/////////.................................................................................................................../ 1
2 BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Isi Kandungan 2 2 Atur Cara Majlis 3 3. Sekapur Sireh YDP PIBG 4 4. Seulas Pinang Guru Besar 5 5. Notis Mesyuarat Agung 6-7 6. AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 8-9 7. Senarai Nama Guru SKSSJ 10 8. Senarai Nama AJK PIBG 2023/2024 11 9. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 12 10. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 13-22 11. Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 23-24 12. Borang Maklum Balas Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 25-26 13. Laporan Aktiviti 2023/2024 27-29 14. Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 30-33 15. Usul-usul 34-37 16. Kertas Kerja Cadangan Program/Aktiviti Sepanjang Tahun 2024 - Permohonan Peruntukan Program Sekolah 38-40 17. Sekalung Budi 41 ISI KANDUNGAN
3 TARIKH : 11 MEI 2024 (SABTU) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SK SRI SUBANG JAYA 8.00 pagi : Ibu Bapa Mendaftar dan Mengambil Tempat di Dewan 8.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa 8.45 pagi : Ucapan Aluan YDP PIBG Encik Fadzil bin Kamarul Zaman 8.55 pagi : Ucapan Perasmian Guru Besar Puan Yusnidar binti Mohd 9.10 pagi : Persembahan 9.25 pagi : Mesyuarat Bermula Pembentangan Minit Mesyuarat Pembentangan Laporan Tahunan Pembentangan Penyata Kewangan 10.00 pagi : Pembentangan dan Membahaskan Usul 10.30 pagi : Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 10.35 pagi : Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG 2023/2024 10.50 pagi : Pelantikan Pengerusi Sementara Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025 dan Pemilihan Juru Audit Dalaman 11.20 pagi : Ucapan Penangguhan 11.30 pagi : Cabutan Bertuah 11.45 pagi : Majlis Bersurai ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 2024/2025
4 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 bagi sesi 2024/2025. Terlebih dahulu, saya mewakili pihak PIBG SK Sri Subang Jaya ingin merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir menjayakan mesyuarat kita pada hari ini. Sesungguhnya dengan kehadiran tuan/puan membuktikan bahawa tuan/puan begitu komited dan mengambil berat tentang pendidikan dan persekitaran pembelajaran anak-anak walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan satu platform yang terbaik untuk semua ibu bapa bertemu dan bersua muka bersama pihak sekolah bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk kita sama-sama berganding bahu dalam usaha bagi meningkatkan lagi fasiliti dan kemudahan sekolah serta melonjakkan lagi kecermalangan anak-anak kita, sama ada dari segi akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kira bersama-sama menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik. Sumbangan Yuran PIBG yang diberikan tuan/puan akan digunakan sebaiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah. Selain pembiayaan berkaitan akademik anak-anak, pihak PIBG dan Pentadbir Sekolah sentiasa berbincang dan berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pembangunan dan kemudahan di sekolah yang saban tahun sentiasa menjadi isu utama. Perkara ini tidak akan dapat direalisasikan sekiranya tiada kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan/puan. Sebagai penutup bicara, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SKSSJ terus melakar kejayaan dan saya berharap agar semua AJK PIBG baharu yang akan dilantik dapat meneruskan usaha yang gigih bagi membantu pihak sekolah dari segi kewangan mahupun tenaga. Saya menyusun jari memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang menjadi YDP PIBG sesi 2023/2024. Sekian terima kasih. SEKAPUR SIRIH YANG DI PERTUA PIBG SK SRI SUBANG JAYA
5 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia Madani, Salam Karamah Insaniah, Salam Anak yang Baik lagi Cerdik, Salam JPN Selangor, Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul, Salam Sehati Petaling Perdana di Persada, Salam SKSSJ Ceria. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan Visi Sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG serta ibu bapa yang dapat hadir ke mesyuarat pada hari ini. Harapan saya semoga mesyuarat ini akan dapat berjalan lancar. Pihak PIBG telah banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan tenaga untuk pelbagai aktiviti sekolah. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua program dan aktiviti adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada Tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada semua ibu bapa agar terus menyumbang kepada Tabung PIBG untuk sama-sama kita terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah malah perlu seiring dengan komitmen dan sokongan daripada ibu bapa. Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu, diharapkan PIBG mampu melahirkan sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan murid-murid SK Sri Subang Jaya. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk menyumbang idea, metarial, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak SK Sri Subang Jaya menjadi permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SK Sri Subang Jaya. Misi dan Visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad, memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu ke arah pencapaian misi dan visi tersebut. Sehubungan itu besarlah harapan pihak sekolah agar lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak di sekolah. Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. PIBG dan sekolah perlu bersikap seperti aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu, diharap PIBG SK Sri Subang Jaya terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan Visi dan Misi sekolah seterusnya mencapai kegemilangan. PUAN YUSNIDAR BINTI MOHD GURU BESAR SK SRI SUBANG JAYA SEULAS PINANG GURU BESAR SK SRI SUBANG JAYA
6 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK SRI SUBANG JAYA
7
8 Penasihat : Puan Yusnidar binti Mohd Yang Di Pertua PIBG : Encik Fadzil bin Kamarul Zaman Naib Yang Di Pertua PIBG : Encik Helmy Izzudin bin Hashim Setiausaha Naib Setiausaha : Cik Nursyahirah binti Abd Rahman : Puan Wan Zaliha binti Wan Alias Bendahari Naib Bendahari : Encik Mohd Asrul bin Mohd Noor : Encik Muhammad Fadzil bin Dahari Jemputan / Hebahan / Sambutan Semua pentadbir Semua AJK PIBG Buku Laporan MAT PIBG & Pamphlet • Buku Mesyuarat • PDF Flip • Pamphlet Cik Nursyahirah binti Abd Rahman Cik Siti Sarah binti Salim Puan Isabela binti Shaaban Bacaan Doa Encik Mohd Asrul bin Mohd Noor Slaid Pembentangan Encik Fadzil bin Kamarul Zaman Dokumen Laporan • Minit mesyuarat • Laporan Tahunan PIBG • Laporan Kewangan • Laporan tahunan program unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum Cik Nursyahirah binti Abd Rahman Encik Mohd Asrul bin Mohd Noor Puan Wan Zaliha binti Wan Alias Puan Fazliyani binti Mohd Zain Puan Prema a/p Ragavan Pendaftaran Kehadiran • Google Form & Kod QR Puan Asmawati binti Ab Wahab Puan Norley binti Nasuruddin Cik Nur Asyikin binti Ahmad Tarmizi Puan Sucila a/p Karupiyah Juruacara Majlis Encik Muhammad Fadzil bin Dahari Persembahan Puan Siti Zamrah binti Ismail Puan Sarbanum binti Redzuan Cabutan bertuah Encik Helmy Izzudin bin Hashim Datin Karthiyayini a/p Sashithiran Mejar Jeneral Dato` Abdul Manaf bin Md Zaid AJK PELAKSANA MAT PIBG KALI KE-39
9 Pencalonan dan Pengiraan Undi Puan Fazliyani binti Mohd Zain Puan Nur Amira binti Mohd Noor Encik Sures a/l Supamaniam Pencatat Minit Cik Siti Hanisah Maziah binti Sadim Puan Nik Nor Atirah binti Jaffar Puan Prema a/p Ragavan -Cenderahati & Sijil penghargaan ajk PIBG 2023/2024 Puan Wan Zaliha binti Wan Alias Puan Jaimah binti Wakijan Encik Nor Haizam bin Ahmad Puan Nurul Aisyah binti Ab Aziz Teknikal/PA Sistem ( Lagu Negaraku, slaid pembentangan) Puan Sharifah Masnita binti Syed Mustapha Encik Aizil Azhar bin Ibrahim Jurugambar Cik Siti Aisyah binti Sifyan Pelaksanaan cabutan bertuah Puan Sarbanum binti Redzuan Persiapan tempat I. Dewan II. Meja pendaftaran Encik Ahmad Rostam bin Mohamed Latapi Encik Azmal bin Isang Puan Noor Shuhaida binti Aminaldin Puan Siti Zamrah binti Ismail Puan Kalaivany a/p P.Murugiya Encik Ahmad Hakim bin Abdullah Tempahan dan Jamuan • Pentadbir/guru/AJK PIBG • Peserta Persembahan Puan Tengku Arbaiyah binti Tengku Abdul Rahman Puan Noor Aniza binti Embong Puan Rosmani binti Kadir
10 Guru Besar : Puan Yusnidar binti Mohd PK Pentadbiran : Puan Ruzila binti Yaakop PK HEM : Puan Norazurainee binti Abdullah PK Kokurikulum : Puan Wan Nor Izwani binti Wan Ismail GURU KELAS TAHUN 1 TAHUN 2 1 Kreatif Puan Nur Amira binti Mohd Noor 2 Kreatif Cik Siti Sarah binti Salim 1 Inovatif Puan Nik Nor Atirah binti Jaafar 2 Inovatif Puan Nurul Aisyah binti Ab Aziz TAHUN 3 TAHUN 4 3 Kreatif Cik Nursyahirah binti Abd Rahman 4 Kreatif Datin Sri Kalaivany a/p Murugiya 3 Inovatif Encik Aizil Azhar bin Ibrahim 4 Inovatif Puan Fazliyani binti Mohd Zain TAHUN 5 TAHUN 6 5 Kreatif Puan Sarbanum binti Redzuan 6 Kreatif Encik Sures a/l Supamaniam 5 Inovatif Puan Sucila a/p Karupiyah 6 Inovatif Puan Rosmani binti Kadir GURU-GURU Cik Siti Hanisah Maziah binti Sadim - Guru Prasekolah Puan Noor Aniza binti Embong - Guru Bimbingan & Kaunseling Puan Noor Shuhaida binti Aminaldin - Guru Data / ICT Puan Jaimah binti Wakijan - Guru Media Cik Siti Aisyah binti Sifyan - Guru Pemulihan Khas Puan Sharifah Masnita binti Syed Mustapha Puan Isabela binti Shaaban Puan Prema a/p Ragavan Cik Nur Asyikin binti Ahmad Tarmizi Puan Wan Zaliha binti Wan Alias Encik Mohd Asrul bin Mohd Noor Encik Nor Haizam bin Ahmad Encik Muhammad Fadzil bin Dahari Encik Ahmad Hakim bin Abdullah SENARAI NAMA GURU SK SRI SUBANG JAYA
11 Penasihat : Puan Yusnidar binti Mohd Yang Di Pertua Pibg : Encik Fadzil bin Kamarul Zaman Naib Yang Di Pertua Pibg : Encik Helmy Izzudin bin Hashim Setiausaha : Cik Nursyahirah binti Abd Rahman Naib Setiausaha : Puan Wan Zaliha binti Wan Alias Bendahari : Encik Mohd Asrul bin Mohd Noor Naib Bendahari : Encik Muhammad Fadzil bin Dahari Ahli Jawatankuasa Guru : Puan Nik Nor Atirah binti Jaafar Encik Sures a/l Supamaniam Ibu Bapa : Encik Ahmad Rostam bin Mohamed Latapi Datin Karthiyayini a/p Sashithiran Mejar Jeneral Dato` Abdul Manaf bin Md Zaid Encik Azmal bin Isang Puan Asmawati binti Abd Wahab Puan Tengku Arbaiyah binti Tengku Abdulrahman Juru Audit : Puan Jaimah binti Wakijan (Guru) Puan Norley binti Nasuruddin (Ibu Bapa) SENARAI NAMA AJK PIBG 2023/2024
