The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menghimpunkan 42 buah karya sajak penulis Ahmad Noh yang dihasilkan dari tahun 1990 hingga 2017. Penulis menjadikan penulisan kreatif ini sebagai ruang dan peluang untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-07-09 06:16:05

Kumpulan Sajak : SALAM BUAT SAHABAT

Buku ini menghimpunkan 42 buah karya sajak penulis Ahmad Noh yang dihasilkan dari tahun 1990 hingga 2017. Penulis menjadikan penulisan kreatif ini sebagai ruang dan peluang untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat.

Kumpulan Sajak

M3A

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

KUMPULAN SAJAK

SALAM
buat sahabat

Aku dedikasikan karya
dari cetusan rasa perjalanan dan pengalaman hidup ku ini

buat kalian insan tersayang:
Arwah Bonda – Hajjah Indon bt Saman
Arwah Ayah – Haji Noh bin Abdul Rani

Kedua mertuaku
Bidadariku – Azlinawati Azmi

Puteri-Puteriku
Ainnur Afzan Ahmad
Ainnur Khairiyyah Ahmad
Ainnur Husna Ahmad

&
Seluruh sahabatku
Kalianlah sumber inspirasiku

i

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

Hak Cipta Penulis: Ahmad Noh
Reka bentuk grafik & susun atur: Ainnur Afzan Ahmad

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa juga
bentuk pun dengan cara apa pun secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lai-

lain, mana-mana bahagian buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada
penulis. Walau bagaimanapun, keizinan diberikan untuk mana-mana sajak
dalam buku ini dideklamasikan oleh sesiapa saja dan di mana saja, asalkan

untuk tujuan kebaikan.

ii

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

KALAM PENULIS

Alhamdulillah segala puji untuk Allah s.w.t dengan izinNya dapat saya
menghasilkan buku kumpulan puisi yang tidak seberapa ini. Salam Seharum

Puisi. Kumpulan Sajak “SALAM BUAT SAHABAT” ini diterbitkan sebagai
kenangan mewakili cetusan fikiran peribadi saya dari bergelar sebagai seorang

pelajar hingga menjadi seorang pendidik.
Melalui penulisan puisi ini juga memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan mesej yang berguna untuk masyarakat. Di dalamnya mungkin
terdapat nilai pengajaran yang disampaikan secara tersirat mahupun tersurat.
Diharapkan karya kecil ini mampu dijadikan panduan dan teladan dalam

mendepani hidup mendatang.

Penulisan karya ini juga diharapkan dapat terus memperkasakan
Kesusasteraan Melayu bertepatan dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan
(PERKARA 152 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN).

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan

kebenaran, serta berpesan-pesan dengan kesabaran
(Surah Al-‘Asr : Ayat 1 – 3)

iii

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT 1
AHMAD NOH 2
3
KANDUNGAN 4
5
Salam Buat Sahabat 6
Jiwa Tersentak Rasa 8
Pendidikan Untuk Masyarakat 9
Beriku Tongkat Azimat 10
Lahirnya Sebuah Cinta 11
Aku Anak Kampung Tak Punya Apa 12
Ku Pasak Matlamat 13
USM Aku Datang 14
Aku Berceloreng 15
Nasib Kita Tak Sama 16
Bumbung Ilmu 17
Guru 18
Warkah Buat Tersayang 19
Jumaat Yang Panjang 20
CAA 5455 21
Sebelum Subuh Berlabuh 22
Pewaris Zaman 23
Kenapa Nayla 24
Bahagia Kita Yang Cipta 25
Si Baju Putih Celana Biru 26
Sama Tapi Tak Serupa
Bumi Mewah
Daerah Kita
Anak Didikku
Selamat Datang Wahai Rakan

iv

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT 27
AHMAD NOH 28
29
Hidup Tidak Tersesat 30
Pemimpin Muda 31
Wadah Perjuangan 32
Satu 33
Erti Sebuah Persahabatan 34
Islamofobia 36
Ceritera Hati di Tanah Tinggi 37
Bonda 38
Mengutip Bahagia di Celahan Perdu 39
Siapa Tuan di Bumi Tercinta? 40
Bisakah Dipisahkan 41
Bingkisan Buat Orang Muda 42
Kaku Diam Ternganga 43
Belantara Dunia 44
Mell Tetapku Sayang
Pusaka Tinggalan Untuk Generasi
Ucapan Salam Yang Hilang

