Lampiran DPP C2 (b) - 1
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN)
SESSION NOV 2020 – APR 2021 SEMESTER 2
IS 10
CODE /COURSE TCB20082 SHEET NO 13
BUILDING SERVICES
LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN WEEK
HANAPI
TOPIC 4.0 FIRE FIGHTING SYSTEM
SUB-TOPIC 4.3 Fire Protection on Specific Rooms
4.4 Fire Fighting System Layout Plan Standard Procedure
TOPIC At the end of the lesson, student should be able to:
LEARNING
OUTCOME 1. identify the fire protection on specific room.
2. define fire fighting system layout plan standard procedure
Page 1 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Konsep Pengawasan Kebakaran
- Adalah satu persediaan bagi mengenali serta mengetahui masalah yang
akan dihadapi semasa , sebelum dan selepas kebakaran serta
merancang strategi untuk bertindak dengan cekap dan berkesan .
- Definisi :
Persediaan tindakan pencegahan dan perlindungan kebakaran disesuatu
bangunan dan strategi bertindak semasa menghadapi risiko-risiko bahaya
kebakaran.
Pengawasan Kebakaran
1. Ialah salah satu sistem yang diwajibkan pemasangannya pada sesebuah
bangunan yang hendak dibina.
2. Ia dapat melindungi serta menyelamatkan nyawa penghuni bangunan
tersebut.
3. Setiap pemasangan sistem pencegah kebakaran termasuklah
perlindungan kebakaran perlulah mengikut akta dan standard yang
bersesuaian dengan bangunan tersebut.
Page 2 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
4. Sebelum sesebuah bangunan itu boleh diduduki atau didiami, bangunan
tersebut hendaklah diperiksa terlebih dahulu oleh Pihak Jabatan Bomba
dan Penyelamat bagi mendapatkan kelulusan (CF) yang mana bangunan
tersebut selamat diduduki.
Pencegahan Kebakaran
a) Pendidikan dan Latihan
b) Penguatkuasaan
c) Kejuruteraan
d) Kawalan Keselamatan
e) Penyelenggaraan
f) Good House Keeping
g) Kekemasan Dalaman Siling
Perlindungan Kebakaran
Pemasangan sistem keselamatan kebakaran adalah amat penting pada
sesebuah bangunan.
Perlindungan kebakaran ialah untuk menghadkan kemerebakan kebakaran
dan terbahagi kepada dua (2) aspek iaitu;-
i. Perlindungan Pasif
ii. Perlindungan Aktif
Perlindungan Pasif
- “Perlindungan Pasif” ialah pelindungan kebakaran pada bangunan
dengan mengambil kira kelengkapan laluan kecemasan ruang akses
perkakas bomba dan ketahanan struktur bangunan.
- Ia adalah perlindungan kebakaran pada bangunan yang mengambil kira
faktor reka bentuk dan struktur binaannya seperti bahan binaan, struktur
bangunan, pemetakan dan laluan keluar keselamatan.
Page 3 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
a) Jalan Keluar Keselamatan
- laitu kemudahan struktur dalam bangunan yang memudahkan pengguni
menyelamatkan diri daripada bahaya-bahaya kebakaran ke tempat
yang selamat
Page 4 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
b) Dinding dua pihak dan Pemetakan
- Adalah dinding yang dibina didalam sesebuah rumah bagi menjadikan
bilik-bilik atau pembahagian diantara rumah-rumah serta berfungsi:-
i. Membendung dan mengawal kemerebakan kebakaran
ii. Menghadkan kerosakkan harta benda
iii. Memudahkan membuat pra rancangan kebakaran atau
keselamatan.
iv. Mengasingkan bahan mudah terbakar.
v. Memudahkan kerja pemadaman dan penyelamatan.
Page 5 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
c) Paras Akses Perkakas Bomba
- Adalah kemudahan-kemudahan disediakan diluar bangunan /keliling
bahagian untuk tujuan menyelamat dan memadam kebakaran.
i. Lebar jalan tidak kurang 6 meter .
ii. Kecerunan Jalan.
iii. Halangan menegak
iv. Penempatan Kereta Bomba.
Perlindungan Aktif
- Sistem kebombaan yang dipasang pada sesuatu bangunan yang
merangkumi empat cara bertindak iaitu:
i. mengesan
ii. memberi amaran
iii. mengawal
iv. memadam kebakaran
Page 6 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
- Pengendaliannya adalah secara automatik dan manual.
- Jenis Sistem Perlindungan Aktif:
a) Sistem pemadam yang menggunakan air
– Sistem Hose Reel
b) Sistem pili bomba
– Hydrant dan Fire Hose
c) Sistem penyembur air automatik
– Sistem Sprinkler
d) Sistem pancur basah dan kering
– Sistem Wet Chemical
e) Sistem pemadam api mudah alih
f) Sistem penggera kebakaran
Alatan Pemadam Api
Pili Bomba Hose Reel
Page 7 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
- Sistem ini bertindak untuk memadam
kebakaran secara automatik.
- Kelebihan : boleh mengesan kebakaran,
membunyikan penggera, mengawal
kemerebakan dan memadam
kebakaran.
