The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amrie, 2020-11-11 20:35:13

IS 04 SANITARY AN DRAINAGE SYSTEM

IS 04 SANITARY AN DRAINAGE SYSTEM

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN)
SESSION
NOV 2020 – APR 2021 SEMESTER 2
IS 04
CODE /COURSE TCB20082 SHEET NO 4
BUILDING SERVICES

LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN WEEK
HANAPI

TOPIC UNIT 2.0 SANITARY AND DRAINAGE SYSTEM

SUB-TOPIC 2.1 Introduction to Sanitary and Drainage System
2.2 Sanitary and Drainage Materials, Components and

Functions.
2.3 Discharge System above round and below ground.

At the end of the lesson, student should be able to:

TOPIC 1. Define sanitary and drainage system
LEARNING 2. Identify sanitary and drainage material, component and
OUTCOME
function.
3. Describe the discharge system above ground and below

ground for sanitary system.

Page 1 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Sistem Sanitasi

- Ialah suatu sistem pengaliran air basuhan dan bahan-bahan kotoran dari
bangunan untuk tujuan penghapusan.

- Perkidmatan bangunan adalah kerja-kerja berkaitan dengan kemudahan
bangunan yang mana ia bertujuan untuk menjamin kebersihan dan
kesihatan penghuni dan keselesaan alam sekitar.

- Kelengkapan sanitasi :

 termasuklah:
o kelengkapan untuk kemudahan membuang air besar serta air
kecil
o kelengkapan untuk kemudahan membasuh serta mandi dan
sebagainya.

 Alat-alat kelangkapan ini biasanya dilengkapkan perangkap yang
mengandungi adang air untuk menyekat udara kotor daripada masuk
ke dalam bangunan.

 Ia boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis dan pilihan dan
diperbuat daripada tanah liat (seramik), logam atau plastik.

 Perkara-perkara ini perlu diambil kira bagi menjamin kesinambungan
sesuatu sistem sanitasi:

i. kemudahan pembersih
ii. mempunyai permukaan yang licin, tidak mudah menyerap air,

tidak mudah karat dan senang dibersihkan.
iii. tahan lasak
iv. keras dan tidak mudah pecah.
v. rupabentuk mudah dan senang dipasang
vi. mudah diperolehi
vii. ekonomi dari segi kerja-kerja pemasangan dan perbelanjaan

penyelenggaraan
viii. elok dipandang
ix. selesa digunakan

Page 2 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1
Alat lekapan

1. dalam kerja-kerja perkhidmatan bekalan air, kerja-kerja pemasangan alat
lekapan amat perlu diketahui bagaimana cara pemasangannya dan di
mana kedudukan yang paling tepat dalam sesebuah bangunan.

2. Alat kelengkapan sanitari bermaksud sumber air yang digunakan untuk
membersih dan menyalurkan kotoran yang kotor.

Page 3 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Jenis-Jenis Alat Lekapan
1. Tempat mandi panjang ( Long bath / Tab mandi)
- biasa berbentuk empat segi bujur.
- pengeluaran air biasa melalui pillar tap yang mengeluarkan air panas
atau sejuk.
- bahannya diperbuat dari porcelain enamelled cast iron (tanah liat)
dan fibre glass.

2. Sink
- kebanyakkan digunakan di dapur bagi tujuan memasak dan
membasuh kain.
- tinggi pemasangan 863 mm – 915 mm.
o 915 mm digunakan bagi tujuan memasak
o 863 mm untuk tujuan membasuh.
- bahan membuat sinki adalah keluli, plastik dan fire clay (tanah liat).

Page 4 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

3. Basin
- biasanya diperbuat dari tembikar atau tanah liat.
- tinggi pemasangan basin ialah di antara 762 mm hingga 812 mm. iaitu
dari aras lantai sehingga aras atas basin.
- bagi kegunaan dewasa ukuran pemasangan adalah 812 mm.
manakala 787mm pemasangan di rumah.
- bahan pemasangan basin:
1. Paip buangan basin
o saiz 32 mm setiap pemasangan menggunakan
perangkap jenis botol atau S.
2. Palam lubang luar
o digunakan menakung air dalam basin.
3. Lubang limpah
o semasa memasang lubang keluar basin tentukan
lubang limpah dihalakan pada lubang limpah
basin.

Angle corner basin Pedestal basin

Dulang pancuran
(tempat tadahan air mandi yang diperbuat dari tembikar bergelis bagi

tujuan mengalirkan air ke lubang lurang)

Page 5 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

4. Mangkuk tandas
- kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang
najis dan membersih kekotoran dalam takung kandung.
- air dalam sistem simbah perlu mencukupi untuk menggerakkan najis
didalamnya.
- kebanyakannya direka menggunakan perangkap dengan tujuan untuk
menakung air.

Tandas Cangkung Tandas Duduk

Page 6 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

5. Bidet
- adalah jeins alat lekapan yang digunakan untuk membuang air kecil
bagi wanita.
- Ia berbentuk bujur bulat dengan flushing Rim di bawah tempat
duduknya.
- Ukuran bidet 0.40m tinggi 0.38 m lebar dan 0.70 m panjang.
- Diperbuat dari tembikar, seramik dan plastik.