V

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

SALAM BUAT SAHABAT

Dikaulah sahabat dunia akhirat
Tika ku nekad merangkak lesu
Mulut terkatup diam membisu
Ku tiba di daerah penuh lagu

Yang ku harap alun dendangnya merdu
Agar usaha merubah duniaku
Iringi tekad kata restu

Kau hulur tangan
Menyambut warna warni kehadiran

Kau genggam erat tanda ikatan
Sama layari sama berpesan
Susah payah berpaut ehsan

Alam didik tinggal kenangan
Masing sendirian atur bawa haluan

Sahabat
Dikaulah teman
Dikaulah rakan
Dikaulah taulan
Moga haruman usaha diberkati Tuhan

SABS
30 NOVEMBER 1990

1

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

JIWA TERSENTAK RASA

Secarik pengalaman
Ada indah

Ada gundah
Tika ke daerah sawit
Aku menyusuri usaha
Di balik langsir gedung ilmu
Mengenal gerak langkah anak peneroka
Jiwa tersentak rasa
Bukan mudah bergelar pendidik
Usia muda mencabar minda
Cetek ilmu bukan penyudah
Dampingi mesra pada alam
Pada insan sekeliling prihatin
Ceduk apa saja makna
Belajar dan terus belajar
Biar ku patrikan nanti tanda
Bahwa di sini juga aku pernah berjasa

KERATONG
01 DISEMBER 1992

2

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

PENDIDIKAN UNTUK MASYARAKAT

Minatku bercambah
Berbakti demi pendidikan negara

Dari desa melangkah segar
Ke Kota Darul Ta’zim yang gah
Meredah tenang Jalan Abdul Samad
Kaki terpaku di gerbang MPMK

Ku lihat azimat kata
‘PENDIDIKAN UNTUK MASYARAKAT’

Hanyut dalam angan meronta
Amanah berat bersandar
Harapan ibu berlegar
Mengutip ilmu berharga

Dari sang penabur benih berjasa
Dicelahan petak-petak kelas
Biar tekun dan sabar
Yang mampu didik dan ajar
Waris-waris wawasan negara

MAKTAB PERGURUAN MOHD KHALID
,JOHOR BAHRU
14 JULAI 1993

3

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BERIKU TONGKAT AZIMAT

Bila ku sebut namamu
Membara semangatku

Aku datang…
Mendidik hati kosong
Mencari bekal berguru

Ku turut kata
Ku ikut langkah

Ku ulit rasa
Ku genggam pasrah
Kau beriku tongkat azimat
Di dada lekat tersemat
Agar jalanku ke arah matlamat

SK API-API, PONTIAN
01 SEPTEMBER 1994

4

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Kujejaki desa berlurah di sana
Luas pengalaman didik yang ku damba

Ku kutip biar menjadi harta
Bekal kekal buat selamanya

Terlihat muncul sekujur tubuh
Berkebaya lembut riaknya gemuruh

Tepian abadi melangkah kukuh
Sapa terkunci badan berpeluh

Hati di dalam gelisah mengeluh
Bicara membisikkan sesuatu yang utuh

Kotak fikiranku kini disentuh
Siapa gerangan si gadis yang kusuluh

Wahai malam inikah namanya rasa
Wahai purnama tunjukkan ku tanda

Wahai bayu alunkanku jawabnya
Di sinikah lahirnya cinta?