12 Agenda 1 Ucapan Pengerusi – Yang Di Pertua PIBG SK Sri Subang Jaya Agenda 2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke38 Agenda 3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2023/2024 Agenda 4 Membentang, menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 Agenda 5 Membentang dan Membahaskan Usul Agenda 6 Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 Agenda 7 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2024/2025 Agenda 8 Hal-Hal lain Agenda 9 Ucapan Penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK SRI SUBANG JAYA
13 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK SRI SUBANG JAYA KALI KE-38 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SUBANG JAYA
14 JALAN SS 14/8, 47500 SUBANG JAYA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 38 Tarikh : 13 MEI 2023 (SABTU) Masa : 8.30 PAGI Tempat : DEWAN SRI GEMILANG Kehadiran : 73 ORANG (RUJUK LAMPIRAN 1) Agenda 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1. YDP mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang dapat bersama-sama hadir dan menjayakan mesyuarat agung secara bersemuka. Makluman Agenda 2 : PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT KALI KE - 37 2.1 Pembentangan Minit Mesyuarat PIBG kali ke – 37 oleh setiausaha PIBG iaitu Cik Siti Aisyah binti Sifyan. 2.2 Minit Mesyuarat yang lalu dicadang untuk disahkan oleh Datin Karthiyayini a/p Sashithiran dan disokong oleh Puan Rosmani binti Kadir. Tindakan: Setiausaha PIBG Agenda 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 3.1. Pembentangan laporan tahunan yang lalu dibentang oleh Encik Syafiq Asyraf. 3.2 Terdapat beberapa inisiatif dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022/2023 antaranya ialah Gerobok Rezeki kepada yang memerlukan, sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf, penyampaian sumbangan kepada murid iaitu Husna yang kematian ayah, servis penapis air, fogging dan pembasmian anai-anai. 3.3 Dari segi infrastruktur sekolah yang telah dilakukan iaitu pembelian dan pemasangan pendingin hawa di Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, menaik taraf pagar sekolah
15 dan bumbung di pondok menunggu pagar belakang hasil sumbangan daripada YB Wong Chen. Penambahbaikan tandas murid turut dilakukan. 3.4 Laporan tahunan yang lalu dicadang untuk disahkan oleh Puan Wan Mardiana dan disokong oleh Puan Norley. Makluman Agenda 4 : MEMBENTANG, MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 4.1 Pembentangan penyata kewangan PIBG 2022 oleh Bendahari PIBG Encik Asrul bin Mohd Noor merujuk buku AGM kali ke-38 muka surat 23 – 25. 4.2 Pengesahan penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 disahkan oleh: Pencadang : Datin Karthiyayini a/p Sashithiran Penyokong : Puan Mardiana binti Wan Ab Rahman Tindakan: Bendahari PIBG Agenda 5 : MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL 5.1 Usul Ibu bapa kepada Sekolah 5.1.1 Puan Aziatul Azizah binti Mohamad Piman membentangkan usul tentang kekerapan fogging di kawasan sekolah kerana banyak nyamuk telah dikesan. - Datin Kathy menyatakan bahawa terdapat `roro` yang terdapat di kawasan luar sekolah yang telah bermingu-minggu berada di situ terbiar. Datin Kathy juga mencadangkan bahawa pihak sekolah perlu melaksanakan fogging secara kerap untuk mengelakkan penyakit denggi berlaku. -Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang membuat permohonan untuk menggunakan peruntukan PIBG bagi fogging 3 kali setahun. Aktiviti fogging mempunyai prosedur yang perlu diikuti oleh pihak sekolah sekiranya ingin melaksanakan fogging secara berkala. - Undian : Majoriti bersetuju untuk melaksanakan aktiviti fogging di kawasan sekolah. Tindakan : Pihak Sekolah
16 5.1.2 Puan Norsuhana binti Ibrahim membentangkan usul tentang meminta jasa baik ibu bapa yang menunggu atau menghantar anak supaya tidak menghalang laluan pandu lalu (depan pintu pagar) untuk ambil anak atau hantar anak. - YDP PIBG menyatakan bahawa pihak sekolah telah memaklumkan tentang hal tersebut dan disebar luaskan kepada ibu bapa semasa Orientasi Tahun 1. Pihak sekolah juga telah memaklumkan semasa perhimpunan sekolah kepada murid-murid serta teguran lisan juga telah dibuat kepada ibu bapa. berkenaan. - Mejar Jeneral Dato` Abdul Manaf mencadangkan bahawa pihak sekolah perlu membuat surat edaran kepada ibu bapa dan juga diberi surat maklum balas berkaitan dengan isu kereta yang menghalang laluan pandu lalu di hadapan sekolah. - Encik Fadzil bin Kamarul Zaman menyatakan bahawa surat pekeliling telah diberi kepada ibu bapa melalui anak-anak pada sebelum ini Akan tetapi, perlu dibuat penambahbaikan dengan membuat Google Form tentang maklum balas isu kenderaan yang menjadi penghalang laluan untuk menghalang dan mengambil anak. - Undian : Majoriti bersetuju bahawa ibu bapa tidak boleh menghalang laluan pandu lalu untuk menghantar dan mengambil anak. Tindakan : Pihak sekolah 5.1.3 Encik Zamzuri bin Muhamad membentangkan usul mengenai guru tidak boleh mengetuk kepala atau lempang anak-anak yang menuntut ilmu. Rotan digalakkan selain dari bahagian kepala murid. - YDP PIBG menyatakan bahawa pihak sekolah memandang serius berkenaan perkara ini dan telah diambil tindakan. - Undian : Majoriti bersetuju bahawa guru tidak boleh memberi hukuman fizikal kepada murid. Makluman 5.2 Usul Ibu bapa kepada PIBG - Tiada
