The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IS 08 JJ2020 - Unit 3 Site Investigation wk8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amrie, 2023-03-31 02:49:47

IS 08 JJ2020 - Unit 3 Site Investigation wk8

IS 08 JJ2020 - Unit 3 Site Investigation wk8

DPP C2 (b)-1 Page 1 of 7 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME CERTIFICATE IN BUILDING TECHNOLOGY SESSION JAN - JUNE 2023 SEMESTER 1 CODE & COURSE TCB10022 BUILDING CONSTRUCTION SHEET NO IS 08 LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN HANAPI WEEK 8 TOPIC UNIT 3: SITE INVESTIGATION SUB-TOPIC 3.3 Site investigation report TOPIC LEARNING OUTCOME After completing the course, students should be able to: 1. Describe the site investigation report. LAPORAN (SITE INVESTIGATION AND SOIL REPORT) FORMAT LAPORAN Format lapuran adalah berbeza-beza dari satu firma 1 jabatan dengan firma yang lain bergantung kepada maklumat yang ingin disiasat. Satu contoh 'check list' untuk digunakan semasa membuat ulasan adalah di dalam Lampiran 4. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DISIASAT Terrain Terrain untuk sesuatu tapak boleh memberi gambaran sejauh manakah kerja-kerja infrastruktur perlu dimajukan sebelum projek dilaksanakan di tapak itu. Biasanya terrain sesuatu tapak boleh disebutkan sebagai:


DPP C2 (b)-1 Page 2 of 7 i. Flat - 0-3% gradien ii. Undulating - 3 - 25% gradien iii. Hilly - melebihi 25% gradien iv. Swampy - biasanya dibawah paras air. v. Built up area - kawasan yang terdapat tidak kurang daripada 25 buah bangunan kekal sehektar. vi. Developed Area - kawasan yang terdapat tidak kurang daripada 2 bangunan kekal sehektar. Selain daripada apa yang dapat disebutkan di atas, contoh perkara lain yang boleh memberi gambaran secara amnya tentang tapak itu adalah seperti berikut: a. Jenis pokok yang terdapat di tapak (pokok getah, kelapa sawit, belukar, hutan dsb) b. Samaada sungai melintasi tapak. c. Samaada batu kelilhatan atau tidak. d. Paras air ditapak. e. Apakah jenis bangunan yang berdekatan (sebagai contoh, hanya terdapat bangunan kayu sekeliling tapak) f. Sarnaada ada jalan sementara boleh disediakan untuk kenderaan membawa bahan-bahan pembinaan di mulakan nanti. g. Samaada air, elektrik boleh diperolehi untuk kerja-kerja pembinaan nanti. JENIS / KERJA TANAH Jenis tanah amnya boleh didapati selepas lawatan tapak. Sebagai contoh jenis tanah boleh disebutkan sebagai: a. Berpasir (sandy) b. Berbatu (rocky) c. Berpaya (swampy) d. Kawasan lombong (abandoned mining area) e. Tanah liat Untuk projek-projek besar dimana kawasan yang diliputi adalah sangat luas pandangan pakar tanah atau 'geologist' boleh diperolehi sebelum sesuatu ulasan dibuat.


DPP C2 (b)-1 Page 3 of 7 Untuk tanah yang akan menimbulkan masalah adalah wajar perkara ini diambil perhatian. Sebagai contoh, jika tapak itu mempunyai lapisan batu, masalah utama adalah untuk kerja-kerja pengorekkan dimana terpaksa memecah batu. Ini memerlukan masa yang agak lama dan pembelajaran yang besar. Anggaran kos untuk memecah batu juga hendaklah diketahui. Untuk tanah yang dahulunya digunakan untuk perlombongan, penyiasatan juga boleh diambil untuk menentukan berapa lama tanah telah ditimbun atas bekas lombong ini. Maklumat ini adalah sangat penting oleh kerana tanah ini mungkin memerlukan baikpulih tanah atau penggunaan cerucuk dan ini akan meningkatkan kos kerja-kerja bawah tanah (sub structure) bagi projek berkenaan. Anggaran kos untuk kerja tanah perlu disediakan jika boleh dengan mengambil kira aktiviti-aktiviti seperti kerja potong dan timbus tanah serta memecah batu. KEMUDAHAN ASAS Kemudahan asas untuk projek ini adalah sangat penting oleh kerana tanpa kemudahan asas projek ini tidak boleh dianggap siap dengan sempurna. Biasanya kemudahan asas boleh dibahagikan kepada perkara-perkara berikut: a. Jalan Masuk - Jalan masuk ke tapak adalah sangat penting. Ini adalah untuk memudahkan perhubungan diantara tapak dengan kawasan lain seperti dari segi pengangkutan bahan ketapakbina semasa pembinaan atau jalan keluar masuk penduduk setelah siap pembinaan. Jika jalan masuk perlu dibina untuk projek berkenaan, anggaran kos untuk pembinaan perlu diketahui supaya boleh dimasukkan dalam anggaran kos projek. Jenis jalan masuk, samaada jalan tar atau jalan tanah merah terpulang kepada jenis jalan yang terdapat di sekeliling tapak projek itu. Terdapat projek bangunan yang hanya perlu menyediakan jalan masuk yang berjenis tanah atau 'laterite' oleh kerana jalan yang berhampiran juga tidak tar. Keadaan ini boleh di dapati dikawasan FELDA yang baru dimajukan. Untuk mendapatkan anggaran kos untuk membina jalan masuk, faktor-faktor berikut perlu diambil kira: i. Panjang jalan ke jalan besar yang sedia ada. ii. Jenis jalan samaada jalan tanah, jalan leterite, jalan tar. iii. Lebar jalan yang diperlukan. iv. Rekabentulk jalan yang berkenaan.


