DPP C2 (b)-1 Page 1 of 7 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME CERTIFICATE IN BUILDING TECHNOLOGY SESSION JAN – JUN 2023 SEMESTER 1 CODE & COURSE TCB10022 BUILDING CONSTRUCTION SHEET NO IS 12 LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN HANAPI WEEK 2 TOPIC UNIT 4: SITE PREPARATION SUB-TOPIC 4.3 Setting out. TOPIC LEARNING OUTCOME After completing the course, students should be able to: 1. Describe the right techniques to perform setting out. PENDAHULUAN SETTING OUT/ PEGGING (MEMANCANG TANDA TAPAK) Selepas kerja-kerja mengaras tanah selesai dijalankan, kerja permulaan untuk menanda kedudukan tapak atau memancang tanda boleh dilakukan mengikut pelan yang telah diluluskan. Penelitian hendaklah dibuat pada ukuran jarak bangunan dengan sempadan dan jalan raya. Tentukan segala ukuran yang dibuat berpandukan kepada bahagian berikut samada: a. Ukuran dari luar dinding atau asas. b. Ukuran dari tengah ke tengah dinding. c. Ukuran dari dalam ke dalam dinding.
DPP C2 (b)-1 Page 2 of 7 Memancang tanda merupakan proses menanda kedudukan semua asas bangunan dan menurunkan tanda tersebut di atas tanah dengan ukuran yang betul sebelum kerja penggadan tapak dilakukan. Penandaan tapak adalah penting untuk semua kerja pembinaan bangunan kerana ia memboiehkan kerja penggalian peparit asas dilakukan serta boleh dijadikan panduan untuk memeriksa ketepatan ukuran semasa proses pembinaan di peringkat asas hingga ke tiang. TUJUAN MEMANCANG TAPAK DILAKUKAN Untuk membolehkan kerja penggalian peparit asas dilaksanakandengan betul dari segi kedudukan tapak yang telah ditetapkan di dalam pelan. Untuk memastikan kepersegian bangunan yang dibina. Untuk dijadikan panduan semak semula semasa proses pembinaan berjalan. PERALATAN DAN BAHAN Untuk mendapatkan pemancangan yang tepat, pita keluli hendaklah digunakan. Pita keluli biasanya terdapat dalam ukuran 3, 5, 20, 30, 50 dan 100 meter panjang. Alat-alat lain yang diperlukan termasuklah anak panah perantaian, rod penjulatan, pancang stesen atau rujukan, gagang tegangan, paku, tukul, kapak, benang, gergaji, unting-unting, sesiku bangunan dan alat aras seperti alat aras spirit, cowley's automatic level, builders level dan lain-lain. Bahan-bahan seperti kayu 25 mm x 75 - 100 mm x 6 atau meter untuk papan profil dan kayu beroti saiz 50 mm x 50 mm dengan panjang antara 300 —750 mm, ditajamkan untuk membuat pancang profil, peg tanda sementara dan datum peg untuk penandaan. ISTILAH-ISTILAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KERJA MERANCANG TANDA TAPAK 1. Garisan bangunan (building line) lalah satu garisan atau sempadan luar yang ditetapkan untuk mengawal kerjakerja pembinaan serta bertujuan untuk menjarakkan kedudukan antara bangunan dan sempadannya.
DPP C2 (b)-1 Page 3 of 7 2. Aras datum (datum peg) lalah satu aras yang diambil sebagai panduan untuk menandakan aras yang lain bagi bangunan yang akan didirikan. Di tapak bina, datum ini dibuat dengan meletak satu tiang samada dari kayu, besi atau konkrit dan mestilah teguh supaya tidak mudah terubah kedudukannya. 3. Batu sempadan lalah tiang kecil diperbuat daripada konkrit yang ditanam oleh Jabatan Ukur untuk menentukan sempadan sesuatu lot tanah. 4. Garisan asas Garisan yang menunjukkan di mana asas bangunan yang dikehendaki dan membolehkan lubang asas digali. 5. Kayu pancang (peg) lalah kayu sementara untuk menanda kedudukan jarak dari sempadan jalan dan bahagian-bahagian bangunan yang perlu ditanda. 6. Tiang profil (Profile Post) lalah kayu pancang sebagai tiang kepada papan profil. 7. Papan profit (Profile Board / Hurdles) lalah kayu atau papan yang dipaku kepada tiang profil mengelilingi kawasan tapak bangunan dengan kedudukan selari dan sama rata bagi membolehkan penandaan dan pemindahan ukuran bahagian tapak bangunan yang perlu digali. Setiap pemancangan bermula dengan mengadakan garisan permulaan untuk menentukan bahagian permukaan bangunan. Garisan ini boleh diperolehi dari ukuran-ukuran yang ditunjukkan dalam sesuatu pelan bangunan (pelan tapak) yang mana biasanya diukur dari batu sempadan, jalanraya, pagar atau diukur dari bangunan sedia ada.