17 5.3 Usul Pihak Sekolah kepada PIBG 5.3.1 Cik Siti Hanisah Maziah binti Sadim mengusulkan tentang kutipan dana untuk pembinaan gajah menyusur prasekolah untuk memudahkan pergerakan murid prasekolah semasa hujan. - Mejar General Dato` Abdul Manaf mencadangkan bahawa usul ini perlu diletakkan anggaran dan gambaran kutipan dana ini. - YDP PIBG menyatakan bahawa kutipan dana ini perlu dipersetujui oleh semua pihak untuk dikeluarkan surat sumbangan. Nilai sumbangan tidak ditetapkan secara khusus untuk disumbangkan supaya tidak membebankan ibu bapa. - Datin Kathy turut mencadangkan untuk melaksanakan program besar bagi mendapatkan sumbangan menggunakan akaun PIBG. - YDP PIBG menyatakan bahawa terdapat satu usul pada tahun lepas untuk membuat program Aerobikton 2.0 merupakan program kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Akan tetapi, aerobikton 2.0 dibatalkan kerana tidak dapat kelulusan pihak polis. Disebabkan itu, keluar usul No.5 iaitu program CEO cilik 2.0. - YDP PIBG juga bersetuju dengan Mejar General Dato` Abdul Manaf untuk meletakkan nilai sumbangan dalam surat pemakluman supaya ibu bapa tahu berapa yang ingin disumbangkan. - Undian : Majoriti bersetuju untuk melaksanakan kutipan dana untuk pembinaan gajah menyusur prasekolah. Tindakan : AJK PIBG 5.3.2 Puan Rosmani binti Kadir membentangkan usul tentang kutipan dana untuk membeli set meja kerusi kantin bagi kegunaan murid-murid. - Undian : Majoriti bersetuju untuk membuat kutipan dana untuk membeli set meja kerusi kantin bagi kegunaan murid-murid. Tindakan : Pihak sekolah
18 5.3.3 Puan Rosnah binti Meran membentangkan usul tentang kutipan tabung kebajikan pada setiap jumaat selepas bacaan yassin daripada murid-murid. - Undian : Majoriti bersetuju untuk membuat kutipan tabung kebajikan pada setiap jumaat selepas bacaan yassin. Tindakan : Pihak sekolah 5.3.4 Puan Nik Nor Atirah binti Jaffar mengusulkan mengenai sumbangan 1 Keluarga 1 rim kertas A4. - Mejar General Dato` Abdul Manaf mencadangkan bahawa sumbangan kertas A4 dibuat mengikut kelas. - Guru Besar menyatakan bahawa pendapatan sekolah hanya dari sewaan kedai buku dan kantin, tetapi belum boleh dikutip lagi. Oleh itu, sumbangan kertas A4 dapat membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah. - Undian : Majoriti bersetuju untuk melaksanakan sumbangan 1 Keluarga 1 rim kertas A4. Tindakan : Ibu bapa 5.3.5 Puan Sarbanum binti Redzuan membentangkan usul supaya mengadakan Program CEO Cilik 2.0. - Undian : Majoriti bersetuju untuk melaksanakan Porgram CEO Cilik 2.0 pada tahun 2023. Tindakan : AJK PIBG 5.3.6 Encik Muhammad Fadzil bin Dahari membentangkan usul tentang fogging di kawasan sekolah setiap 3 bulan iaitu Mac, Jun, September. - Undian : Majoriti bersetuju untuk membuat aktiviti fogging di kawasan sekolah setiap 3 bulan. Makluman
19 5.3.7 Puan Sharifah Masnita binti Syed Mustapha membentangkan usul tentang sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kemudahan dan keselesaan murid memerlukan peruntukan dana daripada PIBG sekiranya tiada sumbangan daripada pihak luar. - Mejar General Dato` Abdul Manaf mencadangkan bahawa ibu bapa membawa alatan untuk membaiki peralatan dan kemudahan sekolah yang rosak di sekolah. - Undian : Majoriti bersetuju bahawa sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kemudahan dan keselesaan murid mendapat peruntukan dana darpada PIBG sekiranya tiada sumbangan daripada pihak luar. Tindakan : AJK PIBG 5.3.8 Puan Prema a/p Ragavan membentangkan usul mengenai kutipan untuk Program Tahun 6 yang melibatkan Program Bengkel Kecemerlangan dan Peningkatan Akademik, Majlis Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun 6. - Undian : Majoriti bersetuju untuk membuat kutipan untuk program tahun 6 yang akan dilaksanakan. Tindakan : Pihak sekolah 5.3.9 Cik Siti Aisyah binti Sifyan mencadangkan usul tentang kutipan bayaran yuran keahlian Badan Unit Beruniform. Penglibatan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Uniform berkenaan memerlukan bayaran dan keahlian berdaftar. - Undian : Majoriti bersetuju untuk membuat kutipan bayaran yuran keahlian Badan Unit Beruniform. Makluman 5.3.10 Cik Nursyahirah binti Abd Rahman membentangkan usul tentang pihak sekolah memohon sumbangan air mineral daripada ibu bapa berikutan cuaca yang sangat panas sedang melanda negara. - Mejar General Dato` Abdul Manaf mencadangkan bahawa pembelian air mineral ini menggunakan duit PIBG dahulu.
