The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danishizwan86, 2021-05-27 20:38:28

efolio mpu

efolio mpu

SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI

MALAYSIA

PENASIHAT : PUAN NURUL
AIN BINTI OTHMAN

DISEDIAKANOLEH :
MUHAMMAD DANISH AISY BIN

NOOR IZWAN
MUHAMMAD SHAHRUL AFIZUL

BIN SHAHAROM
ALIFF UWAIS BIN AZLAN

ISI KANDUNGAN.

1. PENGENALAN MUKA SURAT
3
2. FAKTOR FAKTOR
PEMBENTUKAN 5
MASYARAKAT
MAJMUK DALAM 6
MALAYSIA 7
16
3. KONSEP ETNIK 24

4. RUKUN NEGARA

5. PERISTIWA 13 MEI

6. SUMBER
RUJUKAN

PENGENALAN

Masyarakat majmuk sangat sinonim
dengan Malaysia sebagai sebuah

negara yang bercirikan pelbagai jenis
kaum serta identiti . Terdapat lebih 80
kaum di seluruh Malaysia . Daripada

keseluruhan bangsa tersebut ,
terdapat tiga bangsa utama di
Malaysia iaitu Melayu , Cina dan India
. Berpandukan kamus dewan ,
konsep masyarakat membawa
maksud kepada kumpulan manusia
yang menetap bersama-sama di
suatu tempat dengan mengikut
aturan serta cara tersendiri dan
masyarakat ini terdiri daripada
beberapa kaum dan bangsa

Demikian itu , gabungan kedua dua istilah ini iaitu
masyarakat majmuk membawa maksud kepada " satu
kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun
bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam
aspek politik , sosial dan ekonomi di suatu tempat bagi
membentuk satu kumpulan yag mampu mewujudkan nilai
bersatu padu antara satu sama lain .Sejarah awal penduduk
Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk
asal negara ini , iaitu Orang Asli yang dikenali sebagai orang
melayu Proto yang memiliki ciri-ciri sama seperti melayu
Moden .Kehadiran kaum-kaum lain , seperti Etnik Cina dan
India pula telah banyak mempengaruhi dan mengubah

sistem sosial masyarakat Tanah Melayu

FAKTOR FAKTOR PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

British menggalakkan kemasukan buruh
India dan Cina untuk kepentingan

perkembangan sektor perladangan dan
perlombongan .Kehadiran mereka telah
mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah

Melayu.

Penghijrahan kaum India pula adalah
disebabkan masalah ekonomi dan sosial
seperti pertambahan penduduk yang pesat
dan tidak seimbang dengan keluasan tanah
pertanian , bencana alam seperti banjir,
kemarau , kebuluran yang kerap berlaku dan

merebaknya wabak penyakit telah
mendorong mereka berhijrah ke negara
ini.Perkembangan pesat perusahaan getah di

Tanah Melayu pada awal abad Ke-20
meningkatkan keperluan tenaga buruh

vKawasan penempatan yang berbeza
seperti orang Cina tinggal di

lombong- lombong bijih timah yang
kemudiannya berkembang menjadi
Bandar seperti ipoh, Taiping,Kuala
Lumpur dan Seremban. Manakala

orang India tinggal di kawasan
ladang getah yang terpencil daripada

KONSEP ETNIK

• “Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam dari segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan
ekonomi.

•Konsep etnik adalah berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa.

•Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau
sifat biologi.

• Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap
berada di bawah satu sistem politik yang sama.

•Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
• Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam,
pola keluarga, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
• Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau

dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.
• Etnosentrik itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul
dan lebih utama daripada budaya etnik yang lain yang dipandang
rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap

rendah atau tidak bermoral.”

PENGENALAN RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam

kalangan seluruh masyarakatnya;

• Memelihara cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana

kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara
adil dan saksama;

• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

• Membina satu masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden.

RUKUN NEGARA
1)KEPERCAYAAN KEPADA

TUHAN.

• Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas

kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

• Melalui kepercayaan beragama yang betul akan

menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat.

• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-
mana bahagian di dalam Persekutuan.

