The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-book KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN : ‘Kerana Setem Kita Bersama’ karya mengisahkan aktiviti kenangan dan pengalaman untuk dikongsi bersama ahli KSSK dan peminat setem di luar sana akan kewujudan sebuah kelab yang masih memperjuangkan hobi yang semakin pupus iaitu hobi mengumpul setem dan filateli.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-09-06 04:05:56

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

e-book KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN : ‘Kerana Setem Kita Bersama’ karya mengisahkan aktiviti kenangan dan pengalaman untuk dikongsi bersama ahli KSSK dan peminat setem di luar sana akan kewujudan sebuah kelab yang masih memperjuangkan hobi yang semakin pupus iaitu hobi mengumpul setem dan filateli.

KSSK

KELAB SAHABAT
SETEM KUANTAN

‘Kerana Setem Kita Bersama’

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

“Kerana SETEM KITA BERSAMA”

SUSUNAN : AHMAD NOH (2021)

2

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Terbitan September 2021
Teks © Ahmad Noh

Foto : Koleksi Ahli KSSK
Reka bentuk dan susun atur : Ahmad Noh

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

rakaman atau cara lain mana-mana bahagian buku ini sebelum mendapat izin
bertulis daripada penulis. Walau bagaimanapun, keizinan diberikan untuk

mana-mana bahan dalam buku ini digunakan asalkan untuk tujuan kebaikan.

3

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

KANDUNGAN

1. PRAKATA
2. KATA ALUAN
3. SEJARAH PENUBUHAN KSSK
4. AKTIVITI KSSK
- Pertemuan Asas Penubuhan.
- Program Cintai Setem & Filateli di SK TUANKU AZIZAH.
- Pesta Pameran & Jualan Setem 1 (Malayan Banknotes/Stamp Fair).
- Bicara KESEF & Pameran Setem di SK INDERA MAHKOTA.
- Pameran Setem Hari Pos Sedunia Di Pejabat Pos Besar Kuantan
- Karnival Kokurikulum Dan Hari Sukan Negara

Di SK KAMPUNG BELUKAR
- Membeli Setem Bagi Menambah Koleksi Peribadi Di Taman Kerang.
- Pesta Pameran & Jualan Setem 2(Malayan Banknotes/Stamp Fair) .
- Keluaran Poskad Khas Kssk Sempena Hari Kebangsaan Ke 62 (2019)
- Membeli Setem Di Pejabat Pos Besar Kuantan

4

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

PRAKATA

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, segala pujian
bagi Tuhan Maha Agung yang memiliki segala dan setiap kekuasaan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, pemimpin
agung ummah akhir zaman.

Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya maka e-book
KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN : ‘Kerana Setem Kita Bersama’ telah
dapat dibukukan. Alhamdulillah. Karya ini dibukukan sebagai kenangan dan
pengalaman untuk dikongsi bersama ahli KSSK dan peminat setem di luar
sana akan kewujudan sebuah kelab yang masih memperjuangkan hobi yang
semakin pupus iaitu hobi mengumpul setem dan filateli.

Terima kasih kepada En Ramlee Abd Wahab yang merupakan orang kuat
KSSK dan rakan-rakan ahli lain yang sudi berkongsi gambar aktiviti yang
pernah dilaksanakan. Semoga aktiviti hobi mengumpul setem ini akan
mengeratkan hubungan kita sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama.

AHMAD NOH

5

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w.b.t.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En
Ahmad kerana atas usaha, komitmen dan kreaviti beliau, kini e-book Kelab
Sahabat Setem Kuantan (KSSK) akhirnya menjadi kenyataan. Dengan adanya
e-book ini, segala aktiviti KSSK akan dapat disusun dan disimpan secara
lebih teratur dan menarik.

Sebagai salah seorang anggota dalam kelab ini, saya pastinya berasa sangat
gembira dengan kejayaan menghasilkan ebook ini kerana ianya menjadi titik
tolak kepada KSSK untuk maju setapak lagi ke hadapan dalam usaha
memperkembangkan serta mempertahankan hobi mengumpul setem yang
semakin lama semakin hilang ditelan zaman. Untuk itu KSSK sentiasa komited
mempromosikan semula keseronokkan dan manfaat hobi mengumpul setem
kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda.

