjaya melaksanakan pdpc

sepanjang PKP dan PKPP Covid-19 dalam norma baharu.

Tindakan : Makluman

1.3.3 Peringatan mesra kepada guru tentang mandat,SPI dan pekeliling sebagai panduan

dan tidak mahu timbulnya isu besar serta guru perlu menjaga tingkah laku dan etika

sebagai seorang guru.

Tindakan : Makluman

1.3.4 Bagi program-program panitia yang telah dilaksanakan, laporan perlu dibuat dengan

segera.

Tindakan : Makluman

1.3.5 Untuk e-RPH,semua guru akan dinatarkan mengikut format TS25.

Tindakan : Makluman

1.3.6 Penulisan RPH perlu ditulis dengan cara yang betul.

Tindakan : Makluman

1.3.7 RPH perlu dibuat di dalam satu muka surat untuk satu masa pdpc.

Tindakan : Makluman

1.3.8 Makluman daripada PPD/JPN

1.3.8.1 Kem Bestari Solat boleh dilaksanakan di dalam surau tetapi perlu mengikut

SOP.

1.3.8.2 Tasmik juga perlu dijalankan seperti biasa dengan mengikuti SOP.

1.3.8.3 RPH Pendidikan Agama Islam wajib ditulis dengan tulisan Jawi.

1.3.8.4 Soalan peperiksaan juga menggunakan tulisan Jawi.

1.3.8.5 Laporan kajian Tindakan perlu dihantar pada bulan Oktober.

2

1.3.8.6 Pengiraan semula minggu persekolahan iaitu 15 Julai 2020 ialah Minggu 1.
1.3.8.7 Dialog prestasi perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Pn Nurul Izyan binti Abdul Jalil mencadangkan Minit Mesyuarat Unit Kurikulum Bil.2 Tahun 2020
diterima dan disahkan.
2.2 Cadangan disokong sebulat suara menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Unit Kurikulum
Bil.2 Tahun 2020.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Tiada

4.0 Perbincangan
4.1 Pemantauan dan Kunjung Bantu Sektor Pembelajaran PPD Petaling Utama
4.1.1 Panitia-panitia yang terlibat semasa pemantauan dan kunjung bantu dalam proses
pembaikan.
4.1.2 Panitia-panitia tersebut perlu menghantar salinan kepada PK Pentadbiran untuk
semakan bersama Pn Rositawati sebelum dihantar ke PPD Petaling Utama.
Tindakan : Makluman

4.2 Peperiksaan dan Penilaian
4.2.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) tidak dapat dilaksanakan kerana sekolah
ditutup akibat pandemik Covid19.
Tindakan : Makluman
4.2.2 Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) bagi Tahap 2 akan dibuat pada November 2020
mengikut ketetapan tersebut :
a) 17 hingga 19 November - mata pelajaran elektif
b) 24 hingga 26 November - mata pelajaran teras.
c) Soalan digubal sendiri oleh guru mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh
panitia.
d) Ketua panitia perlu semak sebelum dihantar kepada PK Pentadbiran untuk
pengesahan.
e) Soalan perlu dihantar bersama skema jawapan dan JSU.
f) Jadual peperiksaan telah dibuat dan akan disebar luas melalui aplikasi
WhatsApp dan di papan kenyataan.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Ujian Pengesanan bagi Tahap 1 akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran untuk
penilaian PBD mengikut ketetapan seperti berikut ;

a) Tidak dibuat secara setara.
b) Boleh dibuat semasa pdpc mata pelajaran tersebut.

Tindakan : Makluman

3

4.2.4 Ujian Pengesanan bagi Tahap 2 (mata pelajaran teras sahaja) akan diadakan pada
ketetapan seperti berikut ;

a) 14 & 15 September 2020
b) 17 & 18 September 2020
c) Markah direkodkan untuk simpanan Unit Peperiksaan (dalaman).

Tindakan : Makluman

4.2.5 Ujian Diagnostik telah dilaksanakan.
4.2.6 Tindakan : Makluman

Ujian Mac telah dilaksanakan. Semakan skrip jawapan dan analisa keputusan telah
selesai.

