The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amrie, 2020-11-11 20:34:22

IS 03 Cold & Hot Water Supply System

IS 03 Cold & Hot Water Supply System

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN)

SESSION NOV 2020 – APRIL 2021 SEMESTER 2
IS 03
CODE /COURSE TCB20082 SHEET NO 3
BUILDING SERVICES

LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN WEEK
HANAPI

TOPIC UNIT 1.0 WATER SUPPLY

SUB-TOPIC 1.5 Cold Water Supply System
1.6 Hot Water Supply System

TOPIC At the end of the lesson, student should be able to:
LEARNING
OUTCOME 1. Explain cold and hot water supply system in building
2. List cold and hot water supply piping material in building.
3. Identify and repair pipe and accessory fitting in building.

Page 1 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1
SISTEM BEKALAN AIR SEJUK

Sistem bekalan
air di rumah

Sistem Sistem
bekalan bekalan
tidak terus
terus
Air dibekalkan ke rumah
Air dibekalkan terus ke melalui tangki simpanan
rumah melalui paip
perkhidmatan air

Jenis-Jenis Paip Pada Sistem Bekalan Air Di Rumah

1. Paip Perhubungan
- menghubungkan paip utama dengan meter air
- membenarkan air masuk ke tangki simpanan air dan ke bahagian-
bahagian dalam rumah
- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG)

2. Paip Perkhidmatan
- menghubungkan air dari tangki simpanan air untuk disalurkan
keluar dari tangki semasa kerja pembersihan
- membenarkan air masuk ke dalam rumah
- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG)

3. Paip Agihan
- membekalkan air dari tangki simpanan kepada kelengkapan
perpaipan di dalam rumah
- membenarkan air keluar dari tangki
- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG) atau PVC

Page 2 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

4. Paip Cuci
- dipasang pada bahagian dasar tangki untuk menyalurkan air
keluar dari tangki semasa kerja pembersihan
- batang paip diperbuat daripada besi polivinalklorida (PVC)

5. Paip Limpah
- dipasang tinggi sedikit daripada aras penuh air tangki untuk
menyalurkan air limpahan jika berlaku kerosakan pada injap
bebola, batang paip (PVC)

Material Utama Dalam Sistem Paip Perkhidmatan Dan Paip
Perhubungan
a.
1. Tangki simpanan.

- Bagi membolehkan air kepada pengguna sekurang – kurangnya 1
hari

- Menyediakan bekalan air sewaktu ganguan bekalan .
- Perkara yang perlu diberi perhatian:

o bahan – bahan untuk tangki
o Muatan ( yang boleh diisi )
o Kedudukan dalam bangunan
o Keperluan bagi tangki kurang 4500 litter
o Keperluan bagi tangki melebihi 4500 litter
o Tangki simpanan pendua
o Injap

- Air dari paip hubung dibawa terus ke tangki simpanan air melalui
paip bekal.

- Hanya pili yang bekalkan air untuk minuman dan masak sahaja
mendapat bekalan air terus dari paip induk (paip bekal).

- Kunci paip perlu dipasang pada paip- paip bekal supaya bekalan air
boleh dikawal.

Page 3 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

- Jenis dan saiz tangki:

i. Tangki Besi Bergalvani
a) muatan : 18 – 3364 l
b) panjang : 457 – 2438 mm
c) lebar : 305 – 1524 mm
d) tinggi : 305 – 1219 mm

ii. Tangki Asbestos
a) muatan : 17 – 701 l
b) panjang : 305 – 1194 mm
c) lebar : 305 – 991 mm
d) tinggi : 305 – 724 mm

iii. Tangki Plastik / Fibre Glass
a) muatan : 18 – 727 l
b) panjang : 430 – 1055 mm
c) lebar : 305 – 635 mm
d) tinggi : 305 – 585 mm

iv. Tangki Glass
a) muatan : 18 – 727 l
b) panjang : 254 – 610 mm
c) lebar : 419 – 750 mm
d) tinggi : 464 – 845 mm

Faktor penting :

1. Kedudukan dalam ruang mestilah bersesuaian bagi memudahkan
kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dijalankan.

