The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IS 05 JJ2020 - Unit 2 Site Safety And Health wk5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amrie, 2023-03-31 02:43:15

IS 05 JJ2020 - Unit 2 Site Safety And Health wk5

IS 05 JJ2020 - Unit 2 Site Safety And Health wk5

DPP C2 (b)-1 Page 1 of 10 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME CERTIFICATE IN BUILDING TECHNOLOGY SESSION JAN - JUNE 2023 SEMESTER 1 CODE & COURSE TCB10022 BUILDING CONSTRUCTION SHEET NO IS 05 LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN HANAPI WEEK 5 TOPIC UNIT 2: SITE SAFETY AND HEALTH SUB-TOPIC 2.3 First aid procedures TOPIC LEARNING OUTCOME After completing the course, students should be able to: 1. Explain the first aid procedures 2. Abide site safety organized by LPIPM/JKKP 2.3 FIRST AID PROCEDURES (PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS) Kemalangan mungkin menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa walaupun segala langkah pengawasan dan keselamatan telah diambil. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menghadapi keadaan yang tidak dijangka itu. 2.3.1 PERATURAN ASAS DALAM PERTOLONGAN CEMAS. Perkara-perkara berikut hendaklah diamalkan apabila menghadapi sesuatu kecemasan: i. Jangan mengalihkan seseorang yang cedera kecuali terpaksa berbuat demikian. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan tambahan.


DPP C2 (b)-1 Page 2 of 10 ii. Bertindak dengan segera jika seseorang itu luka dan mengeluarkan darah dengan banyak, terhenti pernafasan atau terminum racun. iii. Baringkan pesakit dalam keadaan telentang. Jika dia muntah-muntah pastikan lehernya tidak patah. Pusingkan badan dan kepalanya ke sebelah kiri ataupun sebelah kanan. iv. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. v. Periksa mangsa tersebut dengan teliti. Kurangkan sakitnya dengan melonggarkan pakaiannya. Pakaian pesakit yang luka terbakar jangan dibuka. vi. Sentiasa bertenang dan cuba menenangkan pesakit. vii. Selalu bersedia memberi rawatan dengan segera kepada kes renjatan. viii. Jangan memberi sebarang minuman dan juga jangan cuba mengejutkan orang yang pengsan dengan cara memukul, menampar ataupun menggoncangkan badannya. 2.3.2 ALAT-ALAT DAN PETI UBAT PERTOLONGAN CEMAS. 2.3.2.1 RAWATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS 1) LUKA PADA KULIT 2) MERAWAT LUKA YANG BERDARAH BANYAK Rajah 11


DPP C2 (b)-1 Page 3 of 10 2.3.3 MERAWAT RENJATAN ELEKTRIK Jika seseorang itu mengalami renjatan elektrik kerana terkena atau tersentuh wayar yang hidup, tindakan yang pertama ialah memutuskan sambungan atau aliran arus elektrik. Jangan sekali-kali menyentuh atau memegang badan mangsa tersebut sebelum menentukan badannya tiada aliran elektrik. Tutupkan suis utama pada kotak fius jika kemalangan itu berlaku dalam rumah. Jika kemalangan tersebut berlaku di luar rumah, gunakan kayu, tali atau bendabenda lain yang kering dan bukan konduktor untuk menjauhkan wayar yang berarus elektrik itu dari badan mangsa. Pertolongan cemas hendaklah dilakukan dengan segera dan perkara-perkara yang harus dititikberatkan adalah seperti berikut: i. Memeriksa pernafasan dan nadi mangsa itu. ii. Jika perlu, berikan pertolongan pernafasan dari mulut ke mulut atau melakukan "cardiopulmonary resuscitation" iaitu urut jantung jika nadinya terhenti. iii. Panggil doktor atau ambulans; sementara itu tutup badan mangsa dengan selimut supaya dia tidak berasa sejuk. Pertolongan pernafasan dari mulut ke mulut perlu diamalkan apa-bila seseorang mangsa tidak boleh bernafas dengan sendiri tetapi nadinya masih ada dan jantungnya masih bergerak. Mangsa-mangsa akibat renjatan elektrik, asap kimia atau kemalangan lain, boleh dibantu dengan cara pernafasan dari mulut ke mulut jika kerongkongannya tidak tersumbat serta jantungnya masih bergerak.


