The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garapan 10 buah coretan kenangan ini lebih kepada untuk penulis mengimbau kembali detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-ruang dalam diari hidupnya. Sesungguhnya banyak pengalaman suka, duka, jenaka, gembira yang dikecapi ketika itu. Namun semuanya itu rupanya menjadi sesuatu yang amat bernilai dalam hidup.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NOH, 2021-09-11 23:50:44

Antologi Coretan Kenangan : BUKAN MILIKKU

Garapan 10 buah coretan kenangan ini lebih kepada untuk penulis mengimbau kembali detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-ruang dalam diari hidupnya. Sesungguhnya banyak pengalaman suka, duka, jenaka, gembira yang dikecapi ketika itu. Namun semuanya itu rupanya menjadi sesuatu yang amat bernilai dalam hidup.

Antologi Coretan Kenangan

BukanMilikku

AHMAD NOH

Antologi CORETAN KENANGAN

Bukan Milikku

AHMAD NOH
2021

2

Terbitan pertama Julai 2021
Teks, Reka bentuk dan susun atur © Ahmad Noh

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, rakaman atau cara lain mana-mana bahagian buku ini sebelum

mendapat izin bertulis daripada penulis. Walau bagaimanapun,
keizinan diberikan untuk mana-mana bahan dalam buku ini digunakan

asalkan untuk tujuan kebaikan.

3

KANDUNGAN 6-9
10 - 12
Prakata 13 - 15
Coretan Kenangan 16 - 18
19 - 21
1. – Zon Kuning 22 - 24
2. – Awang 25 - 28
3. – Malunya Aku 29 - 31
4. – 2020 Raya PKP 32 - 35
5. – Harga Maruah Diriku 36 - 39
6. – Jambu Air 30 Sen
7. – Bukan Milikku
8. – Tembakan
9. – Hutan Pantai
10. – Segulung Ijazah

4

PRAKATA

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,
segala pujian bagi Tuhan Maha Agung yang memiliki segala dan
setiap kekuasaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita
Nabi Muhammad s.a.w, pemimpin agung ummah akhir zaman.

Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya maka
Antologi Coretan Kenangan : BUKAN MILIKKU telah dapat
dibukukan. Alhamdulillah. Karya ini saya bukukan sebagai kenangan
dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat pembaca. Garapan
coretan kenangan ini lebih kepada untuk saya mengimbau kembali
detik-detik dan pengalaman yang pernah mengisi ruang-ruang dalam
diari hidup saya. Sesungguhnya banyak pengalaman suka, duka,
jenaka, gembira yang saya kecapi ketika itu. Namun semuanya itu
rupanya menjadi sesuatu yang amat bernilai dalam hidup.

Selamat Membaca
AHMAD NOH

5

CORETAN 1 : ZON KUNING

2 November 2020.Tarikh ini aku diberi sedikit ujian oleh tuhan.
Setibanya di rumah dari tempat kerja pada petang itu aku
dapati tubuh isteriku dalam keadaan cukup lemah. Wajahnya
pucat. Isteriku duduk tersandar di sofa tidak bermaya. Katanya
dia tak boleh berdiri. Suaranya perlahan menggambarkan
keadaan diri yang tidak stabil. Kepala berpusing. Tak pernah
dia berkeadaan begitu. Setelah selesai solat asar aku terus
mengenakan pakaian isteriku dan membawanya ke Klinik
Kesihatan berhampiran ditemani Husna anak bongsuku.

Setibanya di klinik aku ditunjukkan bilik khas untuk merawat
isteriku. Ada seorang doktor dan 2 orang jururawat membuat
pemeriksaan.
“ Macam mana dengan isteri saya doktor...?” tanyaku dengan
risau.

6

“Setelah diuji didapati isteri Encik tiada masalah berkaitan
tekanan darah atau sebagainya...” ujar doktor perempuan
tersebut.
“ Macam ni la Encik...kami tak dapat hendak membuat ujian
disebab makmal klinik telah pun ditutup... Saya sarankan pada
Encik untuk bawa isteri ke Hospital Besar...,” doktor muda
tersebut menjelaskan lebih lanjut.