20 - Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah tidak menetapkan nilai sumbangan air mineral dan mengalukan ibu bapa menyumbang air mineral seikhlas hati. - Puan Eliza mencadangkan bahawa sumbangan mineral dibuat mengikut kelas. - Undian : Majoriti bersetuju bahawa pihak sekolah memohon sumbangan air mineral daripada ibu bapa untuk kegunaan murid di sekolah. Tindakan : Pihak sekolah Agenda 6 : PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022 / 2023 6.1 YDP membubarkan AJK PIBG Sesi 2022 / 2023. Agenda 7 : PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 / 2024 7.1 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik seperti berikut: YDP PIBG : Encik Fadzil bin Kamarul Zaman NYDP PIBG : Encik Helmy Izzudin bin Hashim Setiausaha : Cik Nursyahirah binti Abd Rahman Naib Setiausaha : Puan Wan Zaliha binti Wan Alias Bendahari : Encik Mohd Asrul bin Mohd Noor Naib Bendahari : Encik Muhammad Fadzil bin Dahari AJK Ibu Bapa : Encik Ahmad Rostam bin Mohamed Latapi : Datin Karthiyayini a/p Sashithiran : Puan Asmawati binti Ab Wahab : Encik Azmal bin Isang : Puan Tengku Arbaiyah binti Tengku Abdul Rahman : Mejar Jeneral Dato Haji Abdul Manaf
21 AJK Guru : Encik Sures a/l Supamaniam : Puan Nik Nor Atirah binti Jaffar Juru Audit Ibu Bapa : Puan Norley binti Nasuruddin Juru Audit Guru : Puan Jaimah binti Wakijan Makluman Agenda 8 : HAL-HAL LAIN 8.1 Puan Nur Suhana mengutarakan cadangan mengenai memberikan nombor akaun bank PIBG di dalam group whatsapps kelas. Guru Besar memaklumkan bahawa guru kelas akan meletakkan nombor akaun bank PIBG yang akan disekalikan dengan senarai murid yang tidak hadir pada setiap hari. Makluman 8.2 Puan Arbaiyah mengemukakan cadangan untuk menjadikan group Whatsapps kelas menjadi dua hala. Guru Besar menyatakan bahawa sebarang masalah terus diberitahu kepada guru kelas. Tujuan group Whatsapps dijadikan satu hala kerana untuk mengelakkan ketidakfahaman antara ibu bapa. Group Whatsapps kelas hanya akan dibuka menjadi dua hala hanya pada waktu pagi sehingga jam 10 pagi untuk makluman tentang ketidakhadiran anak-anak ke sekolah. Makluman Agenda 9 : UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang telah hadir dan mengharapkan sokongan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti yang dirancang. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari. Makluman
22
23 LAMPIRAN 1 1 Tengku Arbaiyah binti Tengku Abdul Rahman 24 Nur’atikah binti Zahid 2 Sarbanum binti Redzuan 25 Rosmadatul binti Mohd Radzi 3 Wan Zaliha binti Wan Alias 26 Karthiyayini 4 Aziatul Azizah binti Mohamad Piman 27 Sharifah Masnita binti Syed Mustapha 5 Shafiq Asyraf 28 Azmal bin Isang 6 Nor Malieza binti Sulaiman 29 Datin Sri Kalaivany 7 Wan Mohd Rozi bin Wan Mat Noh 30 Rosmani binti Kadir 8 Norliza binti Muhammad 31 Mohd Asrul bin Mohd Noor 9 Misyati binti Abd Rahman 32 Noor Shuhaida binti Aminaldin 10 Mohd Zulfadli Bakri 33 Mohd Zaidi bin Harun 11 Julia binti Nordin 34 Siti Hajar binti Daud 12 Siti Nooraini binti Rohani 35 Zuraidah binti Mohamed Salleh 13 Ahmad Rostam bin Mohamed Latapi 36 Noor Aniza binti Embong 14 Nurul Huda binti Abdul Halim 37 Norsuriati binti Mamat 15 Lalia binti Ali 38 Nik Nor Atirah binti Jaffar 16 Zuraidah binti Mohamed Salleh 39 Nursyahirah binti Abd Rahman 17 Norley binti Nasuruddin 40 Siti Zamrah binti Ismail 18 Norhafidah binti Mohamed Nor 41 Muhammad Saiful Fuat bin Adam 19 Asmawati binti Ab Wahab 42 Hayati 20 Wan Junainah binti Abdul Rahman 43 Rosmahwarti binti Md Saad 21 Norazurainee binti Abdullah 44 Isabela binti Shaaban 22 Siti Hanisah Maziah binti Sadim 45 Rosnah binti Meran 23 Dayang Rohana binti Razali 46 Nor Haizam bin Ahmad SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023 / 2024
24 47 Nur Eliza Ahmad Dhman Huri 61 Fazliyani binti Mohd Zain 48 Helmy Izzudin bin Hashim 62 Siti Aisyah binti Sifyan 49 Suhaimi in Saat 63 Aizil Azhar bin Ibrahim 50 Stephanie Samsul Arifin 64 Muhammad Fadzil bin Dahari 51 Norsuhana binti Ibrahim 65 Sures a/l Supamaniam 52 Dato Abdul Manaf 66 Prema a/p Ragavan 53 Fadzil bin Kamarul Zaman 67 Nurul Jannah Fakhriah binti Abd Ghaffar 54 Wan Mardiana binti Wan Ab Rahman 68 Che Wan Mohd Azlan 55 Nur Asyikin binti Ahmad Tarmizi 69 Zamzuri bin Muhamad 56 Boniface Unjar Anak Ngelambai 70 Jaimah binti Wakijan 57 Ummi Najihah binti Mustafa 71 Wan Nor Izwani binti Wan Ismail 58 Wan Shahidah Kamaruddin 72 Ruzila binti Yaakop 59 Junaidah binti Ba'ai 73 Sucila a/p Karupiyah 60 Jamil Azmal bin Abd Rani