KSSK ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada
semua ahli kelab ini yang terlibat menghasilkan e-book ini baik secara
langsung atau tidak langsung terutama kepada beberapa orang kuat KSSK
yang merupakan antara orang terawal penubuhan KSSK iaitu Haji Annas, En
Ahmad Noh, En Ahmad IM, Aris dan 'iron lady’ kelab iaitu Tuan Maznah dan
Acik Siti. Terima kasih juga buat dan seluruh ahli KSSK. Sekian terima
kasih dan selamat maju jaya untuk KSSK.

RAMLEE ABD WAHAB

6

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

SEJARAH PENUBUHAN
KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN

(KSSK)

Bermula dengan perjumpaaan secara tidak sengaja beberapa orang sahabat
di Pejabat Pos Besar Kuantan semasa berbaris untuk membeli setem. Di
situlah perkenalan bermula hingga mencetuskan idea penubuhan sebuah kelab
bagi memastikan kesinambungan hobi mengumpul setem ini berterusan
disamping dapat mengadakan aktiviti yang dirancang dengan lebih tersusun.

Pada awalnya keahlian terbuka kepada sahabat yang tinggal di daerah
Kuantan sahaja untuk memudahkan perjumpaan dan menjalankan sebarang
aktiviti yang akan diadakan. Namun kemudiannya keahlian dibuka kepada
sahabat yang mempunyai minat yang sama. Keahlian kini terdiri daripada
sahabat yang tinggal di seluruh negeri Pahang, Terengganu dan Kuala
Lumpur. Sahabat ahli juga terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti
guru, pensyarah, polis, jururawat, suri rumah, peniaga, penjawat awam lain,
pekerja swasta dan bekerja sendiri.

Grup WhatApps yang mengguna pakai nama SAHABAT SETEM mula
diwujudkan pd 24 Februari 2018 bertujuan :

1. Menggabungkan pengumpul setem di bawah satu bumbung.
2. Berkongsi info terkini setem terutama berkaitan tarikh keluaran dan

jualan setem yang terbaharu.

7

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)
3. Bertukar-tukar setem dan sampul surat hari pertama (FDC)
4. Jual beli setem dan sampul surat hari pertama (FDC)
5. Berkongsi cara penjagaan dan menyimpan setem yang terbaik.
6. Membantu sahabat ahli melengkapkan koleksi setem dan filateli.
7. Bersahabat.
8. Menghidupkan dan memeriahkan kembali hobi mengumpul setem.
9. Berkongsi hobi dengan generasi muda.
10.Membantu Kelab KESEF sekolah untuk melaksanakan aktiviti.

8

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 1
PERTEMUAN ASAS PENUBUHAN
DI KEDIAMAN SALAH SEORANG PENGASAS KSSK

(9 Februari 2018)

Pada 9 Februari 2018 mencatat sejarah permulaan pertemuan secara rasmi
ahli Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK) yang telah diadakan bertempat di
rumah salah seorang pengasas KSSK iaitu En Ramlee Abd Wahab yang
terletak di Balok, Kuantan. Pertemuan itu hanya dapat menghimpunkan 7
orang ahli beserta anak-anak. Kekangan masa menyebabkan ahli-ahli lain
tidak dapat hadir. Namun pertemuan ini cukup bermakna kerana di sinilah
bermulanya secara rasmi aktiviti KSSK.

9

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Hadirin juga dapat menikmati koleksi tuan rumah yang sentiasa berada di
dalam kemas. Ternyata koleksi En Ramlee Abd Wahab cukup mengujakan
memandangkan beliau telah menjadikan hobi mengumpul setem sebati dengan
hidupnya sejak sekolah rendah lagi. Kelihatan koleksi yang disimpan kemas di
dalam album dan kabinet bagi memastikan kualiti terjaga dengan sebaik
mungkin. Sampul Surat Hari Pertama (FDC) antara koleksi yang turut
dipamerkan.