PONTIAN KECIL
11 OKTOBER 1994

5

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

AKU ANAK KAMPUNG TAK PUNYA APA

Aku anak kampung
Atur langkah jauh iring cahaya di ufuk timur

Perit mentari bukan kepanasan
Basah hujan bukan kesejukkan
Tekad ubah bahtera keluarga

Beratap cahaya bahagia

Aku anak kampung
Sri Damai ajarku erti payah
Sri Damai ajarku pahat usaha
Sri Damai ajarku jati pembela
Sri Damai ajarku yang mana betul yang mana durhaka

Aku anak kampung
Kini aku pulang

Desa dulu aku bangga makin lesu wajah hilang
Watan jadi asing

Entah siapa kini tuan
Harta direbut dinoda
Muncul si tamak sila bermaharajalela

Aku tak dapat apa
Tanah tempat tumpah darahku dimamah tak bersisa

Tapi aku disia

6

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

Si tuan baru harta membukit
Cari kuasa pengaruh setia

Nampak dunia akhirat tiada makna
Siapa bijak dialah wira

Si watan lihat merah mata derita
Aku anak kampung tetap tak punya apa

SD VILLA
24 OKTOBER 1995

7

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

KU PASAK MATLAMAT

Ku atur langkah pembuka kata
Memenuhi jemputan amanahmu

Ku susun tekad
Ku gerak semangat
Ku pasak matlamat
Mendidik bukan mengherdik
Mengajar jangan sampai terbiar
Mengasuh tidak sekali mengeluh

Hebatku…
Hebatkan anak didikku

SK JAYA GADING
11 DISEMBER 1995

8

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

USM AKU DATANG

Detik sahabat telah bergraduan
Untuk apa aku masih merintih ketinggalan

Walau lewat ku hantar utusan
Dengan rela bernoktahkan undangan

USM aku datang
Kunjungimu di pulau ilmu
Izinkan aku untuk bertamu
Mencari mahkota namamu yang gemilang

Tekad jadi pejuang
Moga aku bukan insan yang malang
Ditelan badai kampus nan bergelora
Biar tenang ku dayung bahtera kota

Dalam menyusur pelabuhan cita
Penamatnya akukan juara

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANG
11 JULAI 1998

9

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

AKU BERCELORENG

Bila aku berceloreng
Mengalung rantai bernombor badan

Memangku erat senjata di tangan
Langkah sederap perajurit

Semangat luar biasa menggigit
Jika dibiar negara menjerit
Jiwa rasa sakit terhimpit

Aku rela berjuang
Jangan sesiapa berani menghalang

Demi tanah air pastiku tentang
Tidak sesekali berputih tulang

Kita gempur kita serang
Hingga musuh kita tumbang
Biar anak cucu kita menang

KEM DARALOCKWOOD KUANTAN
01 MAC 1999

10

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

NASIB KITA TAK SAMA

Nasib kita tak sama
Ada selesa bernaung bahagia
Anak pinak membangkit ceria
Petik jari semua hidang di mata
Tiada terkilan tidak merasa

Nasib kita tak sama
Ada terseksa dihimpit derita
Pulang rumah bagai neraka
Tiada tenang mengusap jiwa
Hidup meronta hati menangis seksa

Nasib kita tak sama
Ada hidup diselimut hampar kepuraan
Rela bergaya poket gelora berantakan

Hutang keliling bagai buih di lautan
Menghitung hari suram tiada ketenangan

BATALION KE 7 REJIMEN RENJER DI RAJA
KEM BATU 5 MENTAKAB
05 JUN 1999

11

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BUMBUNG ILMU

Di bawah bumbung ilmu
Berlantai sumpah pendidik
Berdinding harapan ibu bapa
Bertingkap nilai masyarakat
Kami susun meja keyakinan
Kami atur kerusi kecekalan
Kami hiasi haruman kejayaan

Biar jiwa yang diasuh
Santun gerak laku
Bijak tutur kata
Cerdik hasil minda
Pandai kerjasama

Ditulis pada sebidang papan hijau

SK BUKIT RANGIN
02 JANUARI 2000

12

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

GURU

Guru
Kau lilin
Membakar diri untukku
Menerangi kaburku
Menyuluh kotak fikirku
Menyala semangat layuku
Menyinar hari-hari sepiku

Guru
Siapa aku tanpa kamu
Bacaku lancar kernamu
Tulisku elok kernamu
Kiraku tepat kernamu
Adabku santun kernamu
Tubuhku cergas kernamu
Minda ku cerdas kernamu

Guru
Doaku
Hidupmu dilimpah bahgia
Kesihatanmu sentiasa terpelihara

SK BUKIT RANGIN
16 MEI 2001

13

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

WARKAH BUAT TERSAYANG

Dalam sisipan 4 musim memerit
Banting tenaga gilap usaha
Perah idea menuju matlamat
Hati kecil ku berdetik kuat.....