Doktor telah mengeluarkan surat untuk aku membawa isteri ke
hospital untuk rawatan lanjut. Ketika itu aku lihat jam di
tanganku dah hampir pukul 5.30 petang.

Aku terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Perjalanan diiringi hujan sederhana lebat. Setibanya tepat
pukul 6 petang aku lakukan pendaftaran di unit kecemasan.
Isteriku telah dibawa oleh petugas ke dalam zon kuning unit

7

kecemasan. Kawalan keselamatan di situ agak ketat. Tambahan
pula ketika itu kes Covid 19 masih belum reda.

Setelah solat maghrib aku masih tertanya-tanya khabar berita
tentang isteriku. Aku menjadi semakin risau. Sekitar jam 9.30
malam aku dapat menyusup masuk ke unit kecemasan bila
kebetulan tiada pengawal berada di tempatnya. Akhirnya aku
dapat berjumpa isteriku dan doktor. Namun doktor
memaklumkan sedang melakukan ujian dan minta untuk aku
bersabar dan menunggu di luar. Aku terpaksa keluar.
" Sabar yer sayang...,"sempat aku pegang tangan isteriku dan
memberi kata semangat padanya. Tapi aku tahu isteriku
memang kuat.

Terasa tubuhku cukup penat. Tapi aku amat risau akan

8

keadaan isteriku. Mataku memandang ke arah televisyen yang
disediakan di ruang menunggu. Aku pun tak pasti apa yang aku
tonton. Fikiranku melayang asyik memikirkan keadaan isteriku.
Kadang-kadang aku terlelap sambil menunggu.

Tepat jam 12.30 pagi aku dapati kelibat isteriku keluar dari unit
kecemasan. Aku segera mendapatkannya.
' Doktor kata diserang vertigo...,' ujarnya dengan lemah sambil
jalan terhoyong-hayang. Aku mendakapnya erat sambil
memapahnya berjalan menuju ke kaunter ubat.

Setelah selesai mengambil ubat aku terus mengambil kenderaan
dan kami terus pulang. Syukur pada Allah kerana isteriku masih
bersamaku.

9

CORETAN 2 : AWANG

Bertubuh sasa dan kulitnya kehitaman berkilat. Tanduknya
terhunus cantik. Itulah Awang nama kerbau jantan yang dibela
oleh keluargaku. Kebiasaannya aktiviti harian Awang memang
akulah yang diamanahkan untuk menguruskan. Awang akan aku
tambat bagi mengelak mengganggu tanaman di kebun penduduk
kampung yang lain. Awang memang pantang jumpa pokok
pisang kerana daun pisang begitu digemarinya.

Pernah suatu hari entah macam mana tambatan Awang pada
sebatang anak pokok jambu batu terlepas. Mungkin silap aku
yang tidak mengikatnya dengan kemas. Maka puaslah aku
mencarinya. Selagi tak jumpa aku pasti takkan balik. Bimbang
kena marah. Berjam-jam aku mencarinya. Rupanya Awang
sedang kenduri makan daun pisang di kebun Pak Sahak.
Geram betul aku bila melihatnya.

10

“Oooooo...sini rupanya dia...,” marahku pada Awang sambil
menepuk badannya dengan tangan beberapa kali.
“Dari tadi orang cari...,” aku terus membebel.
“Pak Sahak...mintak maaf yer...kerbau saya ni terlepas tadi...,”
jeritku dari jauh bila nampak kelibat Pak Sahak sedang
memerun di hujung kebunnya.

“Alaa Mat...tak apa...itukan binatang...,” laung Pak Sahak
dengan mesra. Aku memang sudah biasa dengan dia. Pak
Sahak memang seorang yang baik, suka bergurau.