2. Ruang minima diatas tangki ialah 375 mm
3. Penutup tangki hendaklah tidak kedap udara
4. Menyediakan kemudahan pemeriksaan dan pembersihan
5. Rekabentuk struktur dan rasuk perlu sesuai bagi menanggung beban,

luas, lebar dan muatan.

Page 4 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Keperluan – keperluan bagi tangki kurang 4500 liter
1. Tangki simpanan perlu ada paip limpahan jika injab bebola rosak dll .
2. Ukuran paip limpah 1 kali lebih besar dari ukuran paip masuk , minima
yang dibenarkan 20 mm – 50 mm keatas dipasang mengikut garisan
air ( water line )
3. Saluran masuk perlu 75 mm dari garisan air ( injab bebola tekanan
tinggi )
4. Bahagian bawah perlu dilengkapkan dengan paip buangan .
5. Pemasangan paip perkhidmatan ditepi tinggi dari lantai dan diagihkan
ke seluroh bangunan ( rujuk kaedah pemasangan )

Keperluan tangki air melebihi 4500 liter.

1. Tangki perlu dilengkapi paip limpah
2. Paip amaran yang berasingan.
3. Lain-lain amaran juga dibenarkan.
4. Kedua-dua paip ini jika digabungkan diameter hendaklah melebihi

25 mm .
5. Paip masuk dipasang injap berbola atau cara lain bagi mengawal

kemasukkan air seperti:
a) Injap petunjuk ketinggian aras
b) Pam pemutus automatik

6. Paip buang mesti mampu membuang air dalam masa 3 jam

Tangki simpanan pendua - Disyorkan kapasiti simpanan sebanyak 4500
liter, terdiri dari 2 buah tangki yang
disambungkan dan boleh diguna bergilir-gilir
di antara keduanya

Page 5 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

INJAP

Injap merupakan alatan megawal atau memberi fungsi-fungsi tertentu
dalam sistem agihan air. Ia peru diletakkan dalam kebuk yang tertutup dan
bebas dari kotoran atau sampah sarap. Dengan ini, mudahlah
penyenggaraan dibuat dan injap-injap itu boleh dipergunakan bila sesuatu
keadaan memerlukannya.

1 Injap Sluis

- Injap sluis mencuci berfungsi untuk memberhentikan pangaliran
air.

- Boleh didapati dalam saiz 1 1/2" hingga ke 48".
- Besi tuang digunakan untuk membuat badan injap itu dan gun-

metal untuk pintu yang berbentuk baji.
- Injap sluis boleh didapati dengan hujungnya bebenang, berbibir,

bersoket atau licin.
- Injap hujung licin cuma boleh diperoleh hingga saiz 12".
- Injap yang besar biasanya akan dibekalkan dengan hujung

bebibir.

2 Injap Mencuci

- Injap mencuci dipasang di kawasan di cawangan saluran paip
untuk membolehkan kekotoran dari dalam saluran paip dialirkan
keluar.

- Untuk membuka atau menutup cawangan itu, injap sluis
digunakan.

- Injap -injap mencuci ditempatkan di bahagia terendah dalam
sesuatu bahagian saluran paip dan juga hujung-hujung paip yang
buntu.

Page 6 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

3 Injap Udara

- Injap udara bertujuan untuk melepaskan udara dari paip semasa
mengisi air ke dalam paip kosong dan melepasakan gelembung-
gelembung udara yang teperangkap dalam paip.

- Ia juga bertujuan membolehkan udara masuk ke dalam paip bila
paip dikosongkan untuk mengelakkan paip dari pecah sebab tiada
persekitaran hampagas boleh wujud dalam paip. Injap udara
selalunya ditempatkan di puncak sesuatu bahagian atau bila-bila
kecerunan paip berubah dengan banyaknya secara tiba-tiba.