Rupanya bukan mudah untuk semuanya

Ku sujud syukur
Di hari terima warkah luhur

Menangis hati bangga
Bersama puteri-puteri yang masih tak mengerti

Aku berjaya...
Terima kasih ibu
Kasih sayangmu mengiringi jerih anakmu
Terima kasih bidadariku
Pengorbananmu abang jadi kuat
Terima kasih pewarisku
Wajah-wajahmu inspirasi ayah selamanya

Terimalah ...
Warkah buat tersayang
Yang senantiasa tak hilang bila susahku
Senang juga dampingiku

TAMAN SERI MAHKOTA JAYA
11 OGOS 2002

14

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

JUMAAT YANG PANJANG

Jumaat yang panjang
Penghulu hari yang mendatang

Tadah syukuri ruang diberi
Mengutip sisa-sisa peluang
Keagunganmu disisi pencipta
Bukan kerna solat Jumaat yang tiba
Istimewa berbanding Aidilfitri Aidiladha diraya

Harimu Adam dicipta
Harimu Adam turun ke bumi nyata

Harimu Adam diwafatkan tiada
Harimu juga adalah penamat riwayat dunia

Setiap detik harimu
Selawat nabi meniti bibir
Bait Al-Kahfi jadi pilihan
Ganda zikir mengingati tuhan
Moga kita tak salah haluan

MASJID AL MAKMUR
01 MAC 2003

15

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

CAA 5455

CAA
Cinta Ahmad Azlinawati

Bukti rasa kita
Bersama menghitung awan restu

Walau terpisah puluhan batu
Kampung Pasir jadi saksi bisu

Membina janji bertemu
Pabila rasa rindu

Merancang hidup bersama
Seia juga sekata

Menantikan hari bahagia

Ku simpan kapcai CAA 5455
Dengan selimut mesra

Dengan mandian bunga kemboja
Biar terus abadi menjadi tanda
Harum berseminya cinta kita
Buatmu bidadariku selamanya

TAMAN SRI MAHKOTA AMAN
05 MEI 2007

16

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

SEBELUM SUBUH BERLABUH

Sebelum subuh berlabuh
Bentanglah hati bersaki resah

Tunduk menghina
Paut sehamparan doa
Jemput selautan pahala
Kita tebas ceracak dosa-dosa semalam
Ubat dengan warkah luhur taubat
Biar hanyut di pulau jauh
Agar terpancarlah senaskah hidayah
Datang ceria memilih pemiliknya

Kerna esok dan lusa
Belum tentu milik kita

TEKAM RESORT, JERANTUT
15 OGOS 2008

17

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

PEWARIS ZAMAN

Perlembagan Persekutuan dah lama berpesan
Lipatan bait Perkara 152 tepat menoktahkan
Bahasa Melayu warisan Bahasa kebangsaan

Biar faham …biar jelas
Biar mengerti… biar terang lagi bersuluh

Khazanah budaya terpatri rapat
Si nenek moyang gah kata mengikat
Berbunga harum harian bahasa berdaulat

Kini…
Siapa lagi nak diharap bela pertahankan

Andai Melayu sendiri buta jati identiti
Jawi diseret samar menelan zaman

Diperlekeh dibentak persis sampah berterbangan
Terbukti berzaman kuat bina hubungan

Peribahasa tidak lagi menjadi pilihan
Gurindam hilang tanpa dikesan

Dendangmu syair dah jauh ketinggalan
Bangkitlah umat melayu

Dodoikan nyanyian perjuangan seperti dulu
Biar menyerap ke seluruh lubuk pewaris zaman

TANJONG VISTA, KUALA TERENGGANU
28 FEBRUARI 2012

18

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

KENAPA NAYLA

Kenapa Nayla yang kau cari
Dendang lagu di telinga
Raut rerambut lembutnya
Untuk berkawan
Untuk berteman