6. Urinal
- Fungsinya adalah untuk membuang air kecil bagi orang lelaki.
- Diperbuat dari tembikar dan seramik.

Bidet Urinal

Page 7 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Jenis-Jenis Perangkap Air

Kedalaman Perangkap Air Dalam Sistem Paip Sanitari
Page 8 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Alatan Yang Digunakan Pemasangan Alat Lekapan.

No. Nama Alatan Keterangan Gambar

1 Gergaji besi pemotong pelbagai jenis
paip upvc, galvani dan pvc.

2 Pemotong pvc fungsi memotong paip pvc

3 Pemotong paip memotong paip bergalvani
beroda

4 Aras spirit memastikan permukaan rata
dan tegak.

5 Pita ukur digunakan untuk mengukur
jarak dan kedudukan

6 Pemutar skru mengetat dan melonggarkan
skru

Sepana Boleh Laras

7 Sepana digunakan untuk membuka
dan mengunci benda yang

bersegi seperti bolt dan nat.

Sepana Hujung

Terbuka

Page 9 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

No. Nama Alatan Keterangan Gambar

8 Mesin gerudi membuat lubang mengikut
saiz yang dikehendaki

9 Playar digunakan untuk memotong,
mencengkam, memintal,
menarik dan menekan benda
kerja.

Sistem Paip Sanitari

Page 10 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1
Sistem Perangkap Lemak

Page 11 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1
Tangki Septik

- Sesuai bagi sesuatu kediaman atau bangunan individu dengan
kesetaraan penduduk yang tidak mempuyai sistem pembentungan
terpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesn buruk
kepada persekitaran.

- Hanya merawat enapcemmar secara separa dan tumpuan dari kumpulan
tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling
mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau.

Page 12 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Prinsip saliran bawah tanah :
 Pembuangan air kotor dan air permukaan yang baik dari sesuatu

bangunan sangat penting bagi kesihatan awam dan merupakan
perkara yang penting dalam binaan sesuatu bangunan.
 Jika saliran tidak kemas dan bocor, air yang terlepas dapat
mencemarkan bekalan air atau udara serta boleh memusnahkan
tanah di bawah tapak asas dan boleh menyebabkan pemendapan
bahagian bangunan.
 Peraturan Bangunan 1985 menyentuh tentang saliran bawah tanah
dan pelajar dinasihati supaya membiasakan diri dengan berbagai-
bagai keperluan ini.

- Takrifan dan istilah dalam sistem saliran:
Takrif-takrif yang berikut diperturunkan oleh seksyen 343 Akta
Kesihatan Awam 1936:
i. Saliran
• bermaksud saliran yang digunakan untuk penyaliran sesuatu
bangunan, atau sebarang bangunan atau halaman, atau apa-apa
yang berkaitan dengan bangunan tersebut.

ii. Betung
• tidak termasuk saliran seperti yang ditakrifkan dalam bahagian ini
tetapi untuk sementara waktu ia termasuk semua betung dan
saliran yang digunakan untuk penyaliran bangunan dan halaman
bagi bangunan.

iii. Betung persendirian
• bermaksud bentung yang bukan betung awam.

Page 13 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

Dalam istilah am, saliran, betung dan betung persendirian boleh
diterangkan seperti yang berikut:

i. Saliran
 Sistem paip yang digunakan bagi penyaliran satu atau lebih
bangunan dalam sempadan pesendirian. Pemilik bangunan, atau
bangunan-bangunan, bertanggungjawab bagi penyenggaraan
saliran.

ii. Betung persendirian
 Sistem paip yang digunakan bagi penyaliran dua atau lebih
bangunan yang dimiliki oleh pemilik yang berlainan. Paip berada
dalam sempadan persendirian dan penyenggaraannya dikongsi
bersama oleh pemilik bangunan yang berlainan.

iii. Betung awam
 Sistem paip yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan
disenggara oleh pihak berkuasa itu. Paip tersebut berada di luar
sempadan persendirian yang selalunya di bawah laluan jalan. Ia
menjadi tanggungjawab setiap PBT untuk mengadakan betung
awam dan kemudahan-kemudahannya, dengan kaedah kerja
pembuangan pembetung, bagi pembuangan yang berkesan
terhadap kandungan bentung awam.

- Terdapat 3 jenis sistem saliran yang utama (bergantung pada peraturan
Pihak Berkuasa Tempatan, PBT) iaitu:

i. Sistem Berasingan
 Sistem ini menggunakan dua paip salir untuk menyalirkan najis, air
sisa dan air permukaan ke sistem pembetungan.
 Satu paip berfungsi menyalirkan najis dan air sisa manakala paip
salir yang
kedua berfungsi untuk menyalirkan air permukaan sahaja. Najis ser
ta air sisa kumbahan dalam bangunan akan disalirkan ke
pembetung awam yang akan membawa sisa-sisa tersebut ke loji
rawatan kumbahan. Air permukaan pula
akan disalirkan kepada paip salir kedua.