- Terdapt dua jenis injap udara iaitu; injap udara tunggal dan injap
udara kembar.

4 Injap Sekat Hala

- Injap sekat hala dikenali dengan panggilan check valva atau non-
return valva.

- Air hanya boleh mengalir dalam satu hala sahaja. Jika air cuba
menghala berbalik, injap ini akan tertutup dengan sendirinya dan
menyekat pengaliran itu. Dengan demikian, injap ini luas
digunakan dalam saluran paip berpam dan ditempatkan di antara
pam dan injap sluis.

- Oleh sebab hala aliran air tidak boleh berbalik, kerosakan pam
disebabkan tolakan berbalik oleh air dapat dihindarkan.

5 Injap Bola Lampong

- Injap ini digunakan untuk mengawal air masuk ke dalam tangki
atau kolam dan ianya dipasang di bahagian atas hujung paip air
masuk tangki.

- Injap ini digerakkan oleh satu pelampong atau bola yang
terampung di permukaan air.

- Bila paras air turun, pelampung ini akan turun bersama dan injap
ini akan terbuka.

- Bila paras air dalam tangki meningkat ke paras penuh, pelapong
ini naik dan menutup air masuk secara automatik.

Page 7 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

6 Injap Lega Tekanan

- Biasanya injap ini dipasang di saluran paip selepas pam
- bertujuan untuk melegakan atau meredakan tekanan dalam paip

disebabkan oleh tindakan penukul air yang wujud bila alat
mengepam terberhenti dengan tiba-tiba .
- injap ini boleh melegakan tekanan air dari memuncak tinggi,
saluran paip akan menjadi lebih selamat.

7 Pili bomba

- Pili bomba biasanya dipasang di atas paip-paip utama supaya
senang untuk menempatkannya.

- Ini membolehkan pihak Jabatan Bomba membuat sambungan
hos ke pili dan mendapatkan air untuk melmadam kebakaran.

- Terdapat 2 pili bomba ; iaitu pili bomba bawah tanah dan pili
bomba atas tanah. Pili bomba atas tanah lebih menyenangkan
pihak bomba.

Pemasangan Dan Kedudukan Meter (Communication Pipe)

Mengikut panduan kaedah – kaedah bekalan air 1986 peraturan 303 .

1. Pengguna yang mempunyai meter berhak mendapat bekalan air
2. Pengguna bertanggong jawab ke atas keselamatan meternya
3. Kedudukan meter mesti bersesuaian dan ditentukan oleh pihak

berkuasa air bagi memudahkan pembacaan .
4. Jabatan air berhak menukar , menentukan lokasi meter Kos

ditanggong oleh pengguna .
5. Meter pukal dipasang bagi membolehkan bacaan penggunaan bagi

sesebuah komplek bangunan tinggi yang melibatkan pengurusan
yang sama atau tempat atau keadaan yang memerlukannya
6. Ia dapat digunakan untuk mengesan kebocoran dan kecurian air .

Page 8 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Tangki Sedutan.
- Mempunyai saiz yang boleh menampung kapasiti air 1/3 daripada
jumlah sehari atau masa mengepam selama sejam .
- Bagi bekalan melebihi 10, 000 gelen sehari , pengeluaran masuk ke
dalam tangki sedutan hendaklah dikawal oleh injap aliran sekatan

Gambarajah Tangki Sedutan dan Rumah Pam

Tangki Simpanan
- Tangki simpanan perlu menampung kapasiti air simpanan 2/3 daripada
jumlah keperluan air sehari.
- Bekalan air minuman yang dibekalkan dari tangki air yang terletak
diaras bumbung, ia perlu dipasang paip berasingan untuk kegunaan
minuman dan membasuh.