25 BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT PERKARA : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-38 / 2023 TARIKH : 13 MEI 2023 TEMPAT : DEWAN SRI GEMILANG SKSSJ MASA : 9.00 PAGI M/S PARA PERKARA UNIT TINDAKAN/ PERKEMBANGAN/ ULASAN 2 5.1.1 Puan Aziatul Azizah binti Mohamad Piman membentangkan usul tentang kekerapan fogging di kawasan sekolah kerana banyak nyamuk telah dikesan. Pihak sekolah Aktiviti fogging telah dilakukan pada 8.12.2023 3 5.1.2 Puan Norsuhana binti Ibrahim membentangkan usul tentang meminta jasa baik ibu bapa yang menunggu atau menghantar anak supaya tidak menghalang laluan pandu lalu (depan pintu pagar) untuk ambil anak atau hantar anak. Pihak sekolah Pemakluman telah disebar luas di dalam group telegram ibu bapa mengenai isu ini. 3 5.2.3 Cik Siti Hanisah Maziah binti Sadim mengusulkan tentang kutipan dana untuk pembinaan gajah menyusur prasekolah untuk memudahkan pergerakan murid prasekolah semasa hujan AJK PIBG Projek pembinaan gajah menyusur prasekolah telah dilaksanakan pada bulan September 2023 menggunakan peruntukan RM30K daripada YB Wong Chen. 3 5.3.1 5.3.2 Puan Rosmani binti Kadir membentangkan usul tentang kutipan dana untuk membeli set meja kerusi kantin bagi kegunaan murid-murid Pihak sekolah Set meja kerusi kantin telah ada sebanyak 12 set hasil sumbangan daripada ibu bapa dan guru. 4 5.3.3 Puan Rosnah binti Meran membentangkan usul tentang kutipan tabung kebajikan pada setiap jumaat selepas bacaan yasin daripada murid-murid. AJK Kebajikan Kutipan tabung kebajikan dilaksanakan sehingga bulan Oktober 2023. 4 5.3.4 Puan Nik Nor Atirah binti Jaffar mengusulkan mengenai sumbangan 1 Keluarga 1 rim kertas A4. Ibu bapa Sumbangan kertas A4 telah diterima daripada ibubapa, tetapi masih belum mencukupi dan tidak
26 - Mejar General Dato` Abdul Manaf mencadangkan bahawa sumbangan kertas A4 dibuat mengikut kelas. mencapai sasaran. 5 5.3.5 Puan Sarbanum binti Redzuan membentangkan usul supaya mengadakan Program CEO Cilik 2.0. AJK PIBG Program CEO Cilik 2.0 telah dilaksanakan pada 25 November 2023 Program ini mendapat sambutan yang meriah daripada semua pihak terutama pihak ibu bapa. 5 5.3.7 Puan Sharifah Masnita binti Syed Mustapha membentangkan usul tentang sebarang kerosakan yangs berkaitan dengan kemudahan dan keselesaan murid memerlukan peruntukan dana daripada PIBG AJK PIBG Pihak PIBG telah membantu dari segi kewangan yang telah menyumbang kemudahan internet, pembesar suara sekolah dan pemadam api. 5 5.3.8 Puan Prema a/p Ragavan membentangkan usul mengenai kutipan untuk Program Tahun 6 yang melibatkan Program Bengkel Kecemerlangan dan Peningkatan Akademik, Majlis Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun 6. Pihak sekolah Program bengkel kecemerlangan dan peningkatan akademik tahun 6 dilaksanakan pada 12.4.2023. Manakala, majlis graduasi dan jamuan akhir tahun 6 pada 17.1.2024 5 5.3.10 Cik Nursyahirah binti Abd Rahman membentangkan usul tentang pihak sekolah memohon sumbangan air mineral daripada ibu bapa berikutan cuaca yang sangat panas sedang melanda negara Pihak sekolah, ibu bapa Sumbangan air mineral telah diterima daripada ibubapa, tetapi masih belum mencukupi dan tidak mencapai sasaran.
27 1. Mesyuarat AJK telah diadakan sebanyak 3 kali. 2. Beberapa inisiatif dan aktiviti yang telah dilaksanakan bersama : BIL PROGRAM 1. Gotong-royong Perdana 2023 2. Penyampaian Sumbangan kepada Murid yang Kematian Ibu Bapa 3. Pembelian Jaring Pelindung Matahari di Laman Ilmu 4. Sumbangan Air Mineral dan Kertas A4 5. Program Sambutan Kemerdekaan Sekolah 6. Kerja Pembaikan Siling Kantin dan Bumbung Dewan 7. Sumbangan Program Haji Cilik 2023 8. Kerja Menebang Pokok di Kawasan Prasekolah 9. Sumbangan Anak Yatim (Infak Ramadhan) 10. Penambahbaikan dan Keceriaan Musolla Al-Firdausi 11. Sambutan Hari Kanak-kanak 12. Baik Pulih Tandas dan Singki Kantin 13. Keceriaan Makmal Syura 14. Sumbangan Khemahthon SK SS19 15. Sumbangan Program Cabaran Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri 16. Kejohanan Hari Sukan SKSSJ 17. Hari Anugerah Kokurikulum 18. Hari Apresiasi Murid 19. Program CEO Cilik 2.0 20. Sambutan Hari Raya Sekolah 21. Mendapat Sumbangan daripada YB Wong Chen, Ahli Parlimen P104 Subang sebanyak RM 30 000 untuk Menaiktaraf Bangunan Sekolah (Bumbung Prasekolah, Tandas Dan Penutup Longkang) 22. Servis Penapis Air dan Fogging LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023 / 2024
28 KURIKULUM 1. Kelas Permata Halus (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3) 2. Majlis Apresiasi Murid 3. Hari Terbuka Sekolah 4. Program Nilam 5. Minggu Setiap Panitia 6. Program Imersif Tinggi (HIP) 7. Bengkel Kecemerlangan Akademik Murid Tahap 2 8. Program Bantu Membaca KPM HAL EHWAL MURID 1. Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2. Pelancaran Jom Hadir ke Sekolah 3. Program Anti Buli dan Anti seksual 4. Program Alam Menengah 5. Program Awal Remaja (Librese) 6. Kem Kepimpinan 7. Fogging 8. Sumbangan Baju dan Duit Raya 9. Penyerahan Beg Sekolah dan Alat Tulis 10. Program Gerobok Rezeki 11. Iftar Bersama Anak Yatim 12. Keceriaan Kantin 13. Gotong-royong Madani 14. Pemeriksaan Alat Pemadam Api 15. Sambutan Hari Kanak-kanak AKTIVITI DAN PROGRAM SEKOLAH 2023/2024
