cabaran bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan
 di malaysia pada masa kini
                    KOD & KURSUs
                       MPU21032
        PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
                           
                       TUGASan
                        e-FOLIO
                           
                        TAJUK
 TUGASAN CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
      KEBANGSAAN DI MALAYSIA PADA MASA KINI
                           
                  NAMA PENSYARAH
       ENCIK MUHAMMAD SAFWAN BIN ABDULLAH
                           
                 PROGRAM DAN KELAS
        DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA1B)
                           
                         SESI
                       1 2022/23
ahli kumpulan
                      KALESHESWARY A/P SRINIVASAN
                               (08DKA22F1032)
AMIRAH NADIAH BINTI AZMI
     (08DKA22F1057)
             
                      MOHAMMAD DHANISH DHANIEALL
                             BIN HAIRUL ANWAR
                               (08DKA22F1118)
ISI KANDUNGAN
                   
             1. MUKA DEPAN e-FOLIO
                                                           
                2. ISI KANDUNGAN
                                                           
                3. PENGHARGAAN
                                                           
                4. PENDAHULUAN
                                                           
 5. CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
                  KEBANGSAAN
                                                           
6. FAKTOR BAHASA MELAYU TIDAK MENJADI PILIHAN
                                                           
        7. KEPENTINGAN BAHASA MELAYU
                                                           
 8. LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
                                                           
                 9. KESIMPULAN
                                                           
              10. SUMBER RUJUKAN
1.0 PENGHARGAAN
   Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan
   kesyukuran kepada tuhan kerana dengan
        limpah dan kurnianya, kami dapat
  menyiapkan E-Folio Penghayatan etika dan
   peradaban yang bertajuk cabaran Bahasa
     Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di
   Malaysia pada masa kini. Kami juga ingin
   mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Encik Muhammad Safwan Bin Abdullah selaku
 pensyarah Penghayatan Etika dan Peradaban
bagi kelas DKA1B, yang telah memberi tunjuk
  ajar dan bimbingan dalam membantu kami
                menyiapkan e-Folio ini.
    Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
  setinggi -tinggi penghargaan kepada pihak
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
atas kemudahan yang telah disediakan kepada
   pelajar-pelajar seperti kemudahan wi-fi .
   Kemudahan yang diberikan ini membantu
  kami dalam mencari maklumat dengan cara
 malayari internet. Akhir sekali, terima kasih
 juga ditujukan kepada semua ahli kumpulan
yang telah memberi komitmen dan kerjasama
   yang baik sepanjang menyiapkan tugasan
                    berkumpulan ini.
2.0 PENDAHULUAN
     Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-
Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang
telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan
persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Asal
usul pertumbuhan bahasa Melayu berasal dari
Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.
Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah
batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di
Sumatera Selatan. Menurut statistik penggunaan
bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan
berjumlah 77 juta.
                                                                                                               