Pemasangan pam.
- Bangunan rendah tidak dibenarkan ( menjejaskan tekanan air pada
paip )
- Pada bangunan tinggi tekanan tidak cukup , pemasangan pam
diperlukan
- ( perlu kelulusan JBA )
- Jika tekanan itu cukup untuk sampai ke atas yang paling tinggi maka
“by pass system“ diguna pakai .
- Kesimpulan pemasangan perlu pada bangunan rendah/tinggi
memerlukan kelulusan atau kebenaran JBA negeri.

Page 9 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Kadar mengepam .
Mengikut jumlah jam .

 Pangsapuri = masa mengepam sehari 16 jam .
 Pejabat = keperluan mengepam 8 jam sehari .
 Bagi bangunan, penggunaan air sepanjang hari masa

mengepam 24 jam .

Menyelenggara Pam

1. Perlu diselenggara oleh pengguna (kos ditanggong oleh pengguna)
2. Pengguna perlu mendapatkan firma / kontraktor penyelenggara

yang diluluskan oleh JBA negeri, peraturan ini menetapkan :
i. Kontraktor penyelenggara dapat dihubungi semasa
kecemasan.
ii. Mempunyai alat ganti / pekerja yang mencukupi bagi
penyelenggaraan tersebut .
iii. Pihak pengguna berhak menguji sampel air dari sistem
berkenaan

Perbezaan Reka Bentuk Sistem Bekalan Air Didalam Bangunan
Rendah Dan Tinggi

1. Mengikut BS /CP 310 1965.
2. Mengikut undang-undang bekalan air dikuat kuasa PJBA
3. Undang-undang berbeza pada setiap negeri, perlu dibuat rujukan

pada JBA negeri dan JKR negeri .

Page 10 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Perbezaan di antara sistem bekalan air sejuk pada bangunan tinggi dan
rendah ialah:

i. Keperluan memasang pam.
ii. Pemasangan meter.
iii. Kedudukan tangki simpanan dan tangki sedutan .
iv. Bekalan minuman dan air bersih
Sistem Bekalan Air Dalam Bangunan
Dipraktis di Malaysia dalam dua sistem :
i. Secara langsung
ii. Secara tidak langsung
Aplikasi keduanya bergantung pada kategori bangunan, perlu mengikut
undang-undang Building By Law.

Page 11 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

1. Sistem Secara langsung.
- Sistem sambungan dibuat secara terus kepada semua
kelengkapan kebersihan iaitu secara terus-menerus.
- Bekalan air yang diterima lebih bersih
- Paip panjang diperlukan.
- Tekanan kuat pada paip awam menyebabkan kerosakkan pada
paip domestik
- Bekalan air tergangu jika paip awam rosak
- Tekanan rendah terjadi pada waktu permintaan tinggi / waktu
puncak
- Sistem lama, sebelum ada peraturan-peraturan bekalan air .

2. Sistem Secara Tidak Langsung

- Semua peralatan kebersihan dibekalkan dengan air dari tangki
simpanan dalam rumah .

- Hanya pili air bersih untuk minuman sahaja dibekalkan secara
terus daripada paip retukalasi.

- Sistem ini akan menyebabkan keadaan berikut :

i. penyelenggaraan pembersihan (berterusan) kerana air
dalam tangki mungkin kotor .

ii. tidak dipengaruhi oleh paip awam kerana ia ada tangki
simpanan .

iii. di pengaruhi aras ketinggian titik pengeluaran air pada
tangki air .

iv. saiz paip perlu digunakan saiz yang bersesuaian .
v. mendapat tekanan air yang stabil .
vi. memerlukan penyokong untuk perletakkan tangki

simpanan dll .

Page 12 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Gambarajah Sistem Secara Tidak Langsung
Bangunan rendah

- Diklasifikasikan sebagai bangunan tidak melebihi 5 tingkat .
- Kebiasaanya sistem ritikulasi untuk perumahan komersial, direka

bentuk untuk membolehkan mempunyai tekanan air yang mencukupi
bagi mengisi air didalam tangki air pada bangunan ditingkat lima .
- Kapasiti air bagi tangki simpanan air utama merupakan jumlah
kegunaan air sehari
- Material umum: water main, meter chamber, water meter , water

storage tank , G.I class B , UPVC class D , G.I class C
.