Tindakan : Makluman

4.3 Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2020
4.3.1 Setakat hari ini,tidak boleh dilaksanakan kerana sekolah tutup akibat pandemik
Covid19.
Tindakan : Makluman

4.4 Pencerapan
4.4.1 Semua guru perlu berbincang dengan pegawai penilai (PP) masing-masing untuk
menentukan tarikh.
Tindakan : Makluman

4.5 Data e-Operasi masing-masing. Jika ada
4.5.1 Semua guru dikehendaki menyemak maklumat Tindakan : Makluman
kesalahan,perlu maklumkan kepada PK Pentadbiran.

4.6 Mesyuarat Akhir Tahun
4.6.1 Tidak dijalankan dengan syarat semua tugasan telah selesai dan lengkap oleh guru.
Tindakan : Makluman

4.7 Laporan Program /Aktiviti Panitia
4.7.1 Setiap panitia boleh mula selesaikan laporan aktiviti-aktiviti panitia dan hantar
kepada setiausaha unit Kurikulum.
Tindakan : Makluman

4.8 Pelan Strategik 2017-2020
4.8.1 Panitia boleh mula menutup pelan strategik (Jadual 4 dan 5) masing-masing.

Tindakan : Makluman

4.9 Laporan Ketua Panitia
4.9.1 Bahasa Melayu

4

4.9.1.1 Peruntukan sehingga 30 Jun 2020 ialah RM130.00.
4.9.1.2 Peruntukan tahun ini telah digunakan membeli bahan-bahan seperti berikut;

a) Magic board untuk Tahap 1.
b) Kad Suku Kata (Permainan Dam Suku Kata) untuk Pemulihan
4.9.1.3 Aktiviti panitia yang telah dilaksanakan ;
a) Mesyuarat panitia Bil. 1 dan 2 telah dilaksanakan.
b) Menghantar penyertaan di bawah unit Kokurikulum (ko-akademik) yang

dianjurkan oleh pihak PPD Petaling Utama.
c) Penyertaan tersebut berjaya ke peringkat negeri bagi pertandingan

bercerita (Tahap 2) – Wan Zahraa’ Auni binti Wan Zawawi.
Tindakan : Makluman

4.9.2 Bahasa Inggeris
4.9.2.1 Peruntukan sehingga 30 Jun 2020 ialah RM453.20.
4.9.2.2 Kursus CEFR untuk guru Tahun 5 dan 6 untuk 2021 telah bermula pada 24

Ogos hingga 11 September 2020 secara dalam talian.
4.9.2.3 Guru yang terlibat ialah Cik Norsyazwani dan Pn Raafah Azkia.
4.9.2.4 Sekiranya guru-guru ini menjalani kursus secara talian pada hari sekolah,

mohon dibuat relif.
4.9.2.5 Makluman ini juga telah dimaklumkan melalui group WhatsApp PK

Pentadbiran PPD Petaling Utama.
4.9.2.6 PCG akan dirujuk dengan Pn Norlida.
4.9.2.7 Ketua panitia mendapat beberapa idea selepas pemantauan dan hal ini akan

dibincangkan dalam mesyuarat panitia Bil. 3/2020.

Tindakan : Makluman

4.9.3 Matematik
4.9.3.1 Peruntukan sehingga 30 Jun 2020 ialah RM110.20.
4.9.3.2 PCG akan digunakan untuk program STEM.

Tindakan : Makluman

4.9.4 Sains
4.9.4.1 Peruntukan sehingga 30 Jun 2020 ialah RM727.60.
4.9.4.2 Minggu STEM akan dilaksanakan pada21 – 25 September dan kertas kerja

minggu panitia masih dalam proses.
4.9.4.3 Mesyuarat panitia Bil.3 Tahun 2020 akan dibuat secara bergabung dengan

panitia Matematik tetapi minit mesyuarat dibuat secara berasingan.
Tindakan : Makluman

4.9.5 Pendidikan Agama Islam
4.9.5.1 PCG masih belum dibelanjakan.
4.9.5.2 Program KCJ (Siri 1) akan diulang dan disambung.
4.9.5.3 Laporan Ihya’ Ramadhan telah dihantar kepada pentadbir.
4.9.5.4 Musolla dan bilik j-QAF telah hampir siap.