Di ruang masa dia membanting fikir
Kau enak mencebik bibir
Hingga retak masa depan
Kabur segenap harapan
Lerai segala pengorbanan

Tak sempat Nayla tiba di puncak impian
Kau buat tak tahu

Jasadnya dan dirimu
Tak mungkin diikat bersatu

Wahai makhluk tuhan
Kembalilah ke tempat asalmu

MEDAN TOK SERA
15 OKTOBER 2012

19

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BAHAGIA KITA YANG CIPTA

Musim tengkujuh menyapa lagi
Ayah mendatang lengkap bekalan

Ilmu orang lama bijak ramalan
Di dada atap titisan bercurahan
Deraian deras hujan bingitkan telinga
Titisan kecil menyelit gugur di lantai
Tangan kecilku bingkas tampung elak melata

Rumah kampungku usang
Itulah yang mampu ayah sedia
Tidaklah lewah sekadar apa yang ada
Tempat bernaung mesra kami sekeluarga

Susah senang kami bersama
Harung badai semua cerita
Kata ayah biar kami bahagia
Kerna bahagia kita yang cipta

DUTA VILLAGE, KUANTAN
02 NOVEMBER 2012

20

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

SI BAJU PUTIH CELANA BIRU

Menyusur perjalanan panjang
SK Satak destinasi dituju

Jalan berliku seperti dipalu
Lalu membelah celahan bukit

Pohonan hijau mendamai
Sesekali terarah kelibat sang liar

Hujung sana ku lihat
Si baju putih celana biru

Di bawah payung ilmu
Tersergam mengharap
Untuk mereka penghuni setia
Tiada kepanasan asuhan
Tiada kesejukan didikan

Menyusun abjad
Melakar nombor
Di ajar untuk merubah dunia mereka

SK SATAK (JAKOA) RAUB
9 APRIL 2013

21

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

SAMA TAPI TAK SERUPA

Kujejaki lembah baru di KMPh
Luas menyusur dalam dakapan panjang

Ranjau aku terlentang
Gapai ilmu terbentang
Ku tinggalkan erti semalam di PPD
Gumpalan janji dibawa bersama
Tertegak panji pengalaman bermakna
Nostalgia jerih kekuatan kasih
Sama tapi tak serupa
Agenda pendidikan kulayari dalam bahtera jua
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN

16 APRIL 2013

22

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BUMI MEWAH

Di sudut daerah kecil berbukit
Tatap pegun damai hijau pohon

Desiran lembut alir sungai
Bumi ini dulu mengucup mewah

Tika terowong berkuasa
Bijih sentiasa ada

Rezeki melimpah buat warga
Hidup harmoni bersama
Kini tinggal sejarah

Tiada lagi cerita gah dulu
Jejaka-jejaka tanah hujung ini

Langkah gaya ke kota
Bersepatu kilat Clark mewah

SUNGAI LEMBING
12 JUN 2013

23

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

DAERAH KITA

daerah ini terbina
atas penderitaan seorang kanak-kanak manja

atas penderitaan seorang wanita setia
atas penderitaan seorang lelaki waja
atas penderitaan seorang tua mulia

tiada apa yang mereka terima
hanya melihat harta entah ke mana
melihat kuasa dibahagi sewenangnya

melihat agama diporak peranda
MINI STADIUM PONTIAN
8 OGOS 2013

24

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

ANAK DIDIKKU

Anak didikku
Kau datang
Sambil genggam harapan menggunung tinggi
Tinggalkan ayah bonda dengan restu tak bernoktah
Pelukan sayang mereka menyerap setiap langkah
Tekad berjuang penuhi dada tanpa mengalah

Anak didikku
Bukan mudah menjadi juara

Kita atur masa
kita susun rasa
Jangan dibuai dengan mimpi-mimpi lena
Jangan di riben penamat baru kau terjaga

Anak didikku
Doaku mengiringi usaha
Moga tuhan restui sentiasa
Moga kamu terus di landasan jaya
Biar pulang mu nanti bersama piala