10

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Perjumpaan pertama sahabat setem..
KUANTAN..2.9.2018

Terima kasih tuan rumah en ramlee...
Memang best tadi....semua setem ada.. Lady

D.. F1.. Byk lah..
InsyaAllah nnt akan ada perjumpaan yg ke

dua pulak..
petikan dari :
FACEBOOK Hobi Tuanmaz
bertarikh 2 Sept 2018

11

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Koleksi En Ramlee Abd Wahab
Srikandi KSSK

12

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Masing-masing bersama koleksi dan sempat bertukar setem

13

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 2
PROGRAM CINTAI SETEM & FILATELI (KESEF)
DI SK TUANKU AZIZAH (19 September 2018)

KSSK mengambil inisiatif berkolaborasi dengan KESEF SK Tunku Azizah,
Kuantan untuk berkongsi pengalaman mengumpul setem dan penjagaan setem
dengan anak-anak pelajar. Ini adalah merupakan perkongsian pertama dengan
pihak luar. Perkongsian dengan generasi muda ini bagi menarik minat mereka
menjadikan aktiviti mengumpul setem sebagai hobi yang bermanfaat. Hasil
perbincangan dengan Cikgu Azlina yang merupakan guru penasihat KESEF
SKTA dan juga ahli KSSK maka program ini berjaya direalisasikan. Turut
bersama dalam program tersebut adalah Puan Guru Besar dan PK
Kokurikulum.

PROGRAM CINTAI SETEM DAN FILATELI
KESEF STAZ
19.09.2019

Dewan Seri Nilam
Penceramah :

En. Ramlee dan En. Ahmad bin Noh dari
Kumpulan Sahabat Setem
petikan dari :

FACEBOOK SK TUNKU AZIZAH
bertarikh 24 Sept 2018

14

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

SESI CERAMAH
"LEGASI PEMINAT SETEM"
DI SK TUNKU AZIZAH KUANTAN

MENDAPAT SAMBUTAN
Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK) telah

berkolaborasi bersama Kelab Setem dan
Filateli (KESEF) SK Tunku Azizah untuk satu
aktiviti ringkas bertempat di dewan sekolah
pada 19.09.2018. KSSK diwakili oleh Encik

Ramlee dan Encik Ahmad Noh. Ternyata
generasi muda ini teruja dengan ceramah
yang disampaikan.Menurut Guru Penasihat
KESEF SKTA Cikgu Azlina program tersebut
telah berjaya menarik minat pelajar dan
semakin ramai berminat untuk menjadi ahli

KESEF sekolah. TAHNIAH SKTA
petikan dari :

cikguamat71.blogspot.com
bertarikh 18 Okt 2018

15

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Sesi kuiz turut diadakan dan pelajar yang menjawab dengan betul akan
diberikan hadiah oleh wakil KSSK.

Sesi ceramah berlangsung Menandatangani buku pelawat di Bilik KESEF SKTA

16

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Sesi bergambar bersama para pelajar SKTA

Cenderahati untuk Wakil KSSF Guru-guru turut bersama mendengar ceramah

17

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Penyampaian cenderahati oleh Puan Guru Besar SKTA kepada wakil KSSK.

Sesi bergambar Wakil KSSK bersama barisan pentadbir SKTA dan guru-guru.

18

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 3

PESTA PAMERAN & JUALAN SETEM 1 (MALAYAN
BANKNOTES/STAMP FAIR).

(19 - 21 Oktober 2018)

Penganjuran Jelajah Malayan Banknotes Fair yang diadakan pada 19 hingga
21 Oktober 2018 di Berjaya MegaMall, Kuantan telah membuka ruang buat
ahli KSSK berkumpul dan beramah mesra. Di situ mereka dapat berkongsi
pandangan sambil membeli bagi melengkapkan koleksi setem dan filateli
masing-masing. Sudah pasti jualan koleksi setem di situ mengujakan para
peminat tegar setem.