5

4.9.6 Tindakan : Makluman
4.9.7 Bahasa Arab
4.9.6.1 Program panitia iaitu Minggu Bahasa telah dilaksanakan.
4.9.6.2 Tuntutan perbelanjaan untuk tahun lepas dan tahun ini masih belum terima.

Tindakan : Makluman
Pendidikan Moral
4.9.7.1 Peruntukan sehingga 30 Jun 2020 ialah RM336.00.
4.9.7.2 Minggu Panitia Pendidikan Moral telah dilaksanakan pada awal bulan Ogos.
4.9.7.3 Hanya menunggu nama pemenang tahun 3 sahaja.
4.9.7.4 Baki PCG pada tahun ini akan digunakan untuk membeli buku rujukan.

Tindakan : Makluman

4.9.8 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

4.9.8.1 Program panitia PJPK telah dilaksanakan pada 24 hingga 28 Februari 2020.

4.9.8.2 PCG tahun ini ialah RM2399.40.

4.9.8.3 Selepas pembelian peralatan, baki RM 1047.40.

4.9.8.4 Pembelian raket akan dibuat selepas ini.

4.9.8.5 Pelaksanaan SEGAK masih menunggu arahan seterusnya.

Tindakan : Makluman

4.9.9 Pendidikan Muzik

4.9.9.1 Peruntukan sehingga 30 Jun 2020 ialah RM831.60.

4.9.9.2 Tempahan peralatan/bahan berkaitan panitia telah dibuat.

4.9.9.3 Aktiviti yang telah dijalankan ;

a) Verifikasi alatan muzik dan bilik muzik.

b) Aktiviti lain akan dibentangkan dalam mesyuarat panitia akan

datang

Tindakan : Makluman

4.9.10 Sejarah

4.9.10.1 Baki PCG ialah RM 789.00.

4.9.10.2 Bahan/peralatan yang telah dibeli pada tahun ini ;

Bil. Bahan/Peralatan Kuantiti

1. Colour whiteboard A3 - Hijau 2 set

2. Colour whiteboard A3 – Biru 2 set

3. Colour whiteboard A3 – Merah 2 set

4. Colour whiteboard A3 – Kuning 2 set

5. Multipurpose Dwi – Whiteboard 8 unit

6. Carta Latihan Lapan Peta Pemikiran 1 set

4.9.10.3 Aktiviti sempena bulan kebangsaan anjuran Pusat Sumber Sekolah
sedang berjalan.
Tindakan : Makluman

4.10 Pemulihan
4.10.1 Kelas pemulihan sudah mula berjalan mulai 22 Julai 2020.
4.10.2 Pn Medilan memaklumkan tentang ketidakhadiran murid. Antara murid tersebut
6

ialah;
a) Faizzudin – tidak hadir sejak sesi persekolahan dibuka semula. Ibu bapa murid ini

telah dihubungi tetapi tiada respon.
b) Seri Cahaya – masalah kehadiran.
4.10.3 Bagi murid pemulihan tahun 3 Kreatif seramai 9 orang, 2 orang tidak lagi perlu
mengikuti kelas pemulihan. Manakala ibu bapa murid yang memberi respon
Bradley,Nitesh dan Lokman.
4.10.3 Bagi murid pemulihan tahun 2 Kreatif seramai 12 orang ,terdapat dua orang yang
cenderung untuk dirujuk kepada pihak PPUM iaitu Faiz Syazwan dan Nor Affit Zikri.
4.10.4 Murid baharu 2 Kreatif iaitu Avines (tidak oernah bersekolah) seorang murid yang
rajin dan mahu berusaha manakala ibu bapanya juga memberi kerjasama yang baik.
4.10.5 Bagi murid-murid Tahun Satu, saringan akan dibuat dan sedang menunggu bahan
diagnostik difotokopi.

Tindakan : Makluman
4.11 Unit Kecemerlangan

4.11.1 Wang kutipan dari murid-murid Tahun 5 telah dipulangkan sepenuhnya.
Perbelanjaan hanya RM 9.10 per murid.

4.11.2 Bagi Tahun 6, perbelanjaan ialah RM 45 per murid bagi empat item iaitu bayaran
untuk gambar, sisipan DIDIK, kelas tambahan dan buku aktiviti.