Petangnya aku akan beri minum air garam. Selepas itu
membawanya masuk ke dalam kandang sebelum malam tiba.
Setiap hari aku bercakap dengannya. Aku usap mesra badan
dan kepalanya. Memang aku cukup sayang pada Awang.

11

Begitulah rutin aku dan Awang setiap hari selama bertahun-
tahun.

Sehinggalah aku mendapat khabar dukacita pada suatu hari.
Khabarnya Awang hendak disembelih menjelang Hari Raya
Korban. Aku cukup bimbang. Perkhabaran yang aku anggap
khabar angin itu rupanya menjadi kenyataan pada suatu pagi.
Tiba masa Awang disembelih. Aku tak sanggup melihat.
Tangisanku mengiringi perpisahan dengan Awang. Sampai
hati mereka memisahkan kami berdua.

Sebagai kenangan tanduk Awang aku gantung di sebatang
tiang di tepi rumah. Bila rindu itulah tempat kami bertemu. Aku
kena terima hakikat begitulah kitaran hidup seekor haiwan
peliharaan.

12

CORETAN 3 : MALU NYA AKU

Coretan ini sekadar mengimbau kembali kenanganku ketika
berusia 12 tahun. Kesusahan hidup dalam keluarga
menyebabkan aku diminta berniaga untuk mencari pendapatan
tambahan untuk keluarga. Sekurangg-kurangkan hasilnya
dapat untuk menampung perbelanjaan sekolahku. Walaupun
dalam hati kecil minat berniaga tidak pernah tumbuh. Namun aku
terpaksa berkorban demi keluarga.

Aku menumpang berniaga di sebuah pasar malam yang terletak
5 kilometer dari rumahku. Apak menghantar aku dan bahan
jualan ke tempat berniaga dengan menaiki beca roda tiga tua
milik apak. Itulah pengangkutan keluarga kami yang sudah lama
berjasa. Tanpanya memang sukar juga urusan hendak ke mana-
mana.

13

Barangan jualanku adalah hasil kebun sekangkang kera di
belakang rumah. Hasil seperti serai, lengkuas, daun kunyit,
jering, betik, nangka muda, nangka masak dan bermacam lagi.
Terus terang aku katakan pada permulaannya aku cukup malu
berhadapan dengan pelanggan. Ilmu berniaga memang kosong.
Aku bukan dilahirkan di dalam keluarga ahli perniagaan.
Tambahan pula kadang-kadang muncul rakan-rakan sekelas
datang membeli bersama ibu bapa mereka.Aku tebal muka malu.
Rasa macam nak menyorok di belakang sebatang pokok tempat
aku berniaga.

'Malunya akuuu...,'keluh aku sendirian.

Namun lama kelamaan perasaan malu itu hilang. Pulangannya
juga sangat memuaskan. Seronok juga dapat berurusan dengan
pelanggan. Ada macam-macam ragam. Ada yang murah hati
hadiahkan wang baki jual beli kepadaku.

14

“ Berapa harga jering ni selonggok, dik..?” Tanya seorang lelaki
dewasa sambil membelek jering semai yang aku telah longgokan.
“ Seringgit…,” jawabku ringkas
“Tak boleh kurang…?”tanyanya lagi sambil tersenyum
memandangku. Aku hanya menggelengkan kepala tanda
permintaannya aku tolak. Begitulah ada pula yang membuat
tawar menawar minta dikurangkan harga. Macam- macam.
Sesekali aku ketawa sendiri dalam hati.

Pengalaman itu cukup bermakna bagi aku. Banyak ilmu
kehidupan yang aku mula pelajari pada usia sementah. Duit
atau wang cukup memainkan peranan yang besar dalam
kehidupan seseorang walaupun duit itu bukan segalanya. Ilmu
itulah yang membuat aku kuat menempuh hidup dalam serba
kekurangan.