     Bahasa Melayu Piawai (disebut juga sebagai
Bahasa Melayu Standard, Bahasa Melayu Baku atau
Bahasa Melayu Moden) ialah Bahasa Melayu Johor-
Riau yang berasal dari Johor (Malaysia) & Riau
(Indonesia), seperti yang dipersetujui dan diiktiraf
oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu
Johor-Riau seterusnya dikenali sebagai induk
kelahiran bahasa Melayu yang dipakai sebagai
bahasa rasmi kebangsaan pada zaman moden. Di
Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan
nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa
Melayu dinamakan "Bahasa Malaysia" atas sebab
politik untuk menentang Bahasa ndonesia. Namun
nama "Bahasa Melayu" digunakan semula dalam
masyarakat.
3.0 CABARAN BAHASA MELAYU SEBaGAI BAHASA
                 KEBANGSAAN
Sesuatu yang lazim bagi sesebuah negara yang
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum akan
berhadapan dengan masalah untuk mencapai
perpaduan. Ini disebabkan perbezaan latar budaya,
bahasa, kepercayaan dan lain-lain yang begitu ketara.
Bahasa Melayu difikirkan salah satu medium yang
akan dapat mencapai perpaduan
Sesuatu yang lazim bagi sesebuah negara yang terdiri
 daripada masyarakat berbilang kaum akan berhadapan
 dengan masalah untuk mencapai perpaduan. Ini
 disebabkan perbezaan latar budaya, bahasa, kepercayaan
 dan lain-lain yang begitu ketara. Walau bagaimanapun,
 menyedari kepentingan perpaduan dalam memastikan
 pembangunan negara maka bahasa Melayu difikirkan
 salah satu medium yang akan dapat mencapai
 perpaduan tersebut
      Namun begitu, sudah tentu terdapat cabaran dan
 reaksi yang terpaksa dihadapi dan ditangani dalam usaha
 untuk melaksanakan pengembangan bahasa
 kebangsaan.Dalam tempoh masa hampir sepuluh tahun
 negara merdeka, perlembagaan telah membuat
 peruntukan yang telah menyamatarafkan kedudukan
 bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.ia menjadi halangan
 dalam memperluaskan penggunaan bahasa Melayu
 sebagai bahasa kebangsaan. Jelas bahawa bahasa
 kebangsaan akan disaingi hebat oleh bahasa Inggeris. Ini
 disebabkan terdapatnya golongan yang tidak
 berkeyakinan terhadap kemampuan bahasa Melayu
 untuk menggantikan peranan bahasa Inggeris. Misalnya,
 seorang hakim yang tidak mahir dalam bahasa
 kebangsaan. Sebenarnya jika dianalisis, kurangnya
 keyakinan terhadap bahasa kebangsaan mempunyai
 kaitan dengan pengaruh penjajahan British sebelum
 merdeka.
4.0 FAKTOR BAHASA MELAYU TIDAK MENJADI PILIHAN
4.1 PERKEMBANGAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI SELURUH NEGARA
 Perkembangan era globalisasi pada ketika ini
 memungkinkan penyaluran maklumat tanpa tapisan ke
 serata pelosok Dunia. Arus globalisasi yang melanda
 Dunia meninggalkan impak yang cukup besar dalam
 kehidupan hatian manusia. Impak globalisasi ini
 memungkinkan Bahasa Inggeris untuk terus
 berkembang Dan Bahasa Melayu semangkin
 dipinggirkan. Peningkatan dalam penggunaan Bahasa
 Inggeris ini meninggalkan kesan kepada perkembangan
 penggunaan Bahasa Melayu.
Apa tidaknya, dalam keghairahan mengejar kemajuan
diri, penutur Bahasa Melayu khusushya semakin
menjarakkan diri daripada Bahasa ibunda mereka sendiri.
Hal ini dikatakan demikian kerana hampir semua negara
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Dan
Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa terpenting didunia
kerana digunakan sebagai alat komunikasi bagi semua
Jenis kaum.
                4.2 PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Penularan pengaruh Bahasa rojak dan slanga telah
menjadi duri dalam daging bagi penutur Bahasa.
Penggunaan Bahasa rojak di negara ini bukanlah perkara
baharu kerana fenomena itu biasa bagi negara yang
mempunyai penduduk berbilang kaum. Proses
mencampuradukkan Bahasa ketika berkomunikasi
antara satu sama lain menjadi sesuatu yang lumrah Dan
diterima sebagai gaya hidup harian. Hal ini dikatakan
berlaku kerana pencampuran Bahasa diantara kaum di
malaysia.Dari perspektif yang lain, generasi muda
semakin rancak mencampuradukkan penggunaan
Bahasa dalam komunikasi kerana penggunaan nya lebih
menyeronokkan. Lebih membimbangkan apabila rakyat
Malaysia bangga memperkenalkan Bahasa rojak ini
kepada pelancong Dan memikirkankan bahawa bahasa
rojak ini merupakan keunikkan negara kita yang hatus
dikekalkan.
        5.0 KEPENTINGAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Bahasa
kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan
identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau
negara. Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali
apabila bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa
kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei
Darussalam dan Singapura. Bahasa kebangsaan
mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan
negara itu sendiri. Setiap negara yang merdeka perlu
memiliki bahasa kebangsaan yang dapat melambangkan
identiti bangsa dan negara tersebut. Sesuatu bahasa itu
dilktiraf sebagai bahasa kebangsaan melalui
penggubalan undang-undang.
Fungsi utama bahasa kebangsaan secara khusus adalah
untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat
kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga
pengisian bahasa kebangsaan juga dapat bertindak
sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan
menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang
mempunyai pandangan hidup yang hampir sama. Bahasa
kebangsaan juga adalah digunakan untuk perpaduan
dalam kalangan warganegara kerana mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum.
     Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah
mencapai kemerdekaan. Sebuah negara yang merdeka
memerlukan satu bahasa kebangsaan untuk menjadi
dasar satu identifikasi nasional.
Jawatankuasa yang merangka Perlembagaan
Persekutuan yang diketuai oleh Lord Reid sedar peri
pentingnya bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.
Justeru, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukkan bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
Bahasa kebangsaan perlu diwujudkan dalam sesebuah
negara kerana melambangkan identiti kebangsaan dan
kedaulatan negara. Bahasa kebangsaan juga berfungsi
menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum serta membentuk satu bangsa Malaysia mempunyai
identiti keperibadian yang dibanggakan dan kesetiaan
yang tinggi. Bahasa kebangsaan juga boleh
menggalakkan pertumbuhan corak kebudayaan
kebangsaan dan alat komunikasi bagi rakyat Malaysia
yang mempunyai etnik yang menutur pelbagai bahasa.
Untuk memenuhi hasrat ini, pada peringkat awal bahasa
kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata
pelajaran di sekolah-sekolah. Kemudian, apabila
kedudukan bahasa Melavu sudah mentap dan menjadi
keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat
serta memupuk keperibadian masyarakat, istilah 'Bahasa
Malaysia' pula digunakan.
6.0 LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
  Urusan rasmi negara seperti surat-menyurat
   menggunakan Bahasa Malaysia sewajarnya
          dimplementasi di setiap peringkat
                    Menghapuskan sekolah vernakular di mana
                     terdapat warganegara Malaysia yang tidak
                      fasih malah tidak mampu bertutur dalam
                                         Bahasa Malaysia.
    penerbitan buku, bahan bacaan, seni lagu
  serta kandungan digital yang menggunakan
     Bahasa Malaysia seharusnya digalakkan.
                      Menguatkuasakan Bahasa Melayu dalam
                                penyiaran dan pengiklanan.
   Memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka
          7.0 KESIMPULAN
    Tuntasnya, pelbagai cabaran yang telah dialami dalam
         menjadikan Bahasa Melayu ini sebagai bhasa
Kebangsaan. Isu ini bukanlah isu yang baru tetapi sudah
          dibangkitkan sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan lagi. Oleh itu, isu iniperlulah diatasi dengan
    bijaksana agar masalah ini tidak menjadi duri dalam
 daging bagi masyarakat Malaysia. Warisan peninggalan
 nenek moyang ini haruslah sipelihara oleh setiap rakyat
 Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa kerana
       Bahasa Melayu merupakan identity negara kita.
      Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
         mempertahankan dan mendaulatkan Bahasa
       Kebangsaan agar generasi akan datang sentiasa
  mengenali Bahasa yang sentiasa menjadi kebanggaan
                              rakyat Malaysia ini.
8.0 SUMBER RUJUKAN
                                   8.1
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
                                   8.2
          https://anyflip.com/ljoau/vyoc/basic
                                   8.3
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05
                                  /991/
                                   8.4
  http://zuluzana.blogspot.com/2012/10/fungsi-
       dan-kepentingan-bahasa-melayu.html
                                   8.5
       https://www.ipendidikan.my/langkah-
      memartabatkan-bahasa-malaysia.html
              -tamat-