The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 BMMB1134 ARDIAHNAH BINTI ARIFF PROJEK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1278-24-ardiahnah, 2022-05-24 03:40:07

TUGASAN 3 BMMB1134 ARDIAHNAH BINTI ARIFF

TUGASAN 3 BMMB1134 ARDIAHNAH BINTI ARIFF PROJEK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP

-KERJA KURSUS -
KURSUS: KETERAMPILAN BERBAHASA

KOD KURSUS : BMMB1134

KANDUNGAN:

i. Bahagian A: Pembentangan
Bahagian B: Penulisan Esei
ii. Bahagian C: Penghasilan Produk
iii.
: ARDIAHNAH BINTI ARIFF
Markah : Nama Guru Pelatih : P21074278
No. Kad Matrik : PPISMP BMSK2
Kumpulan :JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Ambilan : FEBRUARI 2022
Semester/Sesi : 0168348939
No. Telefon Bimbit : [email protected]
Alamat E-mel : PUAN ARBIAH BINTI HAJI MADDAHIRI
Nama Pensyarah Kursus

KRITERIA 45% 25% 30% Jumlah (100%)
Pemeriksa 1 Penulisan Esei Persembahan Penghasilan Produk

Pemeriksa 2

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 22/4/2022

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)

BMMB 1134

Keterampilan
Berbahasa

ARDIAHNAH BINTI ARIFF
BM SK 2

ISI KANDUNGAN



Perkara
Isi kandungan
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.0 Halangan komunikasi
3.0 Isu dalam keterampilan berbahasa
4.0 Rumusan
5.0 Rujukan

Penghargaan

Pertama sekali bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana limpah dan
kurnia-Nya dapat saya siapkan tugasan kerja kursus ini dengan lancar
dan selamat. Terima kasih kepada individu-individu yang banyak
membantu dan memberikan sokongan dari belakang tidak kira
secara langsung atau tidak langsung terutamanya ibu bapa dan
keluarga.

Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya, Puan Arbiah
Maddahiri selaku pensyarah kepada subjek Keterampilan Berbahasa,
BMMB 1134 yang selama ini memberi tunjuk ajar dan didikan kepada
saya. Tidak dilupakan kepada rakan seperjuangan yang turut sama
berjuang dan bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pengenalan

Komunikasi merupakan aspek penting dalam kehidupan kita seharian.
Apabila diperincikan, komunikasi ialah satu proses pemindahan
maklumat, idea, pendapat dan fikiran seseorang individu kepada individu
yang lain tidak kira secara lisan atau bukan lisan. Fungsi utama
komunikasi adalah untuk manusia berhubung antara satu sama lain. Kita
mengetahui bahawa manusia memerlukan antara satu sama lain dalam
kehidupan seharian. Sifat manusia untuk menyampaikan keinginannya
dan untuk mengetahui hasrat orang lain, merupakan awal keterampilan
manusia berkomunikasi secara automatik melalui lambang isyarat,
kemudian disusul dengan kemampuan untuk memberi erti setiap
lambang itu dalam bentuk bahasa verbal.

Apabila kita berkomunikasi, sebuah keputusan dapat dibuat ataupun
kefahaman antara penutur dan penerima dapat dicapai sekiranya
komunikasi dilakukan dengan baik. Dalam hal ini, komunikasi yang baik
merupakan keterampilan komunikasi yang diamalkan dalam percakapan
mahupun penulisan. Terdapat 4 aspek dalam keterampilan berbahasa
iaitu keterampilan menyimak, keterampilan berbicara, keterampilan
membaca dan keterampilan menulis. Sebelum sekolah, kita sudahpun
didedahkan dengan 2 keterampilan berbahasa iaitu menyimak dan
berbicara. Pada dasarnya, setiap keterampilan itu erat dan berhubung
antara satu sama lain dengan cara yang beraneka ragam. Namun begitu,
masih terdapat masalah komunikasi dan isu dalam keterampilan
berbahasa. Orang ramai mula tidak mengendahkah masalah dan isu ini
bahkan menganggap bahawa perkara ini masalah yang kecil dalam
masyarakat tempatan kita.

2.0 Halangan komunikasi

Maklum balas

Komunikasi secara amnya memerlukan sekurang-kurangnya dua individu
bertukar pendapat, idea dan perasaan. Namun begitu, maklum balas yang tidak
diterima oleh penutur akan menjadi halangan untuk komunikasi berjalan dengan
baik. Dalam hal ini, apabila penutur mengeluarkan pendapat kepada pendengar,
pendengar perlulah memproses maklumat yang diterima dan memberikan
maklum balas yang betul dan tepat dengan persoalan atau pandangan daripada
penutur. Seperti yang kita tahu, maklum balas merupakan satu aspek yang paling
penting ketika berkomunikasi. Sekiranya maklum balas yang diberikan tidak
berkaitan dengan topik perbicaraan, maka hubungan antara dua penutur akan
tidak selaras disebabkan ketidaksefahaman dalam pertuturan. Halangan maklum
balas dalam komunikasi juga bererti kita tidak mendapat jawapan atau pendapat
yang sewajarnya atau seperti yang kita jangka. Oleh hal yang demikian,
komunikasi akan berjalan dengan baik sekiranya maklum balas yang diberikan
bersangkut paut dengan idea yang dihujahkan oleh individu sebelumnya.