DPP C2 (b)-1 Page 4 of 7 Di antara faktor-faktor lain untuk menentukan kos pembinaan jalan ialah bahan bahan untuk membina jalan seperti batu, premix, pasir boleh diperolehi dan jarak dari tapak berkenaan. b. Bekalan Air - Bekalan air untuk sesuatu tapak juga adalah penting. Untuk kawasan yang telah maju, bekalan air biasanya boleh didapati dari JIBA atau JKR. Bekalan air ketapak biasanya boleh dilakukan dengan cara sambungan keparit-parit itu. Walaubagaimanapun pengetahuan tentang muatan (capacity) dan tekana air dari paip JKR atau JBA adalah penting dari segi teknik. Jika muatan atau tekanan ketapak adalah tidak mencukupi projek itu akan menghadapi masalah kekurangan air apabila projek ini akan siap nanti. Rekabentuk bekalan air ketapak mungkin boleh dikaji untuk menentukan kos bekalan air ketapak. Kadang-kadang dikawasan pedalaman, bekalan air dari JKR atau JBA mungkin tiada. Jika keadaan ini berlaku, punca air yang lain perlu dicari. Di kawasan yang berdekatan dengan sungai mungkin boleh didapati dari perigi. Penyiasatan tentang bagaimana penduduk dikawasan ini mendapat air boleh menolong dari segi cara air boleh didapati. Sungai juga adalah merupakan satu punca air, tetapi air dari sungai perlu dirawati (treated) sebelum digunakan. Ini kadangkala melibatkan perbelanjaan kepada proses pembersihan air dan mungkin akan melipat gandakan kos projek. Untuk projek yang berdekatan dengan bukit, air mungkin boleh didapati dari air terjun atau mata air. Air dari bukit kadang-kadang tidak perlu dirawati dan selamat untuk diminum. Walaubagaimanapun ujian mutu air perlu dijalankan untuk menentulkan air selamat digunakan atau tidak. Anggaran kos untuk bekalan air ke tapak boleh ditentukan selepas rekabentuknya ditentukan. Untuk bekalan air dari paip JKR atau JBA, kos terlibat meliputi membekal dan memasang dari paip JKR1,113A ketapak dan membina tangki air jika perlu. c. Bekalan Elektrik - Masalah bekalan elektrik ketapak juga perlu disiasat. Untuk projek-projek dimana bekalan elektrik dan TNB boleh diperolehi masalah bekalan elektrik tidak timbul. Biasanya TNB memerlukan pelanggan membayar 'capital contribution' sebelum membenarkan elektrik disambung ke projek berkenaan. Kadangkalan TNB memerlukan pelanggan membina sebuah pencawang elektrik jika terdapat bekalan elektrik tidak mencukupi, terutamanya untuk projek-projek besar yang memerlukan kuasa elektrik yang tinggi, seperti komplek sekolah atau sesebuah hospital.


DPP C2 (b)-1 Page 5 of 7 Di kawasan pedalaman, bekalan elektrik mungkin sukar diperolehi. Dalam keadaan ini, generator set adalah diperlukan. Masalah dan cara untuk mendapatkan bekalan elektrik hendaklah juga dianggarkan kos yang terlibat. d. Telefon - Walaupun perkhidmatan telefon untuk sesuatu projek tidak semestinya ada, adalah perlu juga diketahui bagaimana perkhidmatan ini boleh diperolehi dan apakah kos yang terlibat. BAHAN-BAHAN BINAAN Bahan - bahan binaan juga perlu dikaji samaada boleh diperolehi di sekeliling tapak atau tidak, terutamanya bahan - bahan utama seperti pasir, batu baur, simen, premix dsb. Kos 1 harga dan cara untuk memperolehinya juga perlu diketahui untuk memudahkan berbanding dari harga dibuat dari tempat-tempat lain. PENGALIRAN (DRAINAGE) Penyiasatan tentang pengaliran air boleh dialirkan dari tapak perlu juga dilakukan untuk menentukan bagaimana air boleh dialirkan keluar dari tapak. Jika terdapat sungai atau parit yang melintasi tapak masalah pengaliran air tidak akan timbul. Longkang-longkang yang sesuai boleh direkabentuk untuk mengalirkan air ke sungai atau parit tersebut. Masalah yang dihadapi didalam hal ini ialah kedudukan tapak berada jauh daripada sungai atau parit. Ini menyebabkan longkang-longkang yang akan dibina terpaksa melalui kawasan tanah-tanah bersendirian. Didalam keadaan ini pengambilan balik tanah / pembelian tanah untuk tujuan pembinaan perlu dilakukan. Masalah yang timbul ialah kos yang tinggi di dalam proses ini dan akan memakan masa yang lama ataupun pihak tuan punya tanah enggan menjual tanah tersebut. Dengan mengkaji aspek-aspek yang tersebut diatas, anggaran kos untuk menyediakan struktur untuk mengalirkan air keluar boleh dibuat. PEMBUANGAN KUMBAHAN (SEWERAGE) Penyiasatan bagaimana kumbahan dari tapak dapat dibuangkan perlu dilakukan. Beberapa cara yang terdapat sekarang ialah: a. Sambungan ke 'Central Sewerage System' yang diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran seperti kebanyakkan kawasan di Kuala Lumpur.


