Lampiran DPP C2 (b) - 1
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN)
SESSION NOV 2020 – APR 2021 SEMESTER 2
IS 07
CODE /COURSE TCB20082 SHEET NO 7
BUILDING SERVICES
LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN WEEK
HANAPI
TOPIC UNIT 3.0 ELECTRICAL SERVICES
SUB-TOPIC 3.4 Wiring System on Single Phase and Three Phases.
TOPIC At the end of the lesson, student should be able to:
LEARNING 1. describe wiring system on single phase and three phases.
OUTCOME
Page 1 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Pendawaian Elektrik
Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i. Sistem pendawaian 1 fasa
- biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil dan sederhana.
- mempunyai dua ( 2) kabe/dawai penyambung dari bekalan ke beban
iaitu, kabel hidup (L) dan kabel neutral (N).
- biasanya membekalkan 240 V.
Sistem Bekalan Pengguna Kecil Arus Ulang-Alik (1Fasa)
Page 2 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Gambarajah Kawalan Pendawaian Turutan Satu Fasa
ii. Sistem pendawaian 3 fasa
- kawasan industri dan komersial (industrial dan commercial area).
- mempunyai tiga ( 3 ) kabel dari bekalan ke beban iaitu fasa merah
(R), fasa kuning (Y) dan fasa biru (B)
- membekalkan 415 V.
Gambarajah Kawalan Pendawaian Turutan Tiga Fasa
Page 3 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Meter Elektrik, kWj
- Bacaan meter di sebelah adalah
1509 dan angka 4 tidak di ambil kira.
- Kadar tarif adalah kadar bayaran
bagi unit-unit tenaga elektrik.
- Tarif adalah berbeza mengikut
golongan pengguna seperti rumah
kediaman, kilang dan sebagainya,
Pemutus Litar (Circuit Breaker)
- Pemutus litar yang disambung
kepada suis sesalur ialah Pemutus
Litar Bocor Bumi (ELCB –Earth
Leakage Circuit Breaker).
- Litar elektrik diputuskan dalam
sesetengah keadaan seperti
berlakunya petir kilat.
- Kuantiti arus elektrik yang besar perlu
dielakkan daripada mengalir melalui
litar pada satu masa yang tertentu.
Kotak Fius (Fuse Box)
- Setiap rumah yang menggunakan
elektrik mempunyai satu kotak
fius.
- Kotak fius menganduungi fius-fius
bagi pelbagai bahagian litar di
rumah.
- Jika arus berlebihan mengalir
melalui bahagian litar yang
tertentu, fius untuk bahagian ini
akan lebur dan memutuskan arus.
Page 4 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Litar Pengguna
- Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu
papan penyambung (pangkalan perkhidmatan).
o di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Dua alat ini
milik TNB dan menjadi tanggungjawabnya.
- Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke
meter kilowatt jam (Watt hour meter).
- Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board
(msb)) atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.
- Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB – earth leakage circuit
breaker atau RCCB - residual current circuit breaker).
Page 5 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
- Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan.
o di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar
hidup (live), neutral dan bumi (earth).
- Fius
o fius (pemutus litar miniatur atau miniature circuit breaker (MCB)) yang
berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan
disambung daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian.
- Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir (tidak
perlu melalui MCB lagi).
- Litar akhir:
o mempunyai 3 dawai iaitu live, neutral dan bumi.
o litar yang keluar daripada papan fius agihan bagi membekalkan satu
atau lebih titik-titik kelengkapan atau soket alur keluar tanpa
perantaraan papan agihan lain (litar yang bersedia membekalkan
tenaga elektrik kepada peralatan, kelengkapan atau soket alir keluar
seperti lampu, kipas atau melalui soket alit keluar seperti sterika, TV,
peti sejuk dan lain-lain).
o umumnya, litar akhir untuk kediaman boleh dibahagikan kepada
kumpulan berikut:
i. Litar akhir pada kadaran arus kurang daripada 15 A.
ii. Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A.
iii. Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A tetapi
tertumpu pada soket alir keluar 13 A sahaja.