Ahli-ahli KSSK bergambar di poster program
(En Ahmad, En Ramlee, Acik Siti, Cikgu Azlina, Ustazah Rasmah & Tuan Maz)

19

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI KSSK
BERKONGSI PENGALAMAN DALAM

BERHOBI
Ahli Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK)
sempat berkumpul di Malayan Banknotes

Fair Kuantan Siri II/2018
pada 19 hingga 21 Oktober 2018
bertempat di Berjaya Megamall Kuantan.
Kepelbagaian latar belakang ahli yang
terdiri daripada suri rumah, cikgu,
pensyarah, kakitangan kerajaan, pelajar,
jururawat, kakitangan swasta, pesara dan
lain-lain disatukan melalui hobi

mengumpul setem.
TAHNIAH buat KSSK kerana semakin
menampakkan wajah secara berkumpulan
dalam membina legasi peminat setem.

petikan dari :
cikguamat71.blogspot.com

bertarikh 22 Okt 2018

20

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Kelab Sahabat Setem Kuantan
Gembira sangat dpt Jumpa.. Pakat beli setem

semua ni.. Mcm mcm ragam... Hehe..
petikan dari :

FACEBOOK Hobi Tuanmaz
bertarikh 21 Okt 2018

Ahli KSSK bersama memilih setem yang dijual di kiost Pos Malaysia.

21

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

En Sariman, Cikgu Azlina , Tuan Maz dan Richard.

Para otai setem sekitar Kuantan juga turut serta dalam pesta jualan & pameran tersebut.

22

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 4
BICARA KESEF
SK INDERA MAHKOTA (31 Oktober 2018)

Sokongan baik daripada En Mohd Shuhaimi Mohd Nordin, Tuan Guru Besar
SK Indera Mahkota, Kuantan telah membuka ruang kepada wakil KSSK untuk
berkongsi hobi dengan pelajar. Bermula dengan ceramah pengenalan kepada
hobi mengumpul setem diikuti dengan kuiz yang menyediakan hadiah untuk
pelajar. Sesi tersebut telah diakhiri dengan pameran koleksi setem oleh
wakil KSSK yang terdiri daripada En Ramlee,Tuan Maznah dan En Ahmad.
Ternyata pelajar cukup berminat dan terhibur dengan aktiviti tersebut.
Melalui pameran tersebut para pelajar dan guru-guru dapat melihat koleksi
setem yang dicetak sejak tahun 1940an.

23

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Aktiviti Kelab Sahabat Setem Kuantan arini..
Terima kasih SKIM....

Walaupon x dpt dtg tepat pada waktu nya..
Masih jgk diberi penghargaan.. Terima kasih

sekali lagi..
Kredit to Ahmad Noh Dan ustazah Rasmah

Abu Bakar
petikan daripada :
FACEBOOK Hobi Tuanmaz
bertarikh 31 Oktober 2018

Cite dah sebulan ni...Layan hobi dgn generasi
muda....BICARA KESEF - Kolaborasi Kelab
Sahabat Setem Kuantan(KSSK) dan SK
INDERA MAHKOTA(SKIM)...kredit utk GB
Mohd Shuhaimi Mohd Nordin, En
Ramlee,Tuan Maz n Ustazah Rasmah Abu
Bakar
petikan dari :
FACEBOOK Ahmad Noh
bertarikh 25 November 2018

24

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Ucapan Tuan Guru Besar SKIM Ceramah sedang berlangsung

Guru-guru turut berminat melihat setem. Anak-anak pelajar meneliti koleksi setem.

25

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Lawatan ke Bilik KESEF SKIM Tuan Maz melayan soal jawab anak pelajar

Turut bersama adalah Ustazah Rasmah bersama koleksi peribadi beliau.

26

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Pelajar mengangkat tangan untuk menjawab kuiz. Sijil Penghargaan daripada SKIM.

Para pelajar cukup teruja melihat koleksi setem.

27

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Bergambar kenangan bersama Ahli KESEF SKIM
bersama guru penasihatnya Ustazah Rasmah.

En Ahmad sempat bergambar bersama dengan pelajar SKIM sebelum program berakhir.