15

CORETAN 4 : 2020 RAYA PKP

1 Syawal 1441 Hijrah bersamaan tahun 2020 Masehi.
Malaysia masih dicengkam Coronavirus. Arahan daripada
Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan
seluruh rakyat Malaysia untuk merentas negeri. Maka tahun itu
terpaksalah kami beraya di rumah sendiri. Tiada kunjung
mengunjung. Kita belum menang melawan pandemik Covid 19.

Namun persediaan kami sekeluarga tak banyak berubah. Dari
segi juadah kami bercadang sediakan seperti kebiasaannya.
Pastinya ada biskut raya, rending dan sayur lodeh.

" Kita anyam ketupat tahun ni ya...," cadang isteriku. Aku
bersetuju dengan cadangannya. Kami cari daun kelapa muda
untuk dianyam menjadi kelongsong ketupat. Daun palas pula
untuk dibuat ketupat pulut daun palas.

16

Dua hari terakhir Ramadan aku dan isteri telahpun mencari
bahan keperluan di pasar pagi. Alhamdulillah keadaan masih
tenang tiada kesesakan kerana kami keluar di awal pagi. Ayam,
daging, santan, daun kelapa,daun palas semua ada.
Hari terakhir Ramadan, meriah sekali di dapur pagi itu dengan
telatah kami 5 beranak. Radio setia dipasang berkumandang
lagu nostalgia hari raya Dendang Perantau dendangan
Seniman Agung P.Ramlee.

Isteri sempat mengajar anak-anak membuat kelongsong ketupat.
Seni warisan yang semakin hilang pada generasi muda.

“ Tangan tu lembutkan sikit...Jangan keras macam kayu..,”
nasihat isteriku pada nak-anak.

17

“ Betul tak ni ibu...?” tanya kakak bersungguh. Isteriku
memerhatikan kelongsong yang kakak buat sambil mencemek
bibir tanda salah.
Hilai ketawa memenuhi ruang dapur melihat hasil yang dibuat
adik, angah dan kakak. Masing-masing cuba menunjukkan
kehebatan. Rupanya nak siap satu pun mengambil masa yang
panjang. Lucu betul. Ada yang menyalahkan saiz daun yang
tidak cukup panjang. Ada yang menyalahkan cara ibunya
mengajar. Ada juga yang sempat melihat teknik di Youtube.
Semua itu cukup indah bagi merawat duka kami tak dapat
beraya di kampung pada tahun ini.

18

CORETAN 5 : HARGA MARUAH DIRIKU

Darjah 6 Putih merupakan kelas terdiri daripada murid- murid
yang agak cemerlang dalam akademik. Aku turut berada
walaupun prestasiku hanya sederhana. Sebab itu apabila
setiap kali peperiksaan aku akan mendapat nombor 5
terkebelakang daripada 35 orang . Ayah hanya mampu
menggelengkan kepala tanda kecewa. Sekadar itulah
kemampuanku.

Di dalam kelas pun aku hanya bergaul dikalangan mereka yang
corot. "Dia orang semua hebat-hebat...pandai-pandai ...kita
geng corot...sape nak kawan," kata kawanku AAG diiringi
ketawa kami berlima yang semuanya lelaki. Kadang-kadang kami
juga dipandang sepi di dalam kelas kerana tiada sumbangan
istimewa untuk sekolah. Tak macam pemain bola sepak sekolah
yang mendapat perhatian lebih sama ada oleh cikgu ataupun

19

murid lain. Populariti dan gaya berlagak mereka menyebabkan
kami kurang berminat mahu berkawan rapat dengan mereka.

Sehinggalah pada suatu pagi berlaku sesuatu yang aku ingat
sehingga kini. Ketika itu cikgu memberi latihan matematik untuk
disiapkan. Kerana kurang faham aku berdiri untuk bertanya
pada kawanku AZ yang berada dihadapan. Setelah selesai
berbincang aku kembali hendak duduk. Rupanya kerusi aku
telah ditarik. Maka tanpa kawalan lagi aku terduduk ke lantai.