Page 13 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Bangunan tinggi

- Untuk bangunan lima tingkat keatas, dimana paip utama pada tekanan
rendah pam akan digunakan.

- Sistem pam perlu terdiri daripada tengki sedutan pam penggalak di
kawasan rendah dan tangki simpanan diparas tertinggi .

Pemasangan Meter

- Pada bangunan tinggi hendaklah dipasang “ meter pukal “ dan pada
bekalan rumah-rumah atau bangunan rendah perlu dipasang sub
meter .

Penyukatan Air (Metering) :

Kegunaan : Sukat kuantiti air yang melalui paip

Pemasangan : Diletakkan di sempadan bangunan, selepas kunci air

Tekanan Air : 1-1.4 kg/cm²

Spesifikasi Pemasangan : Membuat ‘chamber’

Meter (Malaysia) - batu berukuran 13.5

- 1.5 tebal (precast concrete)

- bahagian luar di render dengan simen

Page 14 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

8 comments:
SISTEM BEKALAN AIR PANAS

Pengenalan

Penggunaan air panas sudah menjadi keperluan yang amat penting buat
masa kini. Walaupun pada asalnya keperluan ini banyak digunakan oleh
orang barat yang mempunyai cuaca yang sejuk tetapi kini sistem ini banyak
digunakan oleh negara-negara lain yang mempunyai cuaca panas.

Keperluan Dan Kepentingan Sistem Bekalan Air Panas

Penggunaan air panas telah meluas digunakan oleh orang barat lama
dahulu. Perkembangan ini dipengaruhi oleh cuaca ditempat mereka yang
sentiasa sejuk. Jadi penggunaan sistem bekalan air panas ini diperluaskan
lagi khususnya di kawasan beriklim tropika. Walaupun kawasan ini
bercuaca panas, ada masanya air panas tetap diperlukan seperti di musim
hujan monsun.

Selain itu, sistem air panas merupakan satu keperluan di bangunan-
bangunan hotel, pejabat dan juga rumah kediaman pada masa kini.
Manakala bagi konteks hospital pula, sistem air panas yang baik diperlukan
bagi tujuan tertentu seperti pembersihan, penstrilan dan pembasmian
kuman.

Suhu air panas yang dibekalkan secara piawainya pada tahap 800C atau
lebih tinggi mengikut permintaan dan keadaan semasa. Manakala suhu
balikan semula ke penjana utama adalah antara 600C hingga 700C.

Kebaikan:
1. Sesuai digunakan pada semua keadaan dan tempat
2. Penggunaanya tidak terhad kerana ia bergantung kepada keperluan
dimana siznya yang berbeza-beza.
3. Selamat kerana ia dikawal oleh sistem kawalan.
4. Ia boleh disambungkan terus dengan bekalan air sejuk.

Page 15 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Keburukan:
1. Kos terlalu mahal untuk menyediakan sistem ini.
2. Perlu mendapat kelulusan pihak majlis tempatan.
3. Suhu hendaklah sentiasa dikawal supaya tidak mendatangkan

bahaya kepada pengguna.
4. Kos untuk menyenggara terlalu mahal.

Bahan paip air panas

- terdiri daripada tangki atau silinder air panas dan paip.
- Bahan-bahan ini hendaklah dibina dari bahan yang diluluskan oleh

Pengarah JBA, Negeri dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
- Tangki mestilah disangga dengan secukupnya dan dilindungi dari

hakisan.
- Injap bebola tidak dibenarkan dipasang di dalam tangki ini.
- Setiap paip yang boleh digunakan sebagai paip air panas adalah terdiri

daripada bahan-bahan yang diperbuat daripada keluli, kuprum, aloi,
loyang dan lain-lain bahan yang tahan hakisan selain daripada
plumbum
- bagi memastikan agihan air panas dapat disalurkan dengan lancar.

