PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
(PPI)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
SMK PANDAN
DEFINISI DAN KONSEP
PENDIDIKAN KHAS
Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk
memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang baku atau biasa (Culcutta, R.A. &
Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education,
1999).
Pelajar yang berkeperluan khas ialah mereka
yang memerlukan adaptasi atau modifikasi di
dalam satu atau kesemua bidang-bidang
berikut;
Kurikulum
Kaedah pengajaran / belajar
Sumber pengajaran / pembelajaran
Tenaga pengajar
Pengujian dan penilaian
FALSAFAH
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu
usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
KATEGORI MURID MASALAH
PEMBELAJARAN
DISLEKSIA PINTAR TERENCAT
CERDAS AKAL
LEMBAM AUTISMA SINDROM
DOWN
HIPERAKTIF CEREBRAL
PALSI
PROSEDUR KEMASUKAN
• Sejak lahir telah dikesan
mempunyai ketidakupayaan
tertentu
PERTAMA • Memasuki Pusat Pemulihan
Komuniti (PDK) Pra
Sekolah Pendidikan Khas Sekolah
Integrasi Pendidikan Khas di
Sekolah Kebangsaan
Integrasi Pendidikan Khas di
Sekolah Menengah
KEDUA • Dikesan dan disarankan
oleh guru pra sekolah/pemulihan
mahupun kelas aliran perdana
• Mempunyai tanda-tanda tertentu
seperti masalah dalam pembelajaran
CARTA ALIR KEMASUKAN MURID KE PPKI
Guru kelas memanggil Doktor pakar Surat dibawa ke Jabatan
ibu bapa dan mendiagnosis dan Kebajikan Masyarakat
untuk pendaftaran kad
menyarankan agar murid mengesahkan
dibawa berjumpa dengan OKU
doktor pakar
Membuka akaun Mengisi borang di PPD Murid akan diberi
BSN bagi urusan dan menetapkan tempoh percubaan
elaun khas selama 3 bulan di
penempatan di sekolah
sekolah
Guru Pendidikan Khas
akan mengenalpasti
keperluan pembelajaran
murid seterusnya
Had umur pembelajaran murid di program integrasi
adalah
i.Sekolah rendah – 7 hingga 12 tahun
(boleh ditambah kepada 2 tahun mengikut keperluan).
ii.Sekolah menengah – 13 hingga 19 tahun.
Walau bagaimanpun prestasi bulanan setiap murid
akan menentukan tempoh pembelajarannya.
Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid
menunjukkan prestasi yang menurun dan
menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan
rakan sebaya), maka murid berkenaan boleh
disarankan direhatkan / ditangguhkan bagi satu
tempoh masa sehingga murid berkenaan
menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang positif.
KURIKULUM
DALAM PENDIDIKAN KHAS
RANCANGAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN BILIK
PENGAJARAN INDIVIDU
DARJAH
(RPI)
Perjanjian bertulis di antara ibubapa Terdapat 2 peringkat
1- Laporan pentaksiran
dan pihak sekolah tentang dilaksaksanakan 2 kali setahun.
keperluan murid dan cara
bagaimana untuk memenuhi
keperluan tersebut. (Hallahan
dan Kauffman, 1977)
PROGRAM PENDIDIKAN KURIKULUM STANDARD
INKLUSIF SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
-Murid pendidikan
khas yang belajar di aliran - dilaksanakan mengikut surat pekeliling
perdana secara separa Iktisas Bilangan 11 Tahun 2010
mahupun penuh Pelaksanaan KSSR Pendidikan Khas
Tahap 1 Mulai 2011
PROGRAM PENDIDIKAN
INKLUSIF
(PPI)
Program Pendidikan Inklusif bermaksud satu
rancangan khas bagi murid PPKI yang telah
dikenalpasti mempunyai tahap kefungsian
tinggi dan boleh belajar dalam kelas bersama
muri-murid aliran perdana dengan tujuan untuk
melengkapi murid semaksimum yang mungkin
bagi menduduki peperiksaan awam seperti
SPM.
Pendidikan Inklusif bermakna semua kanak-kanak
berkeperluan khas diberi peluang untuk belajar
bersama- sama dengan rakan sebaya mereka di dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran yang sama.
Dalam sistem Pendidikan Inklusif pelajar-pelajar yang
berkeperluan khas tidak diasingkan dari rakan sebaya
yang tidak berkeperluan khas, malah mereka belajar
serta bergaul bersama-sama dengan rakan sebaya
mereka.
Murid dicadangkan ditempatkan dalam lingkungan 2
tahun mengikut umur fizikal mereka (mana-mana
bersesuaian).
Tetapi matlamat, kaedah belajar, sumber dan isi
pelajaran atau peringkat kesukarannya mungkin
berbeza mengikut keperluan individu (adaptasi &
modifikasi)- guru boleh membuat modifikasi bagi
membantu murid mengikut tahap keupayaannya
Contoh- Murid menjawab 3 daripada 5 soalan
yang diberikan kepada murid lain.
Contoh- Murid yang tidak boleh bersosial dan mengikuti
peraturan permainan semasa pendidikan jasmani,
dibenarkan duduk memerhati semasa murid lain
bermain sehingga murid berasa selesa mengikuti aktiviti
bersama murid lain (kebanyakkan murid autism memang
tidak suka bersosial).
PELAKSANAAN PROGRAM
INKLUSIF
INKLUSIF PENUH Murid belajar bersama-sama dengan murid-
INKLUSIF SEPARA murid lain sepanjang hari di kelas aliran
perdana. Data murid didaftarkan dalam
APDM perdana tetapi urusan EMK diuruskan
PPKI (jika mempunyai kad OKU).
Murid PPKI belajar bersama-sama dengan
murid-murid lain di aliran perdana sama ada
dalam mata pelajaran tertentu sahaja
ataupun sepanjang hari di aliran perdana.
Data murid didaftarkan dalam APDM PPKI.
GARIS PANDUAN
& PELAKSANAAN
Guru Pendidikan Khas akan mengenalpasti murid yang
boleh mengikuti program separa inklusif melalui
saringan khas setelah murid mengikuti PPKI selama 6
bulan.
Murid yang dipilih mengikuti program inklusif
akademik seharusnya boleh menguasai kemahiran
membaca dan memahami petikan mudah, boleh
bertingkahlaku tidak mengganggu orang lain dan
dipersetujui oleh Jawatankuasa Program Inklusif
Akademik.
Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif
Sekolah. AJK terdiri daripada Pengetua/Guru Besar,
Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas/Penyelaras, wakil PIBG, semua guru
mata pelajaran aliran perdana yang terlibat, semua
guru dan PPM PPKI.
Murid PPKI yang dicalonkan sebagai murid program
inklusif perlu dibentang dalam mesyuarat
Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif untuk
mendapat pengesahan.
Setiausaha Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif
haruslah menghantar surat bagi memaklumkan
kepada ibu bapa tentang kemasukan anak mereka
dalam Program Pendidikan Inklusif. Ibu bapa perlu
menyatakan persetujuan menyertai program ini.
Kehadiran murid Program Pendidikan Inklusif Separa
perlu direkod dalam APDM PPKI.
Murid inklusif tidak terkecuali untuk dimasukkan ke
dalam sistem PBS secara offline.
Murid diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.
Setelah 3 bulan Jawatankuasa boleh menilai semula
pencapaian murid.
PERANAN J/K PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Mengesahkan murid yangdicalonkan keprogram inklusif.
Memberi taklimat kepada guru aliran perdana dan ibubapa tentang
program inklusif.
Menetapkan sekurang-kurangnya satu masa (30 minit) seminggu bagi
membimbing murid (guru pendidikan khas sahaja).
Merekodkan markah ujian bulanan dan peperiksaan penggal (guru
kelas dan guru pendidikan khas)
Menilai dari segi keberkesanan pelaksanaan, pencapaian murid dan
tindakan susulan pada akhir penggal (perjumpaan 2 kali setahun iaitu
awaltahun dan akhir tahun).
Setiausaha akan :- 1- menguruskan surat memaklumkan kepada ibu
bapa tentang kemasukan anak mereka ke program inklusif. 2-
menguruskan dokumentasi/fail (minit mesyuarat, fail maklumat murid
dan fail prestasi murid)
Murid-murid Inklusif Separa
(Ting.2)
ABDUL RAZIQ BIN AMIRUDDIN UMAR HARIZ BIN MUHAMAD NASIYH
MUHAMMAD ASHRAF BIN MAZENAN MUHAMMAD MUSTAQIM BIN AZLI
Murid-murid Inklusif Separa
(Ting.1)
PENGHARGAAN
Guru-guru PPKI mengucapkan terima kasih
atas sokongan daripada pentadbir dan guru-
guru di aliran perdana dalam menjayakan
program inklusif.
Kami amat terhutang budi atas kesudian
guru-guru aliran perdana menerima dan
membimbing murid inklusif pendidikan
khas.
Semoga ALLAH membalas kebaikan kalian
dengan kebaikan yang lebih lagi.