“ Aduhhhhh......” jeritku. Semua mata memandang tepat
memandang padaku. Ada yang ketawa. Rasa sakit ditambah
malu menyebabkan aku bingkas bangun. Tidak semena-mana
tangan ku melayang melempang pipi RAR yang masih berdiri
ditepiku dengan sekuat hati. Aku tahu dia yang buat. Ku lihat
merah padam mukanya. Dia tidak berkata apa-apa. Mungkin
tahu salahnya.

20

Kulihat cikgu memandang tetapi diam seperti bersetuju dengan
tindakan aku. Sejak itu kumpulan aku yang tidak popular ini
tidak diperlekehkan lagi. Kami tak cemerlang akademik, tak
hebat bersukan tapi kami masih ada maruah.

21

CORETAN 6 : JAMBU AIR 30 SEN

Kenangan ketika kecil menggamit kembali. Ketika itu aku masih
di sekolah rendah. Kehidupan keluarga yang susah
menyebabkan aku tidak berpeluang menikmati apa yang aku
inginkan. Sebagai seorang kanak-kanak keinginan dan
keseronokan membeli jajan memang tak dapat dipisahkan.
Namun semuanya tak mungkin berlaku. Aku memang tak ada
duit.

Aku masih ingat. Antara peluang aku mencari duit untuk
kegunaan sendiri adalah dengan menjual buah jambu air.
Kebetulan di sekitar rumahku terdapat 3 batang pokok jambu
air. Kesemuanya ditanam oleh arwah ayah. Berkat berbudi
pada tanah itulah antara hasil yang ditinggalkan oleh arwah
pada kami sekeluarga. Alhamdulillah...Apabila tiba musimnya
memang setiap pokok berbuah dengan lebat sekali.

22

Setiap kali ada orang membeli aku akan memanjat pokoknya
dengan membawa karung plastik untuk diisikan buah jambu
dalam 25 hingga 30 biji. Terpaksa pula bersilat dengan
kerengga yang cukup banyak di atas pokok.

“Kata orang tua-tua kalau pokok tu banyak kerengga pasti rasa
buahnya manis…,” bisik hatiku sendirian. Tapitak pasti
kebenarannya. Mungkin ada betul. Mungkin juga sekadar
kebetulan.

" Susahnya nak cari duit....,' sempat juga aku mengeluh. Setelah
penuh plastic aku akan turun.

" Nah 30 sen...akak beli yer..." kata kakak itu sambil menghulur 3
keping syiling 10 sen padaku tanda membeli. Aku cukup
gembira.

23

"Dapatlah lepas ni aku beli ais krim,keropok...," girang hatiku tak
terkira.
Ada juga yang kadang-kadang datang membeli lebih. Itulah
ruang untuk aku cari duit. Nak mintak dengan emak memang
susah nak dapat sebab aku tahu emakpun bukan ada duit.
Hanya harapkan hasil jualan kuih. Itupun sekadar cukup untuk
belanja harian.

24

CORETAN 7 : BUKAN MILIKKU

Hari ini hari Jumaat. Aku ke sekolah pada hari tersebut seperti
biasa dengan menaiki bas sekolah. Jarak perjalanan sejauh
hampir 15 kilometer. Apabila tamat sesi persekolahan seperti
biasa aku akan bersolat Jumaat di Masjid Jamek Paya Besar
yang betul-betul terletak di hadapan sekolahku.

Kasut dan stoking sekolah ku letak bersusun agak tepi tangga
masjid. Itu bagi memudahkan aku mengambilnya semula nanti.
Usai solat dan berdoa aku bergegas turun supaya segera
untuk menaiki bas. Alangkah terkejutnya aku kerana sepatu
baruku tiada ditempat aku letakkan.
“Warrior aku dah hilanggggg.....,”getus hati kecilku menjerit.

Puas aku mencarinya. Di tepi tangga, di dalam longkang, di
belakang tiang. Semuanya hampa.