DPP C2 (b)-1 Page 6 of 7 b. Membina tangki najis (Septic Tank) ataupun lain-lain loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant) khas untuk projek-projek berkenaan. Kos untuk penyambungan ke central sewerage system atau pembinaan loji-loji hendaklah dianggarkan. PARAS BANJIR Paras banjir untuk sesuatu tapak juga perlu dikenalpasti untuk kawasan kawasan yang sering menghadapi banjir seperti dikawasan Pantai Timur. Ini mungkin akan melibatkan kerja-kerja tambahan seperti penambunan tapak dengan tanah sehingga ke satu paras yang lebih tinggi. Kos untuk kerja-kerja penambunan ini kadangkala melibatkan kos yang tinggi terutamanya dikawasan dimana tanah yang sesuai untuk ditimbus susah diperolehi. Jika tapak ditambun, ia akan melibatkan kos membina asas bangunan oleh kerana cerucuk mungkin diperlukan walaupun keadaan tanah asal adalah bailk. Semua ini perlu dilapurkan supaya satu gambaran mengenai implikasi kos dapat diberi. Kebiasaannya paras banjir boleh diperolehi dari Jabatan Parit dan Taliair. Walaubagaimanapun tidak semua kawasan mempunyai rekod di jabatan ini. Dalam keadaan ini pertanyaan perlu dilakukan dengan penduduk-penduduk di kawasan itu. MASALAH SOSIAL Masalah sosial juga perlu dikaji kerana kadangkala ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada pembinaan projek atau selepas penyiapan projek. Sebagai contoh dikawasan bandar seperti Kuala Lumpur sering menghadapi masalah seperti rumah haram. Usaha untuk mengatasi masalah ini kadangkala mengambil masa yang panjang. Selain masalah rumah haram, masalah-masalah sosial lain adalah seperti penduduk yang tidak suka pembangunan di kawasan mereka sikap liar penduduk dan sebagainya. 'Built-UPArea' Projek-projek yang akan dilaksanakan bukan sahaja dikawasan tanah kosong. Kadangkala tanah itu telah dimajukan sebahagiannya. Sebagai contoh kemungkinan sesebuah bangunan telah siap di sebahagian tapak yang luas tetapi beberapa bangunan tambahan yang lain ingin didirikan di kawasan tapak yang masih kosong. Selain daripada itu jika kawasan yang diperuntukkan untuk projek yang tidak mencukupi, kemungkinan bangunan yang sedia ada perlu dirobohkan.


DPP C2 (b)-1 Page 7 of 7 RUMUSAN Sebelum kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan penyiasatan tapak dan tanah amat penting dan diutamakan. Dengan penyiasatan tapak dan tanahlah yang menentukan terbina kukuhnya sesebuah bangunan. Dengan itu pihak yang terlibat tidaklah boleh memandang ringan mengenai penyiasatan tapak dan tanah. Penyiasatan tapak yang tidak dijalankan dengan sewajarnya kebiasaannya akan mengakibatkan kerosakkan kepada sturuktur seperti keretakkan pada bahagian dinding dan lantai, struktur terbenam dan sebagainya. Ini menyebabkan struktur yang telah siap dibina atau hampir siap terpaksa dirobohkan dan dibina semula. lni mengakibatkan kerugian dari segi kewangan, masa dan tenaga disamping membahayakan keselamatan bangunan dan orang ramai yang menggunakannya. EXERCISE 1. Jelaskan jenis tanah yang diperolehi selepas lawatan di tapak. 2. Senaraikan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan di tapak. REFERENCE 1. Buku ECB 1015 2. Unit Pengajian Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) Jun 2003 3. PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4 DAN 5 4. Penyediaan Tapak Dan Struktur Bawah - Abdul Halim Mohammed 5. Comtemporary Construction Technology Level 1 - Alan Teaque and John Crosswell 6. Buku Panduan Untuk Juruteknik JKR (Jurusan Awam) - Cawangan Pengurusan JKR kuaIa Lumpur. 7. Teknologi Binaari Bangunan - Tan Boon Tong 8. Teknologi Bangunan Asas - Jahiman Badron. 9. Building Foundation Techniques - UiTM. 10. Pengenalan kepada perlaksanakan projek pembinaan - UiTM.


Click to View FlipBook Version