Kepimpinan 2.2 Perancangan Program Seorang Pemimpin Pandu Puteri hendaklah merancang program tahunan dan merancang satu perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet. 2.3 Pelantikan Pemimpin Pada akhir Kursus Asas Pemimpin , pemimpin baharu dilantik dalam satu istiadat pelantikan oleh pemimpin berwaran. Pemimpin baharu perlu memakai pakaian seragam Pemimpin Pandu Puteri yang rasmi. Pemimpin yang telah dilantik hendaklah memohon Waran Pemimpin daripada ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan setelah menyempurnakan pengendalian pasukan selama tiga bulan.
Kepimpinan 3.0 Kursus Lanjutan Pemimpin Kursus Lanjutan Pemimpin membolehkan pemimpin berwaran: 3.1 Mengenal dan mengaplikasikan kemahiran asas perkhemahan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Perkhemahan; 3.2 Mengenal dan membuat ikatan serta simpulan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Simpulan; 3.3 Mengenal dan melaksanakan sekurang-kurangnya satu lencana daripada setiap kategori yang berikut: Sustainable Development Goals (SDGs); YUNGA; WAGGS; dan GEAR UP 3.4 Melengkapkan buku / fail log peribadi dalam Jurnal Progresif Pemimpin; 3.5 Merancang dan melaksanakan pengembaraan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pengembara Berjalan Kaki (Hiker); dan 3.6 Mengenal serta menyanyikan pelbagai lagu Pandu Puteri seperti Rantau Asia Pasifik (versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), lagu-lagu pusingan (round songs), lagu-lagu aksi (action songs) dan lagu lagu lain yang berkaitan.
Kepimpinan 4.0 Syarat-syarat Mendapatkan Waran Pemimpin Waran Pemimpin diberikan kepada pemimpin yang telah: 4.1 Berdaftar dan telah melantik sebagai pemimpin Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet; 4.2 Menghadiri Kursus Asas Pemimpin / telah menyempurnakan program Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet berkredit di institusi pengajian; atau terlibat secara aktif dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri yang dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran dan berpengalaman sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Pemimpin baharu hendaklah mempamerkan pemahaman dan penguasaan pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam Kursus Asas Pemimpin; 4.3 Merancang program perjupaan mingguan untuk sekurangkurangnya tiga kali perjumpaan; 4.4 Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kredit tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah;
Kepimpinan 4.0 Syarat-syarat Mendapatkan Waran Pemimpin Waran Pemimpin diberikan kepada pemimpin yang telah: 4.5 Menyimpan rekod pasukan seperti yang berikut: Sijil Pendaftaran Pasukan; Rekod Kedatangan Ahli; Buku Stok; Rekod Kewangan; Rekod Kemajuan Ahli; Program / Perancangan; Log Pasukan / Aktiviti; Fail penyertaan latihan / kursus yang dihadiri di peringkat sekolah, daerah, cawangan, kebangsaan atau antarabangsa; Fail Surat-Menyurat; dan Fail Mesyuarat Daerah 4.6 Menyimpan buku / fail log peribadi sendiri; 4.7 Mengendalikan perjumpaan pasukan dan menjalankan istiadat pelantikan ahli pandu puteri; 4.8 Membaca sekurang-kurangnya dua buah buku pandu puteri untuk menghayati pergerakan pandu puteri; dan 4.9 Diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah ia menerima permohonan waran pemimpin.
Kepimpinan 5.0 Waran Jawatan 5.1 Waran ialah tauliah sesuatu jawatan pemimpin dalam pasukan. 5.2 Seorang pemimpin berwaran yang bertukar sekolah atau tempat kerja tidak perlu mengembalikan waran sedia ada tersebut, tetapi perlu memohon waran baharu daripada Pesuruhjaya Daerah bagi jawatan / pasukan di tempat ia berada pada ketika itu. 5.3 Permohonan untuk waran baharu dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baharu setelah Pesuruhjaya Daerah memastikan semua syarat telah dipenuhi. 5.4 Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan boleh ditarik balik atau dibatalkan.
