The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Antologi Puisi : PUISI CINTA BUAT SANG PENCIPTA ini merupakan naskhah ke-4 yang diterbitkan oleh GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG. Bertema ketuhanan. Kali ini dua genre puisi yang dipilih iaitu sajak dan pantun. Menyampaikan mesej kehidupan dan ketuhanan yang bertunjangkan agama Islam agar perjalanan kita sebagai hamba mendapat rahmat dan berkat daripada Sang Pencipta yakni Allah s.w.t

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2022-04-09 04:19:10

Antologi Puisi : PUISI CINTA BUAT SANG PENCIPTA

Antologi Puisi : PUISI CINTA BUAT SANG PENCIPTA ini merupakan naskhah ke-4 yang diterbitkan oleh GRUPEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG. Bertema ketuhanan. Kali ini dua genre puisi yang dipilih iaitu sajak dan pantun. Menyampaikan mesej kehidupan dan ketuhanan yang bertunjangkan agama Islam agar perjalanan kita sebagai hamba mendapat rahmat dan berkat daripada Sang Pencipta yakni Allah s.w.t

Antologi Puisi

Puisi Cinta
Buat Sang Pencipta

Penyelenggara
AHMAD NOH

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
2022

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

Cetakan pertama April 2022
Penerbitan © GRUPEMUISI KMPh

Teks © Penulis Asal
Reka bentuk ilustrasi dan susun atur : Ahmad Noh

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain mana-mana bahagian
buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Walau
bagaimanapun, keizinan diberikan untuk mana-mana puisi dalam
buku ini dideklamasikan oleh sesiapa saja dan di mana saja,
asalkan untuk tujuan kebaikan.

Diterbitkan oleh:
GRUPEMUISI

Kolej Matrikulasi Pahang
26300 Gambang, Pahang.

Dicetak oleh:
ZUFAR GEMILANG ENTERPRISE
NO.A-9, KEDAI PASDEC MAKMUR

LORONG IM 2/32
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN, PAHANG

0199360626/014510872

2

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

Kandungan 5
6
SEKILAS KATA 8
KENALI SAJAK DAN PANTUN
1.MUNSYI MD. RASUL HARON

- Mencari Reda-Mu

2. MOHD ARIF ADAM 11

- Balada Seorang Lelaki :
Senja Merah Di Ufuk Barat

3. KHALIPAH MASTURA KHALID 14
15
- Senja Beralih
- Nukilan Hati Seorang Serikandi

4. Dr. ABD HALIM MAT DESA 17
- Kita Hanyalah Pengembara

5. NORAZIAH JELANI 19
- Mencari Reda Ilahi

6. AHMAD NOH 21
22
- Cinta Menuju Ar Rayyan
- Bicara Iltizam 23
- Hakikat Kematian

7. NUR ALIEA BINTI A RIDZUAN 25

- Bahagiakan Hidupmu 26
- Berani Bersua 27
- Dengarkan Saudara 28
- Ketahui Dirimu

3

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

8. SUMAYYAH BINTI HARON 30
31
- Sejadah Cinta 32
- Noktah Doa 33
- Sementara
- Insan Biasa 35
36
9. NUR ATIKAH BT MD HANAFIAH 37
38
- Setia Milik Tuhan
- Ruang 40
- Utusan Rindu 41
- Jawapan Setiap Sesuatu 42
43
10. NURUL ADLIN SYAZAMIZA BINTI ZULKIFLI
45
- Tangisan Taubat 46
- Insan Sempurna 47
- Rindu 48
- Dia Tahu Segalanya

11. NUR SYAHIRAH BINTI ZAHADZRI

- Dunia
- Pulang
- Ingat Mengingati
- Hidup Ini Dugaan

4

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

Sekilas Kata

Segala Puji-Pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan
salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga
baginda.

Antologi Puisi : PUISI CINTA BUAT SANG PENCIPTA ini
merupakan naskhah ke-4 yang diterbitkan oleh GRUPEMUISI
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG. Bertema ketuhanan. Kali ini dua
genre puisi yang dipilih iaitu sajak dan pantun. Menyampaikan
mesej kehidupan dan ketuhanan yang bertunjangkan agama Islam
agar perjalanan kita sebagai hamba mendapat rahmat dan berkat
daripada Sang Pencipta yakni Allah s.w.t. Apa yang ditanam itulah
yang bakal dituai kelak. Melalui penulisan genre puisi ini secara
tidak langsung menjadi salah satu medium untuk menyebarkan
kebaikan buat khalayak pembaca. Semoga segalanya bermanfaat.

Di dalam naskhah ini menampilan 4 orang pujangga jemputan
yang terdiri daripada warga pendidik. Disamping itu terdapat 2
orang pendidik. Tidak lupa yang paling istimewa penampilan 5
orang anak pelajar Jurusan Sains dari Kolej Matrikulasi Pahang
menghasilkan karya untuk dimuatkan di dalam naskhah ini.
Diharapkan cetusan idea aktiviti penulisan kreatif merangkumi
sajak dan pantun ini mampu memartabatkan Kesusasteraan Melayu
dan seterusnya mewarnai dunia tanah air. Mungkin dari sini bakal
lahir insan yang bukan hanya cemerlang dalam akademik namun
juga berbakat dalam penulisan kreatif. Idea ini juga bagi memberi
ruang kepada penulis berinteraksi dan menyampaikan mesej yang
bermanfaat untuk masyarakat melalui penulisan puitis puisi.
Sekian.

Salam Seharum Puisi,
AHMAD NOH

GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang

5

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

Kenali Sajak & Pantun

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

Definisi Sajak : 1 persamaan bunyi pada suku kata (dalam syair,
pantun, dll) -nya janggal, banyak yang tidak kena, 2 sajak adalah puisi
moden (ber-beza daripada pantun atau syair) yang digubah dalam bahasa
yang indah untuk menyatakan fikiran ( perasaan, pengalaman, dsb),
kabur sajak yang tidak jelas maksud atau maknanya, 3 ark irama (lagu)
tarinya; bersajak 1 bersesuaian bunyi suku kata (dalam pantun, syair,
dll) kata lengang- dengan kata awang. 2 berbentuk sajak (pantun, syair
dll) cerita 3. menyajak: sejak mula - dulu, sajaknya panjang-panjang, 4
mengungkap-kan atau mendeklamasikan. sajak dalam majlis itu, ada
yang berpantun, - atau bersyair. menyajak mengarang (menggubah)
sajak pengalaman- menyajakkan 1 menjadikan bersajak (karang-an),
menyesuaikan bunyi kedua-dua rangkap itu dipilih untuk - bunyi
pepatah itu, 2. mengarang dalam bentuk sajak, persajakan perihal
bersajak (menyajak), hal-hal yang dengan sajak dia juga ter-kenal dalam
bidang - la membicarakan Islaam benar.benar secara teoretis, persajakan
perihal bersajak (menyajak) hal-hal yng berkaitan dengan sajak dia juga
ter-kenal dalam bidang -la membicarakan - Islam benar-benar secara
teoretis , penyajak orang yg mengarang sajak pengarang sajak, penyair
seorang- menggunakan bunga- bunga bahasa untuk mengindahkan
sajaknya.

Definisi Pantun : 1 sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada
empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertarna merupakan
pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya),
berbalas - mengucapkan pantun bersambut-sambutari . 2. sejenis
peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. 3. sebagai jawapan kepada
tuduhan dll. sepantun seperti, macam, seumpama, berpantun
mengucapkan (menyanyikan) pantun tiadalah pernah ia bertitah serta -
seloka malam ini berpantun-pantunan berbalas balas pantun memantuni
menyindir (mengejek) dengan pantun; memantunkan mengarang
(mencipta) pantun; nyatakan sesuatu dengan menggunakan pantun
maka dipantunkan orang
“Murah kata derji, Empat hasta sehelai baju tMuda berusul Lela Manja
Bagai mutiara dalam teraju “ pemantun orang yang mengarang pantun.

6

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

MUNSYI MD RASUL HARON
Ketua Penolong Pengarah

Sektor Pengurusan Peperiksaan
Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

7

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : MENCARI REDA-MU

Saat senja menutup sorotannya
sinar suria bersembunyi di baliknya
tidak ada lagi dendangan camar bernyanyi

alam sepi kini

Saat aku menadah
mengangkat tanganku

ketika malam gelita
waktu sunyi senyap
sinar bulan pengganti suria

Bintang berkedap kedip
menghiasi malam dan langit
para cengkerik bersahutan berzikir

katak pun ikut mengaji
mengisi kesunyian malam

Di sini aku menanti malam
di sini aku menanti gelap
dan di sini pula aku menanti
apa yang belum berlaku pada diri ini,
malam berlalu kembali pada malam hari
namun yang kutunggu belum juga hadir

di pelupuk mata

dan aku pun tidak tahu apa yang kunanti
bukanlah bulan,bukan juga bintang

8

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

angin malam menerpa wajahku
yang mendongak ke langit

rasa dingin menyelimuti tubuhku
hanya hamba-hamba yang beriman

Inilah malam setiap doa terkabul
malaikat telah turun

Para hamba yang saleh
tidak henti-hentinya berzikir

memohon dan berdoa
mencari reda-Mu

9

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

MOHD ARIF ADAM
Ketua Jabatan Sains
Kolej Matrikulasi Pahang

10

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : BALADA SEORANG LELAKI; SENJA MERAH
DI UFUK BARAT

Detik dan waktu terasa kejam
pantas melangkah tanpa toleh

tanpa pesan tanpa sapa
memanggil tiada bersuara

apalagi ingin berteriak
biarlah berhenti seketika
menunggu sekejap cuma

Detik dan waktu mengheret lelaki itu
meredah merah senja di ufuk barat

senja yang berlabuh itu…
terasa baru sebentar fajar menyapa

hening paginya memula bicara
dingin semilirnya meneman kembara

Mentari senja kian malap
sebentar lagi rembulan bertamu

dadanya kian berat
dosa lama baru bergelumang
hitam pekat bak malam tanpa purnama

Malam menjelma indah
bulan tersenyum di balik awan

namun hati makin gundah
meraba mencari pintu taubat
melutut memohon ampun rahmat
menangis menyesali segala khilaf

11

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

Malam terasa panjang
air mata bersungguh mengalir
setia menemani sepasang tangan
mengetuk pintu taubat tanpa jemu
biarlah malam tanpa berlalu

dia mahu menunggu di situ
menanti hingga tiba detik
pintu taubat terbuka
biar diampuni segala dosa

Biar…
kembaranya esok
berteman hati nan damai

ARIF ADAM
GAMBANG DAMAI

20 Mac 2022

12

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

KHALIPAH MASTURA KHALID
Pensyarah Cemerlang
Unit Bahasa Inggeris

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

13

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : SENJA BERALIH

Di suatu sudut
aku bersimpuh menadah jemari sepuluh
memohon kasih sayangMu…Ya Rabbi.....

Lembayung sepi kian berlalu
senja merah kian beralih

menarik tirai malam yang kian gulita
menyelimuti luka yang kian parah

menyantuni robek yang kian bernanah

Di sudut ini damai mencuit sanubari
tidak pernah lelah

merawat sekeping hati yang ditinggal pergi
sentuhan dan pamitanMu

Ya Rabbi…sentiasa ada tiada bertepi
betah mengalir tiada henti

Heningnya malam bersulam kerinduan
tinta hati melakar baik-bait puisi

buatMu yang sentiasa menggamit…Ya Rabbi

Lewat desir angin yang tersisa di hujung dinihari
barakah dalam kedinginan

sujudku mengharap keampunanMu
Ya Rabbi…
aku pasrah

-pena dihujung jemari-
10 Mac 2022

14

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : NUKILAN HATI SEORANG SRIKANDI

Suatu ketika
tiba jua saatnya
menyusuri kembali jejak-jejak yang ditinggalkan
suatu waktu dahulu
membida rasa seorang serikandi

Manis....semanis madu
harum....seharum kasturi

Alhamdulillah....
bahagia atas nikmat yang singgah bertamu
kupanjatkan kesyukuran padaMu...Ya Rahman

Syahdu....redupnya olahan minda
sendu....dinginnya saat titisan jernih mengalir

Subhanallah
dikala rona alam beralih seketika

dikala jemari mencuit rasa
kucari dimana nikmatMu yang masih tersembunyi...Ya Rahim

Tiba waktunya dahi rapat ke bumi
tiba waktunya bibir berbisik

tiba waktunya mengalir lagi titisan jernih
waktu itu....

aku tahu, hanya padaMu aku berserah.
Allahukhbar

Bait tinta seusai merdeka
Tanggal 17 Mei 2020

15

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

Dr. ABD HALIM MAT DESA
Pensyarah Kanan

Unit Pengurusan Perniagaan
Kolej Matrikulasi Labuan

16

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : KITA HANYALAH
PENGEMBARA

Tiada manusia yang hidup kekal
menjarah isi dunia

di sekeliling tak terhitung
berapa ramai yang sudah dijemput ke alam barzakh

tika badan dikandung hayat
segala yang dimiliki tidak mahu ditinggalkan

harta… pangkat… kedudukan
juga keluarga tersayang

Setiap bernyawa pasti diundang kematian
cuma caranya berbeda
Allah telah menetapkan
ajal kan tiba jua
kita tidak boleh lari

ketentuan yang tiba masanya nanti

Kita hanyalah pengembara
menerus mengingati hari berbaki

hakikat mati itu pasti
penuhkanlah kantung amalan pahala diri

KM Labuan
14 Mac 2020

17

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

NORAZIAH JELANI
Guru Penolong Kanan HEM
SK Bukit Lada, Chenor, Maran, Pahang
Sekolah Kluster Kecemerlangan

18

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : MENCARI REDA ILAHI

Mengamati hening senja
jingga langit dilangit barat
kelam,suram, terkadang seram
gelap malam penuh pengajaran
purnama menyuluh buat hamba, mentaksir perjalanan
Kealpaan siang , mengejar duniawi
lepaskannya buat seketika
saat tibanya malam gelita
taatkala purnama melimpahkan cahaya
andai dijentik Nya di sepertiga malam
bangunlah , belajar mensyukuri

ucaplah kalimah suci
andai diusapNya lagi
kerdilkan diri,bersujud pada Ilahi

Lupakan duniamu yang tadi siangnya penuh aksi
lapangkan dada,kosongkan minda
abdikan diri seikhlas hati
pohon ampunan sepenuh jiwa
panjatkan doa meminta dirahmati

malam yang panjang terasa singkat sekali
mohonlah kita dipandangNya lagi
mencari redhamu Ilahi
buat bekalan di sana nanti.

19

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

AHMAD NOH
Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial

Kolej Matrikulasi Pahang

20

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

CINTA MENUJU AR- RAYYAN

Cinta padamu
tiada pernah pudar
malah menerus harum membugar
berganding saudara seakidah
kita sama-sama atur langkahi
menghias mahligai
bertakhta ibadah puasa
dengan kolam jernih hati
tadahan tenang pengharapan
di bawah redup segar
bernaung pohon ampunan
dianyam benang persaudaraan
tika tarawih dibentang
tazkirah berkumandang
infaq bantu yang malang
tebar beralas kasih serta sayang
al qadar ganda pahala dibilang

Ya Rahim…terangkan harapan
moga jalan hadapan

derap melangkah kanan
tepat sasaran ke arah Ar-Rayyan impian

PESIARAN JATI
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

18 APRIL 2021

21

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

BICARA ILTIZAM

Pohon Iltizam yang tegap
bukan berbuah di mulut rasa

menyata di perdu hasrat
meniti dahan usaha cara
nasihat berdaun peringatan
berakar langkah mengukuh seiringan

Tanamlah ia di taman kebersamaan
memupuk utuh akidah nilai
disemai integriti
dibaja profesionalisme
disiram kesetiaan
disinar kejelekitan
berpaksi ajaran suci agama
hasil subur nikmati bersama

rimbun menaung menara didik
susunan agenda Peneraju Kecemerlangan

DEWAN MAT KILAU ,
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

28 JANUARI 2022

22

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

HAKIKAT KEMATIAN

(diinspirasikan daripada ceramah oleh Ustaz Azri Abd Rajid)

Menghargai hayat kurniaan
tika berjalan
terpijak duri

terluka atau terbias
takdir Ilahi menentukan
sebelum tiba masa ke garis penamat

di situ terputus hidup
kesakitan yang teramat
itulah sebuah kematian

Insan akan mati
Malaikat akan mati
Haiwan akan mati
Syaitan akan mati

Jin juga mati

Duhai insan
usah mendabik sifat melangit

kita cuma titik halus
di sekeping kertas putih kehidupan

coraklah bekalan kebaikan
sesama insan juga makhluk haiwan

asbab meraih akaun bekalan

DEWAN MINI OXFORD
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

11 FEBRUARI 2022

23

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

NUR ALIEA BINTI A RIDZUAN
Pelajar Jurusan Sains Komputer

24

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : BAHAGIAKAN HIDUPMU

Mulanya langkah kehidupanmu
setiap kata-katamu dipelihara
akhlakmu dijamu perkara mulia
hari-harimu dipenuhi warna

Ketika engkau mulakan yang baru
ketika kau mahukan bantuan

ketika kau menangis hancur sendirian
ketahuilah Allah sentiasa ada untukmu

Apabila engkau teruskan melangkah
cabaran demi cabaran semakin mendekati

yakinlah kekuasaan tuhanmu
kerana Dia mahukan yang terbaik

Setiap usaha yang engkau lakukan
Tuhanmu ada untuk bersama

teguhlah keyakinanmu wahai hamba
sesungguhnya Allah sentiasa memeliharamu

Terangi hatimu dengan ibadah sucu
lapangkanlah dadamu menuntut ilmu

jauhilah manusia berfirasat dengki
nescaya hidupmu bahagia dunia akhirat

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 25 MEI 2020

25

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : BERANI BERSUA

Tatkala peluh mula menitis
kaki lemah melangkah perlahan
ketahuilah Allah sedang melindungimu
yang sedang menegakkan kebenaran

Jangan dibiar cacian pada agama
jangan berdiam jika benar

jangan teruskan kemusnahan dibumi
kerana Allah mengira pengorbananmu

Kumpulkan segala bekalan yang ada
satukan hati manusia wahai hamba

biarkan mata berapi memandang
sesungguhnya mereka sedang takut

Endahkan perkara sia-sia
biarkan mereka berkata pengecut
jangan berhenti umat Muhammad
untuk masa depan agama Islam

Teruskanlah wahai hamba
teruskan berjuang mengangkat martabat

agama ini perlukan perlindungan
jauh dari musuh kedengkian

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 7 OGOS 2020

26

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : DENGARKAN SAUDARA

Menghidang air untuk tetamu,
Duduk di samping pohon bidara;

Tuntutlah segala jenis ilmu,
Kerana Allah sangat gembira.

Hendak ke pasar membeli tenggiri,
Turut diambil daun pegaga;

Jagalah diri dan aibmu sendiri,
Sudah pasti tuhanmu menjaga.

Tetap mencanting pelbagai warna,
Sambil berborak bersama Cik Aina;

Penuhi dirimu dengan makna,
Untuk hidup bahagia di sana.

Pergi ke kedai membeli jamu,
Diambil juga sebiji kelapa;

Waspada orang disekelilingmu,
Kerana fitnah tak mengira siapa.

Menanda kawasan mengguna dahan,
Untuk ditanam pohon salak;

Sentiasa yakin kebesaran tuhan,
Agar sentiasa dipelihara akhlak.

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 22 JULAI 2021

27

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : KETAHUI DIRIMU

Melukis lukisan berhati-hati,
Untuk diberikan kepada Imran;
Jangan langkah dibiar terhenti,
Rancangan tuhan diluar fikiran.

Hidangkan cucur buat tetamu,
Letak hidangan di dalam wadah;
Penuh yakin terhadap tuhanmu,
Maka segalanya menjadi mudah.

Membeli barang di kedai Cik Awa,
Mengambil seikat buah bidara;

Jagalah perhiasanmu wahai hawa,
Kerana darjatmu sentiasa dipelihara.

Mendengar cerita bukannya rekaan,
Jangan diduga banyak bertanya;
Usah mendengar caci hinaan,

Kerana Allah mengetahui segalanya.

Warna bunga cantik bersinar,
Sungguh tersusun kelopak bunganya;

Tetapkan pendirian jika benar,
Aturan Allah adalah sebaiknya.

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 18 FEBRUARI 2022

28

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SUMAYYAH BINTI HARON
Pelajar Jurusan Sains Hayat

29

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK: SEJADAH CINTA

Di hamparan ini
aku bersujud di keheningan malam
mengenang selok-belok kehidupan
yang tiada penghujung menantiku
dalam mengejar fatamorgana duniawi
hingga aku gagal mengejar duniaMu

Di hamparan ini
menitis air mataku
di kala aku lelah mengenal erti kehidupan
di kala hatiku remuk mencari erti cinta
di kala aku jatuh kerana harapan manusia
merasai segala kepahitan dalam kehidupan
aku lupa kemanisan iman tanda cintaMu kepadaku.

Di hamparan ini
aku muhasabah diri
manusia mengajar aku betapa indahnya cinta
manusia juga mengajar aku betapa sakitnya patah hati
aku lupa cintaNya kepadaku yang hakiki.

Di hamparan ini
kini aku mengerti
bahawa aku silap menanti cinta dari pembawa hati
aku lupa cinta akan pemilik hati.

Kini…akan kusemat rasa cinta ini kepadaNya
kerna cintaNya kepadaku tidak bernoktah.

PADANG SOLAR KMPH : 17 FEBRUARI 2022

30

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK: NOKTAH DOA

Di kepompong keresahan
aku mencari dalam kegelapan
sebuah sinar ketenangan jiwa

yang tidak ku temui
sehingga aku mendongak ke langit

menadah tangan kepadaMu

Di saat aku kehilangan diriku
hatiku kosong fikiranku serabut
mengharungi pasang surut seorang insan

lelah dan penat
hingga aku bertanya kepadaMu

dalam kiriman doaku
mengapa aku diuji begini?
adakah kerna aku seorang pendosa?

Aku menanti jawapan dariMu
tanpa ku sedar

doaku dibalas dengan jawapan tersiratmu
melalui siraman benih keinsafan di jiwaku

untuk kembali ke jalanMu

Kini…
aku kembali menemui alamat kebahagiaan

doaku menjadi surat cintaku kepadaMu
surat cinta yang terkandung doa
untuk tiada noktah dalam doaku

hingga aku kembali kepadaMu dikala ajalku tiba.

DATARAN UTAMA KMPH : 26 FEBRUARI 2022

31

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN: SEMENTARA

Kain dilembar tenunan betawi,
Disarung puspa indah kurnia;
Dalam mengejar hidup duniawi,
Jangan dilupa empunya dunia.

Pohon lemuni tinggalan zaman,
Menjadi tempat si dia menanti;

Dunia ini sekadar pinjaman,
Akhirat juga akhiran nanti.

Raga merana, hati gelora,
Jiwa pendosa tak dapat disangkal;
Kembara dunia hanyalah sementara,

Hidup yang fana tidaklah kekal.

Bersopan santun si gadis permai,
Menjadi permata kala berkelana;
Doa dipohon kesabaran disemai,
Pahala senjata di akhirat sana.

BILIK TUTORIAL KMPH : 21 FEBRUARI 2022

32

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN: INSAN BIASA

Dugaan dan ujian penuh makna,
Menusuk rasa hingga ke kalbuku;

Hati meronta jiwa merana,
Kerna dosa yang pernah terbuku.

Indah dipakai cincin suasa,
Dipakai oleh si gadis Miri;

Kerna diri insan biasa,
Mula tercipta muhasabah diri.

Berarak mega indah di situ,
Berhembus pawana menyapa jelata;

Selagi ada kesempatan waktu,
Doa dipohon kemaafan dipinta.

Terbang terkukur di hutan rimba,
Singgah berteman di Gunung Tahan;

Terasa syukur bergelar hamba,
Nikmat indah empunya Tuhan.

SURAU AL-MUTTAQIN KMPH : 20 FEBRUARI 2022

33

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

NUR ATIKAH BINTI MD.HANAFIAH
Pelajar Jurusan Sains Hayat

Pemantun Negeri Terengganu 2018/2019

34

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : SETIA MILIK TUHAN

Butiran jernih air mata yang bertakung
membuka lembaran hidup yang baru
segala bentuk cinta dan rasa
menjadi pelita hidup yang nyata

Saat mata ini melihat dunia
saat hidup menghirup kasih sayang

saat cinta itu membekas
takkan ada yang setia

kerna setia itu miliknya Tuhan.

Tiada lain selain syukur
tangan ini menadah harapan
untuk boleh berjalan dalam rahmat.
menemani sisa hidup yang berbaki ada.

Kepada Ilahi, ku berterima kasih,
atas agung cintaNya,

memilih aku untuk masih mampu bersujud,
memilih aku untuk bisa meluahkan gusarku kepadaNya,

memilih hatiku untuk mencintaiNya.

Kepada Ilahi, ku berterima kasih
kerna menjadikan sepi ini berteman,

kosong itu terasa penuh.
menjadikan hati ini sentiasa terisi.

terima kasih Maha Karya Dunia.

BLOK C2, KMPH : 11 FEBRUARI 2022
35

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : RUANG

Bayu berhembus membawa rasa
sebak di dada tak tertampung lagi

mengingati alpanya masa lalu
di hamparan kecil, tangisan tendengar kuat

meluahkan segala beban

Hati ini kadang terasa sesak
jiwa yang terbelah berkeping-keping,

mengenangkan goresan karya diri
digores oleh ekspetasi sendiri

pernah jatuh tersungkur menyentuh lantai
kufikir kembali

bagaimana lagi untuk aku mencapai langit?

Aku tahu puncanya apa
aku penuhkan dengan manusia
pada ruang yang harusnya milik Tuhan

ya, jawapannya itu

Hina, aku yang hina
saat goresan itu masih membekas
tanpa malu aku memohon cintaNya lagi

tanpa soal, Dia tetap memberi

Dengan rendah diri, ku membuka kalam utusanNya
memahami segala bait cintaNya
telah aku kumpul, simpan erat
untuk dibawa menghadap pulang
tanda cintaku padaNya

Dataran Utama, KMPh : 22 Februari 2022
36

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : UTUSAN RINDU

Jiwa memesong menyerlah sunyi,
Raga terpinggir menjadi syahdu,

Hati kosong tiada sembunyi,
Dalam zikir sampaikan rindu.

Masih wujud insan berdusta,
Menadah doa untuk bertahan,
Atas sujud bergenang air mata,
Mengalun makna cinta Tuhan.

Runtun kesumba hendak dipilis,
Direnjis bersama kayu pelita ,
Buat hamba, Al Quran ditulis,
Sampaikan cinta di bait kata.

Leka mencari cintanya insan,
Hingga sendiri lupa akibat,

Malam hari, terdengar tangisan,
Menginsafi diri rintihan taubat.

Indah bersarung putri tangguh,
Menjadi idaman pemuda terusan,
Kasih Agung dicari bersungguh,

Nikmat iman dihargai insan.

BILIK TUTORIAL, KMPH : 24 FEBRUARI 2022

37

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : JAWAPAN SETIAP SESUATU

Hamparan, tangisan tak tertahan,
Jadi luahan hati sang hamba;
Bacalah dengan nama Tuhan,
Itu jawapan setiap doa.

Raga derita jiwa menanti,
Jawapan pendosa mohon perkenan;

Setianya hamba menjadi bukti,
Muhasabah selalu minta ampunan,

Saduran suasa cincin sentosa,
Jadi hantaran buat menantu;
Dengar sentiasa rintihan pendosa,
Memberi jawapan tepat waktu.

Hamba setia menerusi malam,
Pohon anugerah pasti tersemat;
Kerna Dia Tuhan sekalian alam,
Berhak disembah seluruh umat.

Pohon jangan dihanyut badai,
Arus mengalir di Teluk Gangga;

Di hari hitungan kita dinilai,
Baik pekerti ganjaran syurga,

BLOK C2 KMPH : 27 FEBRUARI 2022

38

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

NURUL ADLIN SYAZAMIZA BINTI ZULKIFLI
Pelajar Jurusan Sains Hayat

39

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : TANGISAN TAUBAT

Aku seorang hamba,
dahagakan kasih sayang Sang Pencipta

Aku manusia biasa,
ada kalanya dibawah,
ada kalanya di atas,
adakalanya gembira,

adakalanya sedih

Aku pernah menangis,
menangisku tanpa asbab,
air mataku mengalir membasahi pipi,

Aku ingin rasa disayangi,
tetapi aku lupa Dia maha penyayang,

aku ingin lebih perhatian manusia,
tetapi aku lupa Dia sentiasa ada,
aku sering mengeluh,

tetapi dia tidak pernah berhenti memberi.

Mengalirnya air mata seorang hamba
pabila bibir bergerak memlafaz bait-bait cinta-Nya

yang lama telah ditinggalkan.

Mengalir air mata seseorang yang egonya meninggi
kerana begitu sombong dengan-Nya,

akhirnya melutut menghadap sang Pencipta.

KAMPUNG HALAMANKU : 05 APRIL 2020

40

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : INSAN SEMPURNA

Aku tahu aku tak sempurna
Aku tahu aku takkan jadi sempurna

Tapi…
Aku cuba untuk menjadi yang terbaik
Yang terbaik di mata semua manusia

Aku tahu aku tak mampu
Tak mampu puaskan hati semua
Tapi, aku tetap cuba yang terbaik

Ada ketika aku termenung sendiri
Mengamati setiap langkahku didunia

Adakah kerana rasa atau Dia

Aku tahu semua diuji,
Aku juga pernah diuji,
Aku yakin aku dapat laluinya

Kerana,
Dia telah berjanji
Tidak akan menguji lebih dari kemampuan.

Perasaan cinta hadir melalui ikhlasnya hati,
Hati tentram ketika Dia disisi,

Kesempurnaan manusia bukan pada harta duniawi,
Tetapi pada pengakhiran cerita iaitu ukhrawi.

KAMPUNG HALAMAN : 10 MEI 2020

41

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : RINDU

Disebalik sujud wujudnya cinta,
Sejadah rindu menjadi saksi,
Terubat rindu bila bersama,
Masalah hati bias diatasi.

Perasaan rindu membelenggu diri,
Hati tersasar kembali dipandu,
Terlalu risau tentang diri,
Bersama Tuhan makin dirindu.

Perasaan keliru tiada tuju,
Termenung kaku menghadap pohon,

Fikiran bercelaru tiada tahu,
Doa dihulur ampun dipohon.

Rindu terbuku di dalam kalbu,
Utusan tuhan menjadi penyeri,

Kalam cinta menjadi wahyu,
Hidup bahagia megah berdiri.

Hati gelisah perasaan muram,
Mundar mandir tidak keruan,
Fikiran melayang tidak tenteram,

Cinta Ilahi menjadi buruan.

PADANG SOLAR ,KMPH : 20 FEBRUARI 2022

42

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : DIA TAHU SEGALANYA

Di bawah sinaran mentari pagi,
Perasaan syahdu dibelenggu rindu,

Terlalu leka dengan diri,
Hingga lupa sang pemilik kalbu.

Termanggu teruna dipinggir hutan,
Merenung nasib dikemudian hari,

Setiap amalan menjadi catatan,
Buat bekalan hati yang pasti.

Perkara dahulu jangan terulang,
Tersimpan kemas buat pedoman,

Nasib mungkin bisa berulang,
Jika diri tiada iman.

Berjalan laju tanpa malu,
Menuju teman lama menanti,

Biar cita dikejar dahulu,
Berusaha tetap kita tepati.

Perkara mulia seperti mutiara,
Tersimpan kukuh di lubuk hati,

Bahaya jika tidak dipelihara,
Teruskan usaha jangan berhenti.

PADANG SOLAR ,KMPH : 20 FEBRUARI 2022

43

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

NUR SYAHIRAH BINTI ZAHADZRI
Pelajar Jurusan Sains Hayat

44

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : DUNIA

Tuhan yang Maha Esa
aku hamba yang hina
sentiasa leka dan juga alpa
tidak ternilai dosa-dosaku yang ada
ampunilah diri ini daripada dosa yang tidak terkira

Tuhan,engkau ampuni dosa ini
sembah sujud kepada Ilahi

memohon ketenangan di dalam hati
resah gelisah melayari realiti

hanya kepadamu hajatku pohoni

Engkau bimbingkan jiwa ini di jalan yang lurus
agar tidak tersesat di bumi yang tandus
dek angkara manusia yang rakus

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 25 FEBRUARI 2022

45

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

SAJAK : PULANG

Suatu masa aku bahagia,
suatu masa aku derita,

tersirat isi hati perit tidak terkata,
ujian yang datang tidak juga terduga,

kita manusia sering terluka,
tatkala hilang arah tujuanya,
pulanglah kita kepada Dia yang Esa,
hanya Tuhan yang memahami segala isinya,
kerana dunia hari ini penuh dusta.

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 26 FEBRUARI 2022

46

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : INGAT MENGINGATI

Berarak megah awan gemawan,
Terbenam fajar di ufuk barat;

Contohi sikap seorang dermawan,
Tidak lokek dek harta sekerat.

Terbang riang si burung merpati,
Berehat sejenak di dalam taman;

Sunah Nabi harus diikuti,
Jadi pendoman sepanjang zaman.

Hebat sungguh kisah Langkawi,
Menjadi bualan orang serata;
Jangan leka dengan duniawi,

Ini hanyalah perhiasan semata.

Tersegam indah si Gunung Tahan,
Menjadi pula tumpuan pendaki;

Syukur dengan pemberian Tuhan,
Barulah hidup dilimpahi rezeki.

Sembah kurnia seorang ratu,
Patik tidur baginda beradu;
Suara azan tandanya waktu,
Tunai solat amalan fardu.

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 27 FEBRUARI 2022

47

ANTOLOGI PUISI : Puisi Cinta Buat Sang Pencipta GRUPEMUISI KMPH

PANTUN : HIDUP INI DUGAAN

Terbang tinggi si burung garuda,
Gah melayang beribu batu;
Walau di mana kita berada,

Ingatlah sentiasa Dia yang satu.

Cantik ayu si gadis desa,
Cantik berhias tampil berseri;
Sujudlah kita pada yang Esa,
Agar tidak menyombong diri.

Kembang mawar di tepi kali,
Ditanam dengan tenaga perkasa;

Buat jahat jangan sekali,
Takut kelak badan binasa.

Beras dipikul di dalam guni,
Dibawa dengan berhati-hati;
Sentiasa taubat agar diampuni,

Ajal maut sedia menanti.

Selesa bekerja berdua-duaan,
Berjalan pula di atas titi;

Sabarlah diri tempuh dugaan,
Pasti ada kebaikan menanti.

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG : 28 FEBRUARI 2022

48


Click to View FlipBook Version