25

“Die…kamu ada nampak sepatu aku tak…?” aku bertanyakan
pada Rosdi sahabatku dengan nada yang cemas. Rosdi hanya
menggelengkan kepalanya.

Tanpa berputus asa aku terus lagi mencari. Rosdi sahabat
karibku turut membantu cuba mencari di tempat yang lain . Tapi
tetap tidak ditemui. Sehinggalah masjid semakin kosong apabila
semua jemaah telah pulang namun sepatu itu masih tidak kami
temui. Aku terima hakikat bukan rezeki aku.

Kerana asyik mencari sehingga tanpa aku sedari aku
ketinggalan bas. Terpaksalah pula aku meminjam selipar masjid
mengalas kaki untuk pulang. Aku terpaksa pulang dengan
menumpang basikal Rosdi memandangkan kami memang tinggal
sekampung. Hari ini aku cukup kecewa. Sepatu itu cukup aku
sayang. Tambahan lagi baru sahaja seminggu dipakai.

26

Keesokkan aku tidak dapat hadir ke sekolah kerana ketiadaan
kasut. Perkara tersebut terpaksa juga aku maklumkan pada ibu
walaupun aku serba salah kerana aku yakin ibupun bukan ada
sangat duit.

“ Nah...ini je yang amak ada,' kata ibu pada petang itu seraya
menghulurkan kepada aku wang RM10 membeli kasut. Aku
berasa sedikit lega namun dihatiku tetap kecewa kerana tidak
mungkin aku dapat membeli sepatu baru seperti sepatu yang
hilang dengan nilai RM10 itu.

Nak tak nak terpaksa aku terima. Pada petang itu aku terus ke
Kedai Kasut Bata yang terletak di Taman Tas. Dengan nilai
itu aku tidak ada banyak pilihan. Satu-satunya sepatu yang
dapatlah ku beli dengan harga yang paling murah yang
dipamerkan di kedai tersebut iaitu RM9.90 sepasang. Sepatu
jenama Pallas. Aku bersyukur.

27

Namun di sudut hati kecilku aku masih teringatkan sepatu
Worrior yang aku beli dengan titik peluhku. Ketika cuti sekolah
aku membantu abangku bertukang rumah untuk mencari duit
poket. Dapatlah sedikit untuk aku gunakan buat membantu ibu
ketika berbelanja ketika tahun baharu persekolahan. Sedih
betul.
“Baru seminggu pakai dah hilang....,”aku mengeluh kehampaan.

Dalam masa yang sama rasa terkilan masih menyelubungiku.
Stoking terpaksa pula aku cari yang lama walaupun telah koyak
untuk dipakai. Bukan senang nak senang.

28

CORETAN 8 : TEMBAKAN

"Bulan depan kita akan adakan latihan menembak...harap semua
bersedia dari segi fizikal dan mental..." Kata Sarjan Zaki itu
cukup membuat aku teruja. Itulah pertama kalinya aku
berpeluang untuk mengikuti latihan menembak setelah menjadi
anggota Wataniah ATM. Selama ini aku hanya dapat
memegang senjata tanpa tembakan. Memegang senjata ketika
kawad bersenjata. Juga memegangnya ketika kelas berkaitan
senjata. Kadang-kadang aku bersama Styer. Kadang-kadang
pula aku merangkul M16. Sebelum ini hanya dengar tembakan
di televisyen. Aku menantikan saat berbunyi tembakan ketika
senjata itu dipangkuanku. " Barulah askar namanya...," bisik hati
kecilku ketawa sendirian.

Tiba masa yang dinantikan. Segala ilmu persenjataan telah
dihadam. Hanya menanti diterjemah di lapang sasar. Pasukan

29

kami terdiri daripada seorang pegawai, 5 orang jurulatih, 5 orang
anggota tetap dan 40 orang anggota wataniah berangkat ke
lapang sasar di Kem Renjer. Petang itu kami semua telah
bersedia untuk memulakan latihan. Namun peringatan oleh
jurulatih berkaitan keselamatan membuat aku terdetik
kebimbangan.
" Mohon semua anggota ikut arahan jurulatih. Keselamatan
semua adalah keutamaan kami...latihan kita menggunakan peluru
hidup...sesiapa yang engkar akan dikenakan tindakan
tatatertib..." Suara tegas itu masih berlegar di mindaku.