28

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 4
PAMERAN SETEM HARI POS SEDUNIA
DI PEJABAT POS BESAR KUANTAN( 9 Oktober 2019)

Kali ini KSSK mendapat pengikhtirafan yang cukup membanggakan apabila
pihak Pengurus Besar Pos Malaysia Berhad Negeri Pahang telah menjemput
semua ahli KSSK untuk memeriahkan sambutan Hari Pos Sedunia peringkat
Negeri Pahang yang diadakan pada 9 Oktober 2019. Ini merupakan peluang
keemasan yang tunggu oleh semua ahli bagi mempamerkan koleksi-koleksi
hebat masing-masing yang selama ini tersimpan. Ramai peminat setem yang
hadir untuk melihat koleksi yang di pamerkan. Pada hari itu juga pengunjung
Pejabat Pos Besar Kuantan akan menerima cenderahati khas berupa mug bagi
setiap urusan.

Bergambar kenangan ketika program berlangsung. Kelihatan juga peminat setem
sudah mula mengunjungi bagi melihat dengan lebih dekat koleksi terbaik
ahli-ahli KSSK yang dipamerkan.

29

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Selamat Hari Pos Sedunia..
9.10.2019..program hari ni kt pos opis ktn..

Terima kasih pihak Pos Kuantan yg telah
menjemput Kelab Sahabat Setem Kuantan
dlm menjayakan program kali ini.. Kami

sangat teruja..
petikan daripada :
FACEBOOK Hobi Tuanmaz
bertarikh 9 Oktober 2019

Majlis Perasmian Sambutan Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Pahang sedang berlangsung.

30

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Memeriahkan sambutan Hari Pos Sedunia
2019 bersama Kelab Sahabat Setem Kuantan.

Bersama otai-otai pengumpul setem
mempamerkan setem-setem dan fdc. Kita
budak newbezzzzz. Malu je tunjuk koleksi kita.
Yang penting dpt sijil dari pejabat pos. Tp
nama abah tak cukup huruf la pulak. Mmm.
Ada lg pemeran tu sampai petang. Tp Kak Nor

separuh hari je
petikan daripada :

FACEBOOK Nor Tukichan
bertarikh 9 Oktober 2019

Peminat Setem yang hadir juga sempat mengisi maklumat di dalam Buku Log Pelawat.

31

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Staf Pos Malaysia Berhad Kuantan juga mengambil kesempatan untuk melihat koleksi yang
mungkin belum pernah mereka lihat sebelum ini.

Peminat setem mendengar penerangan yang disampaikan oleh ahli KSSK.

32

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Urusan jualan setem juga diadakan oleh ahli KSSK.

Antara produk yang dijual di Pejabat Pos. Aktiviti meneka nilai harga setem.

33

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Seluruh ahli KSSK yang hadir sempat bergambar bersama sebuah basikal yang pernah diguna
pakai oleh posmen suatu ketika dulu.

Bergambar bersama Pihak Pengurusan Pos Malaysia Berhad Negeri Pahang.

34

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Bergambar kenangan bersama basikal antik posmen.

Penyampaian Sijil Penghargaan buat Ahli KSSK.

35

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Penyampaian Sijil Penghargaan buat Ahli KSSK.

Penyampaian Sijil Penghargaan buat Ahli KSSK.

36

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 5
KARNIVAL KOKURIKULUM DAN HARI SUKAN NEGARA

DI SK KAMPUNG BELUKAR (12 Oktober 2019)

Ahli KSSK bergambar di Bilik KESEF SKKB

Hasil aktiviti yang dijalankan dan juga perkongsian maklumat, nama Kelab
Sahabat Setem Kuantan (KSSK) mula meniti di bibir pencinta setem. Pihak
KSSK didatangi oleh En Zaradi Abd Wahab, Penolong Kanan Kokurikulum SK
Kampung Belukar untuk berbincang seterusnya menjemput pihak KSSK untuk
mengadakan pameran setem pada 12 Oktober 2019 sempena Karnival
Kokurikulun dan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Pada hari tersebut
juga akan diadakan perasmian Bilik KESEF SK Kampung Belukar oleh Tuan
PPD Kuantan iaitu Tn Hj Miftah Surif.