Page 14 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1
 paip salir kedua berfungsimenyalirkan air permukaan ke pembetun

g air permukaan untuk disalirkan terus ke sungai atau laut yang
berhampiran

 Kelebihan:
a) kuantiti kumbahan yang disalirkan melalui paip
salir kumbahan akan kecil kerana air permukaan disalirkan
melalui paip berasingan
b) dapat meminimunkan risiko pencemaran alam sekitar yang
boleh memberi kesan negatif kepada bumi dan penghuninya.

 Kelemahan:
a) melibatkan kos yang tinggi untuk membina dan
menyelenggarakannya.
b) kerja pembinaan dan pemasangan paip lebih banyak

Page 15 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

ii. Sistem Gabungan
 Sistem bergabung ialah sisa kumbahan seperti najis, air basuhan
dari sinki, tandas dan sebagainya akan terus mengalir ke dalam
longkang di sekeliling rumah sebelum masuk kedalam
pembentungan ribut dan seterusnya ke dalam parit atau pun
sungai.

 Kelebihan:
a) menjimatkan kos. Ini kerana pemilik premis seperti rumah-
rumah dikawasan kampung dan setinggan tidak perlu
membayar kos pengurusan sisa pepejal oleh syarikat yang
dilantik oleh kerajaan.
b) kerja-kerja pemasangan lebih mudah kerana semua paip
bangunan disambungkankepada satu paip salir sahaja
c) kurangnya risiko tersalah sambung

Page 16 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

 Kelemahan:
a) perlu menggunakan paip salir yang berdiameter besar
berbanding dengan paip salir sistem yang lain
b) jumlah aliran kumbahan dan air permukaan berkemungkinan
terlalu tinggi apabila berlakunya hujan lebat dan ini
menyebabkan perlunya pembinaan loji rawatan kumbahan
yang lebih besar
c) pembetungan ini akan melimpahkan keluar air yang
mengandungi sisa perbandaran apabila tiba musim hujan, ini
boleh menyumbang kepada peningkatan peluasan
pencemaran alam sekitar dan boleh mengakibatkan
penyebaran pelbagai penyakit seperti taun dan denggi.
d) kehilangan kedapan perangkap dalam gegeluk air hujan
membenarkan gas kotor dari saliran lepas ke udara bebas di
sekeliling bangunan

iii. Sistem separa berasingan

 merupakan sistem yang menggunakan dua paip salir.
 sisa kumbahan akan terus mengalir ke dalam paip saliran bawah

tanah yang terdapat di premis seperti rumah
kediaman dan bangunan kilang.
 Sisa kumbahan ini akan melalui satu pembentung perangkap yang
terdapat di luar kawasan rumah untuk melalui proses enapan sisa-
sisa najis dan dialirkan ke longkang utama.
 bagi sesetengah kawasan perumahan yang terancang, air sisa
buangan tersebut akan dialirkan
ke tangki pembetung yang dibina oleh pihak pemaju dan akan
melalui proses bagi mengasingkan sisa najis dan air kumbahan.

Page 17 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

 Kelebihan:
a) dapat meminimunkan risiko pencemaran alam
sekitar yang boleh memberi kesan negatif kepada bumi dan
penghuninya.
b) penggunaan paip dapat
dikurangkan kerana paip salir air permukaan yang
kedudukannya berhampiran dengan salir najis dan air sisa
akan disambungkan terus ke paip salir najis dan air sisa

 Kelemahan :
a) melibatkan kos yang tinggi untuk membina dan
menyelenggarakannya

- Prinsip-prinsip rekabentuk sistem saliran untuk rumah kediaman,
perkara-perkara yang berikut mestilah dipertimbangkan:
1. Bentangan sistem mestilah seringkas dan setepat yang mungkin
dan bilangan bengkokkan, perangkap dan lurang mestilah
minimum.
2. Paip hendaklah diletakkan dalam keadaaan lurus dari satu titik ke
satu titik yang lain.
3. Paip hendaklah tidak menyerap, tahan lasak, licin pada jaraknya
dan cukup kuat.

Page 18 of 19

Lampiran DPP C2 (b) - 1

4. Paip mestilah disokong secukupnya tanpa menghadkan
gerakkannya.

5. Saliran air kotor mestilah teralih udara dengan baik, untuk
mengelakkan penumpuan gas kotor dan turun naik tekanan udara
dalam paip yang boleh menyebabkan gegeluk tidak mengedap atau
mangkuk tandas tersumbat.

6. Semua bahagian sistem saliran mestilah mudah dimasuki bagi
tujuan pemeriksaan dan pembersihan.

7. Paip hendaklah tidak melalui bawah bangunan kecuali jika betul-
betul terpaksa dan paip tidak boleh diletakkan berdekatan dengan
tapak bangunan.

8. Paip tidak boleh diletakkan berdekatan dengan pokok kerana paip
mungkin akan dirosakkan oleh akar pokok.

REFERENCE
1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for
Buildings, 9th Edition, John & Sons. Inc.

2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN
SPON.

3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd
Eition. Longman.

Page 19 of 19


Click to View FlipBook Version