DPP C2 (b)-1 Page 4 of 10 Langkah-langkah pertolongan ini adalah seperti berikut: Pernafasan dari mulut ke mulut i. Alihkan kepala mangsa dan bersihkan kerongkongnya daripada sebarang kekotoran seperti air, lendir, makanan dan benda-benda asing. Tanggalkan gigi palsunya, jika ada. i. Dongakkan dagunya ke atas. ii. Picitkan kedua-dua lubang hidungnya supaya udara tidak ter-lepas apabila menghembuskan nafas melalui mulut anda ke mulutnya. iii. Lekapkan mulut anda ke mulutnya dengan tepat. iv. Hembuskan nafas ke dalam mulutnya sehingga dadanya mengembang naik. v. Angkat mulut anda. Perhatikan jika dadanya turun semula dan juga dengar jika ada bunyi pernafasannya. vi. Ulangkan pernafasan ini dengan menghembuskan nafas lima saat sekali bagi orang dewasa dan tiga saat sekali bagi kanak-kanak. Jangan berhenti percubaan ini sehingga mangsa bernafas sendiri atau sehingga doktor atau ambulans tiba. Rajah 12


DPP C2 (b)-1 Page 5 of 10 Langkah –langkah pernafasan dari mulut ke mulut i. Baringkan mangsa, pusingkan kepalanya ke sebelah dan bersihkan sebarang sumbatan dalam mulutnya. Kemudian alihkan kepalanya menghala ke atas. ii. Alaskan bantal alau gulungan kain di bawah bahunya. Angkat kepalanya supaya mulutnya ke atas dan picitkan hidungnya supaya tertutup (budak kecil dikecualikan). iii. Tarik nafas, lekapkan mulut anda pada mulut mangsa, iv. Ulang langkah perkara tiga sebanyak kali secara cepat, dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan. v. Kemudian 10 kali dalam satu minit (20 kali seminit bagi dadanya mulai berkembang naik. Rajah 13 PERTOLONGAN CEMAS DENGAN MENGURUT JANTUNG (CARDIOPULMONARY RESUSCITATION) Apabila seseorang mangsa kemalangan sudah tidak bernafas dan tiada nadi, bermakna jantungnya sudah terhenti. Pertolongan cemas yang diperlukan ialah pernafasan dari mulut ke mulut dan mengurut jantungnya. Rajah menunjukkan langkah-langkah pertolongan ini dilakukan: i. Baringkan mangsa dengan belakangnya di atas lantai yang rata. ii. Dengan berlutut di sebelah badannya, lepaskan satu tekanan yang tajam pada dadanya (breastbone) secara spontan. Dengan cara ini, gerakan


DPP C2 (b)-1 Page 6 of 10 jantungnya mungkin akan pulih semula. iii. Jika perbuatan di atas tidak berjaya, letakkan telapak tangan kanan di atas. dada mangsa berdekatan dengan jantungnya dan letakkan telapak tangan kiri di atasnya, dengan secara spontan tekankan kedua-dua tangan bersama dengan beban badan sehingga 37 mm ~ 50 mm ke bawah baru lepaskan tekanan. iv. Ulang perbuatan ini sekali sesaat. Perbuatan ini adalah memaksa darah mengalir ke badan dari jantungnya. Selepas menekan 15 kali, beri mangsa itu pernafasan dari mulut ke mulut sebanyak 2 kali. v. Ulang perbuatan ini sehingga ambulans tiba. Pertolongan cemas ini memerlukan latihan yang rapi. Tetapi seseorang mangsa yang tidak bernafas akan mati terus, oleh sebab itu, kita terpaksa mengambil tindakan di atas walaupun tiada latihan. Rajah 14 Cara mengurut jantung RAWATAN KEPADA PATAH TULANG Pesakit hendaklah dijaga supaya badannya tidak berasa sejuk. Bahagian yang sakit itu diusap dengan beg air batu. Jika tulangnya patah serta memecahkan kulit dan berdarah dengan banyak, aliran darah tersebut hendaklah dihentikan. Tetapi jangan cuba memulihkan tulang yang patah itu ke tempat asalnya atau membersihkan lukanya. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera. Jangan alihkan pesakit jika boleh. Tetapi apabila pesakit itu terpaksa dialihkan, pastikan bahagian yang patah itu diikatkan bersama papan (splints) supaya bahagian yang cedera itu tidak bergerak. Jika papan tidak didapati, gunakanlah benda-benda lain seperti lipatkan suratkhabar, buku dan sebagainya.