37

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

12.10. 2019
Kelab Sahabat Setem Kuantan buat pameran
setem sempena Hari Karnival Kokurikulum

dn Hari Sukan Negara di SK Kg Belukar..
Kuantan.. Terima Kasih ats jemputan..

petikan dari :
FACEBOOK Hobi Tuanmaz
bertarikh 12 Oktober 2019

En Ramlee, Haji Annas dan isteri sedang melayan pelajar yang sedang melihat koleksi.
Terdapat juga pelajar yang membeli setem yang dijual di kiosk KSSK tersebut.

38

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Meneruskan legasi peminat setem...bersama
ahli Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK)
mengadakan pameran setem n filateli di SK
Kg Belukar 12.10.2019...'kerana setem kita
bersama'
petikan dari :
FACEBOOK Ahmad Noh
bertarikh 13 Oktober 2019

Tuan PPD Kuantan Tn Hj Miftah Surif turut singgah di ruang pameran KSSK sambil
mendengar penerangan daripada Haji Annas berkaitan hobi mengumpul setem.

39

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Tuan Maz juga sempat bersama membawa koleksi peribadi untuk dikongsi dengan para
pelajar dan ibu bapa pelajar SKKB.

Puan Guru Besar SKKB Cikgu Hamidah
turut sama membeli setem-setem
yang dijual untuk menambah koleksi
peribadi kerana beliau juga
merupakan seorang pengumpul setem.
Selepas program tersebut Cikgu
Hamidah telah menjadi ahli KSSK.

40

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 7
MEMBELI SETEM BAGI MENAMBAH KOLEKSI PERIBADI

DI TAMAN KERANG, KUANTAN.

Ada ketikanya dikalangan ahli KSSK akan menjadikan aktiviti berkumpul pada
waktu hujung minggu di Taman Kerang, Kuantan yang berhampiran dengan
Padang MPK dan Masjid Negeri Sultan Ahmad I untuk mendapatkan aneka
setem yang ada dijual oleh Saudara Budi (peniaga barangan terpakai).
Biasanya terdapat beribu-ribu setem boleh didapati di situ. Beliau menjual
dengan harga 50 sen hingga RM1 sekeping. Aktiviti itu mengambil masa yang
agak panjang juga memandangkan pengumpul setem cukup teliti dan menitik
beratkan kualiti setem sebelum membelinya.

Biasanya setiap ahli KSSK berusaha untuk melengkapkan koleksi setem
peribadi masing-masing terutamannya setem definitif negeri-negeri di
Malaysia. Setem ini sama ada definitif agro, definitive bunga, definitif
rama-rama ataupun definitif orkid yang melibatkan kesemua 14 negeri di
Malaysia. Jika bernasib baik mereka akan dapat melengkapkan set tersebut
dengan sempurna.

Di situ juga ahli KSSK boleh mendapatkan setem luar Negara dan juga setem
Malaysia di zaman sebelum kemerdekaan. Ada juga terdapat setem yang
masih lengkap di tampal di sampul surat lagi.

41

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

En Sariman, Acik Siti, Cikgu Azlina (Lyn) SKTA dan Tuan Maz sedang seronok memilih
setem jualan Saudara Budi di bawah khemah yang disediakan di Taman Kerang.

Sarjan Shafeirul, Tuan Maz dan Acik Siti.