• Jawatankuasa penggubal Rukun Negara

menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan
manusia.

• Ketiadaan agama boleh meruntuhkan

keperibadian seseorang dan juga sesuatu
bangsa dan negara.

• Menyedari betapa pentingnya keteguhan

pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

RUKUN NEGARA
2)KESETIAAN KEPADA RAJA DAN

NEGARA.

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi

Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara.

• Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong

sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja
juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua
Negeri adalah merupakan lambang perpaduan
rakyat.

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud,

bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.

• Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki

menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-
Pertuan Agong.

RUKUN NEGARA
3) KELUHURAN
PERLEMBAGAAN.

• Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya

rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara
iaitu sumber perundangan yang tertinggi.

• Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada

setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan
mereka sebagai warganegara.

• Setiap warga negara Malaysia dikehendaki

menghormati, menghargai, serta memahami maksud
dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.

• Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan

kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini.

• Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial

rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak.

• Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan

kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini.

RUKUN NEGARA
4) KEDAULATAN UNDANG-

UNDANG

• Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang

di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-
undang negara.

• Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara

Malaysia. Undang-undang negara berasaskan
kepada Perlembagaan.

• Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan

dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.

• Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh

institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-
undang akan menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota
masyarakat akan merasa selamat.

RUKUN NEGARA
5) KESOPANAN DAN

KESUSILAAN.

• Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti

dan tingkah laku seseorang rakyat.

• Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara

yang bersopan santun dan bertatasusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankan sekarang.

• Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila

adalah amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum di negara ini.

• Sikap bersopan santun dan bersusila patut

diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat
yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

• Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh

atau menyinggung perasaan seseorang atau
sesuatu golongan.

• Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah

kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

OBJEKTIF DAN PRINSIP RUKUN
NEGARA

Rukun Negara dibentuk dengan
tujuan utama iaitu membentuk
perpaduan yang kukuh. Prinsip-
prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara jelas merupakan
kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan
dan kestabilan Malaysia. Rukun
Negara terbahagi kepada dua

bahagian.

BAHAGIAN PERTAMA

Menggariskan objektif
masyarakat Malaysia yang mahu

dibentuk.

• Mencapai perpaduan yang lebih erat

dalam kalangan seluruh masyarakat.

• Memelihara satu cara hidup

demokratik.

• Mencipta satu masyarakat yang adil di

mana kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan
saksama.

• Membentuk satu sikap yang liberal

terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan berbagai-bagai corak.

• Membina sebuah masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.

BAHAGIAN KEDUA
Menggariskan Lima Prinsip
Rukun Negara yang berikut.

•Kepercayaan Kepada Tuhan
•Kesetiaan Kepada Raja dan

Negara

•Keluhuran Perlembagaan
•Kedaulatan Undang-undang
•Kesopanan dan Kesusilaan

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatatkan sejarah
pahit Malaysia kerana pada tarikh itulah
terdapat berlakunya rusuhan di antara kaum.
Yang terlibat rusuhan itu adalah kaum Melayu
dengan China. Tragedi ini berlaku sebaik- baik
sahaja Pilihan Raya 1969 disebabkan parti-parti
pembangkang iaitu Parti Tindakan Rakyat (DAP)
dan Gerakan.Walaupon Parti Perikatan masih
boleh membina kerajaan, namun kemenangan
mereka merosot berbanding tahun sebelum ini.
Disebabkan itu Pilihan Raya yang seterusnya
menjadi semakin hangat sehingga isu-isu
perkauman dan peribadi yang tercetus.

Pada 9 Mei 1969 berlakunya
peristiwa perarakan jenazah

yang dilakukan oleh Parti
Buruh terhadap seorang

pemuda Cina dalam
pentempuran dengan pihak
polis. Daripada peristiwa yang
berlaku, DAP DAN GERAKAN
telah mengadakan perarakan
besar besaran pada 11 dan 12

Mei 1969.

• UMNO yang rasa

tercabar juga turut
mengadakan
perarakan atas
kejayaan mereka
menubuhkan
kerajaan selepas
pilihan raya tersebut

PERARAKAN

Diketuai Datuk • Pergaduhan &
Harun Idris,
Menteri Besar rusuhan tercentus
Ketika itu sehingga bantuan
ketenteraan terpaksa
di panggil kerana
polis gagal mengawal
keadaan seketika itu.

Angka rasmi yang Perarakan bersifat
cedera seramai 493 provakatif yang telah
orang. membakar semangat
Walaubagaimanapun , setiap kaum sehingga
jumlah cedera membawa titik hitam
mungkin lebih dalam sejarah negara
daripada itu ramai
yang tidak meekodkan
kecederaan mereka

• Peristiwa ini telah membuka mata

banyak pihak.Pemimpin-pemimpin
negara telah sedar dan mula
meneliti isu perpaduan dengan
lebih serius disebabkan oleh kesan
keganasan yang berlaku
sungguh mengerikan.Pada peringka
t awal,tindak balas serta-merta
diambil bagi memberhentikan
keganasan

TINDAK BALAS YANG DIAMBIL

• penangkapan tokoh-tokoh yang
mendokongi rusuhan ini

• Mengenakan perintah
berkurung,mengawal berita-
berita radio dan
televisyenMenapis penerbitan
akhbar-akhbar dan
mengharamkan jurnal yang
diterbitkan oleh parti-parti
politik.

• Mengharamkan kempen pilihan
raya.

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI

• Setiap rakyat M19al6a9ysia supaya

saling hormat-menghormati antara
semua kaum

• Tanpa nilai

persefahaman,toleransi dan sikap
hormat-menghormati,perasaan
curiga dan syak wasangka akan
timbul dalam kalangan etnik di
negara ini

• melahirkan masyarakat yang

berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah

• Bahasa Malaysia menjadi bahasa

pengantar utama di sekolah-
sekolah

• Dasar Kebudayaan juga

diwujudkan sebagai langkah dan
usaha mengekalkan
perpaduan,seterusnya dapat
mewujudkan integrasi nasional
dengan memberikan fokus kepada
masyarakat Semenanjung Tanah

KESIMPULAN

• Secara keseluruhan,setiap kaum utama sama

ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan
Sarawak mempunyai identiti dan kelompok
masing-masing.Dengan adanya dasar-dasar
kerajaan dan Rukun Negara,kesepaduan dan
keharmonian dapat dicapai.Kesepaduan sosial
boleh wujud dan bercambah sekiranya semua
pihak saling melengkapkan dan menjamin
kelangsungannya demi meningkatkan daya
tahan dan keharmonian dalam sesebuah
masyarakat majmuk.Proses perpaduan di negara
ini memerlukan kerjasama dan kesedaran
semua pihak sama ada secara sedar atau tidak
untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia
dada dapat dikekalkan.

RUMUSAN

• Rumusan ini akan dinyatakan dengan mengharapkan

kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar
Bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang
rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan
sama sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi
masa kini

KATA KATA AKHIR….

SEMANGATYANG LEMAH BUANGLAH JAUH,
JIWAYANG KECIL SEGERA BESARKAN,
YAKIN PERCAYA IMAN PUN TEGUH,
MASA HADAPAN PENUH DENGAN HARAPAN,

SUMBER RUJUKAN

• BUKU
Penghayatan dan etika dan peradaban yg disediakan
oleh MUNIRAH MUSTAFFA,MOHAMAD BAZLI MD
RADZI,
NAIMAH GHAZALI,WAN MOHDTARMIZI WAN
OTHMAN, MOHAMAD FAIZAL AHMAT DAN
MOHAMMADTARMIZI BALYA

• INTERNET

1. http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
2. http://ansuez.blogspot.com/
3. https://pengajianmalaysiabab3dotblog.wo

rdpress.com/
4. http://masyarakatmajmukdimalaysia.blog

spot.my/
5.
https://www.academia.edu/32671012/SEJARA
H_PEMBENTUKAN_MASYARAKAT_MAJMU
K_DI_MALAYSIA
6.
http://mypengajianmalaysiatajuktiga.blogspo
t.com/2017/


Click to View FlipBook Version