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
18 OGOS 2013

25

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

SELAMAT DATANG WAHAI RAKAN

Dalam senyum ada gurauan
Dalam gurau ada tawa teman

Dalam tawa ada tangisan
Dalam tangis ada titisan
Dalam titis ada sedu sedan
Dalam sedu ada impian
Dalam impi segunung harapan
Dalam harap utuh persahabatan
Selamat Datang Wahai Rakan

SERI MAHKOTA
25 DISEMBER 2013

26

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

HIDUP TIDAK TERSESAT

Dunia ini umpama hamparan lautan yg luas
kita adalah kapal yang belayar di lautan
telah banyak kapal karam di dalamnya
sebelum sampai ke destinasi daratan....
andai muatan kita adalah iman
layarnya takwa....
nescaya kita akan selamat dari tersesat
Hidup tidak tersesat
kerna masih ramai yang terus tersesat
TERSESAT di lautan hidup ini....
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
30 APRIL 2014

27

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

PEMIMPIN MUDA

Langkah pantas
Suara keras
Idea bernas

Gaya pemimpin muda
Lontar penampilan elegan membina

Menjadi suri teladan
Ikat rasa pengikut teruja
Usaha kuat bersungguh
Hanya terkadang gelojoh

Gila kuasa hindari
Ubah resah menjadi realiti

Agar hadirmu dinanti
Kumpullah pengalaman
Dewasakan pandangan
Kerna kalian pelapis masa depan

KURSUS KEPIMPINAN JPP BMKPM
BAYOU LAGOON PARK RESORT
MELAKA
21 SEPTEMBER 2014

28

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

WADAH PERJUANGAN

Tak mungkin 13 Mei 1969 berulang lagi
Bila maruah dipijak sesuka hati
Dicabar seperti tiada harga diri
Aku tak mampu duduk lagi

Atur pantas untuk aku terus berlari
Maya wadah perjuangan ini caraku berbakti

Kutulis ISLAM MELAYU perlu dihormati
Tidak ingin ku lihat lagi

Bila agama makin dinodai
Bila negara makin dicerobohi

Bila bangsa makin didustai
DE PALMA CHERAS
26 DISEMBER 2014

29

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

SATU

kita mengadap Allah yang satu
bersolat kita ke arah kiblat yang satu
berjemaah bersama imam yang satu

bertakbir dengan lafaz yang satu
namun hati kita begitu sukar menjadi satu

kerana kuasa kita tidak mampu bersatu
walaupun kau tahu

hati yang satu pasti menggegar
hati yang satu menggerunkan musuh

hati yang satu membina kuasa
Genggam biar sampai jadi arang
terdaulat lah agama, bangsa dan negara yang satu

UNIT HAL EHWAL PELAJAR
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

14 JULAI 2015

30

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Masa merubah segalanya
Pernah menongkah bersama

Harung ombak gelora
Mengumpul pengalaman bermakna

Dulu menyusur lereng
Hayun langkah seiring
Cabar keringat kering
Dirimu setia ditarik meluru
Ditolak ke mana perlu
Tiada tanda wajah dipaksa
Memahat sebuah jenama
Relamu cukup bermakna

Mengerti rasa
Pasti aku pertahankan
Erti sebuah persahabatan

KEM BINA NEGARA, MARAN
10 SEPTEMBER 2015

31

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

ISLAMOFOBIA

14 November 2015
Darah di Paris

tiba-tiba....
bunyi bingit senjata
manusia rebah ke bumi

entah apa dosa

mungkinkah Islam dilabel semula
ganas...
ganas...
ganas...

apalah dosa Islam itu
hingga bila

yang silap percaturan
si ekstrimis

yang sangka boleh selesai segalanya
tapi bukan itu caranya

jangan teruskan dunia berkata
ISLAMOFOBIA

TAMAN ESPLANADE KUANTAN
11.20 pagi : 16 Nov 2015

32

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

CERITERA HATI DI TANAH TINGGI

Tanah Tinggi Cameron
Aku datang atas jemputanmu
Membawa ceritera hati yang tak sudah
Menentang pemimpin hatiku gundah

Sejuk bayumu belum kurasa
Kerna yang ada dalam bahangnya melata
Adakah aku panglima gagal di medan juang