Paip air panas dari tangki simpanan air panas perlu mematuhi
spesifikasi berikut:
(seperti yang tercatat dalam Buku Panduan Kaedah-Kaedah Bekalan Air JKR :
tanpa penebat)

Diameter Paip ( mm ) Panjang Maksimum ( m )

Tidak melebihi 13mm 18
Melebihi 13mm 12
Melebihi 19mm 8
Melebihi 25mm 3

Jika panjang paip yang dibekalkan melebihi jumlah panjang yang
telah ditetapkan, maka ia perlu ditebat dengan berkesan untuk
mengelakkan kehilangan haba dan memenuhi kehendak
Pengarah Negeri.

Page 16 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Prinsip Peredaran Air Panas

- Air boleh diedarkan dalam sistem samada dengan cara olakan tabii
(sifonan haba) atau dengan menggunakan pam empar.

- Sifonan haba dihasilkan oleh perbezaan suhu antara paip aliran dan
paip balikan.

- Air sejuk yang lebih tumpat dalam paip balikan memaksa air panas
yang kurang tumpat dalam paip aliran melalui litar.

- Edaran pam telah menggantikan edaran sifonan haba bagi
keseluruhan kecuali pemasangan rumah yang kecil.

- Edaran pam mempunyai kelebihan dalam mengurangkan waktu
memanas dan juga paip yang lebih kecil boleh digunakan.

Kaedah-Kaedah Proses Pemanasan Air

Terdapat 4 cara bekalan air panas boleh didapati iaitu :-

1. Sistem air panas secara terus
- Ada beberapa bahagian yang perlu diketahui iaitu :-
i. Dandang (boiler)
- Tempat pemanasan air secara bakar atau letrik.
- Air dari sini akan mengalir ke kebuk air panas.

ii. Kebuk (cylinder)
- Tempat air panas disimpan dan dialirkan ke punca
pengeluaran.
- Dipasang seberapa rapat yang boleh dengan dandang dan
perlu dibaluti dengan bahan penebat haba.
- Tujuannya ialah untuk mengekalkan kepanasan air.

iii. Tangki air sejuk
- Tempat simpanan air sejuk di mana airnya dibekalkan ke
kebuk dan hendaklah tinggi bagi seterusnya ke dandang.
- Kedudukan tangki ini mendapatkan tekanan yang secukupnya
supaya air dapat dialirkan ke semua bahagian.

Page 17 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

iv. Paip bekal sejuk
- Paip ini menyalurkan air sejuk dari tangki simpanan air sejuk
ke kebuk.
- Saiznya hendaklah lebih besar dari paip penyaluran air
panas.
- Tujuannya bagi mengimbangkan dari berlaku geseran pada
paip dan kebuk.

v. Paip alir asas (primary flow pipe)
- Paip yang menyalurkan air panas dari dandang ke kebuk.

vi. Paip balik asas (primary return pipe)
- Paip yang menyalurkan air sejuk dan juga air panas yang
sudah sejuk dari kebuk masuk ke dalam dandang.

vii. Paip air panas (paip agihan)
- Paip yang menyalurkan air panas ke punca pengeluaran
yang dikehendaki.
- Ianya dipasang di atas kebuk terus kepada paip
pengeluaran.

viii. Paip udara (paip liang)
- Paip yang berfungsi sebagai paip pengudaraan.
- Pemasangan ialah dari paip air panas terus masuk ke tangki
bekal.

ix. Injab keledar
- Injab yang dipasang dengan tujuan mengeluarkan haba
kepanasan yang berlebihan bagi mengelakkan dari berlaku
sebarang bahaya.
- Untuk keselamatan, injab hendaklah dipasang pada paip alir
keluar kerana air yang terlalu panas akan mendatangkan
bahaya.

x. Injap pengering mengeringkan
- Injab yang dipasang bertujuan untuk mencuci dan
kesemua bahagian semasa kerja-kerja
memperbaiki dijalankan.