DPP C2 (b)-1 Page 7 of 10 Pesakit yang patah leher atau tulang belakang, jangan alihkan pesakit itu. Tunggu ketibaan ambulans. Rajah 15 Rajah 15 di atas menggunakan "splint" untuk menetapkan tangan atau kaki yang patah. "Splint" ini boleh dibuat daripada sebarang papan atau benda lain yang kukuh dialaskan dengan kain atau kapas supaya tidak melukakan kulit. MERAWAT PENGSAN Punca pengsan mungkin disebabkan oleh keletihan, kelaparan, terkejut, kekurangan udara dalam bilik dan sebagainya. Kesannya ialah pesakit bernafas lemah, mukanya pucat dan dahinya berpeluh. Rawatannya ialah dengan membaringkan pesakit, supaya kepalanya lebih rendah daripada aras kakinya. Pastikan bahawa kerongkongnya tidak tersumbat dan dia boleh bernafas. Pakaiannya perlu dilonggarkan, letakkan kain sejuk pada mukanya, rapatkan "aromatic spirit of ammonia" ke hidungnya supaya dapat dihidunya. Apabila ia sedar, berikan minuman panas seperti teh atau kopi.


DPP C2 (b)-1 Page 8 of 10 SAFETY REGULATIONS : OSHA 1994 PERATURAN OSHA 1994 OSHA bermaksud (OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994 AND REGULATIONS) PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG Oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong memberi nasihat dan dipersetujui Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang di Parlimen. PEMAKAIAN Akta ini dinamakan AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN. Terpakai diseluruh Malaysia tetapi tidak terlibat pekerjaan di atas kapal. BIDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Apa-apa kerja iaitu kerja perdagangan, perniagaan, profesion dan vokasional. TUJUAN AKTA i. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja. ii. Memastikan seboleh-bolehnya setiap pekerja selamat dan keadaan kerja yang sihat dan memelihara sumber manusia iii. Merancang dan membina program / aktiviti berkaitrapat untuk melindungi kesihatan pekerja. iv. Akta ini mendefinasikan langkah-langkah untuk pemberitahuan undangundang mengendalikan penyelidikan / penyiasatan, pelaksanaan pemegang data dan rekod pekerja.


DPP C2 (b)-1 Page 9 of 10 v. Melindungi orang lain yang tidak bekerja disitu vi. Menggalakan persekitaran tempat kerja. vii. Mengekalkan / memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan. viii. Petikan Kandungan Buku Undang-undang Malysia Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KURSUS INDUKSI KESELAMATAN DAN KESIHATAN UNTUK PEKERJA BINAAN OLEH LPIPM / JKKP. Seorang pekerja binaan perlu menghadiri kursus keselamatan yang di anjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / Construction Industry Development Board Malaysia atau Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Melalui kursus ini bakal pekerja binaan akan disampaikan maklumat-maklumat dan amalan-amalan yang wajib dipatuhi apabila melaksanakan tugas ditapak pembinaan nanti. Peserta kursus ini layak memperolehi Kad Hijau atau Green Card dan layak mendapat manfaat saperti tuntutan insuran kemalangan ditempat kerja dan mendapat kebenaran sah berada dalam kawasan tapak pembinaan. Peraturan dan arahan lanjut berkaitan perlulah merujuk kepada LPIPM/CIDB. EXERCISE 1. Apakah persediaan yang seharusnya di lakukan oleh pekerja dan majikannya jika terdapat kemalangan yang melibatkan kecederaan luka dan patah di kawasan kerja? 2. Huraikan perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja mengikut akta. 3. Jelaskan tanggung jawab anda dan arahan yang mesti dipatuhi sebagai seorang pekerja sebelum melaksanakan tugas di industri.


DPP C2 (b)-1 Page 10 of 10 REFERENCE 1. Pengenalan kepada perlaksanakan projek pembinaan – Uitm. 2. Pengajian Kejuruteraan Awam – Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Teknologi Binaan Bangunan – Tan Boon Tong 4. Buku ECB 1015 - Unit Pengajian Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) Jun 2003


Click to View FlipBook Version