42

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 8
PESTA PAMERAN & JUALAN SETEM 2
(MALAYAN BANKNOTES/STAMP FAIR)

(12 - 14 Julai 2019)

Malayan Banknotes/Stamp Fair memilih Kuantan sekali lagi untuk mengadakan
pesta jualan dan pameran termasuklah setem. Program tersebut akan
berlangsung pada 12 hingga 14 Julai 2019. Seperti biasa ruang legar di
Berjaya Megamall menjadi pilihan pihak penganjur. Namun penganjuran kali
ini agak kurang disertai oleh para pempamer kerana terdapat banyak meja
atau ruang niaga yang kosong. Walau bagaimanapun sambutan daripada
peminat terutamanya pengumpul setem cukup membanggakan.
Antara kiosk yang menjadi tumpuan pengunjung adalah kiosk Pos Malaysia
Berhad. Kali ini ahli KSSK mengambil peluang untuk mendapatkan pelbagai
koleksi seperti koleksi mini setem Hari Ulang Tahun Kemerdekaan, setemku
keluaran Khas Tun Dr Mahathir Mohamad, setem mini wang kertas Malaysia
2012.

43

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Ahli KSSK berpuas hati dengan hasil hari tersebut.

Antara koleksi setem yang dibeli di kiosk Pos Malaysia Berhad.

44

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Layan HOBI hujung minggu....bersama geng
Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK) n staf
Pos Malaysia Kuantan... Tuan Maz..Aril Man

#hobibudoksekolohdulu2
petikan dari :

FACEBOOK Ahmad Noh
bertarikh 13 Julai 2019

Pemandangan dari atas pameran En Sariman bersama penganjur (Richard)

45

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Ahli KSSK yang turut bersama di program.

Kiosk Pos Malaysia Berhad.

46

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 9
KELUARAN POSKAD KHAS KSSK SEMPENA HARI KEBANGSAAN

KE 62 (2019)

Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan sempena menyambut
Hari Ulang Tahun kemerdekaan Malaysia yang 62 pada tahun 2019 pihak
Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK) telah mengambil inisiatif melancarkan
poskad kenang-kenangan untuk ahli dan orang awam yang berminat. Poskad
tersebut telah dijual dengan harga RM1.50 untuk ahli dan RM2.00 untuk
bukan ahli. Poskad yang menarik ini telah direka bentuk oleh salah seorang
ahli KSSK iaitu En Badrul Risham yang juga merupakan pereka grafik
Jabatan Kesihatan. Pada penjuru kanan sebelah atas poskad ini juga tertera
no siri bagi setiap poskad yang dicetak secara terhad.

47

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

AKTIVITI 10
MEMBELI SETEM DI PEJABAT POS BESAR KUANTAN

48

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

Beginilah gelagat ahli KSSK bila sesekali dapat bertemu ketika sama-sama
membeli setem pada hari keluaran dan jualan setem khas di Pejabat Pos
Besar Kuantan. Walaupun masing-masing ada kekangan masa namun demi
minat mereka sempat meluang waktu walaupun sebentar untuk mendapatkan
setem di Pos Malaysia Berhad. Kelihatan riak wajah mereka cukup gembira
kepuasan apabila dapat membeli dan sesekali dapat bertemu dengan rakan-
rakan yang mempunyai hobi yang sama.

49

KELAB SAHABAT SETEM KUANTAN (KSSK)

PENUTUP

Semenjak ditubuhkan nama Kelab Sahabat Setem Kuantan semakin dikenali
oleh peminat setem terutama dikalangan guru dan pelajar yang terlibat
dengan Kelab Setem dan Filateli (KESEF) di daerah Kuantan. Perjuangan
KSSK tiada lain hanya untuk memastikan kesinambungan minat mengumpul
setem terutama dikalangan generasi muda agar menjadi kenyataan bagi
memastikan hobi unik ini tidak berkubur begitu sahaja.

Namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid
19 bermula Mac 2020 cukup mencabar dan telah merencatkan aktiviti KSSK.
Keluaran dan jualan setem khas oleh pihak Pos Malaysia Berhad untuk tahun
2020 juga telah menunjukkan penurunan. Pada tahun 2021 angka ini makin
rendah.

Harapan agar pandemik ini agar segera berakhir di bumi Malaysia dan
aktiviti KSSK dapat berjalan dengan lancar dan dapat memperkembangkan
lagi hobi mengumpul setem di mata masyarakat. Semoga nama KSSK akan
terus gah dalam mendaulatkan hobi mengumpul setem pada tahun-tahun yang
mendatang.

50


Click to View FlipBook Version