Kabel
- ialah bahan pengalir yang membenarkan arus mengalir.
- merupakan media yang amat penting dalam pemasangan elektrik.
- menjadi perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik
kepada peralatan elektrik.
- oleh sebab kadaran arus, voltan, keadaan alat dan tempat yang berbeza-
beza, kabel juga dibuat berbeza-beza bagi menyesuaikannya dengan
keperluan aplikasi tersebut.
Page 6 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
Skematik Kabel Bawah Tanah
- Kabel bawah tanah:
o ialah kabel yang ditanam terus dalam tanah atau dimasukkan ke
dalam paip atau salur terlebih dahulu sebelum di tanam.
o kabel yang lazimnya digunakan untuk pemasangan dalam tanah ialah
kabel berpenebat PVK, kabel berpenebat kertas dan bahan mineral.
o kabel ini ditanam 750mm ke dalam tanah bagi kabel voltan rendah
dan 1000mm bagi kabel voltan tinggi.
o Pemasangannya dijalankan apabila:
1. kawasan tidak cukup untuk menjalankan pemasangan talian atas
– kawasan Bandar.
2. terdapat bahaya voltan tinggi di pemasangan talian atas
– bangunan tinggi
3. kawasan dari tiang dan talian bersimpang-siur
- banyak bangunan / tanaman.
o Contoh pemasangan:
i. dari papan suis utama ke papan suis sub-utama
ii. dari pencawang ke tiang penghantar talian atas
iii. dari litar akhir di rumah ke lampu pagar.
iv. bekalan untuk lampu-lampu jalan.
Page 7 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
o Kebaikan:
i. tidak menggunakan tiang.
ii. selamat dari bahaya – dilanggar, tiang patah.
iii. kerja pemasangan – cepat.
iv. kawasan sekeliling tidak tercemar.
v. kos jangka panjang – murah.
vi. tahan lama – 50 tahun.
o Keburukan:
i. sukar membuat kerja penyelenggaraan - korek tanah.
ii. guna kabel khas sahaja – berpenebat bahan mineral.
iii. sukar kesan kerosakkan – guna alat khas.
iv. kos permulaan mahal.
o Peraturan IEE:
1. Kerja pemasangan kabel bawah tanah mestilah dijalankan oleh
kontraktor berdaftar sahaja.
2. Kabel yang ditanam di dalam tanah mestilah dilapik dengan batu
atau sebarang tanda yang dapat memberikan amaran tentang
kewujudan kabel tersebut.
3. Kabel-kabel yang dipasang mestilah disokong bagi mengelakkan
daripada melendut (lendutan – tambah tekanan kepada kabel).
4. Jika pemasangan membabitkan harta benda awam atau pihak
berkuasa, kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu – JKR,
Telekom, JBA dll.
5. Seberapa yang boleh lubang yang dibuat biarlah selurus yang
boleh dan cukup ruang untuk pekerja berdiri di sisi kabel itu nanti.
- Penentuan saiz kabel dan peranti perlindungan:
i. kadar fius atau pemutus litar miniatur yang mengawal sesuatu litar
akhir hendaklah tidak melebihi kadar kemampuan membawa arus
mana–mana kabel dalam litar tersebut.
ii. besar kecilnya kabel dan fius sesuatu litar adalah bergantung pada
jenis beban yang hendak digunakan.
iii. umumnya bagi rumah kediaman, saiz kabel yang digunakan ialah
1.5, 2.5 dan 4 mm2.
iv. saiz fius yang biasa digunakan pula ialah 5 A, 15 A dan 30 A.
Page 8 of 9
Lampiran DPP C2 (b) - 1
REFERENCE
1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for
Buildings, 9th Edition, John & Sons. Inc.
2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN
SPON.
3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd
Eition. Longman.
Page 9 of 9