4.11.3 Wang kutipan masih tidak dipulangkan kerana masih ada murid yang belum
membuat sebarang pembayaran iaitu ;
a) 6 Cemerlang - 1 orang
b) 6 Jaya – 6 orang
Tindakan : Makluman

4.12 Unit PBD/KSSR
4.12.1 Analisa untuk pertengahan tahun telah pun dihantar kepada pihak PPD Petaling
Utama.
4.12.2 Ujian altitud psikometrik Tahun 6 telah dilaksanakan,hanya lima orang murid sahaja
yang belum menduduki ujian tersebut.
4.12.3 Nama Aaron Ghazali,murid Tahun 6 Cemerlang tidak sempat dimasukkan ke dalam
data kerana telah berpindah sekolah. Cik Wan Norhafzan akan berhubung dengan
pihak sekoleh tersebut.
Tindakan : Makluman

4.13 Pusat Sumber Sekolah
4.13.1 PCG - RM 6163.31.
4.13.2 Buku baharu telah dibeli.
4.13.3 Permainan dalaman juga telah dibeli.
4.13.4 Komputer yang rosak telah dibaiki dan boleh digunakan (1 sahaja).
- Pemprosesan buku sedang dijalankan.
4.13.5 Guru-guru digalakkan membuat peminjaman buku secara berkelompok untuk
program NILAM.
4.13.6 Masih ada murid yang belum membeli buku NILAM.

7

4.13.7 Program Bulan Kebangsaan sedang berjalan.
4.13.8 Majlis penutupan pada 18 September 2020.

Tindakan : Makluman

4.14 Pra Sekolah
4.14.1 Kehadiran murid-murid selepas cuti PKPP semakin meningkat.
4.14.2 Ramai murid yang boleh membaca. Kemungkinan besar, ibu bapa banyak membantu
semasa cuti PKPP.
4.14.3 Makluman untuk guru yang menggantikan Pn Syuhada,murid-murid telah ada buku
aktiviti masing-masing.
4.14.4 Sambutan hari jadi telah dilaksanakan.
4.14.5 Gambar untuk graduasi akan diambil pada 1 September 2020.
Tindakan : Makluman

4.15 j-QAF
4.15.1 Kem Celik Jawi 1 akan diulang semula dan menunggu arahan seterusnya.
4.15.2 Kewangan untuk Kem Bestari Solat telah diterima tetapi masih menunggu arahan
seterusnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.
4.15.3 Jika masih tidak boleh laksanakan,modul akan dibuat.
Tindakan : Makluman

4.16 Transisi Tahun 1
4.16.1 Penyelaras masih belum terima apa-apa arahan daripada pihak JPN/PPD.
4.16.2 Post-mortem untuk pelaksanaan Transisi Tahun 1 tahun lepas akan dibuat.

Tindakan : Makluman

4.17 High Impressive Programme (HIP)
4.17.1 Tiada sebarang maklumat/arahan diterima.

Tindakan : Makluman

4.18 Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
4.18.1 Kelas ditangguhkan sehingga mendapat arahan seterusnya.
4.18.2 Murid dan ibu bapa telah dimaklumkan tentang penangguhan ini.
Tindakan : Makluman

4.19 Laporan Penyelaras Tahun
4.19.1 Tahun 1 : Cik Norsyazwani
4.19.1.1 Jumlah murid 112 orang
4.19.1.2 Murid-murid tahun 1 Cemerlang masih ada yang tidak memahami
arahan dan lambat memberi respon antaranya Ammret, Fahmi dan
Zayan.
4.19.1.3 Maia,Ammret dan Hakim sering tidak hadir ke sekolah.
4.19.1.4 Muhammad Nur Sufi Akid menghidap sleep apnea dan sering tidak
hadir ke sekolah.
8

4.19.1.5 Nur Danisha Muhammad Samir ada masalah pembelajaran dan sering
4.19.1.6 tidak hadir ke sekolah.
Seramai 12 orang murid Tahun 1 Kreatif mempunyai beberapa masalah
4.19.1.7 antaranya masalah pembelajaran, ketidakhadiran dan tidak fokus
semasa di dalam kelas.
Dua orang daripadanya mempunyai masalah kesihatan iaitu Qisya
Shahzera (masalah jantung) dan Mohammad Ikhwan (asma).