Komunikasi sehala

Komunikasi merupakan kebutuhan dasar kepada setiap manusia. Dengan
berkomunikasi, manusia dapat berhubung antara satu sama lain, memberikan
pandangan masing-masing dalam kehidupan sosial tidak kira di rumah, sekolah
atau di tempat awam. Halangan yang berlaku apabila kita berkomunikasi adalah
apabila komunikasi yang berlaku merupakan komunikasi sehala. Secara
umumnya, komunikasi merupakan perkongsian maklumat yang hanya
melibatkan satu orang dalam komunikasi tersebut. Contoh yang kita boleh lihat
ialah pendidikan pondok yang melakukan pembelajaran dengan komunikasi satu
hala. Hal ini kerana tok guru iaitu pengajar di sekolah pondok akan membaca
kitab dalam bahasa Arab dan menerangkannya kepada anak muridnya. Dalam
hal ini, orang yang bercakap lebih banyak melibatkan diri dalam memberi
huraian, penjelasan dan penerangan kepada pendengar. Secara ringkasnya,
komunikasi sehala menghalang pertukaran pendapat, idea dan perasaan.

2.0 Halangan komunikasi

Gangguan saraf

penerima

Kita sedia maklum bahawa proses komunikasi bermula daripada penghantar
ataupun penutur yang memberikan mesej atau meluahkan pendapat, diterima
oleh pendengar atau penerima dan seterusnya berlaku maklum balas. Walau
bagaimanapun, masalah sering berlaku apabila mesej yang disampaikan tidak
dapat diproses oleh pendengar dan menyebabkan komunikasi tidak berlaku
dengan jayanya. Untuk mendapatkan komunikasi yang baik, sejumlah fungsi
berupa simbolisasi iaitu kemampuan pemahaman dan formulasi bahasa serta
simbol lainnya digunakan. Gangguan bahasa yang disebut sebagai afasia
mencakupi gangguan yang lebih kompleks, bersifat multimodalitas dan letak
gangguannya di korteks serebri yang biasanya disebabkan oleh gangguan
pembuluh darah otak seperti stroke, juga cedera kepala, infeksi. Apabila disimpul,
komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya terdapat gangguan saraf
penerima yang menyebabkan mesej tidak dapat disampaikan dengan mudah dan
lancar.




Penyampaian menerusi

saluran kedua

Saluran dalam komunikasi amatlah penting bagi memastikan mesej yang
disampaikan dapat diterima baik oleh penerima sekaligus penerima dapat
memberi maklum balas terhadap mesej yang disampaikan. Saluran kedua
bermaksud saluran yang melibatkan satu orang ataupun hanya membabitkan
penutur sahaja. Antara contoh yang diambil ialah surat khabar atau akbar, papan
notis dan juga portal. Sudah terang lagi bersuluh bahawa contoh-contoh tersebut
menunjukkan mesej yang disampaikan tidak melibatkan penerima yang memberi
maklum balas terhadap mesej tersebut. Pertukaran mesej tidak berlaku
menyebabkan komunikasi tidak berlangsung dengan baik. Biarpun mesej yang
disampaikan bermanfaat dan berguna kepada semua warga, namun tidak berlaku
komunikasi yang memberi peluang untuk penerima memberi maklum balas
terhadap mesej tersebut.

2.0 Halangan komunikasi

Gangguan emosi

Emosi dapat didefinisikan sebagai perasaan yang kuat dan ditonjolkan oleh
seseorang. Emosi yang tidak stabil menyebabkan perasaan yang tidak baik
seperti marah, kecewa dan sedih terhadap suatu peristiwa akan menjadi faktor
halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa. Umum mengetahui
bahawa emosi itu amatlah kompleks. Ia boleh mempengaruhi bagaimana kita
berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya, apabila kita sedang marah,
mental kita tidak akan berfikir dengan baik dan menyebabkan proses
mencerna maklumat tidak dapat dilakukan dengan baik. Kita akan memberi
maklum balas yang dipengaruhi oleh emosi kita yang tidak stabil ketika itu. Hal
ini bukan sahaja memberi kesan kepada komunikasi iaitu komunikasi tidak
berjalan dengan baik namun juga memberi kesan kepada perhubungan antara
dua individu di masa akan datang. Secara ringkasnya, gangguan emosi
mempengaruhi kelancaran komunikasi yang berlaku antara dua pihak.




Gangguan fizikal

Gangguan fizikal berlaku apabila halangan berlaku secara fizikal iaitu
persekitaran penutur. Dalam hal ini, gangguan yang berlaku disebabkan
gangguan fizikal yang berlangsung secara nyata semasa proses komunikasi
berlaku. Bunyi bising, bau yang busuk, cuaca yang panas atau sejuk dan
banyak lagi merupakan contoh gangguan luar yang boleh menyebabkan
komunikasi tidak berjalan dengan lancar. Situasi yang sering berlaku adalah,
apabila penutur menyampaikan mesej kepada pendengar, mesej tersebut
terhalang kerana bunyi bising yang menutupi bunyi mesej yang sebenar.
Dalam hal ini, mesej tidak akan sampai kepada penerima dan menyebabkan
maklum balas tidak berlaku dan seterusnya menjadi faktor komunikasi tidak
berlangsung dnegan baik.

3.0 Isu dalam

keterampilan

berbahasa

Dalam menerusi arus kemodenan global, internet telah menjadi persepadanan
dalam berkomunikasi dalam seharian kita. Kini kita boleh berhubung dengan
keluarga dan rakan-rakan yang jauh, memuat naik pengalaman, cerita dan
perasaan di media sosial serta kita boleh mendapatkan maklumat dengan
mudah hanya di hujung jari sahaja. Namun begitu, apabila melihat daripada
sisi lain, isu bahasa menjadi salah satu buah mulut masyarakat yang kini
dibiarkan begitu sahaja. Bahasa yang digunakan di media sosial terutamanya
para remaja kini tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Kadang kala,
bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Inggeris di
media sosial. Bukan sahaja dalam percakapan namun juga dalam penulisan.
Bukan sahaja kerancuan bahasa, namun bahasa rojak juga semakin digunakan
kerana mereka berpendapat bahawa perkara itu hanyalah perkara remeh.

Malaysia merupakan negara yang bersatu padu kerana mempunyai rakyat
yang berbilang kaum, bahasa dan agama. Biarpun bahasa Melayu telah
dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara, namun masih juga terdapat
golongan yang sukar menuturkan bahasa Melayu dengan baik kerana bahasa
yang digunakan sejak lahir bukanlah bahasa Melayu. Dalam hal ini, golongan
tersebut akan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan baik
kerana persefahaman yang kurang baik antara dua pihak. Contohnya, apabila
seorang anak dibesarkan hanya dengan menggunakan bahasa rumah atau
bahasa yang digunakan sejak lahir yang bukan bahasa Melayu, maka apabila
mereka memulakan sekolah, mereka akan terkial-kial dan sukar untuk
menyesuaikan diri kerana semua pelajar dan guru menggunakan bahasa
Melayu untuk berkomunikasi.

Rumusan

Komunikasi amatlah penting terutamanya dalam perhubungan
antara manusia. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi
yang melibatkan pertukaran idea, pendapat dan mesej serta
berlaku maklum balas di antara dua penutur. Biarpun begitu,
masih terdapat halangan yang perlu dihadapi untuk
mendapatkan komunikasi yang berkesan. Halangan komunikasi
dan isu dalam keterampilan berbahasa memberi impak yang
besar kepada generasi muda. Mereka akan terbiasa dengan
bahasa dan cara berkomunikasi yang salah. Sebagai warga yang
bertanggungjawab, kita perlulah mempraktikkan cara
berkomunikasi yang betul dan berkesan.

Rujukan

Khairuddin, A. H. (2021, August). Halangan Komunikasi padu dalam
Kegiatan Motivasi Dari Sudut Pandangan Hipotesis Sapir-Whorf. In Forum
Komunikasi (FK) (Vol. 16, No. 1, pp. 26-43). Universiti Teknologi MARA.
Raras, H. (2019, May 18). Keterampilan Berbicara Dengan Pidato.
https://doi.org/10.31227/osf.io/hzk2v.
Saprudin, D. B., Hamid, A. H. B. A., & Hamzah, M. I. B. M. (2020,
September). Emosi & Kepercayaan Sebagai Halangan Perubahan: Peranan
Komunikasi Strategik. In (Webinar) Seminar Nasional Pendidikan 2020 (Vol.
1, No. 1, pp. 219-225)

Siti Sulistyani Pamuji, M.Pd dan Inung Setyami, S.S., MA. (2021).
Keterampilan Berbahasa. GUEPEDIA.
Sutopo MS, dkk. (2020). Peranan Komunikasi Terhadap Difusi- Adopsi Inovasi
Dan Pencegaham Konflik Antar Budaya. UNS PRESS.


Click to View FlipBook Version