Tarikh : 15 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 - 10.30 PAGI
Tempat : Dewan Budiman,SK Tropicana
ANJURAN :
UNIT KECEMERLANGAN AKADEMIK
SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANA
Program ini merupakan satu program yang dirangka khusus untuk memberi
pendedahan dan memotivasikan ibu bapa murid-murid dalam membantu
kecemerlangan anak-anak.
Program ini dirancang supaya ibu bapa memperoleh tips dan kemahiran tertentu untuk
mendidik anak-anak mereka. Bagi mencapai kejayaan cemerlang satu usaha yang
gigih dan berterusan perlu disemai agar hasil yang terbaik dapat diperoleh dengan
jayanya.
Majlis ini adalah untuk memastikan bahawa semua ibu bapa yang menyertainya
mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran
dan sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan
perlu kepada ibu bapa yang mempunyai anak Tahun 5 pada tahun ini.
Pada masa yang sama, Dialog Prestasi Pra UPSR dan Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 5
2020 turut dijalankan serentak supaya ibu bapa mendapat input pencapaian semasa
murid dan juga mengetahui tahap pencapaian anak-anak yang disasarkan oleh pihak
sekolah supaya ibu bapa sama-sama dapat membantu sekolah dalam meningkatkan
pencapaian murid dari masa ke masa.
❖Membina kesedaran tentang peranan ibu bapa dalam membantu membina tingkah
laku dan sahsiah diri anak-anak.
❖Merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ibu bapa dan pihak
sekolah.
❖Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tentang maklumat-maklumat
peperiksaan pra UPSR
❖Memohon kerjasama ibu bapa/ penjaga supaya memantau dan menyelia kegiatan
anak-anak berunsur akademik di rumah.
❖Mengharapkan para ibu bapa/penjaga membimbing anak-anak yang
menghadapi masalah akademik dan sahsiah di rumah.
❖Berganding bahu bersama guru-guru menyerapkan semangat ingin berjaya dalam
sanubari.
❖Memberi maklumat kepada ibu bapa tentang prestasi semasa murid dan tahap
pencapaian yang disasarkan oleh sekolah terhadap setiap murid.
❖Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik.
❖Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.
❖Meningkatkan prestasi murid-murid serta mengharumkan nama sekolah.
Program ini memberi pendedahan yang amat berguna tentang cara berkesan membantu
anak-anak dalam pelajaran. Di samping itu, usaha yang berterusan dan kerjasama
daripada ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang
cemerlang dalm bidang akademik mahupun sahsiah.
PENGERUSI : Pn Hajah Maznah binti Haji Othman
TIMBALAN PENGERUSI : (Guru Besar SK Tropicana)
NAIB PENGERUSI 1 : Pn Rosmaniah binti Awang Ibrahim
NAIB PENGERUSI 2 : (PK Pentadbiran SK Tropicana)
PENYELARAS : Pn Nor Zalia binti Omar
SETIAUSAHA : (PK HEM SK Tropicana)
BENDAHARI :
En Zamri bin Hashim
(PK Kokurikulum SK Tropicana)
En Muhammad Kushairi bin Azmi
Pn Raafah Azkia binti Abdullah Ripain
Cik Elina binti Mohd Saleh
Pengacara Majlis : Pn Noor Fauziati binti Mohd Noor
Pendaftaran : Pn Noorzairen binti Azizan
Cik Norsyazwani binti Anuar
Persiapan Dewan : En Abu Hanafi bin Abu Samah
En Muhammad Kushairi bin Azmi
Bacaan Doa : En Shamsudin bin Yaakob
Buku Program : Cik Elina binti Mohd Saleh
Siaraya : En Muhammad Kushairi bin Azmi
Fotografi : Pn Siti Arfifah binti Jais
8.00 pagi: * Pendaftaran ibu bapa/penjaga dan murid Tahun 5
10.30 pagi: * Ucapan Pengerusi Majlis
* Bacaan Doa
* Ucapan Guru Besar oleh Pn Hajah Maznah Binti HJ Othman
* Sesi soal jawab
Bersurai
BIL. BUTIRAN KOS (RM)
1. 50.00
2. Kelas Tambahan
(Setiap hari Sabtu) - bermula Februari– Oktober Februari hingga Oktober
3. Bengkel Teknik Menjawab Soalan / Motivasi 20.00
(Bayaran penceramah luar)/4 sesi x RM 5.00
4. 40.00
5. Buku Kerja Kelas Tambahan
8 buku x RM5.00 30.00
10.00
Sisipan/ Didik ( mulai Februari-September ) RM150.00
30 minggu x RM1.00
Lembaran kerja
JUMLAH