Page 18 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1
- Dipasangkan pada bahagian paling rendah di dalam sistem

pemasangan sama ada pada dandang atau pada paip balik
asas atau pada kedua-duanya.

Gambarajah Sistem Air Panas Secara Terus

Page 19 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

2. Sistem air panas secara berhalang
- Tujuannya adalah untuk menyeragamkan pembekalan air ke
semua tempat pengeluaran air dengan kadar mencukupi.
- Sistem ini boleh didapati pada rumah-rumah kediaman, bangunan-
bangunan tinggi dan sebagainya.
- Pada rumah kediaman kadar minima kepanasannya ialah 60ºC
(140 ºF) dan penggunaan bagi setiap 45 liter air (10 gal)
- Sistem ini akan menjalani proses Perolakan ( convection) dan
seterusnya diagihkan ke tempat-tempat pengeluaran seperti radas-
radas.
- Air dari dandang berpusing serta memanaskan air pada kebuk
tanpa bercampur dengan air tersebut. Sementara air pada kebuk
dipanaskan dari haba pada paip dari dandang.

Pemanasan Cara Perolakkan (Convection)
o Haba dipindah dari satu tempat ke tempat lain oleh molekul
yang membawa haba.
o Pergerakan ini berlaku melalui bendalir seperti cecair dan gas.
o Haba yang dipindahkan oleh arus perolakkan adalah panas.
o Haba ini akan naik ke atas dan haba yang sejuk turun ke
bawah.
o Pada sistem ini, air panas akan berpusing apabila haba panas
meresap masuk air sejuk. Air sejuk tadi menjadi panas dan
ringan lalu naik ke atas. Air sejuk turun ke bawah serta naik
semula.

Page 20 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Gambarajah Sistem Air Panas Secara Berhalang
3. Sistem air panas secara segera (gas / letrik)

i. Pemanas air menggunakan elektrik
- Kos penggunaan jenis ini adalah mahal berbanding dengan
menggunakan bahan lain oleh itu langkah-langkah perlu
diambil kira supaya haba dapat dijimatkan iaitu :-
 bekas simpanan air panas mestilah ditebat dengan baik,
dan tebal minimum 50mm – 75mm.
 air yang telah dipanas mestilah tidak beredar melaui rel
tuala atau penyinar
 panjang tempat alir ambilan air panas, terutamanya ke sink
mestilah minima.

Page 21 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1
 edaran paip tunggal dalam paip air panas, atau paip

bolong, mestilah dihindari.
 almari pengudaraan mestilah tidak dipanaskan dengan

membiarkan sebahagian bekas simpanan air panas tidak
bertebat.
 larasuhu berkesan mengawal suhu air pada suhu maksima
600 c bagi air liat sementara suhu maksima 710 c bagi air
lembut. suhu yang rendah bagi air liat semertara
mengurangkan mendakan kapur dengan banyaknya.

Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Elektrik
Page 22 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Elektrik
Page 23 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

ii. Pemanas air menggunakan gas
- Terdapat tiga (3) jenis pemanas air gas, iaitu pemanas ketika,
simpanan dan berkeliling.
- Air sejuk mengalir vebtori yang menghasilkan tekanan berbeza
mengatasi gegendang dan injap gas akan terbuka.
- Api pandu menyalakan pembakar dan air dipanaskan semasa
mengalir semasa penukar haba.
- Air untuk pemanas boleh dibekalkan terus dari sesalur atau
tangki air sejuk.
- Pemanas berbilang salur keluar boleh membekalkan beberapa
buah alat.
- Pengedar gas digunakan untuk memanaskan air didalam
selinder simpanan.
- Injap tiga hala di pusingkan untuk mengedar air melalui paip
balik atas atau bawah dan dengan itu akan menjimatkan
penggunaan bahan api.
- Pengedar boleh dipasang di dapur dengan paip alir tegak dan
paip balik disambungkan ke selinder yang di pasang di dalam
almari (kebuk) udara.