Tindakan : Makluman

4.19.2 Tahun 2 : Pn Chee Yit Yeang
4.19.2.1 Karishma – murid baharu dari sekolah antarabangsa , tidak menguasai
semua kemahiran bahasa Melayu.
4.19.2.2 Harith Haikal – hasil kerja dan ejaan tidak betul serta selalu tidak
menyiapkan kerja.
4.19.2.3 Perbincangan bersama guru pemulihan akan dibuat.
4.19.2.4 Syaza Amani – mendapat banyak rungutan daripada guru-guru. Syaza
Seperti berada dalam dunianya sendiri.
4.19.2.5 Permasalahan Syaza Amani telah dirujuk kepada guru bimbingan dan
kaunseling.
Tindakan : Makluman

4.19.3 Tahun 3 : Pn Zaimah
4.19.3.1 Jumlah kesemua murid ialah 103 orang.
4.19.3.2 Nurul Natasha, murid 3 Cemerlang (DLP) telah bertukar kelas ke kelas 3 Jaya.
Tindakan : Makluman

4.19.3 Tahun 4 : Pn Rahimah
4.19.3.2 Tahun 4 Cemerlang seramai 39 orang
4.19.3.3 Tahun 4 Jaya seramai 40 orang
4.19.3.4 Aleesya - masalah kehadiran. Guru kelas berhubung dengan ibu bapa.
4.19.3.5 Muhammad Aqeem Aminudin agak lambat dalam pelajaran.
Makluman daripada ibu bapa, permasalahan tersebut kesan daripada
kemalangan.
4.19.3.6 Leong Mun Mun – antibodi sangat lemah,keluarga memberi kebenaran
untuk tidak hadir ke sekolah dan guru kelas telah terima surat
kebenaran (sepanjang musim Covid19).
Tindakan : Makluman

4.19.4 Tahun 5 : Pn Raafah Azkia
4.19.4.2 Jumlah murid 79 orang.
4.19.4.3 Kiran Saravanan mendapat kebenaran keluarga untuk tidak hadir ke
sekolah dan guru kelas telah terima surat kebenaran (sepanjang musim
Covid19).
Tindakan : Makluman

9

4.19.5 Tahun 6 : Pn Masnira
4.19.5.2 Jumlah murid 76 orang.
4.19.5.3 Aidil Iskandar ada masalah kehadiran. Guru kelas telah berhubung
dengan ibunya. Tetapi tidak mendapat kerjasama.
4.19.5.4 Pendaftaran murid ke Tingkatan Satu masih dalam proses.
Tindakan : Makluman

4.20 Google Classroom
4.20.1 Selepas cuti PKPP Fasa 1 berakhir, kemudahan Google Classroom tidak digunakan
oleh guru dan murid.
4.20.2 Guru-guru digalakkan memasukkan bahan-bahan pengajaran ke dalam Google
Classroom.
Tindakan : Makluman

5.0 Pembentangan Kertas Kerja (jika ada)

5.1 Tiada

Tindakan : Makluman

6.0 Hal-hal Lain
6.1 En. Abu Hanafi memohon En. Hilmi selaku guru data untuk merombak jadual waktu beliau pada
hari Isnin kerana terlalu padat dan memberi cadangan kepada pentadbir supaya ketika menjaga
murid semasa waktu rehat dikira di dalam jadual.
Tindakan : Makluman

6.2 Pn Medilan mencadangkan murid-murid Tahun 1 Tahun 2021 dibuat saringan secara dalaman
untuk pemulihan.
Tindakan : Makluman

6.3 Pn. Noriyati memohon guru pemulihan membuat tindakan yang sesuai kepada Harith Haikal yang
masih tidak ada perubahan.
Tindakan : Makluman

7.0 Ucapan Penangguhan
7.1 Pn Rosmaniah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang berkongsi maklumat dan idea.
7.2 Mesyuarat Induk Kurikulum Bil.4 Tahun 2020 akan dilaksanakan pada akhir November 2020.
7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.42 petang.

Urusetia : Setiausaha Kurikulum.

10


Click to View FlipBook Version