- Apabila berlaku kebakaran, kepala
penyembur akan mengesan kebakaran
serta memecahkan bulb dan air akan
keluar dari kepala penyembur untuk
memadam kebakaran.
Loceng amaran pula akan berbunyi sementara suiz bertekanan akan
mengesan kejatuhan tekanan seterusnya memberi isyarat kepada
pengawal pergerakan pam untuk menghidupkan pam jockey.
Page 8 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Panel Alarm
Mengawal semua sistem pencegah
kebakaran dan mudah mengetahui
lokasi kecemasan punca kebakaran
Langsir Penghadang Api (Fire
Curtain)
Menghalang kebakaran
merebak keluar contohnya
digunakan dibilik Sub-station
TNB.
Pam Air (Water Pump)
Menyedut air dari tangki
simpanan bomba ke paip Hose
Reel
Page 9 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Tangki Simpanan Air Bomba
Menyimpan bekalan air untuk
kecemasan kebakaran.
Sistem Pancur Kering
- Sistem ini digunakan pada bangunan yang mempunyai ketinggian lebih
dari 18. 3 m dan tidak melebihi 30.5 m.
- Terdiri daripada sesalur paip air tegak yang kering dan bergarispusat
antara 100mm hingga 150mm.
- Sistem ini bertindak untuk menyalurkan air ke setiap tingkat bangunan
untuk kegunaan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran.
- Ketika kebakaran, ia akan mendapat bekalan air daripada pam jentera
bomba dan dibekalkan ke injap masuk.
- Air akan keluar dengan membuka injap pelantar pada tingkat yang
dikehendaki.
- Hos digunakan untuk membantu memadam kebakaran
Page 10 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Sistem Pancur Basah
- Sistem ini digunakan pada bangunan tinggi yang melebihi 30.5m.
- Terdiri daripada sesalur paip air tegak bergarispusat 100mm hingga
150mm yang sentiasa dipenuhi air.
- Sistem ini menyediakan bekalan air bertekanan pada setiap tingkat
bangunan
Sistem Saluran Bantu Mula, (Hose Reel)
- Merupakan sistem menentang kebakaran
yang dipasang pada bangunan untuk
digunakan oleh penghuni bangunan untuk
memadam kebakaran yang kecil sebelum
ketibaan pasukan bomba.
- Kelebihan sistem ini dapat membekalkan
air setiap masa dan lazimnya ditempatkan
di dalam bangunan.
- Digunakan dengan membuka injap
kawalan dan seterusnya menarik hos ke
tempat kebakaran sebelum membuka
nozel kawalan untuk membolehkan air
terpancut keluar.
Page 11 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Alat Pemadam Api Mudah Alih
- Alat pemadam api adalah bertujuan untuk melawan kebakaran.
- Dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api
memainkan peranan sebagai ”alat bantu mula”, iaitu digunakan untuk
memadam dan mengawal kebakaran di peringkat awal
- Dalam JBPM, alat ini amat mustahak diketahui oleh anggota bomba
untuk mempelajarinya bagi tujuan dapat memberikan tunjuk ajar yang
lebih berkesan kepada orang awam cara-cara penggunaannya.
- Kelas - kelas api
Page 12 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
- Jenis-jenis alat pemadam api
Faktor Keberkesanan Penggunaan
- Alat pemadam api mudah alih ini hendaklah diletakkan di tempat yang
sesuai iaitu tempat yang berisiko tinggi untuk berlaku kebakaran, dan
boleh nampak dengan jelas oleh pandangan manusia dan sentiasa
da!am keadaan baik.
- Penggunaan satu-satu jenis alat pemadam api mestilah sesuai dengan
jenis kebakaran yang berlaku.
- Api kebakaran yang ditemui semasa kecil.
- Api kebakaran ditemui o!eh orang yang bersedia, sanggup melakukan
pemadaman dan berkebolehan menggunakan alat pemadam api.
Page 13 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Alatan Penggera Kebakaran
- ialah suatu pemasangan yang boleh memberi amaran kepada orang
ramai mengenai berlakunya kebakaran.
- Tujuan utama pemasangan:
i. Untuk mengesan kebakaran di peringkat awal supaya tindakan
selanjutnya dapat diambil.
ii. Biasanya alat pengesan ini diletakkan di bahagian atas tempat
yang akan dilindungi.
iii. Ia direka khas bagi memberitahu penghuni bangunan dengan cepat
untuk menyelamatkan diri.
- Cara penyambungan alat penggera kebakaran antaranya ialah:
i. alat pengesan disambungkan terus ke panel penggera kebakaran
di bangunan kemudiannya disambungkan ke sistem penggera di
balai bomba yang berhampiran.
ii. dengan menyambungkan kepada sistem pemadam api seperti alat
percikan air tetap dimana apabila alat pengesan dapat mengesan
kebakaran, ia akan menghantar isyarat ke panel penggera
kebakaran dan seterusnya membenarkan agen pemadaman
dilepaskan bagi memadam kebakaran
Page 14 of 15
Lampiran DPP C2 (b) - 1
REFERENCE
1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for
Buildings, 9th Edition, John & Sons. Inc.
2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN
SPON.
3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd
Edition. Longman.
Page 15 of 15