Page 24 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Gas
Page 25 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Gas
Page 26 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

4. Pemanas menggunakan tenaga solar

- Usaha untuk menjana elektrik dengan menggunakan sistem air
panas suria berpusat yang menghasilkan air bersuhu tinggi
sehingga melebihi 200ºC.

- Satu permukaan 1m² yang terdedah kepada cahaya matahari
yang terang dapat menyerap atau menghasilkan 766 watt.

- Di Malaysia, sistem pemanas air suria mula berada di pasaran
sejak awal tahun tujuh puluhan lagi.

- Komponen Panel Solar :
i. Pengumpul solar (panel pengumpul)
o merupakan sistem pemanas di mana air di dalam panel
dipanaskan.
o terdiri dari bahan seperti rangka logam aluminium atau
tembaga dengan satu penutup metri kaca.
o Air yang mengalir mesti melalui paip kuprum agar haba
yang diserap oleh penyerap / pengumpul dapat
dipindahkan kepadanya melalui tindakan fizik.
o Bila air telah dipanaskan melalui paip ini, ia akan
dialirkan pula ke paip pengaliran untuk disimpan di
tangki pemanas.

ii. Penebat
o Gentian kaca tebal 80 – 100mm dipasang bersebelahan
dengan gelung aluminium yang bertindak sebagai satu
bahan pengasingan (penebat).
o Bertindak sebagai bahan pencegah kehilangan haba
semasa penyerapan haba dilakukan oleh pengumpul.

iii. Pengumpul (collector)
o Merupakan komponen yang terpenting dalam sistem
solar, di mana ia berfungsi untuk mengumpulkan haba
dari cahaya matahari untuk memanaskan paip kuprum.

Page 27 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1

iv. Gelung aluminium
o dipasang pada bahagian belakang paip kuprum.
o Saluran paip bertindak sebagai saluran pemanas air di
mana air dari paip utama akan melaluinya. Paip terdiri
daripada beberapa batang paip yang berwarna hitam
bagi tujuan penyerapan haba dengan lebih berkesan.
o Bila air telah dipanaskan, air ini akan dialirkan pula ke
paip pengaliran untuk disimpan di tangki pemanas.

v. Cermin/ kepingan kaca
o Bahan pemfokusan cahaya yang mempunyai permukaan
yang kasar di sebelah bawahnya untuk memastikan
kepanasan yang masuk ke dalam panel pengumpul tidak
akan keluar kembali.

vi. Ruang udara
o Ruang di mana haba panas terkumpul untuk memanaskan
air dalam paip tembaga.
o Ruang udara dimaksudkan hendaklah lebih kurang 20mm
di antara kaca dan paip tembaga / kuprum

- Prinsip Peredaran Solar:
i. Jenis Aktif
o air ini memerlukan bantuan pam untuk menolak air dari
silinder simpanan ke panel pengumpul di bumbung.
o air sejuk di silinder simpan akan dipam ke panel pengumpul
untuk dipanaskan.
o air yang panas akan mengalir kembali ke silinder simpan
untuk diagihkan kepada pengguna.

Page 28 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1
Page 29 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1
ii. Jenis Pasif (Prinsip Thermosifone)

o cara ini sama dengan kaedah arus perolakkan di mana
dalam cara ini panel pengumpul diletakkan berhampiran
dengan silinder air panas.

o silinder diletakkan lebih tinggi daripada pengumpul.

Page 30 of 31

Lampiran DPP C2 (b) - 1
REFERENCE

1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for
Buildings, 9th Edition, John & Sons. Inc.

2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN
SPON.

3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd
Eition. Longman.

Page 31 of 31


Click to View FlipBook Version