Sehingga lari tanpa menghunus pedang
Atau aku tak mampu menentang
ke desa terpencil aku menghilang

TANAH RATA
CAMERON HIGHLANDS

5 APR 2016

33

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BONDA

Bonda
Dalam dakap kenangan
Anakmu bisa dendang wajah semalam
Kedut tua setiamu di mata berkaca
Jerihmu gigih lihat aku kenyang senang
Pedihmu lihat aku luka derita
Santun tegurmu tegas azimat berguna
Terngiang pesanmu tiada noktah
Doamu bekal melekat hingga anakmu belayar ke darat

Bonda
Ampun anakmu ini
Andai bicara membias luka
Andai laku menjemput dosa
Andai langkah undang sengsara
cara bangkit tak kena
Andai hadir sederap tiada setia
usapan tiada lagi tanda

Bonda
Sisir rambut putihmu kurasa persis semalam
Belai tangan uzurmu kudamba baru semalam
Ketip kuku bersihmu ku pasrah hakikat semalam

Semuanya telah hilang

34

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

Damailah mu bonda
bersama hari makna doa ku panjat

Kesayanganku jasamu
Yang Esa tahu sukarmu
Moga Firdaus abadi menjemputmu
Anakmu ini rindu padamu ...Bonda

BATU 8, KUANTAN
16 JULAI 2016

35

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

MENGUTIP BAHAGIA DI CELAHAN PERDU

Ku dongak ke langit malam
Melihat bulan terang

Merenung bintang gemilang
Diawangan melayan gundah

Berbisik pada angin
Menyapa pada cahaya
Desiran nasihat di sudut hati
Biar melekat merawat diri
Apa yang ku miliki untuk semua

Bersaing biar usaha seiring
Bukan menghimpit hingga kering

Wajah bangga sinis menuding
Elak sengketa meragut setia kawan

Berkongsi di medan juang
Bukalah salam pengembara ilmu
Mengutip bahagia di celahan perdu

Cuba tunduk berpaksi ke bumi
Rupanya berpijak di tapak nyata

Muhasabah diri...
Moga niat murni tersimpul mati

GAMBANG
01 OGOS 2016

36

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

SIAPA TUAN DI BUMI TERCINTA?

446 tahun tanah air pernah derita
Gerombolan si putih yang tak dijemput tiba
Mentari Terbit berbasikal gah tunjuk taring kuasa

Mahsul diratah sang durjana
Bijih,rempah,emas bukan lagi milik kita

Siapa tuan di bumi tercinta?

Tok Janggut buka langkah tak sanggup agama disanggah
Mat Kilau pertahan bangsa demi maruah

Datuk Maharajalela juang daulat raja disembah
Abd Rahman Limbong bingkas tempur segala helah

Antanom tentang bila hak diceroboh penjajah
Mat Salleh tempur hingga titisan darah

Leftenan Adnan terkubur di bumi merkah

TANJUNG PIAI
31 OGOS 2016

37

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BISAKAH DIPISAHKAN

Bisakah dipisahkan
Dunia dengan ujiannya
Malam dengan purnamanya
Siang dengan mentarinya
Sahur dengan embunnya
Hujan dengan titisan airnya

Bisakah dipisahkan
Gula dengan manisnya
Garam dengan masinnya
Cuka dengan masamnya
Kopi dengan pahitnya

Bisakah dipisahkan
Pahat dengan penukulnya

Parang dengan hulunya

Bukan semua bisa diubah
Hukum alam jangan di sanggah

TEMERLOH
04 NOVEMBER 2016

38

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BINGKISAN BUAT ORANG MUDA

Aku titipkan bingkisan ini buat orang muda
Biar pena lenggok berbicara bersimpul mati

Yang bergaya…
Yang bangga…
Ahh…hebat sekali manifestasi
Hakikat ku lihat mereka berwajah keliru
Aku pelajar…?

Aku anak…?
Aku warganegara…?