DPP C2 (b)-1 Page 4 of 7 KAEDAH MEMANCANG TANDA TAPAK BANGUNAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1. Tentukan batu sempadan tapak di mana bangunan akan dibina. Kemudian buatkan garisan pertama A-B sekurang-kurangnya 6 meter dari sempadan yang berhadapan dengan jalan utama. Kemudian kedudukan sudut-sudut bagi A dan B ditandakan dengan menggunakan pancang kayu (peg). 2. Di atas garisan A-B, tanamkan pancang kayu pada F dengan jarak 3 meter dari A. Satu lagi pancang kayu ditanam pada E dengan jarak 5 meter di mana akan menjadi sudut EAP 90 darjah. Untuk mendapatkan sudut tepat tiap-tiap penjuru boleh dilakukan dengan beberapa kaedah samada menggunakan sesiku bangunan, kaedah 3:4:5 atau menggunakan alat tiodolit. 3. Dengan menggunakan pita pengukur rantai dapatkan kedudukan D dengan memanjangkan garisan AE. Tandakan kedudukan tersebut pada pancang kayu di kedudukan D. 4. Hujung pita disangkutkan pada D dan ditarik ke C dengan ukuran DC dan kemudian dari B, hujung pita ditarik ke C dengan ukuran BC dan kedudukan C boleh ditentukan. Tanamkan pancang kayu dan pakukan pada kedudukan yang tepat. 5. Ketepatan sudut boleh diuji dengan mengukur jarak AC dan BD. Jika AC sama jarak dengan BD maka sudut-sudut bagi segiempat ABCD adalah bersudut tepat. Rajah 1: Kaedah memancang tanda tapak bangunan. Nombor-nombor dalam kurungan menunjukkan langkah-langkah-berturut memancang tanda tapak. Rajah 1
DPP C2 (b)-1 Page 5 of 7 Pancang ukur tapak (profile) Selepas kedudukan tembok ditandakan, pancang ukur tapak perlu dibuat sebelum kerja penggalian dilaksanakan supaya tanda-tanda kedudukan tapak tidak hilang. Pancang ukur tapak didirikan di sekeliling pancang tanda bangunan dengan jarak paling kurang 1.8 meter (6') dari garisan pcmbinaan untuk memberi ruang yang cukup bagi kerja-kerja penggalian. Tanda-tanda di atas pancang ukur tapak perlu dibuat dengan cara samada memaku, membuat lurah atau menggunakan cat putih supaya penandaan tersebut tidak mudah hilang. Rajah 2 Cara mendirikan pancang. Ditunjukkan bahagian penjuru pancang ukur tapak Kayu tegak (50 x 50 mm)
DPP C2 (b)-1 Page 6 of 7 Rajah 3 Pelan separa menunjukkan cara memancang tanda garisan tembok dan asasnya Rajah 4 Kaedah memindahkan tanda-tanda bangunan dari pancang ukur pancang ukur tapak Kayu pancang
DPP C2 (b)-1 Page 7 of 7 RUMUSAN Pembinaan sesebuah bangunan bolehlah dianggap sebagai produk yang dikeluarkan di kilang sementara. Manakala tapak bina pula adalah dianggap sebagai kilang di namakan kontraktor bangunan yang membuat produk tersebut. Untuk membolehkan aktiviti-aktiviti pembuatan dijalankan pihak kontraktor memerlukan tenaga pekerja, bahan binaan dan jentera, di mana ke semuanya mestilah dikawal selia dengan rapi supaya pekerja mempunyai jentera yang sesuai. Bahan-bahan binaan hendaklah disimpan pada tempat yang mudah di ambil dan tidak menghalang pergerakan sekeliling tapak dan juga perlu dilengkapi dengan ruang penyimpanan dan penginapan yang secukupnya. EXERCISE 1. Senaraikan lima (5) daripada tujuh (7) istilah yang digunakan dalam kerja merancang tanda tapak. REFERENCE 1. Buku ECB 1015 2. Unit Pengajian Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) Jun 2003 3. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 dan 5 4. Penyediaan Tapak Dan Struktur Bawah - Abdul Halim Mohammed 5. Comtemporary Construction Technology Level 1 - Alan Teaque and John Crosswell 6. Buku Panduan Untuk Juruteknik JKR (Jurusan Awam) - Cawangan Pengurusan JKR kuaIa Lumpur. 7. Teknologi Binaari Bangunan - Tan Boon Tong 8. Teknologi Bangunan Asas - Jahiman Badron. 9. Building Foundation Techniques - UiTM.