Petang itu aku dalam kumpulan pertama yang akan memulakan
latihan. Aku cukup teruja. Picitan picu M16 yang pertama
disertai bunyi tembakan yang kuat membuat aku tersentak.
" Aduhhh...bingitnyerrr....," keluh ku. Pengalaman ini memang
diluar jangkaanku. Bunyinya cukup bingit hingga mengganggu

30

fungsi fikiran ku. Aku habiskan juga 20 das tembakan pada hari
itu dengan rasa tak menentu. Keterujaan aku berganti resah.
Malam itu sukar untuk aku lelapkan mata. Gegendang telingaku
masih berdengung akibat bunyi-bunyi tembakan petang tadi.
Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Akhirnya mataku lelap
beralah kerana kepenatan.

Tersedar keesokkan harinya aku merasakan telinga dan fikiran
kembali agak tenang. Alhamdulillah. Hari ini jurulatih akan
mengadakan pertandingan secara individu dan berkumpulan.
Cubaan pertama itu akhirnya aku telah menjaya mendapat
tempat ke tiga dalam kategori tembak piring individu.
Pengalaman ini cukup manis bagiku selama terlibat dalam Askar
Wataniah. Medal kemenangan Tahun 1999 itu masih tersimpan
sebagai kenangan.

31

CORETAN 9 : HUTAN PANTAI

September 2001 aku menyertai pasukanku bergerak ke Lumut,
Perak untuk mengikuti Perkhemahan Tahunan Askar Wataniah
2001. Turut menyertainya adalah sebuah pasukan AW yang
berpangkalan di Sungai Petani,Kedah. Kami mengambil masa
hampir 8 jam sebelum tiba. Lokasi yang dpilih adalah sebuah
kawasan hutan yang terletak di tepi pantai Selat Melaka iaitu
di daerah Lumut. Yang pastinya kawasan itu jauh dari tempat
tumpuan umum.

Ini pengalaman pertama aku mengikuti aktiviti AW yang
dijalankan selama seminggu.Seperti biasa setiap kali
perkhemahan kami terpaksa menyediakan segala kemudahan.
Rumah masak, dewan solat,dewan makan, tandas, dewan
penginapan kami dirikan. Itu biasa dan lumrah bagi seorang
anggota tentera.

32

Antara tarikh yang masih ku ingat ketika berada di sana adalah
11 September 2001 yang bertepatan dengan peristiwa
serangan WTC di Amerika Syarikat. Setiap pagi kami akan
melakukan aktiviti riadah di sekitar kawasan dengan bimbingan
jurulatih. Selama 1 jam melaukan aktiviti senaman sehingga
basah berpeluh ke hujung tumit barulah kami berhenti.

"Letihnya... ," keluh ku dalam hati. Sebelum bergerak ke khemah
kami berehat sebentar di batuan yang menghiasi tepi pantai.
Perut telah mula menyanyikan lagu sendu.

Aktiviti membaca kompas cukup mengujakan. Kumpulanku
berjaya melalui cabaran dengan lancar. Terdapat dua kumpulan
yang tidak kembali dan terpaksa dicari oleh jurulatih kerana
tersesat. Setengah jam kemudian akhirnya misi jurulatih

33

membawa mereka pulang berhasil. Setibanya mereka kami
berikan tepukan gemuruh tanda penghargaan.
Kami juga mengikuti sesi kerohanian solat berjemaah. Juga
kelas untuk teori berkaitan pertolongan cemas dan senjata
Disamping latihan kawad kaki berterusan dengan dipecahkan
kepada 4 kumpulan.

Petang itu kami melakukan aktiviti riadah polo air di pantai.
Petang itu juga aku masih ingat berlakunya kes kecurian
terhadap barangan jurulatih (pemandu)yang diletakkan di dalam
trak. Mungkin kerja orang luar. Pada malamnya memang
dikhususkan untuk aktiviti karaoke. Begitulah kehidupan kami
selama seminggu.

Hari terakhir sebelum pulang kami diberi kesempatan oleh
pegawai dan jurulatih untuk melancong ke Pulau Pangkor.

34

Sempatlah membeli buah tangan untuk dibawa balik. Kubelikan
beberapa helai baju T tanda kenang-kenangan berkunjung ke
pulau itu buat bidadari dan puteri-puteri kesayanganku.
Pengalaman hidup di hutan selama seminggu dengan melakukan
aktiviti sebagai anggota tentera memberi ruang aku menjiwai
pengorbanan seorang anggota tentera demi keselamatan
negara. Tanpa mereka siapalah kita.

35

CORETAN 10 : SEGULUNG IJAZAH

Mei 1998 aku menerima tawaran untuk menyambung
pengajianku peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti
Sains Malaysia secara pengajian jarak jauh. Syukur kerana
apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Sudah lama aku
berikrar bahawa setelah mempunyai kerja tetap dan
berpendapatan sendiri aku akan menyambung pengajianku demi
masa depan keluarga yang lebih baik.

“Alhamdulillah…Yang, Abang dapat tawaran sambung
belajar…,” kataku setibanya ke rumah bersama sepucuk surat.
Isteriku yang mendukung anak sulungku menguntum senyuman
bangga.

36

Dulu selepas tamat STPM aku pernah ditawarkan mengikuti
Ijazah Sarjana Muda di UKM, namun terpaksa aku lupakan
ekoran tak mampu untuk membayar wang pendaftaran. Memang
keluargaku susah. Apa yang mampu aku lakukan. Maka kini
peluang keemasan itu kembali dan tak akan aku lepaskan lagi.

Pengalaman yang indah apabila aku menghadiri minggu
orientasi. Pergiku hanya menaiki bas ekspres ke kampus menara
gading yang terletak di Pulau Mutiara itu. Kenangan selama
seminggu itu cukup mengujakan kerana aku berusaha untuk
membiasakan diri dengan kemudahan yang ada di kampus
seperti perpustakaan, kuliah, makmal computer dan lain-lain.
Namun yang paling istimewa bagiku pengalaman setiap hari
menikmati menu masakan utara.

37

Sebelum pulang kami para pelajar baru telah dibekalkan
dengan modul yang cukup banyak. Sebuah beg penuh dengan
modul dan sebuah beg lagi penuh dengan pakaian. Terpaksalah
kami membimbit kedua-dua beg yang berat itu. Kebetulan tiket
bas ekspres dari Georgetown telahpun kehabisan. Aku dan
sahabatku Faizi yang bersama terpaksa ke Terminal Feri dulu
sebelum tiba ke stesen bas di Butterworth.

“Aduhhhh...Penattt...,” keluhku sambil berhenti seketika
sebelum menaiki feri. Aku memicit-micit lenganku yang mulai
lenguh. Keringat membasahi dahi. Terasa bajuku di bahagian
belakang susah kebasahan.

Setibanya di stesen bas dan memperolehi tiket balik ke
Kuantan mengendurkan sedikit lelahku. Kenangan itu tetap
terus terpahat. Sebenarnya inilah pencetus yang memberi

38

motivasi dan kekuatan untuk aku akhirnya berjaya menamatkan
pengajian sambil bekerja selama empat tahun.
Foto aku, bidadari, dan 2 orang anakku selepas majlis
konvokesyen ku jadikan sumber motivasi untuk aku terus kuat
menempuhi ranjau hidup ini. Demi segulung ijazah aku terpaksa
berkorban masa, wang, tenaga.
“Terima kasih Allah atas rezeki kurniaanMu ini..”

39


Click to View FlipBook Version