Aku siapa…?
Jinjing bersama amanat
Tapi mereka seperti alpa bisikan terpahat
Lalai dibelenggu noda lena
Masa dihabis urusan gemalai gajet
Nota kejayaan berserakan
Bilakan dipungut kumpul semua
Masa depan entah ke mana hala
Berubahlah orang muda
Ayah bonda dahaga segulung tanda
Jangan derhakai pengorbanan tulus mereka
Jangan biarkan negara terus menagih simpati
Kerna dibahu kalian pusaka bersemi

Semoga kalian berjaya

KEMAMAN
01 JANUARI 2017

39

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

KAKU DIAM TERNGANGA

Kala
Si Indon berkuasa
Si Bangla bermaharajalela
Si Rohingya mengemis guna agama
Si Nepal mencelah di pasar raya
Si Vietnam ada di kilang melata
Si Pakistan sebar berniaga

Peluang kerja direbut tak bersisa
Rela hidup sekadar apa yang ada

Gigih mereka kumpul harta
Berumah kongsi padat berbasikal usang
Kumpul wang berlipat dihantar pulang

Semua milik kita....
Tapi si asing yang kaya
Orang kita kaku diam ternganga

Entah sampai bila....?

IPOH
03 FEBRUARI 2017

40

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

BELANTARA DUNIA

Mengintai di jendela belantara dunia
Manusia tidak lagi suka…

Dikongkong nilai-nilai agama
Aturan mengekang hak mereka
Budaya berzaman serasi tiada
Santun bahasa bertukar kasar gaya
Petah melatah bila ditegur lakunya

Kebebasan asasi juang utama
Bebas harta bebas suara

Mereka mahu merdeka kata
Kritik apa sahaja yang tidak kena

Bukan ikut telunjuk semata

Belantara dunia
Inikah yang generasi dahaga
Inikah generasi yang kita ada
Hingga lupa di mana kita bermula

Hari berlalu kan tiba masa
Jangan sampai negara tidak lagi bernegara

LABIS
11 APRIL 2017

41

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

MELL TETAPKU SAYANG

Mell...
Memang tak pandai menyusun kata
Ku faham laras bahasa alam kita berbeda

Kau sebahagian catatan rasa
Tanpamu seperti hilangnya jiwa

Mell...
7 tahun hadirmu
Membangkit suasana hijau
Nakalmu menjentik gembira keluarga
Terapi diri bila santai bersama
Gelagat lucumu penuhi ruang hilai tawa

Mell...
Harian kau setia tak hilang

Kau tunggu aku pulang
Walau terkadang lewat petang
Walau kejadian kita ditakdir berbeza

Dirimu Mell tetapku SAYANG

TANAH PUTIH,KUANTAN
01 JUN 2017

42

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

PUSAKA TINGGALAN UNTUK GENERASI

Tekun menyusuri ke satu daerah
Ku toleh kanan
Ku toleh kiri

Tiada lagi redup mata memandang
Rimbun hijau semakin hilang

Dulu indah halaman terbentang
Kini tinggal dalam lipatan ilusi malam

Jentera besi rakus
Membenam mencengkam jemari kasar

Harta alam sujud ke bumi
Bukit ditarah sesuka hati

Ke mana sang unggas kan terbang pergi
Ke mana si camar pulang bersarang
Semuanya hilang...
Apa lagi yang mampu dikenang

Inikah pusaka tinggalan untuk generasi

MUADZAM SHAH
27 DISEMBER 2017

43

Kumpulan Sajak SALAM BUAT SAHABAT
AHMAD NOH

UCAPAN SALAM YANG HILANG

Setenang air di kali
Sebening air di muara
Catatan diari alam yang hilang
Tiada lagi lincah ikan berenang
Tiada unggas dendang lagu riang
Tiada lagi camar terbang pulang
Tiada kekura merangkak malam
Tiada lagi anak-anak terjun menyelam
Tiada lagi pepohon jadi penyeri
Tiada si nelayan mencari rezeki

Apa yang tinggal
Wajahmu kian suram

Airmu lesu
Alirmu bisu
Tiada penghuni ceria yang datang
Tinggalmu bersama sisa buangan
Ucapan salam yang hilang

SEGAMAT
30 DISEMBER 2017

44


Click to View FlipBook Version