29 KOKURIKULUM 1. Jom Zumba 2. Jamuan Hari Raya 3. Road Run 4. Kejohanan Badminton 5. Kejohanan MSSD Ping Pong 6. Olahraga MSSD 7. Perlawanan Bola Sepak 8. Perlawanan Bola Baling 9. Perlawanan Bola Jaring 10. Pertandingan Catur 11. Karnival Sukan Prasekolah Madani 12. Hari Sukan Negara 13. Perkhemahan Perdana UB 14. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 15. Cabaran Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (ATHKP) 16. Klinik Asas Bola Sepak 17. Karnival Bola Sepak 18. Program CEO Cilik 19. Sambutan Ambang Merdeka 20. Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 21. Kejohanan Sukan Tahunan Dan Sukaneka 22. Majlis Hi-Tea Tahun 6 23. Majlis Apresiasi Prasekolah 24. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 25. Majlis Apresiasi 26. Majlis Israk Mikraj 27. Majlis Khatam Quran 28. Kem Bestari Solat 29. Kem Cemerlang Jawi
30 PENYATA KEWANGAN TABUNG WANG AHLI PIBG SK SRI SUBANG JAYA BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023
31
32
33
34 BIL NAMA USUL TINDAKAN/PENJELASAN 1. Sherizatul Nadia (Nur Rania Nadia – 3 Kreatif) 1. Usul supaya kerusi & meja kelas dibaikpulih. 2. Usul supaya kantin dibersihkan terutamanya di bahagian sinki. Sediakan sabun cuci tangan untuk anak-anak. - Pihak sekolah telah membuat permohonan ke PPD sebanyak 60 buah kerusi dan meja. - Telah diambil tindakan dan dimaklumkan kepada pihak kantin. Sabun disingki telah disediakan. 2. Abirami Karunanedy (Parthiiksha a/p Vishnu - 1 Inovatif) 1. Baik pulih keadaan kantin sekolah 2. Keadaan nyamuk di sekolah (fogging lebih kerap) 3. Kebersihan tandas - Keadaan kantin telah dibaik pulih - Tindakan fogging telah dibuat. Fogging 3 kali telah diusulkan kepada PIBG. - Tandas telah dibaik pulih dibawah peruntukan KPM. 3. Roihan bin Idris (Muhammad Rifqi Arsyad bin Roihan - 1 Kreatif) 2 bulan sekali membuat pembersihan sekitar kantin yang penuh dengan tempat pembiakan nyamuk - Tindakan fogging telah dibuat. Fogging 3 kali telah diusulkan kepada PIBG. 4. Hasliza binti Jamaludin (Muhammad Khalif Haziq bin Che Kusyairi - 4 Kreatif) Menyediakan rak buku untuk anak-anak supaya boleh simpan buku di dalam kelas (anak tahap 2 beg terlalu berat) - Sumbangan ibu bapa diperlukan bagi tujuan pembelian rak tersebut. - Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak membawa buku mengikut jadual waktu, kebanyakan buku aktiviti dan buku tulis disimpan di dalam kelas. 5. Norsuhana binti Ibrahim (Mohammad Rayyan Naqiuddin – 4 Kreatif) Minta jasa baik pihak sekolah buka pintu pagar belakang selepas anak-anak habis kokurikulum setiap hari rabu. - Pihak sekolah akan mengambil tindakan dan akan dimaklumkan pengoperasian pagar B melalui info sekolah. USUL IBU BAPA KEPADA SEKOLAH
35 6. Fatin Nur Aznie binti Ahmad Kamil (Muhammad Aqeef Rayyan - 4 Inovatif) Minta kerjasama cikgu untuk pantau harga makanan dan portionnya. - Tindakan telah diambil dan telah dimaklumkan kepada pengusaha kantin. 7. Muhammad Ezzuan Hafidz (Muhammad Mikael Rayyan - 3 Inovatif) Melihat semula harga makanan yang dijual kepada pelajar sekolah dengan harga yang berpatutan. - Telah diambil tindakan dan telah dimaklumkan kepada pengusaha kantin. 8. Karthiyayini Sashithiran (Lishhanth Rajiv Nair - 4 Inovatif) Watsapps parents group - Pihak sekolah telah mewujudkan kumpulan telegram info ibu bapa dan FB sekolah. 9. Tengku Arbaiyah binti Tengku Abdul Rahman (Puteri Nur Naila – 4 Kreatif) Teruskan & kekalkan kempen kutipan sumbangan yg telah di laksanakan pada sesi lepas. Contoh spt: Sumbangan 1 keluarga 1 RIM kertas, Sumbangan gerobok rezeki, Kempen sumbangan air meneral. dan lain-lain lagi - Terima kasih atas keprihatinan dan akan diteruskan. 10. Mohd Fadzrul Ab Majid (Iskandar Zulqarnain Mohd Fadzrul1 Kreatif & Yusuf Haiqal bin Mohd Fadzrul – 1 Inovatif) -Menukar tingkap kaca yang sudah usang ke jenis yang lain. -Pembersihan kawasan sekolah untuk membasmi pembiakan nyamuk. - Cermin tingkap memerlukan peruntukan. - Tindakan fogging telah dibuat. Fogging 3 kali telah diusulkan kepada PIBG. 11. Nabilah binti Md Muhtar (Aneesa Nadhira-3 Inovatif) Mohon wujudkan Kafa di SKSSJ memandangkan sekolah ini hanya ada 1 sesi persekolahan sahaja. Muridmurid tidak perlu transit di tempat lain dan dapat menjimatkan kos - KAFA di bawah JAIS, manakala SKSSJ di bawah KPM. Oleh itu, bukan kuasa pihak sekolah untuk perkara ini.