12.1 Mutiara I (dianugerahkan di peringkat daerah) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara I sekiranya ia: mempunyai waran pemimpin; telah menyertai Kursus Lanjutan Pemimpin Pandu Puteri; dan telah membantu dalam satu acara pandu puteri di peringkat daerah cawangan / kebangsaan. 12.2 Mutiara II (dianugerahkan di peringkat cawangan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara II sekiranya ia: mempunyai waran pemimpin; mempunyai Mutiara I; mempunyai Sijil Jurubantu Mula; mempunyai Sijil Kuartermaster; dan pemimpin aktif di peringkat sekolah / daerah / cawangan / kebangsaan. 12.3 Mutiara III (dianugerahkan di peringkat cawangan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara III sekirany ia: mempunyai waran pemimpin; mempunyai Mutiara II; mempunyai Sijil Lesen Perkhemahan / Sijil Pengurusan Acara Pandu Puteri; dan telah menyertai serta melibatkan diri dalam sekurangkurangnya satu acara pandu puteri peringkat kebangsaan seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Skim Mutiara Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada pemimpin berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa hadapannya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia
12.4 Mutiara IV (dianugerahkan di peringkat kebangsaan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara IV sekirannya ia: mempunyai waran pemimpin; mempunyai Sijil Jurulatih dan aktif sebagai jurulatih dalam tempoh tiga tahun kebelakangan; memperoleh Asia Pacific Leadership Award; dan telah membantu mengendalikan latihan di peringkat daerah, cawangan, dan kebangsaan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Skim Mutiara Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada pemimpin berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa hadapannya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Kewangan Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. 1. Derma, sumbangan, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. 2. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Kewangan Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan . Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan yang dipengurusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember.
Prinsip Asas Pandu Puteri Prinsip asas Pandu Puteri berteraskan Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Persetiaan dan undang-undang pandu puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli Pandu Puteri Sistem nilai ini menjadi panduan hidup ahli Pandu Puteri. Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang Pemimpin Berwaran hendaklah memakai Lencana Pelantikan dan Lencana Dunia. Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai persatuan ini sebagai seorang ahli. Seseorang ahli persatuan yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri perlu memberi penglibatan yang penuh dan mengamalkan semangat Pandu Puteri.
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. Persetiaan Pandu puteri
Undang-undang Pandu puteri 1.Boleh dipercayai 2.Sentiasa taat dan setia 3.Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli pandu puteri yang lain 4. 5.Sentiasa bersopan santun Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 6. 7.Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 8. 9.Sentiasa berjimat cermat 10.Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui Program Kepanduan Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilainilai murni Menampilkan ahli sebagai warganegara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran dan berguna Piagam PPPM
Nilainilai Teras Kasih sayang Bantu- membantu Kejujuran Toleransi Nilai Teras PPPM Hormatmenghormati Integriti PPPM percaya bahawa semua ahli menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:
COGAN KATA DAN LAMBANG Cogan Kata Pandu Puteri Pandu Puteri Tunas: Tolong Orang Selalu (TOS) Pandu Puteri Remaja: Selalu Sedia
COGAN KATA DAN LAMBANG Logo Dan Lencana Pandu Puteri Logo Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat. Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeri serta wilayah persekutuan di negara ini. Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri semasa istiadat perlantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan.
Logo Dan Lencana Pandu Puteri Dunia Lencana Pandu Puteri Dunia Lencana Dunia Lencana dunia (World Badge) ialah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian, Perancis dalam tahun 1946. Trefoil emas yang berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Tangkai di bawah daun melambangkan kasih sayang manusia sejagat. Jarum yang menghala ke atas di tengah daun itu menunjukkan arah. Dua bintang di sebelah kiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.
Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Trefoil telah menjadi simbol penting Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih dari 100 tahun. Walaupun reka cipta logo ini telah dikemaskinikan berulang kali, trefoil kekal menjadi ciri utama logo WAGGGS). Versi trefoil yang direka cipta pada tahun 1991 masih ada tetapi elemen-elemen di sekitarnya diperbaharui. Logo WAGGGS terserlah, terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai khalayak. Logo Dan Lencana Pandu Puteri Dunia Lencana Pandu Puteri Dunia
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga semua ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: a) Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. b) Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. c) Upacara mengibarkan bendera. Tabik Hormat Pandu Puteri
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1) Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2) Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3)Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4) Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri boleh bergerak dari situ. Tabik Hormat Pandu Puteri
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Pada dasarnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri yang berbezanya ialah kegunaannya dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar dalam kedua-dua keadaan ini syarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1.Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 2. 3.Kedudukan jari samalah seperti dalam Hormat Pandu Puteri Kedudukan tangan kanan adalah pada jaral 15-25 cm dari telinga kanan. 4. Isyarat Pandu Puteri
BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI Berjabat tangan Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan: i) tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain ii) kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan dengan orang yang tidak berpakaian seragam Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Baden Powell yang banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegang senjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegang perisai. Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri.
ISYARAT WISEL Isyarat Wisel O: Tiupan Pendek ____: Tiupan Panjang
ISYARAT TANGAN
ISYARAT TANGAN
ISYARAT TANGAN
LAGU PANDU PUTERI
Lagu Dunia Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini.
Lagu Taps Siang Kami puji, nikmat diberi Matahari, Bintang-bintang Langit biru, mana pergi Hidup kami, Tuhan saksi Thanks and praise, for our days Neath the sun, neath the stars Neath the sky, as we go This we know, God is nigh
Lagu Taps Malam Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan. Day is done, done the sun From the sea, from the hills From the sky, all is well Safety rest, God is nigh.
LAGU PANDU PUTERI TUNAS
Lagu Kumpulan Berenam Siatan datang berkawan, Berani macam pahlawan. Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa. Kami bernama Kenanga, Berjasa bertenaga. Cempaka bersuka ria; Menolong orang duka. Kami Kesidang datang, Menolong pagi dan petang. Teratai nama kami, Bekerja setiap hari
BENDERA
Bendera Malaysia
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Bendera PPPM Latar keseluruhan bendera ini berwarna biru dan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia berada di tengahtengahnya Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah.
Bendera dunia Bendera Pandu Puteri Dunia Bendera ini ialah bendera rasmi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia keenam yang diadakan pada tahun tersebut Pada bulan Mac 1991, di mesyuarat kali ke- 80, selepas upacara perasmian Pax Lodge, Jawatankuasa Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia telah menerima bahawa Pergerakan Pandu Puteri ialah satu organisasi yang dinamis dan mencerminkan keperluan zaman moden Tiga blok atau petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan.
Organisasi S T R U K T U R
Sejarah Perkembangan PPPM Riwayat Hidup Pengasas Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady Baden Powell yang merupakan isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan “Girl Guides” dengan bantuan adik Lord Robert BadenPowell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenal sebagai “Girl Scouts”. Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides” yang bertanggungjawab terhadap Pergerakan Pandu Puteri di negaranya. Olave St. Clair Soames
Sejarah Perkembangan PPPM Riwayat Hidup Pengasas Kemudiam pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau “Chief Guide ”. Pada tahun 1918 hingga 1919, beliau telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa. Majlis Antarabangsa telah bertanggungjawab sebagai perantara di antara Persatuan Pandu Puteri sesebuah negara. Kini, ia dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Pada tahun 1930. beliau telah diberi gelaran “World Chief Guide ”. Beliau hidup sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun.
Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) 1909 1910 1912 Dalam sebuah perhimpunan pengakap di Crystal Palace, telah muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk mengikuti perhimpunan Agnes iaitu adik kepada tersebut. Baden-Powell telah menerbitkan buku “Scouting for Boys bagi kegunaan Pandu Puteri di ma seterusnya pertubuhan Pandu Puteri dilwujudkan. Pasukan Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan dini memiliki pakaian, lencana, peraturan dan nama yang berlainan namun mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama 1918 Olave Beanes , isteri kepada Sir Robert telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan kemudiannya pasangan tersebut telah meneruskan kegiatan mereka dalam membangunkan Pandu Puteri seluruh dunia.
Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) 1919 1920 1924 Sebuah badan rasmi iaitu Majlis Antarabangsa International Council telah dibentuk oleh Olave Baden Powell bertujuan untuk menjadi perintis kepada WAGGGS. Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan dan ia merupakan satu peristiwa bersejarah. Perkhemahan Sedunia pertama telah diadakan dan kemudian pada tahun seterusnya. Buletin dunia diwujudkan yang dikenali sebagai ‘Our World News’. 1926 Wakil dari beberapa buah negera datang berjumpa Baden-Powell untuk bertanya mengenai pembentukan satu persatuan.
Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) 1928 1930 1931 Sebelum Persidangan Antarabangsa yang kelim di Hungery , Baden Powell telah mendapatkan pendapat kesemua Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal. Bendera dunia telah dikibarkan pertama kalinya semasa Persidangan Dunia di United Kingdom. Bilangan ahli persatuan telah melebihi dari satu juta Pusat Dunia pertama dibuka. 1932
Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) 1939 1945 1957 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri telah diadakan di Hungery. Pergerakan ini dihidupkan semula dan terus berkembang kemudian telah terhenti sementara kerana peperangan. Pembukaan ‘Our Cabana’ 1977 Olave Baden-Powell meninggal dunia dan Projek Pusat Olave dimulakan bagi memperingati beliau dan meletakkan semula Biro Dunia bersama dengan Pusat Dunia London.
Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 1 9 1 6 Pasukan Pandu Puteri yang pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Bailard di Methodist Girls School. 1 9 1 7 Persatuan Pandu Puteri Malaysia didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan diuruskan di bawah YWCA (The Young Womens’s Christian Association) 1 9 3 2 Kerajaan mulai memberikan sumbangan dan peruntukan sebanyak 2 ribu ringgit. 1 9 4 2 Pergerakan Pandu Puteri di Malaya terhenti kerana perubahan takhta dan Malaya mulai dikuasai oleh Kerajaan Jepun. 1 9 5 7 Pusat Pentadbiran PPPM dipindahkan dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri di Kuala Lumpur.
Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 1 9 6 0 Secara rasminya, PPPM menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia serta diterima sebagai Ahli Tenderfort. 1 9 6 6 PPPM telah diterima menjadi Ahli Penuh World Association at Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 1 9 8 7 PPPM menjadi tuan rumah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori Pandu Kebangsaan 1 9 9 9 Laman web PPPM mula dibuka melalui penambahan dari masa ke masa. 2 0 0 5 Girl Guides Summit dilaksanakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta.
Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 2 0 0 6 Perkembangan baru Persatuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan serta berkuat kuasa secara rasminya dengan serta merta 2 0 0 7 PPPM memperolehi tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang kesembilan kalinya. 2 0 0 8 Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan dilancarkan di Sungai Petani Kedah. 2 0 1 1 Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyertai Persidangan Dunia WAGGGS kali ke-33 di Afrika Selatan.
Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada tanggal 22 Februari setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan itu. Hari peringatan ini disambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord Baden-Powell, pengasas pasukan Pengakap. Bermula sejak tahun 1932 di Poland. Setiap tahun Hari Peringatan Sedunia akan disambut dan diraikan mengikut tema yang ditetapkan oleh World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) iaitu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Sedunia. Hari Peringatan Sedunia
Hey,hey,hey, its Thinking Day (3x) All over the world its Thinking Day, In Mexico, its Thinking Day, In Switzerland, its Thinking Day, In Canada, its Thinking Day, All over the world its Thinking Day. Hey,hey,hey, its Thinking Day (3x) All over the world its Thinking Day, In Singapore, its Thinking Day, In Malaysia, its Thinking Day, In Philiphines, its Thinking Day, All over the world its Thinking Day. Lagu Thinking Day
Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Keluarga Pandu Puteri Malaysia
Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia