The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kemahiran menyediakan resume perlu ada bagi setiap pelajar bagi memastikan mereka dapat bersaing merebut peluang yang banyak terhidang di dalam dunia pendidikan dan juga dunia pekerjaan suatu hari nanti. Tanpa kemahiran yang baik maka mereka telah menempah jalan kesukaran.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2022-05-10 00:26:39

RESUME : Misi Mencari Masa Depan

kemahiran menyediakan resume perlu ada bagi setiap pelajar bagi memastikan mereka dapat bersaing merebut peluang yang banyak terhidang di dalam dunia pendidikan dan juga dunia pekerjaan suatu hari nanti. Tanpa kemahiran yang baik maka mereka telah menempah jalan kesukaran.

Misi Mencari Masa Depan

AHMAD NOH

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

KANDUNGAN

1. Pembuka kata
2. Apa itu RESUME?
3. Tujuan buat resume
4. Penyediaan Resume
5. Contoh Resume
6. Bibliografi

UNIT PENGAJIAN AM MATRIKULASI
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

AHMAD NOH - 2022

1|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

PEMBUKA KATA

Buku ini ditujukan khususnya untuk semua pelajar
yang mengambil kursus Pengajian Am Matrikulasi
(WP001) di Program Matrikulasi, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Keperluan pembelajaran berkaitan Resume ini adalah
merupakan salah satu sub topik yang terdapat di
bawah Bab I : Kemahiran Berkomunikasi. Tambahan
lagi kemahiran menyediakan resume perlu ada bagi
setiap pelajar bagi memastikan mereka dapat
bersaing merebut peluang yang banyak terhidang di
dalam dunia pendidikan dan juga dunia pekerjaan suatu
hari nanti. Tanpa kemahiran yang baik maka mereka
telah menempah jalan kesukaran.

Semoga usaha kecil ini diberkati dan semuanya memberi
manfaat buat masa depan anak pelajar sekalian.

AHMAD NOH

2|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

Apa itu RESUME?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Resume
didefinisikan sebagai ringkasan (ikhtisar), keterangan
ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman
kerjaya dan sebagainya seseorang.

Menurut Mawardi Yunus (2016) pula Resume adalah
suatu kenyataan yang disusun padar bagi
memberitahu secara ringkas mengenai seseorang. Ia
bukanlah seperti biodata yang menterjemahkan hal-
hak peribadi dan kehidupan seharian. Pada asalnya
resume berasal dari perkataan Peranchis dan kini
digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia.

Resume adalah suatu medium yang membolehkan
sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk

3|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan
dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak
tersebut. Ini bermaksud, resume amatlah berkait
rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada
diri individu tersebut.

Sementara itu menurut iKarier (2021), resume adalah
dokumen rasmi yang memberikan gambaran secara
keseluruhan mengenai kelayakan professional,
termasuk pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan,
dan pencapaian penting anda.

Biasanya resume akan disertakan sekali denga surat
pengenalan (cover letter). Peranan resume adalah
untuk membantu anda menceritakan apakah kelayakan
anda dan menyakinkan majikan bahawa anda
berpotensi dan layak di ambil sama ada untuk belajar
atau bekerja.

4|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

TUJUAN BUAT RESUME

bina perkenal penilaian
peribadi kan diri pertama

TUJUAN

medium meyakinkan menyampai
tunjuk U/majikan
bakat kan
maklumat

5|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

PENYEDIAAN RESUME

Perkara-perkara yang berikut dicadangkan untuk
diambil perhatian oleh semua pelajar sebelum
menyediakan resume yang lengkap dan baik.

rujukan foto

maklumat
peribadi

kemahiran objektif/
lain misi

kepimpinan pencapaian
akademik

penglibatan
kokurikulum

6|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

a. Foto

b. Maklumat Peribadi

Nama Penuh

Tarikh Lahir Umur

Jantina No K/P Alamat Bangsa Status E-mel No
Telefon

7|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

c. Objektif/Misi

Mempunyai objektif/misi yang jelas dan
meyakinkan

d. Pencapaian Akademik

Susunan bermula dengan yang tertinggi ke
yang terendah

e. Penglibatan Kokurikulum

Tertinggi ke terendah. Wajib diisi biarkan
tahap pencapaian yang rendah

f. Kepimpinan

Disertai jawatan dan peringkat.

8|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

g. Anugerah

Jangan lupa untuk senaraikan jika ada

h. Kemahiran lain

Melibatkan kemahiran Bahasa, Teknologi
Maklumat, Kerja Berpasukan dll.

i. Rujukan

2 orang yang lengkap dngan maklumat nama
penuh, jawatan rasmi, no telefon , emel

Namun yang paling penting perlu diingat oleh setiap
pelajar adalah apa sahaja yang dimasukkan di dalam
resume perlu dibuktikan melalui pemilikan sijil. Elakkan
cuba menipu. Buktikan kelebihan anda melalui resume
yang ringkas tetapi berinformasi dan menarik.

9|

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

CONTOH RESUME

Di akhir pembelajaran/ pembacaan semua pelajar mengetahui
maklumat penting yang perlu ada dalam menyediakan sebuah resume

dan mampu menyediakan resume individu yang terbaik.

10 |

SIRI MODUL PENGAJIAN AM MATRIKULASI : Resume

BIBLIOGRAFI

1 Kamus Dewan Edisi Keempat DBP (2007)
2 http://www.mawardiyunus.com/2013/0

6/apakah-itu-resume.html (2016)
https://www.ikarier.com/2021/04/03/

3 resume-definisi-tujuan-dan-jenis-
resume-yang-perlu-anda-tahu/ (2021)

4 https://gengborak.com/cara-membuat-
resume-paling-sesuai/ (2022)

5 contoh resume pelajar : Sumayyah Haron
Semester II Sesi 2021/2022 KMPh

11 |


Click to View FlipBook Version