36 BIL Nama USUL TINDAKAN/PENJELASAN 1 Fatin Nur Aznie binti Ahmad Kamil (Muhammad Aqeef Rayyan Dan Muhammad Mikael Rayyan– 4 Inovatif) Harga dan kuantiti makanan tak masok akal. Kuantiti yang sikit harga mahal. Makanan dikantin mahal dan harga tak berbaloi - Pihak sekolah telah mengambil tindakan menukar pengusaha kantin kepada pengusaha baru. 2 Roihan bin Idris (Muhammad Rifqi Arsyad bin Roihan-1 Kreatif) Persekitaran kantin yang perlu dibersihkan serta pemantauan secara berkala kerana banyak pembiakan nyamuk - Pihak sekolah telah mengambil tindakan dengan membuat gotong-royong dan aktiviti fogging telah dibuat. BIL Nama USUL 1. Puan Sarbanum binti Redzuan • Kutipan tabung kebajikan pada setiap jumaat selepas bacaan yassin daripada murid-murid. 2. Puan Nik Nor Atirah binti Ja’ffar • Sumbangan 1 keluarga 1 rim kertas A4 3. Encik Mohd Fadzil bin Dahari • Fogging kawasan sekolah setiap 3 kali setahun. (Mac, Jun, September) 4. Puan Sharifah Masnita binti Syed Mustapha • Sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kemudahan dan keselesaan murid memerlukan peruntukan dana daripada PIBG sekiranya tiada sumbangan daripada pihak luar. • Keutamaan pintu kelas yang rosak. USUL PIHAK SEKOLAH KEPADA PIBG USUL IBU BAPA KEPADA PIBG
37 5. Puan Prema a/p Ragavan • Kutipan untuk Program Tahun 6 • Bengkel Kecemerlangan dan Peningkatan Akademik • Majlis Graduasi • Jamuan Akhir Tahun 6 6. Cik Siti Aisyah binti Sifyan • Kutipan bayaran yuran keahlian Badan Unit Beruniform • Penglibatan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Uniform berkenaan memerlukan bayaran dan keahlian berdaftar. 7. Puan Noor Shuhaida binti Aminaldin • Pihak sekolah memohon sumbangan mesin air yang baru dan berkualiti untuk murid. 8. Puan Fazliyani binti Mohd Zain • Infak untuk Musolla Al-Firdausi diteruskan.
38 PERMOHONAN PERUNTUKAN UNIT PENTADBIRAN DAN KURIKULUM SK SRI SUBANG JAYA SESI AKADEMIK 2024/2025 BIL PROGRAM / AKTIVITI BULAN PELAKSANAAN ANGGARAN PERUNTUKAN 1 Hari Anugerah Cemerlang Januari 2025 RM 3,845.00 (tertakluk kepada pindaan terkini) 2 Program Khas Bestari ( Murid Pemulihan ) November 2024 RM 200.00 3 Peningkatan Akademik 1. Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang September 2024 RM 1,000.00 (tertakluk kepada pindaan terkini) 4 Prasekolah - Sayalah Bintang April – September 2024 RM 120.00 5 NorStudio ( Keceriaan ) Julai RM 500.00 6 Kelas Permata Julai 2024 – Januari 2025 RM 140.00 (tertakluk kepada pindaan terkini) JUMLAH RM 5,805.00 KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM/AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2024
39 PERMOHONAN PERUNTUKAN UNIT HAL EHWAL MURID SK SRI SUBANG JAYA SESI AKADEMIK 2024/2025 BIL AKTIVITI/PROGRAM KUANTITI JUMLAH (RM) 1 KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL TROFI 12 X 3 X RM 7 TROFI 12 X RM 10 (ALIRAN) BANNER RM 252.OO RM 120.00 RM 100.00 2 HARI KANAK KANAK PERINGKAT SEKOLAH TROFI 12 X 3 X RM 7 TROFI 2 X RM 30 TROFI 6 X RM 50 (HAMPER) TROFI 12 X 3 X RM 10 (PERSEMBAHAN KELAS) BANNER BESAR CENDERAMATA SEMUA MURID 430 X RM 3 25 X RM 5 (PRA SEKOLAH) RM 252.00 RM 60.00 RM 300.00 RM 360.00 RM 150.00 RM 1290.00 RM 125.00 3 PROGRAM KESELAMATAN PENCERAMAH TROFI MURID 12 X 3 X RM 5 TROFI 6 X RM 40 (ALIRAN) RM 300.00 RM 180.00 RM 240.00 4 KURSUS KEPIMPINAN BAS TROFI 40 X RM 7 RM 1000 RM 280 JUMLAH RM 5009.00
40 PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM / AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM SK SRI SUBANG JAYA BIL PROGRAM / AKTIVITI BULAN PELAKSANAAN ANGGARAN PERUNTUKAN 1 Naik taraf dewan Bulan Sept 2024 RM 3000.00 2 Kejohanan Sukan Sekolah Julai 2024 RM 4000.00 3 Perkhemahan Perdana Oktober RM 2000.00 4 Pembangunan sukan (Bayaran untuk jurulatih luar) Sepanjang tahun RM 1500.00 5 Latihan kawad kaki (Bayaran untuk jurulatih luar) Ogos 2024 RM 500.00 6 Kejohanan Merentas Desa (Road Run) Mei 2024 Rm 600.00 7 Intensif murid (pertandingan peringkat (negeri, kebangsaan, antarabangsa Disember 2024 Rm 500.00 8 Kursus kepimpinan kokurikulum Bulan Mei Rm 700.00 9. Program Karnival Koko November 2024 Rm 1500.00 10 Sambutan Bulan Kebangsaan Ogos Rm 500.00 11. Majlis Hari Raya April RM 2000.00 JUMLAH RM 16300.00
41 Buat, Guru-guru, Para Ibu Bapa Dan Semua Pihak Yang Telah Membawa Anak-anak Didik SKSSJ Ke Puncak Kejayaan Seterusnya Menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 2024/2025 SK Sri Subang Jaya SEKALUNG BUDI